Tags: johorbahru

Panggilan dari Johor Bahru tersampai kejutan berita sedih awal Ramadhan


Hutan Bandar Johor Bahru memandang pohon sunyi Janda Merana
Originally uploaded by Ssuriha

Ini catatan cerita hari keempat Ramadhan lalu bersamaan dengan 4 September

Pertama kali disepanjang perkahwinan ini. Inilah kali pertama kami suami isteri bersahur puasa bulan Ramadhan hanya berdua di rumah. Ramadhan tahun pertama perkahwinan. Su berpuasa di Johor Bahru. Sebenarnya sebulan itu tiada catatan puasa Ramadhan kita kerana masa itu Su baru melahirkan Khadijah. Khadijah kelahiran Syaaban. Terbang dari Kota Kinabalu menjelang bulan Ramadhan. Terbang pergi London pada minggu pertama Syawal tahun itu. Menjelang ulang tahun pertama perkahwinan.

Bawa sebekas besar biskut raya dari Johor Bahru pergi London. Tinggalkan sebekas biskut raya ini di rumah sahabat di Reading. Rumah pasangan Hasmah dan J kini Profesor Dr. J berkongsi rumah sewa dengan pasangan AB dan Mariam kini Datuk AB dan Datin Mariam. Su dan Hasmah dan Mariam. Kak Hasmah dan Kak Mariam sebenarnya tetapi masa itu Su selalunya membahasakan nama kepada kawan berbeza umur hanya beberapa tahun. Mereka berdua orang itu hanya berbeza umur dua tiga tahun lebih senior dari Su. Masa itu. Kami bertiga baru melahirkan cahayamata sulung.

Kembali kepada cerita hari ini.

Pagi masa bersahur. Biasa-biasa dengan situasi terkini. Petang berbuka seorang diri di ruang makan dapur kering. Suami berbuka puasa di surau. Baru perasan. Hari ini. Pertama kali selepas berumah tangga. Su berbuka puasa seorang diri di rumah. Juga insaf tahu. Kini sudah sampai masa-masanya tahap kehidupan sering berseorangan diri di rumah. Sedih? Biasa saja. Ini realiti kehidupan.

Juga Su baru perasan. Inilah kali pertama kami berpuasa tanpa kehadiran Idris intan payung. Juga baru perasan. Inilah kali pertama Idris berpuasa di asrama. Sehari dua ini menunggu panggilan telefon dari Idris. Terkenang sendiri bagaimana Idris berbuka puasa di asrama sekolah. Asrama maktab sebenarnya.

Terkenang beginilah sepuluh tahun kebelakangan ini Bonda nun di Johor Bahru berbuka puasa seorang diri. Tiadalah bersinggah sedih. Sementelahan Bonda sememangnya seorang yang lebih gemar bersaorangan diri. Walaupun gemar menerima kunjungan anakanda cucunda. Bonda kami seorang yang bersikap biarlah sedang-sedang saja dalam hal berkunjung datang ini. Jangan terlalu selalu. Jangan terlalu lama senggang masa.

Su pun kala berbuka puasa seorang diri ini. Tiada rasa sedih atau sunyi. InsyaAllah sudah lama terima hakikat ini. Walaupun baru awal tahun ini. Walaupun awal sebulan dua Idris baru bertukar sekolah ke utara. Bukan sekali dua basah mata kerana menahan rindu nan teramat. Juga sebu sayu mengenangkan hakikat inilah realiti kehidupan. Ini baru pergi sekolah berasrama. Selepas itu kampus pengajian. Selepas itu dunia pekerjaan belum tentu lagi berhampiran keluarga. Selepas itu berkeluarga baru.

Basah mata usai pernikahan puteri sulung mengenangkan bayi yang dipelihara sedari hari sakit melahirkan kini diserah-beri-amanahkan pada orang baru. Buat putera mahkota. Basah mata mengenangkan satu hari nanti lelaki intan payung dalam hidup bakal melebarkan sayap. Pergi meninggalkan sangkar kencana kediaman berselimut kasih sayang kepada kehidupan baru dengan tempahan satu keluarga baru buat meneruskan warisan sedarah keturunan.



Bukit Chagar Johor Bahru dulu-dulu
Originally uploaded by Ssuriha

Kejutan berita semalam dari Johor Bahru

Pagi selepas solat sunat dan sesi mengaji Al Quran. Selepas urusan basuh pakaian kotor dan sebagainya. Selesa di hadapan tv kamar utama. Siaran selamat pagi. Baru buka laptop. Berehat mereda penat. Panggilan telefon dari Ti.

Selalunya kalau terima panggilan dari keluarga dan saudara-mara. Su risaukan berita kurang selesa didengar. Selalunya kalau berita terkini biasa-biasa. Kami lebih selalu bicara melalui SMS. Bagaimanapun pagi ini tenang harmoni tenang sanubari tenang sentosa hati selepas sesi zikir pagi. Terima apa saja berita.

Ti bernada tenang sentosa. " Hang tengah buat apa? Hang sorang kaa? "

Terdiam seketika. Mencari jawapan sesuai. " Hmm. Tak buat apa. "

Memang kebetulan kala telefon bimbit berdering. Su pada situasi sedang berehat bersenang diri dan hati selepas baru buka laptop. Baru lepas pilih saluran tv. Tidaklah pandai mereka-reka cerita beri alasan.

" Ni nak cerita fasal Taza. Dia kat hospital. "

Dalam hati. Biasa-biasa saja. Taza ini sedari kecil macam-macam sakitnya.

" Taza accident semalam. Kat Taman U. Simpang lepas sekolah aku tu. Dia nak pergi kerja. Sebelum tu dia singgah ATM. Bayar ansuran motor dia. Dia nak elak satu kereta ni. Bertembung kereta lain dari simpang. Melambung tercampak tepi. Motor dia kalau hang tengok. Tak de rupa motor dah. Habis hancur.. "

Mahu menyebut Innalillahiwainnailahirojiun. Bimbang Ti tersalah faham. Ungkapan kata doa ini bukan hanya buat kala mendengar berita kematian. Doa bila mendengar apa-apa berita musibah.

Sekadar terluah kata Astaga...

Pernah terbaca cerita. Sesaorang menerima berita sesaorang lain kemalangan kenderaan. Spontan orang menerima berita menyebut Innalilahiwainnailahirojiun. Kata penyampai berita itu. Eh dia belum mati lagi ..

" Hang okay kaa? Hang jangan risau. Semua okay.. "

Kala itu mula hanya diam kerana risau kalau bakal terkeluar suara menahan basah mata. Pandai Ti. Bertanya khabar berita kita di sini. Sebelum mula bercerita tentang perkhabaran berita. Jangan sampaikan berita bernada kepanikan.

Baru faham. Kenapa Ti bertanya samada Su seorang diri di rumah. Mahu sampaikan berita kurang bagus.

" Alhamdulillah muka dia sikit pun tak ada luka. Tangan badan semuanya okay. Tapi tulang dalam paha dia patah. Ni doktor nak operate masukkan besi. Permanent lah. "

Spontan mengomen. " Dah jadi macam Ayah.. "

Ayahanda kami bertulang besi dalam kaki dan tangan dan beberapa bahagian lain dalam badan kerana kemalangan di Singapura pada masa kami kecil. Selepas kemalangan itu. Ayahanda berhenti kerja atau diberhentikan kerja? Khabarnya antara sebab kami pulang ke Taiping. Kerana kemalangan Ayahanda ini.

" Sepatutnya operation tu semalam. Tapi kebetulan petang semalam ada budak lain accident. Accident motor juga. Aku tengok budak tu memang teruk betullah. Jadi doktor tunda operation tu ke petang ni. Harap-harap petang ni dapatlah buat operation tu. Lepas tu dia kena berulang pergi hospital. Kena buat fisioterapi. Doktor kata InsyaAllah boleh jalan semula. "

" Tapi nak kena jaga makan dia. Macam Ayah. Tak boleh makan makanan sejuk. Tak boleh sejuk sangat. "

" Ha ah. Doktor pun dah bagitahu fasal tu. Air cond memang tak boleh lah.."

" Kita kena bagi sokongan moral dari segi psikologi. Kuatkan semangat dia. Sebab dia sebelum ni seorang yang aktif. Berapa lama kat hospital? "

" Doktor kata paling kurang dua minggu. "

" Tapi Alhamdulillah lah kan. Selamat. Kawasan tu dah selalu accident kan. "

" Simpang tu memang orang sini kata simpang kurang dengar apa Ti kata. Selalu accident. "

" Syukurlah masa accident tu. Kebetulan ada kawan-kawan dia lalu situ. Kawan Iman pun kebetulan lalu situ. Orang memang waktu tu tengah ramai kat situ. Ada orang telefon ambulan. Memang cepat ambulan sampai. "

" Dia kata tak rasa sakit pun. Dia tak pengsan pun. Dia melambung. Tahu-tahu dah kat atas rumput. Dia termangu-mangu. Kenapa ramai sangat orang. "

" Memang macam tu. Pernah accident dulu. Masa kena langgar motor tu tak rasa apa-apa. Kemudian tu baru sakit tu datang. "

" Ada orang tanya nombor telefon keluarga. Sebelum ambulan sampai tu. Taza bagi nombor Muzaffar dengan nombor Saiful. "

Dalam hati. Taza tak bagi nombor telefon Ti. Taza tidak mahu ibu terkejut.

" Ada orang kami tak kenal telefon Muzaffar. "

" Semua perbelanjaan hospital. Tempat kerja dia tanggung. Alhamdulilllah lah. Sebab dia memang masa tu dalam perjalanan pergi kerja. Pakai unifom lagi. Aku dengan Muzaffar sampai hospital. Geng tempat kerja dia dah sampai dulu. "

" Pukul berapa accident ni semalam? Pukul tiga.. Apa-apa berita terkini hang bagitahu lah. "

Dalam hati. Masa itu kami sekeluarga di rumah. Hari panas sebelum renai gerimis petang.

" Apa-apa perkembangan. Nanti aku SMS bagitahu. Hang tolong-tolonglah doakan sama. "

Beberapa ketika selepas perbualan. Barulah basah mata menangis. Selama ini ramai nama dalam doa-doa Su. Nama-nama mereka yang Su belum pernah bertemu mata. Tiada tersebut pula nama-nama semua anakanda saudara. Sekadar berdoa selamatkanlah keluarga adinda-adindaku Johan dan Ti. Perlulah kini mendoakan dengan menyebut nama anakanda-anakanda saudara berlapan itu. Itu belum lagi nama anakanda-anakanda saudara sebelah lain ibu.

Apa pun sudah taqdir. Alhamdulillah masih InsyaAllah selamatlah semuanya. Ujian dalam bulan Ramadhan. Sebagaimana kata Su pada Ti. Bulan Ramadhan. Pahala menahan sakit itu berganda-ganda.

Hanya terfikir sendiri. Ironinya selama ini Ti begitu kurang membenarkan anakanda-anakanda Ti keluar dari bandar kediaman. Selepas PMR. Taza ambil sendiri borang sekolah teknikal. Namun Ti berkeras tidak membenarkan keluar dari Johor. Biar bersekolah masih di hadapan mata ibubapa. Begitu juga dengan Saiful. Selepas SPM. Taza bercita-cita keluar dari Johor. Ti tidak membenarkan. Sambung belajar di Johor Bahru juga. Tak berani lepas pergi jauh. Khuatir dengan pengaruh ibu kota. Bahaya itu ini. Saiful selepas SPM. Pun sambung belajar di Johor Bahru. Itu anakanda teruna. Belum lagi Mariam nanti.

Sekali kalau benda dah nak jadi. Tiada perlu pergi jauh. Kemalangan hanya beberapa meter saja dari rumah. Masa kecil dulu. Idris kalau pulang beraya di Johor Bahru. Selalu berbasikal menemani Iman ke kedai berhampiran simpang itu.

Sedih buat Taza. Cita-cita Taza. Kumpul duit. Mahu sambung belajar ke Kuala Lumpur atau Lembah Kelang. Belajar guna duit simpanan sendiri. Dekat dengan Mak Long. Kalau ikut Mak. Mana bagi keluar dari Johor ni. Tiada mengapa. Allah taala lebih Maha Mengetahui. Hikmah dari kemalangan sudah tersurat ini mungkin mencatatkan cerita lebih bagus buat masa seterusnya.

Teringat semalam 3 haribulan. Dalam hati. Eh semalam birthday Taza. Lama selepas itu baru teringat. Taza lahir 3 Oktober. Sebulan lagi. Baru sembilan belas tahun. Sudah pandai berdikari. Bagaimanapun siapa sangka. Allah taala memperlahankan kelajuan aktiviti dengan kemalangan ini. Mudah-mudahan semuanya pulih sentosa dengan rahmat dan berkat bulan Ramadhan penuh keberkatan ini.

Juga terfikir sendiri. Ketika masa kemalangan itu. Ti berada di sekolah hanya beberapa meter dari lokasi kejadian. Seingat-ingat Su. Ti mengajar petang.

SMS sampaikan berita pada dua puteri. Tanya bagaimana dengan hujung minggu ini. Kalau boleh pergi Johor Bahru.


Satu malam Bandar Baru Bangi usai solat terawih RamadhanMoreh kat restoran selepas solat terawih



Buka puasa makan Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah suami beli dari Pasar Ramadhan PKNS Bangi. Su sekadar menjawab SMS suami dari Pasar Ramadhan. SMS tanya mahu beli apa buat buka puasa.

Kuih Lompat Tikam. Kalau orang tanya apa makanan kesukaan Su ketika berbuka puasa. Kuih Lompat Tikam. Kuih hijau dengan pulut merah dan santan bergula merah itu. Lain-lain makanan kegemaran buka puasa. Apa-apa kuih talam atau bengkang. Juga kuih-kuih manis bergula melaka. Kuih Lopes. Buah Melaka. Juga kuih-muih bungkus dalam daun pisang. Tepung Bungkus. Kuih Koci.

Su pesan suami beli Karipap Indonesia. Suami beli karipap kecil biasa. Banyaklah pula. RM2 lima atau 40 sen satu. Suami kita beli lima.

Suami pulang dari surau. Su belum selesai makan. Solat Maghrib selepas berbuka makan buah kurma. Hanya mula makan nasi selepas pukul lapan malam. Alhamdulillah setakat ini Su sihat dibulan Ramadhan tahun ini.

Malam selepas solat terawih. Su telefon Suraya. Suraya bersedia saja pergi Johor Bahru tetapi petang Sabtu itu Suraya ada peperiksaan sampai pukul lima. Safura pula ada hal menyelesaikan kerja kursus.

" Petang Sabtu tu lah kita pergi. Kita tidur satu malam. "

Belum bercerita pada suami. Malas bercerita. Lagipun belum buat keputusan tentang pergi Johor Bahru hujung minggu ini. Bergantung kepada masa lapang salah seorang dari dua puteri.

Sahur berdua. Sayur kobis buat bersahur. Sayur gorengan sesaorang itu. Ayam Goreng Berempah sengaja dibeli buat bersahur.

Minta suami telefonkan dua puteri di kampus. Telefon kejutkan bangun suruh bersahur.



Sayur kobis Sar buat makan bersahur
Originally uploaded by Ssuriha


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Sepetang basah hujan Syawal jalan-jalan Tebrau

Jalan-Jalan Johor Bahru petang 3 Shawal


Sambung cerita 15 Oktober bersamaan dengan 3 Syawal lalu. Update pada 24 November hari Sabtu. Mulai berkemas-kemas sebelum terbang pergi Chiang Mai bakal berkampung sana lebih kurang dua minggu lama. Sepulang kami dari Chiang Mai nanti. Hanya berehat dua hari. Selepas itu lebih kurang seminggu sekeluarga Cuti-Cuti Indonesia. Sebelum mungkin cuti-cuti di dalam negara pula. Jadual bulan Disember sudah penuh dengan acara cuti. InsyaAllah dan semoga semuanya selamat sentosa dengan izin Ilahi. Semoga semuanya diberkati dan di dalam perlindungan Ilahi.

Sambung cerita Johor Bahru.

Perjalanan menuju AEON Tebrau City pastinya susur lalu berpandangan mata beberapa lokasi menggamit kenangan lalu. Rumah lama keluarga. Rumah kuarters kem tentera. Rumah melambai kenangan sedih. Itu rumah terakhir sebelum Su keluar sedih pada satu malam. Berkampung antara Taiping dan Muar juga Senggarang. Sebelum terbang jauh menyeberangi lautan. Pulang Johor Bahru satu bulan Syaaban. Bawa suami dan puteri sulung baru berumur dua minggu. Pun tiada sebenarnya lagi rasa sedih kalau hari-hari biasa mengenang. Semua taqdir cerita lalu berbunga cerita sentosa hari ini.

Juga berpandangan simpang menuju rumah lama tepian sungai. Rumah sewa mengadap sekolah rendah. Lalu satu simpang dulu-dulu Su selalu susur lalu situ. Simpang menuju satu pejabat pos selalu Su pos surat ke Sabah dari situ. Pejabat pos berhampiran kem askar. Pejabat pos di atas bukit. Jalan ini dulu laluan utama bas atau teksi dari rumah kami menuju pusat bandar. Simpang berhampiran kampung kelahiran Muzaffar.

Dulu-dulu penghujung tahun 80-an dan awal tahun 90-an bila berhari raya di Johor Bahru. Antara intenari hari raya pertama selepas berkumpul di rumah Bonda. Kami mengikut Ti mengunjungi ziarah kampung mentua Ti di kampung ramai Melayu ini. Rumah keluarga Muzaffar berhampiran rumah orang kaya bomoh silat itu.

Kemudiannya bila setiap tahun mengadap berkumpul kerabat Muzaffar. Malaslah pula kita pulang sebelum malam raya atau sampai Johor Bahru awal tengah hari pada hari raya pertama. Agenda hari hari raya pertama yang sama di Johor Bahru. Setiap hari raya pertama mengadap geng kampung itu. Seolah-olah miskin benar kami dengan saudara mara. Sampai terpaksa berkongsi kerabat Muzaffar. Walhal ramai kerabat di selatan ini. Hanya mereka ini pulang utara bila hari raya. Lagipun kini kami sekeluarga lebih selesa solat sunat Aidilfitri di bandar bermukim masa kini.

Seterusnya lima tahun kebelakangan ini. Tahun selepas kelahiran Idris. Santai selesa pulang lewat pagi atau tengah hari. Sampai Johor Bahru sebelah malam selepas sesi orang Johor Bahru berkumpul di kampung Muzaffar. Kali terakhir kami berziarah raya di kampung itu. Tahun kami baru pulang dari Wales. Tahun berikutnya. Kami mulai pulang Johor Bahru selepas solat sunat hari raya.

Lalu tepi simpang menuju Jalan Kampung Sulaiman Menteri. Ingat-ingat lupa nama jalan ini. Jalan atau kampung. Masih sebenarnya satu kampung dengan kampung Muzaffar. Berceritalah kita. Situ rumah ayah Sharifah Aini. Dulu-dulu kalau menaiki teksi dari rumah. Teksi mesti lalu depan rumah Syed Jaafar itu. Rumah bawah bukit dari jalan. Pernah berceritalah seorang pemandu teksi. Itu rumah Syed Jaafar bapa Sharifah Aini. Untung Syed Jaafar tu. Teksi sendiri. Sharifah Aini belikan teksi. Saya ni pakai teksi sewa saja.

Teringat dulu-dulu kalau menaiki teksi Johor Bahru. Macam-macam cerita sampai dari pemandu teksi Johor Bahru rajin bercerita. Kita sebenarnya lebih suka pemandu teksi senyap kurang bertanya. Bagaimanapun pemandu-pemandu teksi Johor Bahru ini ramah bercerita bagai bapa-bapa bercerita. Pun selalunya kita sekadar mendengar tanpa bertanya. Antara cerita Su masih ingat. Cerita Tengku Mariam. Cerita M Nasir berkahwin dengan Junainah walaupun heboh ketika itu gossip beliau dengan pasangan duet. Cerita dari istana. Sedara saya kerja istana bla bla bla.. Cerita politik Johor Bahru. Cerita semasa Johor Bahru.

Kali akhir kami sekeluarga menaiki teksi Johor Bahru. Sepuluh tahun lalu kot. Tahun baru pulang dari Wales. Belum ada kenderaan. Pemandunya senyap diam sepanjang memandu. Pemandu teksi lebih kurang sebaya kami.

Kali akhir Su menaiki teksi. Tahun 2000 kot. Teksi dari Stesen Komuter UKM pulang rumah. Bual cerita abang pemandu teksi. Bercerita dengan seorang lagi penumpang perempuan. Sekian-sekian orang politik Selangor itu kayanya bukan main. Semua rumah kedai kat sekian-sekian lokasi itu dia punya. Bangunan belum siap. Dia dah booking hampir semua lot. Kita hanya mendengar.

Teringat pula cerita Safura menaiki teksi dari bandar Kajang. Bercerita pakcik pemandu teksi. Kata pemandu ini. Dia selalu hantar pekerja kurang bagus profesyen pergi kelab-kelab dalam salun. Kata pakcik ini pada Safura. Konon-kononnya salun tetapi ada kelab haram di belakang salun. Mula timbul cerita ini bila salah seorang dari penumpang teksi itu berdestinasi satu salun rambut. Dari dulu sampailah sekarang. Pemandu teksi ramai rajin bercerita. Apa pun akhir-akhir ini Su kurang gemar puteri-puteri kami menaiki teksi. Bimbang macam-macam. Apalagi selepas berlesen memandu. Kalau menaiki komuter. Tinggalkan kereta di parkir stesen komuter.

Baru teringat. Tahun lepas sampai Kota Kinabalu. Kami menaiki teksi dari Lapangan Terbang sampai hotel. Itu kali akhir Su menaiki teksi. Teksi dari lapangan terbang. Itu perkara biasa. Selalunya pemandu teksi lapangan terbang lebih senyap diam kurang bercerita. Ini pengalaman kami. Lain orang lain pengalaman.

Sambung cerita Johor Bahru petang hujan hari ketiga.

Kala kereta kami menuruti kereta biru ungu. Kereta dalam gambar tertera. Bukan kereta biru ungu itu. Kereta biru ungu nun terlepas ke hadapan dari kereta dalam gambar. Kata Su pada ahli keluarga. Pak Ngah engkau orang ni rasa-rasanya sekarang ni jutawan senyap. Tapi relaks je pakai kereta murah. Sambung seorang cahayamata. Handphone pun Pak Ngah pakai yang murah.. Sepuluh tahun lalu ketika telefon bimbit belum pun popular. Muzaffar beli telefon bimbit harga tujuh ribu. Sekarang ini member lebih santai.

Kata kita pada cahayamata. Orang berduit selalunya kurang rasa perlu menayangkan pada orang yang dia ada duit. Sebagaimana kata seorang pensyarah Su dulu di Shah Alam. Orang kecil rasa perlu pakai kereta besar kerana mahu melindungi badan yang kecil. Mahu orang lihat supaya besar. Orang berbadan besar pula kurang perlu berkereta besar kerana memang sudah sedia besar.

Sampai Tebrau City. Tebrau City berlokasi di Taman Desa Tebrau. Hujan beransur teduh semasa lalu tepi satu perumahan sebelum Tebrau. Kampung Melayu berlokasi kediaman keluarga adinda kami. Adinda lain ibu. Sedia tahu. Setiap kali Aidilfitri. Adinda lain ibu ini pulang Taiping berhari raya. Kalau mahu berziarah tandang. Selalunya keluarga adinda ini sentiasa di Johor Bahru masa Aidiladha atau hari bukan cuti raya.

Suami dan Muzaffar turunkan kami orang perempuan di hadapan pintu utama bangunan mall. Berjanji bertemu semua di ruang legar tingkat G sebelah eskalator. Idris ikut kami. Iman dan Saiful menemankan Muzaffar.

Berkumpul semua. Bergerombolan menuju medan makan. Hanya suami kita seorang belum sampai. Menelefon beritahu. Semua menunggu di medan makan dalam Jusco Tebrau City singgahan kami kali kedua.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Berkumpul mengulang meriah bahagia musim Syawal Johor Bahru

Nostalgia Aidilfitri tepi pohon janda merana @ Hutan Bandar Johor Bahru


Masih cerita 3 Syawal Johor Bahru. 15 Oktober lalu. Update pada petang 18 November. Gambar kenangan Aidilfitri Johor Bahru beberapa tahun lalu. Antara gambar kegemaran. Sepuluh tahun lalu. Hutan Bandar Johor Bahru berpesona pohon janda merana tepian danau. Itu nama pohon tercatat tulis situ. Bahasa Inggerisnya weeping willow.

Beransur dari kediaman Bonda pukul sebelas setengah. Lewat setengah jam dari asal rancangan. Setengah jam sesi bergambar dan menunggu. Sampai Mutiara RINI sebelum pukul dua belas tengah hari. Sebelum itu menelefon Ti. Kala masih di kediaman Bonda. Gembira beritahu Johan sekeluarga mungkin bersinggah datang.

Sampai kediaman Ti. Sekali lagi disambut Iman di pintu pagar. Semua ahli keluarga Ti sudah bersiap menunggu. Kecuali Taza kerja syif petang sampai malam.

Kata Ti. Baguslah Johan datang. Boleh kita keluar sekali. City Square kan depan stesen keretapi.

Mulanya kita mencadangkan kami turut melambai Kamal dan Daniel di stesen keretapi. Namun memikirkan parkir dan sebagainya. Kami dua keluarga terus pergi City Square.

Semua bagasi mulai diangkut usung bawa keluar dari kereta. Iman menolong Pak Long dan Idris mengangkut bawa keluar semua bagasi keluarga Mak Long. Hanya satu bagasi memuatkan pakaian kotor ditinggalkan di dalam but kereta. Semua beg dihantar terus ke kamar tetamu atau bersusun kemas tepi tangga. Sembunyikan dua beg laptop di tepi pintu stor kecil di bawah tangga. Suraya sebenarnya tidak bawa laptop dari rumah.

Bual-bual dengan Ti menyediakan minuman. Su hanya minta air mineral. Kata Su kala menjengah dapur berkabinet kuning. Ruang dalaman rumah Ti ini bertema serba kuning lembut. Kuning warna pilihan Ti selalu. Masa kecil. Pernahlah juga warna kuning menjadi warna pilihan. Terutamanya dalam kelas lukisan masa sekolah rendah. Kuning warna ceria. Apa pun Su bersusun busana kuning kalau busana pakai dalam rumah. Kalau luar rumah. Lebih selalu pakaian warna gelap kalau bukan hitam.

Kata Su pada Ti sedang menyediakan minuman. Su sekadar menjengah di muka pintu dapur. Pintu di sebelah tangga kayu menuju tingkat atas. Pintu bersetentangan dengan pintu kamar utiliti.

Macam hang kata. Apa orang boleh buat. Aku pun boleh buat. Prinsip aku. Apa orang buat. Aku pun boleh buat tapi aku buat cara aku. Buat bukan membalas tetapi bernada ransangan tindakan kalau perlu. Berubah sedikit air muka Ti kala kita luahkan kata ini.

Misalnya kalau orang berkurang ajar. Kita tidaklah pun berkurang ajar. Namun sesekali. Ransangan halus membalas menjurus dari sikap kurang adab itu tetap terlagu. Bukanlah senantiasanya bersabar terima. Ransangan membalas cara kita. Bukanlah membalas dengan cara sama serupa. Membalas kelaku bodoh dengan cara bodoh meletakkan kita pada tahap bodoh sama serupa. Membalas sikap berkurang adab bukanlah patut berlagu sama tahap kurang adab. Samada mendoakan atau berdiam diri tanpa peduli. Bukannya kita yang bersakitan kalbu. Sengsaranya mereka yang melangkaui adab budi hati. Kita berselesa aman sentosa santai bersenang-senang hati. Biarkan memana orang tertekan perasaan itu makan hati sendiri.

Sambung cerita Mutiara RINI.

Berbual-bual dengan Ti. Sekali lagi sesi berbual di sudut sofa warna biru mengadap pintu utama. Hampir pukul satu. Johan belum sampai. Ti mengandaikan kemungkinan Johan sekeluarga membatalkan rancangan singgah. Dekat pukul satu dah.

" Datang kot. Keretapi pukul dua setengah. "

Alhamdulillah sampai pun Johan sekeluarga sebelum pukul satu. Teruja bersyukur kala terpandangkan kelibat kereta kuning dari pintu utama berkayu padu biru kelabu.

Hanya berkumpul lebih kurang dua puluh minit. Tadi sesampai kami di Mutiara RINI. Su hadiahkan Ti satu dompet kulit beli dari Melbourne. Berbual-bual dengan Rozi di hadapan tv. Su di atas sofa kulit warna kuning muda. Rozi bersimpuh di atas permaidani. Hadiah dompet dari Melbourne buat Rozi. Dompet sama serupa sebagaimana buat Ti tetapi warna kelabu buat Rozi. Warna krim beige buat Ti. Kedua-dua dompet ini sama serupa. Hanya sedikit perbezaan warna lembut.

Kata Su pada Johan. Terlupa bawa dompet dari Melbourne buat Johan. Tertinggal di Bandar Baru Bangi. Kena datang rumah ni.

Rozi menanyakan tentang Melbourne. Berceritalah kita serba sedikit. Melbourne musim luruh dedaun dan musim winter Melbourne tidaklah sedingin musim autumn dan winter negara hemispier utara sana. Walaupun memanglah lebih dingin dari Malaysia. Juga Su bercerita. Berada di Australia buat terasa bukan berada di negara orang putih jauh dari Malaysia. Sana sini waduh ramainya orang Asia. Malah dalam kenderaan awam dan premis awam. Selalu berpengalaman seakan sama ramai orang putih dan orang Asia. Itu Melbourne. Itu belum lagi bandaraya Australia khabarnya ramai orang Asia seperti Perth dan yang setaraf demografi.

Sesi bergambar ramai di luar rumah. Selepas sesi merakamkan gambar di dalam rumah. Sesi bergambar rutin tahunan. Kali ini sesi bergambar ramai di luar rumah berubah latar belakang. Selama ini kami berkumpul beramai bergambar di hadapan pintu pagar. Kali ini Daniel mencadangkan kami bergambar mengadap pagar tepi. Setelah melihat gambar rakaman. Latar belakang ini bukanlah pilihan bagus. Berkelibatan laman rumah sebelah. Berkelibatan kain-kain pada besi ampaian.

Selepas sesi bergambar ramai. Johan selepas merakamkan gambar kami beramai menggunakan kamera baru Su. Johan mengamati kamera ini.

Kata Johan. 7.1 megapixel. Bagus. Bagus.

Berceritalah Johan tentang kamera Johan jenis yang sama. Pecah lensa bila terjatuh. Hantar kedai. Harga baiki lebih kurang sama harga kamera. Kamera kemudiannya dicuri pencuri. Kebetulan kamera ini tertinggal di ruang tamu.

Beberapa hari sebelum 1 Syawal. Kediaman Johan dimasuki pencuri. Seorang pencuri ini ditangkap polis ketika keesokan harinya geng yang sama mencuri selinap rumah jiran Johan. Mencuri pada pagi hari kala kebanyakan rumah perumahan sunyi tanpa penghuni. Pada waktu sekolah dan masa kerja. Kanak-kanak kurus kecil berusia sekolah rendah ini pencuri suruhan satu sindiket dari negeri bersawah padi. Jauhnya mencari makan. Sengaja menugaskan mereka berbadan kurus kecil buat mudah mencelah besi gril. Begitulah juga kata polis bila dulu rumah Ti dimasuki pencuri ikut besi gril.

Ti bersambung kata. Kata perbualan tentang kamera. Bukan tentang kecurian. Ti pun berpengalaman sama. Bil baiki kamera pecah lensa jenama sama dengan kamera Su baru beli. Model berlainan. Bil membaiki sampai RM400. Lebih bagus beli baru. Su pula bercadang menstatuskan kamera baru beli ini sebagai kamera kedua. Kamera boleh dipinjam cahayamata. Mahu beli kamera lebih bagus. InsyaAllah kalau murah rezeki.

Ti tahun ini guna kamera baru beli. Sebagaimana dengan Muzaffar. Sebagaimana dengan suami. Sebagaimanalah juga dengan kita. Wah semuanya berkamera baru. Apa pun pada pengamatan sahaya kurang pandai ini. Apa sekali jenis kamera. Cara merakamkan gambar itu mampu menghasilkan gambar bagus pada pesona mata. Pandangan mata seni kala merakamkan gambar mampu mempengaruhi kualiti gambar walau apa kualiti kamera.

Meriah bergambar. Waima hati halus ini tetap sedar dan perasan. Sudah dua tahun kami bergambar hari raya tanpa Bonda. Sedih namun Bonda kurang mahu datang Mutiara RINI. Mungkin lebih mahu kami bertiga saudara berkumpul di rumah Bonda. Ini mungkin boleh diatur rancang pada Aidilfitri tahun hadapan.

Juga kita perasan. Bila berkumpul hanya kami bertiga saudara. Johan kelihatan lebih selesa santai. Begitulah juga dengan diri ini. Bila berkehadiran Bonda. Semuanya serius berjaga-jaga jangan ada tersilap tersalah. Semuanya berhati-hati dengan kata dan sikap.

Juga menurut suami. Su kelihatan lebih selesa dengan ibu-ibu saudara. Berbanding bila dengan ibu sendiri. Su akui hakikat ini. Lebih relaks dan santai bercerita bila dengan ibu saudara. Bila di hadapan ibu. Lebih senyap diam sekadar berusaha sabar mendengar.

Sebelum pukul dua. Johan sekeluarga beransur memasuki kereta. Ti sekeluarga pun mulai beransur memasuki kereta. Begitu juga dengan ahli keluarga kami. Masing-masing sibuk memasuki kereta sampai terlupakan Johan sekeluarga. Lalu hanya Su seorang melambai Johan sekeluarga kala kereta kuning mulai beransur meninggalkan Mutiara RINI. Tidak seperti tahun lalu. Dua keluarga melambai. Melambailah kita seorang sambil merakamkan gambar kereta berlalu pergi. Berbaloi lambaian ini kala menatap semula gambar senyum Johan sekeluarga kala melambai dari dalam kereta.

Sebelum Rozi meninggalkan pagar rumah Ti. Sebelum Rozi memasuki kereta di hadapan satu rumah beriklan For Sale. Rumah korner mengadap rumah Ti. Sempat berbincang tentang Cuti-Cuti Hari Keluarga kami. Su bertanyakan bagaimana dengan hujung bulan November. Hujung November ini bulan cuti sekolah dan cuti IPT. Hanya bulan November belum lama selepas bertemu cuti Aidilfitri. Nantilah bincang kemudian.

Rumah For Sale itu. Rumah pensyarah IPT berpindah ke kampus Kuala Lumpur. Selama ini puan itu jauh dari suami bertugas di Kuala Lumpur. Berkenanlah juga dengan rumah luas laman itu. Juga masih sebenarnya menimbang kata Ti lama dulu. Kalau Su beli rumah di Johor Bahru. Kala berumur emas nanti boleh kami hidup berdekatan. Su pula menimbang mungkin semua anakanda bakal bermukim sekitar tengah tanah negara. Kalau di selatan sana. Jauhlah pula kita dari keluarga cahayamata.

Lagipun bukankah bagus kalau kubur mati kita jauh dari tanah kelahiran. Pernah terbaca. Jauhnya kuburan dari tanah negeri kelahiran. Gambaran keluasan syurga buat simati. Kerana itu selalunya orang Islam bukan Melayu kalau meninggal dunia di luar negara. Memilih dikebumikan di negara menemui Ilahi.

Juga beberapa cerita semalam terlupa catat. Perkara biasa apabila satu-satu perkara sesama kami ahli keluarga terlupa. Pada cerita mahu pun kata dialog. Jurnal ini selalu sebagai fail penyimpan catat apa terlupa atau mahu mengingati semula.

Malam sampai kediaman Bonda. Rozi bertanyakan siapa punya beg warna putih. Beg Suraya. Kata Rozi. Ingatkan beg Kak M. Takkanlah Kak M pakai beg ranggi macam tu.. Sebenarnya kita ada beg sebegitu. Juga sepanjang ingatan Su. Belumlah pernah lagi Su beli beg tangan warna putih bersih. Kecuali beg warna hitam berselitan warna putih.

Pengalaman sentiasa pergi sana sini dengan bayi kecil selepas berumah tangga. Kurang sesuai beg berwarna putih. Oh selama hidup selepas berstatus ibu. Hidup ini semestinya berkisar cahayamata. Terbiasa beli dan bawa beg besar selepas kelahiran puteri sulung. Terbawa-bawa kebiasaan ini sampailah kini. Kini terbiasa selesa dengan beg besar buat memuatkan segala macam harta angkutan.

Oh Su masih ada semawa menulis satu memetag belum tertulis. Blog tag atau meme tentang beg dan dompet itu. Juga tag senarai kisah tahun-tahun berpuluhan lalu. Wahai puan mempelawa tag yang diingati. Masih ingat jemputan. Bukan lupa. Hanya menunggu masa.

Syukur pada Ilahi. Berlalu separuh hari ketiga Syawal tahun ini dengan cerita harmoni menyenangkan hati. Semuanya bagus meriah hanya dengan izin Ilahi.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Pagi Skudai bergegas sebelum pukul sebelas pagi

Basah daun lili selepas renai hujan petang


Pagi 15 Oktober bersamaan dengan 3 Syawal. Update pada pagi 15 November bagaikan mahu demam semula. Gambar lili merah jingga selepas hujan. Sepasu lili Skudai ini kini bersanggar hujung anjung kediaman kami. Sampai Bandar Baru Bangi. Lili merah jingga ini berbunga buat pertama kali. Kala sedang update ini. Hujan lebat Bandar Baru Bangi.

Bangun pagi tanpa dikejutkan. Bangun seawal pukul enam pagi subuh. Keluar dari kamar mahu ambil wudhu.' Hampir semuanya. Sudah bangun pagi ataupun sudah solat Subuh. Meriah rumah walau bukan bising. Meriah walau ruang tamu malap tanpa lampu terang. Suami di luar rumah. Berehat di anjung rumah. Kerusi malas singgahan selalu.

Menuju kamar mandi di sebelah dapur. Kelihatan Johan sedang menggosok gigi di sinki dapur. Mulanya terfikir mahu bertanyakan pada Johan. Mahu bertanyakan pukul berapa jangkanya pagi ini Johan sekeluarga pulang Kuala Lumpur. Singgahkah Mutiara RINI sebelum pulang. Kemudiannya lekas terfikir. Apa apa hal solat dulu.

Kala mahu melepasi pintu kamar mandi bersebelahan kamar paling hujung. Kedengaran bising suara dari kamar tidur. Su beranggapan bising Rozi berbual dengan Nurul.

Berehat seketika selepas solat Subuh. Mandi awal pagi selepas pukul lapan. Semua cahayamata pun diingatkan mandi seawal pagi. Kalau-kalau pagi ini Johan sekeluarga beransur pulang awal pagi. Pagi ini Johan keluar awal pagi lagi. Terfikirlah pada mulanya. Hai hilang lagi ke nanti?.. Keluar pagi beli sarapan. Keluar beli Nasi Lemak dari warung Jalan H. Bagaimanapun pulangnya awal sebelum pukul sembilan pagi. Mana mungkin boleh lewat sampai tengah hari. Jangkanya Johan sekeluarga pulang sebelum pukul dua petang. Kamal dan Daniel pulang berkeretapi pukul 2.30 petang dari Johor Bahru.

Pukul sepuluh pagi lebih kurang. Keluar dari kamar tidur. Johan sedang bersarapan pagi. Su tanya kalau-kalau Johan singgah rumah Ti sebelum pulang. Tak singgah. Hmm..

Menanyakan Rozi pula. Pukul sepuluh setengah pagi lebih kurang. Rozi mengadap baca surat khabar bertemankan Nurul pun sudah bersiap pakai. Bersimpuh di atas permaidani hijau muda di hadapan tv. Tv bukan pun terpasang.

Pukul sepuluh setengah pagi selepas Su bersiap pakai. Sebelum ini dua hari pakai baju kurung. Hari ini kita pakai jubah dari Turki berwarna merah hati berjalur-jalur bagai belang harimau. Bukan pun jubah baru. Jubah hari raya beberapa tahun lalu. Beli dari satu gerai jubah Mekah dan Turki di IOI Mall. Gerai satu keluarga orang Albania muslim berwajah orang putih. Manis bertudung puan punya gerai.

Kata suami dan seorang dua cahayamata. Kita ini suka pakai baju motif belang harimau. Sesorang itu pernahlah menjegilkan biji mata bukan main lagi menuduh kita ada harimau sentiasa mengikuti. Malaslah melayan kata dan tuduhan. Walhal kita sendiri terselayang pandang hantu-hantu mengiringi member ini. Ini kes orang gila menuduh orang lain gila. Atau sebenarnya hantu orang itu takutkan kita. Ketawa sendiri.

Rozi ralit baca surat khabar. Pertanyaan kita buat Rozi pula. Jawab Rozi bernada serius kata. Muktamad tanpa singgah. Tak singgah lah Kak M. Hmm. Maknanya pulang raya kali ini tanpa berkumpul tiga keluarga bersama Bonda. Bagaimanalah mahu beragenda meriah berkumpul semua pada Hari Keluarga sedangkan pulang hari raya setahun sekali pun susahnya berkumpul semua. Bukan pun datang selalu. Bukan pun berkumpul selalu. Apa apa hal pun. Ini semua buat generasi seterusnya nanti.

Juga jangan lupa. Hari Akhirat nanti. Kita berjiranan berkumpul dengan keluarga terdekat dan saudara mara di dunia ini. Jangan kala bertemu pandang pada Hari Akhirat nanti. Barulah saling salah menyalahi. Pertemuan sesekali tetap membuahkan saham di sana sini. Bagaimanakah caranya berkumpul bertemu ramai di Hari Akhirat nanti? Itu semua mudah bagi Allah subhanahuwataala.

Pantas memasuki kamar. Sebagai paling senior selepas Bonda kami dalam keluarga kecil kami ini. Perlu lebih berusaha dalam sebarang usaha melibatkan kemaslahatan keluarga. Semua anakanda sudah bersiap mandi. Engkau orang angkat semua beg ni hantar cepat masuk kereta. Mak nak kita keluar sebelum diaorang keluar. Kita keluar sebelum pukul sebelas pagi. Mulalah panas. Semua cahayamata tahu bila kita ini mula berserius kata. Marah panas hanyalah sesekali. Namun sesekali ini bukan sambil lewa. Kebelakangan ini. Panas mudah marah Bonda dan Ti bagaikan tertumpah pada kita. Sementelah setahun dua ini menebal simpanan tekanan berkumpul lama.

Semua bagasi siap tersimpan dalam but kereta. Semua ahli keluarga kita sudah bersiap menunggu di anjung rumah. Su menjengah kamar Bonda. Beritahu mahu ke rumah Ti sekarang juga. Esok kami singgah sini lagi. Janji dengan Ti. Pergi kedai cari dulang.

Sesi salam beri duit raya buat semua anakanda Johan. Termasuklah Kamal paling akhir mandi. Lama menunggu Kamal siap. Su menjengah pintu kamar belakang berlangsir warna biru. Panggil Kamal dari luar langsir pintu. Duit raya dalam sampul Mothercare.

Panggil pula Johan masih di dalam kamar. Kami nak pergi rumah Ti ni. Janji dengan Ti. Pergi kedai tengah hari ni.

Johan berlagu sedikit terkejut. Namun tetap dengan gaya santai selalu Johan. Oh itu macam. Tak pa lah. Nanti kami menyonsong sana.

Alhamdulillah. Berbunga-bunga hati. Wajah tadi mungkin merah bertempias panas kini berseri senyum bersyukur. Terpancar wajah gembira kita ini dalam gambar beramai kami berdua keluarga dengan Bonda. Kurang pandai menyembunyi lagu kalbu terpancar dari sanubari.

Tadi kala Su menjengah kamar Bonda. Bonda sedang pakai baju. Ingat pakai baju ni nak ambil gambar. Baju raya. Seperi biasa. Kita jurugambar keluarga. Lalu menunggulah kami sekejap. Menunggu Bonda bersiap pakai.

Sementara menunggu. Hadiah dari Melbourne buat Nurul. Beg Roxy beli di Melbourne. Beg Rozy warna merah jambu terang beli di DFO Cheltenham. Patung kecil Koala Bear warna coklat beli di Victoria Market. Sesi bergambar Nurul dengan dua kekanda sepupu perempuan. Ngam pulalah beg roxy merah jambu magenta dengan warna merah jambu seluar Nurul. Hari ini Nurul berserba merah jambu. Nurul berkemeja merah jambu lembut dengan seluar panjang warna merah jambu. Tudung merah jambu lembut menyempurna senada warna. Brooch comel warna kuning menyeri warna merah jambu.

Berkebetulanlah pula Suraya dan Safura pun turut berbusana bermeriahan warna merah jambu. Suraya berbusana kain benang hitam licin warna putih berbunga-bunga warna merah jambu. Tudung merah jambu. Safura berbusana warna merah jambu lavender. Pagi ini bertema warna merah tanpa pun berjanji. Su pakai jubah warna merah burgundi bukan terang. Biru nilam baju kurung Bonda memeriah warna warni. Rozi pun berbusana warna biru. Biru awan gemawan. Merah dan biru samudera menawan kalbu.

Kala merakamkan gambar Bonda dan cucunda. Terlihatkan Nurul bangga menunjukkan beg Roxy pada Johan. Beg Roxy dari Melbourne. Senyum-senyum menayangkan beg Roxy. Johan pula memainkan patung Koala Bear comel bagaikan memainkan puppet.

Sedih pulalah bila terdengar kata Bonda kala keluar dari pintu mahu berkumpul ramai. Tinggallah semula sorang.. Masalah selalu. Kami mahu meramaikan. Mahu menemani selalu. Mahu bersinggah datang selalu. Bila sesekali bersinggah datang. Cerita selalu. Semuanya berserba salah selalu.

Kali ini. Bonda mahu bergambar dengan semua cucunda lelaki. Satu gambar lain dengan cucunda perempuan. Kata Bonda. Bonda lebih ramai cucunda lelaki berbanding cucunda perempuan hanya empat orang. Kita mengingatkan. Lima orang cucunda perempuan. Sorang lagi di Melbourne sana. Tujuh orang cucunda lelaki.

Alhamdulillah bersenang hati menuju kereta. Sebelum itu berpesan pada Johan. Kami tunggu sana haa.. Alhamdulillah terus berlagu syukur pada Ilahi kala kenderaan biru mula beransur pergi Mutiara RINI. Panas spontan mengubah situasi. Pun hanyalah dengan izin Ilahi sandaran selalu hati sanubari.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Keluar petang pulang malam bersembang bual Syawal Skudai biru kalbu

Hidangan pie Roziatul SG Eidulfitri lalu


Kesudahan cerita 14 Oktober bersamaan dengan 2 Syawal 1428H. Update pada pagi 14 November hari Rabu. Sebulan berlalu. Cerita Syawal dibulan Zulkaedah melambai lalu. Rakaman peristiwa lewat tinta buat kenangan. Update entri mengikut mood bercerita.

Sampai Skudai selepas pukul sepuluh malam. Seawal pangkal lorong. Lorong lengang sunyi sepi malam hari kedua Syawal. Memang selalu pun lorong ini sunyi malam. Lorong berhujung jalan mati. Seawal lorong lagi sudah perasan tiada kelibat kereta warna kuning krim di hadapan pintu pagar sanggaran tahunan ini.

Hai? Pak Su engkau orang belum balik lagi? Semakin tertanya-tanyalah kami bila sunyi kediaman Bonda. Pintu bertutup rapat. Kelihatan lengang kosong ruang tamu dari langsir renda putih jarang. Nenek ikut Pak Su jalan?

Beri salam dari pintu pagar. Tiada jawapan. Menelefon Bonda. Bonda dari kamar mandi. Antara sapaan pertama dari kita. Johan belum balik lagi?

" Tak jumpa kat rumah Ti kaa? Diaorang keluar pukul enam. "

Sambung Bonda bercerita di dalam rumah. Diaorang pergi Jusco Tebrau City..

Bonda sambung cerita kala berehat mengadap meja hidangan. Bukan pun kerana mahu mengadap hidangan. Meja makan ini di sebelah pintu kamar tengah.

Jusco sana tutup. Pergi Jusco Taman U. Daniel yang cerita. Diaorang balik pukul lima dah. Rehat-rehat dulu. Pukul enam baru keluar.

Ini sudah kes keluar pagi pulang petang. Keluar petang pulang malam.

Sambil tangan Bonda menggambarkan bulat besar sayur kobis. Keluar satu hari. Bawa balik satu kobis besar. Satu buku roti. Dia beli bersusun komik kat anak-anak dia. Semua sorang satu baca komik. Beli surat khabar.

Pandangan biasa setiap kali keluarga Johan di Johor Bahru ini. Semua anakanda Johan suka membaca. Sebagaimana dengan semua cahayamata kami. Su dan Johan gemar membaca. Hobi kami ini tertumpah terus pada cahayamata kami. Pun begitu pada Su. Hobi gemar membaca ini bukanlah sekadar meniru. Perlu sebenarnya diterap asuh oleh ibu bapa. Su menanamkan semangat membaca pada semua cahayamata seawal janin masih di dalam rahim ibu. Semua anakanda Ti pun gemar membaca. Bagaimanapun kegilaan membaca Su dan Johan tidaklah begitu terlalu dikongsi Ti. Bagaimanapun Ti sama sebagaimana Johan. Berbakat dalam penulisan. Bakat tertumpah dari ibu.

Pulang Johan dan keluarga kurang dari setengah jam selepas kami pulang. Lebih kurang pukul 10.30 malam. Mulanya berkira-kira mahu mula berehat. Berkebetulanlah pula kita mahu ke kamar bertepatan dengan waktu Johan sekeluarga sampai. Terus menunggu di meja makan bila Rozi datang meramaikan. Kurang adablah pula rasanya kalau masuk ke kamar kala tetamu baru sampai. Prinsip Su selalu. Biar orang buat pada saya jangan saya buat pada orang.. Kata-kata ini bertempiasan dari pengalaman sesekali berulang. Biasalah sampai sini kala sudah ada lena beradu.

Tadi petang berkata Ti bernada marah. Kalau orang boleh buat. Aku pun boleh buat. Prinsip kita pula. Tengoklah apa yang diperbuat pada kita. Pun begitu belumlah pernah rasanya kita bersikap berkeras membalas walaupun bukan mudah melupakan. Mungkin berterusan bertahan atau kurang peduli. Soal balas membalas. Itu bukan pendirian kita. Prinsip selalu Su. Serahkan itu semua pada Ilahi.

Pendirian kita selalu. Allah taala itu ada. Pergantungan harapan pada manusia terbatas oleh batas termampu manusia. Pergantungan pada usaha dan daya usaha kita pun tetap berbatasan usaha fikiran bertahap hamba biasa. Hamba ciptaan Allah taala. Manakala pergantungan pada Allah taala. Bukan berbalasan terfikir dan terlihat oleh minda rasa manusia biasa bertaraf hamba ciptaan Allah taala. Dan pada pengalaman. Selalunya pergantungan pada Ilahi membuahkan bunga dan buah tanpa disangka-sangka bagaikan bermimpi.

Baru tahu cerita. Jusco Tebrau City buka pukul 1. Lalu menunggulah Johan suami isteri sampai pukul satu. Kemudiannya singgah pula satu plaza di Skudai. Dari rumah Ti. Solat Maghrib di rumah Ti. Kata Rozi. Lima belas minit je kat rumah Kak Ti. Singgah makan di Jusco Taman U sebelum pulang. Seharian dari pagi sampai malam jalan-jalan shopping mall.

Su mempelawa anakanda-anakanda Johan makan malam. Makan nasi dan hidangan segala rendang semalam. Semuanya berjawapan lebih kurang sama. Tunggu sekejap lagi. Malah Idris pun berjawapan sama. Lupa pula apa sebenarnya hidangan malam ini selain dari nasi. Gambar tertera. Jamuan Aidilfitri masakan Rozi pada Syawal tahun lalu.

Kata Rozi. Baru lepas makan Nasi Goreng di Jusco Taman U. Juga cerita keluarga Johan. Mereka bertembung dengan Taza di Jusco Taman U.

Johan dan semua anakanda Johan di hadapan tv. Satu filem Melayu. Lupa cerita apa. Tv Singapura. Filem dari Malaysia. Ada motor-motor besar. Cerita berkaitan dengan dunia lumba motosikal haram. Cerita Mat Rempit mungkin. Senyap geng lelaki keluarga Johan di hadapan tv ini bukan kerana ralit dengan tontonan. Lebih kepada meramaikan ruang tamu. Juga sebagai satu cara tanpa perlu membalas kata cerita Bonda kita.

Su dan Rozi melayan bual Bonda di meja makan. Berlarutanlah lagi bebel Bonda. Kali ini Bonda bagaikan mahu meluah semua. Su berandaian. Sebelum kami sampai malam tadi. Bonda sudah merancang mahu meluahkan semua berbekam simpan.

" Ada kawan tu. Semua anak-anak rajin telefon tanya khabar Mak dia. Ni anak-anak aku. Ni anak lelaki yang sorang ni. Cakap terus terang ni. Susahnya nak telefon tanya khabar. Telefonlah tanya khabar. "

" Kawan tu. Semua anak setiap bulan bagi 600 sorang. Dia pakai Waja. Ada Waja tu. Hari-hari sekarang kerja dia ambil cucu dari sekolah. "

Jawab dalam hati. Mahunya Bonda kami hari-hari jemput cucu dari sekolah?

Bab menenelefon ini. Sama kes dengan cerita mengulang datang. Sebagaimana kata Ti. Selalu datang salah. Sesekali datang pun salah. Jarang menelefon salah. Bila menelefon pula terpaksalah menahan desingan telinga. Ulangan cerita-cerita tentang sedarah dan sesama kami bertiga. Sengsaranya mahu bertahan dari berterusan mendengar dengan berusaha sedaya upaya usah terlepas kata atau terlukakan hati tanpa sengaja.

Panjanglah lagi bebelan. Su hanya diam mendengar. Rozi sesekali menjawab ya, ya.. Kali ini. Rozi kelihatan begitu menimbang rasa. Kelihatannya begitu bersabar mengadap cerita Bonda.

Satu ketika. Su bangun baca surat khabar dan majalah di ruang tamu. Mahu mereda macam-macam. Berehat di kerusi rotan paling hujung. Kerusi rotan bersofa biru muda di sebelah meja kecil masih berhiasan gambar Ina Kulai dalam frem gambar. Malah kala baca surat khabar. Teringat mahu menoleh pandang. Masih adakah gambar Ina itu.

Bonda mengomel kenapa kita membaca di dalam gelap. Bonda minta Daniel pasang lampu terang. Bernada semacam marah. Hah kan terang. Sapa suruh baca dalam gelap tu. Hanya diam. Sudah lali. Sedikit malap ruangan kerana hanya bercahayakan satu dari dua lampu siling.

Kata Rozi. " Bukannya nak baca sangat tu. Tengok gambar. "

Memang benar. Majalah dipenuhi gambar-gambar artis berhari raya. Malah kala mencatat ini. Lupa gambar siapa-siapa di dalam majalah bercerita selebriti itu. Hanya ingat gambar kulit majalah. Gambar pelakon telenovela Natasha.

Rozi datang meramaikan sudut ruang tamu di sebelah pintu masih terbuka walau sudah lewat pukul sepuluh malam. Cerita santai sekadar berbual-bual mengisi masa sebelum masing-masing mulai minta diri ke kamar tidur. Cerita tentang perkahwinan selebriti idola Bonda kami itu. Kata Su. Allah taala putuskan dengan orang itu. Mahu pertemukan dengan yang lebih bagus.

Juga pada malam ini barulah kita tahu. Bonda mentua Johan sudah meninggal dunia. Tiada perkhabaran berita tentang kematian ini. Kalaulah Su tahu. Memanglah Su pergi berziarah. Ibu mentua Johan meninggal dunia sekitar hujung Disember tahun lepas. Sepulang Johan sekeluarga dari Taiping hadir kenduri perkahwinan anakanda kepada saudara sepupu kami. Cucunda Mak Ngah di Taiping. Ibu mentua Johan ini sebaya umur dengan Bonda kami. Meninggal dunia kerana lama uzur sakit angin ahmar. Meninggal dunia di Jenderam Hilir bukan pun jauh dari Bangi.

Keluar menjengah anjung di hadapan rumah. Menanyakan baju Melayu siapa tergantung pada ampaian bawah bumbung anjung. Baju Melayu berwarna jingga. Baju Kamal. Su menasihatkan nanti Kamal angkat baju ini dari jemuran. Perkara lazim Su lakukan di Johor Bahru ini selepas cerita rumah ini kemasukan pencuri pada tiga hari raya beberapa tahun lalu. Lagipun pakaian pada jemuran bukan hanya dicuri sekadar buat dipakai. Macam-macam hal manusia. Kelaziman Su selalu. Teramatlah jarang sekali membiarkan pakaian di ampaian semalaman di luar rumah. Ini terutamanya selepas Su pernahlah bermimpikan pakaian Ti diseru semangat oleh sesaorang. Mimpi ini selepas peristiwa kemasukan pencuri di rumah Ti beberapa tahun lalu.

Baca surat khabar entah sudah ulangan kali berapa sehari ini. Pagi tadi baca selimpas lalu kisah kehidupan wanita dan rumah tangga dalam sisipan MM. Kartun dengan dialog mentua. Aku tak peduli. Aku nak lima ribu besarkan rumah. Tak de duit? Tu bini kau pakai gelang emas? Begitulah lebih kurang dialog.

Baca seperenggan dua. Jaranglah lagi Su baca kisah-kisah di dalam ruangan ini. Kali ini terpanggil mata mahu baca kerana dialog mentua itu. Kata kita dalam hati. Macam cerita aku je.. Hanya kita tidaklah berangkai-rangkai barang kemas. Bagaimanapun biasalah sampai telinga ini dialog-dialog seangkatan. Bikin malu saja sama orang. Tidak kerja pun pakai orang gaji. Kenapa pula mama kamu boleh ada duit. Bukan bapak kamu kaa yang cari makan?

Bebel bebel pun Bonda kami. Sekurang-kurangnya Bonda kami ini teramatlah kurang dengan bab minta-minta duit ini. Teramatlah jarang bab paksa memaksa hal duit ini. Juga satu perkara dipersetujui Ti. Bonda kami teramatlah jarang mengata menantu. Hanya membebelkan hal cerita kami bertiga saudara. Dua menantu lelaki. Selalu berberita cerita bagus-bagus sahaja dari mulut Bonda kami.

Misalnya malam ini. Bonda turut berpindah datang ke ruang tamu bila Rozi datang duduk di kerusi rotan sofa biru mengadap Su. Bonda duduk di sebelah Su. Su bercerita tentang gelang baru beli. Lalu Bonda keluarkan gelang yang sama pemberian dari Muzaffar. Gelang Bonda ini bersalutan emas. Lalu memuji-mujilah Bonda. Muzaffar ini orangnya pemurah. Tv di ruang tamu. Itu hadiah dari Muzaffar. Berceritalah Bonda peristiwa hari Muzaffar bawa tv baru. Kejutan tv baru.

Johan dan semua anakanda lelaki bangun bila tamat cerita Melayu di kaca tv. Su pun bangun menuju kamar tidur. Suami dan Idris diperingatkan lekas-lekaslah mengemas bentangan tempat tidur di ruang tamu. Sebelum panjang Bonda kita bercerita. Sleeping bag, tilam nipis, segala bantal dan selimut dari kamar tengah.

Malam ini kita mandi lebih awal. Sebelum pukul dua belas malam. Serik mandi selepas pukul satu pagi. Juga mengingatkan dua puteri. Jangan mandi malam di kamar mandi Nenda itu. Mak boleh mandi. Kita lain. Kita ada pagar.

Pun begitu Su selalu pagar anakanda-anakanda kami dengan Ayatul Kursi. Antara cara mengkebalkan pagaran. Bila baca Ayatul Kursi. Menyakinkan bacaan itu sebagai pagar memagari. Terutamanya bila sampai ayat Wa la yauduhu hifzuhuma wa hu wal aliy ul azhim.. Ulang tiga kali atau berbilangan angka ganjil dan bayangkan pagar atau panahan sambil faham serta yakinkan makna ayat. Sebagaimana bila kita baca Laa hawla wa laa quwwata illaa billaah.. sampai habis. Fahamkan maksud dengan seyakin-yakinnya hati menyakinkan pergantungan mohon perlindungan dari Allah subhanahuwataala. Apa-apa doa. Lebih berkesan bila kita faham dan yakinkan maksud doa.

Kembali kepada cerita asal. Kata kita pada dua puteri. Tahap penerimaan sesaorang bila terlihat sesuatu itu bukannya sama. Ada biasa-biasa. Ada boleh demam.

Bonda pernah bercerita. Pernah kala terlelap mata bagaikan mamai belum begitu lena. Terlihatkan ada sepasang orang tua mahu berkawan. Kata orang tua itu. Kita pun tinggal sini. Boleh kita berkawan-kawan. Nasihat Su pada Bonda. Janganlah dilayan sapaan mereka itu. Sebelum ini. Memang pernah berusaha halau apa yang patut. Kita bukanlah pandai mana pun. Hanya menurut resa dan rasa. Hanya kekadang itu sendiri boleh tahu mana benda-benda berkumpul buat pening kepala bila menjengah pandang.

Sebelum tidur. Sekali lagi kemas bagasi. Semua pakaian kotor dikumpulkan dalam satu beg. Bakal ditinggalkan beg berisi pakaian kotor ini bila esok kami bermalam di Mutiara RINI. Beg ini bakal ditinggalkan di dalam but kereta. Bercadang hanya bermalam satu malam di Mutiara RINI.

Tiga anakanda tekun mengadap laptop di dalam kamar. DVD baru beli. Satu filem cerita seram. Cerita orang putih. Pesan kita. Sabar-sabarlah dulu. Nanti tiba-tiba Nenda Johor Bahru masuk dan terlihat aktiviti menonton DVD ini. Panjang pula cerita Nenda nanti.

Alhamdulillah lega selesai bab cerita hari raya kedua bersamaan dengan 14 Oktober hari minggu.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counter Tetamu Rasanubari

Singgah Holiday Plaza dari pantai berdaun salam

Meriah gembira sepetang basah mendung Danga Bay Johor Bahru


Sambung kisahan 2 Syawal 1428H bersamaan dengan 14 Oktober hari minggu. Update lewat pagi 10 November hari Sabtu. Hujan renyai-renyai turun tengah hari. Alhamdulillah beransur sembuh dari demam seminggu. Idris pula berjangkit demam ibu. Idris demam selepas sebulan berhari raya. Malam tadi masih sempat lagi beraya walaupun selepas Maghrib sudah bermula 1 Zulkaedah. Salam Zulkaedah buat yang bersinggah lalu.

Sudahnya hanya berupdate public pada petang hari minggu 11 November. Selepas sepetang semalam berpengalaman terkandas di Lebuhraya Persekutuan selama tiga jam. Hanya dari Bandar Baru Bangi. Memakan masa tiga jam untuk sampai Plaza Tol Sungai Besi. Selepas Asar dari Bangi. Sampai Plaza Tol Sungai Besi pukul 7.48 malam. Selepas Sungai Besi barulah lega sedikit highway. Bergegas laju mencari tempat solat Maghrib. Sampai Masjid UIA Petaling Jaya lima minit sebelum pukul lapan malam. Alhamdulillah sempat solat Maghrib. Solat Isya' sebelum menuju Mutiara Damansara.

Komen kita. Bagaimana dengan mereka yang ramai tidak sempat Maghrib. Bagaimana dengan mereka yang belum sempat pun solat Asar. Tertinggal sampai dua solat. Kata Safura. Orang yang buat roadblock tu tanggunglah dosa.

Perjalanan semalam hanya berdua dengan puteri bongsu. Perjalanan sepetang sampai malam berkebetulan dengan hari berperistiwa serba kuning menuju Istana Negara.

Gambar tertera. Gambar pada petang 2 Shawal tahun lalu. Antara gambar Danga Bay tahun lalu paling istimewa mengikut urutan pilihan kenangan musim Syawal tahun itu. Tiga deret kerusi paling hadapan itu. Sebahagian dari geng meriah kami tiga keluarga bersaudara. Gambar ini pernah tertera lewat entri musim Syawal tahun 1427H.

Meninggalkan Danga Bay basah tanah selepas renyai hujan awal malam. Menuju pusat bandaraya. Suami dan tiga anakanda sepakat mahu singgah Holiday Plaza. Kita mulai penat. Berkira-kira sekadar menunggu di Restoran Mcd. Makan Chocolate Sundae.

Kala kereta sampai satu simpang empat atau mungkin tiga. Lupa berapa simpang itu kala mencatat ini. Kata suami. Member selalu benar tersilap simpang di sini. Malam ini member tersilap simpang lagi. Simpang satu lagi. Su katakan pergi kanan menghala Jalan Dato Sulaiman. Holiday Plaza tu kat Jalan Dato Sulaiman. Ada orang confident memilih simpang kiri. Sudahnya kami merondalah sekejap ikut jalan jauh walaupun sampailah juga Holiday Plaza. Sekurang-kurangnya tidaklah seperti dulu-dulu. Kekadang itu lebih dari satu jam meronda sesat jalan berlegar-legar hanya di pusat bandaraya Johor Bahru. Ada orang selalu tersilap pilih simpang.

Kami berempat turun dari kereta. Suami mencari parkir kosong. Sekali belum sempat kereta berlalu. Ada satu tempat parkir kosong di belakang kereta. Su minta Safura dan Idris tunggu di petak kosong itu. Suami lambatlah pula mengundur kereta. Datang satu kereta berplat mula huruf S. Laju parking situ walaupun Safura menunggu. Kata Su. Kurang asam betul C*** Singapore tu. Mood mulai penat. Mana mungkin kereta plat Singapura itu tidak perasan suami mahu mengundur belakang. Tanya Su pada Safura. Kenapa tidak tunggu situ. Habis nanti dia langgar Baby.

Komen kita. Patut berdiri saja situ. Itu pengalaman kita. Pernah booking parkir sebegitu. Lebih dari satu kereta mahu parking. Kita beri isyarat sedang menunggu kereta datang. Malam itu terlalu ramai singgah makan di dua restoran siang malam.

Memang pernah dengar macam-macam pengalaman orang di parkir kereta. Namun inilah pengalaman pertama kita dengan pemandu kurang adab di parkir kereta.

Menaiki tangga dari parkir. Keluar menuju ruang beli-belah ikut pintu sebelah kedai jam di sebelah Restoran McD. Suami dan tiga anakanda jalan-jalan shopping. Su menunggu di Restoran McD. Berbaris menunggu giliran. Pelanggan di hadapan Su. Lelaki muda Cina. Petugas perempuan muda Melayu. Bahasa bernada serius berwajah keras. Mahu ayam yang macam mana? Muka pun berkerut semacam.

Tiba giliran kita. Dalam hati. Engkau kasar dengan aku.. Siap engkau..

Sekali Alhamdulillah terus tersenyum mesra kala tiba giliran Su. Bahasa pun berlemah lembut hormat santun. Spontan berubah wajah berkerut serius kepada senyum manis selepas bertukar pelanggan di hadapan kaunter.

Hanya beli Chocolate Sundae dan Kentang Goreng. Hanya sekadar sebagai meneman sementara menunggu suami dan tiga cahayamata. Minum Jus Oren.

Sementara menunggu suami dan tiga anakanda. Mata memerhati sekeliling. Pastinya sesekali memandang play centre dulu-dulu awal tahun 1990-an selalu bawa Khadijah dan Suraya bermain situ. Pantas masa berlalu. Tahun itu Khadijah baru mula sekolah rendah. Suraya belum sekolah. Bagaikan terlihat-lihat kami sekeluarga zaman itu di plaza ini.

Antara paling nostalgia. Singgah play centre ini selepas makan-makan di Restoran Sate Ria beberapa hari selepas kenduri kahwin Ti dan Muzaffar. Mak Ngah dari Taiping pun turut sama. Satu-satunya saudara mara dari luar Johor yang datang hadir kenduri kahwin itu. Makan-makan sebelum kami pulang ke Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

Ramai orang Melayu berbusana hari raya. Satu keluarga ini. Suaminya berbaju Melayu Teluk Belanga. Kain sampin bermotif songket bersenada warna baju. Isterinya berbaju kurung berkilat-kilat berseri. Su mengandaikan mereka ini warga negara pulau seberang selat. Melihatkan dari gaya. Boleh kenal. Bangga berbusana Melayu meraikan lebaran.

Sekumpulan orang muda berkumpul berhidangan ramai di sebelah kami. Bangun mereka ini. Boleh bertampar-tampar bergurau seorang wanita muda berbaju kurung bertudung dengan kawan lelaki. Gaya tamparan bukan tamparan bersaudara sedarah.

Meja bersetentang dengan meja Su. Sekumpulan lelaki muda berketurunan Cina. Salah seorang daripada mereka ini memakai gelang berbalutan lepa berlian hitam sebagaimana Su sedang pakai. Su pandang gelang dia. Dia pula pandang gelang Su pakai. Pandangan tahu sama tahu.

Datang sekumpulan perempuan muda bergaya ranggi. Belum pernah terlihat walaupun di Kuala Lumpur. Mereka berwajah Melayu ini memakai seluar ketat paras hanya kebawah sedikit dari punggung. Mungkin sudah terbiasa kot orang muda berfesyen sebegini rupa di Kuala Lumpur tetapi rasa-rasanya bukanlah terang benderang di tempat awam seperti ini. Gaya pertuturan bunyinya bukan orang tempatan.

Sesekali mata memandang kedai Watsons di tingkat atas di sebelah tangga. Tangga di sebelah ruang makan McD. Berkira-kira mahu singgah kedai ini. Ada barang mahu dicari. Malaslah pula kalau nanti kita pula ditunggu cari.

Suami paling awal datang. Kemudiannya tiga anakanda. Dua puteri singgah kedai DVD. Idris pula masuk satu kedai kasut. Datang Idris dengan beg plastik beli sandal baru. Kita tanya berapa harga sandal. Idris senyum-senyum berahsia. Kita boleh meneka berapa harga. Anakanda lelaki kita yang satu ini. Citarasa boleh tahan mahal. Mengikut citarasa kekanda-kekanda perempuan. Teringat puteri sulung dulu-dulu. Sandal pun mesti sandal bertanda harga ratus. Mendung kelabu kelam bila kita bawa jengah kedai Bata. Kini lebih sederhana. Selepas bertempias pembawaan Naza lebih sederhana.

Risaunya kita bila lamanya dua puteri dalam satu kedai DVD. Minta Idris menyonsong tunggu dua kekanda di kedai boleh dipandang dari meja makan kami menunggu. Risau kerana dua pembeli ini menjengah sampai dalam stor kedai. Lain-lain kedai sudah mulai tutup menjelang pukul 10 malam. Kita menyuruh Idris menjengah sampai stor. Idris pula hanya menelefon menanya. Sebentar kemudian. Kelihatan keluar Safura dan Suraya dari dalam kedai.

Alhamdulillah berkumpul semua sebelum pukul 10 malam. Minum-minum dan berbual. Su bercerita tentang mesin penimbang berat Bonda kita terpatah hanya beberapa jam sebelum kami sampai Johor Bahru. Patahnya malam tadi. Semuanya hanya dengan izin Allah taala Maha Menyusun semua.

Kata Su ketawa bercerita. Nenda Johor Bahru sudah bersiap tunggu kita sampai. Mahu timbang dan buktikan siapa lebih berat. Tahun lepas Nenek macam tak percaya bila berat badan Nenek lebih berat dari Mak. Mati-mati dia kata Mak lebih gemuk dari dia. Heran kenapa berat badan Mak lebih ringan dari dia.. Sekali kuasa Allah taala. Mesin penimbangnya patah hanya beberapa jam sebelum kami sampai malam tadi. Lalu tahun ini tiadalah sesi mahu melihat perbezaan berat lagi.

Mesin penimbang patah bila khabarnya Mariam melompat di atas mesin ini. Selepas Taza timbang berat badan. Ini cerita Ti malam tadi. Mengikut cerita Bonda pula. Mariam melompat selepas Saiful timbang berat badan. Pun begitu Bonda bercerita tanpa bernada menyalahkan sesiapa.

Keluar dari Holiday Plaza sebelum pukul sepuluh malam. Sempat singgah melihat-lihat jam di kedai jam selang sepintu dari Restoran McD.

Alhamdulillah perjalanan dari Holiday Plaza tanpa bersesat mesat. Lalu satu tepi jalan. Kata Safura. Situlah dulu kereta MPV kita pancit tayar tepi jalan.

Tadi dalam perjalanan pergi Danga Bay. Hanya beberapa meter sebelum gerbang tanda Danga Bay. Kata suami. Sekali terjumpa Tuan Johan dekat Danga Bay. Perjalanan pulang malam dari Holiday Plaza. Entah pergi manalah diaorang ni. Juga baru teringat kala kereta susur Tampoi. Lupa beli surat khabar.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counter Tetamu Rasanubari

Berulang singgah Danga Bay merah jingga senja Eidulfitri Tanjung Puteri

Senja Eidulfitri Danga Bay Johor Bahru


Sambung cerita hari raya kedua Syawal 1428H. 14 Oktober hari minggu. Update pada 8 November. Hujan lebat petang Khamis hari Deepavali.

Lebih tiga hari tanpa mata bersinggahmata tv. Demam buat berbaringan menahan sakit badan berbisa. Pagi ini separuh hari berbaringan menahan sakit. Tengah hari bergagah diri bangun. Bisa-bisa sakit seluruh badan. Tangan dan tapak kaki dingin bagai ais batu. Terasa letihnya lama berbaringan. Lama berkurung dalam kamar. Walaupun malam tadi bergagah diri hadir majlis jiran. Lewat pagi ini. Mak nak turun bawah. Nak tengok cerita Hindustan. Tanya Idris ralit mata dengan PC Games. Cerita Hindustan? Sambung kita. Hari ni kan Deepavali. Cerita SRK dengan Arjun Rampal.

Pun begitu tetap mengingatkan diri sendiri. Sepatutnya bersakit-sakitan begini buat mengingatkan kepada mati. Kata kita pada Idris diminta bawa turun laptop baru ibu lewat pagi. Mak penat baring.

Sambung certa Syawal kedua 1428H di Johor Bahru hampir sebulan lalu. Sebelum itu. Beberapa catatan terlupa kala bersanggar raya Mutiara RINI. Buat rekod kemudian hari.

Ti menegur sama serupa baju kurung bernatar hitam kain benang hitam Su dan Suraya. Tanpa dirancang. Baru perasan malam tadi. Baju kurung Su dan Suraya hampir sama serupa. Hanya warna bunga baju kurung Su lebih lembut muda merah jambu. Walhal beli asing-asing. Su beli siap di Bangi Utama. Suraya beli kain dari Shah Alam. Tempah buat baju kurung dari kawan sekampus.

Kelakarlah pula. Semalam sama baju kurung biru muda kain benang hitam Su dan Safura. Beli dua pasang baju kurung senada warna biru ini dari butik yang sama. Lain sebenarnya warna bunga kain tetapi latar warna tanah hampir sama serupa. Biru dan putih. Hari ini Su boria pula dengan Suraya. Kenangan kelakar Aidilfitri 1428H.

Su beritahu Ti. Bonda malas ikut walaupun kami pelawa bawa Bonda beraya ke Mutiara RINI. Sar boleh jemput Mak lepas hantar kami. Kurang pasti maksud wajah Ti bila Su beritakan ini. Terasa hati atau biasa-biasa.

Ti menanyakan tentang video peguam itu. Ti menanyakan siapa Lingam itu. Kan dulu pernah tersebar kat internet gambar bercuti sekian-sekian orang dengan Lingam ni kat luar negara. Itulah Lingamnya.

Kata Ti tentang sesaorang itu. Terfikir. Haih. Dia dapat mati dalam bulan puasa?

Komen kita sendiri kalau kemungkinan itu pada musim itu. Allah taala lebih tahu apa yang kita tidak tahu.

Juga Ti bicara tentang angkasawan itu. Karier sebagai pensyarah pelatih di UKM dan Restoran Rebung bersama Chef Ismail. Kata kita. Surat khabar Singapura memaparkan pada muka hadapan wawancara dengan Chef Ismail sebagai sahabat kongsi perniagaan beliau itu. Surat khabar negara itu turut berkongsi keterujaan rantau sini.

Juga Ti bicara bual berita terkini tentang bakal pengantin baru sensasi itu. Kurang lagi berminat dengan cerita beliau ini. Kata kita bergurau dengan cahayamata. Mak kamu tidak suka orang curang dengan kekasih. Kata suami ketawa bergurau. Sebenarnya sebab Mak kamu orang suka **** *****. Jawab kita tidak rasa kelakar. Ada ke..

Kala perjalanan berkereta dari Skudai menuju kediaman Ti. Kita bercerita pada suami. Tentang rumah pusaka dan harta warisan. Sengaja mengkenenkan member sebenarnya. Rumah kami di Kinabalu itu. Kalau kami suami isteri meninggalkan dunia ini. Sesiapa mendiami rumah itu. Mereka ini mendiami rumah berkategori harta anak yatim. Namanya saja rumah kami. Kunci rumah pun tidaklah pernah Su pegang. Kata seorang sahabat karib di Kinabalu sana. Tersebar berita. Rumah itu rumah suami kita wakafkan. Siapa tidak berumah. Bolehlah menumpang sana. Hmm. Berubahlah juga wajah suami bila kita beritakan hal ini. Kerana itulah bermacam-macam manusia singgah rumah itu. Kata seorang sepupu suami. Suami kita ini terlebih budiman.

Kala kereta biru gelap baru beberapa meter meninggalkan kediaman Ti. Suami beri gelang baru beli dari Muzaffar. Suruh Su pakai. Eh kan Muzaffar kata Su jangan pakai masa tidur. Takut bangun pagi pengsan terus. Karang pengsan kat Danga Bay ke..

Kata suami. Pakai sajalah. Gilir-gilir pakai.

Lalu berkomen bergurau. Baru semalam pagi dalam perjalanan dari Bandar Baru Bangi. Kita bergurau berkata. Bilalah lengan ni nak dapat gelang. Sekali hari ini dapat gelang. Gelang berlian hitam. Berlian hitam pun berlian hitam lah.

Pengalaman pertama kali menyarungkan gelang ini. Rasa berat mata. Puaslah melawan mengantuk. Ataupun sebenarnya berat mata ini secara kebetulan selepas menyarungkan gelang ini. Sementelah masih bersisa demam.

Tenang Mutiara RINI masih sunyi lengang. Kami dari Mutiara RINi awal pukul enam. Menuju Danga Bay memanjang Pantai Lido bukan lagi berhamparan luas padang tepi pantai seperti masa lalu. Beberapa tahun lalu. Pantai berlagun puteri ini berpadang hijau berkawanan pepohon cemara memanjang sepanjang pantai. Teringat satu lagu Su suka masa sekolah rendah. Lagu bersenikata pohon cemara. Lupa nama lagu. Lagu Rashidah Baharuddin. Penyanyi tahun 70-an popular dengan lagu Hatiku Hatiku Jua.

Suami turunkan kami berempat. Suami mencari parkir. Danga Bay menjelang Maghrib. Merakamkan gambar senja Danga Bay. Hari raya kedua tahun lepas ramai pengunjung Danga Bay terdiri daripada orang tempatan dan mereka dari seberang Selat Tebrau. Hari kedua Syawal tahun ini. Danga Bay bagai diserbu warga pekerja Indonesia.

Selepas merakamkan gambar senja merah Pantai Lido. Apa-apa hal. Cari meja makan berdekatan kipas. Mulanya mahu memilih meja makan mengadap laut. Panaslah pula bila tiada kipas mereda panas. Lagipun jauhlah pula dari kedai makan.

Memilih satu meja makan kami makan di sini pada singgahan kami tahun lepas. Meja makan di hadapan gerai Ikan Bakar. Merancang mahu beli bungkus Ikan Bakar buat dibawa pulang. Teringat musim Aidilfitri tahun lepas. Bonda menyebut tentang mahu makan Ikan Bakar dari gerai Ikan Bakar ini. Malam itu tidak sempat beli pun Ikan Bakar pada singgahan Danga Bay kami itu. Singgahan beramai kami tiga saudara dan keluarga pada malam hari raya kedua tahun lepas.

Setiap kali singgah Danga Bay bermedan selera Daun Salam. Bay Leaf Food Court berbumbung bagai daun salam. Kita mesti teringat mahu makan Mee Rebus Singapura satu gerai itu. Sampai gerai Mee Rebus selalu singgah bila datang sini. Tiada lagi gerai menjual Mee Rebus Singapura dengan Udang Goreng Celup Tepung. Berganti dengan gerai menjual segala macam sup. Beli Sup Daging Lembu buat memanaskan badan mulai bagai mahu demam semula. Sup berhidangan dalam mangkuk polisterin.

Nun ada satu lagi gerai menjual Mee Rebus tetapi bukan gerai Mee Rebus Singapura selalu Su singgah beli. Sementara menunggu Mee Rebus Johor. Datang Suraya. Suraya beli Laksa Asam. Mee Rebus Johor berhidangan dalam pinggan PVC warna hijau. Laksa Asam dalam mangkuk putih polisterin.

Minta suami belikan kita ABC. Idris belikan ibu Air Soya tanpa ais batu. Komen semua cahayamata. Tidak mahu ais batu tetapi masih minum ABC. Mahu ABC kerana kacang dan jagung. Konon-kononnya..

Idris makan Nasi Ayam. Suami makan Meehoon Sup. Safura seperti selalu. Suka makan Yong Tau Foo bila makan di luar begini.

Masuk waktu Maghrib. Suami dan Idris pergi surau. Surau di dalam kompleks medan makan ini. Sedang makan. Seorang lelaki Melayu bukan muda. Lelaki ini sedang bersiap sedia mahu mulai buka pentas sudut karaoke. Testing. Testing.. Kata bergurau Su pada dua puteri. Pasanglah lagu raya. Bagaikan member terdengarlah pula kata kita ini. Hanya beberapa minit selepas itu. Berkumandanglah lagu hari raya.

Lagu pertama berkumandang kuat. Lagu hari raya Junainah M. Amin. Marilah Adikku. Marilah bersamaku. Ku pakaikan baju baru.. Kami beransur bangun meninggalkan medan makan kala lagu ini baru separuh didendangkan.

Susur lalu gerai-gerai berkanopi putih sebelah Bay Leaf Food Court. Bagaikan pasar malam. Hanya gerai-gerai malam ini berkanopi besar warna putih membumbungi gerai. Basah jalan selepas hujan petang. Hujan kala kami sedang makan. Tiada yang berkenan walaupun mata tetap pandang memandang. Hanya berhenti seminit dua pada satu gerai menjual poster khat ayat Al-Quran. Sempat lagi merakamkan gambar pemandangan dalam gerai.

Kereta menunggu di sebelah karosel Merry Go Round. Pertama kali Su terpandangkan karosel dua tingkat. Merakamkan gambar pemandangan karosel malam di sebelah Eye On Malaysia versi kecil kurang pasti pula nama benda ini di dalam bahasa Melayu. Masa kecil-kecil dulu. Memang biasalah menaiki buaian tergantung ini. Funfair malam bandar Taiping. Kali akhir menaiki buaian sebegini. Masa darjah enam.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Sampai Mutiara RINI bersembang-sembang melambai memori

Sepetang hidangan Eidulfitri Mutiara RINI


Sambung rakaman tinta kisahan hari minggu 14 Oktober hari raya kedua. Johor Bahru sepetang dari kediaman Bonda bersinggah lagi Mutiara RINI sesekali menderas renyai hujan panas Skudai. Hujan panas turun berskala singgah sedari awal tengah hari. Update pada 5 November sambil mengadap cerita tv berlambaian nostalgia sendu masa lalu. Nostalgia rindu namun pilu. Sendu pilu tahun-tahun berkisah kelabu cerita keluarga masa kecil tahun kami baru berpindah dari Singapura. Filem berdialog puitis santai zaman itu. Kanda pergi bukanlah lama. Sebelum rindu berjumpa lagi.

Alhamdulillah sampai Mutiara RINI lima minit sebelum pukul lima petang bersederhana terang hari. Hujan panas meredupi bahang. Sekali lagi ketibaan kami disambut Ti dan Iman di pintu pagar. Sekali lagi Mariam menunggu di muka pintu kayu padu bercat biru kelabu. Hari ini Mariam berbaju kurung warna merah salmon lembut. Seperjalanan lebih kurang sepuluh minit. Ligat berfikir namun tenang rasa. Seperistiwa hari ini melambai fikir menggamit rancang menyusun harmoni.

Kala kami semua baru beransur memilih tempat duduk. Suami dan semua anakanda di sudut bersofa kain kapas serba warna biru. Su dan Ti di sudut ruang tamu mengadap tv. Mariam datang dari kamar utiliti sebelah dapur. Bawa keluar satu beg plastik merah berisi satu kotak besar bunga api. Heh mana boleh main sekarang. Tunggu malam. Malam esok kakak-kakak tidur sini. Ini komen ibunya Mariam.

Mariam tersipu-sipu malu bila ibu Mariam buka rahsia. Sembunyikan muka di belakang ibu. Tahun-tahun sebelum ini Mariam lebih suka dan manja dengan Kekanda Suraya. Malam tadi Mariam berkisah dengan ibu. Mak. Mariam suka sangat Kak Safura. Kata Ti petang ini berlagu gurau. Haih.. Sudah berpaling kasih?

Setengah jam pertama. Suami dan Muzaffar di sudut ruang tamu tepi pintu. Ruang tamu bersofa biru lembut. Muzaffar mempromosi barangan jualan terkini. Gelang berbelitan berlian hitam bagaikan gelang jam tangan. Kita mencadangkan suami jangan beli yang berbelitan salutan emas. Jangan gelangnya terlalu ranggi. Nanti pelajar bergurauan kata. Ruggednya doktor.

Sudahnya berhasillah juga Muzaffar jual satu gelang ini pada suami. Suami memilih model paling murah. RM270 lebih satu. Gelang dikatakan mampu membantu mengurang kadar kurang bagus dalam badan dan sebagainya. Mampu membagusi perjalanan darah dan sebagainya. Muzaffar bercerita. Bapa Muzaffar lama pakai gelang ini. Tekanan darah beransur rendah. Reaksi Su mendengar cerita ini. Bagaikan terpana kaget. Ye?

Selepas pukul empat setengah petang. Bertukar tempat bersembang. Suami berpindah ke hadapan tv. Muzaffar solat Asar. Su dan Ti beralih pindah sofa. Giliran kami santai berkumpul di sofa biru. Makan biskut riben merah jambu. Merakamkan gambar meja kopi dan biskut merah jambu. Comel biskut sedap pandangan sesedap rasa.

Baca leaflet info tentang berlian hitam. Kata Ti. Pada yang tahu tentang berlian hitam ini. Mesti kurang berminat beli. Lombong berlian mengakibatkan ramai pekerja mati. Kata Ti. Orang sebegitu melabelkan ini berlian darah. Sambung Su. Kira tahapnya sama seperti pakai kot bulu binatang. Atau karpet halus menggunakan buruh kanak-kanak kecil.

Kala mulanya Su dan Ti di hadapan tv. Kami berdua saudara tertanya-tanya kemana hilang Johan sekeluarga. Andaian mudah kami. Mungkin bersinggah mall. Kata Ti mulai berlagu marah kala Su mengikut Ti ke dapur. Ti sediakan minuman panas. Walau apa pun kenangkanlah hati orang tua itu. Ini datang setahun sekali hanya sekadar bermalam tidur. Datang JB ni sebab boleh shopping. Sedikit analisis andaian teka adinda kita. Andaian belumlah tentu benar. Andaian mungkin hanyalah sekadar berlepas kata kerana berlagu marah. Lain cerita sangka bila redup hati.

Kita pun kurang selesa. Bagai kurang mahu berkumpul bergerombolan. Sesekali datang. Lebih masa di luar rumah dengan rancangan sendiri-sendiri. Pun begitu mungkin bukan mudah bertahan hati mengadap cerita mulut Bonda. Itu mungkin antara sebab utama. Kita tahu sebagai anakanda sewajarnya kita beralah. Namun kekadang melarikan diri itu lebih menyelamat keadaan sebelum terlepas kata. Pun benar bagai kata Ti. Aku kat sini lagi selalu terpaksa mengadap. Ini hanya setahun sekali. Ti lain sedikit pada Bonda. Kediaman Bonda masa kini. Itu rumah pertama Ti beli. Bonda mungkin terasa lebih terhutang budi ihsan anakanda yang satu ini. Lalu lebih bertahan dengan Ti.

Kata kita. Perasankah Ti cerita hilang Johan dan keluarga pada minggu Syawal di Johor Bahru ini berselang seli dua tahun sekali. Tahun lepas bagus. Tahun sebelum itu kurang. Tahun sebelum itu bagus. Apa-apa pun. Mereka tetap pulang setiap Aidilfitri. Itu resam bagus. Kita lihatlah apa yang lebih bagus. Sekurang-kurangnya pada setiap Aidilfitri bakal bertandang menziarahi ibu. Bukan kita belum pernah dengar. Bukan tiada kenalan yang menjengah orang tua hanya beberapa tahun sekali. Malah bukan kita belum dengar kes saudara pulang sekeluarga beraya tetapi bermalam di hotel lebih selesa dari rumah ibu. Adinda kita masih sanggup mengadap bebelan ibu walaupun hanya setahun sekali.

Juga bercerita meluahkan sedikit kegusaran hati ini. Sedari malam tadi. Kali ini Bonda kelihatan tertekan dan marah-marah. Semua menjadi mangsa cerita. Termasuklah kami bertiga. Tahun-tahun sebelum ini. Bonda lebih tenang lebih berceria wajah. Ti bercerita. Kemungkinankah Bonda kurang senang dengan Ti. Empat bulan Ti kurang sempat menziarahi. Wang bulanan sekadar bertitipan melalalui Taza. Tazalah satu-satunya rajin menjengah ziarah Nenda. Sementelah member sudah bermotosikal baru. Motosikal beli guna duit sendiri. Khabarnya merancang beli kereta pula.

Kata Su pada suami seawal perjalanan kami dari kediaman Bonda tadi. Taza ni ikut macam Abah dia. Pandai cari duit. Baru bersambutan harijadi sembilan belas tahun 3 Oktober lalu. Sebaya dengan Nizam. Safura muda setahun. Safura baru lapan belas. Su kekadang lupa umur Safura. Safura melompat kelas.

Selepas berpindah sofa. Sambung cerita. Apa Mak cerita.

" Entahlah. Biasalah. Cerita macam-macam. Cerita masa susah sekolahkan kita. Cerita orang itu. Cerita orang ini. "

Berceritalah kita. Sesetengah cerita samada sengaja diubah skrip ataupun sebenarnya Bonda kini semakin lupa-lupa. Misalnya baru-baru ini Su berkirim wang. Bonda baiki tv lama bermasalah dengan wang ini. Semalam cerita Bonda. Bonda tiada wang buat baiki tv. Mak korek sana sini. Pakai sikit duit simpanan. Taza tolong hantar kedai. Dia pinjam kereta kawan. Walhal Bonda menelefon berterima kasih kerana kita bank-in duit buat baiki tv. Cerita berterima kasih itu baru sebulan dua sebelum ini.

" Dia kata dia tak lupa apa orang buat kat dia. Dia lupa. Orang pun tak lupa apa dia buat kat orang. Kita pun kalau nak cerita boleh cerita. Kita pun ada kisah silam. Kita pun hari ni tetap ada masalah kita. Semua orang ada masalah. Dia lupa. Macam mana kita dulu. Macam mana hang menangis sampai pengsan-pengsan bila Mak hilang. "

Kaget hairan kita. " Ya kaa. Menangis sampai pengsan? "

" Masa Mak hilang tak balik rumah. Ayah hantar kita pergi rumah Kak Jama. Hang ingat Kak Jama? Sepupu Ayah. Rumah Kak Jama kan kat atas bukit. Satu hari tu hang ternampaklah Mak bawah bukit. Mak pakai kebaya. Mak nak pergi ambik gaji rasanya. Hang menangis sakan bila nampak Ma. Ti Ti. Mak tu. Cepat Ti. Panggil Mak. Hang jerit jeritlah lambai panggil Mak. Hang menangis panggil Mak. Menangis tak berhenti-henti. Penat menangis hang terbaring tidur. Bangun tidur hang menangis lagi. Menangis panggil Mak lagi. Aku tengok je hang. Johan kecik lagi. Tak faham apa. "

Oh Su lupa semua itu. Mungkin kes blackout memory bila peristiwa itu terlalu pahit menekan. Pun begitu masih berlambaian ingat pandangan Bonda berbaju kebaya warna hijau di bawah bukit. Tahun itu Su baru tujuh tahun. Mungkin pahit hari menangis lama terpengsan-pengsan itu buat kenangan ini tertutup dari ingatan. Su perasan. Su hanya lebih ingat kisahan lalu berlagu tenang cerita. Peristiwa pahit amat. Kebanyakannya padam terlupa dari ingatan. Bab kisah pedih masa lalu. Ti lebih mengingati. Mungkin juga Johan. Su pula rupa-rupanya lebih hanya merakam ingatan cerita yang bagus-bagus lagu sukma. Hanya ingat beberapa peratus saja kisah luka menekan perasaan.

Kala Ti bercerita. Oh sebunya dada. Takutnya kalau tiba-tiba tangisan lama tersimpan sebu ini meletus laju keluar. Segera bicara cerita lain. Terpandangkan ada orang itu ralitnya mengadap tv bertayangan siaran berhari raya dengan seorang selebriti tersohor itu. Kurang pasti tv Malaysia atau tv seberang selat sana. Santai ralit berkerusi malas buatan rotan di hadapan tv.

Pun masih ingat. Kala Bonda datang selepas kami bertiga demam. Bonda datang bila Ti baring demam terkulai bagai mahu mati kerana rindukan Bonda. Mulanya Bonda hanya bawa Ti dan Johan. Su berlari mahu mengikut. Berlari memegang kaki dan tangan Bonda laju berjalan meninggalkan halaman tepi belakang rumah. Sudahnya seorang sahabat Bonda dan Ayah yang memangku bawa Su. Kami pergi rumah ayahanda saudara Bonda masih mukim yang sama. Selang beberapa hari selepas itu. Ayahanda datang melarikan kami bertiga. Bonda masa itu hilang lagi entah pergi mana.

Sahabat Ayah Bonda ini ceritanya pernah tertawan kasih pada Bonda walaupun suami Bonda ini sahabat karib sahabat ini. Ini apa diceritakan dari sesaorang. Apa pun sahabat Ayahanda inilah paling membantu cuba meleraikan pergaduhan Ayah Bonda. Berusaha menyatukan semula hati Ayah Bonda. Orang dulu-dulu kalau terikat tumpahan kasih. Apa lebih utama. Bahagia orang dikasihi. Bagaikan kata kasih cinta tidaklah semestinya bersatu. Kasih cinta bukanlah semestinya memiliki. Bagaimanapun sudahlah tersurat sebegitu semua cerita keluarga.

Oh semput nafas kala memori ini datang bersinggah lalu. Kita sedari dulu bukan pilihan Bonda. Malah dalam satu novel Bonda. Seorang anak itu penghalang kala masih dalam rahim ibu. Penghalang bagai pencetus sebab isteri dan ibu itu tidak boleh melarikan diri dari ikatan perkahwinan itu. Su mengandaikan cerita heroin dalam satu novel Bonda itu. Itu mungkin tempiasan cerita penulis novel itu. Heroin cerita novel itu terperangkap dalam perkahwinan hilang rasa kasih bila rasa tertipu. Antara sebab Su kurang mahu orang mengenal tahu siapa ibu kami. Antara sebabnya Su lebih bersikap membisu bila sesiapa menanyakan siapa sebenarnya ibu Su. Kurang senang berlagu segan.

Ada satu filem selingan lewat kaca tv. Visual bergambaran seorang gadis sunti Palestin menangis. Gaya menangis gadis sunti itu. Begitulah Su bagai gila menangis seorang diri tawaf keliling rumah pada satu hari Bonda dan Ayahanda bergaduh besar. Beberapa kali menangis pada siri-siri pergaduhan ayah ibu. Selepas faham hakikat Ayah Ibu bercerai. Kita semakin pendiam. Teramat jarang menangis lagi. Semua terpendam simpan kemas rapat dalam hati. Luahan tangis itu hanya melimpah keluar baru beberapa tahun lalu. Sakitnya bila terluah segala lama tersimpan.

Merakamkan gambar biskut riben. Merakamkan gambar meja kopi berhidangan biskut raya. Lama menunggu Johan sekeluarga tidak sampai. Kami sekeluarga beransur pergi. Cadangnya kami mahu ke Danga Bay. Satu kemestian Su kalau datang Johor Bahru. Mahu berselayangan pandang Pantai Lido dan pulau negara kelahiran. Bukan hanya Su seorang suka mengadap pandang pulau seberang dari Pantai Lido. Ti pun rupa-rupanya begitu. Bonda pula pernahlah berkisah. Semasa Bonda di Singapura. Selalu di pantai seberang sana. Sedih pilu memandang pantai sebelah sini berpandangan Tanjung Puteri. Sedih mengenang nasib di rantauan orang.

Pagi tadi kala menelefon Ti dari kediaman Bonda. Su bertanya tiadakah rancangan jalan-jalan hari raya kami bertiga keluarga dengan Bonda.

Kata Ti. Malaslah jalan-jalan. Tahun ni aku nak duduk rumah tengok tv. Seorang lagi malas jalan-jalan bergerombolan.

Kata Ti petang ini di Mutiara RINI. Selama ni bertahun-tahun. Bila raya tak pernah sempat tengok rancangan tv. Apa pun sebelum kami pulang. Ti berubah hati. Kalau hang nak jalan-jalan. Esok kita pergi AEON City. Sebelum tu kami nak pergi City Square dulu. Ingat nak cari dulang kat satu kedai ni kat City Square.

Pada Su. Keutamaan berjalan beramai itu bukan kerana mahu berseronok-seronok suka. Tujuan utama. Mesra harmoni sesekali bergerombolan berkumpul Jalan-Jalan Aidilfitri. Bukanlah selalu berpeluang bertemu berkumpul begini. Mahu berziarah raya. Rata-rata saudara mara di Johor Bahru ini pulang Taiping ataupun Lenggong. Rata-rata sahabat karib di Johor Bahru ini masih bercuti raya pulang kampung. Rata-rata sahabat karib kami warga universiti di Skudai itu. Sahabat karib Su rata-ratanya pulang kampung di luar Johor Bahru. Yasmin misalnya pulang Segamat. Zz pulang Terengganu.

Bila semakin sedih rasa halus pilu kalbu kala berlambaian pedih cerita lama. Bersegera mencadangkan kami beransur pergi Danga Bay sebelum gelap hari. Ti mengandaikan mungkin Johan sekeluarga hanya singgah Mutiara RINI esok pagi.

Beransur pergi Johor Bahru pusat bandar selepas pukul enam petang. Muzaffar dan Ti sekeluarga mengiringi kami sampai pintu pagar. Seperti biasa. Lambaian lambai sampai kenderaan hilang dari pandangan mata orang melambai dari pintu pagar. Sebagaimana lambaian Su selalu setiap kali melambai semua anakanda.

Mariam ceria melambai. Mariam tahu. Keesokan malam Mak Long sekeluarga datang lagi. Keesokan hari Mak Long sekeluarga datang rumah Mariam lagi.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Hari kedua Syawal Johor Bahru bersabar mendengar bertalu-talu


Hibiscus merah jambu Skudai Johor Bahru santun berseri pagi Eidulfitri redup kalbu
Originally uploaded by Ssuriha

Hari kedua Aidilfitri 1428H. Hari kedua Syawal berwarna-warni meriah di Johor Bahru lalu bersamaan dengan 14 Oktober nan lalu. Mula mencatat menulis pada 1 November hari Rabu. Hanya berjaya publickan entri pada 3 November awal pagi. Berjaya itu selepas berkali-kali mengedit buang itu ini. Pantasnya masa berlalu. Sudah November melambai datang. Entri Januari pun belum sempat dikemas kini. 3 November merekodkan sampai laptop baru sesudah lebih dari tiga bulan lama menunggu. Istimewa laptop hadiah harijadi Julai lalu. Alhamdulillah syukur pada Ilahi.

Hari minggu hari kedua Syawal 1428H. Johor Bahru mukim Skudai. Bangun pagi awal pukul enam. Suami mengetuk pintu. Solat Subuh! Hanya bangun lebih kurang lima minit selepas itu. Selepas solat Subuh. Baru kejutkan dua puteri.

Antara waktu paling Su suka selesa. Awal dinihari dan waktu Subuh. Mungkin bertepatan dengan masa kelahiran kita ini pada waktu azan Subuh. Juga setiap tempat berpilihan waktu berbeza buat mendamba lebih gemar. Kalau di Johor Bahru dan rumah sendiri. Gemar waktu Subuh berbiru lembut kelabu subuh hari. Lain tempat lain pilihan masa kegemaran. Pun begitu selalunya Su gemar waktu subuh dan awal pagi kala matahari mulai mengintai hari. Mungkin kita ini berperibadi gemar pada apa saja sebagai pembuka lembaran baru. Suka waktu subuh permulaan hari. Suka hari Isnin pembuka minggu. Suka bulan Ramadhan. Suka bulan Muharram. Suka bulan Julai bulan kelahiran.

Selepas solat Subuh. Mengemas lagi bagasi. SMS buat beberapa orang sahabat. Paling awal membalas. Rosmiati dari nun Kota Kinabalu. Mungkin juga kali ini cepat balasan kerana SMS dari Su beralamatkan telefon bimbit Profesor Has suami kepada Ros. Tahun ini. Ros sekeluarga berhari raya Aidilfitri di Kota Kinabalu. Puteri kedua Ros kini tahun housemanship di hospital kelahiran tiga puteri kami. Doktor perubatan pertama dalam keluarga Ros. Tahun hadapan seorang lagi doktor. Puteri ketiga Rosmiati.

Alhamdulillah hujung tahun ini dua doktor perubatan dalam keluarga Rasanubari. Seorang anakanda. Seorang menantu. Sayangnya kami terpaksa menunda cuti buat menghadiri konvokesyen pasangan anakanda. Beberapa hari sebelum hari raya. Suami confirm beli tiket pergi satu destinasi lain pada hari konvokesyen itu.

Cuti-cuti Melbourne musim summer Australia sudah ditunda kepada Insya-Allah Cuti-Cuti Melbourne autumn winter 2008. Sementelah tahun hadapan pasangan anakanda masih di Melbourne pada tahun housemanship. Juga InsyaAllah pada tahun-tahun berikutnya dan kami mendoakan apa yang lebih bagus dengan izin Allah subhanahuwataala.

Beberapa minggu lagi. Tanpa dirancang kami terbang wisata dua negara dalam Asean. Setengah bulan Thailand bakal bertapalah kita di hotel sana sementara suami berkursus. Satu minggu Indonesia bercuti sekeluarga. Paling teruja bab pertama kali bakal wisata negara kelahiran nenda moyang kita walaupun kunjungan ini nanti bukan Sumatera tetapi Jawa. Percutian sekeluarga berkebetulan kerana suami berseminar sains di sana.

Kembali kepada rakaman cerita 14 Oktober hari kedua Syawal lalu.

Malam tadi sampai Johor Bahru. Lebih dari sekali Bonda mencadangkan kami tidur dua malam di rumah Bonda. Berbincang-bincang dengan dua puteri. Juga dengan suami kala suami menjengah kamar tidur kami awal pagi ini. Suami dan Idris angkut simpan segala sleeping bag dan bantal dari ruang tamu. Lalu berkeputusanlah kami. Malam ini tidur satu malam lagi di kediaman Bonda. Keesokan hari baru kami bermalam di Mutiara RINI.

Malam tadi selepas solat. Sempat lagi guna laptop. Buat mengemas muat turun semua gambar hari raya. Pagi ini mengemas lagi bagasi bercuti. Mengemas bagasi beg pakaian kotor. Basuh apa boleh dibasuh dengan tangan. Malam tadi Su basuh baju kurung kain nipis benang hitam mudah kering hanya beranginkan kipas. Pagi ini basuh beberapa helai pakaian lagi. Basuh sebelum mandi. Basuh kain di sinki kamar mandi.

Sedari malam tadi. Mengingatkan semua anakanda supaya mandi pagi. Pagi ini mungkin kami dua keluarga bakal bergerombolan berkumpul meriah beraya pergi Mutiara RINI. Pun begitu pasangan adinda dari Kuala Lumpur paling awal mandi. Mandi selepas solat Subuh. Pengamatan kita bila begini. Johan dan keluarga merancang keluar pagi.

Su keluar dari kamar mahu menjengah kamar mandi Bonda sekitar pukul sepuluh pagi. Melepasi langsir pintu kamar tengah mulai panas lewat pagi. Minta izin Bonda. Su mahu ke kamar mandi kamar utama. Mahu basuh sehelai dua pakaian kotor. Kamar mandi satu lagi sedang disinggah mandi oleh salah seorang puteri kami.

Juga terperasan. Buat pertama kali sedari awal perkahwinan. Suami bersarapan pagi duduk di kerusi makan sebelah Rozi di kepala meja. Bonda bersetentang kerusi dengan suami. Rozi dan Bonda bersembang bual tentang Ketupat Nasi. Pagi ini sarapan pagi berhidangan Ketupat Nasi Rozi. Segala rendang Bonda perangat sebelum hidang.

Ada orang semakin hari kini semakin terbawa-bawa kebiasaan lali di tempat kerja ke dalam keluarga ini. Terkujat mungkin Rozi dengan perubahan tiba-tiba ini. Memanglah kebelakangan ini ada orang itu seakan sedikit berubah kepada kelaku masa dulu-dulu.

Sambung cerita 14 Oktober Aidilfitri di Johor Bahru.

Keluar dari kamar mandi. Tiada kelibat Rozi dan Johan. Tanya Su pada Bonda kala kita mula menjengah meja makan buat bersarapan pagi. Mana Johan dengan Rozi? Johan dan Rozi pergi beli surat khabar. Pergi beli sayur.

Sarapan pagi hanya minum teh O panas. Meja makan berhidangan ketupat, lemang dan rendang. Sebenarnya Su kurang boleh makan makanan lebihan semalam. Kurang boleh makan makanan perangat. Mudah sakit perut. Perangat itu bermaksud perhangatkan. Bahasa selalu Bonda kami. Minum teh O panas bancuhan Bonda dengan menambah sedikit air panas buat mengurang manis.

Sarapannya hanya lebih kurang sepuluh minit. Mendengar cerita Bonda berjam-jam sampai tengah hari. Sekali-sekali mata memandang pintu pagar. Haih lamanya orang beli surat khabar. Bonda pula mengomen bernada beli sayur ke buat sayur.

Cerita Bonda bertalu-talu. Cerita itu ini bersedari mula dari A sampai Z. Cerita yang sama sudah berulang-ulang tayang bertahun-tahun. Ni Mak nak cerita semua ni supaya M jangan ingat yang Mak ni pendendam. Sampai satu ketika tiba-tiba Su terasa pening. Kepala seakan tiba-tiba terasa bagai berpusing. Buat pertama kalinya. Su menegur Bonda namun berlembut bahasa bersenyum-senyuman wajah. Ini pabila Bonda kita semakin bersemangat bercerita dengan mata pun mulai merah marah. Janganlah ingat semua yang lama-lama tu. Nanti tinggi tekanan darah.

Jawab Bonda berlagu serius benar. Tangan kanan menghempas perlahan meja makan. Haah! Tak naik dah tekanan darah. Semua tu dah okay sekarang..

Kata hati. Hmm baru malam tadi kata mahu relaks. Malas lagi ingat semua yang memberatkan fikiran..

Lalu berusahalah Su menahan pening. Hati berdoa mohon Alah taala janganlah biarkan kita ini tiba-tiba terpitam pengsan. Su berdoa mohon Allah taala bantulah situasi kami ini. Mohon Allah taala lembutkanlah hati ibu kami.

Singkapan kisah semua dulu-dulu. Panas telinga walau bertahan bersabar. Sepanjang masa mendengar rentetan cerita. Hanya berdiam diri tanpa mengulas komen. Kecuali sekali dengan dialog seperti tercatat sebelum ini tadi.

Mahu mendengar pula cerita kami masa kecil?.. Oh mana mungkin saya luahkan semua cerita basi terus berselimut emosi. Mana sanggup mengulang cerita. Kata Ti. Silap-silap boleh gila kot kalau dia tahu apa yang kita lalui. Kita mana pernah bercerita susah kita..

Mula beransur bangun bila cerita Bonda beralih bab kepada hal kami bertiga saudara. Mula bangun bila sampai bab Johan. Ni Johan dengan Rozi ni. Belum pernah sekali pun semawa Mak naik kereta baru diaorang. Nak tunggu. Bila diaorang nak semawa. Takut kotor kot kereta baru.

Mula berusaha melarikan diri dan beransur bangun kerana memikirkan Nizam sedang membaca di hadapan tv. Seboleh-bolehnya. Janganlah cerita lama kurang selesa telinga mendengar tersinggah melekat pada minda rasa generasi penyambung warisan. Pun semua anakanda-anakanda Johan sama dengan anakanda-anakanda kami. Sudah lali. Sudah faham. Faham dan mengerti situasi.

Minta izin mahu menelefon Ti. Mahu bertanya kalau-kalau Johan singgah rumah Ti. Memang ikhlas mahu menanya mana hilang Johan dan Rozi bersama Nurul dan Daniel.

Menelefon Ti di anjung rumah. Berkebetulanlah pula ada missed call dari Ti. Tiada Johan di rumah Ti. Berkisah pada Ti. Malam esoklah kami bermalam di Mutiara RINI. Dah sebut dua kali suruh kami tidur sini. Besar hati kot kumpul ramai-ramai.

Lama menunggu sayur. Pukul sebelas suami pergi kedai. Beli sayur dan bekalan beras juga sedikit keperluan dapur itu ini. Makan tengah hari berlaukkan rendang dan Sayur Sawi Cina Tumis Air masakan Bonda.

Kata Bonda pada Nizam kala Su sedang makan tengah hari. Tunggu Abah engkau bawa balik sayur. Belum makanlah kita. Pukul tiga belum sampai sayur. Seperti biasa. Cucunda-cucunda Bonda hanya diam bila Nenda mereka mengomel itu ini.

Selepas makan tengah hari pukul tiga. Sampai hampir pukul empat petang. Johan dan Rozi belum pulang. Su dan Bonda saling menanya kemana hilang orang Kuala Lumpur ini. Diaorang ni sesat jalan Johor Bahru kaa. Keluar pagi beli surat khabar dan sayur buat masak makan tengah hari. Belum pulang sampai petang.

Kala mengangkat pakaian terjemur bila tiba-tiba turun renyai hujan panas petang. Suami sedang santai baca surat khabar di anjung rumah. Kerusi malas di sebelah pintu rumah. Tiba-tiba keluarlah jiran sebelah rumah Bonda. Terkejutlah juga kita. Wanita Melayu berumur 30-an ini keluar dengan hanya memakai seluar pendek ketat paras pangkal atas paha. Isteri dan ibu ini berasal dari daerah Johor bersempadan Pahang dan Negeri Sembilan. Macam-macam gelagat laku kejiranan sini. Serba berani.

Sebelum ini. Penyewa sebelum ini. Orang pantai timur negeri budu. Anak lelaki berumur tadika memanggil Iman menjengah rumah kala tinggal seorang diri di rumah. Member menunjukkan VCD biru. Penyewa lama sebelum itu. Orang Singapura. Terlari-lari malu Muzaffar masuk ke rumah bila satu hari wanita sebelah rumah ini keluar menjemur kain berpakaian tidur nipis jarang. Bukan muda. Isteri dan ibu lewat 30-an.

Lewat pukul tiga lebih kami sekeluarga berkeputusan bersiap sedia mahu ke Mutiara RINI. Nizam menelefon Johan. Johan lambat lagi sampai. Ayah tak bagi tahu Ayah kat mana. Lalu beransurlah kami sekeluarga ke Mutiara RINI. Su mempelawa Nizam ikut kami. Nizam patuh menunggu keluarga pulang dari mencari surat khabar. Pesan Su pada Nizam. Kami menunggu Johan sekeluarga di Mutiara RINI.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Ketupat Pulut Aidilfitri Skudai malam bertemu lagi



Masih cerita 13 Oktober. Alhamdulillah ini penutup rentetan entri cerita 1 Syawal 1428H. Update pada 31 Oktober petang. Sebenarnya mencatat tulis ini pada 30 Oktober. Sehari selepas hari meriah meraikan ketibaan sesuatu berwarna merah Ferrari. Meriah merah berkilat berseri nan lawa bagaikan menghiasi anjung. Hanya sempat update public pada petang 31 Oktober hari Rabu. Masih bersuasana bertandang musim lebaran.

Alhamdulillah sampai kediaman Bonda hanya lebih kurang sepuluh minit memandu dari Mutiara RINI. Mungkin lebih dekat dan cepat kalau berbasikal atau bermotosikal kerana boleh memintas jalan. Jalan menghubungkan dua taman perumahan bersebelahan.

Seawal simpang Jalan H. Kelihatan kelibat kereta kuning krim Johan di hadapan pintu pagar rumah berkategori hujung lorong mati. Kali ini Johan sekeluarga sampai lebih dulu dari kami. 1 Syawal tahun lalu kami sampai hanya beberapa minit awal sebelum Johan sekeluarga sampai. Sekadar catatan merekodkan.

Kala kereta mahu diberhentikan di hadapan pagar rumah. Kelihatan kelibat Johan dan Rozi di meja makan. Kerusi membelakangkan pintu rumah di korner ruang tamu. Bonda di kerusi makan mengadap pandang terus ke pintu rumah. Meja makan berkerusi rotan. Sepadan dengan set kerusi rotan di ruang tamu bersofa warna biru.

Nizam anakanda kedua Johan menyambut kami di pintu pagar. Kemudiannya datang Daniel. Semuanya semakin tinggi. Begitulah anakanda lelaki. Lambat tinggi. Sekali mula tinggi, semuanya menggalah tinggi. Nurul puteri tunggal Johan pun semakin tinggi dari musim Syawal tahun lepas. Inilah satu daripada kegembiraan berkumpul pada hari raya. Bertemu anakanda-anakanda saudara. Gembira rasa mampu melupai widuri hati pabila melambai pedih sakit cerita lama bila bersanggaran musim raya begini.

Bersalaman semua. Saling mengucapkan ucap Selamat Hari Raya. Seperti biasa tegur pertama Bonda bila berjumpa. Menegur kita semakin berisi. Walhal tahun ini kita sedikit susut badan dari hari raya tahun lalu. Maksud Bonda. Lebih berisi ini kalau dibandingkan dengan Su yang dulu-dulu. Oh mana mungkin mahu kurus seperti dulu-dulu.

Lemang dan Rendang Daging dari Bandar Baru Bangi. Juga buah tangan biskut mentega import beli di Alamanda dan Rempeyek Kacang beli dari Jalan Tuanku Abdul Rahman buat Bonda. Selalunya bila pulang beraya. Su melebihkan pemberian wang berbanding bungkusan hadiah. Menuruti apa sebenarnya Bonda kita lebih gemar.

Mengadap meja makan bertemankan Bonda dan dua anakanda perempuan kami. Juga Nurul anakanda saudara. Sekadar menjamah rasa itu ini. Masih kenyang makan petang di Melaka. Sekadar menjamah makan sedikit Ketupat Pulut dan Ayam Masak Kicap. Kedua-duanya masakan Ti. Juga menjamah Pulut Kuning dari Kuala Lumpur. Minum air masak dingin. Jarang lagi kini minum minuman panas bancuhan Bonda. Bonda kita kuat manis. Su kini terbiasa minum minuman panas tanpa gula.

Komen Bonda. Su bukan seorang pemakan tetapi kenapa badan mudah berisi. Seperti biasalah bila bab mendengar komen berlagu begini. Kita hanya diam mendengar. Ramai sebenarnya mereka yang mengenali kita dulu-dulu. Mengomen kata perkara yang sama. Hanya beberapa orang mengomen kenapa dulu kita lebih cerah tetapi sekarang sedikit gelap.

Sebagaimana kata Zzainon. Sayangnya. You dulu putih. Sekarang ni kenapa gelap. Tidaklah berkecil hati. Lebih kepada rasa kelakar bila Zzainon rasa ralat kita kini lebih gelap. Terasa hati atau menerima bagaikan gurauan. Semua itu bergantung kepada siapa pengucap kata. Juga nada kata. Mesra tulus bersenda atau memerli kata.

Antara juadah hari raya kegemaran Su. Lemang dan Ketupat Pulut. Ketupat Pulut lebih istimewa kerana hanya kedapatan pada hari raya. Lemang kini boleh diperolehi beli tanpa musim. Su lebih suka Rendang Daging berbanding rendang-rendang ayam. Juga suka hidangan Nasi Himpit dan Kuah Kacang.

Kalau kuih-muih pula. Kebanyakan kuih-muih kegemaran hari lebaran jaranglah lagi berhidangan di meja makan. Putu Kacang. Biskut Dam. Lengkong Kering. Kuih Bangkit. Itu kuih-kuih nostalgia kenangan hari raya masa kecil.

Berkumpul berbual selepas bersantap. Bonda mengadap Johan dan suami kita di sudut utama ruang tamu berkerusi rotan. Su dan Rozi serta semua anakanda perempuan di hadapan tv. Su dan Rozi di atas karpet berbunga hijau. Suraya dan Safura di atas kerusi. Tv terpasang sekadar meneman bising. Anakanda-anakanda lelaki baca surat khabar dan majalah-majalah dari kabinet tv.

Antara bualan kami. Safura tunjukkan gambar MMS Nuha dari Melbourne. Telefon bimbit Safura. Gambar MMS bersilih tangan telefon bimbit. Nenda Johor Bahru. Mak Su Rozi. Pak Su Johan. Berita-berita terkini dari Melbourne.

Tanya Su pada Johan. Bersedia mahu dipanggil apa. Tok Su?

Cerita orang Kuala Lumpur. Johan kecurian laptop. Laptop ditinggalkan dalam kereta kala bersinggah pasar malam. Kata Rozi. Hari Johan kehilangan laptop itu. Macam rumah ada kematian. Bukan kerana semata-mata hilang laptop. Laptop hilang bersekali dengan pendrive. Pendrive memuatkan enam manuskrip buku-buku baru Johan. Aduh sakitnya.. Kita dapat bayangkan rasa sakit itu. Sedangkan terhilang semua gambar dalam fail pun sudah terasa sakit. Inikan kerja-kerja penulisan bukan hasil usaha sehari dua.

Kala kami perempuan saling berbual. Telinga tidak terlepas dengar cerita Bonda itu ini pada Johan. Tersenyum sendiri Suraya bila terdengar Nenda mereka mengomel tentang sesaorang itu. Dia tu bukannya betul sangat. Ini dialog Bonda tentang sesaorang itu.

Semua cucunda-cucunda Bonda rasional waras menimbang fikiran. Cukup faham dengan sikap Nenda mereka ini. Apa yang didengar bagaikan menembus telinga kanan keluar telinga kiri. Kata seorang cahayamata. Nenda Johor Bahru tidak tahu apa yang dia kata. Bahasa sopan bermaksud semakin mudah lupa-lupa.

Pernah Suraya bertanya. Semua orang tua macam tu ke bila tua nanti. Mak pun bila tua nanti macam tu ke..

Nenek Johor Bahru lalui macam-macam pahit dan perit hidup. Sebab tu Nenek macam tu.

Berbeza dengan hari raya tahun-tahun sebelum ini. Kali ini Bonda kami kelihatan lebih tension. Dengan cerita-cerita sakitlah juga telinga.

Bercerita Bonda pada Johan tentang nasihat doktor. Usah beratkan fikiran kerana itu semua menambah tinggi tekanan darah sudah selalu tinggi. Kedengaran nasihat Johan. Toksahlah fikir macam-macam.

" Tu lah. Sekarang ni Mak relaks. Tak mahu fikir berat-berat. "

Mudah-mudahan. Alhamdulillah. Pun nada fikir sanubari berlagu ye lah tu.

Apapun kami semua terpaksalah mendengar cerita-cerita panjang sudah saban tahun berulang-ulang diperdengarkan. Sesekali kami pendengar ini saling tersenyum. Sesekali saling menunduk kepala terasa kelabu telinga. Hati ini terfikir sendiri. Kenapalah kali ini ibu kami kelihatannya begitu tegang sekali. Segala cerita bagaikan luahan tekanan semakin membukit tinggi. Bukan kami tidak berusaha cuba membahagiakan. Bukan kami kurang berusaha menyenangkan hati.

Segalanya serba salah. Pulang sesekali pun salah. Singgah selalu pun salah. Berusaha bertahan memahami. Namun sakitnya kala mahu bertahan.

Beransur mahu mereda cerita Bonda. Bangun memanggil semua anakanda mengangkut semua bagasi dari but kereta. Ini selepas perbualan santai Su dan Rozi tentang kursus kejuruteraan di IPT. Rozi bercerita tentang terbaca kurus kejuruteraan di sekian-sekian IPTA di surat khabar. Laporan tidak bagus kursus berkaitan di IPT berkenaan. Ini kerana Kamal bakal menyambung pelajaran selepas tamat diploma hujung tahun ini. Tanya Su. Surat khabar mana tu? Setahu kita. Kursus berkaitan di IPT berkenaan dikatakan antara paling bagus di Malaysia.

Kata Su pada Rozi. Kekanda Razlan lebih tahu itu semua. Kekanda Razlan orang kuat BEM dan IEM. Kekanda Razlan [bukan nama sebenar tapi hujung memang Lan] sepupu kami. Kekanda Razlan salah seorang Vice President IEM dan salah seorang ahli BEM. Kalau cahayamata kita berminat dengan bidang kejuruteraan. Wajarlah kita tahu apa itu BEM. Apa itu IEM. Juga wajar tahu taraf kursus-kursus berkaitan di sekian-sekian IPT.

Pengalaman Su sendiri. Sementelah semasa bersekolah dulu lagi Suraya bercita-cita mahu jadi jurutera. Puaslah juga survey sana sini. Mana-mana IPT lebih bagus. Semasa puteri sulung baru lepas SPM. Su mengirim e-mel pada dekan-dekan Fakulti Perubatan. Menanyakan tentang kursus perubatan dan berapa CGPA minimum kursus matrikulasi buat mendapat tempat di Fakulti Perubatan IPT tempatan. Wakil fakulti berkaitan UKM tahun itu. Alhamdulillah sekian-sekian profesor UKM berusaha membalas e-mel Su. Pun begitu kalau anakanda perempuan. Persekitaran kampus pun diambil kira.

Selesai urusan mengangkut bagasi bagaikan bercuti seminggu. Rozi dan Johan sudah ke kamar belakang. Rozi mandi malam. Lalu tinggallah kita melayan Bonda. Pun begitu beransur bangun bila cerita Bonda semakin berantai panjang.

Bukannya tidak mahu mendengar. Namun sakitnya bila cerita yang sama diulang-ulang bukan setahun dua. Beralasan mahu mengemas tempat tidur anakanda-anakanda lelaki di ruang tamu. Suami dan Idris serta anakanda-anakanda lelaki Johan, membantu Nenda membentang sleeping bag dan yang seangkatan. Daniel paling kecil walaupun hanya muda setahun dari Idris. Daniel tidur di atas sofa rotan.

Suami dan Idris dan tiga anakanda lelaki Johan, semua tidur di ruang tamu. Johan dan Rozi dan Nurul di kamar belakang. Su berteman dua puteri kami di kamar tengah. Bonda mencadangkan Johan pun tidur beramai di ruang tamu dengan semua lelaki. Johan tegas berkeputusan mahu di kamar belakang dengan isteri.

Berehat sebentar selepas pukul 12 malam. Mengemas bagasi. Mengemas itu ini. SMS hari raya. Balas SMS hari raya. Mengingatkan dua puteri. Jangan bising. Nanti kalau Nenek tahu kita belum tidur. Dia datang berbual.

Suami tertinggal telefon bimbit di dalam laci almari rendah bercermin hias. Tidak henti berdering-dering masuk SMS suami. Kita gatal tangan memeriksa. SMS hari raya dari kawan-kawan universiti. Tidaklah Su baca SMS belum dibaca.

Sengaja memeriksa SMS dari siapa sekitar pukul enam petang tadi di Restoran Jejantas Ayer Keroh. SMS buat suami kita bukan main lagi tersenyum-senyum sendiri. Benarlah sebagaimana telahan kita. Itu SMS dari pelajar perempuan. Biasa-biasa saja penerimaan kita. Tahu itu SMS ucap selamat. Nada mesra bergurau buat orang tersenyum lama. Apa pun benarlah telahan kita petang tadi. Tiada satu pun SMS dari Mohamad.

Kembali kepada catatan cerita malam 2 Syawal. Malam 13 Oktober menjelang pagi 14 Oktober.

Bual itu ini dengan dua anakanda. Bual santai perancangan hari raya.

Mandi selepas pukul satu malam. Bonda nasihatkan kita mandi di kamar mandi kamar utama. Setahu Su. Selama ini Bonda hanya mempelawa Su seorang saja menggunakan kamar mandi Bonda di kamar utama. Kebetulan waktu Su keluar dari kamar tengah. Bonda berkira-kira mahu menjengah kamar. Mungkin terdengar bual Su dan dua puteri.

Mandi sampai menjelang dua pagi. Kebiasaan kita mesti mandi sepulang dari perjalanan keluar rumah walaupun sampai rumah lewat malam. Semacam pula meremang bulu roma kala terpandangkan siling kamar mandi. Siling tinggi menyayup pukul dua pagi.

Mulai terlelap mata awal pukul dua. Alhamdulillah hujan petang negeri Johor melega panas Skudai. Alhamdulillah kali ini Su lebih sihat berbanding hari raya pertama di Johor Bahru pada tahun-tahun sebelum ini. Minggu pertama Syawal tahun-tahun sebelum ini. Su senantiasanya berdemam selesema bila sampai Johor Bahru selalunya berkebetulan bermusim lebih panas dari bandar kediaman kami.

Alhamdulillah kali ini berjayalah juga kita dari membiarkan Bonda berterusan bercerita sampai awal pagi. Inilah antara cabaran setiap kali bertandang sini. Bukanlah tidak mahu mendengar. Namun sakitnya sanubari bila cerita pahit lama bertalu-talu diulang cerita. Kami pun bermemori pahit silam. Kami pun berkenangan pahit getir sakit. Namun tiada sekelumit dendam mengenang mengungkit. Sentiasa berusaha melupakan. Berusaha buka buku baru lebih harmoni sentosa demi generasi seterusnya nanti.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari