Trefor Road Culdesac (rasanubari) wrote,
Trefor Road Culdesac
rasanubari

  • Mood:
  • Music:

Hari ketiga Beijing masih lokasi Haidian


Haidian dari Beijing Holiday Plaza
Originally uploaded by Ssuriha

Beijing 15 Julai sehari sebelum harijadi

Malam semalam hari kedua Beijing. Alhamdulillah selesa tidur. Tidur atas comforter nipis berselimut comforter yang sama. Giliran orang lain pula tidur malam berselimutkan dua bath robe tuala. Juga tidur selepas baca majalah sambil berbaring bercahayakan lampu meja tepi katil. Terlelap hanya selepas beberapa muka majalah ini.

Malam tadi. Baru perasan ada satu majalah dalam kamar ini bertulisan rumi. Tulisan rumi dalam bahasa Inggeris. Walaupun kulit luar majalah ini bertulisan separuh rumi separuh tulisan karakter Cina. Majalah disediakan hotel. Majalah wanita.

Bangun pagi awal pukul empat masih sempat solat Subuh dalam waktu Subuh. Syuruq summer Beijing awal pukul empat. Selepas solat Subuh. Menunggu waktu solat sunat Isyraq. Selepas solat sunat Isyraq. Mata tidak boleh tidur lagi. Kalau semalam suami tidak tidur selepas solat Subuh. Menghadap laptop berurusan sebelum conference. Hari ini giliran suami pula tidur sekejap selepas solat Subuh pukul empat. Bangun semula pukul enam. Su pula hari ini. Selepas bangun pukul empat pagi. Hanya berbaring tidur semula selepas pukul sebelas malam.

Selepas solat sunat dan zikir pagi. Berulang bangun. Bangun berdiri di tepi jendela kaca. Pandang memandang pemandangan pagi Beijing.

Semalam berbaring siang kerana masih demam. Alhamdulillah hari ini beransur sihat.

Hari ini suami lebih relaks kerana semalam sudah selesai presentation member. Hari ini hanya berurusan dengan poster.

Hari ini suami dan Profesor Dr. J turun bersarapan pagi selepas pukul lapan setengah. Cerita suami. Semalam pagi. Member dan Dr. J paling awal sampai lokasi conference sebelum pukul lapan. Rupa-rupanya conference mula selepas pukul sembilan. Mungkin benarlah sebagaimana telahan kita semalam. Warga Beijing mungkin pejabatnya mula selepas pukul sembilan pagi kerana pukul lapan pagi masih lengang jalan raya.

Suami dan Dr. J sarapan pagi di restoran hotel. Makan telur rebus dan minum teh O panas.

Su pula pagi ini di kamar hotel. Sarapan pagi makan biskut cap harimau bawa dari Malaysia. Minum Green Tea O panas. Kalau di Malaysia pun. Selalu bekalkan biskut ini bila bermusafir.

Kalau semalam gantungkan tanda Do Not Disturb. Pagi ini Su gantungkan tanda Please Make Up Room.



CCTV sembilan Beijing sanggar Haidian
Originally uploaded by Ssuriha

Sementara menunggu petang

Pekerja housekeeping datang selepas pukul dua belas tengah hari. Lawa manis tinggi lampai. Su bertanyakan tentang seterika. Wanita muda berkulit muka halus bagai buah pic ini beri isyarat yang dia kurang upaya pendengaran. Isyarat tangan dengan senyuman manis. Juga gayanya kurang faham bahasa Inggeris.

Pekerja housekeeping ini pakai unifom ceongsam berseluar warna krim polos. Ceongsam krim sama warna sama tulisan Cina dengan kain lapis atas cadar. Rambut sedikit perang disanggul tinggi. Manis berseri.

Cadar dan semua sarung bantal ditukar baru. Chiang Mai. Bandung. Beijing. Bila kamar hotel dikemas. Semua sarung bantal dan segala cadar disalin baru. Kalau hotel-hotel di Malaysia. Rata-ratanya hanya salin cadar kalau kita minta. Dua minggu kami di Hotel Lotus lupa panjang sangat nama dalam bahasa Siam Chiang Mai. Dua minggulah setiap hari cadar katil disalin baru.

Kali terakhir kamar hotel disalin tukar baru cadar tanpa diminta. Kalau di Malaysia. Pan Pacific KLIA Sepang. Patutlah pun dinobatkan hotel lapangan terbang terbagus dalam Asia. Sebelum itu. Satu hotel tepi pantai di Johor Bahru. Kakak tukar cadar itu pun Su masih ingat nama. Sebagaimana nama seorang kekanda sepupu bermula dengan huruf F.

Bagaimanapun kamar Beijing Sunshine Holiday Plaza ini. Kita diberi kad tanda. Kalau mahu cadar disalin baru. Letakkan kad ini di atas katil.

Bukan saja karpet kamar disapu sampah. Sedikit kawasan berjubin putih di hadapan kamar mandi. Pekerja housekeeping ini lap dengan tuala kecil sambil menunduk dengan lutut atas jubin. Terbongkok-bongkoklah wanita lawa ini mengelap lantai gaya babu-babu dalam filem rantau Asia zaman dulu-dulu.

Seperti biasa. Ucapan terima kasih selepas setiap kali pekerja hotel kemaskan kamar. Walaupun itu memang tugas dia berbayar. Kalau yang bagus budi bahasa. Kita beri tip. Selalunya hati lembut mahu beri tip kalau pekerja-pekerja ini lebih berumur.

Sementara kamar dikemas. Su menghadap laptop. Juga bangun berdiri di tepi jendela. Pandangan dalam gambar di bawah ini. Itu antara pandangan berulang dipandang. Juga pandangan dalam gambar paling atas. Pemandangan dari tingkat sepuluh.

Gambar paling atas. Setiap kali terpandangkan bangunan-bangunan sebelah kiri. Satu bangunan rata panjang itu. Bangunan ini mengingatkan kepada jam radio popular pada pertengahan tahun 1980-an. Wales zaman itu. Su guna jam begini sebagai pengejut dari tidur. Kini hanya guna telefon bimbit. Tiada lagi jam loceng.

Hari ini cuaca terang benderang. Tanpa hujan renyai seperti sepanjang petang semalam. Nun bawah sana. Ada orang jual buah pic. Musim buah pic Beijing. Picnya sedikit lain dari pic negara orang putih. Lebih rangup.



Dari jendela Beijing Sunshine Holiday Plaza
Originally uploaded by Ssuriha

Sepanjang hari memandang bawah sana

Hari ini makan tengah hari lebihan nasi semalam suami beli. Semalam suami beli nasi tambah belum pun disentuh. Makan dengan kari ayam dalam tin malam tadi diberi Dr. J. Jauh dari negara sendiri begini. Kari Malaysia dalam tin pun terasa lazat. Walhal kalau di Malaysia. Kurang gemar makanan dalam tin kecuali terpaksa.

Seperti semalam. Sedari awal pagi. Berulang berdiri tepi jendela. Pandang memandang pemandangan Haidian dari hotel.

Awal petang ini. Terujanya kita kala terpandangkan nun di bawah sana. Dua wanita muda orang Melayu bertudung berjalan kaki santai namun pantas laju. Tahu dan kenal tudung orang Malaysia. Salah seorang dari mereka ini berbaju kurung. Berjalan kaki melewati tepi gerai jual buah pic. Berjalan berdua menghala pergi kanan.

Rasa seakan mahu melambai panggil. Mereka berdua ini menghala pergi mengarah satu hospital di sebelah kanan dari belakang hotel. Nun jauh di sebelah kanan sana. Ada satu universiti perubatan. Mulalah mengandaikan kemungkinan besar mereka berdua itu pelajar perubatan di Beijing.

Tengah hari ini. Memang terlihatkan beberapa orang jururawat berunifom putih susuri lalu jalan di belakang hotel ini.

Suami pulang awal selepas pukul dua petang.

" Dia orang pergi Botanical Garden. Malas pergi. J pun tak pergi. Dia kata takut nanti sesat pula sampai Tembok Besar China. "

Lambat menangkap maksud. " Sesat? Oh nanti sorang-sorang balik hotel. "

Selepas pukul tiga petang. Suami tidur sampai lewat pukul enam. Kita pula petang ini menghadap games. Juga baca helaian besar berlipat-lipat peta Beijing disediakan hotel.

Menjelang pukul tujuh senja. Member menelefon Dr. J. Cadangnya mahu jalan-jalan pergi Carrefour. Dr. J baru pulang dari pergi kedai.

Komen kita. " Orang pergi kedai sebelum malam.. "


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Tags: 15haribulan, 23haribulan, beijing, china, flickr, hotel, sanggar, sunday, tuesday
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Comments allowed for friends only

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments