Trefor Road Culdesac (rasanubari) wrote,
Trefor Road Culdesac
rasanubari

  • Mood:
  • Music:

Hari pertama cuti-cuti Seremban bulan Ramadhan


Seremban Royale Bintang berapit putih mengapit cermin coklat kencana
Originally uploaded by Ssuriha

Royale Bintang Seremban 12 Ramadhan 12 September lalu

Sampai kamar *03. Suami baru mulai buka pintu kamar. Keluar penghuni kamar bertentangan pintu. Kawan seuniversiti dengan suami. Kawan itu seorang diri. Gayanya mahu pergi makan selepas solat Maghrib. Kawan ini membantu bukakan pintu kamar kami bila suami cuba dua tiga kali buka pintu dengan menggunakan kad itu tanpa menyala hijau kunci pintu.

Sejurus kami memasuki kamar. Kata suami. Profesor tadi itu junior suami kita semasa bersekolah menengah sains di Johor. Sebaya dengan Profesor Dr. WH junior kita di sekolah menengah sains bandar pantai timur itu. Kata suami. Kawan itu bos program sanggar Seremban ini. Ini program sefakulti.

Selepas solat Maghrib. Berehat dalam sepuluh minit. Masa buat makan malam. Berdua menaiki lif. Sampai tingkat lima. Masuk dua orang perempuan. Eh jumpa lagi. Alhamdulillah. Bertemu lagi H** dan anakanda bongsu baru darjah enam. Suami H** solat di surau hotel. Bual-bual tanya khabar ahli keluarga. Bual-bual dalam lif.

" Ada lagi anak kecil. Saya tak de anak kecil dah. "

Bulan Mei lalu. Bertemu saudara sepupu muda setahun dari Su baru melahirkan puteri bongsu kurang dua tahun lalu. Ramai kini wanita sebaya-baya kita masih sihat kuat. Kita pula kesihatan badan seakan lebih tua dari umur.

Sampai restoran. Waduh ramainya orang. Tiga kelompok meja makan. Satu grup UPM. Satu grup universiti suami. Satu lagi grup. Mereka bukan dengan memana rombongan. Grup UPM ramai bawa keluarga. Ramai dengan berderet-deret ahli keluarga memeriah pandangan. Grup universiti suami kita. Ramai datang bujang.

Sempatlah suami kita berbual bertanya khabar sebentar dengan suami H**. Meja makan grup Dr. N** hampir dengan pintu restoran. Restoran Asiatique. Pasangan sahabat kami ini. Pernah Su komen. Dua-dua nama orang putih. Begitu juga dengan nama anak lelaki sulung. Rumah keluarga Dr. N**. Berjiran dengan rumah sewa Bonda di Taiping pada tahun Ayah Bonda baru bercerai. Entah-entahkan dulu masa kecil. Kami pernah bermain bersama.

Seorang kawan suami baru saja selesai makan. Menunjukkan kami mana lagi meja-meja kelompok universiti suami. Kecil ruang makan buat grup U** berbanding dengan ruang buat grup UPM ramai bawa keluarga. Berhimpit-himpitan dengan mereka baru lepas makan dan mereka baru sampai seperti kami. Semakin sempit lorong sempit antara meja-meja makan dan meja buffet menempatkan desserts dan kuih-muih.

Suami cari meja makan kosong. Su cari makanan. Makanan buat diri sendiri. Berselisih dengan H** dan puteri bongsu dengan pinggan berisi Kuetiau Goreng. Su tanya samada H** makan semeja dengan suami H**. Kalau kami semeja. Bolehlah juga berbual-bual lama. H** semeja dengan suami H** dan geng UPM. Lagipun sudah ditanda meja-meja dengan meja-meja UPM dan meja-meja universiti suami.

Tiada kelihatan hidangan nasi. Jauh dari pandangan. Malas mencari. Sementelahan bersesakan ramai begini. Su makan Kuetiau Kerang. Sate Ayam dan Sate Daging. Minta suami tolong ambilkan ketulan Ayam BBQ. Suami kita ambilkan Kepak Ayam BBQ. Hanya mula makan selepas Su ambil ABC. Semuanya sedap belaka. Terutamanya Kuetiau Kerang. Sate Ayam lembut daging ayam.

Makan semeja dengan pasangan muda mungkin berusia pertengahan 30-an dengan anak kecil. Suami dalam keluarga ini. Kawan sefakulti suami. Meja sebelah kami. Satu grup kawan-kawan lelaki sefakulti suami. Sebahagian daripada mereka ini. Geng dari kampus Sabah dulu. Hadapan sana. Satu meja staf perempuan kita belum pernah kenal.

Semakin lama semakin ramai beransur meninggalkan meja makan sebelum waktu Isya'. Kita pula sudah solat Maghrib. Lebih relaks lebih santai. Bagaimanapun selepas Isya'. Tiba-tiba saja berduyun-duyun ramai baru datang. Terutamanya orang perempuan. Mungkin mereka yang menunggu datang makan selepas solat Isya'.

Selepas suami tolong ambilkan kita Pengat Pisang. Suami pergi solat Isya' dan solat terawih. Tinggallah kita seorang. Alang-alang sudah berbayar RM60+ seorang. Itu harga selepas VAT. Su santai makan perlahan-lahan. Kita tanya seorang petugas restoran lelaki India atau Bangla? Petugas kurang fasih berbahasa Melayu. Sampai pukul berapa waktu makan. Sampai pukul sepuluh malam. Makan sampai lima belas minit sebelum pukul sepuluh. Makan Ais Krim Coklat campur Ais Krim Mint. Makan buah-buahan manis sedap buah nenas.

Sedang surau sana dengan solat terawih. Restoran memulakan sesi pentas berlagu-laguan. Baru dua minggu Ramadhan. Sudah berdendangan lagu-lagu hari raya. Nanti sepanjang sebulan Syawal. Berdendangan sebulan lagi lagu-lagu raya.

Sebelum meninggalkan restoran. Sempat bersalam bersenyum bersapa mesra dengan seorang staf U** makan sorang-sorang sebagaimana Su. Lawa orangnya. Mungkin pertengahan 30-an. Kawan ini bertanyakan kita ini siapa. Ini selepas Su tanya samada kawan ini dari grup U**. Berkisahlah yang kita ikut suami.

Su periksa dalam laman web universiti. Sudah tahu nama orangnya. Dr sekian-sekian. Pensyarah sekian-sekian.

Lamanya mahu menunggu suami pulang dari mesyuarat malam selepas solat terawih. Selesai Su solat terawih. Mengaji Al Quran hampir satu juz. Sempat guna laptop sekejap. Kalau dulu internet percuma hotel ini. Malam ini. Internetnya masih percuma tetapi perlahan benar servis. Tiada masalah dengan broadband tanpa wayar Maxis kita. Internet laju di mana saja walaupun di dalam kenderaan. Suami kita guna servis broadband tanpa wayar Celcom. Kalau rumah kami. Laju pantas Maxis berbanding Celcom. Kalau telefon bimbit. Su guna Celcom. Suami dan semua cahayamata guna Maxis.

Sesaorang dari restoran menelefon kamar. Mencari suami. Ini mesti berkaitan bil makan kita. Dia ada program kat bawah sana. Kata Su pada suami. Kalau ada orang tidak beritahu tentang tambah seorang tanpa bil U** pun boleh. Orang ramai berpusu-pusu begitu. Semasa kami sampai. Tiada petugas menunggu di pintu. Bagaimanapun sebagaimana kata suami. Ini bulan puasa. Makan berbuka puasa. Takkan mahu makan makanan haram tanpa bayar.

Mata sudah tersenguk-senguk mengantuklah amat. Suami masih belum pulang. Bulan Ramadhan ini. Su terbiasa tidur awal selepas solat terawih. Tidurlah dulu. Alhamdulillah kala suami locengkan pintu. Su kebetulan terjaga. Tidur semula sejurus selepas buka pintu. Tidur mati kerana kurang sedar lagi apa selepas itu. Hanya perasankan kelibat suami selepas buka pintu. Mungkin juga penat kerana tadi berlama-lama di restoran. Sana sini mengambil makanan.

Tengah malam terjaga dari tidur. Sesaorang itu mengigau lagi. Mengigau sampai melaungkan azan.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Tags: 12haribulan, 30haribulan, flickr, hotel, makanmakan, manna, ramadhan, sahabat, sembang, seremban
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Comments allowed for friends only

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments