Tags: kualalumpur

Bunga mawar putih lewat malam The Gardens|MVC





10 Gembira Hari Ini

1.   Sepasu kecil bunga ros putih masih kudup

2.   Beg baru Cath Kidston warna biru lazuardi

3.   Satu set dua beg laundri Cath Kidston

4.   Tiga hooded sweater Uniqlo buat intan

5.   Satu T shirt kelabu buat intan hati

6.   Cappucinno cawan kuning Delectable

7.   Pasta with Pesto restaurante Italia

8.    Kopi Davidoff mug Gloria Jeans Coffee

9.   Creme Brulee Italia halus mulus

10.   Satu barangan baru Revlon

Tv Hari Ini

House Guest In The Sun -
Oh oh sudah habis sesi grup dulu

Info|bacaan hari ini

Khadijah H.a.n.i.m | Ruqayyah H.a.n.i..m

Petang hujan Keramat bawa pulang misai kucing ungu

Harum merah jambu basah selepas hujan singgah Kuala Lumpur


Sehari selepas petang berdua berpandangan kelibat Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. 28 April hari Selasa.

Malam tadi. Terlupa catat. Sebelum restoran Jalan 11 itu. Kami singgah satu kedai dua puluh empat jam berhampiran situ. Pesanan beli top up telefon bimbit Safura. Sebelum kereta sampai parkir di hadapan kedai gunting rambut hanya selang beberapa pintu dari kedai mahu dituju. Terlihat sesaorang melintas jalan di hadapan kereta biru kami.

" Eh tu macam Ramlee AM je. "

Lamalah juga menunggu suami. Sambil menunggu. Pandang memandang kedai gunting rambut orang India singgahan selalu suami dan putera mahkota. Suami kita mana-mana pergi pun. Tetap cari kedai gunting rambut orang India.

Teringat semasa kecil dulu. Dari sekolah rendah sampailah tahun-tahun awal sekolah menengah kami hidup bertiga tanpa ayah ibu. Su selalu menemankan Johan pergi kedai gunting rambut. Selalunya sementara menunggu. Su baca majalah bertulisan Tamil. Bukan baca pun. Hanya tengok gambar filem-filem Tamil. Kalau Indian Movie News. Ada segmen filem-filem Hindustan. Filem Hindustan separuh majalah. Filem Tamil separuh majalah.

Datang suami. Teruja member bercerita tadi bersembang sebentar dengan Ramlee AM. Suami kita cerita pada Ramlee tentang pergi Pesta Buku Kuala Lumpur tempoh hari tidak sempat bertemu novelis itu.

" Ramlee bagitahu dia ada kat pesta buku tu sampai pukul tujuh. "

" Itu laa.. Ikut jadual. Diaorang kat situ sampai pukul tujuh.

Cerita kawan itu. Ramai betul orang bah. Orang surut saja aku cabut.

" Tahu dah malam-malam dia jemput anak dia kat tuisyen tu. Kalau nak minta dia sain buku. Lepas solat Isya' pergi laa situ. Tak boleh letak dalam blog nama tuisyen tu. Bahaya. "

Sepetang UIA Kuala Lumpur dari jendela kereta sebelum singgah Keramat


Sepatutnya petang semalam Su pergi rumah Shimah. Berjanji dengan Shimah mahu pergi rumah Shimah seawal petang semalam. Tiada kenderaan. Safura pergi pejabat pos. Lalu hari ini merealisasikan perjalanan tertangguh semalam. Semalam Safura ambil bungkusan dari pejabat pos.

Dua orang tuan puteri kami. Lima tahun kebelakangan ini. Selalulah dengan aktiviti shopping dan menjual barangan secara online. Masa mula-mula dulu. Selalulah kita ini menunggu di tingkat bawah pada hari-hari jangkanya sampai bungkusan. Kini malas lagi. Malas tunggu.

Selalunya selesai urusan berkebun dan kemas dapur dan apa-apa di tingkat bawah. Kita berehat di tingkat atas sebelum tengah hari. Jadi selalulah posman tinggalkan kad nota ambil bungkusan di pejabat pos.

Sedari awal tahun ini Su mulai melazimkan diri dengan tiga solat hajat selepas solat sunat pagi. Walau bagaimana penat sekali pun. Su tidak tinggalkan satu solat sunat hajat ini. Kurang sebulan selepas solat-solat hajat ini. Januari lalu kami suami isteri di Bogor. Su terima berturutan emel dari Shimah. Ada empat pelawaan perjalanan kalau Su mahu ikut sama. Bulan September pergi London. Bulan Mac pergi Padang. Bulan Julai pergi Korea singgah Vietnam. Satu lagi perjalanan. Hujung tahun ini.

Mulanya berkira-kira mahu pergi Padang. Bagaimanapun perjalanan itu hanya sebulan dua selepas Bogor dan Jakarta dan Sandakan. Baca itinerari wisata. Memenatkanlah juga. Sebelum Bogor itu baru pulang dari Melbourne. Berderetan penat berkumpul. Lalu tangguh dulu pergi Padang. Lagipun Julai ini mungkin pergi Jakarta lagi. September itu. Sukacita kalau dapat pergi tetapi perlu menimbangkan itu bulan Ramadhan. Juga Muhammad Idris bulan itu menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Korea dan Vietnam. Sedang timbang-timbangkan. Perjalanan bulan November sampai Disember itu. Itu sudah bulat hati.

Sujud syukur pada Ilahi. Kurang sebulan solat hajat. Sesungguhnya Allah subhanahuwataala itu Maha Mendengar.

Perjalanan petang ini pergi rumah Shimah. Berkaitan perjalanan hujung tahun ini InsyaAllah semoga diperkenankan Allah subhanahuwataala. Pada yang lama mengikuti cerita sanubari ini dan faham perjalanan itu pergi mana. Doa-doakanlah. Mulanya Su pergi seorang ikut rombongan Shimah. Alhamdulillah kini suami terbuka hati mahu ikut sama.

Misai kucing ungu petang hujan Keramat


Selepas solat Zohor sebelum pergi rumah Shimah. Singgah kampus U** dulu. Safura berurusan pembayaran denda lima puluh RM berkena mengena dengan hal kolej kediaman. Su tunggu dalam kereta. Kereta biru gelap menghadap pemandangan meredup mata sebagaimana tertera pada gambar nombor dua. Menurut Safura. Semasa cuti ada orang luar menginap di kamar itu tidak tutup lampu. Sudahnya mereka penghuni kamar itu kena bayar denda.

Sampai Keramat berhampiran rumah Shimah. Hujan mulai turun renyai-renyai. Sebelum lebih jauh ronda dan tawaf. Su telefon Shimah tanya arah. Kali akhir pergi rumah Shimah. Tiga tahun lepas.

Kali akhir datang perumahan situ. Tahun lepas. Hadir Jamuan Eidulfitri sahabat dulu sama sekolah di Melaka. Sahabat ini kini hilang khabar berita ramai mencari selepas khabarnya bermasalah suami bercinta dengan pembantu rumah berasal dari seberang. Suaminya senior lebih sepuluh tahun dari kami. Bukan muda pun lagi.

Shimah minta kami tunggu situ. Kami tunggu di hadapan satu rumah tadika. Tadika nama wanita Melayu. Shimah datang menjemput. Ekori kereta krim Shimah. Oh dekat saja rupanya dari situ. Selalunya kami terbiasa pergi lalu Jalan Jelatek dari Ampang. Hari ini lalu simpang lain dari lebuhraya. Terpusing ronda tawaf sana sini. Dulu kalau pergi rumah sepupu. Pun selalunya terpaksa tawaf sana sini.

Lalu lorong nama burung sedikit menuruni bukit hujungnya dulu rumah sepupu Su kini sudah terjual rumah itu bila sepupu perempuan ini beli rumah di Bangi.

Pesan kita pada Safura. " Ingat lain kali kalau kita datang sini. Dari depan tadika tadi. Simpang kiri lalu kedai. Simpang kanan. Simpang kiri turun bukit. Simpang kanan simpang kanan lagi. Simpang kiri simpang kiri. "

Waduh berbelit-belit berapa banyak simpang. Sebagaimana kata Shimah. Memang ramai mengadu susahnya cari rumah Shimah ni. Walhal ini bukan kali pertama Su pergi situ.

Alhamdulillah bertemu lagi berpandangan mata. Sahabat sedari umur Su tujuh belas tahun. Antara sahabat paling tahu tentang cerita hidup kita ini. Bukan cerita masa kini. Cerita masa lalu.

Hujan semakin deras lebat kala kereta sampai di hadapan rumah Shimah. Shimah datang memayungkan kita dari kereta. Hanya dua orang cahayamata Shimah di rumah. Seorang ralit dengan laptop. Seorang lagi ralit dengan komputer desktop. Anak perempuan menghadap laptop. Baru selesai kursus matrikulasi.

" Cadangnya nak pergi mana selepas ni? "

" UKM. Kursus Kejuruteraan. "

Anak lelaki guna komputer. Baru bersekolah rendah. Manakala anak lelaki paling bongsu. Baru darjah satu ke dua. Lupa. Antara ramai sahabat karib lebih kurang sama umur. Su saja yang tiada lagi anak kecil. Intan payung putera mahkota. Itulah anakanda paling kecil. Sebelum ini. Tidaklah tersangka itu yang bongsu.

Hanya selang dua pintu dari rumah Shimah. Rumah sahabat karib sama sekolah menengah di Melaka. Malah kami sama sekolah sedari zaman bersekolah rendah di Taiping. Setiap hari kami berseiringan berjalan kaki pergi sekolah kerana kami hidup berjiran. Kali akhir Su bertemu mata dengan sahabat seorang doktor perubatan ini. Kenduri kahwin puteri sulung. Ini bukan sahabat yang suami buat hal itu. Ramai lagi sahabat dulu sama sekolah di Melaka rumahnya sekitar sini.

Dua tahun lepas. Kami suami isteri hadir jamuan Eidulfitri alumni sekolah lama kami di Melaka di rumah seorang sahabat di sini. Pertemuan pertama kali dengan ramai selepas berpisah selepas tingkatan tiga. Kalau sahabat sama sekolah di Pahang. Ramai di Bangi. Sahabat-sahabat Aberystwyth dari dua dekad. 80-an dan 90-an. Ramai di Bandar Baru Bangi.

Solat Asar di rumah Shimah. Kamar tingkat bawah. Minum secawan kopi O panas. Kopi dalam cawan warna coklat kopi. Sesekali minum kopi panas. Hari hujan pula. Terasa lazat mereda penat.

" Dulu malam Su** datang masa pergi rumah sepupu Su** tu saya tak de kat rumah "

" Sepupu tu dah jual rumah tu. Dia beli rumah di Bangi. Dua tahun lebih dah. Rumah dia tu dekat dengan rumah MP Kulim dulu lawyer sekian-sekian orang. Apa nama dia. Lupa laa.. Muka ingat. "

" Oh yang selalu naik motor besar tu? Zulkifli ******. "

Pulang sebelum pukul enam berbekal sepasu pokok misai kucing warna putih, seperdu pokok bunga misai kucing warna ungu, beberapa kuntum bunga waterlilies. Lupa apa nama bunga hidup terapung atas air ini dalam bahasa Melayu. Bukan bunga teratai. Juga satu beg buah mangga segar hasil tanaman Shimah. Sempatlah lagi bergambar-gambar. Bukan selalu bertemu mata walaupun kerap berhubungan samada menelefon atau beremel-emelan.

Lalu satu bangunan besar tepi lebuhraya.

" Orang muka hero sinetron Indonesia yang dulu suka kat Mak masa kat I** tu. Dulu dia kerja kat sini laa.. Rumah dia pun dekat-dekat sini. Baru-baru ni Mak terjumpa blog dengan Buku Muka dia. "

" Kawan-kawan I** Mak ramai betul rumah kat sini. Macam berkampung kat sini. "

Sampai Bandar Baru Bangi. Perjalanan sepatutnya lebih kurang tiga puluh lima minit sudah jadi hampir satu jam lama kerana kesesakan lebuhraya waktu orang pulang dari pejabat. Pun begitu sampai bandar kediaman sebelum pukul tujuh. Telefon suami. Jom minum kopi di restoran sekian-sekian. Restoran Nasi Kukus. Suami kita pergi dulu. Berbasikal dari rumah. Restoran ini hanya sepelaung dari rumah. Masih satu seksyen. Bandar Baru Bangi pun baru lepas hujan.

" Orderkan Su Teh O Limau panas. "

Sampai restoran. Suami kita sudah sedia menjamu selera. Makan Meehoon Sup. Su makan Mee Goreng. Safura makan Kuetiau Goreng. Beli bungkus dua ketul Ayam Goreng Kampung buat Suraya malas keluar rumah kerana penat baru pulang dari kerja. Suraya sudah seminggu berlatihan praktikal.

Azan Maghrib berkumandang. Suami kita pulang dulu. Suami terus pergi surau bukan pun jauh dari situ. Su dan Safura menghabiskan makanan. Tuan punya restoran mejanya di belakang meja makan kami. Pun bangun meninggalkan meja bila azan berkumandang. Lelaki berumur mungkin lewat 60-an itu. Sebelum itu ralit menghadap komputer. Intai lihat apa dibaca tokeh itu. Satu forum maya. Antara aktiviti dunia internet. Antara teramat-amatlah jarang kita singgah. Memana forum dan sesi sembang maya. Lebih gemar pada apa-apa berkaitan baca membaca.

Alhamdulillah sampai rumah sebelum pukul lapan malam. Alhamdulillah syukur dengan perjalanan petang ini. Perjalanan ambil borang. Pada yang tulus hati mengenangkan diri ini. Tolonglah doa-doakan semoga tercapai hajat Su berperjalanan nan satu ini. Semoga doa-doa itu pun terkembali semula makbulnya buat orang yang berdoa.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Selepas PWTC singgah pesta buku mini The Mall pula

The Mall usai berPesta Buku Kuala Lumpur


Masih seperistiwa berpesta buku cerita 25 April hari Sabtu hampir sebulan lalu.

Keluar dari surau The Mall. Suasana di luar surau sama seperti kala kami baru sampai surau ini tadi. Kalau dalam surau bahagian perempuan. Panjang barisan menunggu giliran mengambil wudhu'. Luar muka pintu surau. Beratur panjangg orang lelaki menunggu giliran memasuki surau. Keluar dari lorong menuju surau. Hadapan satu salun rambut. Kanak-kanak sabar menunggu ayah ibu. Kanak-kanak pra sekolah bersila atas lantai sambil baca buku baru beli dari pesta buku.

Pemandangan biasa ibu kota ini pada waktu Maghrib. Ramai memenuhi surau. Apalagi dengan ramai serbu pesta buku. Mungkin ramai juga sama seperti kami. Lari pergi surau sini bila surau PWTC sana penuh ramai.

Sama sebagaimana pemandangan semasa di medan selera The Mall tadi. Rata-rata orang ramai sekitar surau ini adalah mereka dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Rata-rata dengan beg-beg beli buku. Orang kita sebenarnya ramai suka beli buku. Orang-orang kita seawal usia belum sekolah. Ramai suka baca buku. Hanya budaya kita belum menonjol semangat membaca sampai keluar rumah. Belum lagi sampai ralit membaca sambil berjalan atau sambil berdiri dalam komuter atau LRT. Cahayamata bongsu saya begitu. Ralit baca buku sambil berjalan walaupun di tengah kota. Walaupun di tengah kota Melbourne. Namun Su melarang feel begini mengenangkan tahap keselamatan dan sebagainya.

Kala mencatat tulis tentang membaca buku sambil berjalan ini. Teringat pada seorang pensyarah orang putih di Shah Alam dulu. Beliau ini. Selalu kelihatan membaca buku sambil berjalan. Sampaikan kami lali dengan pandangan ini.

Pesta buku dengan tarikan harga buku lebih murah menggamit ramai berpusu-pusu bukan mereka hanya dari Lembah Kelang. Semoga pada masa hadapan pihak penganjur pesta ini lebih menimbang rasa tentang keselesaan pengunjung. Timbang rasa tentang susun atur booth buku. Jangan sampai hampir tiada tempat lalu.

Teringat pada awal dekad lalu. Susun atur booth buku lebih menyelesakan pengunjung. Mungkin kerana waktu itu jumlah penerbit buku mengambil bahagian tidaklah seramai hari ini. Pun begitu dengan pengalaman penganjur lebih dari suku abad. Sewajarnya arif berpengalaman dalam menangani hal kesesakan ini. Ini tahun demi tahun lebih dari sepuluh tahun kebelakangan ini. Tetap cerita yang sama. Malah rasanya semakin tahun semakin sempit.

Setahun dua ini minat bersinggah pesta buku ini semakin pudar bila mengenangkan tentang kesesakan ini. Lagipun pada Su. Pergi pesta buku bukan kerana harga buku lebih murah. Pada Su. Selalunya bila berpesta buku ini. Su mencari buku-buku sukar didapati di kedai-kedai biasa. Misalnya ada kedai-kedai menjual buku ugama yang Su kurang tahu lokasi kedai. Peluang menjengah booth penerbit-penerbit ini di pesta buku. Satu peluang keemasan mengaut beli buku Su susah jumpa. Misalnya dua tahun lepas Su beli kitab-kitab Al Quran bersaiz hanya besar sedikit dari kotak mancis api.

Juga setiap tahun pergi pesta buku ini. Su angkut buku-buku biografi dan buku-buku memoir Su susah jumpa di kedai buku kami biasa singgah. Selalunya buku-buku biografi lama. Misalnya lewat Pesta Buku Kuala Lumpur beberapa tahun lalu. Beli buku biografi Doris Day kerana nostalgia siri Doris Day Show masa baru sekolah. Juga selalunya setiap kali berpesta buku ini. Su mesti beli satu biografi orang besar negara. Kecuali tahun ini.

Kalau novel. Senang cari di kedai-kedai buku biasa pada hari-hari biasa. Kalau novel masa pesta buku. Su lebih gemar mencari novel-novel lama jarang lagi terjual di kedai-kedai buku biasa. Novel-novel Melayu dulunya Su pinjam baca dari perpustakaan sekolah. Walaupun novel-novel itu versi terbitan hari ini. Misalnya beberapa tahun lepas Su beli novel Anak Raja Anak Papa terjemahan Zaaba terbitan baru walaupun kami sudah ada buku ini versi bahasa Inggeris Mark Twain. Beli buku terjemahan Zaaba itu kerana nostalgia pernah pinjam buku itu dari perpustakaan kelas masa sekolah rendah.

Kitab 101 Doa beli dari gerai Telaga Biru Pesta Buku Kuala Lumpur


Keluar kami dari surau. Sementara menunggu suami hilang kelibat entah pergi mana. Suraya semedangnya dengan telefon bimbit. Safura pula singgah satu kedai berwarna-warni menjual barang perhiasan gerek. Ini gerek dalam bahasa surat. Bukan gerek dalam bahasa slanga Singapura atau gerek orang Kedah.

Semasa kami baru keluar dari surau. Seorang ibu menanyakan tentang betapa ramai orang di dalam surau. Kala berdiri merakamkan gambar-gambar ruang legar The Mall. Terpandangkan ibu itu masih berdiri menunggu di luar surau. Mungkin ibu itu bukan dari lembah kota ini. Bermusafir dari jauh kerana pesta buku. Boleh berniat qasar dan kumpulkan solat.

Bersenyum-senyum kita dengan seorang wanita muda sedikit gempal namun manis orangnya berdiri di sebelah. Wanita bertudung murah senyuman ini dengan bagasi bukan hanya satu dua. Gaya seperti baru turun dari bas ekspres. Tunggu orang datang menjemput gamaknya. Stesen Bas Putra hanya sepelaung sana. Mungkin singgah surau The Mall selepas turun di stesen itu.

Jumpa semula suami kita baru keluar dari Parkson. Turun pergi aras G. Tiga orang itu bukan main laju lagi ke hadapan menaiki eskalator menurun ke bawah meninggalkan kita di belakang. Kita masih di atas eskalator tingkat atas. Begitulah selalunya ahli keluarga saya. Terlupa kita ini bukannya kuat seperti mereka. Terlupa kita belum pun hilang pening selepas terpitam tadi.

Susuri ruang legar aras G. Suami dan Suraya singgah Parkson sedang berjualan murah. Su dan Safura menjengah kioks jual barangan dari Kashmir. Beli satu shawl warna biru. Kalau tidak dipakai sebagai selendang. Boleh buat kain alas meja. Sebelum itu lama memilih antara biru turquoise lembut atau biru nilam gelap. Pilih warna biru turquoise.

Selepas itu. Oh The Mall pun ada pesta buku? Dalam pada badan mulai kepenatan teramat. Tadi tidak beli buku di Pesta Buku Kuala Lumpur. Beli buku di pesta buku sini.

" Kat dalam PWTC sana pesta buku. Diaorang pun ambil kesempatan buka gerai buku. Buku-buku lama ni. Ni semua sepuluh ringgit satu. "

Apa dibeli. Dua buku komik tahunan beli kerana nostalgia masa kecil. Suraya pun teruja terpandang buku-buku komik ini. Beli dua buah buku memoir dalam bahasa Inggeris. Satunya berlatarkan pengalaman hidup zaman perang dunia di kota London. Satu lagi. Memoir orang kampung Ireland zaman awal abad lepas. Beli satu buku kad buat Safiyyah. Satu buku bukan fiksyen berkaitan sejarah dunia buat diri sendiri. Satu buku buat Suraya. Satu buku buat Safura.

Mulanya Su berkira-kira mahu beli autobiografi pelakon Goldie H bermata besar itu. Sekali Suraya minta kita belikan buku fesyen Victoria isteri pemain bola itu. Sampai jadi terlupa pasal buku Goldie itu. Ni buku lama laa Adik. Fesyen dia pun semua dah ketinggalan zaman. Lainlah buku biografi. Lagi lama lagi bernilai. Kalau Adik nak sangat. Mak boleh belikan. Tidak beli pun buku Victoria itu. Suraya akur. Itu buku lama dengan gambar-gambar lama. Sebenarnya kurang berkenan dengan buku itu kerana kita kurang gemar dengan pasangan selebriti itu.

The Dandy & Dennis the Menace nostalgia masa kecil rembatan pesta buku The Mall


Singgah pula pasaraya CS selalunya Su kurang gemar singgah kecuali stor di Alamanda kerana stor di Alamanda itu tidak menjual alkohol. Hanya Suraya masuk pasaraya. Ibu minta tolong belikan Teh Boh 3 dalam 1. Akhir-akhir ini. Lama tidak minum minuman bersusu kerana sakit kaki. Kita gemar minum teh kegemaran suami ini. Pernah beli versi 2 dalam 1 tanpa gula. Kurang umph.

Sementara tunggu Suraya. Sesi merakamkan gambar. Safura pantang jumpa cermin. Mesti ada sesi merakamkan gambar dalam cermin. Gambar-gambar dalam cermin tandas memana mall. Itu cerita biasa. Kalau kami sekeluarga. Cerita biasa rakaman gambar dalam cermin lif hotel.

Sebagai rekod diri sendiri. Hari ini kami suami isteri boria pakai baju batik warna biru. Su pakai baju kurung batik sutera warna biru. Suami dengan baju batik biru hadiah dari kita. Minggu lepas. Kita belikan tiga pasang baju batik buat suami. Satu warna biru. Satu warna biru kelabu. Satu warna krim jingga. Bukan mahal pun setiap satu. Harga jualan murah.

Dua puteri pergi parkir kereta. Su dan suami menunggu di pintu belakang aras LG. Sempat lagi beli sebotol air mineral.

Suami terlihatkan sesaorang mirip wajah seorang kerabat dari negeri pantai timur. Orang itu lalu tepi kami dari mesin tiket parkir. Suami dengan orang itu sama-sama berbaris tunggu giliran di hadapan mesin parkir itu.

" Bukan orang tu. Su dah dua kali berselisih dengan dia tu. Sekali tu kat Pavilion. Sekali lagi kat The Gardens. Orang tu ranggi macam orang muda. Nampak muda padahal umur dah dekat tujuh puluh kot. Ni orang lain. Kat Pavilion tu nampak dia dengan perempuan muda. Bukan isteri dia bekas penyanyi tu. Bukan anak dia. Tapi macam suami isteri laa.. "

Giliran Safura pandu kereta. Tadi semasa datang. Suami pandu kereta.

Susur Bukit Tunku sebelum sampai Lebuhraya Mahameru. Sesekali meronda Kuala Lumpur waktu malam.

Susur Lebuhraya Kuala Lumpur sekitar Sungai Besi. Safura tanya tentang rancangan kami berdua pagi esok mahu ke utara. Singgah sekolah Idris. Melayan rindu hati ibu ini pada putera mahkota.

Tanya Safura. " Abah ikut ke? "

" Eh Abah kamu pun nak jumpa anak lelaki sorang dia. "

Jarum mulai mengena.

" Kita pergi lewat sikit laa. Tunggu Abah habis main futsal. Kalau sempat. Kita singgah pesta buku sekejap. "

Alhamdulillah lega sampai rumah. Sesampai rumah. Sempat lagi rakamkan gambar buku-buku baru beli.

" Eh engkau orang beli kitab doa ni sebab penulis dia pensyarah U** ke? "

" Tak kenal pun. Saja beli. "

Kitab doa dalam gambar itu.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Pisang Goreng Roti Canai tepi sungai sesanggar pesta buku

Pisang Goreng PWTC Riverside Cafe masa Pesta Buku Kuala Lumpur


Sambung cerita Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. 25 haribulan hari Sabtu terakhir April tahun ini.

Keluar dari dewan pameran buku. Mana bisa berehat di surau tanpa kerusi. Kaki kiri kita belum boleh bersimpuh. Berkira-kira mahu berehat di ruang makan terbuka antara dewan pameran dan restoran. Safura mencadangkan kami berehat di dalam restoran. Cafe Riverside dalam PWTC itu lebih nyaman pendingin udara. Cafe pun lengang kurang orang berbanding dengan ramai memenuhi meja makan bersusun di luar.

Sementara menunggu suami dan Suraya shopping beli buku. Makan Pisang Goreng panas Cafe Riverside. Pisang Goreng potong kecil panjang. Kita gemar goreng pisang sebegini. Kita kalau goreng pisang. Suka pisangnya dipotong kecil-kecil panjang. Pisang gorengnya nanti jadi lebih rangup. Selalunya kalau Su menggoreng pisang. Pisang itu Su belah dua dan setiap belahan itu potong dua atau tiga lagi. Jadi jejari Pisang Goreng.

Pisang Goreng atau Goreng Pisang? Keluarga kami terikut-ikut sebutan biasa kita. Pisang Goreng. Kalau goreng pisang. Su gemar guna pisang belum terlalu ranum. Kalau di Sabah dulu. Pisang kerap guna buat Pisang Goreng. Pisang awak ataupun kami orang semenanjung di Sabah sebut pisang Sabah. Pernah Su tanya pada seorang sahabat. Hari menjengah sahabat ini di dapur sedang goreng pisang. Rumah di Kota Kinabalu berhampiran dengan Hospital Queen Elizabeth 11.

Petang hari itu kita santai bertanya. Pisang ni kalau di semenanjung bukan pisang awak ke? Jawab sahabat itu. Orang semenanjung sebut pisang Sabah sebab pisang ni banyak kat sini kot. Sahabat itu orang Terengganu berkahwin dengan sahabat suami kita. Sahabat orang Terengganu ini. Senior Su semasa di Shah Alam. Bulan Disember lalu. Bertembung dengan keluarga sahabat ini di KLIA pada hari Su bakal berlepas terbang pergi Melbourne.

Pisang belum ranum lebih rangup bila digoreng. Suka pisang goreng sedikit keras rangup. Bukan hanya bancuhan tepung rangup. Gorengan pisang itu pun mesti rangup. Bukan Pisang Goreng lembik benyek. Ahli keluarga kami sedia tahu. Kalau beli Pisang Goreng. Pisang Goreng yang sedikit keras itu buat kita. Itu pilihan saya. Lain orang lain selera.

Lebih satu jam menunggu. Selepas Pisang Goreng dan Nescafe Ais. Sesekali minum Nescafe buat hilang penat. Beli lagi sepiring Pisang Goreng. Kalau tidak silap. Sepiring tiga ringgit. Makan pula sekeping Roti Canai dengan Kari Ayam. Minum pula Teh Tarik panas. Sebenarnya saya bukan penggemar Teh Tarik. Teringin pula minum bila terpandang ramai sekeliling kami minum Teh Tarik ini. Teh Tarik dalam gelas kaca tinggi.

Safura makan Tiramisu. Jamah rasa sedikit Tiramisu itu.

" Sedap lagi Tiramisu San Francisco Pizza. "

Malam tadi kami berempat makan malam di restoran itu. Sesekali berkumpul semua makan malam di luar. Selalunya Su dan cahayamata yang kerap keluar makan malam bersama.

Roti Canai Cafe Riverside PWTC masa Pesta Buku Kuala Lumpur


Pukul enam setengah. Datang Suami dan Suraya.

Teruja suka suami kita bercerita bertembung dengan Nizam kekanda kepada Naza. Pengantin baru kami hadir kenduri perkahwinan pasangan ini baru saja minggu lepas. Baru saja lima hari lepas. Rombongan satu bas orang kampung datang ke Kuala Lumpur kerana Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dari Teluk Intan. Boleh beli buku buat perpustakaan rumah yayasan anak yatim situ. Kediaman terkini Ayah Bonda Naza. Dalam kawasan rumah anak yatim usaha keluarga Naza.

Komen kita. Kekanda kepada Naza itu. Bertahun-tahun merantau bawa diri ke Mesir. Sudahnya jodohnya dengan orang kampung sebelah baru saja berpandangan mata. Jodohnya di hadapan mata.

Suami dan Suraya tidak beli walau satu pun buku. Walhal sudah pun kita beri sedikit wang buat Suraya shopping buku. Pesan kita. Belikan buku Catatan Hati Nik Nur Madihah pelajar 20A SPM tahun lalu. Juga buku biografi-atau-memoir-kurang pasti-kerana belum baca- isteri orang besar negeri Madihah. Buku-buku itu dari booth Telaga Biru.

Buku Mikhail diusung suami tiada tanda tangan penulis. Menurut suami. Tak de pun Ramlee.

" Dah balik kot. Sesi diaorang sampai pukul tujuh. "

Tadi sebelum kami sampai dewan pameran buku. Terlihatkan poster sesi bersama novelis popular dari Indonesia. Kala kami berempat menaiki eskalator menuju tingkat atas. Kita mensarankan suami kita menjengah sesi bersama novelis itu.

Kata suami. Member bukan peminat novelis itu. Member peminat Andrea Hirata penulis tetralogi Laskar Pelangi.

" Eh kalau tak minat takkanlah baca sampai lima kali. "

Giliran suami pula meneman kita. Cafe Riverside. Sempat suami bersalaman dengan seorang profesor sama tempat kerja lain fakulti duduk di meja sebelah kami.

Safura meneman Suraya kembali ke dewan pameran buku. Takkanlah pergi pesta buku tak beli buku langsung. Juga pesan kita. Tolong rakamkan gambar booth buku tadi pekerjanya membantu kita masa terpitam. Mahu tahu itu booth penerbit mana. Buat kenangan mengenang budi.

Pukul tujuh. Telefon dua puteri. Kami suami isteri mahu ke surau.

" Nanti kita jumpa di surau. "

Terlalu ramai orang. Nanti terpitam pula saya dalam surau. Kami menunggu di luar surau. Kebetulan ada pangkin di luar surau. Rakam gambar pandangan luar sekitar PWTC menjelang Maghrib.

Bual tanya tentang buku-buku rembatan dua puteri.

Tiga buku nota Telaga Biru dari Pesta Buku Kuala Lumpur 2009


Tiada buku-buku kita pesan. Apa dibeli dari booth Telaga Biru. Tiga buku nota. Satu kitab doa. Novel New Moon sambungan Twilight jual murah hanya RM20. Novel itu beli dari booth lain.

Setengah jam selepas Maghrib. Masih ramai orang. Berkeputusan pulang dan solat di memana surau dalam perjalanan.

Mata mengintai-ngintai buku kanak-kanak satu booth buku Muslim. Berkira-kira mahu beli buat Safiyyah. Nanti terlepas pula Maghrib. Juga terpandangkan booth busana T labuh Ana Muslim.

" Baby. Esok kita datang lagi hah. Kita keluar awal pagi. Kita singgah sini dulu sebelum pergi Penang. Mak nak beli baju Ana Muslim tu untuk Safiyyah. "

Safura dan Suraya bergegas laju pergi parkir The Mall. Su dan suami tunggu di hadapan hotel.

Rakam gambar malam bangunan The Mall. Kala berdiri antara bangunan PWTC dan hotel itu.

Timbang fikir. Nanti terlepas pula Maghrib. Minta suami tolong telefon beritahu dua anak dara. Jumpa di surau The Mall.

Alhamdulillah bertemu pandang dua tuan puteri di tepi eskalator tingkat tiga sebelum sampai tingkat surau. Suami sudah solat di surau PWTC. Meronda The Mall sorang-sorang.

Surau The Mall pun penuh. Pun begitu Alhamdulillah masih selesa walau terpaksa menyempit tempat buat bersolat.

Selesai solat. Alhamdulillah lega.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Cerita berpesta buku sampai pitam April tahun ini

Tiga buku nota Telaga Biru dari Pesta Buku Kuala Lumpur 2009


Walaupun ketinggalan dua minggu. Tetap mahu mencatat tulis simpan. Setiap tahun saban tahun. Mesti bercatat simpan kenangan peristiwa nan satu ini. Sedari tahun 2001 lagi. Tahun pertama jurnal ini bercerita pesta buku itu. Lalu mana mahu ketinggalan. Tahun demi tahun catatan buat kenangan.

Tahun ini. Sampailah seminggu pesta buku itu. Berat hati mahu pergi. Malas pergi bila mengenangkan nanti terpaksa meredah himpitan manusia. Terpaksa berusaha menyusur lalu lorong-lorong booth buku sempit bersemutan manusia. Belum pun pergi sudah dapat merasakan kesesakan dan kegamatan. Belum pergi sudah terasa pening dengan suasana. Suasana ramai pesta buku itu.

Tahun sebelum tahun lepas dan tahun sebelum itu. Kami sengaja pergi sebelah malam selepas solat Maghrib. Pergi pada malam terakhir. Sedikit lapang dari kesesakan kerana kami sampai menjelang pukul sembilan malam. Dua tahun itu mulai tidak bermalam di hotel sebelah PWTC itu. Bila semuanya sibuk tiada masa buat bersanggar malam.

Tahun lepas. Su dan Safura di Melbourne. Masih ingat lagi pada minggu pesta buku itu. April tahun lalu. Satu malam di Melbourne. Su dan Safura santai berehat di kamar tidur. Kata Safura. Eh tahun ni kita tak pergi Pesta Buku!

" Ha ah laa. Pertama kali dalam sepuluh tahun ni. Apa nak buat. Kita tak de kat Malaysia. "

Tahun ini. Mulanya berat mahu pergi. Sementelah kebelakangan ini badan bukan kuat seperti dulu. Juga penat semedang seusai berhujung minggu keluar dari bandar kediaman. Hari-hari Isnin sampai Khamis hari-hari berehat melega badan. Selalunya cuti hujung minggu bermula dari hari Jumaat. Sedari Januari ini. Hampir setiap hujung minggu keluar makan angin.

Hari Ahad 19 April pulang dari Teluk Intan bermalam di Ipoh. Kereta menghampiri Kuala Lumpur. Malam pukul sebelas. Tanya Suraya. Bila kita nak pergi Pesta Buku?

Diam sebentar sebelum jawab. Tengoklah macam mana nanti.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur  2006 malam terakhir


Hari Jumaat 24 April malam Sabtu. Kita masih lagi menimbang-nimbang mahu pergi atau tidak pesta buku itu. Hati lebih kuat mahu pergi utara. Rindu pada teruna intan payung nan seorang itu.

Kita mencadangkan. Hari Sabtu kami bermalam tidur di hotel sebelah PWTC. Hari Ahad pergi utara selepas check out dari hotel. Atau tinggalkan saja pesta buku kali ini. Lebih mahu bertemu anakanda dirindu. Bulan April ini belum sekali pun lagi kami pergi sekolah anakanda putera. Hampir sepurnama lama tanpa bertentangan mata dengan ibu.

Tuan puteri berdua malas tidur di hotel. Hujung minggu hari berehat di rumah. Tv hotel Malaysia walau lima bintang. Hanya beberapa saluran saja. Semua anakanda kami. Sudah sampai peringkat malas lagi bermalam di hotel. Sudah acap kali benar sedari baru lahir. Sedari zaman setiap tahun berulang antara Kota Kinabalu dan semenanjung. Kecuali lokasi itu bertarikan sesuatu menambat hati. Samada lokasi shopping atau pantai.

Pun begitu dua puteri mahu pergi pesta buku. Lalu dalam pada takut mengenangkan terpaksa meredah ramai manusia. Berkeputusan pergi pesta buku itu pulang hari.

Lagipun kata orang. Sesuatu sudah bermula dengan sekali. Akan ada kali kedua mengikuti. Jangan sampai tiga. Baru sekali ponteng pergi. Janganlah pula tahun ini merupakan tahun kedua membawa kepada kali ketiga dan kali seterusnya.

Pagi Sabtu 25 April. Mulanya berkira-kira pergi seawal pagi. Sudahnya keluar rumah selepas solat Zuhur. Kala mencatat ini. Lupa lambat itu kerana apa. Oh baru teringat. Pagi itu suami kita ada perlawanan futsal. Member pemain kumpulan futsal kelab veteran perumahan kami.

Sebelum itu. Pesan kita pada suami. Jangan lupa bawa buku Mikhail tu. Boleh minta sain. Dah check kat laman web Alaf **. Dia ada hari ni dengan hari penghabisan.

Bukan main lagi member itu. " Apa susah. Nanti pergi saja laa rumah dia. "

Rumah penulis itu hanya bersebelahan seksyen dengan kami. Hanya bersempadankan persiaran. Tahu alamat rumah tahu nombor telefon. Isteri penulis itu masih kerabat suami.

" Ini lain. Tanda tangan istimewa kat pesta buku. Bawa sajalah. Kot kot sempat jumpa. "

Seawal pagi. Suami mencadangkan kami makan tengah hari di luar sebelum pergi PWTC. Kita pula dalam hati. Memikir-mikir lokasi makan tengah hari paling bagus bersesuaian dengan berpesta buku. Restoran dalam PWTC itu.

Sampai Jalan Putra. Risau tiada parkir kosong. Kita mencadangkan guna parkir The Mall. Parkir tingkat basement.

" Doa-doalah jangan hujan. Bahaya kalau kawasan ni hujan lebat. Ni parking kat basement. Baru-baru ni banjir. Kawasan PWTC yang paling teruk sekali. "

Mungkin kerana sebatang sungai di belakang PWTC itu.

Komen suami. " Macam mana nak tahu hujan kalau kita kat dalam bangunan tu. "

Malas jawab namun mengiyakan dalam hati.

Keluar dari parkir. Suami berkeputusan kami makan di The Mall. Tiga lawan satu. Kalah satu.

Medan selera ramai orang. Bising gamat. Ini belum lagi pesta buku. Sementara menunggu makanan dibeli Safura. Kita mulai pening. Panas tidak terasa aircond. Bising bukan main. Bau macam-macam.

Ramainya orang. Ramai pelanggan dengan beg beli buku. Pelanggan dari pesta buku.

Habis saja Nasi Goreng Pedas kurang mari. Kita bangun.

" Mak tunggu kat kolam tu. Panas.. "

Sanggar kolam The Mall berkenangan masa lalu selalu singgah situ


Tunggu di kolam baru saja kita mencatat tulis tentang kolam ini dalam entri beberapa hari sebelum hari singgah lagi mall ini. Suasana keliling kolam bukan lagi setenang sunyi sebagaimana kami singgah sini lima tahun lalu. Hari ini. Suasana sekeliling kolam ini lebih bising.

Safura menelefon bertanya. Mak kat mana? Walhal kita kan sudah beritahu. Kita tunggu tepi kolam tadi kami lalu dari parkir. Air kolam mengalir terjun dari batu mereda panas.

Sebelum tiga orang itu datang. Panasnya bukan main. Walaupun duduk tepi kolam. Bangun tunggu di pintu utama The Mall lebih berangin. Angin dari mesin penyaman udara di pangkal pintu.

Terpejam-pejam mata menyeberang jalan menahan pancaran panas matahari awal petang. Panas waktu Asar. Bila muka terdedah pada panas begini. Komen sendiri selalu. Habislah muka aku. Kepantangan kita. Muka terdedah pada matahari pagi dan awal petang. Bayangkan buah prun berjemuran matahari pagi petang.

Kala melintas jalan. Berselisih dengan seorang lelaki mengusung buku dalam kotak besar. Kami sudah sedia bawa beg kain lipat dalam beg sandang Suraya. Beg kain warna jingga dari Melbourne buat mengisi buku-buku bakal dibeli.

Berkumpul semula berempat. Sebenarnya dari muka pintu utama The Mall. Apa-apa hal. Pergi surau dulu. Apa-apa hal. Solat Asar dulu.

Laju-laju pergi surau. Memanjat tangga sebelum sampai surau. Alhamdulillah selesa nyaman surau dengan penyaman udara. Walaupun terpaksa menunggu tempat kosong. Pun begitu bukanlah lama. Kurang lima minit.

Selesai solat. Jumpa suami di pintu lif. Baru perasankan pada lif ini. Kalaulah tahu awal-awal lagi. Tidaklah perlu kita memanjat tangga. Walhal ini bukan kali pertama solat di surau ini.

Anak dara berdua itu bergegas pergi tingkat sekian-sekian. Tengok pancaragam sekolah sekian-sekian.

Kami suami isteri tunggu di tingkat bawah dari tingkat surau. Berhampiran tangga menuju surau.

Ibu ini menelefon puteri kedua. Belum pun lama menunggu. Pesanan mengingatkan.

" Adik. Mak dengan Abah tunggu kat pintu pameran buku ni. Kalau dah masuk dalam dewan. Susah nak jumpa nanti. "

Berempat masuk dewan. Cari booth sekian-sekian. Aduh ramainya manusia. Kita mulai pening. Pandangan mulai kelabu. Minta suami jangan tinggalkan kita. Apa-apa hal. Susah nanti kalau kita ini terpitam sorang-sorang. Sebagaimana cerita pada tahun 2002 atau 2003? Tahun itu kita terpitam hampir terpengsan sorang-sorang di tengah celahan ramai orang di hadapan booth DBP. Ingat lagi dengan budi petugas-petugas booth itu membantu kita.

Sampai satu booth ini. Seorang lelaki India mempromosi buku pendidikan. Kita geleng kepala. Lelaki ini pandang kita. Puan penat? Mungkin beliau ini perasankan muka mulai pitam kita.

Kebetulan Su berdiri di tepi tiang. Tangan cepat pegang tiang. Pandangan sekeliling mulai kelabu gelap. Minta dua puteri carikan kerusi sebelum terjatuh. Terlihatkan seorang wanita muda berbaju merah hati bergegas laju datang bawa kerusi. Terima kasih pada wanita muda ini.

Selepas itu. Lebih dari seorang datang bertanyakan kalau kita mahu air minuman. Sudah pun tersedia sebotol air mineral bawa dari rumah. Memang terlazim kini kami bawa sebotol air mineral kalau keluar rumah. Terima kasih pada seorang wanita India meminjamkan kita sebotol kecil minyak cap kapak. Petugas booth buku berikan dua buku besar nipis buat dua puteri kipaskan kita. Ramai bertanyakan kalau memerlukan bantuan. Ramai prihatin. Alhamdulillah budaya orang kita masa kini.

Kata seorang wanita muda. " Ramai sangat orang. Saya pun macam nak pening. "

Kala berehat inilah terlihatkan TNC U** lalu tepi. Masa itu. Walaupun penat. Tetap ingat. Baju profesor itu. Sama dengan baju beliau itu pakai pada malam dinner hari pertama seminar suami di Pahang. Baju warna putih seluar merah jambu. Tudung krim. Ingat busana beliau itu kerana malam itu beliau itu datang bersalam dengan kita.

Lega penat. Keluar dari dewan. Kami buat keputusan. Safura menunggu Su berehat. Suami dan Suraya shopping buku. Sebelum itu. Seorang wanita muda mencadangkan Su berehat di surau. Sebelum meninggalkan lokasi kita terpitam itu. Bangun ucapkan terima kasih pada petugas-petugas wanita muda booth situ. Sempat lagi kita mengingatkan dua puteri. Cuba ingat apa nama gerai-gerai buku tu. Gerai-gerai dengan petugas-petugas budiman itu.

Kala mencatat ini pun masih seakan terasa pitam kerana pening dan rimas ramainya orang lewat pesta buku itu. Sudah 28 tahun umur pesta ini. Setiap tahun semakin ramai pengunjung. Tahun lepas lebih dua juta ramai. Tahun ini mungkin lebih ramai. Kenapalah pihak yang berwajib tidak berusaha mengubah sedikit pelan pameran. Luaskan sedikit kawasan lalu lalang pengunjung. Ubahsuai mana yang patut buat keselesaan semakin ramai pengunjung.

Kala kereta kami melepasi Jalan Putra menuju parkir The Mall. Bersusun bas di seberang sana The Mall menghadap Jalan Kolam Air sana. Bas dari serata Malaysia. Bas dari utara. Bas dari pantai timur. Bas dari Melaka dan Johor. Ada bas sekolah. Ada bas persiaran. Ada bas institut perguruan. Rombongan pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Tahun hadapan. Seram rasanya mahu datang lagi. Ataupun kalau mahu datang. Kata Su pada ahli keluarga. Buat diri ini. Terpaksalah juga menginap di hotel nan itu. Apa-apa hal kalau terpitam. Boleh lari pergi hotel. Itu pun kalau panjang umur hidup lagi sampai tahun hadapan. Harap-harap tersambunglah lagi catatan ini dengan cerita selepas pitam.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Bertembung lewat berpesta-pestaan buku

Sabar menunggu satu petang Pan Pacific Kuala Lumpur


Setiap kali meredah pengunjung bertali arus Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Pasti bertembung dengan orang itu orang ini menangkap mata menguja meriah rasa. Paling mengujakan. Tentunya bila bertembung dengan mereka rapat karib atau pernah rapat dalam hidup. Sahabat handai dan saudara-mara. Manakala bertembung terpandang personaliti tertentu. Kekadang itu mampu merakam kenangan diari satu hari lewat berpesta buku.

1. Sepuluh tahun kebelakangan ini sedari bermula cerita kembali menginap di tanah semenanjung. Setiap kali berPesta Buku Kuala Lumpur. Selalunya kami menginap di hotel bersebelahan dengan bangunan PWTC itu. Buat lebih santai berpesta-pesta bagi kita dengan kesihatan kurang tahan bersesakan dalam suasana ramai gamat. Boleh berehat bila penat. Boleh dari hotel berulang jengah lokasi pesta lebih dari sekali dalam sehari.

Beberapa tahun lalu. Lupa tahun bila. Mungkin 2004 atau 2005. Malas singkap baca cari dalam arkib. Hari itu pukul dua petang. Selepas check-in. Sementara menunggu kamar sedang disiap kemas. Hari itu ramai personaliti dan artis tanah air baru lepas check-out. Selepas sehari sebelum itu berlangsung satu majlis anugerah di dewan dalam kawasan PWTC. Su suami isteri dan Muhammad Idris santai berehat menunggu sambil minum Jus Oren. Welcoming drinks. Sofa selesa seselesa mata memandang pandangan ruang lobi lembut redup dekorasi. Suasana lobi lebih tenang berbanding ramai dari lokasi pesta buku lalu lalang tepi hotel.

Pandang sana sini. Mata pandang hadapan. Mata terpandangkan kelibat seorang wanita kecil comel langsing bertudung. Manis berseri wajah bersenyuman menawan datang mampir set sofa di sebelah kami. Mula-mula kurang ingat itu siapa. Wajah seperti biasa terlihat. Selepas itu baru perasan itu siapa. Penyanyi lagu Wasini popular ketika itu.

Gurau Su dengan Idris. Mahukah ibu merakamkan gambar Idris dengan penyanyi itu. Jual mahallah pula Idris. Idris waktu itu umur sekolah rendah. Pun komen kita hari itu. Tak sesuailah Idris ambil gambar dengan dia. Lainlah Adik atau Baby.

Tahun sebelum tahun lepas. Muhammad Idris baru tingkatan tiga. Sepulang Idris dari bermain futsal dalam satu kejohanan futsal. Lokasi kejohanan. Gelanggang futsal bersebelahan dengan Lake Garden. Senyum meriah Idris bercerita. Ada Waheeda. Idris ambil gambar dengan dia. Bukan berdua. Ramai-ramai dengan kawan-kawan pemain futsal. Bukan hanya penyanyi itu selebriti dalam gambar itu. Juga dalam gambar itu. Seorang penyanyi lelaki. Kalau tidak silap namanya Didi. Dua penyanyi itu tetamu menyerikan kejohanan itu.

Komen ibu. Amboi. Masa kecik dulu bukan main jual mahal tak mau bergambar. Ni dah besar. Bukan main teruja lagi. Mana gambar tu Mak nak tengok..

Sampai kini. Belum lihat gambar itu. Guna kamera hand phone kawan.

2. Tahun 2004 kot. Tahun itu pun kami menginap di Hotel Pan Pacific itu. Sementara tunggu suami check in hotel. Su dan Muhammad Idris menunggu di Pesta Buku. Belum melepasi pintu kawasan booth buku. Menunggu di kawasan dengan meja-meja makan gerai makan. Sedang Su beli Nescafe panas dan sandwic. Tiba-tiba ada orang beri salam di belakang bahu. Tahun itu. Dua kali Su ditegur pembaca blog ini. Dalam hati ketika itu. Hai pembaca blog lagi ke. Toleh pandang. Lebih mengujakan. Salam dari isteri saudara sepupu. Antara bertembung bertemu mengujakan rasa. Tentu saja bila bertembung dengan saudara-mara. Saudara sepupu Su seorang profesor ini. Pun sama seperti Su. Ulat buku sedari kecil.

Muhammad Idris santai selepas sarapan pagi Pan Pacific Kuala Lumpur


3. Tahun yang sama bertembung dengan saudara sepupu itu. Hari yang lain. Su penat teramat. Berehat seorang diri. Minum Nescafe O panas sementara menunggu suami dan cahayamata shopping beli buku. Lalu tepi meja. Satu grup orang muda berpakaian ranggi. Terdengar siulan orang dari tepi. Mereka ini ceria menoleh. Beberapa ketika selepas itu baru perasan. Ini grup satu kumpulan penyanyi semua lelaki Su kurang pasti nama juga kurang pasti apa lagu mereka. Cuma Su perasankan pada wajah seorang dari mereka ini yang kemudiannya berkahwin dengan anak bekas menteri besar negeri Selangor.

4. Lupa tahun bila. Awalan dekad ini mungkin. Bertembung mata dengan seorang sahabat sama kolej zaman Shah Alam. Sahabat seorang jurutera ini sekeluarga dari Kuantan. Datang ke Kuala Lumpur semata-mata kerana Pesta Buku Kuala Lumpur tahun itu. Itu kali kedua Su bertembung dengan sahabat ini selepas kami grad. Kali pertama. Tahun pertama hari pertama kali kami suami isteri dan puteri sulung sampai London. Hari itu Su menyusukan puteri sulung belum pun berumur sebulan di satu kawasan lapang dalam tandas Malaysian Hall. Datang sahabat ini. Sahabat ini ketika itu baru berkahwin. Datang London dari bandaraya lain England kerana urusan biasiswa.

Sama seperti kami bertembung kali pertama. Su terlupa nama sahabat ini walhal dulu kami berjiran kamar dan selalu bertemu di surau. Lain kursus tetapi seorang sahabat karib Su sama kursus dengan sahabat ini. Hari itu di Pesta Buku. Su minta sahabat ini tuliskan nombor telefon dalam buku nota. Cara biasa untuk tahu nama kawan kita terlupa. Nama sahabat ini. Sama nama dengan nama seorang permaisuri.

5. Beberapa tahun lepas. Selepas check out dari Hotel Pan Pacific. Sempat lagi kami suami isteri dan Idris singgah lagi Pesta Buku. Petang itu. Berselisih dengan seorang sahabat Aberystwyth di sebelah dalam pintu ruang pameran tingkat buku-buku Melayu. Sahabat ini bertemankan tiga cahayamata terkecil. Sahabat satu taman perumahan. Walaupun satu perumahan. Pertemuan secara bertembung tanpa duga itu tetap menguja meriah hati.

6. Hari yang sama itu. Hari bertembung dengan Dr. Normadiah itu. Ketika mahu keluar dari ruang pameran. Berselisih dengan seorang novelis juga popular dengan buku masakan. Kecil comel orangnya. Rendah dari paras bahu kita.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur jumpa lagi tahun hadapan


7. April tiga tahun lalu. Lewat malam selepas pukul sembilan. Su dan suami. Hanya kami berdua. Buat kali pertama. Kami tidak menginap sewa di hotel sebelah PWTC itu selepas bertahun-tahun rutin tahunan bercuti berpesta buku menginap di Hotel Pan Pacific. Malam itu kami parkir kereta berhampiran bangunan dulunya pejabat imigresen berhampiran Hotel Dynasty. Kami pergi malam selepas Maghrib. Malam terakhir Pesta Buku Kuala Lumpur tahun itu.

Bangunan imigresen itu merakamkan kenangan Su pertama kali buat pasport antarabangsa. Sebelum buat pertama kali pergi Wales. Masa itu. Su masih dalam pantang selepas melahirkan puteri sulung berumur baru dua minggu.

Malam itu. Buat pertama kali. Kami suami isteri bersinggah makan lewat malam di medan selera berhampiran bangunan dulunya pejabat imigresen itu.

Pesta Buku Kuala Lumpur malam parkir berhampiran bangunan imigresen tahun 80-an itu. Malam itu berselisih dengan seorang sahabat bertahun-tahun Su simpan dalam berkecil hati dengan member ini. Satu hari lebih lima belas tahun lalu. Kami keluar tiga hari. Kami dengan bayi kecil ditempatkan di satu rumah bukan bersama dengan mereka datang tanpa anak kecil. Malam itu kami tidur bersebelahan atas satu tilam. Masing-masing susukan bayi. Idris belum pun setahun.

Malam itu. Swansea musim bunga. Member bertanyakan apa aktiviti dakwah Su di Aberystwyth. Kemudiannya member komen panjang. Bagaimana mahu majlis diberkati kalau para hadirin datang tanpa menutup aurat sempurna. Ini bila Su katakan itu halaqah santai. Apa yang utama. Kita mendekati mereka tanpa mengira latar belakang dan gaya kehidupan. Majlis berkumpul mengeratkan persaudaraan sambil menyulamkan peringatan dengan sesi tazkirah. Member ketika itu sentiasa berjubah tebal warna hitam. Purdah labuh hitam tutup muka.

Malam itu Swansea lebih lima belas tahun lalu. Member itu bertanyakan umur kita. Jawab member bila tahu umur kita. Eh nampak muda. Ingatkan muda dari saya. Patutlah kata-kata member malam itu pedas kurang menghormati kita. Member ingat kita ini lebih muda. Kami berbeza umur tiga tahun.

Malam itu. Pesta Buku Kuala Lumpur tiga tahun nan lalu. Kita bertembung dengan member ini pakai tudung sedikit jarang bukan lagi labuh. Komen suami kita. Eh baju pun nampak bentuk badan? Begitulah orang lelaki. Cepat terpandang hal sebegitu walhal malam itu Su kurang perasan tentang busana member itu. Hanya perasan tiada lagi kain tutupan wajah. Lebih bergaya dari dulu.

Baru-baru ini awal bulan April ini. Seorang sahabat lain menelefon. Menurut cerita sahabat menelefon itu. Member yang Su bertembung itu semakin seakan melarikan diri. Gaya kehidupan semakin bergaya orang kaya. Rezeki mencurah-curah. Wajah member terutamanya suami member seorang profesor. Semakin kerap keluar surat khabar dan tv. Baru-baru ini satu keluarga makan angin pergi Eropah. Bila mulai ternama kaya raya. Semakin kurang aktiviti dulu-dulu.

Komen Su. Itulah. Kita jangan sesekali memandang rendah orang lain yang terlihat kurang usaha dari kita. Kita belum tahu bagaimana kita ini esok lusa. Kalau terlihat sahabat kita kurang usaha. Kita mendoakan buat sahabat itu juga buat diri sendiri. Kita tidak tahu bagaimana ujian bakal kita terima esok dan lusa. Antara ujian bahaya. Ujian kemewahan harta. Juga dalam hidup ini biarlah berbagus sangka kalau hanya dari pandangan mata atau dengar-dengar cerita. Kita belum tahu antara orang itu dengan kita siapa lebih mulia pada hari kemudian nanti di hadapan Allah subhanahuwataala.

8. Tahun sebelum tahun lepas. Su pergi dengan dua puteri selepas solat Maghrib. Sampai Pesta Buku Kuala Lumpur tahun itu lewat pukul sembilan. Kami parkir kereta berhampiran tempat parkir kami pada tahun sebelum itu. Berhampiran dengan medan selera sebelah satu hotel bajet. Malam itu hanya beberapa hari sebelum kami terbang pergi Melbourne menjelang kelahiran Safiyyah. Sama sebagaimana tahun sebelum itu. Tiada cerita bermalam di Hotel Pan Pacific kerana semuanya tiada masa buat bermalam situ kecuali kita seorang.

Malam itu. Sedang Su memilih kitab ugama. Bertembung pandang dengan sesaorang popular dengan satu majalah wanita pada hujung tahun 80-an dan awal 90-an. Beliau ini menjengah booth yang sama. Besar tinggi lawa bergaya. Beliau ini tersenyum manis pada kita. Kalau bukan kerana kamera lemah bateri. Mungkin Su minta izin mahu bergambar. Ini kerana kita peminat majalah beliau pada hujung 80-an itu. Beliau dengan suami baru? bukan bekas suami dulu tokeh majalah-majalah Va*** popular pada dua dekad sebelum ini. Tokeh itu berkahwin dengan penyanyi Wirdaningsih dari Indonesia.

9. Beberapa tahun lalu. Susuri ruang legar PWTC menuju dewan pameran buku. Su dan Idris bertembung dengan seorang personaliti berketurunan Tionghua kini sudah berugama Islam dengan nama Adam. Beliau ini berdiri bersandar di dinding dewan. Senyum-senyum mesra pada seorang anak kecil berselisih dengan kami. Kata ibu anak lelaki mungkin berumur enam tahun itu. Pergi laa salam.

10. Beberapa tahun lalu. Su singgah booth UKM. Beli buku biografi Jins Shamsudin. Datang seorang profesor madya perempuan pakar bahasa Melayu. Beliau ini sahabat karib kepada Bonda. Bonda banyak memuji tentang pakar bahasa ini. Mulanya mahu menegur beritahu. Saya ini anakanda sekian-sekian. Melihatkan wajah serius tanpa senyum beliau ini. Malaslah. Apa pun memang Su perasan mata beliau itu sesekali mencuri pandang kita. Mungkin beliau itu tahu kita pun sedang pandang memandang.

11. April tahun ini. Hari Sabtu lepas selepas hari gaji. Ramai sungguh manusia. Su sedang berehat selepas pitam hampir terjatuh pengsan. Lalu sebelah kami. Seorang profesor perempuan bos kanan tempat kerja suami. TNC universiti tempat kerja suami. Beliau itu tidak perasankan kami tepi tiang. Baru seminggu lepas. Kami di satu hotel dalam negeri Pahang. Beliau ini datang bersalam dengan kita. Makan malam hari pertama seminar. Tanya beliau ini bersenyum mesra. Su ini U** dari fakulti mana. Jawab suami. Bukan orang U**.

Komen kita dengan seorang sahabat pun hadir makan malam itu. Beliau ini sama dengan bos nombor satu universiti. Tidak sombong. Tidak lokek senyum. Beliau yang datang menghampiri kita hulur tangan buat bersalam.

" Kadang-kadang yang sombong ni. Budak-budak yang baru kerja ni. Baru merasa duit lebih. Dah rasa besar sangat. "

Ada seorang pensyarah perempuan ini. Pensyarah muda baru bertugas belum pun sepuluh tahun. Setiap kali bertembung dengan kita. Kita senyum pun dia boleh buat dek. Satu ketika berselisih dengan kita dan suami. Bukan main lagi senyum meleret paling manis dia buat suami kita. Kita di sebelah suami boleh dia pandang sebelah mata berwajah sadin pura-pura tidak perasan. Bukan sekali cerita sebegitu. Apa dia ingat kita ini suri rumah tak sekolah?

Walhal ikut hukum ugama malah budaya bangsa. Sewajarnya senyuman itu lebih afdal buat kita bukan buat suami kita lelaki bukan muhrim dia.

Baru-baru ini member ini minta pertolongan suami. Member ini antara staf perempuan terbiasa berSMS dan menelefon nombor telefon bimbit suami kita. Kata orang. Kalau mahu mengorat anak. Buat baik dengan ibu. Mahu minta pertolongan suami orang. Jangan sombong dengan isteri lelaki itu. Kadang-kadang isteri ini ada kuasa veto dalam beberapa hal bila suami minta pandangan. Kata hati bila tahu tentang minta pertolongan itu. Dasar tidak tahu malu.

Apa yang Su ingat sangat tentang profesor lalu tepi kala Su baru lepas pitam petang Sabtu itu. Busana profesor itu sama dengan busana beliau pakai pada malam beliau mesra datang bersalam dengan Su di Pahang itu. Busana dan tudung yang sama serupa.

12. Juga tahun ini. Hari Sabtu lalu. Su dan Safura berehat dalam Cafe Riverside selepas Su terpitam. Suami dan Suraya shopping buku. Datang suami meriah wajah bercerita. Suami kita bertembung dengan pengantin baru. Kami hadir kenduri pengantin baru itu minggu lepas di Teluk Intan. Kekanda ipar kepada Khadijah. Kekanda kepada Naza itu datang suami isteri dengan rombongan orang kampung dari Teluk Intan. Rombongan pergi Pesta Buku Kuala Lumpur tahun 2009.

Ini catatan cerita bertembung tanpa dirancang. Bukan cerita berjumpa sudah awal terancang. Ataupun bertemu sesaorang memang dicari lewat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Nostalgia Kuala Lumpur berpesta-pestaan bahan bacaan

Tolong jangan buat macam RETA sendiri

Selepas lama malas melanda dengan hilang mood merakam tinta. Bersusun aktiviti kehidupan terkini bermacam peristiwa suka duka meriah resah serba rencam melodi rasa. Sana sini kini merata wisata kembara teramat jarang hujung minggu bersinggahsana katil rumah sendiri. Tepu penuh cerita menunggu terluah keluar bernada bersenang hati. Namun malas bukan kepalang memandang blog sendiri nan satu ini. Seakan kini berfasa sementara hilang mood mencatat blog. Malah malas menghadap pandang akaun sendiri itu ini internet kecuali sesekali menjengah satu dua akaun semakin berfungsi seperti diari harian terkini.

Singgahan selalu buat masa kini. Flickr simpanan gambar merakam diari kehidupan. Juga Twitter bagai mencatat blog seringkas mungkin cerita dalam sehari. Itu pun sepanjang April ini jarang singgah dua akaun ini kerana bulan ini bulan kerap bermusafir jauh dari bandar kediaman.

Pun begitu mungkin antara semakin selalu kalah pada malas. Bila sesekali mengenangkan cerita terjumpa blog orang plagiat salin curi entri kembara Rasanubari. Lalu berhati-hati sampai kekadang itu terlebih mengekang tahan apa bakal terluah catat sini sampai malas merakam catatan.

Baru-baru ini berusaha belajar dengan cara Google sendiri. Belajar kod orang tidak boleh klik kanan dan salin simpan gambar. Alhamdulillah teruja syukur bila berjaya. Sayangnya LJ ini tidak membenarkan kod javascript.

Lalu kesudahannya terbinalah satu blog terbaru buat cerita personal hanya buat pembaca tertentu namun masa ini hanya buat diri sendiri. Jurnal LJ ini mungkin akan berkurangan cerita peribadi dan hati. Mungkin jurnal ini lebih kepada cerita perjalanan dan kenangan buat pedoman ramai. Sayang pula mahu tutup jurnal ini memandangkan nilai koleksi. April tahun ini cukup lapan tahun jurnal ini. Sembilan tahun kalau diambil kira entri-entri private sebelum itu. Bermula dengan Rasahatisu** kemudiannya buang nama Hati Su** itu gantikan dengan nubari.

Sayang kerana walaupun nilai wadah menyampaikan mungkin terlalu sedikit namun yang sedikit itu mudah-mudahan mampu bertahap saham hari kemudian.

Sepulang dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum terbang pergi Melbourne


Cari-cari kunci mood buat mendatangkan rasa mahu mencatat. Berkebetulan dengan hari ini mentelaah jadual Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tahun ini. Hari ini itu sebenarnya semalam. Sambung catatan semalam pada hari ini. Mahu mencatat kenangan terawal berPesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dalam kehidupan kami Rasanubari sekeluarga. Lagipun seawal berdunia blog Rasanubari ini. Jurnal ini lebih kepada merakamkan kenangan berlalu buat warisan keluarga pada masa hadapan. Jurnal satu hari nanti bakal bertahap warisan imbasan nostalgia.

Su hanya kenal Pesta Buku Kuala Lumpur ini selepas perkahwinan. Pesta Buku KL pertama. Tahun perkahwinan kami. Sepanjang perkahwinan ini. Kami tidak pernah ketinggalan berpesta buku ini kecuali tahun-tahun di luar negara. Selepas lebih kurang sepuluh tahun. Tahun lepas buat pertama kali Su tidak turut berpesta buku ini kerana berada di Australia.

Sebelum itu. Sebelum tahun bermula Pesta Buku Kuala Lumpur itu. Su senantiasa mencari peluang hadir memana pesta kecil-kecilan jualan buku. Samada jualan gudang DBP atau jualan buku di kampus-kampus IPT. Bertepatan dengan aktiviti masa dulu selalu Su terlibat sebagai pengawas perpustakaan surau-surau kampus. Sedari awal bersekolah. Ini antara jawatan kita selalu. Selain sebagai bendahari kelab atau persatuan.

Peta lama Kuala Lumpur sepuluh tahun lalu


Antara kenangan terawal kami sekeluarga berpesta buku ini. Tahun Muzium Negara dengan Pameran Kucing. Setahun selepas PWTC siap bina. Setahun selepas Perdana Menteri Malaysia ketika itu merasmikan bangunan The Mall bersetentangan dengan bangunan PWTC itu. Gah laporan media bersabit hal peristiwa perasmian mall terbesar Kuala Lumpur pada tahun itu. Antara masih Su ingat. Laporan dalam satu majalah wanita popular bukan Wanita ketika itu. Tersimpan keratan majalah tentang peristiwa itu dalam buku skrap merakam peristiwa semasa tahun kelahiran puteri kedua kami.

Baru-baru ini Su baru tahu. Seorang bekas wartawan majalah Wanita itu rupa-rupanya pangkat ibu saudara dengan kita. Kalau saudara-mara Su baru berkenal tahu. Itu saudara-mara sebelah Ayahanda. Sebenarnya sudah lama kenal tetapi Su hanya tahu nama panggilan dalam keluarga. Alpa pada nama sebenar ibu saudara ini.

Kenangan berPesta Buku Kuala Lumpur tahun itu antara paling melekat dalam ingatan kerana Pameran Kucing itu. Itu Muzium Negara pada zaman pengarahnya orang Perak itu. Zaman beliau yang popular dengan bow tie itu, Muzium Negara popular dengan pameran bermusim. Seingat-ingat Su. Zaman beliau ini sebagai pengarah Muzium Negara, antara zaman meriah Muzium Negara. Setiap kali pameran bermusim ini. Meriah sambutan.

Antara pameran Muzium Negara sempat kami singgah musim itu. Pameran Kucing dan Pameran Tengkorak pada tahun kami terbang pergi Wales buat kali kedua. Ingat tahun itu kerana singgahan kami melihat pameran tengkorak itu ketika suami berkursus di kampus IPT Lembah Pantai. Kursus singkat sebelum sambung PhD.

Tahun Pameran Kucing itu. Sehari selepas berpesta buku di PWTC. Kami pergi Muzium Negara. Hari itu. Suraya pakai gaun warna kuning masih kerap dalam pushchair Mothercare corduroy warna biru. Khadijah belum pun sekolah tadika. Khadijah comel dengan rambut ikal lebat sampai pangkal leher. Baru lepas gunting rambut sebelum terbang pergi Kuala Lumpur. Pakai baju kurung warna krim senada warna kuning baju Suraya.

Suraya pakai sepatu Clarks warna merah burgundi. Kekandanya pakai sepatu Clarks warna coklat muda. Masih ingat pada busana dua puteri ini kerana ingatan pada gambar-gambar kami berdiri di sebelah patung kucing di sebelah pintu utama muzium. Khadijah pegang buku-buku berkaitan kucing. Buku-buku baru dibeli dari kedai muzium.

Semua cahayamata kami sedari kecil. Biasanya buku-buku dibeli terus dibaca sejurus lepas beli. Belum sempat sampai rumah. Kekadang berjalan sambil baca buku.

Sehari sebelum itu. Kami pergi Pesta Buku KL tahun itu. Hari pergi Pesta Buku KL itu. Su pakai jubah warna krim dengan tudung putih. Khadijah pakai gaun Mothercare warna lavender dengan ikatan kain satin merah burgundi pada pinggang. Suraya pakai gaun berbunga-bunga kecil warna lavender bernatar putih. Gambaran busana ini berdasarkan ingatan pada gambar-gambar sekitar hari itu. Gambar suami pada musim itu teramat kurang kerana masa itu memberlah tukang rakam gambar. Bukan sebagaimana masa kini. Kita pula tukang gambar.

Masa itu Pesta Buku KL lebih lengang. Bukan lengang dengan pengunjung. Lengang gerai. Lebih selesa. Bukan seperti pesta buku ini masa kini. Terpaksa merempuh lalu berselisih bahu dengan ramainya manusia. Akhir-akhir ini dengan kesihatan terkini. Su kurang bersemangat lagi dengan pesta ini. Tahun-tahun sebelum tahun lepas. Kami pergi sebelah malam selepas solat Maghrib. Lega sedikit dari redahan ramai orang. Tahun ini. Belum tahu lagi samada Su boleh pergi. Apatah lagi dengan aktiviti terkini memerlukan pergi sana dan sini. Pun begitu tetap mengintai-ngintai harga terkini sewa kamar hotel sekitar situ.

Antara gerai buku wajib singgah kami waktu itu. Tahun Pameran Kucing itu. Gerai DBP beli buku bacaan dalam Bahasa Malaysia buat dua puteri. Semua cahayamata kami bermula zaman membaca dengan buku bahasa Inggeris. Kebetulan zaman baru boleh membaca mereka di negara kenangan itu. Juga zaman itu lebih pilihan buku pra sekolah dalam bahasa Inggeris. Tahun-tahun kami bakal terbang lagi pergi Wales itu. Su mulai beli buku-buku cerita dalam bahasa ibunda buat cahayamata. Buat dibawa pergi Wales.

Juga gerai wajib singgah masa itu. Memana gerai buku-buku pra sekolah. Suraya tahun itu baru setahun. Khadijah belum pun bersekolah tadika. Terbiasa melazimkan semua cahayamata mula membaca seawal usia belum pun boleh bertutur.

Buat diri Su sendiri. Antara gerai wajib ketika itu. Gerai-gerai atau booth buku ugama. Juga gerai buku resipi. Juga gerai majalah lama.

Juga gerai Berita P*********. Kedai buku ini. Antara singgahan wajib setiap kali kami pergi Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu pada zaman itu. Kedai buku ini di Bukit Bintang Plaza. Juga musim itu Su kerap singgah kedai buku Times dan MPH. Sebelum kahwin. Lebih selalu susuri kedai-kedai buku sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman. Antara singgahan selalu musim muda itu. Pustaka Antara berhampiran Chow Kit.

Zaman itu antara sebab kami selalu bersinggah BB Plaza. Singgah makan Pasembor Restoran Rasa Utara. Restoran kegemaran kita musim itu. Selepas shopping singgahan selalu stor Mothercare KL Plaza. Masa itu. Itulah satu-satunya stor Mothercare di Kuala Lumpur. Selain satu lagi stor Mothercare di Tong Hing Kota Kinabalu.

Juga kalau singgah BB Plaza itu. Kami selalulah singgah gerai makan seorang pelakon lelaki terkenal. Antara paling Su ingat. Lakonan beliau dalam drama Damak bersama Aznah Hamid. Masa itu. Popular dialog pelakon Aznah bergurindam menanti suami yang hilang. Seorang sahabat kerap bergurau dengan dialog itu.

Antara kenangan singgah makan di gerai pelakon ini. Kami makan laksa. Sebelah meja kami. Seorang pensyarah fakulti ugama IPT tempat suami kita bertugas. Pensyarah perempuan ini pakai skirt. Terkujat mata kita ini. Seorang bertahap ustazah pakai skirt bukan kembang paras lutut. