Menjelang senja mengintai kemunting Cina Al Hasanah

Update cerita 27 April hari Isnin. Sehari selepas perjalanan pergi utara pagi pulang malam. Tanpa duga tersinggah MRSM Transkrian ziarah putera mahkota bermukim situ lima hari.
Antara aktiviti berdua masa kini. Aktiviti bila kini hanya berdua di rumah sedari putera mahkota pindah sekolah. Pun hanya bermula selalu aktiviti ini baru lagi tahun ini. Selalunya selepas pukul enam sehabis masa pejabat sesaorang itu. Keluar minum petang berdua. Selalunya istilah kami. Jom pergi minum kopi. Walhal selalunya minum teh.
Sesaorang itu yang memulakan ini. Satu hari member menelefon mencadangkan kami keluar petang berdua minum kopi. Ini selepas pernah kita mengingatkan. Kalau selalu sangat balik lewat sampai Maghrib. Selepas Asar saya pergi pejabat. Sama-sama kita tunggu pejabat sampai Maghrib. Jangan terkejut tiba-tiba saya muncul di pintu pejabat. Kalau pelajar buat temu janji selepas waktu pejabat. Biar kita temankan. Jangan ingat kita tiada kaki kita tidak boleh sampai pejabat. Tiada kaki kerana tiga kereta semuanya diguna pakai. Dua dibawa pergi U** kampus dua puteri.
Kini tiada lagi masalah memikirkan cahayamata kecil tertinggal di rumah. Kalau sihat kuat tanpa demam. Boleh terbang kemana saja. Antara sebab hampir sepanjang hujung minggu setengah tahun ini. Tiada di rumah pada hujung minggu selalunya sebermula hari Jumaat sampai hari minggu.
Hari Isnin selepas sehari sebelum itu berkisah peristiwa pergi Nibong Tebal tanpa rancang. Berdua keluar minum petang selepas pukul enam. Kami sekeluarga semua sama citarasa. Kalau sudah suka satu-satu kedai makan itu. Berulang kedai makan yang sama. Dua kali sebelum ini. Minum petang di restoran Nasi Kukus berhampiran rumah. Hari ini. Mahu cuba satu restoran baru hanya sepelaung dari rumah tetapi jauhlah juga kalau berjalan kaki buat saya ini. Restoran korner deret kedai seberang jalan sebelahnya Tasik Cempaka. Belakang blok restoran ini. Perumahan atas bukit sebelah hotel lima bintang. Situ rumah bekas juara satu siri realiti tv. Selebriti berasal dari tanah rancangan selatan.
Petang ini. Sesaorang itu bercerita. Ada orang beritahu. Rumah itu terjual tinggi sejuta lebih RM kerana nama orang yang membeli. Kata dalam hati. Hai? Orang U** pun sembang fasal ni?
Lengang restoran hanya dua meja dengan pelanggan. Satu daripada meja kayu coklat hitam itu. Berdua di meja itu. Rasa-rasanya itu pasangan tuan punya restoran berumur enam puluhan.
Makan Meehoon Goreng. Basahlah pula meehoonnya. Kita mana gemar meehoon goreng basah begini. Meehoon goreng kegemaran. Gorengan meehoon cara ibunda saya. Warna merah pedas cili dan sedikit kering. Kalau gorengan suami kita. Member pakar goreng Meehoon Singapura warna putih berlada hitam itu.
Apa pun walaupun basah lenjun. Okaylah juga rasa. Cuma sikit sangat portion hidangan.
" Sikitnya. Banyak lagi Meehoon Goreng seringgit setengah beli pagi-pagi kat warung tu. Restoran baru. Ke diaorang ni tak tahu kot nak agak berapa banyak satu pinggan. "
Suami seperti selalu masa kini. Bila makan di kedai makan. Makan Sup Sayur.
Oh ada ABC? Minta juga ABC selain dari minuman panas. ABC minuman berais kegemaran kita selalu selain dari Cendol Pulut. Okaylah juga ABCnya tetapi bahan-bahannya lebih kepada benda-benda bersedara mara dengan cincau. Boleh dikira bilangan kacang merah. Sedari cerita wabak kolera hujung dekad lalu kerana cincau. Sampailah sekarang ini Su tidak makan cincau dan yang seangkatan.
Keluar minum kopi tetapi dua-dua minum Teh O Limau panas kurang gula. Kalau di rumah. Sudah bertahun rasanya kita minum minuman panas tanpa gula. Kecuali sesekali minum minuman 3 dalam 1. Kini suami pun meniru kelaziman Su ini. Minum teh O panas tanpa gula.
Hanya tinggalkan restoran selepas habis siaran hafazan Al Quran ditayangkan di kaca tv restoran. Itu siaran ulangan.
Alang-alang menjelang azan Maghrib. Su cadangkan kami terus pergi masjid. Tunggu Maghrib. Antara azam tahun baru setahun dua ini. Mahu lebih kerap solat di masjid. Terutamanya solat Subuh dan solat Maghrib dan Isya'.
Sesampai perkarangan masjid. Masjid Al Hasanah Bangi. Masjid bernostalgia perkahwinan puteri. Sampai parkir menghadap masjid. Seperti selalu. Kita curi masa merakamkan gambar seperdu pokok bunga kemunting cina warna ungu. Bunga kemunting ini ada versi warna putih. Antara bunga-bunga kegemaran kita. Bunga melur, bunga kemunting cina, bunga raya warna merah hati, bunga siantan atau ixora atau bunga jarum, bunga cempaka, bunga tanjung.
Semua bunga-bunga ini. Ikatan suka itu kerana bertautan dengan cerita nostalgia. Bunga melur bunga kegemaran ibunda sampaikan itu nama manja kita sedari lahir. Bunga raya merah hati antara bunga runasan kita selalu di halaman rumah Opah sepindah kami dari Singapura. Begitulah juga dengan bunga siantan atau ixora selalu Su hisap madu jejarum bunga itu. Pun di halaman rumah Opah. Rumah Opah berjiran dengan rumah keluarga Jins Shamsudin.
Itu arwah opah saudara. Ibu kandung Ayahanda meninggal semasa Ayahanda kecil. Ayahanda dan Bonda. Kedua-duanya anak yatim kematian ibu semasa kecil.
Kalau bunga kemunting cina berwarna ungu. Rumah lama kala masih serumah dengan ayah ibu di utara sana. Bersusun rimbunan pokok bunga kemunting cina warna ungu ini di atas batas di hadapan rumah. Bunga kemunting cina ini Bonda tanam berkumpul dengan perdu pokok bunga keembong warna ungu dan pokok puding berdaun warna jingga.
Rumah lama di Reservoir Garden Kota Kinabalu. Pun bersusun pepohon bunga renek comel ini. Sebagaimana kelihatan kelibat pokok bunga kemunting cina ini dalam gambar paling atas.
Gambar paling atas. Dua anakanda puteri posing tepi pokok bunga kemunting cina rumah Reservoir Garden. Gambar itu. Sepulang dua tuan puteri dari kelas mengaji Muqaddam di surau belakang rumah. Hari itu. Puteri kedua baru dua tahun sepuluh bulan. Hari itu. Su sarat hamilkan puteri bongsu lahir hanya beberapa hari selepas rakaman gambar ini. Puteri sulung hari itu. Baru enam tahun. Sebelah kiri bunga warna biru itu. Bunga raya merah hati lebat berbunga.
Tahun lepas kami ronda berkereta singgah pandang rumah lama ini. Pohon bunga raya merah hati tanaman Su itu sudah ditebang potong oleh tuan rumah baru bukan orang Melayu. Bunga raya merah hati ini bukan dengan lima kelopak ranggi. Bunganya bergumpal seperti bunga carnation.
Antara impian mungkin mustahil tercapai. Su berangan mahu beli rumah sekitar perumahan itu. Rumah persinggahan bila pulang Kota Kinabalu. Kenangan berumah situ. Antara nostalgia paling melekap tersemat kuat pada sanubari sepanjang tujuh tahun bermukim di kota kelahiran tiga puteri kami.
Selepas solat. Suami mencadangkan kami singgah PKNS Bangi. Lamalah juga situ. Su belikan dua kemeja warna biru dan krim buat suami. Satu kemeja T warna merah jambu salmon buat putera mahkota. Suami beli fius dan itu ini buat bulb lampu kamar Idris. Lama kamar Idris bergelap sedari hujung tahun lepas. Bab membaiki benda rosak. Tunggu berzaman sebelum orang baiki. Itu cerita biasa. Semakin lali. Alah bisa tegal biasa.
Kereta meninggalkan Kompleks PKNS menjelang azan Isya'. Kita cadangkan singgah masjid dulu. Ada orang mahu pulang juga. Mahu hantar kita pulang ke rumah sebelum member pergi surau. Sudahnya singgah juga surau.
Ini bila kita mengingatkan. Janganlah sampai terlepas pula solat berjemaah kalau mahu hantar Su pulang dulu ke rumah. Sebelum ini. Kita menegur member kebelakangan ini terpaksa tinggalkan solat Zohor berjemaah kerana mesyuarat waktu tengah hari. Pesan kita. Berhati-hatilah bila kesibukan hal dunia buat kita beransur meninggalkan kelaziman selalu.
Su tunggu dalam kereta. Gelap lorong mahu menuju pintu ruang solat wanita. Penat pun sama.
Selepas itu pergi restoran singgahan selalu kami di Jalan 11. Belikan makanan buat Safura.
Sekali lagi. Su tunggu dalam kereta. Kebelakangan ini. Kurang selesa lagi pergi restoran sudah semacam restoran orang seberang ini. Dari petugas biasa sampailah tokeh kaunter bayar. Semuanya orang seberang. Kurang selesa kerana entah kenapa kini kalau pergi sana Su pulangnya mesti demam. Selalu petugas situ demam kot. Terutama yang baru sampai dari seberang. Kita ini mudah berjangkit demam. Daya tahan badan bukan seperti dulu lagi.
Teringat pernahlah sekali dulu kami di restoran itu. Kita minta seorang pekerja restoran sedang menyapu tolong kuatkan kipas. Boleh lelaki seberang ini tidak faham apa yang kita maksudkan dengan kipas laju. Selepas kita terpaksa beri isyarat tangan. Barulah lelaki muka seberang itu faham. Oh kipasnya mahu diputar keras. Kita pun ketawa mengulang kata. Ya minta kipasnya putar keras.
Komen kita pada suami. " Baru sampai dari Indonesia kot. "
Tadi di restoran baru berpandangan Tasik Cempaka itu. Belikan Suraya Meehoon Tomyam bungkus. Lama singgah sana singgah sini. Alamat kembanglah meehoon itu. Ini kerana meehoonnya sudah dicampur sekali ke dalam kuah tomyam.
Sudahnya asalnya keluar rumah sebelum pukul enam. Sampai rumah pukul sembilan. Mulanya hanya keluar minum kopi. Sudahnya shopping malam singgah dua restoran.
Apa-apa pun Alhamdulillah hari sentosa walaupun belum hilang penat semalam pergi utara pulang hari.
Hmm catatan cepat berlebih kurang kerana mahu mencatat cerita berulang pergi sekolah Idris kurang seminggu selepas pergi MRSM Transkrian. Saya mencatat ikut mood apa mahu dicatat cerita. Bukan ikut kronologi haribulan.

Tetamu Rasanubari

- Mood:
good
Dari Nibong Tebal singgah malam Kuala Kangsar

Petang 26 April hari Ahad itu. Selepas meninggalkan pintu pagar MRSM Transkrian. Selepas hilang Muhammad Idris dari pandangan. Selepas berhenti tangan melambai.
Singgah Masjid Transkrian. Masjid bersetentangan dengan kampus cawangan USM. Masjid besar masjid baru. Terlalu baru sampaikan pintu masjid pun berkunci. Tandas dan tempat wudhu' wanita pun berkunci. Ada sehelai sejadah di luar kawasan solat tepi tiang seri. Lalu nampak gayanya terpaksalah Safura solat di anjung masjid.
Belum pun Safura solat Asar di luar kawasan solat. Kami suami isteri berehat-rehat santai di pangkal tangga menunggu Maghrib. Alang-alang sudah pukul tujuh. Tunggu sajalah azan Maghrib. Lagipun sebagaimana selalu. Misi bila bermusafir. Menambah lokasi bersujud dalam solat buat dibawa pergi akhirat.
Santai pandang memandang. Pandangan senja kampung Melayu berpohon kelapa bersusun dari masjid itu. Pandangan mempesona pada mata ini.
Sampai siak masjid bermotosikal. Siak berumur mungkin sekitar lewat enam puluhan. Siak ini buka kunci pintu masjid. Maka solatlah Safura di dalam masjid. Bukan hanya di foyer atau anjung masjid.
Suami berbual dengan siak baru sampai itu. Memang ini masjid baru.
Ambil wudhu' di tempat wudhu' lelaki terdedah lapang tanpa dinding menghadap jalan raya bersimpang empat selepas nun MRSM Transkrian hanya sepelaung dari situ. Kalau dalam gambar nombor dua di bawah ini. Sebelah kiri dalam gambar. Tempat wudhu' itu. Sebelah kiri tangga masjid.
Selepas solat. Sempat lagi bergambar-gambar. Rakaman gambar ruang dalam masjid serba baru. Rakaman gambar langit malam biru ungu. Langit biru ungu Maghrib berbulan penuh mengambang. Gambar tertera. MRSM Transkrian di sebelah kanan gambar. Kampus USM itu di sebelah kiri gambar.
Mahu singgah tandas. Tandas masih berkunci rapat. Walhal selama ini saya kurang gemar singgah tandas masjid kecuali tandas-tandas beberapa masjid. Antara tandas masjid bersih pernah disinggah. Tandas Masjid UKM. Itupun singgahan kali akhir. Entah beberapa tahun lalu. Berkira-kira mahu singgah tandas masjid ini kerena mengenangkan ini masjid baru. Masjid baru mestilah bersih tandas.
Giliran Safura pula memandu. Kala kereta melintas susur lalu di hadapan MRSM Transkrian. Kelihatan dewan maktab itu terang benderang. Menurut Idris. Malam ini. Majlis perasmian Kejohanan Taekwondo Se-MRSM tahun 2009 ini. Mudah-mudahan Allah subhanahuwataala permudahkanlah semuanya buat anakandaku itu. Mudah-mudahan selamat semuanya sampai pulang kembali ke kampus maktab sendiri. Pasti bila lalu berpandangan maktab ini. Teringat Idris sedang buat apa. Baru lepas solat Maghrib. Sebentar nanti pergi dewan.
Belum pun kereta meninggalkan Nibong Tebal. Sampai SMS Idris buat Ayahandanya. Pemberitahuan sudah terima topup. Jawab Ayahanda. Nanti telefon Mak bila lapang. Baca SMS jawapan ini setelah sampai rumah.
Kereta melepasi jambatan selepas meninggalkan jauh bandar Nibong Tebal. Berkisahlah kita. Transkrian ini bersempena dengan nama ladang kelapa sawit Transkrian. Sebagaimana dengan Bandar Baru Bangi dan Putrajaya. Transkrian ini penempatan baru dulunya ladang. Dua kampus di Nibong Tebal, Seberang Prai Selatan ini, MRSM dan kampus cawangan USM itu, merujuk kepada nama Transkrian bukanlah nama tempat. Itu nama mukim. Sebagaimana daerah Larut. Tiada tempat atau pekan nama Larut. Tiada pekan Kerian. Tiada bandar Batang Padang.
Juga berdasarkan pemahaman saya setakat ini. Transkrian itu pastinya merujuk kepada dua tanah antara Sungai Kerian. Sebagaimana makna trans itu. Penghubung atau antara.

Berkisahlah kita pada dua ahli keluarga. Dulu semasa kecil. Biasalah saya dengan dua saudara dibawa selalu ibu menaiki feri rakit menyeberangi Sungai Kerian dari Parit Buntar dalam negeri Perak pergi Bandar Baharu dalam negeri Kedah. Zaman saya bersekolah dulu. Tercatat peristiwa tragedi feri karam di Sungai Kerian. Selepas tragedi feri karam awal pagi mengorbankan ramai pelajar sekolah. Barulah terbina jambatan menghubungi antara dua pekan dalam dua negeri. Antara nostalgia daerah Kerian melekat dalam ingatan. Kenangan menaiki feri rakit ini. Itu zaman belum bersekolah. Zaman ayah ibu belum bercerai. Feri rakit ini rakit besar tanpa bumbung.
Alhamdulillah sampai Kawasan Rehat Sungai Perak belum pun pukul lapan. Kurang satu jam perjalanan dari Nibong Tebal. Setelah setahun lebih selama kawasan rehat ini tutup kerana kerja-kerja pengubahsuaian. Inilah kali pertama kami singgah. Kali akhir singgah. Tahun 2006 dulu kot. Hari pergi Taiping.
Wah berseri-seri kawasan rehat kini berwajah baru dengan kioks buah-buahan bergerai batu. Kalau dulu. Gerai-gerai buah-buahan sederet di tepi jalan antara ruang legar lapang menuju medan selera. Kini gerai-gerai batu ini memenuhi ruang legar berbumbung. Meriah walau tidaklah seluas Kawasan Rehat Tapah.
Ruang tandas lebih besar lebih banyak bilangan kamar kecil. Bersih berkilat-kilat kerana masih baru. Kalau dulu tandas duduk hanya satu dua. Kini tandas duduk berderet hampir sepuluh.
Surau baru kelihatan lebih besar lebih selesa. Bagaimanapun malam ini tiada singgahan surau sini kerana sudah solat di Masjid Transkrian serba baru itu.
Selama ini. Memang jaranglah Su singgah solat di surau kawasan rehat ini kerana kurang selesa dengan surau lama itu. Kurang selesa kerana panas dalam surau. Kalau bersinggah sini. Selalunya kerana mahu makan nasi berlaukkan Gulai Tempoyak Ikan Patin dari sekian-sekian gerai. Juga kerana mahu beli buah mangga.
Selalunya kalau kami susuri Lebuhraya PLUS dari utara. Kawasan Rehat PLUS singgahan selalu kami. Tapah dan Sungai Buloh. Pemilihan kerana tandas bersih dan surau selesa. Masa pergi. Selalunya singgah Sungai Buloh dan Bukit Merah. Sungai Buloh kerana singgah kedai buku beli bekalan bahan bacaan bawa pergi hotel. Singgah Bukit Merah kerana kedai makan berlauk-pauk daerah kelahiran ayah ibu.
Kalau Bukit Merah dari utara. Singgahan selalu situ kerana Nescafe panas kaw satu kedai minuman situ. Setahun dua ini Su sudah teramat jarang minum Nescafe kerana sakit kaki. Pun begitu bila singgah Kawasan Rehat Bukit Merah menuju selatan. Su selalu minum Nescafe jangan kacau susu satu kedai minuman di situ. Selalunya kalau beli Nescafe panas. Su pesan jangan kacau susu pekat manis itu. Nanti terlebih manis.
Sebenarnya Kawasan Rehat PLUS Gunung Semanggol tetapi kami sekeluarga terbiasa sebut Bukit Merah. Ini kerana dulu-dulu semasa puteri sulung kolejnya nun di Pulau Pinang sana. Kami selalu singgah bermalam di Bukit Merah Resort berhampiran kawasan rehat itu.
Makan malam atau makan tengah hari tertunda sampai malam. Seperti dulu-dulu bila singgah sini. Mesti beli semangkuk Gulai Tempoyak Ikan Patin. Kini setiap kali beli Gulai Ikan Patin. Mata periksa harga dulu. Pernah dulu suami dan kawan singgah gerai makan nasi bergulai ikan patin. Masa bayar. Terkejut sepotong kecil ikan patin berharga RM65. Ikannya pula diambil lebih dari sepotong. Bukan restoran. Hanya warung kecil kampung tepi jalan. Lebih kurang sama cerita kedai makan Nasi Dagang heboh keluar surat khabar dulu.
Sambil makan. Rancak berbual dengan Safura. Suami lebih awal makan lebih awal sudahnya. Bangun dengan muka kelat berlalu pergi selepas merungut. Bising.
Komen dalam hati. Kalau pelajar-pelajar perempuan dengan kawan-kawan pensyarah perempuan awak tu bising tak paa. Boleh senyum-senyum lagi. Bising orang lain bising manja menggoda telinga. Bising hebat. Bising meriah. Bising ahli keluarga buat muka mencuka. Ini kerana dalam seminggu dua ini telinga kita ini terpaksa menahan bising-bising kawan-kawan member dalam bukan hanya satu peristiwa. Member pula kelihatannya bersenang hati tersenyum sendiri dengan bising sebegitu.
Satu kejutanlah pada saya dalam sebulan dua ini dengan kelaku pelajar perempuan dan wanita muda hari ini. Dalam bas kerusi belakang. Satu bas universiti. Pelajar-pelajar wanita dan pensyarah wanita muda bersembang kuat sesama sendiri sampai boleh terdengar pada kami jauh di kerusi hadapan. Penumpang-penumpang lelaki lebih sopan berbual hanya buat didengari teman duduk di sebelah. Pelajar-pelajar perempuan bersembang ketawa kuat berdekah-dekah dari atas bukit boleh terdengar sampai bawah bukit. Anak dara sembang kuat boleh dengar satu dewan makan hotel. Anak dara pelajar universiti mengada manja dalam kapal terbang dengan staf pangkat bapa dipanggil abang boleh dengar rengekan sampai dua tiga baris kerusi. Pada member bila terdengar itu. Senyum-senyum sendiri gamaknya merasakan itu semua kelaku comel. Cuba kalau anak dara sendiri atau kita bising sebegitu. Mahu nanti ada orang menyelap kerana terperanjat.
Mungkin akan ada yang berkata. Biar orang lain buat jangan ahli keluarga sendiri buat. Kenyataannya bila orang lain buat, member tumpang suka. Kerana apa? Kerana syaitan bergantung di telinga. Bising suara bukan muhrim rasa indah. Bising ahli keluarga menyesakkan telinga.
Kalau setakat cerita bising. Itu perkara boleh diterima walaupun satu kejutanlah juga. Bukan berdosa pun bising kalau tiada gangguan bertahap kritikal pada orang lain dengan bising itu. Bab bising berlagu manja mengada. Itu meloyakan.
Cerita dalam kapal terbang itu. Awal tahun ini. Terkejutlah saya hari itu. Begitu manjanya pelajar awal 20-an dengan staf lebih kurang sebaya suami kita. Boleh berabang-abang. Merengek manja semacam dalam kamar tidur. Kerusi kami di hadapan kerusi anak dara dan dua staf lelaki ini. Bang, bang, tak de bantal laa. Nak bantal.. Nak bantal.. Tak best laa tak de bantal. Bang bang tak nampak ape pun. Tak nampak pun Gunung ********. Lapar laa bang.. Bila nak sampai ni. Dua lelaki diabang-abangkan itu. Suami-suami dan bapa-bapa orang. Entah-entah lebih kurang sebaya bapa pelajar itu. Suara lembut melentuk manja mengada-ngada. Ada orang itu senyum-senyum saja sepanjang terdengar semua itu. Kami suami isteri mengisi sederet tiga kerusi di hadapan pelajar dan dua kawan suami itu. Entah-entah member sudah terbiasa dengan suara manja mengada sebegitu. Hari itu barulah saya tahu. Ada pelajar perempuan manja membahasakan staf lelaki universiti dengan panggilan abang. Cukup mesra. Atau terlebih mesra?
Kita pula. Komen kita pada suami. Geli geleman. Macam dalam bilik tidur. Itu dalam pesawat ramai orang. Kalau berdua-duaan di dalam makmal ataupun berdua-duaan di dalam kamar pejabat pensyarah. Tidak tahulah bagaimana. Sepanjang penerbangan itu. Sebelum destinasi atau selepas terbang sampai lapangan terbang. Memang saya melarikan muka dari pelajar mengada-ngada itu. Saya kurang pandai berpura-pura. Berpura-pura senyum walhal hati kurang senang. Hari itu. Terpandang muka pun saya bukan muka derk. Berdiri di sebelah pun saya buat tidak tahu. Prinsip saya selalu. Apa terkata apa terluah apa terpancar dari muka. Itulah dari hati. Kalau kurang gemar. Saya tidak akan pura-pura memaniskan muka. Kalau saya senyum mesra wajah. Itu tumpahan terus dari hati.
Sebagai rekod. Dua lelaki dengan pelajar itu. Staf universiti bukan pensyarah. Seorang daripadanya muda setahun dari suami kita tetapi berwajah awet muda. Seorang lagi. Kelihatan muda sepuluh tahun dari umur sebenar. Mereka berdua ini selamba melayan tanpa begitu menonjol gelagat memanjakan. Mungkin waras memikir. Ramai melihat ramai mendengar. Apa terdengar apa terpandang. Orang muda lebih bermanja-manja. Pun begitu sebagaimana kata sahabat. Kalau orang lelaki tidak beri muka. Bagaimana orang muda boleh berani terlebih manja.
Kembali kepada cerita Kawasan Rehat PLUS Sungai Perak. Selepas makan. Safura pergi tandas. Kita lalu kioks buah-buahan mahu menuju parkir. Terlihat suami duduk di bangku menghadap ruang tengah dengan gerai buah-buahan. Bersegera melarikan diri dari laluan itu. Lalu ikut laluan lain. Malas menghadap pandang ketika kita sedang berwajah protes.
Lamalah pula menunggu Safura. Lama Su berdiri menunggu di sebelah kereta biru. Suami masih di kawasan rehat. Patah semula pergi kawasan rehat. Beli buah jambu potong tabur serbuk asam. Terlihat suami beli buah mangga.
Tadi siang di Hentian PLUS Simpang Pulai. Bila kita minta tolong belikan buah mangga. Ada orang jawab. Belilah sendiri. Member malas keluar dari kereta sebagaimana begitu juga halnya dengan kita. Malam ini. Member beli mangga kita minta siang tadi. Mungkin juga kerana member terperasan pada wajah tidak mahu senyum kita semasa lalu tadi. Selalunya begitulah. Kalau kita berwajah kelat. Pantas kilat boleh dapat apa diminta. Kalau kita berbahasa sopan hormat meminta. Ada orang buat muka tidak punya perasaan sebagaimana selalu. Sebagaimana kata seorang sahabat dengan cerita lebih kurang begini. Takkanlah kita nak kena tarik muka kelat selalu. Atau sebenarnya lelaki-lelaki seperti ini mahu sesekali isteri merajuk. Walhal saya ini bukan jenis begitu. Sedari kecil. Sudah terbiasa memanjakan orang bukan manja pada orang. Terbina sikap ini sedari zaman kecil belum sekolah selalu sendiri tanpa ayah ibu. Bertanggung jawab menjaga dua adinda seawal umur belum sekolah. Terpaksa cepat jadi dewasa.
Alhamdulillah perjalanan bermula selepas pukul lapan dari kawasan rehat itu. Alhamdulillah sampai rumah sebelum pukul dua belas malam. Lega dan redha dengan apa sahaja ketentuan cerita hari ini. Alhamdulillah ketentuan hari ini berhikmah sampai Masjid Transkrian bersinggah mukim nostalgia masa lalu.

- Mood:
accomplished
Singgah Masjid At Ta'awun Cisarua solat Jumaat tengah hari hujan renai Bogor

Catatan wisata Bogor buat kenangan sekeluarga. 13 Februari hari Jumaat. Senang hati mencatat kenangan Bogor ini kerana sebahagian dari hati ini bagaikan tertinggal di Bogor sana.
Selepas kenderaan hitam Innova susuri jalan bukit tepinya ladang teh. Mata tertangkap pandang satu masjid tersergam agam lawa di atas bukit. Masjid At-Ta'awun mukim Cisarua. Suami kita pun memuji lawa masjid ini. Sejurus sampai kereta di halaman masjid. Hujan turun renyai-renyai.
Keluar saja dari kereta. Sudah pun menunggu penjual barangan cenderamata. Sudah tahu. Sudah serik dengan pengalaman dikepungi peniaga Tangkuban Parahu. Su menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Pun begitu bila hujan mulai menderas turun. Peniaga ini pun bersegera berlalu pergi. Pun begitu tetap rasa seperti mahu beli. Mengenangkan betapa susah payah peniaga itu. Kunjungan Su ke negara Indonesia kali ini berbeza mood dengan kunjungan sebelum ini. Bila insaf tahu. Ramai kelihatan dhaif susah di sini. Kunjungan sebelum ini. Culture shock bila dikerumuni kejar peniaga. Bila ramai meminta-minta bagai memaksa beli.
Su tanya dosen IPB itu. Samada masjid ini ada ruang solat wanita.
Masjid tinggi atas bukit dengan tangga besar sebelum menuju pintu utama masjid. Suami bertanyakan tentang kaki sakit Su. Tidak mengapa. Sesekali. Bukan selalu. Lagipun belum tentu sampai masjid ini lagi. Lagipun satu kelaziman kita ini. Memana lokasi sampai. Seboleh-bolehnya kita mahu meninggalkan bekas sujud pada lantai memana musolla lokasi. Masjid atau surau atau rumput taman. Misi Su setiap kali sampai Melbourne. Mahu meninggalkan bekas dahi bersujud pada rumput semua taman-taman hijau kota itu. Alhamdulillah hampir semua taman-taman hijau kota itu sempat Su tinggalkan bekas sujud.
Tinggalkan sandal pada pondok kecil tempat menyimpan sepatu dan sandal. Manis gadis bertudung bertugas di pondok ini. Semanis lembut budi bahasa. Su tanya mana bahagian solat wanita.
Sebelum melepasi pintu masjid. Satu keunikan masjid ini. Kita perlu mengharungi kolam kecil dengan berkaki ayam. Bagaikan kolam buat basuh kaki sebelum memasuki masjid. Kolam kecil dengan air mengalir bukan bertakung. Pun begitu sebenarnya kita pandang memandang kalau ada laluan lain. Satu hal pula bila terpaksa mengangkat sedikit kain sampai terlihat pangkal kaki selepas tumit.
Komen seorang dari kami orang Malaysia. Kolam ini berfungsi semacam mengimbas atau scan semua kaki sebelum memasuki masjid.
Selepas tangga besar. Selepas kolam basuh kaki. Turun pula tangga. Su tanya seorang gadis bertugas di satu kedai dalam masjid. Mana bahagian solat wanita. Kedai ini di sebelah tandas masjid.
Pengalaman setakat ini pernah singgah beberapa masjid dan surau negara Indonesia ini. Tandas-tandas masjid sini bersih tidak berbau walaupun tandas-tandas ini rata-ratanya tandas curah bukan tandas pam.
Selepas itu. Terpaksa memanjat tangga lagi. Lasaklah kaki sakit kita hari ini. Sesekali bukan selalu. Sebelum itu. Seorang lelaki mungkin petugas masjid. Beliau ini tunjukkan Su tangga batu menuju pergi bahagian wanita. Sebenarnya jemaah lelaki pun perlu menaiki tangga ini. Masjid atas bukit ini. Kita panjat tangga turun tangga panjat tangga lagi.
Sampai atas. Minta suami tolong belikan air mineral dari kedai dalam masjid itu. Mengah selepas memanjat tangga. Tiada jualan air mineral. Berdoa mohon sihat kuat sampai habis solat.
Sesampai ruang solat wanita. Lega bila terpandangkan sudut dengan set sofa lama di hujung ruang. Bolehlah Su bersolat duduk atas sofa. Sempat solat sunat tahiyyatul masjid sebelum khutbah mula dibaca.
Khutbah ringkas namun padat. Seingat-ingat Su. Kali akhir Su solat Jumaat di masjid. Kecuali kalau memang Su terlupa. Tahun Su di Shah Alam. Solat Jumaat di Masjid Negara. Hari Jumaat itu. Su mengikuti Kursus Perkaderan Dakwah anjuran Jabatan Perdana Menteri di Pusat Islam Jalan Lembah. Kursus seminggu. Atau dua minggu? Lupalah pula. Itu zaman Dato' Sri Haji Kamaruddin Mohd Isa. Tahun itu Su baru berumur lapan belas tahun. Selama kursus itu kami peserta kursus menginap di asrama Pusat Islam.
Itu pun pada hari itu kakak-kakak senior tidak begitu menggalakkan Su dan beberapa orang kawan pergi solat Jumaat. Kata kakak-kakak senior. Kita wanita lebih afdal solat Zohor. Su dan geng buat dengar tidak dengar. Mahu lalui pengalaman bersolat Jumaat. Kami hanya berjalan kaki dari asrama Pusat Islam ketika itu hanya bangunan kecil di Jalan Lembah.
Antara kenangan berkursus itu paling Su ingat. Setiap malam kami peserta kursus dibawa solat berjemaah Maghrib dan Isya' di semua masjid-masjid utama Kuala Lumpur.
Hari itu selepas solat Jumaat. Su dan kawan hadir dengar kelas fardhu ain Ustaz Yazid Jaafar. Pak Yazid ini sepupu Ayahanda. Bagaimanapun masa itu Su tidak tahu menahu pun ustaz ini sepupu Ayahanda. Hanya tahu tentang ikatan persaudaraan ini baru lebih kurang sepuluh tahun lalu. Walhal tahun-tahun Su di Shah Alam. Hampir setiap minggu Su pergi Masjid Negara buat hadir dengar kelas ustaz ini.
Kembali ke Cisarua, Bogor.
Selepas solat. Bersalam dengan para jemaah wanita rata-ratanya pelancong dari luar Bogor walaupun masih warga Indonesia. Seorang jemaah wanita orang Indonesia datang lewat. Solat seorang diri tetapi membunyikan kuat boleh jemaah lain dengar bacaan di dalam solat.
Bersenyum mesra bertanya hal dengan seorang ibu dari Mesir senyum-senyum dengan Su. Wanita Arab Mesir bertudung hitam bermata bulat ini kurang fasih berbahasa Inggeris. Su berbual dengan anak ibu ini. Anak perempuan ini mungkin berumur lapan tahun.
Bila diberitahu mereka ini dari Iskandariah. Spontan komen Su. Oh Alexandria? Beautiful city. Kemudiannya bagai tersenyum sendiri di dalam hati. Macamlah pernah sampai. Pun begitu kita tahu tentang bandaraya indah ini melalui pembacaan. Juga seorang sahabat karib di Aberystwyth dulu. Fatma berasal dari bandaraya kedua terbesar Mesir ini. Keluarga sahabat ini berasal dari Port Said seberang Terusan Suez. Lari berpindah pergi Iskandariah selepas peperangan rantau situ pada pertengahan tahun 60-an.

.
Selepas solat. Keluar dari masjid. Hujan tadi teduh tiba-tiba renyai semula. Berteduh di sebelah satu kedai makan di hadapan masjid. Kedai ini masih di kawasan masjid di atas bukit. Bukan bawah dari tangga besar.
Lebih kurang sepuluh minit menunggu hujan reda. Supir atau pemandu datang dengan payung besar. Mulanya supir ini memayungkan Profesor C dan Dr. Z. Selepas itu giliran kami suami isteri menggunakan payung. Baru sampai ke kereta hitam Innova di hadapan tangga bersusun kenderaan. Datang pemandu dengan tuala kecil menutup kepala dari atas bukit. Bagus juga dia datang. Kalau tidak. Kalau suami perlu menjemput Dr. W dan dosen IPB itu. Tinggallah Su dengan dua Dr itu di dalam kereta. Kurang selesa begitu.
Gambar nombor dua. Supir memayungi Profesor Dr. C dan Dr Z berbaju warna jingga.
Selepas itu. Masa untuk makan tengah hari. Mulanya Su sangkakan kami akan makan tengah hari di kawasan masjid ini. Sememangnya berharap-harap begitu. Mahu merasai pengalaman makan di warung-warung kecil Bogor ini. Mata menangkap pandang warung-warung kecil di bawah bukit bersebelahan dengan parkir masjid ini. Warung-warung kecil dengan meja dan pangkin kayu. Warung hanya selebar meja kayu. Komen Su hanya buat didengari suami. Tiada lagi meja dan pangkin kayu seperti ini di Malaysia.
" Ada lagi ke meja macam ni di Sabah? Kat Malaysia sekarang semua kedai makan guna kerusi PVC. "
Kelihatan ketinggalan namun itu sebenarnya satu keunikan pada mata ini. Melambai nostalgia warung kecil masa lalu. Seingat-ingat Su. Kali akhir Su singgah warung dengan meja makan dan pangkin kayu seperti ini. Meja makan warung Mamaktaria kampus ITM Shah Alam zaman belajar Su dulu.
Kala menunggu hujan teduh. Mata tertangkap pandang papan tanda sebagaimana tertera gambar di bawah ini. Kaget kerana Indonesia pun ada Otak-Otak Ikan Tenggiri.

content