Trefor Road Culdesac (rasanubari) wrote,
Trefor Road Culdesac
rasanubari

  • Mood:

Sampai Santika Bogor berpesona senyum menawan

Sesampai kota Bogor dari Jakarta


Sesampai Bogor 11 Februari hari Rabu

Gambar tertera. Itu papan tanda menambat mata sesampai kereta hitam di kota Bogor. Belum pasti maksud rambu-rambu dan marka jalan itu. Kalau marka. Kita hanya tahu marka yang membawa maksud mata air seangkatan dengan mambang atau buah hati dan sebagainya pada orang utara sana.

Selepas papan tanda biru ini. Papan tanda di tengah bulatan. Kereta hitam membelok pergi kanan. Terpandangkan sekawan kereta kuda sebelah kiri jalan. Buat nota sendiri. Tambang kereta kuda atau delman ini. Minimum Rupiah 10,000 atau lebih kurang RM3+. Kalau di Indonesia ini. Semuanya ribu-ribuan.

Selepas kawanan kereta kuda menunggu pelanggan. Stesen van Angkutan Kota. Van-van Angkutan Kota berwarna hijau daun pisang bersusun rapat menunggu pelanggan. Van pengangkutan awam kota-kota di Indonesia. Selepas stesen Angkutan Kota ini. Kedai-kedai dan gerai sayur dan buah tepi jalan. Mata terpandangkan satu kedai makan besar. Kedai Nasi Padang.

Nasi Padang di mana-mana walaupun di kota Sunda. Bogor sebagaimana Bandung. Kota-kota Jawa Barat penduduknya berketurunan Sunda. Kata supir merangkap pemandu pelancong wisata Bandung kami dulu. Walaupun lokasinya di Jawa Barat. Bukan bermaksud semestinya kota itu kota orang Jawa. Jawa itu nama pulau. Pemandu itu berketurunan Sunda Bandung.

Selepas melepasi kawasan stesen pengangkutan dan gerai-gerai tepi jalan. Komen perlahan Su pada suami. Bogor tidak sebersih Bandung. Sampah-sampah di tepi jalan terutamanya sekitar gerai tepi jalan. Bandung lebih berwajah kota.

Lega bila melihatkan kelibat bangunan hotel. Hotel berkategori okay. Hotel Santika bertaraf tiga bintang ini hotel IPB. Baru dirasmikan pada 5 Februari lalu. Pastinya nanti serba berkilat baru.

Gambar bawah ini. Itu pandangan pertama dari pangkal lorong menuju hotel. Bangunan jingga itu. Botani Square Mall sebelah Hotel Santika.

Hotel Santika sebelah Mall Botani Square


Beberapa meter sebelum sampai pusat kota Bogor. Suami kejutkan kawan duduk di sebelah. Selepas dua puluh minit perjalanan lebih kurang empat puluh minit dari Jakarta. Senyap hening kereta hitam. Kijang Innova hitam. Semuanya tidur kot. Termasuklah dosen IPB sebelah pemandu. Kelihatan menunduk sedikit tersengguk-sengguk kepala dosen muda ini sepanjang lebih separuh perjalanan. Perjalanan dari Jakarta sampai Bogor.

Alhamdulillah walaupun hari ini hari bukan hujung minggu. Sedari Bandara Soekarno Hatta sampai Bogor. Perjalanan lancar tanpa macet.

Pandangan pertama muka pintu lobi Hotel Santika. Sederhana dekor namun lembut menawan mata. Mata terpandangkan sepasu bersusun empat kaki payung di sebelah pintu utama lobi. Bogor dikenali sebagai Kota Hujan atau Raining City. Sebagaimana dengan Taiping bandar hujan Malaysia.

Tahun lepas. Seorang pensyarah universiti kita kenali. Tidak tahu menahu tentang Taiping sebagai bandar paling basah Malaysia. Pensyarah kelahiran tiga puluh tahun lalu. Kurang pastilah pula kita tentang silibus pelajaran georafi sekolah Malaysia selepas zaman persekolahan saya. Pun begitu. Sewajarnya warganegara Malaysia tahu fakta-fakta tersedia popular tentang negara. Bukan semua ilmu hanya datang dari sekolah.

Sepagi Hotel Santika Bogor sementara menunggu Ibu Ayudha


Kedatangan kami di muka pintu lobi disambut dua petugas hotel. Dua lelaki berwajah Melayu bukan Jawa. Salah seorang daripada dua lelaki muda ni memakai busana lelaki Sunda berwarna hijau serai dan kain batik senada rona. Kepala berlilit dengan kain batik. Lupalah pula merakamkan gambar penyambut tetamu dengan busana Bogor ini.

Sementara dosen Bogor itu berurusan tanya soal penempahan kamar. Kami berlima santai menunggu dalam sepuluh minit di sofa lobi. Sofa hijau serai lembut mata memandang. Lembut namun beraura meriah ceria.

Suami menjengah sebentar kaunter resepsi. Bawa satu gula-gula halia buat Su sebelum kami semua pergi kaunter resepsi. Gula-gula halia dari atas meja kaunter resepsi. Simpan dulu dalam beg sandang. Kita tidak makan berdiri walaupun hanya gula-gula.

Kala suami dan tiga kawan berurusan check in kamar. Su berdiri menunggu tepi. Sempat tanya dua lelaki muda bertugas menyambut tetamu di muka pintu. Pukul berapa waktu Zohor dan Asar Bogor. Lelaki berbusana Sunda itu pergi bertanyakan pada orang lain. Lelaki yang seorang lagi itu. Sudah sedia tahu pukul berapa masuk waktu solat Zohor dan Asar.

Beres urusan check in. Su sempat tanya tentang internet. Kami diberi nama username dan kata laluan | password. Su tanya tentang bayaran. Gadis manis itu kurang faham bahasa Melayu kita. Internetnya gratis? Jawapan buat senang hati. Jawapan dengan senyuman manis menawan. Ya. Gratis bu.

Suami paling awal dapat kunci. Kami menuju kamar dulu. Selepas suami dan geng berjanji mahu turun cari makan pukul 2.30 petang.

Kami berdua suami isteri. Satu lif dengan lelaki tanpa busana Sunda itu. Lelaki ini bawa dua bagasi kami tanpa menggunakan troli. Mesra senyum bertanyakan samada kami dari Malaysia. Apa urusan kami di Bogor.

Kalau Holiday Inn Bandung dulu. Bell boy tertunggu-tunggu tips. Sampaikan ada yang berwajah kelabu berkerut bila belum terhulur tips. Petugas Hotel Santika ini. Selepas angkat susun bagasi kami. Bersegera laju pergi tanpa menunggu tips. Sampai suami terpaksa memanggil.

Wah lain kota lain budaya setempat. Lain tempat lain persepsi pertama. Persepsi pertama sampai Bogor. Ramai mesra senyuman. Ramai bersenyum manis kelihatan tulus dari hati. Ramai manis menawan rupawan. Ramai ganteng lembut manis wajah. Ramai berwajah Melayu berkulit cerah. Bukan wajah-wajah sawo matang ramai pekerja Indonesia di Malaysia.

Belum ada wang kecil Rupiah. Bagaimanapun Su sudah sediakan not RM5. Lebih kurang 18 ribu Rupiah. Kata suami. Banyak tu pada diaorang.

Alhamdulillah lega. Selesa kamar. Alhamdulillah lega selepas penat sedari malam tadi. Alhamdullillah lega selamat sampai destinasi.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Tags: 11haribulan, 17haribulan, bogor, flickr, hotel, indonesia, sentosa, wilmana
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Comments allowed for friends only

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments