Tags: hotel

Selepas teduh hujan Haidian sepanjang hari kedua Beijing Julai lalu


Seberang sana dari Sunshine Beijing Holiday Plaza
Originally uploaded by Ssuriha

14 Julai renai hujan Haidian sedari lewat pagi sampai awal malam

Selepas pukul enam petang masih berhujan renyai Haidian. Hujan Haidian sedari pagi. Pandangan singgahan mata sebelah kiri nun di hadapan sana dari jendela kaca. Deretan kenderaan awam bersusun beratur di atas jalan raya tepinya pasaraya besar dan stesen bas. Bas dan tram. Bas-bas dua tingkat. Tram-tram dengan dua koc. Antara dua koc ini. Koc penyambung seperti selalunya pada keretapi biasa. Koc penyambung pada keretapi biasa selalunya situlah pintu. Deretan kenderaan selepas waktu pejabat Beijing.

Hotel-hotel bajet di belakang kiri Beijing Sunshine Holiday Plaza. Apartment putih merah. Hotel-hotel lima bintang nun di hadapan sebelah kanan jendela.

Sepanjang berulang pandang dari jendela sedari pagi ini. Rasa-rasanya seharian hari ini. Lebih lama masa berdiri pandang di tepi tingkap dari masa santai rehat di atas kerusi.

Gambar tertera. Kelihatan Beijing tetap berselimut biru kelabu jerebu walaupun selepas hujan. Rakaman selepas pukul tujuh senja.

Ramainya warga Beijing berjalan kaki. Juga ramainya berbasikal. Juga dari pemerhatian. Rata-rata warga Beijing berbaju warna putih ataupun baju berwarna kosong cair polos tanpa corak atau berbunga-bunga. Plain colour. Bagaimanapun baju warna putih seakan pilihan utama. Mungkin zaman Mao dulu. Lagi ramai berbaju hanya warna putih.

Selepas pukul lima. Belum pun pulang orang dari conference. Makan tengah hari lewat petang. Makan Maggi dalam cup bawa dari Malaysia. Suami kita yang beli bawa. Su selama ini memang kurang makan Maggi. Dan inilah pertama kali makan Maggi dalam cup seperti ini. Sebelum ini. Hanya pernah makan bubur nasi segera dalam cup. Makan masa demam.

Antara makanan kita hanya mula makan selepas kahwin. Mee segera Maggi dan segala sedara-mara mee segera. Itupun hanya kalau tiada pilihan. Biasanya semasa demam. Maggi Asam Laksa buat selera orang demam. Itupun hanya Maggi sudah ditumis dulu cili bawang dengan sayur-sayuran dan telur dan udang atau ikan bilis. Juga hanya guna sebahagian saja dari perencah Maggi. Suami pula sebelum kahwin. Hanya biasa makan Maggi rendam dalam air panas.

Masa baru kahwin. Satu hari di Kinabalu. Terkejutnya bila kita dipanggil ke dapur makan Maggi. Maggi terendam dalam mangkuk besar. Lebih terkejut kerana setiap orang satu bungkus. Makan lima orang. Berderet lima rendaman Maggi. Keluarga Su di Johor Bahru. Masakan satu bungkus Maggi makan berkongsi satu rumah kami lima orang.

Kini sudah biasa cara makan orang Kinabalu. Kalau makan berlima. Lima ekor ikan buat lima orang. Lima mangkuk sup buat lima orang. Hidangan makan nasi orang kampung suami. Mungkin kebiasaan orang keturunan Dusun. Sup mesti ada. Mula-mula kahwin. Pelik kenapa ada yang sadin terus hirup sup dengan sudu makan nasi. Rupa-rupanya itu memang sup untuk dia. Setiap orang dengan semangkuk kecil sup.

Petang hari kedua Beijing. Sunshine Holiday Plaza. Makan Sup Maggi dalam cup perasa ayam. Berminyak-minyaknya kuah. Tiada pilihan makanan. Seperti biasa masa kini. Teh O panas selepas makan. Tidaklah lapar walau makan tengah hari lewat petang. Seharian berulang makan buah. Buah-buahan suami beli semalam di Chaoyang. Buah limau. Buah pic China. Buah lai China. Juga coklat itu ini. Coklat bawa pulang dari Melbourne.



Hidangan halal Haidian hari kedua Beijing : Beansprouts kucai peria ikan kerisi
Originally uploaded by Ssuriha

Hidangan halal Haidian hari kedua Beijing

Suami pulang selepas pukul tujuh senja. Gambar terakam paling atas. Rakaman dari jendela. Sejurus selepas suami pulang. Su tertinggal kamera pada Safura. Sepagi tadi. Rakaman gambar guna telefon bimbit.

Suami bawa pulang makanan malam berbungkus-bungkus dalam polisterin. Ketika Su buka pintu selepas pintu kamar diketuki suami. Kata suami. Kejap kejap.. Maksudnya tunggu sekejap. Jangan menjengah dari pintu. Kot kot Su tanpa tudung. Member sedang membahagikan makanan dengan Profesor Dr. J.

Terdengar kata Dr. J. Lapar dah tu..

Tidaklah juga lapar. Masih kenyang selepas makan Sup Maggi lebih kurang satu jam sebelum itu.

Teruja suami bercerita. Tengah hari tadi. Member dengan Dr. J berjalan kaki cari restoran halal. Jumpa restoran halal sedikit jauh dari lokasi conference. Pulang dari restoran ini. Sekali terlihatkan satu restoran lagi besar dari restoran suami dan Dr. J singgah makan. Ketawa berdua. Ada restoran halal lain lebih dekat dengan lokasi conference. Pulang dari conference pukul enam. Singgah restoran ini.

Juga ketawa suami. Suami baru tahu tapau itu perkataan bahasa Cina. Puaslah mahu sampaikan mesej mahu beli makanan berbungkus atau take away. Kemudiannya tanya pekerja restoran kurang faham bahasa Inggeris ini dalam bahasa Mandarin. Bla bla... Tapau? Ketawalah suami dan Dr. J. Yes. Yes.. Tapau..

Pilihan makanan. Berdasarkan gambar pada menu.

Walaupun masih kekenyangan Sup Maggi. Makan nasi masih panas-panas. Semuanya sedap terasa segar tetapi semuanya manis. Juga berminyak-minyak. Sayur peria goreng tanpa cili campur hirisan halus kerot. Kacang panjang rebus dan rasanya digaul dengan minyak selepas rebus. Taugeh besar goreng dengan watercress campur cili tetapi tetap rasa manis. Goreng isi ikan sedap lazat segar. Rasa macam isi ikan kerisi.



Filet ikan goreng semalam Haidian Beijing
Originally uploaded by Ssuriha



Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr



Free counter and web stats


free counter Tetamu Rasanubari

Hari kedua Beijing 2008 summer China


Cadar katil pun bertulisan Cina
Originally uploaded by Ssuriha

Hari kedua Beijing 14 Julai. Bermula dengan cerita semalaman malam hari pertama Beijing

Bangun lewat pukul tiga. Masih sempat solat Subuh sebelum syuruk awal pukul empat. Hanya tidur beberapa jam selepas hampir semalaman susah tidur. Tilam keras bukan main. Keras macam papan walaupun tilamnya tebal. Tidur atas comforter nipis. Tiada pula selimut. Hanya berselimutkan dua bath robe.

Hari pertama di Beijing. Belum boleh menelefon menghubungi cahayamata di Malaysia. Beberapa hari sebelum ini kita demam. Belum sempat bayar bil telefon bimbit. Antara bersusun rancangan tidak sempat terlaksana buat kerana demam. Demam mengejut sampai tidak boleh bangun hampir seminggu sebelum terbang. Dalam rumah kami. Hanya Su seorang guna bil pasca bayar. Suami pula belum mahir telefon baru serba canggih itu. Tidak tahu bagaimana mahu setkan international roaming walaupun sudah diberitahu cara oleh Dr. J.

Semalam di Restoran Sailama. Suami minta Profesor Dr. J tolong setkan. Dr. J pegang telefon bimbit suami. Eh mana aku tahu pakai telefon macam ni..

Malam tadi suami beli kad Sim telefon China. Semua tulisan pada menu dalam karakter Cina. Tiada satu pun boleh baca. Nanti tunggu jumpa Philipe hari Rabu ini. Minta Philipe tolong setkan. Malam tadi Su berusaha juga cuba activatekan. Hanya terdengar suara perempuan berbahasa Mandarin. Suara terakam pada komputer.

Seperti biasa bila berpergian jauh bermalam. Malam sebelum mula tidur. Doa-doa mohon keselamatan semua cahayamata. Terlazim pada hari biasa pun berdoa begini. Paling kurang. Lima kali sehari selepas solat. Doa dengan sebut nama seorang demi seorang termasuklah nama Safiyyah Nuha. Bersungguh-sungguh melebihkan doa bila berpergian jauh seperti ini.

Mulanya malam tadi memang mata kurang mahu lelap. Seperti kurang serasi dengan kamar ini. Hanya selepas majalah di tangan sambil berbaring. Majalah disediakan hotel. Majalah bertulisan Cina. Hanya lihat gambar. Baru mulai terlelap mata.

Bangun pagi subuh dinihari hanya selepas beberapa jam terlelap mata. Bangun selepas mimpi jalan-jalan shopping dengan Zaleha di Glasgow sana. Siap lagi sebelum bangun dari mimpi. Mimpinya berakhir dengan dialog buat rasa tertanya apa makna mimpi ini. Buat rasa kelakar sampai tersenyum sendiri kala terbangun pagi. Nanti kita shopping sama-sama lagi ye. Walhal kita ini bukanlah berhobi shopping. Walaupun sukalah juga sesekali shopping.

Gamaknya nanti tersurat kita ikut suami pergi seminar atau conference di Scotland sana pula kot. Ataupun tercapai cita-cita seorang puteri. Suatu hari nanti selepas tamat ijazah pertama. Mahu sambung pengajian ke peringkat sarjana di Scotland sana.

" Adik suka Scotland. Tempat yang paling Adik nak pergi sekali lagi. Scotland. Sebab apa Adik suka? Adik ingat lagi cuti kita pergi Scotland dulu. "

Cuti autumn dua minggu mengelilingi Scotland. Dari Edinburgh pergi Sterling pergi St Andrews pergi Dundee pergi Aberdeen pergi Inverness pergi Ullapool pergi Oban pergi Fort William pergi Glasgow.

Tujuh tahun meronda pusing Britain. Pada kita. Lokasi negara itu paling indah memukau pesona pandangan mata terpegun menembus halus nyanyian hati sanubari memuji-muji. Pandangan semulajadi tengah barat utara Scotland dan utara Wales sebermula dari tengah Wales daerah Dyfed sebelum Aberystwyth. Juga Polperro kampung bukit tepi laut Cornwall indah pesona macam dalam gambar.



Beijing Sunshine Holiday Plaza serba krim
Originally uploaded by Ssuriha

Pagi hari kedua Beijing pagi pertama Haidian

Pagi selepas Subuh. Lelap mata sebentar. Bangun semula pukul lima. Terbiasa bangun pukul lima beberapa minit sebelum Subuh kalau di Malaysia.

Pandang pemandangan pagi Haidian utara barat Beijing. Hari sudah terang benderang siang bagai pukul lapan Malaysia tetapi lengang. Kalau di Malaysia. Pukul lima Kuala Lumpur. Jalan raya mulai bertali arus dengan kenderaan.

Awal pukul lapan pagi. Baru mulai kelihatan kelibat sedikit orang ramai berjalan kaki dan kelibat beberapa kenderaan terutamanya bas dan tram atas jalan raya masih lengang sepi. Mulalah terfikir sendiri mengandaikan. Kemungkinan waktu pejabat Beijing bermula pukul sembilan pagi. Memandangkan pukul lapan pagi Beijing masih lengang sepi.

Bawah sana. Tukang sapu membersihkan sampah tepi jalan seawal pukul lapan pagi. Teringat sendiri. Kalau di Malaysia. Tukang sapu membersihkan jalan raya Kuala Lumpur selepas pukul dua belas malam. Terbiasa lihat aktiviti kerja-kerja membersihkan Kuala Lumpur dari tingkap hotel-hotel Kuala Lumpur selepas tengah malam.

Suami keluar dari kamar sekitar pukul tujuh setengah. Sebelum itu suami menelefon Dr. J.

Belum lima minit suami keluar. Telefon berdering.

" Hello. How to make a room to room call... Beberapa pertanyaan lagi.

Eh ini suara Dr. J.

" Oh? Dr. AR ada? Dia dah keluar?.. "

Kelakarlah pula. Macam mana pula Dr. J boleh tertelefon terus ke kamar kami walhal member mahu menelefon front desk. Mahu picit nombor lain terpicit nombor kamar kami.




Menghadap saluran bangsawan Cina tv Beijing @ Holiday Plaza Haidian
Originally uploaded by Ssuriha

Tiga panggilan telefon hari kedua Haidian

Sarapan pagi makan biskut bawa dari Malaysia cicah Green Tea O panas. Biskut masin. Biskut bulat kecil bergaram halus berperisa keju itu. Juga berhidang biskut cap harimau. Pun bawa dari Malaysia.

Penat amat. Buat pertama kali selepas entah berapa tahun. Gantungkan tanda do not disturb pada luar pintu. Selepas pukul sembilan. Tidur sampai pukul sebelas. Tidur-tidur ayam. Telinga tetap sesekali terdengar bising orang lalu lalang di luar pintu kamar. Tetap terdengar bising sembang dalam bahasa Mandarin pekerja housekeeping.

Sesekali bangun melihat pandangan luar dari jendela. Melihat perbezaan jumlah ramai orang lalu lalang sepeningkatan masa semakin tengah hari.

Selepas lewat tengah hari. Hujan turun renyai-renyai halus membasahi bumi Haidian. Renyai hujan sepanjang petang masih kurang mampu menghilangkan kelibat jerebu. Walaupun hujan. Kota Beijing masih kelihatan berjerebu kelabu.

Baca satu makalah pelancongan Beijing disediakan hotel. Tv sentiasa terpasang sebagai teman. Hanya memandang bila masa berita dan sesekali pandang kala berselingan iklan pelancongan dalam negara China. Antara visual kerap tertayang. Pandangan danau dan gunung. Kelihatan tenang indah damai visual tertayang.

Ada satu saluran CCTV dengan beberapa siri drama popular dari USA tetapi dramanya beralih suara dalam bahasa Mandarin. Sebagaimana di Chiang Mai dulu. Semua drama dan filem barat beralih suara dalam bahasa Siam. Indonesia sana. Filem Hindustan pun beralih suara dalam bahasa Indonesia.

Selepas lewat pukul dua belas tengah hari. Panggilan telefon dalam bahasa Mandarin. Laju suara perempuan Cina ini menanya soalan dalam tiga empat ayat bahasa Mandarin. Ini panggilan dari meja hadapan lobi. Bila member berhenti. I don't speak Mandarin.

" Oh? Sorry, sorry. "

Pukul dua petang lebih kurang. Satu lagi panggilan telefon via kaunter resepsi. Philipe menelefon bertanyakan kalau-kalau hari ini Su mahu wisata kemana-mana. Philip boleh temankan jalan-jalan. Bagus juga idea ini. Sayangnya hari ini demam Su seakan kembali bersinggah. Mahu bercerita tentang kita demam. Gusar nanti Philipe mencadangkan mahu bawa kita pergi klinik. Buatnya nanti terpaksa ditahan masuk hospital. Mahu beralasan penat kerana jetlag, masa Beijing dan masa Malaysia sama waktu.

Lalu Su beralasan mahu berehat. Su ditanyai pula apa Su buat berkurung di kamar hotel. Berterus terang sajalah. Membaca. Tonton tv. Relaks.

Tidaklah pula Su bercerita. Tentang hakikat yang kita sebenarnya sedang menggunakan laptop ketika Philipe menelefon. Sedang main games buat hilang rasa kurang selesa bersisa demam. Sungguh lega kerana suami tidak bawa laptop pergi conference. Guna laptop disediakan penganjur conference.

Philipe bertanyakan bagaimana pula dengan rancangan esok hari. Kalau-kalau esok Su mahu keluar berjalan-jalan. Spontan terjawab apa memang ikhlas terlintas laju pada fikiran. I have to ask my husband first.. Sebenarnya mahu berbincang-bincang dulu.

Suami rasanya tiada masalah. Keluar bertiga dengan Philipe dan Loh puan pemandu. Hanya hari ini Su benar-benar rasa penat sangat. Buatnya tiba-tiba Su sakit ketika hanya bertiga dengan Loh dan Philipe. Hanya keluarga yang faham masalah kesihatan kita.

Pesan Philipe. Kalau esok Su mahu keluar makan angin. Telefon saja Philipe. Bagus juga. Bagaimanapun lusa kami bakal wisata Tembok Besar China. Esok Su berkira-kira mahu berehat pulihkan penat sebelum bakal berpenat semula pada hari Rabu ini. Semangat berkobar-kobar mahu panjat Tembok Besar China walaupun kaki masih sakit ngilu setiap kali berjalan.

Tiada mengapalah. Hari ini wisata mata dari jendela kaca. Pun tetap mengisi masa cuti dua hari ini di Beijing. Santai di kamar hotel Beijing melihat pemandangan kota Haidian dari jendela. Kalau suami pulang awal. Mungkin petang nanti boleh juga susuri perlahan kawasan sekitar hotel.

Pesan suami. Sebenarnya cadangan. Su keluarlah berjalan-jalan sekitar hotel kalau jemu berkurung. Nun bawah sana ada kedai berkonsep pasaraya mini. Bagaimanapun hari ini penatnya teramat. Mahu pulihkan dulu rasa penat dan demam badan ini. Juga kala ini mulalah teringatkan rindu putera hati. Kalau putera ibu meneman. Boleh kami meronda Beijing berdua. Sebagaimana kami meronda Chiang Mai berdua.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr



Free counter and web stats


free counter Tetamu Rasanubari

Sampailah sudah penutup tabir cerita hari pertama Beijing


Besar tinggi air terjun tuu..
Originally uploaded by Ssuriha

Alhamdulillah lega sampailah sudah entri penutup cerita petang 13 Julai hari minggu.

Pandangan pertama hotel bakal kami menginap. Hmm okaylah.. Khabarnya hotel empat bintang tetapi bangunan kurang menyerlah pesona melambai pandangan mata. Serba sederhana. Lokasi di tengah deretan bangunan semuanya pun serba warna biru kelabu.

Keluar dari kereta. Seperti tadi. Loh menunggu di pintu. Halus lembut gaya membantu kita turun dari kereta.

Seturun Su dari kereta. Hissh apa ni..

Sandal terpijakkan chewing gum. Teballah juga lekatan. Kala mencuba-cuba kurangkan lekatan gam. Gesel-geselkan tapak sandal pada laman berturap tar sebagaimana tar jalan. Kata hati. Memang patutlah pun kerajaan Singapore larang makan chewing gum.

Bersalam dengan Loh kerana kurang pasti samada selepas ini akan bertemu lagi dengan Loh. Kurang pasti samada nantinya akan bertukar pemandu dan pemandu pelancong yang lain.

Namun terdengar Philipe berkata. " See you on Wednesday.. "

Tanya pada suami. Kenapa dengan hari Rabu.

Hari Rabu kami akan berpindah hotel.

Kenapa pindah?

Hotel yang ini berdekatan dengan lokasi conference. Hotel satu lagi. Tengah pusat bandaraya sana.

Kami bakal bertemu lagi dengan Philipe pada pagi hari Rabu. Esok dan lusa. Masa bebas kerana suami dan Profesor Dr. J bakal bersidang. Sempat lagi hati teringat. Hari Rabu itu harijadi kita.

Beijing Sunshine Holiday Plaza.

Sebelum memasuki pintu bulat berpusing-pusing. Sempat mengucapkan xie xie pada Loh. Pintu berpusing semakin kurang kelihatan di Malaysia. Seingat-ingat Su. Su hanya pernah melalui pintu seperti ini semasa kecil-kecil dulu di Singapura.

Melepasi pintu utama lobi hotel. Hotel Sunshine Holiday Plaza. Serba sederhana lobi. Suami sarankan kita berehat dulu. Mata mencari pandang sofa. Hanya ada satu set sofa sederhana nun di korner lobi tetapi sudah ditempati orang. Set sofa kulit warna coklat muda. Suami sarankan kita duduk saja di kerusi merah menghadap kaunter resepsi. Kaunter resepsi rendah seperti meja tulis panjang.

Pasport kami diminta. Su bertanya pada suami. Diaorang nak simpan passport kita? Pasport kami dibuat salinan potostat.

Selesai urusan check-in. Kunci kamar diberi. Dr. J bertanyakan pada seorang petugas lelaki di kaunter resepsi. You speak English? Lelaki ini mulanya seakan blurr. Hanya senyum mengangguk selepas ditanya sekali lagi oleh Philipe dalam bahasa Mandarin.

Kata Dr. J senyum-senyum tetapi serius. Ini hotel empat bintang. Memang sepatutnya kamu boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

Dari fahaman Su. Staf lelaki muda itu faham bahasa Inggeris bukannya fasih berbahasa Inggeris. Sebagaimana kita faham sedikit-sedikit bahasa Mandarin dan faham kata demi kata bahasa ibunda suami tetapi bab bertutur memang tiada langsung. Kecuali terpaksa kot. Bab bahasa Dusun. Su sudah terbiasa menjawab perbualan suami dan keluarga di Kinabalu berbahasa Dusun tetapi jawapan Su dalam bahasa Melayu.

Sepanjang urusan check in ini. Hanya seorang staf wanita muda lancar fasih berbahasa Inggeris. Staf berurusan buat salinan fotostat passport kami.

Dari kaunter resepsi menuju lif. Dinding antara dua lif dengan tv nipis melekat pada dinding. Tv mempaparkan visual berkaitan Beijing 2008.

Dalam lif. Kami bertiga dengan Philipe dan bell boy menyorong troli. Lif bulat berdinding kaca.

Su memandang pandangan ruang legar tingkat bawah tengah hotel bergambar air terjun. Sebagaimana dalam gambar tertera paling atas.

Philipe beritahu tentang sarapan pagi. Kata hati. Hmm malaslah pergi. Walaupun salad atau makanan vegetarian. Bagaimana dengan pinggan dan piring.

Kata Philipe. Kami disarankan beri sedikit tip pada bell boy. Bell boy tidak faham bahasa Inggeris berkerling mata kala terpandangkan Dr. J dan suami kita mula mengeluarkan dompet dari poket seluar.



Sebelah lif tingkat sepuluh Beijing Holiday Plaza
Originally uploaded by Ssuriha

Lega sejurus sampai kamar 1030

Alhamdulillah lega kala kaki melangkah masuk kamar. Kamar Dr. J. Selang empat pintu sebelum kamar kami. Kamar tepi koridor berpandangan bawah sana sebagaimana pandangan tertera dalam gambar paling atas.

Philipe memeriksa pandang semua. Menanyakan pandangan kami. Samada semuanya okay. Okay tak okay. Terima saja. Mulai penat amat. Hanya mahu merehatkan badan.

Tanya Su pada suami. Samada dua orang lagi itu menginap di hotel yang sama. Hotel lain. Hotel lebih dekat dengan lokasi conference.

Komen hati selepas memeriksa pandang itu ini. Selesa tetapi dekorasi kamar semacam kamar tiga bintang Malaysia. Bagaimanapun dengan kemudahan hotel lima bintang. Tv plasma lebih 40 inci. DVD player. Tersedia beberapa majalah tetapi semuanya dalam tulisan Cina. Kulit majalah bertulisan rumi dalam bahasa Inggeris tetapi isi majalah dalam karakter Cina. Juga sebagaimana memana hotel kini dalam dan luar negara. Tersedia dua botol percuma air mineral. Jug pemanas air turut berfungsi sebagai flask air panas. Sebagaimana dengan hotel di Chiang Mai.

Kurang puas hati kerana tiada seterika. Kini di Malaysia. Hotel-hotel tiga bintang pun sudah mulai sediakan seterika. Selain sejadah selalunya semakin satu kemestian ada. Juga semakin selalu kini menginap di kamar hotel dengan Kitab Tafsir Al Quran.

Juga kurang selesa dengan kamar mandi berdinding kaca berpintu kaca. Bidai menabir kamar mandi tetapi tetap kelihatan kelibat orang sedang mandi. Tiada paip air pada mangkuk tandas tetapi mangkuknya hampir dengan sinki. Boleh berusaha mencapai air tadahan dalam sinki.

Komen Su. Bau Cina.

Kamar tidak dibenarkan merokok tetapi semacam ada bau sebagaimana bau rumah nyonya Su tinggal hampir tiga tahun semasa kecil dulu. Bau colok kot.

Memana kediaman atau premis pun sebenarnya berbau tersendiri. Sebagaimana kata Khadijah pada hari pertama sampai rumah hujung bulan Jun lalu. Pulang bercuti dari Melbourne. Bau rumah.. Bau rumah Mak Abah. Sebagaimana Su tetap terbau bau yang sama setiap kali sampai rumah Bonda. Bau kedai buku. Bau hospital. Bau klinik gigi.

Apa pun legalah hotelnya tetap berkategori selesa. Lagipun kami hanya tiga malam di hotel ini. Harap-harap selepas ini hotelnya lebih bagus dari ini. Semua hotel sudah termaktub di dalam pakej pelancongan ditempah dari Malaysia.

Apa-apa hal. Solat dulu. Selepas itu masa rehat. Suami kita tidur sepanjang petang. Su pula walau bagaimana penat sekali pun. Susah tidur siang. Kecuali sakit atau demam. Masih demam tetapi mulai kebah dari demam penangan ubat.

Baca menu restoran hotel. Kita mengingatkan suami. Restoran hotel ini bersusun hidangan berasaskan ba alif ba ya. Kalau mahu sarapan. Mungkin hanya boleh minum minuman panas dan makan telur rebus. Kita belum bersituasi darurat. Sana sini restoran halal di Beijing ini.

Pandang pemandangan Chaoyang dari jendela kaca. Pandangan bersaujana apartment kediaman dan blok pejabat. Juga satu pasaraya dan hotel-hotel lain sekitar sini. Jendela tingkat sepuluh.

Malas turun lobi untuk daftar nama guna internet. Tv dengan 59 saluran kabel semuanya saluran berbahasa Mandarin kecuali CCTV9 berbahasa Inggeris tetapi tetap saluran tv China.

Holiday Inn Bandung kami menginap November lalu. Kalau tidak silap. Pun ada lebih dari 50 saluran kabel. Itu kamar eksekutif. Bukan hanya saluran tv kabel Indonesia. Saluran dari merata dunia. Saluran dari negara Rusia pun ada. Negara kita. Kalau tv barat. Lebih bertumpu pada saluran-saluran dari satu negara itu.

Mahu membaca. Tiada bahan bacaan. Novel beli pagi tadi di KLIA. Sudah habis dibaca.

'Penat sudah' merakamkan gambar.

Lalu bercatatlah sejarah hari pertama selepas lebih dari sepuluh tahun. Kita main games. Kali akhir main PC games. Lebih dari sepuluh tahun nan lalu. Itu sebelum zaman mulai berkenal dengan internet pada komputer sendiri. Hanya games biasa-biasa yang mudah dan senang. Sesekali mata mengerling pandang tv saluran CCTV9 dengan selingan paparan lokasi pelancongan dalam negara Cina mempesona pandangan desa dan danau.

Guna pakai laptop suami. Akur pada saranan suami. Su tidak perlu bawa laptop. Susah mahu usung dua laptop.




Semuanya dalam bahasa Mandarin Beijing
Originally uploaded by Ssuriha

Cerita selepas pulang meronda Haidian

Petang selepas pukul lima. Suami keluar mahu meronda kawasan sekitar hotel. Juga cari kedai makan. Antara agenda paling utama. Mahu cari adaptor plug kamar hotel.

Pesan kita. Kalau beli barang bukan di pasaraya. Jangan lupa minta tawar harga. Minta tawar lebih dari lima puluh peratus.

Pulang selepas pukul lapan malam. Suami bercerita penatnya berjalan meronda mungkin lebih dari tiga kilometer. Itu belum apa-apa. Kalau masuk hutan. Bukankah selalunya berjalan kaki sampai lebih dari dua puluh kilometer. Bukan sekadar berjalan kaki berpuluh kilometer meredah hutan. Turun panjat gunung. Merentas sungai. Berakit buluh menyeberang sungai dan danau.

Meronda sampai Carrefour.

Sambung kita. Tadi sebelum stesen bas besar sebelum hotel ini. Memang pun kita terpandangkan Carrefour.

Berpusing-pusing mencari kaunter bayar. Rupa-rupanya kaunter bayar lokasinya di tingkat paling bawah.

" Beli kat atas tapi semuanya bayar kat bawah. "

Ada seorang tokeh kedai Cina ini boleh berbahasa Melayu tetapi tidak pernah sampai Malaysia.

" Ramai sangat sekarang ni orang Melayu datang Cina. Sampai boleh cakap Melayu. "

Mana makanan?

" Kan ke kita tak makan malam. Roti ada. "

Suami hanya beli pisang. Selain beli adaptor dan satu seluar buat pakai tidur. Komen member. Murah barang di Beijing ini. Mungkin lebih murah kalau bukan musim Beijing 2008 ini.

Hidangan malam. Makan roti cicah Green Tea O panas. Sachet-sachet teh Jasmine dan Green Tea disediakan hotel. Roti bawa dari Malaysia.

Suami perabiskan lebihan Puf Dessert Manis bungkus tapau dari Restoran Sailama tadi. Tapau dalam tisu.

Malam tidak boleh tidur. Puas cuba melelapkan mata. Suami kita pula awal lagi tidurnya. Tidur sampai mengigau berazan dan sebut kalimah Allah berkali-kali. Itu perkara biasa suami kita.

Su kejutkan suami. Soalan bergurau tetapi bernada itulah hakikatnya. Perkara biasa member mengigau begitu. Selalunya Su hanya masuk campur bila keadaan mula menyusahkan bukan hanya orang yang mengigau.

" Mimpi apa? Halau hantu? Ke benda dari Malaysia tu tak biasa dengan tempat baru? "




Kamar kecil berdinding kaca berpintu kaca
Originally uploaded by Ssuriha

Kamar mandi serba putih berpagarkan kaca

Gambar kamar mandi berdinding kaca berpintu kaca. Sinki berbeza dari biasa. Kamar mandi bertema warna serba putih.

Korner sana. Tersedia kon*** percuma. Dua paip. Satu air biasa. Satu air minum. Philipe sudah mengingatkan kami. Air paip Beijing perlu dimasak dulu sebelum boleh minum. Tanya Philipe. Sama macam Malaysia?

Pada Su. Air Beijing sedikit berminyak. Komen suami. Air Beijing kesat. Hard water. Sabun tidak berbuih. Sebagaimana kebanyakan tempat di England. Terutamanya sekitar London dan timur England. Wales negeri Britain dengan soft water. Kami dulu-dulu sepulang dari jalan-jalan England. Lega bila sampai Wales. Lega dengan segar itu ini Wales. Itu Wales tempat kami bermukim berkategori bandar kampung.

Kali pertama tahu kami akan pergi Wales tahun 80-an dulu. Hati berkata sendiri. Wales? Kini selepas dua kali bermukim sana. Pautan hati tertinggal sana.

Juga sebagai rekod. Melbourne antara bandaraya Australia dengan soft water.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr



Free counter and web stats


free counter Tetamu Rasanubari

Selepas empat hari kota bougainvillea berseri kuning kekwa Casuarina


Kekwa kuning sesampai Impiana Casuarina
Originally uploaded by Ssuriha

Penat selepas empat hari di bandaraya bunga kertas. Malam tadi sampai rumah. Hari ini InsyaAllah berpergian lagi. Destinasi kali ini. Masih dalam negara Malaysia nun di pulau besar dengan tiga negara. Percutian sampai hujung minggu.

Bila penat begini. Mood mencatat pun kurang. Juga kini satu tabiaat baru. Kurang selesa update blog kalau bukan di rumah sendiri. Walhal kini memana pergi. Sentiasa dengan kemudahan talian internet. Samada guna USB sendiri. Atau internet percuma hotel. Kini kalau internet tanpa wayar hotel-hotel. Lebih berpatutan harga berbanding dulu. Kalau dulu. RM60 atau RM50 buat sehari. Kini bukan sedikit hotel dengan bil hanya antara RM30 ke RM40 buat sehari. Malah hotel sebelum ini di bandar Kuantan. Hanya RM10 sehari. Juga kini semakin selalu ketemu hotel dengan internet percuma.

Dulu-dulu masa baru menulis blog. Kalau hotel tiada talian internet. Sampai sanggup cari CC. Kini walau internet percuma di hadapan mata. Kurang bersemangat mencatat tulis bila bercuti. Begitulah selalunya apa-apa pun keghairahan duniawi. Sampai satu masa. Akan sampai tahap mereda atau lebih bersederhana.

Pun begitu Su diberitahu oleh seorang lebih berilmu. Ustaz masa di Shah Alam. Sesuatu kalau berniat kerana Allah subhanhuwataala. InsyaAllah berkekalan lama. Pun begitu dalam beberapa situasi. Sesuatu kalau tidak mampu berkekal lama. Mungkin kerana berhikmah lebih bagus kalau situasi itu berubah pada yang mungkin lebih diberkati. Setiap satu ketentuan cerita bersesuaian dengan situasi individu yang mana kesesuaian itu bukan hanya buat diri seorang individu atau individu terbabit. Setiap perkara dalam dunia ini. Melibatkan tempiasan kesan dan pancaran hikmah pada lebih ramai.

Fitrah penciptaan manusia. Tiada konsep hanya buat diri sendiri. Ibadah dan tunduknya kita pada Ilahi. Terkesan kekal sampai akhirat bukan hanya buat diri sendiri. Penciptaan hamba Allah subhanahuwataala melibatkan kemaslahatan sedunia sampai akhirat.

Juga kalau mahu tahu imbasan keikhlasan hati. Sesuatu perbuatan itu kalau berniat asal kerana Allah subhanahuwataala. Semakin lama semakin bagus ataupun berkekalan pada tahap bagus walaupun bersederhana. Kalau semakin merosot dari situasi awalnya lebih bagus. Mungkin terselit sedikit lencongan tujuan sedari mula. Lalu koreksilah niat hati sedari awal. Bersihkan hati. Beristighfar selalu pada yang SATU.

Ini entri sekadar buat mengkebawahkan entri sebelum ini. Juga tiada kaitan entri dengan sesiapa kecuali motivasi buat diri sendiri.

Selepas ini mahu kemaskan bagasi. Pun kalau sempat. Mungkin boleh update satu entri lagi sebelum terbang.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counter Tetamu Rasanubari

Berita awal pagi Pekan melambai nostagia berlembaran diari masa lalu


Gamitan nostalgia rindu zaman sekolah # Sophan Sophian dalam kenangan
Originally uploaded by Ssuriha

Lari sekejap dari cerita Melbourne. Sambung kemudian cerita Melbourne.

Sehari sebelum semalam. Satu resort di Pahang. Tasik Chini berulang hampir setahun selepas Julai tahun lepas. Bangun pukul 5.45 pagi. Solat Subuh sudah. Zikir pun sudah. Sementara menunggu siang. Buka laptop. Suami dengan laptop di sebelah sana. Kita dengan laptop di sebelah sini. Suami dengan laporan kerja penyelidikan. Kita pula. Seperti selalu. Paling terawal singgah. Laman-laman berita dan blog sana sini.

" Innalillahiwainnailahirojiun.. Sophan Sophian meninggal dunia.. "

" Ye?? Innalillahiwainnailaihirojiun.. "

" Accident. Terjatuh dari motosikal.. Dia ikut konvoi motosikal. Sempena 100 tahun Hari Kebangkitan Nasional Indonesia. Lebih kurang macam ekspedisi Tengku Yem Johor tu. Apa nama ekspedisi tu. Kembara Mahkota? Terjatuh dari motor.. "

' Pukul sepuluh pagi 17 haribulan. Hari ni berapa haribulan? 18. Semalam lah.. "

Kita pun bacalah apa tercatat dalam satu laman dari seberang. Lebih dari sekalilah juga mengulang baca satu-satu perenggan itu kerana mahu memahami bahasa Indonesia hari ini. Baca buat pendengaran suami.

" Konvoi tiga ratus orang. Motor Harley dia kat tengah-tengah. Agaknya terhimpit kat tengah-tengah tu. Oh motor dia terjatuh dalam lubang. Meninggal on the way to hospital. Kaki patah. Luka dalaman. Kesian Widyawati. Kekal perkahwinan diaorang sampai mati.

Sambung lagi.

" Dia sekarang ni politisyen kan kat sana.. Berapa umur dia hah? Masa cerita Pengantin Remaja tu. Kita sekolah rendah lagi.. 64 tahun. Tapi nampak muda. Lahir di Makassar. Orang Sulawesi. Selama ni ingatkan dia orang Jawa. "

Kalau dilawan bicara itu bukan orang itu. Kalau bicara dengan dua puteri. Mungkin akan bersambung kata. Dah 64 pun masih hensem macam masa muda.

" Apa nama cerita dia lepas Pengantin Remaja tu? "

Jawab suami. " Perkahwinan.. "

Dalam hati. Ingat pun dia.

" Hah Perkahwinan. Dua-dua filem tu arahan Wim Umboh. "

" Apa nama lagu popular filem Pengantin Remaja tu. Popular lagu tu. Macam lagu-lagu cerita Akhir Sebuah Impian. Satu lagu cerita Perkahwinan. Widyawati menangis masa baca surat. Apa nama lagu tu? Kalau tak silap dalam cerita tu. Widyawati menangis sebab Sophan Sophian sakit. Mati ke Sophan Sophian dalam filem tu? Hari ni jadi betul. *Ironi*. Widyawati menangis Sophan Sophian pergi. "

Ada orang cuba mengingat namun seperti kita. Kabur ingatan. " Lupa lah.. "

Baru ingat saat mencatat ini. Lagu Romi Dan Juli.

" Sebelum cerita Pengantin Remaja tu. Widyawati bercinta dengan Broery. Masa filem tu. Widyawati bercinta dengan Sophan Sophian. Eloklah pun dia tinggalkan Broery tu. "

Komen orang itu. " Terhimpit kat tengah. Dia pening. Terjatuh. "

" Ni berita Indonesia tulis jalan tu berlubang. Motor dia terjatuh dalam lubang. "

" Dia pernah berlakon filem Letnan Harahap. Ada filem Letnan Harahap? "

Gamitan nostalgia zaman sekolah. Ekoran berita dari seberang.

Semalam di satu hotel di tengah bandar Kuantan. M S Garden selepas semua hotel tepi laut penuh. Separuh hari kami susuri hotel resort dan chalet sepanjang Pantai Cherating. Sebenarnya dari tepi laut Kuantan susuri sepanjang Pantai Beserah sampai sepanjang Cherating tepi laut. Semuanya penuh. Gara-gara cuti panjang tiga hari hujung minggu. Semua hotel. Bersusun kenderaan berplat mula dengan huruf W dan huruf B. Kami pula. Seperti selalu masa kini. Percutian berdua.

Pagi di dalam lif. Sepasang suami isteri Melayu di dalam lif. Mungkin sebaya kami. Atau muda sedikit. Atau senior sedikit. Mungkin sama seperti kami. Mahu ke Coffee House bersarapan pagi.

Kata si isteri berkulit cerah. Berdiri di belakang suami kita. Pakai baju T putih berseluar longgar. Bertudung senada warna baju.

" Sophan Sophian meninggal.. "

Jawab suami wanita itu. Berdiri di tepi dinding di sebelah kita. " Accident.. "

Malam sampai rumah. Selepas baca sana sini ekoran cerita ada orang keluaq dari parti. Malam kerusi saya duduki bergegar. Gempa bumi ke ni? Lewat malam baru tahu. Waktu itu. Gempa bumi di Sumatera.

" Adik tahu ke berita Sophan Sophian meninggal dunia semalam? "

" Sofan Sofian? Siapa Sofan Sofian tu? Tak kenal pun.. "

" Pelakon Indonesia. Zaman Mak sekolah dulu. "

Suraya membelek buku diari lama ibu. Buku diari lama gaya buku skrap. Sebenarnya diari itu tercatat bersusun resipi. Koleksi resipi masa sekolah. Kaget? Hairan? Kenapa Mak lekat-lekat gambar macam ni dalam buku resipi?

" Lama diari Mak ni Adik. Dah berpuluh tahun.. "

" Kenapa Mak simpan lagi buku lama macam ni? "

" Bila Mak dah mati engkau orang simpanlah. "

Hari ini. Hanya diari internet. Pun masih lagi mengusahakan buku diari seperti itu. Hanya semakin kurang cerita rajin mencatat dan melekat seperti zaman masa sekolah.

Saya kenal Sophan Sophian sebelum kenal Slamet Rahardjo. Selepas itu. Diari selepas diari tertera di dalam gambar itu. Lebih bersusun gambar pelakon yang kemudian itu. Pelakon lelaki Indonesia pada hari ini. Kurang kenal lagi. Baru teringat. Ingat satu nama. Gunawan Sudrajat.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Semalam sanggar Seremban masih berlagu semangat Bandung dan Chiang Mai

Suasana sambutan Krismas Royal Adelphi


Sepulang dari Royal Adelphi Seremban. Lari sebentar dari cerita cuti luar negara. Petang semalam sesampai rumah dari Seremban. Penat alang kepalang. Masih berulang pergi kamar kecil. Pun begitu sakitnya Alhamdulillah kurang menyengat. Sebelum ini bagaikan berbisa dalam perut. Pening kepala dan rasa demam pun semakin berkurang.

Selepas Asar petang semalam. Selepas penat mengemas. Walhal hanya kemas lebih kurang ruang tamu semalaman tinggal sedari petang minggu. Tidur sampai pukul tujuh malam. Sambung tidur selepas Maghrib sampai pukul tiga pagi. Bangun solat Isya'. Semakin penat bila berlebih tidur. Sudah bermasalah susah tidur pula usai tidur berlebih.

Pagi tadi selepas Subuh. Bercerita ketawa dengan Idris. Ini bila Idris mengomen petang semalam Su tidur panjang. Jaga waktu Maghrib. Tidur lagi sampai pagi. Terjaga masih kepenatan bila Idris pasang lampu. Mamai terfikir sendiri. Eh kat mana aku ni. Chiang Mai? Eh kan ke kami kat Bandung. Seremban? Kemudian itu baru tersedar. Sudah di kamar rumah sendiri. Kamar tidur Idris. Begitulah bila lebih tiga minggu bertukar katil dan kamar. Selalunya mamai begini bila ketiduran siang. Ini bertambah mamai kerana kurang sihat dan masih penat tiga minggu lebih berpergian.

Ini pun masih ada satu janji bercuti dengan tiga cahayamata. Cuti sebelum tirai tahun ini berlabuh. Lagipun selepas Disember ini. Hotel resort itu kembali dengan harga asal kini sedang berpromosi lebih murah. Harga asal sewa chalet itu khabarnya mencecah paling kurang sekitar setengah ribu RM lebih satu malam. Semua cahayamata Su sama seperti ibu. Sukakan indah laut. Tidaklah hairan memandangkan semua cahayamata kami sama seperti ibu. Kelahiran bandar indah tepi laut. Hanya Su seorang kelahiran pulau. Suami kelahiran tepi gunung memukau pandangan mata.

Belum pun 48 jam pulang dari Indonesia. Suami outstation lagi. Mengenangkan kita ini masih lebih kerap berbaring siang penangan ubat tahan sakit. Lebih bagus Su ikut. Konon-kononnya nanti bolehlah berehat di hotel. Suami pun bersenang hati benarkan kita ikut. Idris pun ikut sama. Dua puteri kembali ke kampus. Leganya kini. Dua puteri satu kampus yang sama. Sebelum ini. Safura di kampus Petaling Jaya. Alhamdulillah dengan izin Allah taala. Kolej kediaman Safura bersebelahan pula dengan kolej kediaman atau mahallah Suraya. Alhamdulillah Allah taala memudahkan semua.

Waduh tandas hotel berbintang-bintang tanpa air buat mencuci. Walhal kita ini masih berulang pergi kamar kecil. Su harus puji dua hotel berbintang-bintang di Chiang Mai dan Bandung. Hotelnya dengan besin tandas berpaip buat mencuci. Nyaris-nyaris petang hari minggu itu Su berkira-kira mahu dihantar pulang atau menelefon salah seorang puteri datang menjemput. Fikir dua kali. Menyusahkan pula suami.

Menulis tentang tandas hotel. Paling selalu tandas-tandas hotel tanpa paip buat mencuci di Malaysia ini. Selalunya tandas hotel berbintang-bintang. Negeri Siam bukan negeri Islam. Pun siap tandasnya dengan paip. Pun begitu tetap ramai pelancong orang putih selalunya menghormati budaya negara dilawati. Hotel kami menginap di Chiang Mai. Pelancong orang putih sesaja. Orang putih merata ramai di bandaraya Siam segar dingin itu. Night Bazaar pun orang putih sesaja. Kelihatannya ramai perempuan orang putih shopping beg jenama tiruan. Terutamanya beg LV.

