Trefor Road Culdesac (rasanubari) wrote,
Trefor Road Culdesac
rasanubari

  • Mood:

Tambatan mata Sam The Koala Victoria | Sedari Kuala Lumpur singgah Jakarta sampai Bogor



Penerbangan dari Kuala Lumpur pergi Jakarta. Seminggu selepas pulang dari seminggu Sandakan. Pesawat MAS MH711. Baca surat khabar beli di kedai buku Terminal Berlepas Get C KLIA. Surat khabar dengan berita muka hadapan berkisar soal saman sultan. Baca berita bergambar Sam The Koala dan Dave Tree. Tertawan mata dan hati pada satu gambar ini. Gambar kini tersebar ke serata dunia lewat media dan laman internet.

Malam tadi. Susuri baca sambil lalu blog dan laman itu ini. Hotel dengan internet gratis buat senang hati. Lagi berita dengan gambar menawan halus hati. Berita bergambar Sam minta minuman selepas tiga hari cerita hutan terbakar. Gambar empat hari lalu.

Hari kedua Bogor. Selepas sarapan pagi. Manis lazat makanan semanis senyuman manis orang-orang Bogor. Senyuman manis sehalus budi buat terjatuh hati. Baca surat khabar The Jakarta Post. Juga menambat mata. Berita Sam dan Dave Tree ini. Sedih baca kematian entah berapa jumlah haiwan hutan dalam kebakaran itu. Namun gambar Sam itu menerjah halus mata sanubari. Gambar istimewa selepas rentetan berita bergambar seputar kebakaran hutan pada musim panas Victoria dengan suhu mencecah 47 Celcius. Kebakaran khabarnya berdalang petualang. Kebakaran melibatkan 20 bandar merangkumi keluasan 2800 kilometer persegi.

Tv kamar hotel 39 saluran. Hampir semua saluran berita seluruh dunia. Berita terkini Sam The Koala terselamat dari kebakaran hutan bushland selatan Victoria itu. Sam kini berpasangan kawan dengan Bob. Lokasi cerita Sam ini. Mirboo North 120 kilometer ke selatan timur Melbourne. Hutan Gippsland itu. Pernah kami kembara lalu tepi.

Hari ini. Buat pertama kali. Kala dan seusai tontoni rakaman video Sam dan Dave Tree. Kolam mata ini bergenang basah kerana koala. Terharu bergaris senyuman. Semalam ngeri pilu kala menatap gambar kereta-kereta terbakar dengan penumpang mati rentung di dalam kenderaan-kenderaan malang itu. Lokasi kebakaran bukan pun jauh dari Melbourne itu. Hari ini. Gambar Sam itu bersinggah lagi rasa terharu menembus hati kemanusiaan. Gambar Dave Tree mengusap lembut beruang koala tercedera haus dahaga itu menembus hati ramai.

Sebagaimana terlihat terkesima teruja putera mahkota ibu pada hari kali pertama melihat beruang koala biru gebu di Philip Island tiga tahun nan lalu. Begitulah juga terkesima hati pada hari ini melihat rakaman video Sam tiga hari selepas cerita hutan Victoria terbakar.

Selepas gambar-gambar sedih pilu Gaza. Gambar-gambar pilu terlempar pada mata bukan baru setahun dua ini. Sedari zaman kita belum sekolah lagi. Sedari zaman wirawati Laila Khalid masa itu kita kecil lagi. Gambar-gambar berulang datang musim tamparan. Selepas gambar-gambar merah jingga panas hutan terbakar. Gambar Sam dan Dave Tree sukarelawan pemadam kebakaran ini meredup mata dan hati ramai sekali.

Catatan ringkas dari Bogor. Ayat sebelum ini. Itu pada draft asal. Sudahnya jadi panjang juga kerana mata ini kurang gemar melihat pada entri [blog sendiri] kurang bilangan perenggan.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Tags: australia, hotel, indonesia, koala, sanggar, semasa
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Comments allowed for friends only

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments