Tags: england

Bangi Perlis singgah Kuala Kangsar singgah Alor Star | Masam Manis di Kangar




10 Gembira Hari Ini

1.  Bekal Kari Ayam Ala Safura

2.  Putu Kacang kenangan lalu

3.  Umrah Ramadan dan awal Syawal
    |Oh Tuhan janji Mu pasti|

4.  Gulai Tempoyak Kuala Kangsar

5.  Indah senja merah Gurun

6.  Singgah malam Alor Star

7.  Nasi Thai Kangar eh Nasi Ayam?

8.  Coklat Maltesers Australia
    |Ku lebih gemar yang England|

9.  Suite Putra Palace

10. Dodol Tanjung Tualang

11. Mangga Epal nostalgia Luyang

12.  Masam Manis di Kangar

13. Kemas beg tangan hitam
      |Memori Oxford Street London|

Tv Hari Ini

Tiada ratusan saluran tv singgah laa apa yang ada
Masam-Manis nostalgia kecil belum sekolah
Oh cikgu Norkiah? Teringat sahabatku Norkiah

Eh tertitis air mata ingat Allahyarham ayahku

Panas lenguh usai kelana Melbourne singgah Kuala Lumpur sampai Gunung Kinabalu

Mutiara pic indah cenderamata istimewa negeri di bawah bayu samudera


Ini sepatutnya entri 13 Mac 2007. Hanya berkesempatan tulis pada malam 13 Mac dan update pada pagi 14 Mac 2007. Malam tadi di paragraf bawah ini bermaksud malam semalam 12 Mac 2007. Seperti biasalah nanti. Haribulan ini bakal ditukar kemudian-kemudian nanti.

Malam tadi tidur awal sebelum pukul 10 malam. Seharian hari panas teramat sampaikan mula terasa bagaikan mahu demam semula. Demam panaslah pula. Terasa lega sungguh pabila hujan turun renyai-renyai rembang petang melega hari panas berbahang. Bagaimanapun hujannya sekadar renyai-renyai malu lebih kurang sepuluh minit. Berhenti titisan bagaikan malu segan sebelum malam. Renyai hujan kembali menitis sepintas lalu selepas Maghrib. Pun renyainya hanya sebentar cuma. Sekadar titisan turun renyai segan silu.

Tidur awal sebelum pukul 10. Tertinggal siri selalulah juga dulu Su tontoni berdua dengan putera hati kerana ramai kata hero siri itu mirip wajah Idris. Kiranya sudah dua minggu tertinggal siri ini. Baru sekali tontoni sirinya musim ini. Siri tv rangkaian nombor 3. Siri drama sains fiksyenlah lebih kurang. Drama tempatan heronya seorang tuan syed.

Kami sekeluarga bercuti ke Melbourne. Kami menginap di satu hotel. Jalan-jalan sekeluarga. Sebelum jalan-jalan itu sempatlah lagi Su makan biskut coklat. Bagaimanapun biskutnya terasa sedikit kelat bagaikan ubat. Ubat berlikat-likat bertali-tali coklatnya. Biskut bertukar menjadi coklat bar lembut. Tinggalkan coklat ini bila rasa kurang sedap sebagaimana coklat biasa.

Selepas jalan-jalan. Berbincanglah kami di dalam kamar hotel. Bila mahu ke rumah pasangan anakanda. Kenapa kami menginap di hotel. Juga Su menanyakan suami bernada sedikit kaget. Kenapa tidak terus ke rumah pasangan anakanda bukannya jauh pun dari hotel.

Jalan-jalan sekeluarga. Bandar sepi lengang. Entah siapalah mengomen. Bandar penginapan pasangan anakanda di Melbourne ini bagaikan bandar kecil pendalaman.Tiada mall. Sekadar pasaraya kecil bandar kecil sepi sunyi.

Kemudiannya Su berbincang lagi dengan suami. Berbincang di tepi lampu jalan di hadapan bangunan hotel berkategori bukan hotel berbintang-bintang. Berbincang berapa malam kami di hotel ini. Bagus kalau esoknya kami ke rumah Khadijah. Ini selepas kami sekeluarga susur lalu satu mall besar tetapi lengang sunyi. Hanya kami sekeluarga susur bangunan mall ini. Lengang namun nyaman sentosa suasana.

Jawab suami. Terlupa beritahu resepsi hotel. Terlupa beritahu berapa malam kami mahu menginap. Su komen kenapa begitu. Buatnya esoknya kami terpaksa keluar sedangkan belum tentu lagi esoknya mahu ke rumah Khadijah. Su ingatkan suami tentang dulu suami terlupa beritahu kami mahu tinggal tiga hari ketika menginap di satu Bed And Breakfast di Edgeware Road, London lewat tahun 80-an dulu. Sampaikan kami terpaksa berpindah ke hotel lain.

Su tinggalkan suami. Mahu ke lobi hotel. Berkira-kira mahu beritahu kaunter resepsi hotel yang kami mahu menginap satu malam lagi. Su berdiri menunggu lif di sebelah seorang wanita muda orang putih. Wanita berbusana gaun putih sepasang. Orangnya tinggi lampai.

Kala keluar dari lif mencari kamar hotel bukannya ke kaunter resepsi walhal itulah rancangan awal kala menunggu lif. Barulah perasan Su berpakaian kurang sempurna. Kainnya sedikit terlepas jahitan di bahagian kaki. Kain pelikat berwarna putih.

Selalunya mimpi-mimpi Su mesti Su di dalam keadaan bertudung berjubah sempurna walaupun mimpi itu konon-kononnya Su di dalam rumah. Kali ini mimpi berpakaian kurang sempurna. Terpaksa berhati-hati supaya jangan terlihat aurat pada betis kiri. Mungkinkah ini bermaksud berhati-hati pada kaki kiri bila ke Melbourne nanti. Kaki kiri sehari dua ini mulai sakit-sakit.

Masuk ke kamar hotel. Suraya bukakan pintu. Suraya sambung makan biskut tadi Su makan terasa kelat. Coklat beli di Australia. Suraya kelihatan riang gembira makan biskut. Safura di belakang Suraya. Suasana berwarna-warni bagaikan warna cadar patchwork namun lebih menampakkan warna biru nila sebagai rona utama kamar.

Terjaga dari mimpi. Beristighfar. Lihat jam pada DMT Astro di tepi katil. Baru pukul 4 pagi.

Termenung sekejap duduk di atas katil selepas keluar dari tandas. Lama memikirkan tentang mimpi ini. Kebelakangan ini Su kerap mimpi makan. Mimpi makan kurang bagus maksud. Bermaksud sakit. Juga lama terlupakan peristiwa sewa Bed And Breakfast satu keluarga Itali di Edgeware Road itu. Tiba-tiba boleh teringatkan peristiwa ini di dalam mimpi.

Satu percutian kami bertiga dengan puteri sulung jalan-jalan di London. Sewa satu Bed And Breakfast tuan punyanya wanita Itali. Suami hanya beritahu kami mahu sewa satu malam lagi di meja makan ketika bersarapan pagi. Pagi kedua kami menginap sewa. Sayangnya semua kamar sudah penuh ditempah untuk hari itu. Mahu tidak mahu kami terpaksa check out hari itu juga. Terpaksa cari Bed And Breakfast lain selalunya kami sebut BB.

Mem tuan punya Bed And Breakfast mengiringi kami sampai keluar pintu selepas check out. Bersalam dan memeluk erat Su lebih dari sekali. Mencium pipi Su kiri dan kanan. Orangnya besar tinggi berambut perang. Puan BB ini minta maaf kerana kami terpaksa keluar kerana semua kamar penuh ditempah. Minta maaf berkali-kali. Mem ini mohon janganlah menyesal datang lagi. Wajah mem ini pun Su masih ingat. Besar tinggi tetapi bukan gempal.

Walhal sebenarnya itu silap kami juga. Suami tidak beritahu awal-awal yang kami mahu sewa lebih dari dua malam semasa check in. Sudahnya kami mencari Bed And Breakfast lain. Susur tanya Bed And Breakfast lain masih berdekatan situ. Lupa BB mana kami sambung sewa kala mencatat ini. Teringat cerita ini pun hanya dalam mimpi. Tahun itu Khadijah belum pun setahun. Kami lebih muda dari umur pasangan anakanda di Melbourne pada hari ini. Itu cuti bersempena dengan Aidiladha tahun kelahiran puteri sulung.

Juga terkenangkan mimpi kami menaiki pesawat sekeluarga berlima ke Melbourne. Walhal mengikut perancangan dan tiket sudah pun di tangan, pertengahan tahun ini Insya-Allah kami sekeluarga ke Melbourne tetapi perginya berasing-asing. Berasingan pergi kerana masalah cuti tidak sama. Bagaimanapun Insya-Allah akan berkumpul semua di Melbourne walaupun pulangnya pun bukan bersama berlima di dalam rombongan. Su paling lama di sana. Semoga sihat menjelang perjalanan kali ini. Berazam selesaikan catatan Melbourne Jun 2006 sebelum perjalanan kali ini. Supaya tidaklah bertindih-tindih tangguhan catatan wisata Melbourne.

Sambung tidur selepas pukul 5 pagi. Lebih kurang satu jam sebelum azan Subuh.

Tersambung cerita masih di hotel. Kali ini hotelnya seperti di Kuala Lumpur. Konon-kononnya katil Su di sebelah katil seorang gadis sunti orang putih. Gadis ini senyum. Mulanya mahu bertanya gadis ini datang dari negara mana. Juga hairanlah Su kenapa pula gadis orang putih ini bukan sekamar dengan ibu gadis ini. Ibu gadis ini dengan dua atau tiga adik lelaki gadis ini, kamarnya di sebelah sana. Sebenarnya katil Su dan gadis ini seakan-akan berada di luar kamar. Berpandangan pintu keluar hotel. Hotel di Kuala Lumpur.

Hanya sempat berbalasan senyum dengan gadis sunti orang putih ini. Gadisnya berambut panjang ikat ekor kuda. Su mahu ke tandas. Tersilap lorong. Termasuk satu kamar orang putih lain. Tuan kamarnya sedang tidur di atas katil bercadar putih. Terlihatkan kamar orang putih ini bersusun buku di atas satu kabinet buku di tepi pintu. Juga terlihatkan meja kecil dengan jug dan mug bersusun. Kelihatan suasananya tenang bagaikan kamar di dalam rumah universiti. Bukannya hotel. Segalanya kelihatan tenang nyaman.

Mahu keluar dari kamar ini. Datang seorang lelaki orang putih merapati Su baru mahu keluar dari pintu. Mamat orang putih ini tersenyum bagai mahu mengorat. Su tanya mana tandas. Lelaki orang putih ini beritahu Su perlu menaiki tangga kayu di hadapan kamar itu.

Menaiki tangga kayu bagaikan tangga kayu rumah lama kolonial. Tangga seperti tangga rumah kampung lama hanya lebih tinggi. Tangga kayu padu warna coklat hitam ini berkedudukan kita terpaksa turun dari tangga ini dan menaiki semula tangga yang lain. Sampai di hadapan tandas dicari, ramailah pula berbaris beratur menunggu. Beberapa orang wanita Melayu sedang berbaris menunggu. Seorang daripada mereka ini berambut beralun bermata bundar. Wanita ini memandang Su menuruni tangga.

Terjaga dari mimpi. Suami baru pulang dari surau solat Subuh lewat pukul 6 pagi.

Selepas waktu syuruk sekitar pukul 7.30 pagi. Penatnya badan selepas merayau jauh sampai Melbourne singgah pula Kuala Lumpur. Berbaringan sekejap di hujung katil. Tutup pendingin udara. Nyaman segar walaupun tanpa pendingin udara. Sekadar kipas siling terpasang dengan kelajuan 1. Masih terasa dingin pendingin udara terpasang sepanjang malam.

Tadi mengintai jalan dari sebalik langsir jendela. Langsir berwarna pic muda. Kelihatan basah jalan dan bumbung anjung. Malam tadi hujan. Alhamdulillah hujan turun selepas semalam sehariannya panas berbahang hari. Bermula musim panas. Memang semalam panasnya terasa bukan main lagi berbahang. Panas sampai ke kulit kepala.

Terlelap mata. Mulanya ingatkan sekadar berbaringan sebentar sebelum mengaji Al-Quran rutin pagi sebelum bersarapan pagi. Bukan pun merancang melelapkan mata.

Masih bagaikan berada di Melbourne. Rumah tinggi kondominium. Santai berdiri di koridor. Sekali terlihatkan seorang anak kecil perempuan berjalan laju ke tepi koridor tanpa pagar. Allah! Allah!.. Belum sempat menahan tangkap, anak kecil ini laju ke hujung tepi koridor. Anak comel berbaju gaun tidak kelihatan muka ini terjatuh turun dari koridor. Su berkejar mahu menangkap anak comel mungkin berumur setahun dua ini. Sayangnya Su terlambat. Bagaimanapun jatuhnya bagaikan menurun terbang berdiri bukan terjatuh.

Sekonyong-konyong anak ini terpelantun semula ke atas bagaikan terjatuh atas trampolin. Anak ini sihat sejahtera tanpa tanda-tanda terjatuh. Bagaikan ada orang menunggu di bawah. Sesaorang pulangkan anak ini ke atas koridor semula.

Ada beberapa lelaki seberang mencurigakan datang dari hujung koridor. Su masuk ke rumah. Keluar dari kamar menjengah pintu rumah. Pintu rumah dicuri sekawan lelaki tadi. Komen Su dalam mimpi ini. Komen dalam hati. Pintu pun orang mahu curi? Sekawan lelaki pencuri ini terlihat Su. Mereka ini mahu mengejar kami. Su lari dengan Safura kerana sekawan lelaki ini bergaya samseng. Lari ikut pintu belakang. Tahu-tahu kami sampai satu rumah di atas bukit. Sebenarnya gunung. Bukan bukit. Gunung berbatu mencecah awan.

Terpandang keluar dari tingkap rumah ini. Rumah ini betul-betul di sebelah puncak Gunung Kinabalu. Gunung Kinabalu kelihatan lawa gemilang di hadapan mata. Namun beraura sedikit menggerunkan. Pandangan gunung jelas terang dengan sedikit gumpalan awan gemawan menutup puncak gunung. Memang memukau indah pandangan walaupun hanya dalam mimpi.

Beberapa lelaki berwajah Cina atau Jepun dalam kamar kecil ini. Kemungkinan KadazanDusun. Su katakan Su mahu pulang. Mereka ini tidak berwajah menakutkan tetapi mempertahankan Su perlu makan dahulu sebelum pulang. Seakan mahu menahan Su dari pergi meninggalkan kamar tepi puncak Gunung Kinabalu ini. Su keluar dari kamar ini. Hanya berandah mengadap pandang Gunung Kinabalu. Tiada jalan keluar. Bagaikan terperangkap di atas gunung ini.

Berhidangan nasi. Su makan tetapi kurang berselera. Makanan terasa pahit.

Su mahu ke tandas lagi. Seorang wanita berambut panjang mirip seorang selebriti berdiri di pintu. Wanita berwajah sombong ini tunjukkan mana kamar bertandas. Tandasnya besar tetapi perlu melintas beberapa kamar tidur lain sebelum masuk kamar utama dengan tandas.

Lalu tepi katil besar berkelambu putih jarang. Wanita berambut panjang tadi kini di dalam kelambu ini dengan seorang lelaki. Kurang terlihat pula wajah lelaki sedang tidur ini. Su tanya kalau-kalau ada tandas yang lain. Su kurang selesa dengan tandas besar di sebelah katil berkelambu warna putih jarang ini.

Jawab wanita berambut panjang berkemban bagai kemban wanita Bali. Wajah mirip sesaorang pun berketurunan Bali. Wajah masam marah kerana Su mengganggu tidur.

" Saya selalu guna tandas yang ini. Kalau mahu. Ada tandas kecil lain di luar sana. "

Keluar dari kamar tidur ini. Bertembung dengan seorang makcil berwajah Sabah. Su tanya kalau-kalau ada tandas lain di rumah itu. Makcik ini tunjukkan tandas kecil di seberang ruang laluan kami bertemu. Laluan panjang di dalam bangunan bagaikan laluan di dalam hotel.

Masuk tandas kecil berbesin warna biru. Besin atau tub mandi kecil pun berwarna biru. Biru berkotak-kotak warna putih. Tandasnya kecil hanya muat seorang. Sekali baru perasan yang tandas ini di atas tanah tinggi bawahnya lautan. Tandas di atas pelantar. Bawah tandas ini menunggu beberapa orang manusia bagaikan orang asli. Keluar dari tandas ini. Batalkan hajat mahu menggunakan tandas. Kembali ke kamar kecil Su dan Safura mula-mula sampai tadi.

Terlihatkan Safura berbaju warna merah jambu samar. Safura di sebelah seorang sepupu Su. Sepupu ini pun berbaju warna merah jambu sama seperti baju tidur merah jambu Suraya.

" Liza. Liza.. M nak baliklah. Liza tolong M. Macam mana M nak balik ni.. "

Sepupu bernama Liza lebih seorang dalam hidup Su. Kurang terlihat wajah. Kurang pasti Liza yang mana satu. Resa mengatakan itu Liza dari Taiping. Bagaimanapun Liza dalam mimpi ini lebih berkulit cerah. Mirip Liza sepupu Su sebelah Ayahanda.

Mulai penat dan resah. Mahu pulang ke rumah. Tiba-tiba datang sesaorang bergaya ustaz. Berjubah putih berkopiah putih. Su segera tahu beliau ini ustaz dari kerabat sebelah Ayah. Bersedarah dengan Ayahanda. Ustaz ini memanggil semua kami di dalam kamar ini.

" Keluar semua dari sini. Kita baca Yassin kat sebelah. "

Su mengadu Su mahu pulang. Kata Ustaz ini. Nanti ustaz hubungi Kekanda Razlan sepupu Su. Ustaz ada nombor telefon Kekanda Razlan. Leganya rasa. Kenapa Kekanda Razlan? Mungkin kerana Kekanda Razlan antara saudara sepupu lelaki tertua.

Su baru teringat yang Su tertinggalkan beg sandang hitam selalu diusung. Begnya di kamar sebelah. Menugaskan Safura ambil beg ini. Beg hitam ini mahu direbut wanita berambut panjang. Alhamdulillah dapat pun Safura begnya. Beg hitam ini bagaikan melambangkan apa yang Su hargai jaga kerana bersusun barangan penting di dalam beg ini.

Teringatkan beg sandang ini selepas terfikir kenapa sedari awal Su tidak menelefon Kekanda Razlan. Kemudiannya baru teringat yang telefon bimbit Su di dalam beg sandang ini. Kala berkumpul ramai mahu mulai baca Surah Yassin, berpemandangan Shah Alam bandar tempat kerja Kekanda Razlan. Pemandangan bandar dari rumah tinggi di sebelah gunung.

Kami semua bersiap-siap mahu baca Surah Yassin diketuai oleh ustaz tadi. Su terjaga dari mimpi ketika kami semua baru mahu mulai baca Al-Quran.

Leganya selepas terjaga. Bagaikan terasa bagaimana resah dan penatnya Su mahu pulang dari rumah kecil di atas Gunung Kinabalu itu. Bagaikan lama sungguh Su resah gelisah mencari jalan pulang di dalam mimpi itu. Lega terbawa sampai keluar dari mimpi.

Seperti selalunya bila Su bermimpi sebegini. Su dibantu oleh kaum kerabat dan saudara mara sebelah Bonda. Bila mimpinya lebih payah susah, Su bakal dibantu oleh memana kaum kerabat berjubah putih dari keluarga sebelah Ayahanda.

Bangun menjengah kamar puteri di sebelah kamar tidur utama. Pandang jam dinding warna hijau. Sudah lewat pukul 8 pagi. Tadi sekadar baring berehat sebelum mengaji. Sudahnya terlelap sampai kemuncak Gunung Kinabalu jauh sana beribuan batu.

Mengintai lagi dari jendela kamar utama. Suami sudah ke tempat kerja. Tiada kelibat kereta. Jalan masih basah usai hujan malam mungkin turunnya sampai awal pagi.

Selepas mimpi berjalan jauh sampai Melbourne singgah Kuala Lumpur kemudiannya ke Sabah, sepagi ini sakit-sakit badan. Lenguh sana sini bagaikan baru lepas terbang jauh. Terbang jauh beribuan batu melangkaui lautan biru bergumpalan awan gemawan.

Mudah-mudahan mimpi-mimpi ini bertafsiran hanya sebagai peringatan. Semoga kami semua sekeluarga sentiasa di dalam keselamatan dan lindungan Allah subhanahuwataala.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Kesayangan sanubari setia bersusun sesetia redup mata memandang

Koleksi kesayangan sanubari setia bersusun


Ini pula entri sepatutnya terpapar pada 25 April tahun 2006. Hanya sempat mempaparkan gambar rakaman pagi 25 April itu di laman album gambar. Publickan pada 11 Mac selepas entri berkisah hari 25 November 2006 berpaparan gambar buku. 25 April itu mencatat public entri berkisahan cuti-cuti Langkawi bulan Disember 2005. Kisah hari 25 April 2006 bermula catatan dari paragraf di bawah ini. Catatan sebahagian darinya berdasarkan apa teringat kala update.

Sedang menggunakan laptop mengadap tv. Mencatat rakaman keterujaan hati ibu selepas beberapa hari mendaftarkan puteri kedua ke kampus U**. Terpandangkan susunan koleksi atlas kesayangan di dalam kabinet hiasan rendah. Koleksi atlas baru dikemas susun semula oleh puteri bongsu semalam pagi. Sebenarnya hampir setiap ketika berehat mengadap tv, pastinya mata terlihatkan susunan koleksi atlas ini. Peti tv di atas kabinet hiasan bersusunan sebahagian dari koleksi atlas bertahun-tahun kumpul.

Beberapa hari sebelum ini. Semua koleksi atlas di dalam kabinet ini dikeluarkan dalam rangka rutin sesekali mengemas bersihkan semua koleksi atlas-atlas dari dalam kabinet hiasan ini. Bersih lap kabinet hiasan berpintu kaca ini. Bersih lap semua atlas dari debu tersinggah lalu.

Beberapa hari terdampar atlas-atlas ini di hadapan kabinet siap dilap bersih bahagian dalam kabinet oleh Safura. Beritahu Su pada Safura. Biarkan bab susun semula semua atlas itu pada ibu. Belum hilang penat Su mengelap pintu kaca kabinet ini. Menangguh dulu susun semula atlas. Berhasrat menyusunnya bila hilang penat.

Sekali semalam kala turun ke ruang tamu. Dari tangga terlihat Safura sedang baca satu atlas. Selepas seketika di dapur. Semua atlas siap disusun Safura. Lalu susunan atlas semasa gambar ini dirakamkan adalah susunan Safura. Selalunya Su susun atlas-atlas ini mengikut kategori atlas pada setiap tingkat kabinet. Selain dari mengikut saiz atlas. Atlas-atlas terakam dalam gambar ini kebanyakannya atlas bersaiz sebesar surat khabar kecil versi tebal berkulit tebal. Malah beberapa daripada atlas ini lebih besar dari surat khabar kecil saiz tabloid. Misalnya beberapa atlas besar pada dua aras paling bawah itu.

Ini hanyalah sebahagian dari koleksi himpunan atlas sebermula mengumpulnya 20 tahun lalu. Selain dari mengumpul buku masakan, ensiklopedia, buku-buku ugama, buku-buku sejarah, buku memoir dan biografi, buku-buku kembara, bermacam-macam genre buku lagi, Su juga mengumpul atlas. Bukan sekadar atlas memuatkan peta kawasan. Atlas-atlas dalam gambar ini, atlas-atlas dengan cerita panjang. Bagaikan tafsir cerita dari peta. Sesetengah atlas itu lebih panjang tafsiran cerita berbanding dengan halaman paparan peta.

Atlas terus setia tersimpan dalam kabinet ini, atlas-atas kurang disentuh bawa keluar dari kabinet. Beberapa atlas lagi terdampar merata bila ahli keluarga sedang mentelaah baca satu-satu atlas itu. Misalnya suami baca atlas cakerawala. The Atlas Of The Solar System. Su sedang baca atlas makanan. Idris baru-baru ini baca atlas lokasi keajaiban di dunia.

Kecintaan pada mengumpul atlas ini bermula sebermula merantau ke negara kelahiran Idris pada tahun 1980-an. Kala itu barulah berkenal dengan bermacam-macam atlas yang bukan sekadar mempaparkan peta. Tiga suku dari koleksi dalam gambar ini beli di United Kingdom. Kebanyakannya Su beli ketika bermusim jualan murah kedai-kedai buku. Juga sebahagian besar darinya dibeli melalui pos dari kelab-kelab buku.

Satu daripada atlas di dalam gambar tertera. Pernah Su terlihat di satu kedai buku di Kuala Lumpur. Atlas yang sama tetapi bersaiz lebih kecil, berharga lebih dari setengah ribu RM. Itu awal tahun 2000. Atlas Su itu dibeli pada pertengahan tahun 80-an. Beli pesan secara pos.

Satu hari sepasang sahabat suami isteri mengunjungi kami. Pasangan suami isteri berasal dari Kedah. Kakak itu berkerabat dengan PM negara ketika itu. Suami kakak ini baca buku atlas ini dan kemudiannya mengomen perlahan. Ini cerita kala bermukim di rumah Lon Hendre, Wanfawr. Aberystwyth lewat tahun 1980-an. Pasangan sahabat ini lewat 40-an. Kami suami isteri baru awal 20-an. Pasangan sahabat selalulah kami ke rumah mereka dihujung minggu. Rumah sahabat ini berjiran dengan rumah satu lagi keluarga sahabat. KPN hari ini. Rumah universiti di Holiday Village, Aberystwyth. Hanya sepelaung dari rumah sewa pertama kami di Bridge Street. Sebelum berpindah ke rumah universiti di Wanfawr.

" Tengoklah orang. Beli buku-buku macam ni bawa balik Malaysia. You ni beli pinggan saja. "

Komen kakak ini senyum-senyum. " Hei! I pun beli buku. Buku masakan. "

Bagaimanapun satu atlas paling Su sayang, satu atlas beli di Kota Kinabalu. Atlas makanan terbitan England beli pada awal tahun 90-an. The World Atlas Of Food.

Atlas makanan ini beli di satu kedai buku di Centre Point Kota Kinabalu. Harga diskaun RM99- dari harga asal lebih kurang RM145. Awal tahun ini ke Centre Point Kota Kinabalu. Sudut kedai buku ini masih ada tetapi hanya menjual buku-buku kanak-kanak pra sekolah. Hujung tahun 80-an dan awal 90-an dulu, sudut buku ini keraplah kami singgah, menjual buku-buku import dari luar negara. Satu sudut buku di dalam stor Yaohan Centre Point.

Memang meriah mall itu dekad 90-an dulu. Setiap kali ke sana pada hujung minggu, pasti bertembung dengan memana warga kampus tempat kerja suami. Itulah mall paling meriah di bandar itu ketika itu. Seminggu dua mall ini baru dibuka, malam-malam ke sana, sana sini member U**. Semasa di Kota Kinabalu dulu kami selalu shopping malam selepas solat Isya'. Rumah ketika itu di Reservoir Garden. Hanya sepuluh minit dari pusat bandar.

Pernah satu hari berhampiran sudut buku di sebelah escalator ini pada awal tahun 90-an, Su bertembung dengan sahabat perempuan sama belajar di Shah Alam. Ketika itu sahabat ini pulang bercuti dari Australia. Belum selesai dengan PhD di Australia menggunakan duit sendiri. Ketika itu Su sudah tiga cahayamata. Sahabat ini masih trang tang tang. Ini pada pertemuan itu. Kurang tahu samada sahabat ini sudah berumah tangga atau belum. Sahabat berketurunan Sino Kadazan berasal dari Penampang.

Selain dari atlas makanan dengan sejarah makanan setiap negara di dunia, satu lagi atlas kesayangan, Atlas Islam Sedunia beli di Wales. Atlas ini mempaparkan peta-peta menelusuri perkembangan ugama Islam dan peradaban Islam di setiap rantau dunia.



Antara kenangan atlas dalam kehidupan. Buku atlas peta kontor semasa tingkatan 2. Buku nipis ini berkenangan tersendiri di dalam hidup. Atlas nipis berkulit warna kuning krim susu.

Buku atlas pertama di dalam hidup. Buku atlas dunia semasa bersekolah rendah. Kulit buku atlas besar tetapi nipis ini berwarna kuning dan merah. Buku atlas ini mula diguna pakai semasa tahun 4 bersekolah rendah. Atau darjah 3? Lupalah pula. Mungkin Su pernah memiliki atlas sebelum itu tetapi Su terlupa.

Juga berkenangan tersendiri buku atlas besar AA United Kingdom berkulit nipis. Atlas ini sentiasa diusung ke sana sini dalam kembara selalu masa lalu mengelilingi tanah pulau Britain. Semasa bermukim di Wales dulu. Sampai lunyai atlas ini kerana selalu berkembara dari atas sampai selatan hujung, hujung barat sampai hujung timur. Atlasnya masih tersimpan buat kenangan. Begitulah juga dengan atlas yang sama versi tahun 80-an. Bagaimanapun tahun 80-an kami kurang berkereta berkembara tiga orang. Su lebih selalu berdua dengan puteri kecil. Menaiki bas dan keretapi antara bandaraya.

Juga buku atlas kecil AA bandaraya London sentiasa dibawa setiap kali ke kota London dari Wales. Meronda berjalan kaki menyusuri jalan-jalan kota London, buku peta kecil ini sentiasa dibawa di dalam beg sandang. Memang belum pernah sekali pun bawa kereta ke pusat kota ini. Selalunya berkeretapi. Tinggalkan kereta di rumah sahabat di luar kota London kalau berkereta dari Wales. Buku-buku peta ini masih tersimpan bagus dengan kenangan catatan bertulis sana sini. Istimewa catatan-catatan ini buat kenangan.

Juga satu atlas peta Eropah beli beberapa minggu sebelum cuti musim panas kembara tujuh negara Eropah dalam masa dua minggu. Atlas kecil sebagai panduan tempat-tempat disusuri.

Buku peta atau atlas pemberian Muzaffar. Atlas selalu dibawa kala santai berkembara pusing memana negeri di tanah semenanjung. Ini sekembali kami sekeluarga dari Wales pada hujung tahun 90-an. Atlas ini menyenaraikan destinasi-destinasi bagus disinggah lawat, pada setiap laman peta satu-satu daerah satu-satu negeri di Malaysia ini. Atlas ini bagus sebagai panduan bila menyusur lalu jalan-jalan kampung bukan lebuhraya.

Sayang pada buku tercatat tulis di atas tadi bermaksud paling dihargai dan simpan. Bukanlah sayang kecintaan sebagaimana sayang sesama insan hamba Allah taala. Mana boleh sayang terlalu pada benda. Semoga apa tercatat ini tidaklah mendatangkan apa-apa yang mencabar menguji dengan koleksi atlas ini. Selalunya kini apa tercatat pada entri mampu bertempias kesan pada kehidupan seharian. Lebih kurang apa tertulis bakal mujarab masin sebagaimana kata doa dari bibir. Sementelah catatan terluah sememangnya tulus dari hati sanubari.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counter Tetamu Rasanubari

Eiduladha 1427 H berhidangan sentuhan rendang puteri bongsu comel anggun


Lemang dan Rendang Eidulfitri lalu
Originally uploaded by Ssuriha

Sambungan kisahan 31 Disember 2006 M bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1427 H. Catatan berupdate pada 15 Januari 2007.

Sepetang bertiga dengan puteri kedua dan putera mahkota jalan-jalan dihari raya Aidiladha. Bukan jalan-jalan berziarah Hari Raya Korban. Jalan-jalan shopping beli kelengkapan kembali ke sekolah. Idris terpaksa ikut. Terpaksa akur dengan ajakan ibu walaupun sebenarnya berat hati. Intan payung ini mahu ke padang bola rutin petang walaupun hari raya. Tujuan utama ibu keluar petang ini adalah kerana mahu membeli unifom sekolah Idris. Mahu tidak mahu Idris terpaksa ikut. Lalu Aidiladha 1427 H merekodkan kenangan beraktiviti beli pakaian sekolah putera mahkota.

Selepas solat Zohor. Berbual dengan Idris. Seperti biasa sekembali Idris dari surau. Idris mencari ibu. Bersalam mencium tangan dan pipi ibu. Malah setiap kali pulang ke rumah dari keluar rumah. Juga sebelum keluar dari rumah. Juga sebelum tidur. Begitulah juga dengan kekanda-kekanda Idris. Suasana terbiasa sedari semua kecil.

Idris baca buku sambil berbaring di sofa biru di kamar utama. Berbual menanyakan khabar sahabat karib Idris di tanah suci Mekah sana. Akmal sekeluarga di tanah suci Mekah. Menanyakan samada Idris terima SMS dari Akmal.

Senyap sunyi sepi kawasan perumahan sekitar rumah kami. Ramai pulang beraya ke kampung. Kelihatan kereta mahal mewah berwarna putih di bawah pohon rendang. Rimbunan rendang menutup papan tanda berhenti. Papan tanda berwarna merah. Berbual seketika perihal berita terkini tuan punya kereta.

Bertukar dari rancangan asal. Batalkan rancangan mahu menunggu selepas kenduri. Mengenangkan kalau-kalau kedai mahu dituju pergi tutup pukul 5 petang. Beransur ke Kuala Lumpur sebelum waktu Asar. Mengenangkan mahu pulang awal sebelum waktu Maghrib. Keluar rumah bertiga selepas pukul 4 petang. Berniat pulang awal kalau sempat. Berusaha tetap mahu menghadirkan diri kenduri di rumah jiran kalau berkesempatan. Mendahulukan urusan sekolah cahayamata.

Keluar rumah walaupun belum berapa sihat. Pun begitu demam semakin berkurang bila petang. Demam lebih terasa disebelah malam dan sebelah awal pagi. Sesekali bila semangat mengatasi demam. Demam kurang menentu pergi dan datang.

Safura malas ikut. Beralasan tiada kedai kegemaran Safura di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Ada kedai apa kat Jalan TAR? Lainlah kalau mahu mencari tudung. Itu sebenarnya hanya alasan bila memang sedang bermood malas mengikut.

Sebelum itu sempat Su makan Sup Tulang Lembu masakan suami. Tulang daging korban. Sekadar menghirup satu sudu kuah sup dan makan sepotong kecil kentang. Suami berbesar hati mahu kita makan sup daging korban ini sebelum keluar rumah. Masih kekenyangan bersarapan makan Lemang dan Rendang Ayam masakan Safura lewat pagi. Lemang dan rendang seperti di dalam gambar.

Pinggan dalam gambar itu berkenangan nostalgia bermacam rasa lagu sanubari masa lalu. Teruja santai. Penat berkejutan. Sedih pilu dan sebagainya. Pun begitu masa-masa kini pinggan ini lebih menimbul rasa indah pandangan mata.

Hari berkenangan beli set pinggan berseri comel itu. Bertiga dengan suami dan Idris ke Stoke-on-Trent. Beli set pinggan yang sama buat Ti. Beli dua set pinggan Churchil ini pada hari itu. Pergi pagi pulang petang sampai Aberystwyth awal malam sekitar pukul 7 musim luruh. Musim luruh berawal gelap hari.

Panggilan telefon kecemasan dari London kala baru sampai di muka pintu rumah Penylan. Pada awal satu malam musim luruh mulai dingin sampai ke tulang hitam. Kepenatan amat seharian berpergian. Berita kematian anakanda kepada sepupu di Barking. Anakanda saudara pelajar universiti timur pinggiran London. Anakanda saudara sepupu tidak pernah Su bertemu semasa hayat. Hanya berpandang mata buat pertama kali selepas anakanda saudara ini meninggal dunia. Melihat pandang pada petang sebelum jenazah diterbangkan pulang ke Malaysia. Itu cerita 11 tahun lalu. Namun sedih musim itu bagaikan masih berbekas panas lagu.

Begitulah kebiasaannya saya ini. Terbiasa amat mudah terkaitkan atau mengaitkan sesuatu pandangan dan situasi dengan kenangan. Walaupun hanya kerana gambar satu pinggan. Itu belum bab kenangan lemang dan rendang disepanjang kehidupan.

Berbual santai sebentar dengan suami di ruang tamu. Berbual seketika sebelum keluar rumah. Berbual tentang cerita sesaorang mungkin suami kenal. Sesaorang Su baru terjumpa terbaca cerita sekeluarga. Terbaca dalam internet lewat malam tadi. Sesaorang pernah dulu sama organisasi kerja dengan saudara tiga sepupu.

Seperti biasa bila keluar rumah tanpa suami. Mohon mendoakan keselamatan kami bertiga pergi dan pulang. Berusaha cuba pulang sebelum Maghrib. Bagaimanapun mensarankan suami pergi dulu kenduri itu kalau kami terlambat pulang.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Berkumpul semua menjelang Aidiladha berkenangan Aidiladha 15 tahun lalu



29 haribulan 2006 hari Jumaat bercatatan pada 4 Januari 2007. Public pada 9 Januari 2007. Masih demam. Bertambah lagi dengan sakit itu ini baru bertandang.

Hari jemaah Haji wukuf di Arafah. Aidiladha di Mekah dan kebanyakan negara lain jatuh pada 30 haribulan. Bagaimanapun Aidiladha di Malaysia disambut pada 31 Disember 2006. Menurut ketetapan pemerintah. Ketetapan Aidiladha 1427H pada 31 Disember 2006. Sehari selepas Aidiladha di Saudi Arabia.

Awal pagi semalam. Pagi 28 Disember 2006. Sempat tontoni sekejap Saluran 26. Bermula pukul 12 tengah malam dengan Royal Portraits. Queen Elizabeth 11.

Kemudiannya berselintas pandang Martin Shaw. Spontan terpacul kata bersenyum kaget. Eii.. Martin Shaw dah tua.. Pertama kali terpandang tonton dalam sepuluh tahun atau lebih 15 tahun. Bagaimanapun kelihatan lebih muda berbanding dengan umur sebenar sudah awal 60-an. Lahir pada 21 Januari 1945. Mengingatkan kepada Doyle dizaman belasan tahun kita. Doyle The Professionals. Bagaimanapun zaman itu saya lebih sukakan Lewis Collins sebagai Bodie dalam siri popular hujung tahun 70-an sampai pertengahan 80-an itu. Bodie pernah dicalon sebagai hero 007.

Pagi Safura ke kampus bawa kereta suami. Singgah bank berurusan buat kad ATM yang baru. Suami perlu ikut sebagai penjaga. Safura belum 18 tahun. 18 tahun pada bulan April 2007 ini. Kad ATM hilang bersama dompet yang hilang. Malam tadi baru Safura menelefon bank berkaitan kad yang hilang. Selepas tahu nombor mahu dipanggil dari kad ATM ibu. Kad ATM kerana gaji semasa Safura bekerja sementara di Alamanda. Sebulan di situ. Sebelum itu bekerja sementara di PKNS Bangi.

Kemudiannya Safura hantar suami ke tempat kerja sebelum Baby anggun comel gemilang bawa kereta ke kampus. Pagi ini masih ada kuliah. Pulang semalam petang sekadar berehat satu malam di rumah kerana demam selesema.

Su hanya tahu suami tiada kenderaan bila suami tidak pulang solat Jumaat. Fikirkan Safura ke pejabat suami. Suami solat Jumaat di kampus. Idris ke surau solat Jumaat kayuh basikal. Surau di atas bukit. Satu lagi kereta biru di kampus puteri kedua.

Pulang Safura dari kampus lewat pukul 3. Kemudiannya ke kampus tempat kerja suami kita sebelum pukul 5. Menjemput bos. Keluar dari rumah tanpa beritahu ibu. Bergegas keluar selepas ditelefon suami kita. Terpandangkan Safura dari tingkap kamar tidur utama. Bersenyum-senyum memandang ke atas. Bagaikan terasa-rasa sedang dipandang. Membebel sendiri kita dalam hati. Susah kalau kunci kereta di tangan puteri yang satu ini.

Telefon dari suami lebih kurang pukul 5. Menanyakan Su mahu makan apa. Su di ruang tamu. Idris di kamar putera. Bereskan revision pelajaran tingkatan 1 dan tingkatan 2. Sebelum keluar main bola rutin setiap petang selepas solat Asar.

Suami dan Safura di Medan Selera Cempaka Kompleks PKNS dulu-dulu bernama Medan Selera Belissini. Minta belikan Nasi Goreng Ayam. Juga apa-apa bubur atau pengat ubi. Saya ini seorang penggemar pengat. Apalagi bila demam begini. Juga pesanan belikan Nasi Goreng Ayam buat Idris. Juga sekali lagi kita mengingatkan. Belikan kita Air Kelapa Muda. Sudah dua hari menunggu menanti.

Pulang suami dan Safura sebelum azan Maghrib. Hanya ada kuah Pengat Labu. Dapat percuma kerana hanya tinggal kuah. Kuah pun kuah lah. Bubur dan pengat satu kedai ini menepati citarasa. Pengat masak menggunakan slow cooker. Suami hantar bubur ke kamar tidur utama. Petang-petang berkurung di kamar tidur. Semakin demam menjelang rembang senja. Berpendingin udara siang hari di kamar utama. Lebih menjimatkan dari pasang pendingin udara ruang tamu disiang hari.

Lewat malam baru 'sampai' Air Kelapa Muda. Kelapa muda dari surau. Pokok kelapa di laman surau. Sedikit keras kelapa bukan lagi muda. Air kelapa kurang setengah mug. Air kelapa terasa seperti basi. Atau lidah kita yang terasa lain bila demam.

Nasi Goreng kurang mari. Bukan Nasi Goreng Ayam dari kedai makan kami selalu singgah di Medan Selera Cempaka PKNS. Hanya larat makan sesudu dua. Semakin kurang berselera makan. Bagaimanapun berselera makan kuah Pengat Labu.

Hari ini semakin demam. Hampir sepanjang hari hanya berkurung di kamar tidur. Pun begitu tidak berbaring tidur. Membaca beberapa buku dan majalah. Juga surat khabar lama. Sudah terbiasa membaca lebih dari satu buku pada satu-satu masa. Kebiasaan perangai kini bertempias kepada puteri sulung dan putera tunggal.

Gambar satu dari buku Su sedang baca masa kini. Beli buku ini dari kedai buku di KLIA pada 22 Disember lalu. Masih relevan catatan walaupun buku ini terbitan tahun 2003. Kembara Malaysia mencatat tulis Pulau Sipadan, Gunung bergua dan rumah panjang di bumi kenyalang, Pangkor Laut Resort, The Datai Langkawi dan Pulau Pinang. Su sendiri belum pernah sampai dua dari pulau dicatat. Sipadan dan Pangkor. Memang gerun sedikit bab wisata melibatkan feri dan yang seangkatan.

Idris dengan buku mini ensiklopedia ibu baru beli. Juga menghabiskan satu novel sedang dibaca. Idris pun sama seperti ibu. Baca lebih dari satu buku pada satu-satu masa. Maksud satu masa ini bersambung baca antara satu buku dengan dua tiga buku yang lain. Bukan selepas habis satu buku itu baru mula baca buku lain.

Suraya pulang lewat petang sebelum rembang senja. Bersenyum-senyum berbaju kuning terang menjengah ibu di kamar tidur. Su menegur tentang seluar panjang kurang longgar. Bagaimanapun baju kuning masih labuh melepasi paras peha.

Mengingatkan Suraya dan Safura supaya berpuasa esok hari 9 Zulhijjah. Berfadilat pahala bagaikan mereka yang berada di Arafah sana. Rahmat dari Allah taala Maha Adil pada hamba-Nya yang tidak berkesempatan ke sana menjelang 10 Zulhijjah. Masing-masing beralasan belum tahu lagi samada esok mahu berpuasa sunat. Kita mengkisahkan tentang kelebihan berpuasa namun bukan memaksa.

Berbual-bual dengan Suraya. Suraya menggunakan laptop sendiri di sofa-bed biru di ruang kamar utama. Su pula menggunakan laptop lain. Berbual-bual tentang destinasi impian sesaorang. Seorang kawan Suraya ini bercita-cita mahu ke Alaska. Tentulah selepas Mekah. Suraya bercita-cita mahu ke London lagi. Sebagaimana semua cahayamata kami. London di sini bermaksud Britain. Tempat jatuh bermain lagikan dikenang. Inikan tempat mula bersekolah. Tiga puteri kami memulakan alam persekolahan di sana. Termasuk Idris kalau dikira sekolah ugama di surau.



Gambar tiga puteri menjelang Aidiladha tahun kelahiran adinda putera. Sekitar Bed And Breakfast kami selalu singgah kalau ke London. Sekitar belakang Marble Arch. Kami ke London kerana pasport Su tamat tempoh. Sempat kembali ke Aberystwyth sebelum Aidiladha tahun itu. Suraya 5 tahun. Safura 3 tahun. Bergambar sebelum kami ke Tower of London dan Natural History Museum. Esoknya kami ke Edgham dan Reading. Memenuhi jemputan sahabat-sahabat berumah di sana.

Bermalam tiga hari di Edgham wisata Surrey sebelum kembali ke hotel yang sama. Sebelum kembali ke Wales. Sempatlah lagi kami bersinggah Science Museum dan Geology Museum. Juga bershopping beli barang-barangan menunggu kelahiran. Singgahan selalu musim itu. Mothercare Kensington dan Mothercare Oxford Street. Antara barangan dibeli pada wisata minggu rakaman gambar ini. Baby bouncer atau kerusi baby rocking chair warna biru laut berbelang warna putih kebiruan.

Jaket biru Mothercare dipakai Safura. Jaket Khadijah semasa kecil. Jaket Khadijah. Beli dari Debenham London. Jumper merah dipakai Khadijah itu. Jumper Su pada tahun kelahiran Khadijah. Masih tersimpan jumper merah itu sampailah hari ini. Simpanan buat kenangan. Kenangan kerana beli jumper itu di Aberystwyth ketika masih di dalam pantang selepas melahirkan puteri sulung. Dulu-dulu kita lebih kurus dari tiga puteri pada hari ini. Jaket duffle Suraya pakai. Pemberian kawan.

Semasa berurusan pasport itu. Bertemu seorang kakak berasal dari Malaysia. Sudah lebih 20 tahun di England. Itu tahun 1990-an. Berkahwin dengan orang tempatan. Ada kakak ini berikan alamat rumah. Kalau-kalau mahu bersinggah bila ke London. Masih tersimpan alamat tetapi tidak sekali pun kami pernah singgah rumah. Segan menyusahkan orang. Nama kakak ini bermula dengan huruf F.

Aidiladha tahun itu kami berumah Olivett di atas bukit. Berhidangan Nasi Himpit dan Kuah Kacang. Rendang Daging. Sambal Goreng Jawa Johor belajar dari Ti. Ti belajar dari ibu mentua Ti. Juga Laksa berkuah guna ikan mackerel masakan suami. Biskut Samperit. Kuih Makmor. Kek Marmar atau Marble Cake. Zaman itu belum berkenal dengan makanan beli buat menyambut hari raya. Itu 15 tahun lalu.

Berkisahlah kita pada Suraya. " Selepas Kakak habis belajar ni. Baru Mak nak pergi makan angin ke London. Tahun depan [2007] kalau boleh Mak nak pergi Melbourne dua kali. Pergi Mekah buat umrah. Lepas tu kalau ada rezeki. Baru pergi London. Kalau Idris sambung belajar sana lagi bagus. Kakak buat post-grad ke kat sana. "

Malam ini talian internet kembali lembab. Pun begitu beberapa laman lebih bagus dari semalam. Lalu hanya melayari beberapa laman bagus capaian. Flickr masih lembab. MyPictureGallery semakin bagus. SmugMug sentiasa bagus. LiveJournal semakin bagus. Hanya saya kurang bagus kesihatan untuk mencatat update.

Sedari semalam rajin mengikuti berita terkini nasib bekas presiden Mesopotamia. Berharap-harap sesuatu yang mampu mengubah situasi terkini. Seakan mustahil bila informasi terkini bahawa beliau ini akan dihukum sebelum tahun baru 2007. Ini berita dari AS seakan mengharap-harap kepada bersegera hukuman.

Juga terbaca satu berita menggamit hati. Berita tentang lautan masa kini beraroma vanilla dan bahan-bahan masakan. Puget Sound AS semakin berperisa vanilla dan bahan-bahan masakan berikutan musim masakan masa kini.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Sepetang singgah laman mahkota sampai rembang senja putera



Pagi 9 Disember hari Sabtu menelefon telefon bimbit suami saudara sepupu. Menelefon pagi kerana hari ini hari cuti kerja. Menelefon selepas mengemas pagi kamar tidur utama. Menelefon di hadapan tv. Tv bersiaran Selamat Pagi.

" Assalamualaikum. Ni Syafiqah ye? Ayah ada? "

Syafiqah anakanda sulung sepupu. Baru lepas PMR tahun 2006. Mudah ingat nama anakanda ini kerana sedikit mirip nama seorang anakanda kami. Telefon terputus kala belum sempat suami sepupu menjawab panggilan. Baru mahu menelefon lagi. Panggilan dari sana. Panggilan dari suami sepupu.

" Ni Kak M ni. Kak M baru tahu AN sakit. Petang karang Kak M ingat nak pergi rumah Wan. AN sakit apa? Kami pergi petang-petang sikit. Nanti Kak M telefonlah kalau kami pergi. "

Makan tengah hari berlauk masakan Safura. Ayam Masak Sambal. Pulang suami masak Kobis Tumis Air Campur Telur. Su sudah habis makan kala suami sedang menumis sayur.

Mencatat tulis kobis mengingatkan kepada satu e-mel berantai terkini tentang kobis. Komen kita selepas baca. Komen bercerita pada ahli keluarga. Kita makan kobis sedari kecil. Sayur kegemaran. Kiranya berpuluh tahun makan sayur kobis. Langsung tiada walaupun sedikit gejala-gejala yang disebut di dalam e-mel tersebut. Macam-macam.

Beransur ke Bukit Mahkota selepas solat Asar. Tudung diseterika Suraya. Semuanya tidak mahu ikut. Safura berkurung di kamar. Suraya belum pasti mahu ikut. Mahu mandi dulu kalau mahu ikut. Malas menunggu.

Idris berlatihan main bola. Menjelang perlawanan bola sepak liga kelab-kelab umur bawah 15 tahun esok petang. Idris juga kini diwajibkan ibu mentelaah mengulang semula semua pelajaran tingkatan 1 dan tingkatan 2. Tahun 2007 Idris bakal menduduki peperiksaan PMR. Bersungguh-sungguh belajar mulai dari sekarang kalau mahu belajar ke England. Atau mana-mana destinasi keluar negara. Mentelaah sekurang-kurangnya satu setengah jam satu hari. Lebih bagus kalau lebih lama dari itu. Biasanya pilihan jalan kurang lari dari azam dan usaha bersulam doa.

Sebelum itu menanyakan pandangan Idris. Mana satu lebih bagus. Ibu pakai tudung warna hitam atau tudung warna biru. Idris berjawapan tudung hitam kerana terbiasa melihat ibu bertudung hitam. Mungkin berjawapan tudung biru kalau menanya dua puteri. Tudung biru Suraya jahit dimalam raya. Memilih tudung hitam berjubah kegemaran masa kini. Jubah berbunga warna beige selesa dipakai. Jubah hari raya.

Beransur berdua dari rumah pukul 5 petang sepulang suami dari surau solat Asar. Sampai Bukit Mahkota pukul 5.10 hanya sepuluh minit memandu dari rumah. Berpusing meronda mencari rumah sampai pukul 5.35 petang. Lagi lama mencari dari lama masa memandu dari rumah. Sebelum itu SMS suami sepupu. Beritahu kami beransur dari rumah.

Gambar tertera dirakamkan pada hari raya pertama 24 Oktober 2006. Papan tanda NASA beberapa meter sebelum simpang ke Bukit Mahkota. Petang ini Su menoleh pandang pada papan tanda ini. Papan tanda mengingatkan kepada Naza di Melbourne sana. Sebelah kiri jalan ini. Belum berapa jauh dari papan tanda NASA ini. Papan tanda universiti nombor satu Malaysia. Papan tanda universiti perdana di Bangi. Universiti tempat kerja suami.

Biasanya rumah baru beli mestilah berlebih-lebih bagus lagi dari rumah lama. Rumah lama Roha di Kuala Lumpur dulu rumah teres lot korner. Berkeyakinan rumah baru Roha ini samada rumah berkembar dua tingkat atau rumah banglo. Seboleh-bolehnya Su malaslah menelefon menanyakan jalan. Biasanya nanti akan ada yang berbesar hati berkereta keluar menjemput di pangkal jalan. Kurang selesa menyusahkan tuan rumah.

Sudahnya kami menanyakan tiga lelaki Indonesia sedang berjalan menuruni jalan berbukit. Kemungkinan mereka ini buruh binaan perumahan ini. Seorang dari mereka ini membahasakan suami kita dengan panggilan pakcik. Mereka bertiga ini berumur lebih kurang pertengahan 30-an. Mungkin pada sesetengah warga Indonesia di negara ini. Pakcik itu sama dengan panggilan Bapak di Indonesia sana. Makcik itu sama dengan panggilan Ibu di Indonesia. Bapak dan Ibu di Indonesia sana adalah panggilan hormat bukan kerana umur.

Pernahlah di hadapan mata. Seorang pekerja lelaki warga Indonesia berumur lebih kurang lewat 30-an membahasakan mak cik pada ibu muda baru berumur awal 20-an. Ibu muda ini mendukung bayi. Peristiwa di restoran sate di Bandar Baru Bangi. Lebih dari sekali pandangan seperti ini.

Beritahu lelaki Indonesia ini. " Terus atas sana. Nanti jumpa simpang tiga. Ada tulis Jalan ** "

Alhamdulillah sudahnya jumpa jalan dicari. Sudah lalu awal-awal tadi pada tawaf kali pertama. Hanya kurang terlihat oleh mata pada papan tanda jalan ini. Sebenarnya mudah saja laluan ke jalan ini kalau tahu kedudukan rumah ini. Belum ramai pembeli rumah mendiami perumahan baru seksyen rumah Roha ini. Beberapa orang kawan-kawan warga universiti beli rumah di perumahan baru ini. Kita lebih mengintai perumahan baru mengadap danau cempaka. Atau memana perumahan baru di Bandar Baru Bangi. Hati sudah melekat pada bandar berlaman bunga cempaka putih ini.

Dari jauh kelihatan kereta warna coklat muda saudara sepupu. Anak-anak saudara bermain di laman rumah. Rumah di atas tanah lebih tinggi dari jalan. Benarlah seperti jangkaan kita. Rumah baru Roha ini rumah banglo. Berderet rumah masih kosong belum ditempati. Lawa tersergam berseri banglo baru di atas bukit. Banglo berwarna jingga muda.

Alhamdulillah sampai rumah Roha kali kedua dalam tahun 2006 ini. Kali pertamanya pada hari raya Aidlladha bulan Januari lalu. Waktu itu Roha sekeluarga masih berkediaman di Lembah Keramat. Berjiran dengan Shimah dan Hasnah.

Menunggu sekejap Roha dan AN sedang solat Asar. Terlihatkan beg sandang sama serupa dengan beg sandang Su. Beg kulit berwarna hitam jenama G. Beg dipegang puteri ketiga Roha. Su mendekati. Melihat lebih rapat lagi beg Roha ini.

" Eh sama beg? " Senyum kaget berlagu setuju puteri-puteri saudara berusia gadis sunti.

Setiap kali bertemu berperistiwa kita menanyakan semula nama-nama. Anakanda-anakanda saudara semakin remaja. Semakin berubah wajah. Setiap kali bertemu semuanya semakin tinggi melampai. Cucunda-cucunda Arwah Mak Long. Lebih ramai puteri dari putera. Petang ini berkumpul lebih ramai para puteri. Hanya tiga putera antara ramai puteri. Ilham. Izzudin. Amin. Amin putera tunggal Roha selepas empat orang puteri.

Selepas melangkah susur lalu gerbang pagar kala kami berdua baru sampai tadi. Semua anakanda-anakanda saudara ini keluar bersalam mencium tangan. Kita menanyakan. Ini anak siapa. Itu anak siapa. Berjawapan buat tersenyum sendiri dalam hati. Anak Norizan. Anak AN.. Semuanya seakan sama serupa. Wajah-wajah cucunda-cucunda Arwah Mak Long kekanda kepada Bonda.

Pertanyaan spontan Ilham anak kedua AN kala bersalam dengan kita. Mana Idris. Ilham semakin tinggi lampai walhal muda setahun dari Idris. Izzudin adinda kepada Ilham. Baru darjah satu.

" Ada latihan bola. Esok ada lawan liga kelab-kelab bola bawah 15 Bandar Baru Bangi. "

Berbual santai dengan Roha sebenarnya baru pulang kerja. Kerja hari Sabtu. Menanyakan bila Roha mula berpindah ke Bukit Mahkota ini. Berpindah sedari bulan Ogos lagi.

" Oh. Bulan puasa kat sini lah. Roha beraya kat Jepun. Roha ikut kursus ke? "

" Roha pergi seminggu. Ada conference. Pergi Kyoto. Bandar sejarah Jepun. "

Su senyum beritahu. " Beg kita sama. Sebiji serupa. Boleh pula sama tu.. "

" Masa nak pergi Jepun dulu Roha cari beg besar. Nak isi kamera semua. "

Pembantu rumah menghidang minuman petang. Kuih Karipap dan gorengan sukun panas-panas. Su menanyakan itu siapa. Pembantu rumah dari Acheh berumur sekitar 50-an. Berserkup kepala warna hitam.

" Kak Fauziah kecil hati kami tak balik kenduri kahwin. Ni tak boleh tinggal AN sakit.. "

" Anak Kak Fauziah yang mana satu kahwin? Oh Nasrul tu. Dia kerja kat mana? "

" Johan pergi kenduri kahwin anak Laili kat rumah Mak Ngah. Kebetulan Rozi ada kursus kat Taiping. Kami tak pergi. Abang Ar masa tu pergi Sabah. Masuk hutan. "

Kenduri perkahwinan puteri sulung saudara sepupu di rumah ibu saudara di Taiping. Seminggu kemudiannya kenduri perkahwinan putera sulung saudara sepupu yang lain. Kenduri pada 26 November dan 3 Disember.

Bercerita itulah kepulangan Johan pertama kali ke Taiping selepas hadir kenduri kahwin Kak Fauziah ketika Johan baru bersekolah menengah. Ti pula pernah sekali ke Taiping selepas kelahiran Taza. Memperkenalkan Muzaffar pada kaum kerabat di Taiping dan Lenggong. Itulah kali terakhir Ti ke Taiping. Taza hari ini sudah pun berumur 18 tahun. Su pula selepas kebelakangan ini kerap ke Taiping, mulai beransur kurang sedih. Sebagaimana kata Roha. Tempat tu sebenarnya tak salah. Bagaimanapun masih sebu kalau lalu bandar kami hidup bertiga saudara masa kecil.

Mula-mula memandang langit biru Taiping pada awal tahun 80-an dulu memang sedih pilu pedih. Kami meninggalkan Taiping ketika Su berumur 12 tahun. Kini beransur hilang semua pedih sedih. Setiap kali ke Taiping lebih menggamit segala memori manis masa kecil. Walaupun sebenarnya tetap terpendam intai rasa sedih.

Hanya satu hasrat Su belum tercapai walau kerap kini berulang lalu dan pergi Taiping. Hasrat mahu bertemu keluarga Nyonya dan Ah Yong. Rumah lama Nyonya kini sudah berganti perumahan baru. Malah sudah bagaikan bandar satelit Taiping. Berkira-kira juga mungkin satu hari nanti Su mahu minta bantuan satu biro pengaduan MCA yang popular itu. Minta bantuan mencari keluarga Nyonya di Taiping. Keluarga Nyonya semakin selalu dirindu.

Bersama Roha menjengah jumpa AN di kamar tidur hanya bersebelahan dengan ruang tamu. Saling menanya khabar. Berbual bercerita itu ini. Berbual bertiga saudara santai di atas katil di tepi tingkap. Sesekali mata Su terpandangkan pandangan banglo sebelah dari tingkap kamar berbidai comel.

Sebelum itu sebelum ke kamar. Terlihatkan beg hitam Roha di atas kabinet rendah di luar pintu kamar. Menegur lagi. Sama serupa beg kami. Sama citarasa kita ye.

AN menanyakan Su apa itu penyakit Talasemia. Roha menegur sebagaimana ramai selalu menegur. Wajah kita merah bukan pucat sebagaimana kebiasaannya selalu pesakit ini. Ramai kaget kerana wajah Su bukanlah wajah orang sakit. Kaget mereka yang pertama kali tahu kita kurang sihat. Kelihatan kuat bertenaga walaupun bukanlah tangkas.

Berkeyakinan ini lebih kerana semangat dan zikir-zikir menguat hati dan badan. Sampaikan keluarga pun selalu terlupa yang kita ini sebenarnya bukannya kuat. Tasbih Fatimah amalan selalu. Bersalawat atas Nabi selalu.

Tenang dan redha selalu. Serta perlu pandai mengawal penggunaan tenaga. Usah beratkan fikiran dan runsing kurang bertempat. Kini Su lebih bersikap santai. Kurang melayan remeh temeh bakal mengusut fikiran dan rasa. Menghayati apa-apa yang menyenangkan hati. Hobi menghibur hati. Membaca dan mentelaah. Zikir makanan rohani.

Seboleh-bolehnya kurangkan dosa-dosa kecil dan dosa hati. Hidup lebih sentosa bahagia bila lebih berlapang hati. Hati bersih tenang sanubari. Senantiasa berbagus sangka sesama manusia. Berusaha kutip saham akhirat selagi termampu. Berazam selalu bertaubat dari memana dosa tanpa sedar. Ingat Allah taala sentiasa. Ingat dan insaf selalu hakikat diri. Hakikat kehidupan di dunia serba fana ini. Hakikat kehidupan sebagai hamba Allah taala.

Rasa sanubari bermusim lagu. Alhamdulillah tahun 2006 ini lebih sentosa hati dan rasa berbanding dengan 2005 lebih menekan. Melodi tekanan berlagu tinggi turun bersilih ganti. Namun melodi kehidupan memang sebegitu. Setiap kita hamba Allah taala berujian mengikut kemampuan tersendiri.

Roha menanyakan kalau-kalau keturunan kami memang ada darah campuran Cina.

" Rasa-rasanya lah. Kita ramai muka Cina. Tengoklah muka Roha. Muka Makcik Enon. Kak M sendiri masa sekolah dulu ramai ingat orang Cina. Perkara biasa kadang-kadang orang Cina tegur Kak M dalam bahasa Cina. Sekarang ni pun ramai ingat Kak M yang berasal dari Sabah. Orang Sabah kan ramai macam Cina. Orang ingat Abang Ar yang Melayu. "

Berkisah beritahu bahawasanya keturunan Nenda H kami berdarah campuran Arab dan Mendailing. Kerana itu kaum keluarga kami ramai tinggi-tinggi. Komen Roha senyum. Roha je yang kecik ni.

Juga Su beritahu terjumpa gambar cucunda Kak Fauziah dalam internet. Cucu perempuan Kak Fauziah ini sedikit mirip Roha. Senyumnya mirip Arwah Mak Long semasa muda. Terjumpa Fotopages keluarga anakanda saudara ini. Anakanda saudara bertugas di IPT selatan sana. Baru pulang dari England.

Keluar dari kamar berehat AN. Minum teh panas dan makan dua keping Sukun Goreng. Berbual-bual lagi dengan Roha.

Suami Roha tiba dari Taiping. Berurusan temuduga puteri kedua di MRSM Taiping. Temuduga keluar negara selepas SPM. Puteri pertama pulang hujung minggu dari kolej di Cheras.

Berkumpul kami semua di ruang tamu terpasang tv. Siaran langsung badminton Sukan Asia 2006 dari Doha. Suami Roha menanyakan mana yang lain. Ilham menanyakan samada Idris main bola bawah umur 18 tahun.

Pukul 6.45 petang. Bercadang singgah rumah kekanda sepupu sebelah Ayah di Bandar Sri Putera. Sebenarnya entah berapa kali pangkat pupu dengan Su. Masih berkerabat hubungan sedarah walaupun sebenarnya berkategori bau-bau bacang. Saudara sepupu perempuan ini dibesarkan satu rumah dengan Ayah. Sebelum Ayah merantau ke Singapura.

Menjengah sekejap AN. AN menanya dan bercerita itu ini. Berpesan telefon saja bila-bila rasa mahu meluahkan. Telefon saja bila-bila kalau mahu Su datang. Senang hati bila AN menutup bualan dengan kata nanti AN call Kak M. Mungkin AN akan menelefon sekembalinya nanti AN sekeluarga ke rumah sendiri masih sekitar Bangi ini. Sepelaung dari Putrajaya. AN sekeluarga di rumah Roha sementara AN kurang sihat ini.

Bersalam dengan Roha dan anakanda-anakanda saudara di ruang tamu serba berkilat baru. Suami sudah keluar berdiri menunggu di halaman rumah. Berbual dengan suami Roha dan suami AN di pintu pagar. Pintu pagar tinggi masih bergantungan papan iklan syarikat pengubahsuaian rumah. Suami Roha berkisah. Ni pasang gril kelmarin.

Komen Roha. " Baguslah AN mahu bercakap [bercerita] dengan Kak M. "

Beransur dari rumah Roha menjelang pukul 7 menghampiri Maghrib. Pesan suami pada suami Roha sebaya-baya kami. Pesanan kala kereta mulai meluncur perlahan. Ni dah dekat ni. Datanglah rumah.

Dari Bukit Mahkota beransur ke Bandar Sri Putera rumah saudara sepupu sebelah Ayahanda pula. Roha sepupu sebelah Bonda. Semakin ramai saudara-mara berkumpul sekitar Bangi.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Seusai gemilang Perdana singgah Bukit Dukong Cheras malam meriah hati



Sambungan kisahan malam 3 September meriah hati usai kenduri

Usai majlis makan malam berindah gilang gemilang di ibu kota. Pulang ke bandar kediaman bersinggah Bukit Dukong. Sebagaimana dengan susuran pandangan semasa datang tadi. Setiap gamitan pesona pandangan kala bersusuran lalu tepi, bakal mencetus bahan bualan sembang bersenang hati.

Berbual menanyakan khabar berita terkini seorang sahabat Aberystwyth dulunya bermajlis resepsi perkahwinan indah gemilang di dewan ini. Sahabat karib suami di UWA dulu. Anakanda kepada pensyarah IPT di selatan. Khabarnya sahabat ini sudah lama bercerai dengan isteri yang ini. Muda lagi sahabat ini. Baru awal 30 tahun. Kadang-kadang kini terlihatkan kredit nama sahabat ini di kaca tv. Bila kereta-kereta mewah sahabat ini diguna pakai dalam drama-drama tv tempatan.

Lalu tepi bangunan tempat kerja seorang sahabat suami. Berkisah khabar berita terkini keluarga sahabat ini. Sahabat ini dulunya sama batch dengan Johan semasa di MTD Sungai Besi. Berkisahlah lagi cerita dulu-dulu Johan di MTD atau kami terbiasa menyebutnya RMC [Royal Military College].

Su hanya tahu tentang sahabat ini sama maktab dengan Johan, selepas terjumpa gambar-gambar Johan sama kompani asrama dengan sahabat ini semasa di MTD. Terjumpa gambar-gambarnya dalam internet. Sahabat ini ke Australia selepas SPM. Adinda Johan menyambung pengajian ke UM.

" Su pun tak tahu dah sekarang kat mana kedudukan RMC. Dulu-dulu RMC tu kira pendalaman betul kat Sungai Besi tu. "

Ketika Johan bersekolah di MTD ini, kami sekeluarga menetap di dalam kem askar di Kuala Lumpur. Itu tahun-tahun sebelum kami berpindah ke Johor Bahru. Biasalah sesekali ke RMC menziarahi Johan bersama Bonda dihujung minggu. Menaiki kenderaan tentera. Ayahanda tiri kami seorang anggota tentera kompani berkaitan urusan pengangkutan tentera.

Susur jalan berkelibatan bangunan perpustakaan utama negara. Berkisah khabar terkini sahabat Aberystwyth baru bersara setahun dua ini.

Komen kita bercerita. " Kak ZW tak siap PhD dia. Tak dapat doktor PhD. Dapat title datuk. Kak ZW sekarang menulis kat surat khabar. Ada ruangan kolum khas Kak ZW. Baru-baru ni Su baca. Kita belum darjah satu. Dia dah graduate. "

Terbiasa menyebut Kak ZW walaupun kini sudah berpangkal datuk pada awalan nama. Sebagaimana dengan Zainal, kami mengenali Datuk ZW sedari zaman kami di Aberystwyth pada tahun 80-an. Bagaimanapun Dr. Zainal ini sebenarnya sahabat senior belajar sama kursus suami, semasa ijazah pertama. Hanya Su yang mula berkenal dengan Zainal di Wales. Sebenarnya di Reading, England.

Hari itu Zainal dan seorang sahabat orang putih menjemput kami baru sampai dari Malaysia. Kami bermalam beberapa hari di rumah sahabat lain di Reading setibanya kami dari Malaysia. Pertama kali terlihatkan Zainal datang dari Wales, Su ingatkan orang putih. Sekali orang putihnya bercakap Melayu.

Berkisah tentang Datuk ZW ini dulu sama kolej kediaman siswi dengan Datin SH semasa di universiti. Datin ZW sama umur dengan Datuk A. Datin SH junior setahun dua. Datuk ZW dengan Datin SH pelajar aliran sastera. Datuk A siswa sains. Datuk A dulu selalu datang ke kolej kediaman Datin SH untuk bertemu Datin SH. Ini zaman berasmara dana masa muda. Datin SH sama kolej dengan Datuk ZW. Tu yang Kak ZW ni boleh kenal Datuk A.

" Su tahu cerita ni masa Datin SH jumpa Datuk ZW kat Aber dulu. Hari tu kita bawa diaorang pergi majlis makan-makan orang Aber kat rumah Dr. SI. "

Majlis makan-makan orang Malaysia Aberystwyth bersempena dengan Aidiladha tahun itu. Datin suami isteri dan IM bercuti ke Aberystwyth. Bercuti Aidiladha di England dan Wales. Menginap hampir seminggu di rumah kami. Su fahamkan dari cerita Datin waktu itu. Mahu melarikan diri dari suasana raya di kampus.

" Selalu macam tu. Berkenal kawan dengan orang tu. Berkenal dengan orang ni. Sembang-sembang. Tahu-tahu kena mengena dengan orang tu orang ni. "

Berkisah tentang sahabat-sahabat suami yang ramai menunggu masa bersara dalam setahun dua ini. Kiranya nanti sekaligus ramai persaraan profesor dari fakulti suami. Rata-rata sahabat suami ini bekas pelajar satu sekolah berasrama penuh terkemuka di Kuala Lumpur.

Suami sekali lagi berkisah tentang pangkat profesor penuh dari satu IPTA lain. Hampir sepuluh tahun suami selalu berulang pergi mengajar sambilan di IPT ini. Kita hanya diam malas mengomen. Kalau sungguhlah member mahu berpindah universiti, Su berkeputusan mahu terus menetap di Bandar Baru Bangi ini. Ini kata hati waktu ini.

Berkisah tentang kenduri makan malam baru dihadhiri tadi.

" Berlebih meja kosong. Kalau Baby ikut pun tadi tak pe. Tak pe lah. Dah bukan rezeki Baby nak datang. "

Petang tadi Safura berkira-kira mahu ikut. Mengenangkan kami menjawab kad undangan dengan pemberitahuan akan hadir hanya dua orang, Safura batalkan rancangan mahu ikut.

Juga kita berkisah cerita. " Dua-dua anak lelaki Datuk ikut rupa sikit-sikit macam Datuk. Dua-dua anak-anak lelaki Datuk ni ikut perangai macam Datuk. Humble merendah diri tak sombong. "

Mulalah kita merancang-rancang dalam hati. Bagus juga nanti kalau berkenduri kahwin puteri-puteri seterusnya, kendurinya berhidangan makan pada satu-satu masa, berkumpul sekali serentak semua hadhirin. Sebagaimana dengan makan malam majlis resepsi putera sulung Datin SH tadi. Berkelebihan tuan rumah resepsi boleh bertemu semua para tetamu pada masa yang sama. Sebagaimana Datin SH mengunjungi semua meja ketika semua tetamu sedang makan.

Bagaimanapun kalau berhidangan pada waktu sama begini, manalah termampu menjemput sampai seribu tetamu. Besar belanja. Kalau majlis begitu, mungkin perlu kurangkan jumlah tetamu. Hanya bertetamu mereka yang rapat.

Sebenarnya Su lama merancang dalam kepala mahu mengadakan satu makan malam sebegini, buat menemukan semua saudara-mara terdekat sekitar bandar kediaman dan Lembah Kelang ini. Lama sudah rancangan ini. Malah sebelum walimah puteri. Hanya belum tercapai kerana selalu kurang sihat. Walimah puteri itu satu kes tanpa dirancang awal.

Bagaimanapun sebenarnya dalam kehidupan Su ini selalu berlaku peristiwa tanpa dirancang sedari awal. Mana Su merancang akan berkahwin pada tahun sekian-sekian. Mana merancang tup tup berstatus suri rumah sepenuh masa. Mana merancang sudahnya bermukim di tanah semenanjung mukim idaman, mengharap-harap bagaikan hanya impian, lama sedari tahun awal perkahwinan. Mana merancang akan bermenantu awal.

Sampaikan walau sudah ditahap begini tahun kehidupan. Masih berserah redha pada ketentuan cerita yang belum tahu lagi, bagaimana susuran seterusnya.

Singgah Kawasan Rehat Lebuhraya Sega Cheras di Bukit Dukong. Jarang-jarang lagi kami bersinggah kawasan rehat ini selepas Suraya meninggalkan sekolah. Kali akhir ke sini, bulan April lepas. Malam itu bertiga bersama suami dan Safura. Bersinggah dari kolej kediaman kampus pengajian puteri kedua. Singgah makan malam di Restoran Rebung.

Suami ke surau solat Isya'. Su ke kamar rehat. Selepas itu mencari suami di medan makan. Sebelum itu menelefon dua puteri di rumah. Berkisah tentang majlis kenduri baru usai kami hadhiri. Juga turut menanyakan pesanan makanan mahu dibawa pulang.

" Kalau Adik ikut tadi, boleh jumpa IM. "

Semasa di Wales dulu. IM dan Suraya saling rajin berutus surat. Nama pangkal mereka berdua ini sama. Nama salah seorang isteri Nabi Ibrahim Alaihissalam.

Berjalan perlahan ke medan makan di sebelah kiri dari surau. Tidak kelihatan pun suami. Terlihatkan tv besar sedang menayangkan majlis siaran rakaman tertunda. Rakaman kenduri perkahwinan selebriti di Kuala Lipis.

Merakamkan satu dua gambar malam kawasan rehat dan lebuhraya.

Kembali ke kereta. Berkebetulan pula suami baru keluar dari surau. Bersama kami ke medan makan ke sebelah kanan dari surau. Menunggu siap pesanan makanan buat tiga cahayamata. Tiga bungkus Nasi Goreng Ayam.

Medan makan di sebelah kanan surau ini lebih sepi lengang. Berbanding dengan medan makan di sebelah kiri dari surau. Hanya dua meja dengan pelanggan. Satu meja dengan tiga orang muda Melayu. Dua wanita muda bertudung dan seorang lelaki. Satu meja lagi ditempati sekawan lelaki India santai bergebang. Meja makan sekawan lelaki India ini mengadap pandang kereta kami di parkir. Parkir bersebelahan dengan tapak pameran kereta Proton.

Su hanya mengekori sekejap. Kembali ke kereta selepas merakamkan gambar medan makan. Kembali ke kereta kerana medan makan melayang bau dapur. Juga sedikit hangat bahang api dari dapur kedai makan. Kembali berdiri di luar kereta sementara menunggu suami.

Pulang ke bandar kediaman susur Lebuhraya Silk tempuh lalu bandar Kajang.

Alhamdulillah tiba rumah sebelum pukul 12 malam.

Makan Telur Pindang dari majlis kenduri dihadiri. Sedap Telur Pindang yang ini. Telur Pindang Muar. Pasangan Datuk A dan Datin SH berasal dari kampung yang sama di negeri Johor. Dua kali pulang dari kenduri kahwin berhadiahkan Telur Pindang dari Muar dalam masa sebulan.

Dulu Kamil biras suami, sedari awal menjanjikan kami Telur Pindang dari Johor istimewa buat walimah puteri. Bila tiba harinya. Alih-alih hanya telur rebus biasa. Sebagai pengajaran buat walimah-walimah seterusnya.

Berurutan hari-hari minggu selalu malamnya Su di luar rumah. Lalu lamalah juga Su tidak tertonton siri CDWM. Terlepas musim baru siri ini dengan seorang bekas pembaca ramalan cuaca tv Britain, sebagai salah seorang peserta.

Alhamdulillah satu hari berbunga malam meriah hati walaupun penatnya bukan sedikit. Tangan kanan Su pula tiba-tiba sakit semula.

Gambar Kawasan Rehat Bukit Dukong dari tempat Su berdiri di hadapan surau.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

DARI TULLAMARINE MENUJU MELBOURNE IBU NEGERI VICTORIA



Sambung kisahan 23 Jun. Dari Tullamarine lalu Melbourne menuju bandar kampus

Alhamdulillah bermula perjalanan hari pertama bercuti di Melbourne ibu negeri Victoria. Perjalanan sentosa berterang benderang pagi hari winter sederhana dingin. Setiap perjalanan dari memana lapangan terbang merupakan pandangan pertama sesebuah tempat atau negara destinasi dilawati.

Pandangan pagi dari Tullamarine samalah seperti pandangan memana negara bermusim empat. Nyaman bersuhu dingin walaupun dingin winter Mebourne ini hanya sedingin musim bunga negara-negara bermusim empat di sebelah utara. Negara-negara hemisphere utara bermusim winter pada hujung tahun.

Dulu-dulu pernah memikir-mikir santai kala baru pulang dari Wales. Merantau tiga tahun semasa pemergian ke Wales kali pertama. Kita berusia muda 20-an memikir-mikir sendiri santai. Bagusnya kalau negara sendiri bermusim empat kali setahun. Bukan sepanjang tahun dengan cuaca yang hampir sama serupa dua belas bulan. Lebih mewarna-warni suasana.

Pun begitu hakikatnya negara ini bermusim lagi selalu bukan setakat empat. Musim berbagai perayaan ugama dan suku kaum. Juga musim festival itu ini. Misalnya Julai dengan festival makanan, bulan membaca dan festival shopping. Lagi bercitrawarna mewarnai kalendar suasana sepanjang tahun.

Perjalanan berpandangan pagi winter namun menguja pandangan bila paginya terang matahari. Perjalanan menyusur lebuhraya mendatar rata seratanya jalan lurus. Melbourne bandaraya bertanah rata tepian laut.

Antara pandangan pertama bila memasuki kereta, jaket Italia bergantungan di tepi tingkap kereta belakang. Naza mempelawa Idris pakai jaket ini kalau terasa dingin. Juga satu kotak biru bijirin berkeju di antara dua kerusi hadapan.

Terpandangkan sebuah kereta Proton Satria putih dipandu oleh seorang wanita muda orang putih. Naza bercerita tentang nama satu kereta terkini di Malaysia.

Su menegur sana sini kelihatan kereta buatan Jepun di atas jalan raya. Kereta Jepun sesaja. Kalau di Britain sana kurang kereta Jepun.

Komen Naza. Habis Australia ni dah dekat Asia. Sini ada kilang pasang kereta Nissan.

Antara pandangan pertama tepi jalan melambai mata. Papan tanda besar putih bertulis Welcome to Melbourne 2006 Commonwealth Games.

Pandangan pusat bandaraya Melbourne dari tingkap kereta kala kereta susur lalu tepi Queen Victoria Market susur Victoria Street, bakal berkenangan antara pandangan pertama kelibat bangunan-bangunan tinggi bandaraya Melbourne. Sebagaimana dengan pandangan kelibat Menara Berkembar dan Menara KL dari Sungai Besi kalau dari selatan Kuala Lumpur. Pandangan singgahan mata satu-satu bandaraya atau tempat pada pertama kali sampai.

Kala lalu tepi Queen Victoria Market ini, Khadijah bercerita tentang nanti kami bolehlah berkunjung ke pasar ini kalau Su mahu beli cenderamata Australia. Menanyakan samada Queen Victoria Market ini sama seperti Pasar Seni Kuala Lumpur. Terpandangkan bergantungan cenderamata dan beg-beg sandang. Jawab Khadijah. Lebih kuranglah.

Su seumur hidup belum pernah sekali pun sampai Pasar Seni Kuala Lumpur. Hanya pernah sekali kereta kami menyusur lalu tepi Pasar Seni ini. Pada hari menurunkan Suraya berhampiran dengan pintu pasar ini. Hanya pernah sekali ke pasar ini semasa masih bersuasana lama Central Market yang basah. Kala Su berusia 18 tahun. Menemankan seorang sahabat mencari buah pear.

Hampir disepanjang perjalanan ini Naza bercerita itu ini bagaikan pemandu pelancong. Beritahu nama-nama tempat dilalu. Beberapa pandangan melambai mata masih diingat kala mencatat ini.

Albert Park bersebelahan dengan circuit Grand Prix di seberang jalannya Hotel Bay View Melbourne. Fikir hati kala itu. Sinilah Hotel Bay View Australia. Penanda kalau lain kali konon-kononnya terpaksa menginap di hotel bila bercuti ke Melbourne selepas anakanda tamat pengajian. Juga terpandang mata beberapa hotel kecil dan motel disepanjang jalan ini. Motel kecil tetapi kelihatan bersih.

Juga satu perkara baru pada pandangan mata bila circuit litar Grand Prix dan padang golf hijau di bandaraya. Sebagaimana dengan stadium lokasi Sukan Komanwel 2006 di tengah bandaraya. Juga Zoo Melbourne di bandaraya. Manakala Aquarium Melbourne di tengah bandaraya. Komen hati kala itu. Semuanya di dalam bandar. Airport pun dekat bandar.

Kala lalu Albert Park menyusur Princes Street, Su menanyakan Idris. Tahu siapa Albert tu? Idris berjawapan tidak tahu.

" Albert tu suami Queen Victoria. Negeri Victoria ni dari nama Queen Victoria. Tahu siapa Queen Victoria? Raja Britain paling lama bertahta. Dari pertengahan abad 19 sampai awal abad 20. "

Naza atau Khadijah menanyakan Victoria ni bukan ke mak Queen Elizabeth sekarang?

" Mak Queen sekarang nama Elizabeth. Victoria ni moyang Queen Elizabeth. "

Queen Elizabeth 11 pangkat piat selepas cicit kepada Queen Victoria. Putera Wales pula berpangkat piut Queen Victoria.

Nama Elizabeth sama dengan nama Queen Mother. Nama penuh ibu Queen Elizabeth 11, Elizabeth Angela Marguerite Bowes Lyon berketurunan Scotland. Setiap Krismas sudah tradisi keluarga diraja Britain ini balik kampung ke Balmoral Castle di kawasan Deeside, Scotland. Balmoral Castle ini dibeli Queen Victoria pada tahun 1848.

Kami sekeluarga pernahlah bercuti di lembah Deeside ini. Anak-anak bermain air Sungai Dee. Terkesima pegun dengan keindahan pandangan lembah sungai berlatarkan gunung.

Hari itu kami dalam perjalanan dari Edinburgh ke Fort Willilam dan Oban terus ke Inverness berdanau Lochness, singgah Dundee dan Aberdeen juga Stirling. Bercuti sewa caravan dua minggu di Holiday Village pinggiran Edinburgh dalam rangka wisata mengelilingi Scotland.

Nama penuh Queen Elizabeth 11, Elizabeth Alexandra Mary Windsor. Sama nama dengan nama ibu. Oleh kerana itu Queen Elizabeth dipanggil rakyat Britain dengan panggilan The Queen. Buat membezakan dengan Queen Elizabeth atau Queen Mother ibu kepada The Queen yang meninggal dunia pada bulan Mac 2002 ketika berusia 102 tahun.

Queen Victoria atau nama penuhnya Alexandrina Victoria [24 May 1819 – 22 January 1901] bertahta dari 22 Jun 1837 ketika berumur 18 tahun. Bertahta selama 63 tahun sehingga kematian. Ketika itu penasihat Queen Victoria masih belasan tahun ini adalah Perdana Menteri Britain ketika itu. Lord Melbourne mewakili parti Whig.

Inggeris sampai ke Melbourne pada tahun 1837. Negeri Victoria bersempena dengan nama Queen Victoria baru menaiki tahta pada tahun 1837. Melbourne bersempena dengan nama Perdana Menteri Britain ketika itu. Queen Victoria merekodkan sebagai Queen pertama Australia.

Selepas kematian Prince Albert atau Prince Consort pada 14 Disember 1861, Queen Victoria berkabung sentiasa memakai pakaian hitam sampai akhir hayat. Kebanyakan raja-raja Eropah hari ini, samada yang masih bertahta atau kini raja tanpa tahta, berketurunan dari Queen Victoria. Bagaimanapun ratu ini pernah dikaitkan dengan seorang pembesar bernama Brown.

Paling mengejutkan. Semasa di Wales tahun 80-an. Pernah terbaca gossip di dalam surat khabar utama TT. Konon-kononnya ratu ini dulu pernah bercinta dengan seorang raja Melayu sekian-sekian nama lewat hujung abad ke 19. Raja Melayu isterinya wanita orang putih. Ini gossip surat khabar orang putih. Bukan cerita rekaaan. Kita sekadar membaca.

Kita berceritalah serba sedikit salah-silah keturunan dan susur galur keluarga diraja Britain ini. Serba sedikit susunan raja-raja Britain lewat abad 20 hingga hari ini. Bagaimana Queen Elizabeth 11 tidak tersangka menjadi ratu negara. Semuanya kerana bapa saudaranya turun tahta kerana cinta dan kemudiannya bapa Queen Elizabeth ini meninggal dunia selepas hanya 10 tahun bertahta.

Keluarga diraja Britain keturunan House of Windsor berasal darah Jerman di sebelah Prince Albert. Nama House of Saxe-Coburg-Gotha ditukarkan kepada House of Windsor ketika sentimen anti Jerman selepas Perang Dunia 1. Queen Victoria pula ratu terakhir dari House of Hanover berketurunan darah raja-raja England dan Scotland.

Juga kita bercerita bagaimana kalau mengikut sejarah, keturunan lelaki diraja ini terkenal sebagai keturunan bersetia pada cinta. Juga keturunan raja dengan bersiri skandal cinta tanpa ikatan perkahwinan. Juga mereka ini berketurunan darah kurang bercendekiawan pengajian.

Negara Australia sebagaimana dengan negara New Zealand dan Canada, bernaungkan Queen Elizabeth 11 sebagai ratu negara. Queen of Australia. Queen of Canada. Gabenor Jeneral Australia berperanan sebagai wakil Queen dan dilantik setiap lima tahun. Gabenor Jeneral ini lebih kurang Agong kita. Pemerintah sebenar adalah Perdana Menteri.

Idris pernah menanyakan kenapa Malaysia pun Commonwealth tetapi tidak berajakan Queen Elizabeth macam Australia? Sebab kita ada raja-raja kita sendiri. Sebagaimana dengan negara Tonga, Brunei, Swaziland dan Lesotho.

Negara-negara seperti New Zealand, Australia, Canada, semuanya 16 negara Commonwealth Realms, bernaung di bawah Queen Elizabeth 11 sebagai kepala negara walaupun sebuah negara merdeka. Negara-negara Komanwel bukan dalam kategori negara Commonwealth Realms ini, negara-negara berstatus republik seperti Afrika Selatan dan Ireland.

Pulang terus ke bandar kediaman pasangan anakanda tanpa bersinggah pusat bandar. Sekadar lalu tepi pusat bandaraya. Pandangan tren dan tram susur lalu tengah-tengah bandar menuju pusat bandaraya, satu kelainan menambat mata. Bagaimanapun sebagaimana bandar-bandar dengan tram di tengah bandar, pandangan wayar-wayar tram ini sedikit mencacatkan pandangan bandar.

Menanyakan Khadijah samada kami perlu menaiki tram bila ke pusat bandaraya. Menanyakan bernada merancang nanti jalan-jalan ke city menaiki tram ini.

Berkelibat pandangan bangunan kampus utama Universiti Monash di bandaraya Melbourne. Juga berpandangan mata kelibat Universiti Melbourne. Bangunan kampus RMIT. Naza menunjukkan kelibat bangunan tertinggi di Australia atau rantau sebelah Oceania sini. Bangunan syarikat telekomunikasi Australia.

Lalu kawasan perniagaan bandaraya Melbourne. Terlihatkan seorang lelaki Turki gempal di hadapan restoran makanan Turki. Juga sana-sini kelihatan grup orang Asia menyusur kaki lima kedai. Beberapa grup sekawan orang Asia berwajah keturunan Cina atau Indo Cina.

Semakin meninggalkan pinggiran Melbourne semakin mata terpandangkan wayar. Tiang lampu jalan dengan berjalur-jalur wayar. Wayar letrik, wayar telefon, wayar kabel. Entah apa wayar lagi. Mencacatkan pandangan bandar dan taman perumahan.

Cukup berbeza dengan Britain negara tanpa wayar. Malah pertama kali Su sampai Aberystwyth yang berkategori bandar hulu atau remote, Su ditanya sahabat Aberystwyth. Su perasan tak yang tiang letrik di Aber ni tak de wayar. Hanya tercacak tiang saja. Semua wayarnya di dalam tanah. Longkang di tepi jalan pun tiada. Semuanya bertutup kerana pemasangan wayar dan kabel di dalam tanah.

Sebagaimana kini bandar-bandar tanpa wayar di Malaysia seperti Putrajaya dan Cyberjaya dan pusat bandaraya Kuala Lumpur. Juga di kebanyakan pusat bandar-bandar ibu negeri dan bandar-bandar besar.

Malah di Bandar Baru Bangi sendiri, wayar-wayar pada tiang lampu hanya di jalan-jalan bukan persiaran utama atau bukan jalan utama perumahan. Hanya rumah-rumah seperti rumah kami yang berkategori jalan dalam, baru kelihatan wayar letrik di tiang lampu jalan. Wayar telefon pula di belakang rumah. Lalu tidaklah terlalu berserabut tiang lampu dengan segala macam wayar.

Ini satu lagi kejutan hari pertama tiba Melbourne. Sampaikan kala kaki melangkah saja keluar dari kereta bila sampai destinasi persinggahan, Su tersenyum bergurau dengan Idris. Selamat datang ke Melbourne bandar berwayar.

Kita menulis dari pengamatan mata. Apa dipandang apa terpandang apa dirasa. Apa tercetus rasa dari sanubari. Lalu pengalaman pada hari pertama sampai adalah persepsi dari pandangan pertama kali.

Gambar pusat bandaraya Melbourne dengan wayar tram. Manakala di bawah ini gambar sebuah bandar suburb berhampiran kampus universiti dengan wayar-wayar bergantungan pada tiang lampu.



Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Peristiwa tahun kenangan istimewa hati


Perkahwinan Khadijah dan Naza bertarikh istimewa. Hari pernikahan pada penghujung penutup tahun. Walimahnya pada hari pertama tahun baru. Tarikh tahun hijrahnya pada bulan Zulkaedah.

10 tahun atau 20 tahun dari hari ini pasangan pengantin baru ini akan mudah mengenang peristiwa semasa dan keluarga yang berlaku pada tahun 2004 dan 2005, tahun ulang tahun perkahwinan.

Perkahwinan Rasanubari bertahun awal dekad, berperistiwa semasa dan dunia mudah diingat sanubari. Perkahwinan sama tahun dengan perkahwinan guru tadika kemudiannya menyerlah-sinar lebih dari 15 tahun sebagai puteri paling popular di dunia. Juga sama tahun dengan perkahwinan biduanita penyanyi Bunga Tanjung, perkahwinan seniman pencipta lagu-lagu berkenangan lalu dan perkahwinan penyanyi wanita bersaudara dengan heroin lawa filem klasik Dajal Suchi.

Setahun kemudiannya. Khadijah lahir sama tahun dengan Prince William Arthur Philip Louis Windsor, Aliff Omar dan Hajar Aishah.

Negara Malaysia berPerdana Menteri baru. Sebagaimana perkahwinan Khadijah lebih kurang satu tahun selepas Malaysia abad 21 berPerdana Menteri baru. Malaysia berPerdana Menteri ke-4 pada tarikh harijadi Su. Tahun itu sambutannya di Muar.

Dunia semasa antarabangsa berperistiwa beberapa cerita menggegar dunia awal dekad 80-an bermula dengan sambungan rentetan cerita mogok besar-besaran kesatuan pekerja seluruh Poland diketuai oleh Lech Walesa, berkesudahan kerajaan Poland meluluskan penubuhan Solidarity Labor Union atau Solidarnosz, setahun sebelum tahun kenangan hari perkahwinan kami berdua. Bagaimanapun pemerintahan tentera pada tahun kemudiannya dikepalai oleh General Wojciech Jaruzelski, mengharamkan kesatuan pekerja dan Lech Walesa dipenjara.

Gambar Lech Walesa antara gambar lelaki paling popular di dunia pada dua tahun itu. Menghiasi majalah Nesweek, Times dan majalah-majalah hal ehwal semasa dunia setahun dua itu. Belum pernah sebelum itu sebuah persatuan pekerja begitu menggugat pemerintahan sesebuah negara seperti apa yang berlaku di Poland pada awal dekad 80-an ini. Pemogokan besar-besaran di Gdansk ini dikatakan antara peristiwa utama permulaan perpecahan Soviet Union.

Kesinambungan dari perjuangan Solidarnosz ini. Sejarah menyaksikan pada tahun 1990 Lech Walesa merekodkan sebagai President pertama Republik Poland yang dilantik secara demokratik selepas Perang Dunia ke 2, selepas General Wojciech Jaruzelski tidak mendapat sokongan Gorbachev. Republik Poland terbentuk pada tahun 30 Disember 1989 tahun kelahiran Safura puteri bongsu.

Antara mudah diingat dalam ingatan Su akan peristiwa tahun perkahwinan, gambar perkahwinan Princess Diana beberapa minggu sebelum perkahwinan kami dan merata media dengan gambar Lech Walesa.

Antara beberapa tragedi tahun itu. Anwar Sadat mati dibunuh oleh pihak yang tidak setuju dengan perjanjian damai Sadat dengan Israel. Anwar Sadat diganti oleh Husni Mubarak sebagai Presiden Mesir baru bermula setahun dekad 80-an.

Lain-lain peristiwa tragedi pembunuhan pada tahun kenangan itu, President Bangladesh Zia ur Rahman mati dibunuh oleh sekumpulan pemberontak di Chittagong.

General Ershad pemerintah kerajaan tentera Bangladesh dan kemudiannya dilantik sebagai Presiden. Antara peristiwa utama Bangladesh beberapa tahun selepas Ershad memerintah, kejadian banjir besar melanda Bangladesh.

President Iran Mohammad Ali Raja'i dan Perdana Menteri Iran Mohammad Javad Bahonar. Mati dalam letupan bom di pejabat Bahonar.

Selain dari Malaysia berPerdana Menteri baru, Ronald Reagan mengangkat sumpah sebagai Presiden AS yang ke 40 di bulan Januari. Reagan Presiden AS bekas pelakon Hollywood tahun 50-an.

Margaret Thatcher menyambung sepenggal lagi sebagai Perdana Menteri Britain. Komen Thatcher atas dasar pandang ke timur PM baru Malaysia setahun dua selepas itu. Kalau kita terus ke timur sampai hujung, sudahnya bertitik-temu dengan barat juga. Su mendengar ucapan Margaret Thatcher di hadapan PM negara ini, lewat kaca tv di rumah keluarga sahabat Malaysia di North Parade, pusat bandar Aberystwyth. Pasangan sahabat ini, kami terserempak jumpa mesra pada tahun lepas, semalam di Kuala Terengganu.

Pada 30 Mac. Ronald Reagan ditembak John Hinckley, peminat fanatik pelakon Jodie Foster ketika itu pelajar Universiti of Yale. Jim Bady, setiausaha akhbar Reagan, turut tertembak, lumpuh sehingga hari ini. John Hinckly dimasukkan ke institusi pesakit mental. Belum ajal walau tertembak. Presiden ini mati pada tahun 2004 selepas beberapa tahun mengidap sakit Alzheimer.


30 Mac hari Reagan ditembak itu. Su berada di Batu Pahat berperjalanan dari Muar, menaiki bas turun di Batu Pahat waktu senja. Malam itu bermalam di rumah Zaiton kawan sekuliah Ti tetapi sebaya dengan Su kerana Zaiton pelajar STP. Su pula pelajar IPT selepas SPM. Malam itu Su tiba di rumah Zaiton di pinggiran bandar Batu Pahat, ketika tv rumah Zaiton sedang menayangkan visual berita Reagan ditembak mengejut siang itu.

Esoknya Su menaiki bas ke pekan Senggarang bertemu Ti yang berlatihan mengajar di sebuah sekolah menengah di sana. Malamnya bermalam pula di rumah keluarga angkat Ti di Senggarang.

Minggu depannya ke rumah keluarga angkat Ti lagi di Senggarang, Su dirisik oleh keluarga angkat Ti untuk anak saudara mereka yang terpikat pandang pertama hanya selepas sekali melihat Su melintas lalu dari bilik ke dapur untuk mengambil wudhu'. Selepas berkahwin. Barulah Su tahu, kawan yang mahu meminang ini rupa-rupanya kawan baik Ar dan satu dorm dengan suami kita semasa bersekolah sains di Johor dulu.

Menjelang pernikahan. Su sering berulang-alik antara Muar, Serdang dan Bangsar. Selalu ke rumah sahabat-sahabat UKM di Jalan Tempinis, Bangsar. Tahun itu suami menginap di kolej kediaman bersebelahan dengan kolej kediaman Suraya hari ini. Kini setiap kali ke kolej Suraya, terlihat kolej kenangan suami ini.

Tahun itu hidup Su hanya Ti tempat mengadu selain sesekali pengaduan pada beberapa sahabat dan dua orang ibu saudara. Johan pula baru masuk tahun 1 di UM. Masa lapang. Johan mengajar di Jalan Pantai Baru, kolej swasta milik AI disamping menjadi salah seorang pengarang majalah rasmi satu pertubuhan ini.


Tahun kami berkahwin, tahun penciptaan pertama komputer peribadi dengan internet baru mula diperkenalkan. Komputer peribadi pertama kami dibeli di Aberystwyth ketika Khadijah baru berusia setahun lebih. Komputernya tanpa monitor. Kami gunakan monitor tv. Sesekali Dr. Zainal ke rumah, bersama suami menggunakan komputer ini untuk analisis kajian tanah.

Dua tahun selepas tahun perkahwinan, merekodkan sejarah penggunaan internet pertama dunia. Internet yang dikenali hari ini dengan e-mel, mula dikenali di dunia pada tahun ke-4 perkahwinan kami. Internet yang dikenali dunia pada hari kini, hanya meluas penggunaan selepas hampir 10 tahun perkahwinan kami. Su pertama kali baca berita Bernama via internet pada tahun 1991 ketika baru sampai Wales buat kali kedua.

Komputer kedua kami dibeli pada tahun 1993 dari sebuah kedai di Manchester. Masih ingat lagi. Pada hari kami mahu beli komputer, pekerja kedai orang putih ini tidak mahu menerima pembayaran menggunakan cheque. Berubah air muka pekerja ini bila beberapa minit kemudiannya kami datang dengan wang tunai lebih dari 2 ribu pound sterling. Baru kamu tahu. Ingat kami beri cheque kosong?

Hari Su tunaikan wang di bank sebelum beli komputer itu. Su tertinggalkan buku cheque Barclay kepunyaan Su di bank. Tidak berapa jauh dari kedai komputer. Beberapa hari kemudiannya ada hamba Allah kirimkan buku cheque ini ke alamat rumah. Kebetulan ada alamat rumah pada kulit buku cheque.

Hari yang sama beli komputer ini. Su beli stroller baru Mothercare untuk Idris. Sebelum itu Idris kecil baru usia 5 bulan. Kami sorong menggunakan pram 3 dalam 1 Mothercare yang agak berat tidak seringan stroller payung. Stroller baru ini digunakan bila bermusafir jauh berkereta atau berkeretapi.

Sedari baru berusia pandai duduk. Idris sudah dibawa kakak-kakak menghadap komputer. Anak-anak dengan program educational termasuklah program koleksi hadis.

Tahun perkahwinan kami itu, Super Mario Bros pertama direka cipta oleh Nintendo. Donkey Kong - Arcade Game.

Tahun itu merekodkan kapal angkasa lepas Voyager 2 AS sampai ke Saturn.

Setahun sebelum tahun itu. Kapal Titanic dijumpai di dasar laut. Sana sini media dengan berita penemuan ini yang 10 tahun kemudiannya mengilhamkan pembikinan filem dengan jodol nama kapal ini. Kapal mewah membawa ramai pelarian orang kaya kaum Yahudi dari seluruh benua Eropah ke AS ketika bertiup khabar-khabar selayang angin yang Hitler mahu menghapuskan bangsa Yahudi di benua Eropah. Sebagaimana dengan filem-filem Spielberg lain. Film Titanic ini antara filem berjarum halus mahu dunia bersimpati tidak sudah pada nasib orang-orang Yahudi dekad peristiwa itu.

Tahun awal dekad 80-an tahun bermulanya siri drama Dynasty dengan kemudiannya muncul pula siri ala-ala Dynasty versi Malaysia, siri Waris. Selepas drama PJ ekoran populariti siri Dallas. Mengikuti siri Dallas dari zaman belasan tahun, kurang mengikuti siri Dynasti kecuali sesekali kerana ada Linda Evans. Su dan Ti meminati Linda Evans sebagai Laura dalam The Big Valley sejak kami baru masuk sekolah rendah.

Manakala dua siri keluarga orang kaya versi Malaysia itu, tidak pernah Su tonton kerana siri-sirinya ketika zaman kami berada di luar negara.

Lain-lain peristiwa pada tahun perkahwinan. Kematian Beulah Bondi pelakon filem klasik It's a Wonderful Life, Marie Astaire pelakon Last Man on Earth, Verra Allen, Bob Marley penyanyi reggae popular dengan lagu No Woman No Cry. Natalie Wood sebaya Bonda dan isteri kepada Robert Wagner It Takes A Thief, bermisteri mati lemas.

Berita dan peristiwa lain sekitar tahun itu, lagu-lagu meletup ciptaan M. Nasir. Antaranya, lagu Kenangan Lalu. Lagu Jangan Tunggu Lama-Lama Nanti Diambil Orang Ramli Sarip sedang popular di radio. Su belajar meminati lagu-lagu Ebiet G Ade dari suami terutamanya siri lagu Camellia.

Lain-lain berita semasa tahun itu. John McEnroe perengus dan Bjorn Borg berambut perang dari dunia tennis.

Apple dan IBM PC mula dikenali-sohor.

Kapal Soyuz 40, Voyager 2, Columbia.

Musim sedunia dengan permainan Rubic Cube. Su mula mencuba main rubic ini pada minggu awal berbulan madu.

Bermulanya musim fesyen bibir digigit tebuan dan memancar-sinar warna pembayang mata gaya Madonna.

Filem popular tahun itu, filem adaptasi dari novel Stephen King, The Shining. The Elephant Man filem dramatik calon anugerah. Filem bolot anugerah Ordinary People.

Tidak begitu mengikuti perkembangan filem dan drama tv tempatan tahun itu. Bagaimanapun heboh berita beberapa orang pelakon tempatan berlakon tanpa pakaian dalam satu produksi filem Itali berpengambaran sekitar Batu Caves.

Popular pada tahun itu tetapi kita tidak pernah minat pun, Fame, M*A*S*H*, Hill Street Blues. Pelik bagaimana siri-siri ini begitu popular. Citarasa humor tidak sama.

Popular siri-mini The Shogun lakonan Richard Chamberlain. Tidak pernah tonton pun.

Cerita Su dan Ti minati ketika itu. siri drama Mandarin dari tv seberang tambak dengan Leslie Cheung salah seorang dari pelakon utama. Juga satu siri bangsawan Mandarin dari Taiwan tayangan tv negara jiran. Siri dengan kisah pengembaraan hero mencari bunga teratai suci. Kami berdua sebenarnya lebih meminati hero pahlawan yang hensem berwajah tenang.

Tahun perkahwinan memang kurang menonton tv kerana selalu berkelana.

Buku kegemaran tahun itu, Samudera Fatihah Bey Ariffin, Koleksi Hadis Qudsi, Bimbingan Mukminin 1 dan 11.

Memoir menambat hati dibaca pada tahun itu, Road To Mecca tulisan Muhammad Asad.

Novel bacaan tahun itu, Peyton Place dan beberapa novel nipis Women's Weekly.

Majalah kegemaran zaman itu, Jelita memperkenalkan kita pada tulisan Wirda Adnan, Wanita majalah nostalgia sedari zaman baru sekolah, Keluarga dengan gambar resipi biasa harian namun mengecurkan selera, Sajian Jelita dan Female.

Juga sesekali dengan Ti, membelek majalah Shoot dan MAD kepunyaan Johan.

Satu majalah Newsweek menjelang hari perkahwinan. Muka depan majalah tidak dilupa hingga kini, gambar sekumpulan anak muda mujahidin Afghanistan memegang senjata.

Tahun kenangan perkahwinan. Tahun pertama Su memijakkan kaki ke bumi negeri di bawah bayu bersendu hati namun membuka buku baru segar manis sentosa. Kehidupan seterusnya berbunga harum tenang damai hanya dengan izin Allah subhanahuwataala.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari