Trefor Road Culdesac (rasanubari) wrote,
Trefor Road Culdesac
rasanubari

  • Mood:

Malam hari pertama kali pertama Bogor

Buah salak | Salacca zalacca | Snake fruit | Sepetang Hotel Santika Bogor


Malam hari pertama Bogor 11 Februari hari Rabu

Pulang suami dari meeting. Meeting seawal malam. Sudah melepasi pukul sepuluh malam Bogor pukul sebelas malam Malaysia. Berkelibat saja badan melepasi pintu kamar. Selepas berucapan salam bersambutan kata salam. Mata terpandang tangan member. Hanya sebungkus plastik dengan dua roti bun panjang.

" Eh tak beli makanan? "

Tadi kita minta belikan Mee Goreng kalau meeting berlarutan sampai malam.

Kata member. Selesai meeting terus pergi Botani Square. Semua kedai makan sudah tutup. Beli roti saja.

" Takkan warung dengan kedai makan lain pun dah tutup. "

Belum sempat kita tanya. Member laju keluar. Bawa pulang Maggi Goreng atau sebenarnya Indo Mee Goreng beli dari warung berhampiran hotel.

" Tadi dah makan? "

Member sudah makan. Ai? Tadi kata meeting baru habis. Soalan lagi. Sah sebenarnya member bukanlah keluar pergi meeting. Walaupun kata member meeting itu sambil makan. Panggilan telefon dari kawan lewat petang tadi. Ajak keluar cari makan pukul tujuh malam. Sebelum itu. Sebelum kawan itu menelefon. Su mencadangkan kami keluar makan malam di Botani Square atau memana kedai makan berhampiran dengan hotel. Member sudah keluar petang tadi dengan kawan. Giliran keluar malam dengan kita pula. Bila member meeting. Mengalah sajalah. Kalau meeting habis lambat. Kita pergi makan lepas meeting tu laa.. Rupa-rupanya pukul tujuh itu. Member keluar cari makan dengan geng. Siang tadi makan Nasi Padang. Malam ini cari kedai makan lain pula. Sedap-sedap makan Nasi Padang. Hanya belikan kita roti.

Malas bertanya. Malas mengomel. Su telefon room service. Order satu set Sandwic Tuna. Kita bukan gemar benar dengan Maggi atau segala kerabat mee segera.

Juga telefon housekeeping. Minta dihantarkan seterika dengan ironing board. Esok kalau ibu isteri TNC itu tidak menelefon. Kita mahu meronda Bogor sorang-sorang.

Sandwic Tuna Hotel Santika Bogor


Sandwich sampai lebih kurang dua puluh minit selepas telefon. Anak muda ganteng bersenyum manis berwajah Melayu berkulit cerah kuning langsat. Manis mesra budi bahasa. Senyum bertanya khabar dan memperkenalkan diri. Minta izin sebelum memasuki kamar. Wah ini pengalaman pertama kali kita. Pengalaman pertama kali orang hotel minta izin sebelum memasuki kamar. Kalau order makanan di hotel Malaysia. Buka pintu. Senyum dan terus masuk hantar makanan. Kadang-kadang tanpa senyum pun.

Selepas pinggan diletak kemas atas meja tulis. Sebelum berlalu pergi. Ucap selamat makan bersenyum manis. Silakan bu. Selamat menjamu selera.

Wah berhemah budi bahasa. Siap dengan ucap selamat makan lagi. Siap lagi minta izin pergi dulu. Saya permisi ya bu.

Sebelum itu Su minta masukkan bil sandwic itu ke dalam bil sewa kamar. Biarkan orang itu yang bayar. Bil pun bukanlah mahal. Lebih kurang RM7 Malaysia. Murah kalau dibandingkan dengan makanan hotel Malaysia selalunya mesti lebih dari sepuluh RM satu pinggan sandwic sebegini.

Lebih kurang kata anak muda itu. " Boleh saja bu. Waktu check in kan ada bayar deposit. "

Tulisan dalam italic itu kerana kurang ingat dialog itu dalam bahasa Indonesia.

Selepas berlalu anak muda itu. Kata hati. Kalau ada anak dara kami. Mungkin akan ada yang tersenyum-senyum memuji hensemnya abang itu. Pada kita. Budi bahasa itu yang lebih mempesona meredup hati berbanding dengan rupa.

Datang pula orang housekeeping. Pun minta izin terlebih dulu sebelum memasuki kamar. Bertanyakan mana mahu diletakkan ironing board. Pun mesra dengan senyum manis. Lupalah pula bagaimana rupa anak muda housekeeping ini. Tidak teringat langsung. Hanya ingat petugas ini berwajah Melayu bukan Jawa. Wajah pekerja dari dapur itu. Boleh pula ingat sampai kala mencatat ini.

Bagus betul budi bahasa pekerja-pekerja Hotel Santika ini. Mesra senyuman tertib berhemah. Sedari pintu lobi dan kaunter resepsi sampailah petugas housekeeping. Semasa menelefon order makanan dan minta seterika. Pun panggilan disambut dengan mesra budi bahasa. Berbeza dengan wajah staf hotel lima bintang di kota Bandung itu. Rata-ratanya berwajah serius kurang senyum. Su hanya ingat senyuman staf wanita muda bertugas di kaunter resepsi restoran. Restoran Bambu Holiday Inn Bandung. Kala bersarapan pagi di aras level eksekutif istimewa buat penyewa level itu. Hotel Bandung itu. Pun kurang senyuman.

Itu pengalaman kami dengan hotel di Bandung itu. Lain orang lain pengalaman. Pun begitu kami terus bersahabat dengan seorang staf hotel itu sampai kini. Saling berhubung melalui SMS. Lalu kalau ke Bandung lagi. Kurang berkisah kalau menginap situ lagi.

Panggilan telefon Hotel Santika ini bersambutan jawab dalam bahasa Indonesia. Kalau di Malaysia. Kalau kita menelefon hotel tidak kiralah hotel berbintang-bintang atau hotel bajet. Selalunya panggilan kita disambut dalam bahasa Inggeris. Seolah-olah hanya pelancong dari luar mahu menginap di hotel-hotel Malaysia. Semasa di Thailand dan Beijing. Panggilan telefon kita disambut dalam bahasa Siam dan Mandarin. Bila kita beritahu yang kita tidak berbahasa Mandarin. Barulah telefonis itu menjawab dalam bahasa Inggeris. Bahasa kebangsaan sudah didahului.

Selepas makan sandwic. Lewat malam sebelum tidur. Baru makan Maggi Goreng itu. Oh sedaplah juga. Terutamanya kerana makan dengan acar timun atau jeruk timun dipotong dadu. Ini pertama kali dalam hidup ini Su makan mee segera goreng warung. Pertama kali makan mee segera beli dari kedai makan. Selepas ini bila pulang Malaysia. Mungkin akan ada pesanan Maggi Goreng dari kedai makan.

Mee Goreng warung malam Bogor


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Tags: 11haribulan, 21haribulan, bogor, flickr, foodpics, hotel, indonesia, makanmakan, manna
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Comments allowed for friends only

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments