Tags: flowerpics

Harum lembut mawar putih | Malam dingin hujan petang




10 Gembira Hari ini

1.    Kopi panas Davidoff mug biru lazuardi Cath Kidston

2.    Tuala kecil merah jambu 100 peratus kapas
       Made in England

3.    Coklat Kit Kat sarapan pagi

4.    GW|Jaya selepas lebih tiga bulan

5.    Tim Tam buat intan di England

6.    Coklat telur Easter Maltesers

7.    Aiskrim Kapiti New Zealand

8.    Earth Choice hijau Australia
       selepas habis Fairy Snow

9.    Old Malaya Kopitiam 10 malam

10.  Berkilat-kilat kamar kecil burgundi

11.  Kamar wangi mawar putih

12.  Hujan petang dingin malam
       |Tidur tiada perlu on ekon|

13.  Jumpa diari 80an Aberystwyth

Hidangan Hari Ini

1     Nasi Ayam T.a.t macam Nasi Tomato

2.    Nasi Beriani Kambing OM Kopitiam

3.    Club Sandwich OM Kopitiam

4.    Milo O OM panas minta Milo O
       oh oh tiada susu tapi bergula

5.   Cendol OM kasar parutan ais.

 Huh terkenyang makan lewat malam
 sampai macam susah nafas hihi..

Chalet tepi laut | Executive room hadap laut | Premier suite hadap selat | Anemone rindu Brussels





10 Gembira Hari Ini

1.   Kopi panas Davidoff mug lazuardi Cath Kidston

2.   Tempah tiga hotel |chalet. executive room. premier suite|

3.   Tuala muka Manchester warna merah

4.   Morocco Morocco Morocco. Marrakech. Tangiers.

5.   The last of three Kagi chocolates.

6.   The last of two Hanita Mini | Haselnusstafel

7.   Bersih berkilat-kilat kamar mandi Anemone

8.   Hershey's Dark Chocolate

9.   Werther's Original pereda Hypo

10.  Mulai surah Ar Rum

11.  Telur separuh rebus + lada sulah

Mawar putih ranggi berbunga | Serimuka pagi Pizza malam | Rindu itu indah ngelus nurani





10 Gembira Hari Ini

1.    Mawar putih beli malam tadi kembang berbunga

2.    Kuih Serimuka hijau sarapan pagi

3.    Nasi Kerabu Gulai Daging

4.    Nasi Goreng Thai sedap pedas

5.    Gaun Hello Kitty buat Zara

6.    Hujan lebat pukul 4:00 petang

7.    Telefon Bunda bual 80 minit

8.    Kenduri Pizza ihsan Safura

9.   Tiga tumblers buat tiga bambini

10.  T.r.a.n.c.e gamit rindu Brussel

11. Hari ini meriah grup Siti Hawa

12.  Mula mengisi tong air merah

13.  Gambar intan rumah Penylan

Tv Hari Ini

1. Sembang dengan Safura. Kami setuju juri MC Australia
    antara juri-juri siri realiti masakan paling cool di dunia.
    Tegur tanpa menghina. Memotivasi dalam gurau.

2.  |2013 British psychological thriller film|

    Tersinggah kerana oh London! London basah selepas hujan.
    Oh oh rindunya Brussel dan sedikit rindu pun Paris.
    Baru ku tahu dia itu French selama ini ingatkan British

Azure Lazuardi ku hari ini

Cinta itu indah namun indah itu bukan semesti bawa bahagia

Kalbu terpesona pada era tahun-tahun sebelum tahun ku lahir

Bunga mawar putih lewat malam The Gardens|MVC





10 Gembira Hari Ini

1.   Sepasu kecil bunga ros putih masih kudup

2.   Beg baru Cath Kidston warna biru lazuardi

3.   Satu set dua beg laundri Cath Kidston

4.   Tiga hooded sweater Uniqlo buat intan

5.   Satu T shirt kelabu buat intan hati

6.   Cappucinno cawan kuning Delectable

7.   Pasta with Pesto restaurante Italia

8.    Kopi Davidoff mug Gloria Jeans Coffee

9.   Creme Brulee Italia halus mulus

10.   Satu barangan baru Revlon

Tv Hari Ini

House Guest In The Sun -
Oh oh sudah habis sesi grup dulu

Info|bacaan hari ini

Khadijah H.a.n.i.m | Ruqayyah H.a.n.i..m

Petang hujan Keramat bawa pulang misai kucing ungu

Harum merah jambu basah selepas hujan singgah Kuala Lumpur


Sehari selepas petang berdua berpandangan kelibat Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. 28 April hari Selasa.

Malam tadi. Terlupa catat. Sebelum restoran Jalan 11 itu. Kami singgah satu kedai dua puluh empat jam berhampiran situ. Pesanan beli top up telefon bimbit Safura. Sebelum kereta sampai parkir di hadapan kedai gunting rambut hanya selang beberapa pintu dari kedai mahu dituju. Terlihat sesaorang melintas jalan di hadapan kereta biru kami.

" Eh tu macam Ramlee AM je. "

Lamalah juga menunggu suami. Sambil menunggu. Pandang memandang kedai gunting rambut orang India singgahan selalu suami dan putera mahkota. Suami kita mana-mana pergi pun. Tetap cari kedai gunting rambut orang India.

Teringat semasa kecil dulu. Dari sekolah rendah sampailah tahun-tahun awal sekolah menengah kami hidup bertiga tanpa ayah ibu. Su selalu menemankan Johan pergi kedai gunting rambut. Selalunya sementara menunggu. Su baca majalah bertulisan Tamil. Bukan baca pun. Hanya tengok gambar filem-filem Tamil. Kalau Indian Movie News. Ada segmen filem-filem Hindustan. Filem Hindustan separuh majalah. Filem Tamil separuh majalah.

Datang suami. Teruja member bercerita tadi bersembang sebentar dengan Ramlee AM. Suami kita cerita pada Ramlee tentang pergi Pesta Buku Kuala Lumpur tempoh hari tidak sempat bertemu novelis itu.

" Ramlee bagitahu dia ada kat pesta buku tu sampai pukul tujuh. "

" Itu laa.. Ikut jadual. Diaorang kat situ sampai pukul tujuh.

Cerita kawan itu. Ramai betul orang bah. Orang surut saja aku cabut.

" Tahu dah malam-malam dia jemput anak dia kat tuisyen tu. Kalau nak minta dia sain buku. Lepas solat Isya' pergi laa situ. Tak boleh letak dalam blog nama tuisyen tu. Bahaya. "

Sepetang UIA Kuala Lumpur dari jendela kereta sebelum singgah Keramat


Sepatutnya petang semalam Su pergi rumah Shimah. Berjanji dengan Shimah mahu pergi rumah Shimah seawal petang semalam. Tiada kenderaan. Safura pergi pejabat pos. Lalu hari ini merealisasikan perjalanan tertangguh semalam. Semalam Safura ambil bungkusan dari pejabat pos.

Dua orang tuan puteri kami. Lima tahun kebelakangan ini. Selalulah dengan aktiviti shopping dan menjual barangan secara online. Masa mula-mula dulu. Selalulah kita ini menunggu di tingkat bawah pada hari-hari jangkanya sampai bungkusan. Kini malas lagi. Malas tunggu.

Selalunya selesai urusan berkebun dan kemas dapur dan apa-apa di tingkat bawah. Kita berehat di tingkat atas sebelum tengah hari. Jadi selalulah posman tinggalkan kad nota ambil bungkusan di pejabat pos.

Sedari awal tahun ini Su mulai melazimkan diri dengan tiga solat hajat selepas solat sunat pagi. Walau bagaimana penat sekali pun. Su tidak tinggalkan satu solat sunat hajat ini. Kurang sebulan selepas solat-solat hajat ini. Januari lalu kami suami isteri di Bogor. Su terima berturutan emel dari Shimah. Ada empat pelawaan perjalanan kalau Su mahu ikut sama. Bulan September pergi London. Bulan Mac pergi Padang. Bulan Julai pergi Korea singgah Vietnam. Satu lagi perjalanan. Hujung tahun ini.

Mulanya berkira-kira mahu pergi Padang. Bagaimanapun perjalanan itu hanya sebulan dua selepas Bogor dan Jakarta dan Sandakan. Baca itinerari wisata. Memenatkanlah juga. Sebelum Bogor itu baru pulang dari Melbourne. Berderetan penat berkumpul. Lalu tangguh dulu pergi Padang. Lagipun Julai ini mungkin pergi Jakarta lagi. September itu. Sukacita kalau dapat pergi tetapi perlu menimbangkan itu bulan Ramadhan. Juga Muhammad Idris bulan itu menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Korea dan Vietnam. Sedang timbang-timbangkan. Perjalanan bulan November sampai Disember itu. Itu sudah bulat hati.

Sujud syukur pada Ilahi. Kurang sebulan solat hajat. Sesungguhnya Allah subhanahuwataala itu Maha Mendengar.

Perjalanan petang ini pergi rumah Shimah. Berkaitan perjalanan hujung tahun ini InsyaAllah semoga diperkenankan Allah subhanahuwataala. Pada yang lama mengikuti cerita sanubari ini dan faham perjalanan itu pergi mana. Doa-doakanlah. Mulanya Su pergi seorang ikut rombongan Shimah. Alhamdulillah kini suami terbuka hati mahu ikut sama.

Misai kucing ungu petang hujan Keramat


Selepas solat Zohor sebelum pergi rumah Shimah. Singgah kampus U** dulu. Safura berurusan pembayaran denda lima puluh RM berkena mengena dengan hal kolej kediaman. Su tunggu dalam kereta. Kereta biru gelap menghadap pemandangan meredup mata sebagaimana tertera pada gambar nombor dua. Menurut Safura. Semasa cuti ada orang luar menginap di kamar itu tidak tutup lampu. Sudahnya mereka penghuni kamar itu kena bayar denda.

Sampai Keramat berhampiran rumah Shimah. Hujan mulai turun renyai-renyai. Sebelum lebih jauh ronda dan tawaf. Su telefon Shimah tanya arah. Kali akhir pergi rumah Shimah. Tiga tahun lepas.

Kali akhir datang perumahan situ. Tahun lepas. Hadir Jamuan Eidulfitri sahabat dulu sama sekolah di Melaka. Sahabat ini kini hilang khabar berita ramai mencari selepas khabarnya bermasalah suami bercinta dengan pembantu rumah berasal dari seberang. Suaminya senior lebih sepuluh tahun dari kami. Bukan muda pun lagi.

Shimah minta kami tunggu situ. Kami tunggu di hadapan satu rumah tadika. Tadika nama wanita Melayu. Shimah datang menjemput. Ekori kereta krim Shimah. Oh dekat saja rupanya dari situ. Selalunya kami terbiasa pergi lalu Jalan Jelatek dari Ampang. Hari ini lalu simpang lain dari lebuhraya. Terpusing ronda tawaf sana sini. Dulu kalau pergi rumah sepupu. Pun selalunya terpaksa tawaf sana sini.

Lalu lorong nama burung sedikit menuruni bukit hujungnya dulu rumah sepupu Su kini sudah terjual rumah itu bila sepupu perempuan ini beli rumah di Bangi.

Pesan kita pada Safura. " Ingat lain kali kalau kita datang sini. Dari depan tadika tadi. Simpang kiri lalu kedai. Simpang kanan. Simpang kiri turun bukit. Simpang kanan simpang kanan lagi. Simpang kiri simpang kiri. "

Waduh berbelit-belit berapa banyak simpang. Sebagaimana kata Shimah. Memang ramai mengadu susahnya cari rumah Shimah ni. Walhal ini bukan kali pertama Su pergi situ.

Alhamdulillah bertemu lagi berpandangan mata. Sahabat sedari umur Su tujuh belas tahun. Antara sahabat paling tahu tentang cerita hidup kita ini. Bukan cerita masa kini. Cerita masa lalu.

Hujan semakin deras lebat kala kereta sampai di hadapan rumah Shimah. Shimah datang memayungkan kita dari kereta. Hanya dua orang cahayamata Shimah di rumah. Seorang ralit dengan laptop. Seorang lagi ralit dengan komputer desktop. Anak perempuan menghadap laptop. Baru selesai kursus matrikulasi.

" Cadangnya nak pergi mana selepas ni? "

" UKM. Kursus Kejuruteraan. "

Anak lelaki guna komputer. Baru bersekolah rendah. Manakala anak lelaki paling bongsu. Baru darjah satu ke dua. Lupa. Antara ramai sahabat karib lebih kurang sama umur. Su saja yang tiada lagi anak kecil. Intan payung putera mahkota. Itulah anakanda paling kecil. Sebelum ini. Tidaklah tersangka itu yang bongsu.

Hanya selang dua pintu dari rumah Shimah. Rumah sahabat karib sama sekolah menengah di Melaka. Malah kami sama sekolah sedari zaman bersekolah rendah di Taiping. Setiap hari kami berseiringan berjalan kaki pergi sekolah kerana kami hidup berjiran. Kali akhir Su bertemu mata dengan sahabat seorang doktor perubatan ini. Kenduri kahwin puteri sulung. Ini bukan sahabat yang suami buat hal itu. Ramai lagi sahabat dulu sama sekolah di Melaka rumahnya sekitar sini.

Dua tahun lepas. Kami suami isteri hadir jamuan Eidulfitri alumni sekolah lama kami di Melaka di rumah seorang sahabat di sini. Pertemuan pertama kali dengan ramai selepas berpisah selepas tingkatan tiga. Kalau sahabat sama sekolah di Pahang. Ramai di Bangi. Sahabat-sahabat Aberystwyth dari dua dekad. 80-an dan 90-an. Ramai di Bandar Baru Bangi.

Solat Asar di rumah Shimah. Kamar tingkat bawah. Minum secawan kopi O panas. Kopi dalam cawan warna coklat kopi. Sesekali minum kopi panas. Hari hujan pula. Terasa lazat mereda penat.

" Dulu malam Su** datang masa pergi rumah sepupu Su** tu saya tak de kat rumah "

" Sepupu tu dah jual rumah tu. Dia beli rumah di Bangi. Dua tahun lebih dah. Rumah dia tu dekat dengan rumah MP Kulim dulu lawyer sekian-sekian orang. Apa nama dia. Lupa laa.. Muka ingat. "

" Oh yang selalu naik motor besar tu? Zulkifli ******. "

Pulang sebelum pukul enam berbekal sepasu pokok misai kucing warna putih, seperdu pokok bunga misai kucing warna ungu, beberapa kuntum bunga waterlilies. Lupa apa nama bunga hidup terapung atas air ini dalam bahasa Melayu. Bukan bunga teratai. Juga satu beg buah mangga segar hasil tanaman Shimah. Sempatlah lagi bergambar-gambar. Bukan selalu bertemu mata walaupun kerap berhubungan samada menelefon atau beremel-emelan.

Lalu satu bangunan besar tepi lebuhraya.

" Orang muka hero sinetron Indonesia yang dulu suka kat Mak masa kat I** tu. Dulu dia kerja kat sini laa.. Rumah dia pun dekat-dekat sini. Baru-baru ni Mak terjumpa blog dengan Buku Muka dia. "

" Kawan-kawan I** Mak ramai betul rumah kat sini. Macam berkampung kat sini. "

Sampai Bandar Baru Bangi. Perjalanan sepatutnya lebih kurang tiga puluh lima minit sudah jadi hampir satu jam lama kerana kesesakan lebuhraya waktu orang pulang dari pejabat. Pun begitu sampai bandar kediaman sebelum pukul tujuh. Telefon suami. Jom minum kopi di restoran sekian-sekian. Restoran Nasi Kukus. Suami kita pergi dulu. Berbasikal dari rumah. Restoran ini hanya sepelaung dari rumah. Masih satu seksyen. Bandar Baru Bangi pun baru lepas hujan.

" Orderkan Su Teh O Limau panas. "

Sampai restoran. Suami kita sudah sedia menjamu selera. Makan Meehoon Sup. Su makan Mee Goreng. Safura makan Kuetiau Goreng. Beli bungkus dua ketul Ayam Goreng Kampung buat Suraya malas keluar rumah kerana penat baru pulang dari kerja. Suraya sudah seminggu berlatihan praktikal.

Azan Maghrib berkumandang. Suami kita pulang dulu. Suami terus pergi surau bukan pun jauh dari situ. Su dan Safura menghabiskan makanan. Tuan punya restoran mejanya di belakang meja makan kami. Pun bangun meninggalkan meja bila azan berkumandang. Lelaki berumur mungkin lewat 60-an itu. Sebelum itu ralit menghadap komputer. Intai lihat apa dibaca tokeh itu. Satu forum maya. Antara aktiviti dunia internet. Antara teramat-amatlah jarang kita singgah. Memana forum dan sesi sembang maya. Lebih gemar pada apa-apa berkaitan baca membaca.

Alhamdulillah sampai rumah sebelum pukul lapan malam. Alhamdulillah syukur dengan perjalanan petang ini. Perjalanan ambil borang. Pada yang tulus hati mengenangkan diri ini. Tolonglah doa-doakan semoga tercapai hajat Su berperjalanan nan satu ini. Semoga doa-doa itu pun terkembali semula makbulnya buat orang yang berdoa.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Mimpi-mimpi cuti summer Melbourne Disember 2008

Rose putih wangi summer Melbourne | 365 beautiful days | 5.12.08




1. Beberapa bulan sebelum Disember. Bulan Ramadhan lalu. Mimpi kami sekeluarga di rumah pasangan anakanda di Melbourne. Mimpi Safiyyah rampas coklat dari ibu. Mimpi Safiyyah demam. Panggilan telefon dari Melbourne sehari selepas mimpi itu. Safiyyah memang demam. Baru tahu. Makanan kegemaran Safiyyah yang terkini. Suka makan coklat. Baru tahu. Safiyyah kenal coklat pada usia lebih awal dari usia semua cahayamata Su mula makan coklat. Semua cahayamata kami hanya diperkenalkan dengan coklat pada umur mula sekolah.

Masa itu. Masa dengan cerita mimpi itu. Tidaklah terfikir bakal pergi Melbourne lagi tahun ini. Selepas kunjungan hampir sebulan pada bulan April lalu. Malah dalam satu entri berkisah mimpi itu. Tercatat tulis. Saya malas pergi Melbourne kalau terpaksa pergi pada hujung tahun ini bermusim panas Melbourne. Penat pergi Melbourne April lalu pun masih belum hilang.

Ternyata kini mimpi itu benar. Saya pergi Melbourne lagi. Hanya lebih kurang tiga bulan setengah selepas mimpi berkumpul ramai di Melbourne itu. Tiga bulan selepas mimpi Safiyyah makan coklat itu. Hanya tersedar Su bakal pergi Melbourne lagi hanya pada hujung November lalu.

2. Beberapa hari selepas mimpi pertama. Selepas mimpi Safiyyah makan coklat itu. Mimpi kami sekeluarga pergi Melbourne lagi. Mimpi kami dan pasangan anakanda dan Safiyyah menaiki bot besar dari negara China pergi satu bandar dalam negeri Australia sampai Melbourne. Mimpi Safiyyah mengintai memandang haiwan di dalam laut dari tepi pagar penghadang ruang legar bot.

MasyaAllah terkedu syukur. Cerita dalam mimpi itu sudah terlihat di hadapan mata. Kami dan pasangan anakanda pergi Adelaide. Satu bandar lain Australia selain Melbourne. Kunjungan pergi Australia ini selepas lima bulan kunjungan kami suami isteri wisata negara China. Benarlah kami menaiki bot besar. Bot besar sebenarnya feri. Benarlah wisata feri ini selepas satu bandar lain Australia. Feri dari Sorrento pergi Geelong hanya beberapa hari sepulang kami dari Adelaide. Benarlah wujud pagar penghadang dek feri sebagaimana di dalam mimpi. Benarlah Safiyyah mengintai pandang ikan-ikan dari feri. Ikan dolphin dan ikan pari.

Seram dan seriau melihatkan pagar penghadang sebagaimana di dalam mimpi itu. Berkali-kali mengingatkan tiga anakanda supaya berhati-hati bila mendukung Safiyyah di tepi pagar feri menghadap laut. Kekadang mimpi-mimpi kita merupakan peringatan mengingatkan supaya kita berwaspada.

Mimpi menaiki bot besar pergi Melbourne itu. Su berbual-bual dengan satu keluarga berketurunan Cina. Sudahnya di hadapan mata. Su berbual dengan satu keluarga Cina Malaysia semasa beratur mahu check in sebelum terbang pergi Melbourne. Tarikh haribulan kami terbang pergi Melbourne dan tarikh haribulan kami terbang pulang dari Melbourne. Sama haribulan.

Peristiwa mimpi kini terbentang nyata cerita di hadapan mata. Mimpi-mimpi jadi nyata. Makanya insaf terkesima. Kunjungan dan kisah wisata Melbourne pada summer bulan Disember ini. Memanglah sudah tersurat sedari awal. Sudah berketentuan cerita dari Ilahi. Tahun 2008 ini kita pergi Melbourne dua kali.

3. Selepas mimpi menaiki feri itu. Mimpi Su dan suami pergi Melbourne. Kali ini kerana urusan kerja suami. Kami tinggal di hotel mewah. Turut bersama kami dalam rombongan ini. Beberapa orang pembantu penyelidikan suami. Mungkinkah kunjungan pergi Melbourne lagi selepas ini kerana urusan kerja suami. Ataupun mungkinkah sabatikal suami nanti memang pergi Melbourne sebagaimana sembang-sembang gurau kami.

4. Hari kedua Melbourne bulan Disember ini. Malam kedua cuti summer Melbourne ini. Mimpi hantu orang putih. Hantu perempuan ini pakai baju kurung Su sedang tergantung sidai pada langsir tingkap. Baju kurung warna krim emas hampir sama warna dengan rambut panjang tebal hantu orang putih itu. Su gantung sidai baju selepas basuh pada lewat malam. Gantung dengan penyangkut baju. Su halau hantu perempuan rambut lebat panjang perang emas sampai pinggang ini berlagu berang marah kerana mengganggu santai tidur Su. Marah bercampur rasa bimbang. Kata halau dalam bahasa Inggeris. Terjaga dari mimpi selepas dikejut Suraya. Pukul tiga pagi Melbourne.

Sebahagian dari kata dialog. Selepas melaungkan Allahuakbar! Go away! I don't love you. I love Noriah..

Noriah? Siapa Noriah? Siapa Noriah yang saya kasihi atau sayangi itu. Kelakar bila teringatkan kata dialog dalam mimpi ini. Mencicit lari hantu perempuan itu bila kita halau dengan marah. Peristiwa dalam mimpi itu. Lokasinya kamar Su sedang tidur. Masa dalam cerita mimpi. Sama masa dengan situasi malam Su sedang tidur dengan mimpi itu. Cerita dalam mimpi itu. Su marah ketika masih berbaring tidur di atas tilam pembaringan. Keadaan yang sama dengan situasi baring Su ketika bemimpi.

Suasana dalam mimpi itu. Malam suram kelabu gelap sebagaimana pukul tiga pagi menjelang Subuh musim panas Melbourne. Subuh seawal pukul empat pagi. Hantu lari terbang tinggi meninggalkan rumah pasangan anakanda. Lari terbang keluar ikut tingkap di mana Su menggantungkan baju kurung. Seolah-olah peristiwa dalam mimpi itu berlaku pada masa kita sedang tidur waktu itu.

Winter Jun tahun lepas. Bukan bermimpi. Bukan mamai. Jelas terang pada telinga. Su terdengar harimau mengaum perlahan menjaga pintu rumah. Harimau mengawal di hadapan pintu rumah. Kamar tidur Su hanya di sebelah pintu utama rumah pasangan anakanda. Tidak pun rasa takut. Tidak pun rasa seram. Hanya bercega juga tertanya-tanya. Harimau itu mengawal kerana apa. Musuh dan bahaya?

5. Beberapa malam sebelum Eiduladha. Malam hari wukuf sehari sebelum 10 Zulhijjah. Malam berniat puasa Hari Wukuf. Malam penat selepas petangnya jalan-jalan shopping pergi DFO Cheltenham. Mimpi kami sekeluarga mengadakan majlis pertunangan antara puteri kedua dengan seorang lelaki muda berketurunan bangsawan. Majlis bertema warna serba krim kuning keemasan. Majlis meriah sentosa. Lokasinya bagaikan istana indah gemilang. Pun begitu dalam mimpi itu sempat Su bertanyakan Suraya. Sudahkah Suraya bulat hati dengan keputusan ini. Lagipun lelaki itu tinggi darjat. Bukan sembarangan orang.

6. Beberapa malam selepas Eiduladha. Su bermimpi Su dan Suraya berjalan-jalan di Melbourne. Kami lalu tepi satu rumah sedang berkenduri kahwin. Sesaorang tegur beritahu. Tengok tu.. Ada ular kat tepi rumah kenduri kahwin tu. Terpandangkan seekor ular besar berbelang putih dan hitam berlingkar tepi pagar rumah kenduri. Tiba-tiba ular senyap diam ini terbang melayang kepada kami. Ular ini terdampar di atas rumput hijau terbentang luas di hadapan kami. Rumah-rumah orang putih Australia di sekeliling kami. Rumah-rumah berlaman indah berkembang bunga berwarna-warni. Kepanikan takutkan ular besar itu. Kami cuba lari tetapi terhadang oleh pagar-pagar tinggi. Pagar batu rumah-rumah lawa mengelilingi laman hijau. Terjaga sebelum sempat lari. Kus semangat.

Siang selepas malam bermimpi ular besar itu.

" Dua kali Mak mimpi fasal kenduri kahwin kat Melbourne ni. Mimpi ular maknanya orang nak masuk meminang. "

" Mak yang mimpi ular. Bukannya Adik yang mimpi. "

" Dulu hari pertama Kakak terbang pergi Melbourne. Malam Kakak terbang tu. Mak mimpi ular. Ada pembaca blog Mak komen. Mak nak dapat menantu ke? Tiga kali ke selepas tu. Tahun yang sama. Mak mimpi ular besar senyap-senyap pandang kita. Mimpi ular besar bersembunyi diam dalam kolam. Mimpi ular warna hitam putih. Sekali memang pun Kakak jumpa jodoh kat Melbourne ni. Agaknya hari pertama Kakak sampai Melbourne, Abang Naza dah mula pandang-pandang Kakak kot.. Ni mimpi-mimpi masa kita kat Melbourne ni. Jodoh Adik tengah tunggu kat Melbourne ni ke? "

" Kahwin dengan orang putih Australia? "

" Tak semestinya. Dengan mana-mana abang-abang doktor kawan Abang Naza ke. Kawan-kawan Abang Naza ramai tu yang belum ada calon. "

" Dengan sape? *** tu? Hii.. Tak mahu lah. Dahlah tak hensem. "

" Apa ada pada hensem. Ke masa Adik kat Melbourne ni. Ada orang kat Malaysia tengah merancang nak meminang Adik. Mimpi Mak selalunya betul Adik. "

" Kakak kahwin dua tahun selepas Mak mula mimpi ular. Maknanya Adik kahwin dua tahun dari sekarang lah. "

" Tapi kenapa mimpi-mimpi tu masa kita kat Australia? Mesti maksud mimpi ni berkena mengena dengan Australia. Ke nanti suami Adik sambung belajar ke Australia. Atau Adik sambung belajar sini. Jumpa jodoh kat sini juga. "

7. Malam mimpi hantu orang putih. Sebelum muncul hantu orang putih dalam mimpi. Mimpi suami kita dengan kawan-kawan sekerja penyelidikan. Satu lokasi singgah di pinggiran hutan. Gamaknya semasa kita di Melbourne. Suami keluar kerja lapangan. Lokasi kerja berhampiran hutan.

8. Mimpi terima panggilan telefon dari Ayahanda. Sebagaimana di luar mimpi. Dalam mimpi itu. Su kurang selesa dengan panggilan dari Ayahanda. Malas sambut telefon dari suami. Suami hulurkan telefon. Sudahnya bertukar tangan ganggang telefon. Belum pun sempat bersepatah kata. Terdengar jeritan kuat Ayahanda memanggil M****. M**** nama timangan Su dikalangan keluarga. Jeritan bagaikan dari dalam ruang kamar. Terjaga dengan seakan bersisa gema panggilan Ayahanda ini. Ayahanda kurang sihat?

9. Mimpi pergi Kinabalu. Berpandangan kelibat adinda bongsu suami. Terjaga dari mimpi ini. Penatnya badan. Usai berkelana malam dari Melbourne pergi Kinabalu.

10. Mimpi kami sekeluarga berwisata menginap satu rumah besar kurang pasti lokasinya di mana. Malaysia atau Melbourne. Rumah banglo gemilang agam warna putih biru. Serba besar lapang. Kamar mandi besar dengan tema warna putih. Terlihatkan mangkuk tandas warna putih. Satu tangga menuju tingkat atas di satu sudut kamar mandi besar luas ini. Terjaga dengan rasa mahu pergi tandas. Pukul tiga pagi Melbourne.

11. Mimpikan sahabat karib dulu berjiran sebelah rumah di Kajang. Mimpi sahabat ini pakai tudung warna coklat. Sahabat ini menyapu dedaun kering di halaman rumah.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Selepas dua minggu summer Melbourne dan Adelaide

Mewah kuntuman ros summer Adelaide | 365 beautiful days | 10.12.08


Masih di bumi Melbourne lagi..

Masih di Melbourne lagi. Waima sudah pun menghampiri hujung kunjungan buat kali ini. Gembira kerana bakal bertemu intan payung nan seorang itu. Namun sedih kerana bakal berpisah lagi dengan Safiyyah. Pun begitu tetap mengira hari mahu pulang. Walaupun sudah mulai terasa bagaimana penat bakal menunggu. Sesampai Malaysia nanti. Sehari selepas sampai Malaysia. Bermulalah pula cuti yang lain. Kali ini cuti keluarga bertiga saudara.

Mei lepas. Hari sesampai Malaysia dari Melbourne. Su pergi Kota Bharu. Awal pagi sampai Kuala Lumpur. Tengah harinya beransur pergi Kota Bharu. Sampai Kota Bharu selepas pukul dua belas malam. Kali ini. Berulang cerita hampir sama. Hanya kali ini pergi pantai timur sehari selepas sampai dari Melbourne. Kali ini bukan Kelantan. Pahang dan mungkin Terengganu. Selepas itu. Bermula pula kerja-kerja bersabit urusan pengubahsuaian rumah.

Kembali kepada cerita masih di Melbourne ini.

Alhamdulillah dua minggu di Melbourne ini suhu selesa nyaman bagaikan musim autumn tanpa desiran pawana dingin. Alhamdulillah kesihatan pun tidaklah sampai menyusahkan percutian walaupun demam flu bermula sehari sebelum Eiduladha sampailah Hari Tashriq ke tiga. Demam teruklah juga. Lama tidak demam flu sebegini. Sengal-sengal bisa hampir seluruh badan. Semakin teruk demam bila berubah suhu persekitaran daripada suhu dingin Melbourne kurang 20 Celcius kepada suhu panas Adelaide.

Aktiviti setakat dua minggu ini

1. Jalan-Jalan wisata Cranbourne Botanical Garden. Kalau Royal Botanical Garden Melbourne berseri-seri dengan taman-taman bunga dan danau, Taman Botanikal Cranbourne ini meluas dengan taman landskap hutan semulajadi sebahagian besar negeri Victoria. Terutamanya tanah Bushland.

2. Pergi Pantai Hastings. Pantai berpandangan kawanan pelican putih merah jambu lepas bebas lawa.

3. Pergi Pantai Frankston berhampiran lokasi hospital tempat kerja pasangan anakanda.

4. Berulang pergi DFO [Direct Factory Outlet] Moorabbin. Menemankan tuan puteri berulang shopping baju dan sepatu dan beg. Juga buku. Juga minyak wangi dan toiletries. Juga itu ini lagi. Su pula kalau shopping sini. Lebih kepada mencari souvenir buat orang di Malaysia.

5. Solat Eiduladha di kampus Universiti Monash. Alhamdulillah. Selepas solat sunat hari raya di luar negara lebih sepuluh tahun lalu. Solat sunat Eiduladha dengan demam baru bermula.

6. Tiga hari Cuti-Cuti Adelaide. Terbang pergi pada Hari Tashriq pertama. Terbang pulang sini pada Hari Tashriq ketiga. Tidaklah sebagaimana Melbourne bersuhu dingin walaupun sudah bermula musim panas, Adelaide lebih hangat panas. Malam hari pertama kami sampai Adelaide. Malamnya payah melelap mata. Panas berpijar bagaikan baru lepas makan berkoyan-koyan lada hitam. Ingatkan kerana demam. Rupa-rupanya yang lain pun kepanasan. Walhal siangnya tidaklah berbahang sangat kerana masih bertiup angin samudera. Khabarnya bila bermula musim panas seawal Januari. Panas Adelaide lebih berbahang.

Lega kembali ke Melbourne. Matahari terang benderang namun berpawana bagaikan awal autumn.

Antara dua bandaraya Australia ini. Saya lebih suka Melbourne. Antara sebab utama. Cuaca mirip cuaca United Kingdom. Juga ciri-ciri istimewa Melbourne yang lain. Bandaraya menawan. Luas taman-taman tengah kota. Samudera bersinar-sinar biru nilam warna air laut bagaikan permukaan cermin permata berkilau. Permukaan laut Adelaide. Lebih kurang sama dengan laut Malaysia.

7. Hadir dua jemputan jamuan makan meraikan keluarga pelajar datang dari Malaysia. Bulan ini ramai ibu bapa pelajar Malaysia berkumpul di bandaraya ini. Bersempena dengan hari konvokesyen universiti-universiti di sini.

8. Berkeretapi dengan Suraya pergi city dan Queen Victoria Market. Sembang kita selalu bila berkeretapi sini. Tren sini kotor. Lantai kotor. Kerusi pun kadang-kadang kotor dengan bekas makanan. Tak macam tren kita. Bersih sentiasa. Kat tepi rel tren sini. Sampah sarap bersusun.

Satu lagi bebelan saya selalu di bumi Australia ini. Tandas sini kotor. Tandas dalam mall besar pun kotor. Tandas kat airport pun kotor. Kalau kita hanya pernah sampai UK. Mungkin kita ingat semua orang putih pembersih macam orang putih UK sana..

Bagaimanapun satu kelebihan sini. Pergilah mana-mana simpang pun. Mudah terjumpa bangunan tandas ataupun lokasi tandas. Hatta tepi jalan kota. Tandas-tandas comel tepi jalan. Kebanyakan bangunan tandas sini berseni bina meriah ceria. Sesetengahnya berwarna-warni. Juga setiap tandas mesti ada tandas buat OKU. Selalunya kami guna tandas OKU ini kerana tandas OKU menyediakan sinki kecil.

Juga taman-taman awam dan kawasan taman-taman perumahan sini. Puratanya lebih bersih kemas dari Malaysia. Kalau dibandingkan dengan seluruh Malaysia meliputi segala ceruk negara. Sini jauh lebih bersih.

Juga pertama kali dalam hidup saya ini. Pengalaman menaiki pesawat berkelibatan dengan sampah di atas lantai. Pesawat dari Melbourne pergi Adelaide. Boleh lantai pesawat meriah dengan sampah.

" Kalaulah kita tak naik kapal terbang lain selain daripada kapal terbang Malaysia. Kita tak tahu betapa bersihnya pesawat-pesawat negara kita. Kita tak tahu baguslah lagi layanan kaki tangan pesawat kita. [Kecuali bab terlebih pemurah dengan mengusung sana sini bertanyakan sesiapa mahu minuman keras itu]. Ini bila penumpang keluar dari pesawat. Mana ada ucapan Terima kasih jumpa lagi dan sebagainya. Diaorang boleh bersembang sesama sendiri bila kita semua lalu depan diaorang masa nak keluar dari pesawat. "

" Patutlah pun syarikat penerbangan kita selalu menang anugerah. "

Puteri sulung mengomen itu pesawat murah Australia. Komen kita. Pesawat AA itu pun bersih.

" Pramugari-pramugari pakai sexy tu usung plastik sampah hitam lagi minta sampah. "

Pengamatan saya setakat ini. Setakat empat kali berulang datang sini. Orang Australia suka bersembang. Peramah dan relaks. Mudah tersenyum mesra dengan orang asing.

" Orang Australia ni kuat merokok? Sana sini banyak betul pontong rokok kat tanah. Sesetengah premis dan taman. Kat celah rumput. Pontong rokok sesaja. "

9. Isnin ini jangkanya kami Jalan-Jalan Mornington Peninsula. Wisata menaiki feri dari Sorrento pergi Geelong. Pernah sampai semua lokasi itu tetapi bukan pergi menaiki feri. Tahun 2006 pergi Philip Island dan Gippsland. Tahun 2007 pergi Portsea, Mornington Peninsula. April 2008 lalu. Susuri Great Ocean Road begitu indah nian pemandangan laut dan pantai memukau menawan mata. Antara pemandangan laut dan pantai paling indah dalam dunia pada mata ini. Disember ini. Pergi Adelaide.

Beberapa bulan lalu. Mimpi kami sekeluarga menaiki bot dalam negara Australia sampai Melbourne. Harap-harap semuanya selamat sepanjang berferi besar ini. Ini memandangkan minggu ini cuaca awal summer Victoria sentiasa dengan hujan petang.

10. Lusa. Mungkin berkeretapi pergi city lagi dengan Suraya. Samada bawa Suraya pergi Pantai Brighton atau bawa Suraya pergi State Library of Victoria. April lepas. Su bawa Safura melawat perpustakaan ini. Tujuan utama kami masa itu. Lawatan melihat pameran tentang sejarah buku dunia. Itu antara wisata paling menyenangkan pada cuti Melbourne April-May lalu.

Juga bercadang bawa Suraya shopping di Bourke Street Mall. Bukanlah mall dalam bangunan. Satu jalan bukan panjang dengan kedai-kedai jenama utama di sepanjang kiri kanan jalan. Jalan tiada kenderaan lalu kecuali tram.

Tahun lepas di jalan ini. Ada wanita warga emas orang putih datang minta sedekah dua dolar. Siang tadi. Stesen Melbourne Central. Ada lelaki muda orang putih datang minta duit mahu beli makanan ketika kami berdua sedang makan tengah hari di satu kedai makan Lebanon. Orangnya muda belia tanpa cacat atau sakit.

11. Kedai-kedai buku Borders. Antara buku-buku paling popular buat masa ini di sini. Buku terkini Jamie Olivers [Ministry of Food]. Buku Nigella Lawson [Nigella Christmas Food]. Buku terkini Donna Hay. Novel Twilight. Buku Biografi Heath Ledger. Buku Cook's Bible. Ada beberapa buku lagi. Kebanyakannya buku-buku comel lawa sesuai sebagai buku hadiah Hari Natal.

12. Sembang April lepas dengan Safura.

" Baby teka. Apa perkara di Malaysia yang paling buat Mak tak sabar nak balik. "

" Idris? Katil sendiri? Internet? Makanan Malaysia? Tv Malaysia? Habis apa? "

" Katil tilam sendiri tu antara sebab utama. Tapi nombor satu. Tak sabar nak balik Malaysia. Tandas ada paip. "

Bulan Disember ini. Ulang soalan yang sama pada Suraya. Juga pada Suraya. Pun itu sebab utama seronoknya bila pulang Malaysia nanti. Tandas ada paip air. Semua tandas di kediaman kami. Semuanya dengan paip berhos getah di sebelah tepi mangkuk tandas. Kita lebih gemar guna hos getah dari hos semacam di tandas-tandas hotel itu.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Baju oren merah + anggur hijau + Nasi Padang | Alamanda Putrajaya dua hari sebelum raya


Alamanda ungu merimbun meneduh tanah sepetang Putrajaya
Originally uploaded by Ssuriha

29 September 29 Ramadhan dua hari sebelum 1 Syawal

Sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah belum pernah sekali pun berperistiwa terlewat bangun tanpa sempat bersahur. Pun begitu semalam pagi berkategori terlewat bangun bersahur. Bagaimanapun Alhamdulillah masih sempat bersahur. Hanya sempat minum air memang sentiasa tersedia di atas meja tulis tepi katil. Kepenatan selepas sepetang semalam sebelum itu ronda-ronda Jalan Tuanku Abdul Rahman. Hanya terbangun bila Suraya datang bertanya di muka pintu. Mak tak mau sahur ke? Lebih kurang sepuluh minit sebelum azan Subuh.

Kadang-kadang Su turun pergi dapur terkemudian sedikit selepas ahli keluarga lain turun. Pagi semalam tiga ahli keluarga memikirkan Su akan turun kemudian. Sudahnya tidak turun-turun sampai hampir Subuh. Memang tidur mati kerana kepenatan teramat.

Pagi ini pun bangun sedikit terlewat daripada selalu. Tiada lauk buat makan dengan nasi. Semalam tiada singgahan Pasar Ramadhan. Minta Suraya gorengkan Telur Mata Lembu. Masakan telur kegemaran masa kini. Telur Mata Lembu siram kicap. Suami selalu sebut masakan telur ini Telur Mata.

Idris pula sama seperti semalam. Idris semakin demam hanya bersahur dengan air dibawa ibu.

Sepagi ini Idris semakin demam. Panas badan. Sesekali ibu datang lap badan dan lekapkan satu tuala kecil basah pada dahi Idris. Tuala basah menyelimuti dahi dan kiri kanan pipi.

Kala mengurus Idris demam ini. Terfikir sendiri. Lama aku tak dapat pahala menjaga anak sakit. Idris pun lama tidak demam. Kalau sekolah rendah dulu. Idris selalulah juga demam.

Keluar rumah pergi Alamanda selepas solat Asar.

Tradisi tahun-tahun sebelum ini. Hari-hari terakhir Ramadhan. Hari pergi Warta Bangi Utama dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Asal rancangan. Hari ini berkira-kira mahu shopping baju kurung. Satu butik kegemaran di Warta Bangi Utama sana. Hari ini terpaksa pergi tukar seluar O*r*l*a*n*d*o Idris saiz XL itu. Badan pun mulai penat. Lalu tiadalah kali ini singgahan Warta.

Mulanya berkira-kira mahu minta suami saja pergi tukarkan. Bagaimanapun kini kita sudah sampai tahap malas lagi bertanya atau berkata dialog yang seangkatan. Malas mendengar jawapan mendengus atau seperti selalu. Jawapan dengan soalan. Jawapan kemungkinan sampai pada telinga. Kenapa kita pula yang kena pergi? Atau buat muka dek tanpa jawapan dengan muka tanpa perasaan.

Awal mula menulis dalam blog hampir sepuluh tahun lalu. Bukan Livejournal ini. Antara entri terawal. Kita mencatat cerita tentang bos dalam rumah ini. Kalau orang putih suruh itu ini. Alright. Alright lembut bahasa. Kalau orang Sabah tidak kiralah kawan atau saudara mara. Bah. Bah.. Kalau kawan dan teman. Okay. Okay. Kalau rakan sekerja. Baik. Baik. Baik. Kalau orang surau. InsyaAllah. InsyaAllah. Jawapan-jawapan berlebih kurang bersenang hati. No problem. Takde masalah. Kalau keluarga sendiri. Jawapan berdengus keras suara keras wajah. Suruh itu! Suruh ini!

Masa itu. Anak-anak ketawa mengiyakan bila baca catatan itu. Gamaknya sudah penat disuruh ramai orang di luar sana. Sampai pada permintaan keluarga. Habis sudah sabar mendengar suruhan. Member berkategori susah beri jawapan No kalau dengan orang bukan ahli keluarga. Bagaimanapun kini dari pengamatan kita. Member sudah mulai berani bertegas. Sepeningkatan dengan pengalaman.

Berbeza dengan kita. Walaupun rapat atau dekat di hati. Su tetap boleh bertegas berterus terang beri jawapan tidak kalau benar-benar kurang mampu beri jawapan ya. Kita ini bukan jenis berpura-pura memaniskan muka dalam terpaksa. Terutamanya kalau sesatu jawapan itu perlu mengambil timbang bicara kemaslahatan seisi keluarga. Hanya dengan umur semakin meningkat ini. Jawapan tidak itu bernada lebih berlembut menjaga hati. Kalau masa muda dulu. Jawapan pantas tegas terkadang itu teralpa menimbang kalbu.

Kembali kepada cerita semasa seawal entri.

Pergi Alamanda selepas Asar. Pergi berdua dengan Safura. Kali ini suami malas ikut. Sama seperti semalam. Kami keluar pintu pagar kala suami sedang membersihkan laman. Sempat kita mengendeng kata tanpa menyebut perkataan buatlah begitu. Sekadar mengingatkan. Dedaun kering itu perlu dibungkus buang buat mengelakkan nyamuk bersarang. Terutamanya musim hujan begini.

Baru mulai selesa duduk dalam kereta. Selepas pasang tali keledar. Baru sedar. Bolehlah pula terlupa bawa beg O*r*l*a*n*d*o. Walhal itu urusan utama kenapa petang ini pergi Alamanda lagi.

Safura telefon Suraya. Minta Suraya hantar beg biru itu sampai muka pintu. Sementara menunggu Safura tunggu beg O*r*l*a*n*d*o. Suami berbual dengan sesaorang memandu kereta Mercedes hitam. Kereta hitam berhenti di belakang kereta kami sudah pun di luar pagar. Lamalah juga perbualan suami dengan kawan itu.

Beransur meninggalkan perumahan. Kereta hitam di belakang kereta kami. Kereta Ustaz Dr F beristeri dua. Rumah isteri pertama di belakang rumah kami. Rumah isteri kedua di jalan sebelah sana.

" Ustaz F tu. Dia kena lalu sini sebab jalan kat belakang sana dah tutup [dengan palang keselamatan]. "

Sampai Alamanda. Seperti semalam. Parkir biasa kami singgah itu bertanda penuh. Hanya kalau semalam tanda penuh seawal simpang. Kali ini tanda penuh pada pangkal parkir. Lalu seperti semalam. Pergi parkir bumbung.

Pergi kedai O*r*l*a*n*d*o mahu tukar seluar Idris. Pada Safura. Sudah pesan beritahu.

" Adik kata semua kat kedai tu hensem-hensem. "

Kita tambah lagi. Budi bahasa pun bagus. Berhemah sopan.

Sesampai kita di kedai O*r*l*a*n*d*o. Selepas beri salam. Selepas berjawapan salam. Kata pekerja semalam pertama kali jumpa di kioks kedai ini di hadapan pintu Carrefour.

" Oh nak ambil stokin? "

Rupan-rupanya semalam kami tertinggal stokin. Stokin krim Su beli buat suami. Atau stokin di atas kaunter bayaran itu terlupa dimasukkan ke dalam beg oleh pekerja yang Suraya kata paling hensem itu. Isy dia ini. Macam-macam silap kerja. Tidak periksa saiz baju. Tidak habis masukkan barangan pelanggan beli.

" Oh tak perasanlah pula tertinggal stokin. Patutlah semalam kat rumah cari-cari stokin tu tapi tak jumpa. Ni nak tukar seluar baju semalam. Baju saiz S tapi seluar saiz XL. "

" Semalam saya kejar juga nak bagi stokin ni tapi tak sempat kejar dah hilang. "

Jawap dalam hati. Semalam kami berkejar mahu cepat pergi surau.

Sementara menunggu pekerja itu ambil stokin dari kioks O*r*l*a*n*d*o di hadapan pintu Carrefour sana. Lihat pandang periksa kemeja. Cantik-cantik dan kemas baju. Berkenankan satu kemeja putih buat Idris. Telefon Idris. Tiada jawapan. Kemeja putih dengan bersusun penuh bunga mawar merah kecil warna merah pastel lembut. Kurang kelihatan bunga ros ini kalau dari jauh.

Sementara itu. Berbual-bual dengan seorang lagi pekerja mungkin berusia lewat belasan tahun. Berbual-bual santai tentang hari ini masih ramai shopping. Masih ramai belum pulang kampung.

Keluar dari kedai. Komen sesaorang itu senyum-senyum memuji tentang staf kedai. Staf pergi ambil stokin itu.

" Mak dah jumpa satu kedai baju lelaki yang bagus. Bolehlah datang sini lagi beli baju Idris. Semua baju harga tiga angka tapi cantik baju. "

Senyum-senyumlah yang seorang itu.

" Lain kali kalau Mak nak pergi lagi kedai tu. Pergi dengan Baby tau. "

Singgah Cold Storage hanya di tingkat bawah dari kedai O*r*l*a*n*d*o. Ini singgahan pertama Su CS Alamanda. Paling pertama. Cari anggur hijau. Pesanan orang demam. Seksyen dingin buah hanya di sebelah pintu utama.

Safura ditugaskan mencari penimbang berat digital sebagaimana tertera pada pamphlet jualan murah CS ini. Pusing ronda satu stor. Tiada kelihatan pun. Mungkin habis dibeli? Apatah lagi dengan harga semurah itu. Kurang seratus ringgit. Selalunya penimbang digital ini berharga lebih seratus ringgit.

Juga cari hamper hadiah kuih raya sebagaimana teriklan dalam pamphlet. Hanya tinggal beberapa hamper kurang berkenan pada mata. Berkira-kira mahu beli hamper kuih raya ini buat Bonda.

Juga kita ronda pusing memeriksa samada stor ini menjual minuman keras.

" Selalunya Mak kurang gemar singgah kedai ni sebab jual arak. Ni tak nampak pun. Tak jual kot. Sebab Putrajaya ni ramai Melayu. Macam Carrefour sini. Tak jual daging ba alif ba ya. "

Hanya beli beberapa bekas biskut. Beli barli boleh buat bubur. Bubur barli buat mereda panas orang demam.

Sampai kaunter bayar. Beli air mineral buat buka puasa.

Safura hantar dulu barangan ke kereta. Selepas itu kami terus pergi surau. Bagaimanapun masih sempat singgah satu butik beg tangan sebelah eskalator. Mata menenang pandang satu beg tangan kulit warna putih berharga dengan diskaun. Kurang masa buat membeli-beli. Sudah hampir Maghrib.

Sampai surau. Belum ramai orang. Kalau semalam tunggu lebih lima belas minit sebelum Maghrib. Hari ini pun tunggu lima belas minit.

Berehat duduk atas pangkin batu. Sebelah kami. Sekeluarga orang Arab. Ibu dalam keluarga ini. Solat Asar duduk. Sama seperti Su. Sakit lutut atau kaki.

Mulanya berkira-kira mahu solat duduk atas batu ini. Bagaimanapun di hadapan kami laluan ramai orang. Solat duduk atas lantai tepi dinding. Biasanya bila solat duduk atas lantai. Sakitnya menahan kaki dilipat. Terutamanya bila duduk tahyat akhir. Bagaimanapun kini sakitnya tidaklah sesakit kala ketika kaki ini mula sakit bulan April lalu. Alhamdulillah kini beransur sembuh. Tidaklah sesakit pertengahan bulan Mei lalu. Ini selepas herba dari Beijing itu. Hanya dengan izin Allah Subhanahuwataala. Ubat itu hanya asbab.

Selepas solat Maghrib. Masa makan. Meja semalam di hadapan gerai Teppanyaki. Makan seperti semalam. Nasi Padang. Safura pun. Hari ini bil dua orang. RM18. Kurang seringgit dari semalam kerana hari ini kurang sedikit lauk memenuhi pinggan kita. Kurang berbanding semalam.

Malam tadi nasi senduk sendiri. Hari ini kurang ramai pelanggan berbanding semalam. Nasi disendukkan pekerja kedai makan.

Selepas makan. Selalunya mesti singgah kedai majalah sebelah tepi Rasa foodcourt. Semalam angkut bersusun majalah. Malam ini angkut majalah lagi.

Kioks Famous Amos. Singgah beli Soft Cookies hanya buat tiga cahayamata.

Singgah sebentar Carrefour. Beli satu baju kurung kain benang hitam warna biru ungu gelap. Tema warna hari dua Syawal. Warna krim. Tema warna hari ketiga. Warna biru.

Sebelum pulang. Sempat beli beberapa bekas biskut dari satu kioks biskut. Beli enam kot bekas. Dapatlah tawar harga. Semalam beli tiga bekas biskut dari kioks ini. Tidak terfikir pula mahu minta kurangkan harga.

Seperti biasa. Kedai selalu singgah. Kedai jual majalah sebelah restoran Nasi Ayam sebelah kedai roti. Beli majalah lagi. Edisi selalu beli setiap tahun. Edisi Ramadhan dan edisi lebaran.

Sampai rumah. Suami tanya. Boleh tukar?

Berceritalah kita. Kisah malam tadi tertinggal stokin krim kita belikan buat suami.

" Tak perasan pun malam tadi tertinggal stokin ni. Mahal pula tu. "

Kalau sudah rezeki. Tiada kemana walaupun hanya sepasang stokin.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Pagi pertama Melbourne Autumn April 2008


Autumn rose bulb to brighten the day
Originally uploaded by Ssuriha

Hari Jumaat 11 April. Pagi Melbourne bersuhu mungkin lebih panas dari suhu 20 Celcius malam kami sampai Tullamarine. Terang benderang matahari pagi benua selatan. Segar udara berbayu autumn April.

Keluar merakamkan gambar matahari pagi dari anak tangga batu pintu kaca gelongsor menghadap pandang awan biru. Laman memanjang sepanjang belakang rumah comel setingkat berpandangan bumbung rumah-rumah berdekatan bersenibina bumbung negara empat musim. Laman belakang berpagar tinggi kayu nipis.

Kaki masih melecet sakit. Belum kering luka melecet.

Teringat Malaysia. Namun maksimumkan sanubari syukur lega bertemu lagi autumn. Autumn musim segar dambaan. Malaysia InsyaAllah bertemu kembali semula persada. Bukan pun lama sesekali bercuti terbang pergi. Melbourne entah bila sampai lagi.

Sarapan pagi makan roti dan sapuan coklat Nutella. Kopi O panas tanpa gula. Kopi Victoria.

Masak Nasi Lemak. Menunaikan hajat orang Melbourne itu. Mahu makan Nasi Lemak Malaysia. Nasi Lemak tanpa halia. Nasi Lemak guna santan dalam tin. Santan krim dari Thailand. Santan Siam tetapi importnya dari Malaysia.

Safura masak Sambal Ikan Bilis. Kalau masak Nasi Lemak. Su lebih gemar Nasi Lemak berlaukkan Sambal Ikan Bilis. Bukan ikan bilisnya digoreng berasingan dari sambal. Seingat-ingat Su. Su hanya mula kenal dengan nasi lemak dengan sambal berasingan ini hanya pada tahun-tahun zaman di Shah Alam. Panggilan kami orang dari luar Kuala Lumpur. Nasi Lemak Kuala Lumpur.

Pagi pukul sebelas. Santai dengan kamera. Keluar ke laman rumah dan kawasan satu pagar empat unit rumah. Dua unit rumah berkembar setingkat. Rumah berpagar depan batu-bata tanpa pintu pagar.

Malam tadi sesampai sini. Cerita Naza. Jiran sekeluarga orang Greek itu sudah pindah. Penghuni baru. Satu keluarga orang Korea.

Mengintai-ngintailah juga kalau-kalau terlihat kelibat jiran warga emas wanita Itali itu. Boleh sembang-sembang. Tahun lepas. Kalau sesekali bertembung pandang. Tiada perlu kita melambai memanggil. Auntie itu segera menggamit panggil kalau terlihat kita. Bual itu ini dalam bahasa Inggeris Australia masih pekat loghat Itali.

Rakaman gambar bunga mawar di hadapan rumah. Bunga mawar warna putih. Bunga mawar warna merah jambu lembut. Keunikan autumn winter Melbourne. Bunga mawar kembang ranggi segar sebesar mangkuk gulai walaupun bermusim autumn dan winter.

Tahun 2006. Kami wisata taman bunga ros Victoria di Werribee. Victoria State Rose Garden. Bunga mawar kembang mekar walaupun autumn dan winter. Tahun Su pertama kali sampai Melbourne ditemani putera hati.

Kata Su pada hari kami di Rose Garden itu. Selalu sebelum itu melihat gambar orang Malaysia Melbourne di taman bunga ros itu. Tidaklah terfikir sangka satu hari nanti kita sampai di taman yang sama.

Tahun 2007. Terpesona pada indah bunga mawar kuning berseri sebesar mangkuk di hadapan Shrine Of Remembrance. Rakaman gambar bunga mawar dalam hujan autumn. Berpayung-payung kita merakamkan gambar bunga mawar dalam hujan. Hujan selepas kami separuh hari di Royal Botanic Gardens Melbourne.

Berbeza autumn winter Melbourne dengan autumn winter Wales. Bunga mawar sebesar mangkuk gulai Wales hanya ranggi pada musim panas selepas Julai. Zaman di Aberystwyth itu. Musim bunga mawar. Su selalunya bawa kamera mencari taman berbunga mawar. Kalau Aberystwyth. Destinasi selalu. Taman di atas bukit berkota lama menghadap pandang laut.

Naza bekerja separuh hari pada hari Jumaat. Kerja tahun housemanship. Khadijah pula hari ini ambil cuti. Pulang Naza selepas pukul dua belas. Keluar semula menjelang Zohor solat Jumaat.

Safura gunting rambut kekanda. Sembang kami. Rambut Khadijah ikal lebat seperti rambut ayahanda. Ikal mayang lebat hitam. Rambut dua lagi puteri. Rambut keturunan ibu. Rambut Safura semasa kecil. Rambut colat keperang-perangan. Hilang perang bila semakin remaja. Adinda-adinda perempuan Su lain ibu. Rambut sedikit perang asli sampai kini.

Anakanda sulung Johan pun rambut perang masa kecil. Sampai ada orang bertanyakan Rozi. Hari Rozi selamat melahirkan anakanda sulung. Samada anakanda sulung Rozi itu berdarah campuran.

Cerita kita pada ahli keluarga mungkin berulang cerita lebih dari sekali. Cerita berkaitan rambut puteri sulung.

Satu masa dulu di Kota Kinabalu. Su dan puteri sulung hadir ceramah mingguan di surau universiti. Puteri sulung baru berumur tiga tahun. Kata seorang pelajar perempuan. Mana satu bapa Khadijah. Kata seorang lagi. Alaa yang rambut betul-betul macam rambut Khadijah ni.. Khadijah masa itu rambut atas dari paras bahu. Suami pula rambut masih kategori sedikit terpanjang dari rambut member masa kini.

Keluar ke taman belakang rumah. Tanam rambut baru lepas dipotong di bawah celahan rumput panjang sekali pandang seakan sayur kucai tebal. Kata seorang ustaz. Antara petua awet muda. Tanam rambut dan kuku selepas dipotong. Jangan buang merata.

Pukul dua belas Malaysia. Pukul dua Melbourne. Panggilan telefon dari suami. Suraya khabarnya demam. Gurau kami di sini. Demam tak dapat ikut pergi Melbourne?.. Hanya bergurau senda. Pun dalam hati ibu ini. Kasihan Suraya sebenarnya mahu ikut kerana rindukan Safiyyah.

Selepas solat Zohor. Kirim MMS gambar video Safiyyah pada suami.

Pukul lima petang waktu Melbourne. Suami menelefon. Member masih di pejabat. Pukul tujuh Malaysia. Suami tidak tahu bagaimana mahu lihat video MMS dengan telefon GPS baru beli. Kedengaran sayup-sayup suara seakan ada sesaorang membantu. Mungkin RA [Research Assistant]. Kata suami. Sebenarnya mahu cuba tengok video kiriman dari Melbourne tetapi terpicit call.

Sepanjang hari ini bersembang saja kami kalau bertiga dengan Safiyyah di ruang tamu. Ruang tamu bersekali dengan dengan ruang dapur dan ruang makan terbuka pandang tanpa dinding pemisah. Ruang dapur terpisah dari ruang makan dengan kabinet dapur.

Sembang bual macam-macam.

Satu hari dalam sehari ini. Kata sesaorang itu. Sesaorang itu bukan lelaki. Takutlah Malaysia kerana ramai orang jahat seangkatan pencuri dan peragut.

Komen sendiri di dalam hati. Alhamdulillah selama hidup saya di Malaysia ini. Alhamdulillah setakat ini belumlah pernah sekali pun lagi rumah kediaman saya dimasuki pencuri. InsyaAllah mudah-mudahan begitulah selamat selalu. Selamat sentosa selalu hendaknya dengan rahmatizin perlindungan Allah subhanahuwataala. Semoga catatan perenggan ini bukan berdugaan masin dengan catatan.

Walhal rumah anakanda di Melbourne ini. Sudah dua kali dimasuki pencuri orang putih. Dua rumah berbeza. Setiap rumah dengan sekali kejadian pencuri pecah rumah. Pencuri orang tempatan sini. Mungkin saja pencuri orang putih Australia. Hilangan barangan bukan murah.

Pada mata orang biasa seperti saya ini. Malaysia kita jauh lebih bagus itu ini dalam beberapa hal. Malaysia hari ini jauh lebih bersih. Kuala Lumpur jauh lebih bersih dari Melbourne. Malaysia lebih maju dalam beberapa hal.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Mimpi jingga sampai bukit tepian hutan


Jingga berseri Fraser Hill mempesona hati
Originally uploaded by Ssuriha

Lagi cerita mimpi. Lagi cerita Muhammad Idris.

Hari ketiga Idris di sekolah baru. Malamnya Su bermimpi. Mimpi Idris dimakan oleh satu kenderaan gergasi merupa bulldozer beraksi bagaikan raksasa. Konon-kononnya Idris sedang bersukan. Tiba-tiba disapu sedut bagaikan mesin penyedut hampagas menyedut Idris laju tersedut ke dalam badan kenderaan. Kenderaan berwarna oren.

Kawan-kawan sekolah Idris. Juga beberapa orang guru sekolah. Semua berlari-lari cemas memanggil pemandu kenderaan. Menjerit-jerit mengejar memanggil pemandu supaya berhentikan kenderaan. Kenderaan besi gergasi laju berlalu pergi. Pemandu sadin seperti tidak perasan langsung pada panggilan. Suasana cemas.

Kita geram dan marah. Kenapa mesti hanya terjerit-jerit begitu. Kenapa tidak ketuki saja kenderaan agam itu sampai terkeluar Idris dari perut kenderaan. Dengan kata Bismillah.. Dengan perasaan cemas bercampur marah. Su menampar kuat badan kenderaan. Pap pap pap.. Sekuat hati. Tamparan dengan perasaan cemas dan marah pada kenderaan besi. Idris terkeluar melantun dari raksasa besi itu. Alhamdulillah lega.

Gambaran paling mirip kenderaan besi ini. Mirip lori tangki menyedut sampah dari jalan dengan badan berpusing seakan-akan pusingan bancuhan simen.

Terdamparlah Idris di atas tanah. Cemasnya kita. Idris kelihatan keletihan amat. Badan merah bercalar kecil sana sini. Su minta guru bawa Idris ke hospital. Kata seorang guru perempuan ini. Kemudiannya beberapa minggu selepas mimpi ini. Wajah guru dalam mimpi ini mirip wajah guru Idris. Guru mentor. Pengetua pun kelihatan dalam mimpi ini.

Kata guru perempuan dalam mimpi itu. Tidak perlu Idris dibawa pergi hospital. Nanti Idris pulih sendiri. Idris terbaring atas meja panjang dikelilingi guru-guru dan kawan-kawan.

Perasaan ibu cemas namun lega waima kurang bersetuju dengan guru itu. Kita berusaha sendiri dalam mimpi itu. Su mengubati Idris dengan doa. Kemudiannya terjaga selepas terpandang Idris kelihatan beransur sembuh dari penat dan luka.

Terjaga bangun dari mimpi ngeri. Terjaga awal pagi dinihari menjelang azan Subuh. Lega namun cemas pada kemungkinan tafsiran mimpi. Pohonan doa memohon perlindungan Allah subhanahuwataala.

Melawat Idris kurang dua minggu selepas itu. Menanyakan Idris tentang tidur malam dan cerita minggu pertama. Bertiga berehat berbual di laman sekolah baru Idris sepulang kami dari jalan-jalan shopping. Mall tepi laut.

" Baru-baru ni Idris tidur ada mengigau apa-apa ke? Penat sangat ke? "

Minggu pertama. Idris memang penat sangat. Minggu orientasi padat dengan aturcara.

Minggu pertama itu. Satu malam itu. Idris tidur seorang diri di dalam kamar ditempati dua orang. Untung Idris. Kawan-kawan ramai dapat kamar enam katil atau lapan katil. Entah bagaimanalah Idris dan hanya sebahagian kecil daripada penghuni wing * asrama itu ditempatkan di kamar empat katil. Kamar Idris hanya ditempati dua orang pelajar kerana dua pelajar lagi tidak datang mendaftar. Dua katil kosong. Kamar luas selesa. Kawan sekamar Idris. Pelajar India bukan seugama.

Satu malam itu. Idris tidur seorang diri bila kawan India itu tidur di kamar kawan sama keturunan kaum. Malam itu. Idris bermimpi. Bila ditanya mimpi apa. Idris ingat-ingat lupa.

Alkisahnya kemungkinan kita membantu dalam mimpi dari seberang laut. Begitulah lebih kurang cerita. Kemungkinankah juga mimpi ini tiada kena mengena pun dengan cerita semasa. Mungkin juga sebagai peringatan dan sebagainya.

Perkara biasa pada setiap awal cerita cahayamata berpindah pergi sekolah berasrama. Mimpi memperkenalkan mata halus pada permukiman baru anakanda.

Kata Idris. Menurut cerita senior. Bukit belakang itu berhantu. Juga asrama puteri hanya di sebelah bangunan kamar Idris itu. Khabarnya berhantu. Diaorang kata dulu ada student perempuan bunuh diri kat blok tu. Dia gantung diri sebab kena r****. Entahkan betul atau hanya cerita mulut bersambung-sambung sampai dari zaman ke zaman.

Pada pengamatan kita pada singgahan pertama kali asrama itu. Selimpas pandang mata halus. Biasalah mana-mana tempat pun. Orang baru diperhati pandang.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counter Tetamu Rasanubari