Trefor Road Culdesac (rasanubari) wrote,
Trefor Road Culdesac
rasanubari

  • Mood:
  • Music:

Seremban berbintang sanggar dua belas Ramadhan bertemu teman dulu setaman


Salam Aidilfitri Seremban Royale Bintang
Originally uploaded by Ssuriha

Seremban Royale Bintang 12 Ramadhan 12 September

Sedari suami mula beritahu tentang dua malam Hotel Royale Bintang Seremban pada hujung minggu. Berfikir-fikir malas mengikut. Mahu saja beri jawapan begini. Kurang tarikan destinasi pergi. Sudah selalu benar kami bersanggar situ. Tahun ini pernah sudah sekali. Tahun lepas tiga kali. Hampir setiap tahun sebelum itu. Sedari zaman hotel itu masih lagi Hotel Hilton. Mahu kata. Lainlah kalau Kota Kinabalu. Lainlah kalau Kuching. Lainlah kalau pantai timur. Lainlah kalau utara berdekatan sekolah putera mahkota. Lainlah kalau hujung selatan sana. Lainlah kalau tepi laut.

Apa pun bila memikirkan hujung minggu ini dua puteri belum tentu lagi pulang bermalam. Masih berpeperiksaan semester. Ikut sajalah. Mulanya berfikir-fikir tinggal sajalah seorang diri di rumah. Pun begitu memikirkan bagus juga berehat-rehat di hotel dalam keadaan masih sakit itu ini. Masih bersisa demam. Ikut sajalah.

Beransur pergi selepas pukul lima petang. Safura pulang sedang kami bersiap-siap mahu pergi. Su cadangkan Safura ikut sama. Safura malas ikut. Suraya belum tentu pulang. Esok pagi ada kertas periksa sampai tengah hari. Sudahnya seperti rancangan terawal. Pergi berdua. Pun begitu Su beritahu suami. Mungkin Su bermalam hanya buat satu malam. Mungkin keesokan hari Su minta salah seorang dari dua puteri jemput Su pulang.

Singgah Pasar Ramadhan mini berhampiran simpang empat menuju perumahan kami. Minta wang kecil dari suami. Jarang kita minta wang kecil begini. Tutup pintu meminta selepas terima elaun bulanan. Terima sekeping wang not merah. Mencari makanan berat seperti Nasi Beriani dan sebagainya. Malas turun berbuka di hotel. Berkira-kira mahu berbuka di kamar hotel dengan makanan beli bungkus.

Hanya terdapat gerai-gerai menjual kuih-muih. Beli kuih-kuih talam. Kuih Serimuka. Kuih Lapis Kentang. Buah Melaka. Suami sudah belikan kita Kuih Lompat Tikam. Sebelum pulang ke rumah sebelum Asar tadi.

Terpandang Otak-Otak Johor panas-panas atas bara api. Mulanya berkira-kira mahu beli. Mengenangkan macam-macam sudah kuih-muih dibeli. Makan mungkin hanya buat seorang. Berlalu dari gerai. Melangkah longkang bila kereta biru gelap menunggu di seberang longkang.

Singgah Kawasan Rehat PLUS Seremban. Suami tunggu dalam kereta. Beli dua bungkus nasi campur dari dua kedai berbeza. Satu buat buka puasa dengan Gulai Nangka Muda juga Ikan Sembilang Goreng Berlada. Satu buat bersahur dengan Sup Tauhu dan Ikan Tilapia Goreng Berlada juga satu Pergedil.

Bual-bual dalam perjalanan. Su berkisah malaslah berbuka di restoran hotel kerana Su terbiasa selalunya hanya berbuka puasa dengan kurma dan minum segelas air. Selepas solat Maghrib. Baru makan malam. Lagipun jamuan makan hanya buat suami dan peserta seminar. Kalau Su makan. Perlu bayar. Kalau Su tidak makan. Rugi bayar mahal-mahal.

Kata suami mensarankan kita ikut pergi makan malam. " Apa susah. Turunlah lewat sikit lepas solat Maghrib. "

" Oh boleh turun lewat? Macam tu bolehlah. Selepas solat Maghrib. Rehat dulu baru turun. "

Sampai Royale Bintang lima minit sebelum Maghrib. Suami turunkan Su di muka pintu lobi. Member mencari parkir.

Sementara menunggu suami. Pandang memandang kaunter resepsi. Terlihatkan sekawan lelaki berkopiah. Pandang sana sini lagi. Terlihatkan seorang wanita berpurdah tutup muka berbusana serba warna krim. Purdah pun warna krim lembut. Dalam hati. Eh. *** lah. Sahabat sama kelas sama kursus di Shah Alam. Antara sahabat Su kerap bertembung. Pernah bertembung di Warta Bangi Utama. Pernah bertembung di Alamanda. Bertemu selalu di England.

Bergegas bangun. Salam bersalam bertanya khabar. Satu kebetulan menyenangkan. Suami sahabat ini pun ada seminar di hotel ini. Suami sahabat ini pun sama bidang kerja dengan suami kita. Lain universiti. Lain bidang kepakaran. Masa dulu-dulu. Suami kita selalu keluar dengan suami sahabat ini. Kini suami kita tiada lagi cerita keluar ini. Senyap dingin.

Kedengaran suara azan dari Masjid Negeri hanya sepelaung di hadapan hotel. Boleh kelihatan pun sekelibat bangunan masjid. Makruh melewatkan buka puasa. Lagipun Su meninggalkan beberapa bungkusan barangan di atas sofa lobi.

" Nanti you turun makan kat bawah? Okay kita jumpa kat sana lah nanti. "

Buka puasa hanya minum air mineral.

Datang seorang lelaki petugas hotel tampan berbaju Melayu bersamping serba warna hijau.

" Dah buka puasa? Saya boleh ambilkan makanan. Tapi cuma buah kurma je lah. "

Senyum berterima kasih. " Tak pe lah. Nanti saya pergi restoran. "

Tunggu-tunggu. Sesekali mata memandang pintu lobi. Sesekali mata pandang ruang sebelah kaunter resepsi. Sudahnya. Terlihatkan kelibat orang ditunggu. Bangun pergi kepada orang ditunggu. Hanya lebih kurang satu meter di hadapan orang ditunggu datang dari arah bertentangan. Sebelah kanan kami. Kawan setempat kerja suami dari kaunter resepsi.

Tersenyum lebar mesra senyuman. " Ada makan malam ke nanti? "

Senyum perli dalam hati. Hai! Belum tahu lagi tentang makan malam sudah diberitahu sudah dibincang petang tadi? Itulah namanya pertanyaan sudah tahu jawapan. Soalan berbasa-basi buat bersapa mesra.

Kurang dengar jawapan orang ditanya. Wanita tinggi lampai. Orang ditanya berkedudukan lebih jauh berbanding kita lebih tepat rapat di hadapan mata member. Biasalah member. Kalau dengan orang lain atau kawan. Berdepa-depa jauh lagi sudah terseringai senyuman. Kalau masa muda dulu. Sesekali mengomen berhalus bahasa. Kini kurang peduli lagi. Kalau ikut dialog skrip drama wayang. Hati sudah tawar untuk terasa hati. Bukan kerana tiada hati. Luka hati bertaut mati.

Member mensarankan kita duduk dulu. Belum check-in lagi.

Beres urusan chek-in. Menuju pergi kamar. Hanya kami berdua di dalam lif. Teruja kita bercerita tentang sahabat Su baru ketemui tadi di lobi. Suami sahabat ini pun sahabat suami. Kita bertanya. Kemungkinankah member dan suami sahabat kita itu hadir seminar yang sama. Jawapan seperti selalu. Jawapan dengan soalan berlagu terbiasa buat sesaorang sudah sampai tahap kini malas lagi bab-bab bertanya. Kecuali kalau terlalu perlu. Cuba kalau yang bertanya ini kawan. Jawapan pastinya berlembut mesra bermanis senyuman. Pun hati sesaorang itu berlagu terbiasa alah tegal biasa.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Tags: bertemu, flickr, friday, hotel, manna, ramadhan, sahabat, seremban
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Comments allowed for friends only

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments