rasanubari


Rasanubari SJ | 365 Beautiful Days

Sepanjang-Perjalanan-Ini


Kolesterol budiman kolesterol jahat
rasanubari


184629_10150101286876727_20534666726_6847442_3736825_n

Good & Bad Cholesterol

IVILLAGE HEALTH STAFF ON DEC 12, 200


Lowering total cholesterol in the diet is a start, but new studies released recently indicate that's not enough to prevent heart attacks. Knowing the difference between "good" cholesterol nd "bad" cholesterol may help reduce the risk of cardiovascular disease and heart attack.

A study conducted by the Indiana University School of Medicine revealed that it may be more important to keep good cholesterol high than to lower bad cholesterol – even if it means overall cholesterol levels are high.

All cholesterol – that fat-like substance produced by the body and consumed in meat, poultry, fish, eggs and dairy products – is not created equal. The good cholesterol, needed by the body to make hormones and vitamin D and to produce bile (which breaks down other fats), are called high-density lipoproteins (HDLs). HDLs are found in monounsaturated fats like olive oils, vegetable oils, nuts and avocados.

Diets high in fruits, vegetables, nuts and grains are heart healthy. They increase good cholesterol without significantly increasing total cholesterol. The National Cholesterol Education Program guidelines suggest an HDL goal of 45 milligrams per deciliter (mg/dL) or higher for men and 55 mg/dL or higher for women.

Also, HDLs help the body break down the bad cholesterol, or low-density lipoproteins (LDLs). LDLs have more fats than proteins and contribute to plaque formation in the arteries. Optimal levels of LDLs should be kept below 100 mg/dL. Foods high in saturated and trans fats (butter, stick margarine, lard, red and fatty meats, cheese and other dairy products) are loaded with LDLs.


Ingat yang indah pandang yang indah
rasanubari




Alhamdulillah hujan turun tepat selepas azan Asar. Lega redup hari usai hujan walaupun hujan hanya sekejap, selepas panas terang bukan sedikit membahang beberapa hari sebelum ini.

Seminggu dua ni kerap pening, kerap menggeletar hypo berpeluh dingin, badan sakit-sakit, sangat lethargic. Kerana tensi kot. Jangan tensi tensi. Relaks relaks. Istighfar dan zikir menenang jiwa. Ingat yang indah. Pandang yang indah.

Rindu
rasanubari
Rindu pula dengan jurnal ini. Sinilah saya mula tekun berblog..

Blog This | Windows Live Writer | Masih rasa sayang masih sesekali rindu
rasanubari

Art_and_Design_Creative_Design_Fall_leaves_on_dairy_8004

Mungkin saya ketinggalan zaman kerana saya baru tahu fungsi Blog This | Windows Live Writer. Hmm saya suka bab insert gambar.

Juga saya baru tahu. Bila saja saya mulai menaip Rasanu.. | Saja-saja Google Rasanubari.. Keluar Rasanubari Livejournal. Oh oh selama ini ada pencarian Rasanubari Livejournal?

 April 2011 cukup 10 tahun saya berkenal dengan Livejournal dengan entri pertama pada bulan April 2001 berkisah siang hari itu saya terima bungkusan pos dari USA. Kiriman kopi pelbagai perisa dari sahabat internet saya Laura di Wichita USA. Kami berkenalan melalui laman Excite. Bertahun-tahun saya tidak buka email Excite sampaikan saya terlupa langsung username apalagi password akaun Excite itu. Saya mulai jarang berhubungan dengan Laura bila mulai terjebak dengan penulisan blog.

Cukuplah setakat ini dulu sesekali update entri di Livejournal ini. Pasti bersinggah lagi. Walaupun bersinggah hanya sesekali lalu, masih rasa sayang, masih sesekali rindu.


Cornflakes for breakfast | Mimpi hospital | Tajuk ala ala update Twitter
rasanubari

Paling suka Livejournal ini. Susunan Archive santai bergaya dan mudah buat mencari satu-satu entri. Paling saya tidak tahan dengan Livejournal ini. Style atau layout kurang pilihan. Gaya dulu-dulu. Pun begitu jurnal ini menyimpan sepuluh tahun entri. Sedari empat anugerah Ilahi itu semua masih sekolah sampai sudah menghampiri buku dua menantu. Harap-harap berupaya salin pindah sedikit demi sedikit entri sini pergi rumah baru terutamanya cerita kembara tetapi oh sepuluh tahun punya cerita!

Sarapan pagi makan Cornflakes. Baca surat khabar semalam. Tajuk berita muka hadapan sikit punya gempak. Blogger untung RM1 Juta.

Oh kalau mengambil kira pendapatan bulanan secara tahunan. Saya ini isteri jutawan. Belum lagi campur upah kerja-kerja penyelidikan. Tapi gaya hidup kalah dengan orang baru keluar U. Kereta pun murah usang. Komen bernada gaya orang muda atau komen salah seorang dari cahayamata. Ha ha ha..

Seperti mahu demam semula. Risau tiada bersebab. Pun begitu saya yakin. Allah subhanahuwataala Maha Menepati Janji. Maha Mendengar segala doa.

Terlelap kala masih separuh catatan ini.  Walhal cadangnya hanya sekadar berbaring redakan sakit belakang sambil baca majalah BBC Olive gambar kulit Foolfroof Chocolate Cake hmmp bukan sedikit mengancam selera. Baring di atas katil. Laptop di sebelah. The Lovely Bones | Have An Ice Day di kaca tv.

Mimpi intan payungku sakit. Kolej hantar pergi hospital. Jumpa intan payung pakai unifom hospital warna hjiau di hospital.

Haih baru semalam Mak hantar pergi kolej dah sakit semula? Kan ke dah baik demam.

Terjaga dari mimpi. Brennan dan Booth sedang meluncur berdua di atas ais.

Off to solat sunat dhuha. Walaupun sudah lewat pukul satu.

Sepanjang hari hujan bangun tengah malam berlagu rindu hanya pada Mu Tuhan
rasanubari
Sepanjang hari hujan dari lewat pukul sebelas pagi sampai larut malam. Renai pagi lebat tengah hari menderas lebat pukul empat berterusan kembali renai perlahan lewat petang sampai malam. Selesa dingin hari namun penat usai iftar melambai sofa biru buat lena awal jam sembilan  bangun jaga pukul dua belas tengah malam.

Pening kepala bermacam fikiran namun Allah taala paksi harapan Oh Tuhanku kasih cintaku Engkau tumpuan kalbu Engkau sandaran pengaduan Engkau Yang Maha Satu hati merindu hanya Engkau Yang Maha Tahu.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr


free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Hujan Bandar Baru Bangi sampai empat hari
rasanubari
Selepas berminggu-minggu panas. Hujan petang Jumaat. Hujan petang Sabtu. Hujan seawal pagi Ahad. Hari ini. Hujan lewat pagi sampai tengah hari semakin lebat turun kala mencatat ini. Oh Tuhan Maha Menguji Maha Merahmati.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Tags: , ,

Rindu-rinduan menyinggah sebentar
rasanubari

http://kenangdakudalamdoamu.blogspot.com

Tukar layout. Biru kepada coklat putih.

Hmm satu kelebihan Livejournal. Saya suka arkib sini. Lebih tersusun dan mudah buat kita mengulang baca dan memilih entri hari-hari tertentu. Bukan hanya tahun-tahun tertentu. Tahun tertentu bulan tertentu hari tertentu. Sepantas sentuhan jari. Pun begitu buat masa ini saya lebih selesa di sana.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Maka sebermula hari ini tiada lagi langsir menabiri sana
rasanubari
Cerita satu

" Mak nak buka blog baru laa.. Balik dari haji ni Mak jemu nak pandang blog Livejournal tu. Tak tau laa kenapa.. Macam pening kalau nak tengok blog tu. Tu belum lagi pergi tengok. Sejak balik dari haji ni. Mak tak pernah pergi tengok pun blog tu. Boleh bagi cadangan apa nama blog Mak nak buka baru ni. "

" Mak kan banyak blog kat Blogspot tu.. "

"  Tu semua blog private. Ni blog Mak nak bagi public kat pembaca. "

" Kenang Daku Dalam Doa Mu okay ke? "

" Hmm okay juga..Okay laa tu. "

" Ayang! Okay tak nama tu. "

" Mana-mana laa."

" Baby. Mak nak buka blog baru. Okay ke nama blog tu Kenang Daku Dalam Doa Mu."

" Hmmm.. Okay laa juga.. "

" Kenapa ada juga kat hujung tu?.. "

" Kenapa nama blog tu macam sedih je. "

" Mak ingat kalau Mak dah mati nanti. Orang baca blog Mak. Orang ingat kat Mak. Orang doakan Mak. "

 " Okay lah. "

Cerita dua

Bual dengan Suraya.

" Ramai pembaca dah mula tanya bila Mak nak update blog Livejournal tu. Bayangkan blog yang kita suka kita rindu tertunggu-tunggu bila dia nak update. Tapi masa ni malas betul lah Mak nak tengok blog tu. Pandang pun Mak tak mau. "

" Diaorang belum tahu ke Mak dah ada blog baru? "

" Mak belum publickan lagi.. "

" Mak publickan lah. Bubuh link blog baru kat blog Livejournal tu. "

" Okay lah. Esoklah Mak publickan blog tu. Okay lah. Esok Mak mula angkat tabir. "

" Mak nak tutup ke blog lama tu?"

" Tak lah. Dah sembilan tahun blog tu. Tahun depan cukup sepuluh tahun. Bila hilang pening. Sesekali nanti Mak update laa.. "

" Mana layout yang lebih cantik. Mak suka layout yang ringkas. Se-minimalis mungkin. Mak suka blog yang ringkas. Sederhana tak payah serabut kat tepi tu. Blog baru ni komen pun Mak tak letak. Kalau nak komen. Biar diaorang hantar mesej kat Facebook sana. Mak tulis untuk orang membaca. Orang yang baca blog ni orang yang suka membaca. "

Muhammad Idris mencelah.

" Tapi kenapa berbeza tulisan Mak dekat blog lama dengan yang baru ni? "

" Berbeza? Beza macam mana tu?"

" Blog dulu Mak tulis macam karangan. Blog baru ni lain. Ringkas. "

" Oh Ayang Mak tahu beza! Blog baru ni Mak tulis dengan rasa lebih segar. "

" Mana lebih bagus? "

" Mana Idris tahu. Sama je. "

Blog baru sana menulis dengan mencatat bagai menulis diari. Tulisan di Livejournal ini. Kini semacam seawal menulis lagi dalam kepala sudah set catatan buat berkongsi. Saya mahu seperti kala mula-mula menulis blog senyap-senyap sepuluh tahun lalu. Menulis buat diri sendiri sebagai kenangan kemudian hari. Pening melihat blog lama mungkin juga kerana sepulang dari haji ini saya mahu buka buku baru dengan aura iltizam lebih segar harapan. Biar cerita lama dengan kisah sanubari itu terperap simpan buat kenangan. Pun begitu sesekali saya bakal bersinggah mencatat laman menyimpan seribu satu kenangan keluarga selama sembilan tahun ini. Malah hari ini singgah mencatat entri ini. Tersinggah halus rasa sedih mengenangkan betapa hampir sepuluh tahun dengan Rasanubari ini.

Pun begitu. Sini atau sana. Saya tetap dengan cara saya. Tetap dengan melodi terbiasa.

Makanya dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim hari ini saya angkat tirai laman sesekali saya mencatat kala masih bermusim malas memandang blog Livejournal ini. http://kenangdakudalamdoamu.blogspot.com/
Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Menjelang sebulan tanah suci Makkah Al Mukarahmah
rasanubari
Status Facebook sepanjang masa di Mekah..

November 19

Alhamdulillah semuanya menyenangkan dengan izin Allah taala, ketemu rata-rata yang berbudi bahasa samada jemaah haji atau orang tempatan, semua titipan doa sudah dibaca dihadapan Multazam Kaabah, sudah dua hari demam namun beransur sembuh, rindu selalu pada Kaabah itu walau belum pulang..

November 24

InsyaAllah esok pagi berangkat pergi Arafah-Mabit Muzdalifah-tiga malam Mina- mohon doakan semua dipermudahkan Allah taala. Salam Aidiladha dari Mekah usah biarkan berlalu alpa hari wukuf hari mujarab doa sunat berpuasa pada yang di luar Arafah..

Disember 9 hari Rabu

Silih berganti sakit dan demam terpaksa Nafar Awal bila jatuh sakit pada hari kedua Mina Alhamdulillah selesai sudah manasik Haji, tiga umrah badal buat tiga arwah nenda, solat saya di dalam Gua Hira' puncak Jabal Nur walau demam, InsyaAllah hujung minggu ini pergi Madinah..

?

Log in