Satu kenangan kelakar malam shopping di Bazaar Malam Chiang Mai. Biasanya peniaga sana meletakkan harga tinggi. Kita disarankan menawar. Sebagusnya kita tawar sampai lebih kurang 50 peratus. Makanya berlakulah sesi tawar menawar sebelum cerita beli. Peniaga-peniaga ini biasanya terhad kefasihan bahasa Inggeris. Mereka ini biasanya mencatat angka kosong pada kalkulator. Kita diminta mencatatkan harga yang kita mahu pada kalkulator ini. Berlakulah pertukaran catatan harga sampai mencapai harga dipersetujui peniaga dan pembeli. Meriahlah pula sesi beli secara ini.

Su berjaya beli satu jaket berjenama buat Idris dari 500 lebih Baht sampai mencapai harga 250 Baht. Lebih kurang hanya RM25. Memang murah. Ini harga paling berjaya Su menawar. Kata Su senyum-senyum pada peniaga lelaki muda Siam berwajah Melayu. Please.. I dont have enough money.. Memanglah pun bakal berkurangan duit tunai Baht buat bershopping seterusnya kalau Su beli jaket ini dengan harga 500 Baht.

Satu gerai kain sutera Siam. Bagaikan bingunglah sekejap peniaga lelaki Muslim Siam bila Su minta kurangkan harga kain alas meja dari 350 Baht satu sampai hanya seratus lebih Baht. Berjayalah juga bila Su beli dua. Pada Su. Tarikan utama shopping di Chiang Mai. Set cadar dan selimut kain sutera asli Siam. Lawa-lawa menggoda mata. Memang murah teramat kalau pandai menawar. Harga asal pun masih lebih murah dari harga di Malaysia. Kain alas meja Su beli. Hanya lebih kurang RM15 di Chiang Mai. Ini harga Su berjaya tawar. Harga asal lebih kurang RM35 satu. Pernah terjumpa kain yang sama di satu mall Malaysia. Harga lebih dari RM100 satu.

Satu malam itu. Inilah cerita kenangan kelakar Night Bazaar yang Su maksudkan tadi. Terdengarlah kata seorang pelancong lelaki muda orang putih. I don't want to bargain. Just give me the price. I want to pay. Peniaga itu pula kurang faham bahasa Inggeris. Senyum sendiri kala lalu tepi bazaar baju T berjenama ini.

Secara ringkas cerita cuti satu malam dua hari di Seremban. Bagusnya hotel ini. Internet gratis. Kurang pasti samada ini kerana pakej rombongan kerja suami.

Makanan di hotel selalunya seakan sama serupa rasa. Bagaimanapun hidangan makan malam dan makan tengah hari di hotel ini memikat selera rasa. Setahun ini. Inilah hotel menepati selera sedap Su makan selain Awana Kijal Terengganu sana. Awana Kijal dalam bulan apa ya.. Lupalah pula. Sekembali dari Melbourne. Pun kurang pasti samada rasa sedap ini kerana selepas makanan hotel di Bandung serba manis kurang pedas.

Kali kedua kami menginap di hotel berbangunan krim pic atas bukit bawahnya mengadap pandang kelibat Lake Garden dan Seremban Parade. Kali pertama dulu. Masih lagi Hilton Seremban serba baru. Seperti penginapan dulu itu. Mungkin tahun 2001. Kami suami isteri dengan Idris. Idris seperti selalu. Peneman ibu. Suami berurusan mesyuarat satu kerja penyelidikan. Penyelidikan satu hutan negeri pantai timur.

Pagi ini masih lagi berkesan sakit kerana keracunan makanan. Berbincang dengan Idris. Bagaimana kalau masa mendengar khutbah solat sunat Aidiladha nanti Su berulang mahu pergi kamar kecil. Kata Idris. Mak tak yah pergi. Jawab kita. Eh mana pernah lagi Mak tak pergi solat sunat hari raya? Lalu perlu menimbang fikir pilihan masjid. Memilih masjid bersih tandas dan kawasan tandas bukan jauh dari tempat solat.

Satu perkara Su haruslah memuji Indonesia setakat kunjungan bukan pun lama kami. Tandas-tandas masjid dan surau sana bersih. Masjid dan surau bersih. Balai menunggu bandara kecil sempit ruang namun tetap berselitan tempat solat atau musolla. Ini balai berlepas menunggu masa memasuki pesawat. Bukan terminal berlepas. Walaupun tempat solatnya sedikit terbuka dan kedudukannya pula bersebelahan tandas lelaki. Lebih bagus kalau musolla ini pintunya bertirai atau ditempatkan bidai skrin di situ.

Memana kami pergi. Kalau boleh biarlah meninggalkan bekas tempat bersujud dalam solat di masjid dan surau tempat disinggah lawat. Semasa di Melbourne. Kami berusaha meninggalkan tempat sujud solat di merata padang taman utama Melbourne.

Satu lagi pengalaman bagus dengan Royal Adelphi patut Su catat berlagu terima kasih. Hari kami checkout semalam. Idris tertinggal laptop Su dalam kamar. Semasa makan tengah hari. Suami bertanyakan siapa bawa laptop Su dari kamar. Suami usung laptop sendiri. Kita selalunya hanya bawa beg sandang sendiri. Itu pun kekadang ada orang tolong bawakan bila kepenatan. Sementelah bila beg kita ini selalunya ditumpangi telefon bimbit dan dompet orang itu ini. Beg sandang Su selalunya bagaikan beg kecemasan. Semuanya ada di situ. Baru teringat.. Masih belum bertulis meme tag tentang beg itu.

Selepas makan. Bergegas kami memeriksa but kereta. Tiada laptop Su. Aduh. Bergegas Idris pergi kamar. Kata petugas housekeeping. Laptop dihantar pergi kaunter resepsi. Suami dan Idris pergi kaunter resepsi. Alhamdulillah syukur ketemu semula laptop baru saya ini. Pertama-tama Su terfikir laju kalaulah hilang. Su lebih mengenangkan segala gambar-gambar Chiang Mai dan Indonesia. Hilang barang mungkin boleh beli baru kalau murah rezeki. Sadis bila hilang lagi gambar kenangan.

Alhamdulillah dan haruslah Su mencatatkan sini. Kata penghargaan bagusnya servis hotel dengan petugas jujur amanah dalam cerita kami ini. Servis petugas di restoran pun bagus. Serba mesra senyum. Satu lagi pilihan sanggar kalau sesekali mahu berehat lari dari rumah dihujung minggu.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Sepulang dari hampir seminggu wisata Indonesia

Holiday Inn Bandung penginapan sepekan


Sepulang dari Indonesia dengan keracunan makanan sakit amat. Lebih kurang seminggu Cuti-Cuti Indonesia. Susut berat badan sampai lima kilogram. Sepulang dari Chiang Mai percutian menyenangkan hati masih redup tenang memori. Berat bertambah sekitar satu kilogram. Sampai Indonesia. Susut mengejut hanya dalam masa beberapa hari. Tanya Safura semalam. Mak kurus sebab tak suka kat sana? Sebenarnya mungkin kerana kehilangan menderas air kerana keracunan makanan.

Masih kesakitan. Bertahun-tahun berzaman-zaman tanpa cerita keracunan makanan. Sehari sebelum pulang. Terbaring menahan sakit. Pening dan muntah-muntah. Berulang bersinggah kamar kecil. Doa bersungguh-sungguh. Kalau terpaksa masuk hospital. Biarlah sesampai Malaysia. Biarlah hospital Malaysia.

Bukan makanan jajanan tepi lorong. Hanya bersinggah makan restoran-restoran mahal dibawa supir. Sekali makan bilnya mencecah sejuta rupiah. Oh ya. Wisata Indonesia ini. Merasalah kami berstatus jutawan. Jutawan Rupiah hanya ribuan RM. Sebelum ini lama dulu. Pernahlah merasa bertahap jutawan Lira Itali. Sebelum ini di Chiang Mai. Wang di dalam dompet sentiasanya ribu-ribuan Baht hanya ratusan RM.

Hanya makan hidangan hotel lima bintang. Kelab level eksekutif eksklusif lagi. Seminggu penginapan dua kamar. Suami berhabisan bil hotel mencecah empat ribu RM. Lebih kurang 10 juta rupiah. Bukan hotel pilihan suami. Itu hotel ditempah ITB. Itu belum lagi kos sewa kenderaan bersekali dengan supir. Rezeki kami sesekali bercuti hampir semua ikut sama kecuali di Melbourne sana. Kami di sini bermaksud Su dan tiga cahayamata.

Entah mana silapnya boleh terkena keracunan makanan ini. Kata doktor di Melbourne sana. Bukan semestinya dari makanan dimakan. Mungkin Su berjangkit dengan sesiapa. Perit sakit bukan kepalang. Petang sebelum sakit. Kami pergi pasar ramainya manusia. Malam itu mulai pening kepala.

Pengalaman bercuti yang ini bukan semuanya indah dikenang. Masih membandingkan Chiang Mai dan Bandung. Dua negara Asean dalam tiga minggu. Sebelum beli tiket pergi Chiang Mai dan Bandung. Su katakan pada suami. Kalau disuruh memilih antara dua. Su memilih Indonesia. Teruja mahu menziarahi tanah negara moyang dulu-dulu. Tidaklah disangka hati begitu terpaut pada Chiang Mai serba melebihi tinggi dari persepsi sangka selama ini. Kalau sekali lagi diberi pilihan. Pastinya kini memilih Chiang Mai lebih tenang dan maju samada dari segi fizikal prasana mahu pun sikap warga.

Sebelum ini. Hanya terbacakan cerita Cuti-Cuti Indonesia warga Malaysia semuanya serba meriah dan mulus bagus. Tiadalah terlintas apa yang bakal dilalui pandang dan tahu. Macet Jakarta tidaklah pernah termimpi sebegitu teruk sekali. Pengemis sana sini. Pengemis terhormat di sana sini. Sampaikan petugas berunifom biru di bandara tanpa segan-segan silu minta duit kopi. Saya belum sarapan lagi pak haji.. Apa lagi bila tahu kita pelancong dari Malaysia. Kata Suraya. Lain kali kita pergi Indonesia. Kita pakai tudung gaya orang sana. Kita menyamar jadi orang sana. Baru Su tahu. Bandara itu bermaksud lapangan terbang.

Terganggu rancangan mahu santai wisata bila dikerumuni peniaga buat muka kasihan sejurus kami keluar dari kereta. Melarikan diri berkurung di dalam kereta. Semua tingkap kereta dikepungi peniaga. Oh seramnya.. Ada yang sampai memujuk kata. Satu ringgit Malaysia sajalah bu.. Memang murah amat. Murah bangat.. Bagaimanapun saya ini orang yang kurang suka dipaksa-paksa. Masih kurang selesa dengan memori gangguan tempat wisata ini. Walhal lokasi itu paling kami mahu kunjungi lihat dalam rangka wisata Bandung ini.

Tanya supir merangkap pemandu pelancong kami. Di Malaysia sana tiada pedagang dan pengemis seperti ini? Jawab saya terus terang. Tiada. Di Malaysia sana selalunya ada kompleks peniaga di tempat wisata seperti ini.

Bandung kota shopping? Musykil kenapa barangannya terlalu murah. Tegas bertanyakan pada petugas satu factory outlet popular. Ini original? Jujur jawab dua petugas manis sambil tersenyum. Oh tidak bu.. Barulah kami tahu. DFO Bandung tidak sama dengan DFO Australia. DFO Bandung menjual salinan barangan berjenama. Samada barangan tiruan atau kes barangan rejected tidak lulus untuk eksport. Lalu tidaklah hairan kalau tas tiruan LV hanya terjual dengan harga lebih kurang RM100- Beg tiruan Prada hanya RM100- Tas tangan tiruan Coach kurang RM100- Mungkin salinan ini secara legal kerana kuasa membeli negara ramai bilangan warga ini. Tambah lagi dengan kos tenaga pekerja kilang jauh lebih murah. Entah-entahkan jualan barangan salinan secara legal ini lagi besar amat hasil untung.

Apa pun pada mereka kurang berkisah tentang ketulinan, barangan tiruan sini memang kemas buatan. Hampir terpedaya kalau sekali pandang. Siap dengan cop Made in Paris, Made In Itali.. Walhal kilangnya di Indonesia. Pun begitu sebenarnya lebih murah di Rantau Panjang. Lebih murah di Night Bazaar Chiang Mai. Kata saya pada dua puteri. Kalau terdesak berkenankan beg mahal asli original. Saya lebih sanggup tunggu sales mall di Malaysia. Biar beli beg bertahun-tahun sekali tetapi asli buatan.

Apa pun dua puteri suka shopping di Bandung. Barangan terjual rata-ratanya memanglah murah. Terutamanya busana Muslim. Swimming suit Muslimah hanya sekitar RM50 satu. Pilihan telekung pelbagai. Semuanya lawa-lawa belaka. Safura bercadang mahu bercuti pergi Bandung lagi dengan kawan-kawan kuliah. Cuti shopping. Oh mana saya benarkan datang sendiri. Samada saya meneman atau Idris sebagai body guard. Bagi dua puteri suka shopping dengan hanya wang saku. Bandung memang mengasyikkan buat shopping. Kata seorang puteri. Mak lainlah. Boleh shopping kat Pavillion.

Kata Su pada supir. Kalau Su datang lagi. Kunjungan wajib Su. Level 5 Pasar Baru Bandung. Level menjual segala busana Muslim. Memang melambai bawa keluar wang laju dari dompet. Namun menurut Ibu Ida Gurfida. Murahlah lagi busana Muslim dan telekung di Tanah Abang Jakarta. Kata dua puteri. Jom kita pergi lagi Jakarta?

Sebenarnya kurang selesa mencatat panjang kala masih bersisa emosi cuti sepekan ini. Bimbang terluah melebihi apa yang patut. Bimbang tanpa sedar tersinggung hati halus ramai sahabat-sahabat dari seberang sana. Juga saudara kerabat sana mahu nanti Su perkenalkan dengan blog ini. Barulah Su tahu. Salah seorang saudara dua sepupu Su di Jakarta sana. Wartawan Kompas Cybermedia. Memanglah keturunan moyang kami Allahyarham Abdul Karim ini ramai berbakat dalam penulisan. Samada di Malaysia mahu pun di tanah seberang sana.

Kemudian-kemudianlah cerita lagi. Pun begitu mungkin tetap mahu bercerita apa terlihat terpandang dari mata jujur buat pedoman dan peringatan pada yang belum pernah sampai. Pun begitu tidaklah serik untuk pergi lagi. Berkira-kira mahu pergi Medan dan Pekan Baru pula. Dua tanah asal moyang dulu-dulu.

Selama ini saya kurang terfikir mahu terbang ke seberang sana walaupun kiranya selalu berpeluang pergi kalau mahu. Tambang pergi Jakarta lebih murah dari tambang pergi negeri suami. Kurang terfikir mahu pergi sana sampai tahap kurang selesa mahu pergi sebenarnya. Apatah lagi tahun-tahun kebelakangan ini. Media seberang dengan cerita sikit-sikit ganyang Malaysia, sikit-sikit ganyang Malaysia, sikit-sikit bakar bendera.

Hanya terbuka hati mahu pergi selepas seorang demi seorang bapa saudara dan nenda saudara di seberang sana meninggal dunia. Paling buat terkesan hati. Selepas kematian Allahyarham Bapak Rushdy saudara sepupu Bonda. Mahu memperkenalkan generasi anakanda kami dengan kaum kerabat di seberang sana. Apa pun kunjungan pertama kali ini memperlihatkan kami pada macam-macam selama ini kurang tahu. Satu ternyata pandang. Jurang luas miskin dan golongan kaya terlalu ketara amat di sana. Budaya terbiasa sana buat kaget itu ini berkejutan bukan sedikit kepalang.

Cerita Cuti-Cuti Indonesia. Ada bagus ada gembira. Ada kisah kurang menyenangkan hati. Ada kejutan dan kaget. Ada cerita selama ini belumlah pernah Su dengar dan tahu. Hanya tahu bila berpengalaman sendiri sampai sana.

Selama ini. Belumlah pernah terjumpa cerita pengalaman senada kurang menyenangkan ini dari memana cerita wisata Indonesia orang Malaysia. Cerita lewat internet memana blog Su terbaca. Selalunya bloggers Malaysia hanya bercerita yang bagus-bagus saja tentang wisata Indonesia. Sedikit sebanyak cerita cuti dalam blog terbaca mengubah pendirian kurang selesa pergi sana. Walau apa cerita pun. Mungkin tetap berusaha mahu mengkhususkan satu entri bercerita segala yang bagus dan sentosa.

Pun sebenarnya kunjungan ini memperkenalkan kami dengan beberapa warga Bandung berhalus budi bahasa termetrai hubungan persaudaraan serumpun mungkinnya bakal berterusan. Sebagaimana komen Su bila suami membandingkan bagus lagi Chiang Mai atau Thailand. Sekurang-kurangnya sampai Bandung kita disambut muka Melayu..

Prinsip Su selalu. Lihat segala segi. Ikhlas tulus melihat apa yang bagus walau terserlah cerita kurang bagus. Lalu entri-entri seterusnya mungkin bercerita memana pengalaman kurang menyenangkan rasa sebagai ingatan. Namun bakal mengikuti memana cerita menyenangkan hati. Lihat segala sudut cerita. Walau berkisah kurang senang di sana sini. Namun pastinya tetap berselitan cerita sentosa mungkin bakal terpahat simpan lama bersulam tekat di sanubari.

Lagipun sebagaimana kunjungan pertama kali Melbourne. Kunjungan kali kedua lebih memikat selesa sentosa. Sampaikan kata Su pada cahayamata. Su lebih rindu tanah Queen Elizabeth. Namun buat selesa kesihatan dan berbagai lagi hal. Melbourne lagi selesa. Su kini mencadangkan tiga empat tahun lagi suami bercuti sabatikal setahun pergi Melbourne. Bagaimanapun mungkin lain cerita kalau Idris sambung belajar pergi negara kelahiran Idris itu. Tiga tahun lagi Idris lepas SPM.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Pesona pagi berpandangan samudera biru berlambaian kenangan pantai rindu

Pandangan pagi dari Grand Continental Kuala Terengganu


Pagi Isnin hari kedua kembara Terengganu 6 November 2006. Update pada petang hari minggu 8 April 2007. Hari minggu bersakitan lenguh ini itu. Sehari sebelum bersambutan harijadi puteri bongsu. Gambar rumah tepi laut melambai rindu memori masa lalu.

Seperti selalunya sebelum Subuh dan selepas solat Subuh di kamar hotel berpandangan laut. Bangun menjengah pandangan luar dari jendela. Melihat pandangan pagi tepi laut. Merakamkan gambar pantai dan deretan kedai di sepanjang Jalan Sultan Zainal Abidin. Merakamkan gambar dari luar jendela kaca tanpa balkoni.

Lebih gemar hotel tepi laut dengan balkoni. Kamar hotel di atas bukit sana berbalkoni kecil. Pun begitu pandangan pagi berkelibat samudera biru ini tetap menawan singgahan mata. Pandangan laut tetap beristimewa tersendiri walaupun berskala tahap pesona.

Memerhati seorang wanita warga emas bertudung dari satu rumah papan di bawah sana. Wanita ini berpayung dalam renyai hujan awal pagi. Berpayung pulang dari kedai awal pagi. Laman rumah berkolam basah selepas hujan berkemungkinan sedari lewat malam.

Juga terpandangkan seorang wanita lain baru keluar dari satu rumah papan tepi laut nun di bawah sana. Wanita ini membuang sebaldi sampah ke dalam satu kawasan takungan sampah di tepi laut. Bertudung walaupun sekadar keluar rumah buang sampah.

Komen dalam hati kala melihat tinjau rumah-rumah kampung tepi laut ini. Seronoknya rumah diaorang ni tepi laut.

Pernah berumah tepi laut sebegini semasa kecil dulu. Sebenarnya rumah Nenda IM di Singapura. Rumah kuarters pelakon filem syarikat filem berlambang keris. Rumah Nenda IM berkategori rumah besar kerana Nenda IM bukanlah sekadar seorang bintang filem. Kenangan kami selalu berkumpul di rumah Nenda mengadap laut ini antara kenangan terawal dalam hidup. Kenangan mengintai Nenda H santai berehat atas kerusi mengadap laut berlantai pasir laut. Inilah antara kenangan sering terbayang bila terkenangkan Allahyarham Nenda IM kekanda kepada Nenda HM. Bagaikan terngiang-ngiang suara Nenda IM memanggil lembut bila terlihat Su mengelewar seorang diri bermain pasir laut. Antara arwah paling selalu Su rindu. Antara nama sentiasa di dalam doa selepas solat.

Rumah Nenda IM sentiasa ramai orang. Saudara mara dan kaum keluarga, kawan-kawan pelakon filem Nenda IM. Su sedari kecil kurang gemar bising ramai. Biasanya Su keluar seorang diri mengukur pantai hanya sepelaung dari laman rumah Nenda IM. Itu ketika Su baru berumur kurang tiga tahun. Menurut cerita Bonda. Su suka amat berdiri melihat ombak laut. Memandang ombak datang. Berlari ke belakang bila ombak memukul pantai. Rindu pada kenangan itu. Rindu pada pesona memori zaman itu. Masih selalu terbayang di hadapan mata bagaikan layar wayang berulang tayangan. Memori samudera menderu menghempas pasir pantai itu.

Juga memanglah selalu bersantai di tepi pantai melihat bintang filem berpengambaran di tepi pantai. Batang kayu selalu Latifah Omar berdiri bersandar menyanyi itu memanglah selalu tempat bermain Su. Su pun terbiasa berlakon berlari beramai-ramai di pantai itu.

Rata-rata keluarga Nenda IM waktu itu berumah di Geylang Serai. Itu tahun-tahun kami di Singapura. Sekarang ini kurang lagi Su tahu di mana lokasi rumah-rumah saudara mara Ayahanda masih ramai lagi di sana. Mahu juga satu hari nanti Su menjejaki cari kalau panjang umur berkesempatan ke sana. Menjejak kasih beristimewa tanah tumpah darah Su dan dua orang adinda. Juga tanah kelahiran dua saudara Su berlain ibu. Juga tanah kelahiran ramai saudara sepupu di sebelah ibu.

Rumah kami sekeluarga ketika itu di Singapura pun masih berhampiran dengan pantai. Laut hanya di seberang jalan. Rumah di Pasir Panjang berhampiran dengan Tiger Balm Garden. Sebelum berpindah ke Clementi dan entah kemana lagi Su kurang ingat nama. Hanya ingat rumah Bonda hamilkan Su di Nee Soon sebelum kami berpindah ke Pasir Panjang. Rumah Pasir Panjang itu sangatlah Su ingat kerana kami selalu dibawa Amoi penjaga kami ke Taman Tema Tiger Balm. Rumah Clementi rumah batu kuarters askar. Kurang tahu di mana kedudukan Hospital Kandang Kerbau hospital kelahiran Su.

Masa kecil kami sentiasa berganti penjaga bila Bonda keluar bekerja. Ayahanda beristeri seorang lagi. Amoi Cina itu paling Su ingat kerana selalu bawa kami jalan-jalan. Juga keluarga Abang Jan di Pasir Panjang. Rumah keluarga Abang Jan di sebelah rumah kami paling tepi. Rumah setingkat berkembar. Suatu hari nanti mungkin Su paparkan gambar Su masa kecil dulu dengan Amoi ini di dalam album internet. Manalah tahu kalau-kalau Amoi itu masih ingat lagi pada kami bertiga saudara. Amoi manis itu mungkin hari ini berumur sekitar 50-an. Abang Jan senior dari Su dalam lima tahun.

Antara kenangan rumah tepi pantai. Antara kenangan terawal dalam hidup. Satu hari Su meronda seorang diri mengukur rumah-rumah tepi laut. Tangan memegang anak patung. Itu tahun Su baru berumur setahun lebih menjelang umur dua tahun. Menurut Bonda. Hari itu Su lari dari rumah. Berkisahan hidup saya ini terbiasa selalu lari dari rumah selepas dimarahi atau dipukul ibu garang. Bonda pula tahun-tahun itu sentiasa stress kerana baru tahu Bonda hidup bermadu ketika sarat hamilkan Su. Bonda isteri kedua tidaklah lama. Ayahanda menceraikan isteri pertama selepas kelahiran adinda Su lain ibu.

Berulang peristiwa bila Bonda pula sebagai isteri pertama. Suami memilih isteri kedua. Sebagaimana berulang cerita nasib sahabat menimpa nasib madu sahabat ini. Suami sahabat ini bercinta dengan pelajar meruntuh luluh hati isteri pertama. Tahun ini. Selepas lebih sepuluh tahun. Suami sahabat ini bercinta lagi dengan pelajar yang lain. Komen kita. Sekarang baru dia tahu. Macam mana rasa suami bercinta lagi. Isteri pertama sudah lalui semua itu. Komen ini buat isteri kedua itu. Kami bersahabat namun Su lebih rapat dengan isteri pertama. Suami sahabat ini sahabat karib suami.

Bagaimanapun dialog di atas itu kurang sesuai buat Bonda. Bonda tidak tahu menahu langsung Ayah kami suami orang sampailah satu hari ketika Bonda hamilkan Su. Bonda didatangi isteri pertama Ayahanda pun sedang sarat hamil.

Kembali kepada awal pagi dari jendela Hotel Grand Continental Terengganu.

Terpandangkan sekumpulan pelajar sekolah berkumpul menunggu bas sekolah. Mulanya terfikir dalam hati. Sekolah lagi? Kemudiannya spontan teringat. Pelajar-pelajar tingkatan lima belum selesai peperiksaan SPM. Berderet pelajar ini menaiki bas warna oren.

Suami bersiap tunggu seawal selepas subuh. Lama menunggu geng dari Kuala Berang. Kita mengomen kenapa lama sangat. Pukul 8 belum sampai walhal tadi Raza menelefon beritahu sudah berlepas dari Kuala Berang seawal pukul tujuh pagi. Suami mengomen mereka kurang tahu jalan di bandar Kuala Terengganu ini. Panggilan telefon lebih dari sekali menanyakan jalan menuju Hotel Grand Continental ini. Panggilan diterima telefon bimbit Su. Telefon bimbit suami lemah bateri.

" Raza kan orang Kota Bharu. Takkan lah tak biasa lalu sini kot. "

" Diaorang mana biasa lalu sini. Tak berapa pandai jalan sini. "

Raza dari Kota Bharu selalunya menaiki bas lalu Jeli sana.

Sedang mata Su meninjau pandang bawah sana. Memerhati pandangan deretan kedai makan tepi jalan. Mencari pandang mana satu kedai-kedai makan kami singgah malam tadi. Terlihatkan kenderaan pacuan roda berwarna biru di bawah sana. Bersekali dengan panggilan telefon dari Raza. Pemberitahuan sudah sampai.

Suami bermurah hati tinggalkan sedikit wang buat menampung perbelanjaan perjalanan kami seterusnya. Tangki minyak kereta sudah penuh diisi. Su minta izin samada kami mungkin mahu berkembara ke Kota Bharu atau singgah Tasik Kenyir dulu sebelum ke Kelantan esok hari. Berpesan mohon doakan keselamatan kami bertiga.

Alhamdulillah suami bermula perjalanan keluar dari kamar hotel sebelum pukul 8.30 pagi. Singgah Kuala Berang sebelum kembara hutan hulu negeri.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Berdendangan samudera malam bersanggar merah jambu kamar hijau biru

Merah jambu menanti menunggu malam Grand Continental Terengganu


Sambungan cuti-cuti Terengganu 5 November 2006. Update pada 7 April 2007 hari Sabtu.

Mata berkalih pandang sejurus selesai urusan bayar harga majalah berlibur baru dibeli. Terlihatkan Safura sedang buka pintu kereta sambil menjinjing makanan baru dibeli. Dua polisterin putih dalam dua beg plastik merah jambu. Bergegaslah kita ke kereta. Supaya tidaklah kereta menggganggu kenderaan lain dari belakang. Juga jangan sampai nanti bersambutan komen kenapa lambat sangat. Sebenarnya secara berkebetulan sama sampai dengan Safura terlebih dulu sampai hanya beberapa saat lebih awal.

Kereta susur lalu perlahan melepasi bangunan kompleks bermedan selera di seberang deretan kedai makan binaan papan. Kompleks Wawasan? Begitulah lebih kurang nama bangunan berterang benderang lampu.

Berkata Su pada Safura. Esok kita jalan-jalan pergi sini Baby. Kalau-kalau ada kedai letrik. Kita beli seterika. Kalau-kalau sanggar seterusnya tanpa kemudahan seterika. Berkebetulan pun satu daripada seterika di rumah mulai goyah longgar badan seterika warna biru ungu lavender. Memang Su selalu beli seterika. Bila satu demi satu hilang diusung bawa pergi atau mulai susut hayat. Seterika selalu kami beli. Seterika nipis berharga murah lebih kurang RM50 satu. Gemarkan seterika nipis tetapi sederhana berat. Pilihan seterika begini hampir sepuluh tahun. Sebelum ini bertahun-tahun terbiasa guna seterika berwap buat melicin pakaian. Lebih dari 20 tahun setia dengan jenama yang satu itu. Kebanyakan barangan letrik di rumah kami berjenama ini.

Kembali ke Hotel Grand Continental Terengganu di Jalan Sultan Zainal Abidin. Suami turunkan kami bertiga di pintu lobi hotel sebelum kereta dipandu bawa ke parkir tingkat basement.

Berempat kami dengan bellboy menyorong troli bagasi menaiki lif yang sama. Seperti biasa. Sedikit wang tip buat bellboy. Jumlah tip selalunya mengikut tahap hormat mesra pelanggan budi bahasa pekerja. Jarang tip melebihi lima ringgit.

Alhamdulillah lega kala kaki melangkah masuk ke kamar selesa. Leganya bila seharian berkereta. Barulah terasa pening dan penat teramat kala berehat di sofa senada warna dengan warna cadar dua katil. Satu katil besar bersaiz king. Satu katil buat seorang. Merakamkan gambar kamar. Merakamkan gambar-gambar anakanda berkenangan peristiwa hari ini. Begitulah rutin selalu kita bila sampai memana hotel. Selepas melihat pandangan luar dari tingkap kamar berlangsir tebal.

Sebagai rekod buat semakan kemudian hari. Satu kamar keluarga sewanya RM185+ selepas diskaun staf kerajaan. Mengikut kata suami. Ini harga promosi. Bukan kamar paling selesa. Sebagaimana kata suami. Ini saja yang ada buat malam ini.

Seperti biasa setiap kali sampai ke kamar hotel. Mengintai pandang dari langsir. Tingkap berlangsir warna hijau tanah kecoklatan mengadap pantai sayup-sayup halus kedengaran bunyi lagu ombak menghempas pantai. Jendela mengadap kampung tepi laut bergelap malam. Tahu di bawah sana kampung kerana berbalam lampu rumah kampung tepi laut.

Kurang puas dengan lagu samudera kedengaran perlahan. Pun begitu syukur beberapa bulan sebelum ini memang kerap berkedengaran bunyi lagu ombak dalam cuti-cuti tepi laut di sepanjang tahun 2006. Samudera Pantai Lanjut Kuala Rompin. Samudera Desaru. Samudera Batu Feringhi. Samudera Pantai Beserah. Samudera Pantai Port Dickson tiga kali dalam setahun. Tahun 2006 tahun berulang cuti tepian pantai berpandangan laut kala matahari terbenam.

Paling melekat istimewa dalam memori, berbaringan di laman hijau mengadap pantai berlagu indah lewat pukul 12 malam Batu Feringhi. Pantai Lido meriah berkumpul. Pantai Lanjut meluas pandangan. Pantai Tanjung Aru bernostalgia manis masa lalu. Desaru biru berlagu. Pantai-pantai Kuantan melambai memori sekolah. Teristimewa tentunya Pantai Brighton benua selatan berindah pesona biru nilam terpegun terpana mata. Juga Pantai Cowys berkenangan bercuti hujung Victoria. Pantai Philip Island berkenangan kawanan penguin menjelma dari laut waktu senja.

Kamar berhiasan dalaman bertema warna biru kehijauan. Cadar katil dengan warna hijau zamrud berjalur warna karamel. Sofa panjang warna hijau kebiru-biruan. Coklat meja kopi kayu senada seimbang dengan hijau redup cadar dan sofa.

Masuk suami selepas lebih kurang lima minit kami bertiga sampai. Memuji-mujilah saya. Kamarnya jauh lebih bagus dan jauh lebih selesa dari hotel di atas bukit itu. Benarlah cerita suami. Hotel ini lebih bagus dari hotel yang satu lagi itu. Juga kalau turut diambil kira darihal mudah ke kedai makan, berhampiran dengan pusat bandar, hanya sepelaung dari pantai dan sebagainya. Harga pun lebih kurang sama. Bagaimanapun kunjungan ke hotel yang sana itu berlalu dua tiga tahun lalu.

Suami menelefon Raza di Kuala Berang. Berpesan minta supaya satu dari kenderaan rombongan datang menjemput suami di hotel ini seawal pagi esok hari. Sebaik-baiknya selepas subuh. Masih jauh perjalanan sebelum masuk hutan. Lambatlah waktu mula keberangkatan rombongan kalau lambat suami dijemput.

Apa-apa hal solat dulu. Berehat baring sebentar selepas solat. Baru terasa semua letih dan penat segala sendi. Pun begitu sentosa relaks buat terlupa penat.

Telefon Suraya. Suraya selamat kembali ke rumah dari kampus menaiki LRT dan tren komuter KTM. Esok hari Suraya bakal pulang ke kampus dengan kereta biru muda. Mengingatkan itu ini. Kunci semua pintu dan tingkap. Pasang lampu itu ini.

Menelefon kaunter resepsi. Minta masa check out dilanjutkan sampai pukul 2 petang.

Safura menelefon housekeeping. Minta hantar seterika. Seterika dihantar lebih kurang lima belas minit kemudiannya.

Makan Mee Goreng. Suami menggunakan meja tulis. Mengadap nota penyelidikan. Idris sempat sekejap mengadap PS2. Safura mengadap meja sebelah tv. Baca buku cerita dibawa dari rumah. Buku HP tebal entah berapa kali berulang baca. Juga satu novel Inggeris berlatar belakang kota Paris.

Mee Goreng basah bolehlah tahan rasa. Tidaklah terlalu sedap. Biasa-biasa saja. Sedikit kurang perisa. Bagaimanapun udang-udangnya besar segar. Hanya makan separuh saja mee ini. Kurang berselera. Minum satu mug Nescafe O panas.

Safura sambung makan. Makan di atas lantai beralas surat khabar mengadap peti ais. Pun Safura tidak menghabiskan mee ini. Member teringatkan lipas di hadapan kedai makan bersebelahan dengan kedai makan kami beli mee ini.

Baca surat khabar sebelum tidur. Mengemas sekejap bagasi dan tonton berita malam sebelum tidur. Sekali lagi menelefon Suraya sebelum tidur. Mengingatkan lagi itu ini. Mendoakan keselamatan puteri kedua seorang diri di singgahsana kediaman jauh dari Kuala Terengganu.

Beg kini selalu diusung letak di sisi kerusi dalam kereta selain dari beg sandang. Beg murah beli dari Watsons. Harga promosi selepas bil berjumlah sekian-sekian. Beg memuatkan segala keperluan berkereta beratusan batu. Tisu, Strepsils, Baby Wipes, buku nota buat mencatat disepanjang perjalanan, ubat-ubatan, itu ini lagi bekalan.

Gambar di satu sudut kamar Hotel Grand Continental Terengganu.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counter Tetamu Rasanubari

Dari Kuala Berang bersurat silam sampai Kuala Terengganu masih awal malam



Malam 5 November 2006. Update pada 4 April 2007. Sepulang dari bersarapan lewat pagi Kopitiam Bangi bersantai namun penat sampai petang hujan lebat Petaling Jaya singgah Bandar Utama susur Bangsar bercerita kenangan manis masa lalu. Bersinggah shopping sampai malam Sogo bersinggah lalu lagi Sungai Besi berbasah hujan lebat sedari petang hari. Kepanikan baru tersedar hanya lebih kurang satu bulan setengah sebelum terbang pergi sana lagi. Baru tersedar hanya kurang dua bulan dari hari ini.

Catatan bermula dari paragraf berikutnya ini berkisahan rakaman peristiwa sepetang sampai malam kembara Terengganu 5 November tahun lalu.

Perjalanan kereta meluncur perlahan susur jalan terus lurus dari bandar Kuala Berang ke Kuala Terengganu. Berbual-bualan itu ini sampai kurang perasan pada pandangan tepi jalan. Jalan terus lurus sampai simpang antara tiga bandar ibu negeri pantai timur. Hanya lebih kurang setengah jam perjalanan dari bandar Kuala Berang ke Kuala Terengganu.

Alhamdulillah sampai bandar Kuala Terengganu lebih kurang pukul 8.30 malam. Safura terkesima melihatkan tulisan khat besar nama Allah berlampu terang tinggi di atas satu bangunan. Safura minta kamera dari ibu. Mahu merakamkan gambar kalimah Allah ini. Gambarnya tertera pada entri ini.

Sudah pernah lebih dari sekali bermalam di Hotel Primula. Pernah bermalam di Hotel Seri Malaysia. Pernah bermalam di satu hotel sederhana besar di tengah bandar Su lupa nama hotel. Tahun 1997 itu kami dan adinda suami sekeluarga mengiringi sepupu suami berkenduri kahwin di Ketereh Kota Bharu. Kali ini mahu mencuba hotel lain pula.

Suami mencadangkan Hotel Grand Continental pernah suami bermalam di hotel ini. Pun begitu kita yang lebih ingatkan laluan menuju hotel ini. Selalu terpandang kelibat hotel ini dulu-dulu ke bandar ini. Alhamdulillah sampai di hadapan hotelnya hanya lebih kurang 10 minit mencari. Hotel tepi jalan tanpa laman lapang.

Su menunggu di dalam kereta. Idris menemankan suami menanyakan kamar kosong. Sempatlah kita berpesan dari tingkap kereta. Minta mengadap laut ye..

Selesai urusan menempah hotel dan beroleh kunci kamar. Kami terus keluar ke bandar. Makan malam dulu sebelum check-in. Malas lagi keluar dari kamar kalau sudah sampai ke kamar selesa usai penat setengah hari berkereta.

Singgah satu kedai makan hanya beberapa meter jauh dari hotel. Kedai rumah papan di korner jalan berpandangan nun di hadapan sana satu bangunan besar terang benderang lampu. Kemungkinan bangunan kompleks beli-belah. Juga berkelibatan pandangan Hotel Grand Continental dari kedai ini. Kedai bersebelahan dengan satu lorong sedikit gelap mengarah ke rumah-rumah papan di pinggir bandar.

Berhajatlah kita mahu makan Nasi Dagang malam Kuala Terengganu. Bagaimanapun sedikit terencat selera makan bila terpandangkan suasana dalam restoran bersepah sampah di lantai restoran. Melilau mata mencari meja bersih. Memilih satu meja bersih di hujung restoran di sebelah dinding. Bagaimanapun masih tidak boleh lari pandangan mata dari kotor bersepah sampah lantai dengan kertas tisu.

Mencalit sedikit meja makan dengan hujung jari. Memastikan meja makan tidak berlekit. Meja makan bersih beralas tikar getah berbunga warna hijau muda. Pun begitu mata kurang mesra melihatkan lantai bersepah dengan sampah kertas tisu merata.

Baru teringat Su tertinggalkan kamera di dalam kereta bila bersedia mahu merakamkan gambar makanan. Suami kembali ke kereta diberhentikan di korner jalan berhujung tepi seberang simpang dari kedai makan. Berpandangan terus kereta dari kedai makan.

Sekali lagi terencat selera bila Nasi Dagangnya berkejutan pandangan dan rasa. Basah dan sedikit mentah. Lalu suami yang makan Nasi Dagang lembik basah ini. Suami pun mengomen nasi ini basah dan kurang mari. Suami kita seorang yang teramat-amatlah jarang sekali mengomen tentang makanan. Tetap makan tanpa berkira samada sedap atau kurang sedap makanan. Berbeza dengan kita sedikit memilih tentang makanan. Allah taala itu Maha Adil. Setiap gandingan pasangan berpositif negatif laku sebagai penyesuaian saling melengkapi apa terkurang.

" Nasi Dagang paling sedap Su makan, satu kedai makan dekat Primula sana. Sedap betul Nasi Dagang kedai tu. Kedai dia bertanah pasir. "

Juga sedap Nasi Dagang satu kedai makan dekat Chendering sana. Singgahan selalu geng kerja lapangan suami bila ke Kuala Terengganu. Su pernah singgah sana sekali.

Sempat berkirim SMS sementara menunggu makanan sampai. SMS buat sahabat blogger berasal dari Terengganu kini di Kuala Lumpur.

Minta pula Meehoon Goreng. Punyalah lamanya menunggu. Lebih dari 40 minit lama. Meehoon Gorengnya tidak sampai-sampai. Satu keluarga dengan berderetan anak kecil, sampai lebih kurang 20 minit selepas kami pesan Meehoon Goreng, pun sudah sampai Meehoon Goreng di atas meja. Salah seorang dari mereka ini sedang makan Meehoon Goreng walhal mereka tiba kemudian dari kami.

Suami panggil pekerja. Kami tanya tentang Meehoon Goreng. Sahlah Meehoon Goreng kami pesan sudah tersalah hantar ke meja keluarga baru sampai itu. Pesanan kemudian mereka ini terlebih dulu sampai dari kami menunggu lebih dari 40 minit.

Katanya mahu digoreng segera. Seorang lelaki muda bukan pengambil pesanan sedari mula. Segera pantas Su katakan. Tak payahlah.. Batalkan saja pesanan Meehoon Goreng namun bukanlah berkeras nada suara walaupun bukan berlembut. Batalkan saja pesanan kerana lambat dan mengenangkan kurang mari Nasi Dagang dan Nasi Goreng Ayam dimakan dua cahayamata. Minum Nescafe O panas terlebih manis.

Bangun melihat-lihat makanan di atas meja kayu di sebelah kaunter bayaran. Tiada yang berkenan pada selera mata. Suami menunggu Idris dan Safura makan Nasi Goreng Ayam. Safura mengomen Nasi Goreng Ayam ini biasa-biasa saja.

Su berkeputusan mahu mencari makanan di kedai makan lain. Baru saja Su melangkah beberapa langkah meninggalkan restoran papan ini. Datang Safura mahu menemankan. Menyeberang simpang sedikit gelap. Berhenti kami di seberang simpang. Su mencari nama restoran kami berpengalaman cerita kurang bagus hidangan ini. Terpandangkan nama restoran di dinding atas restoran. Atas restoran ini rumah orang. Berkemungkinan rumah tuan restoran. Nama restoran ada perkataan mirip pangkal nama kita dengan huruf e menggantikan u.

Berjalan kaki terus ke hadapan. Melepasi beberapa kedai binaan papan. Singgah satu kedai makan kecil tidak jauh dari satu kedai kecil menjual majalah dan surat khabar. Kedai makan mengadap bangunan kompleks beli-belah dengan medan selera.

Beli bungkus Mee Goreng. Lelaki Melayu berumur sekitar 50-an Su pesan makanan, bersopan hormat menanyakan Su mahu meenya digoreng bagaimana. Terdiam sekejap. Selalunya beres pesanan hanya dengan menyebut Mee Goreng.

Kita pula yang menanya tuan kedai. " Hmm. Goreng macam mana tu?.."

Lembut sopan jawapan tuan kedai. " Nak goreng basah ke.. Goreng Mamak ke.. "

Senyum kerana baru faham. " Goreng biasa lah. Basah sikit.. "

" Mee Goreng basah sikit ya.. Duduklah dulu.. "

Lelaki tuan kedai menunjukkan meja makan di kaki lima kedai makan. Kedai makan kecil binaan papan sederet tepi jalan.

Beli pula Roti Canai bungkus istimewa buat Idris penggemar Roti Canai. Kedai menjual Roti Canai di sebelah kedai Su pesan beli Mee Goreng. Kami duduk di meja makan di hadapan kedai roti ini.

Mencadangkan kepada Safura. Kami makan sekeping Roti Canai sementara menunggu Mee Goreng siap digoreng. Safura tidak mahu makan. Perlahan Safura bercerita terlihat Che' Li***. Lalu duduklah kami berdua di meja makan sementara menunggu. Meja makan di atas kaki lima kedai. Deretan kedai-kedai makan kecil mengadap pandang satu kompleks Su lupa nama ketika mencatat ini.

Menelefon suami. Beritahu yang kami tidak akan kembali ke parkir tadi. Minta suami menjemput kami di kedai makan bertentangan dengan sekian-sekian kompleks terang benderang nama kompleksnya tercatat.

Kelihatan kelibat kereta datang. Su minta Safura terus menunggu pesanan makanan. Su mahu ke kedai menjual majalah nun di pangkal sana dari kedai makan. Meja kayu di hadapan kedai bersusun atasnya majalah dan surat khabar. Beli majalah Libur berkisah cerita wisata hutan. Kaunter bayaran bermeja kayu bersusun balang gula-gula.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari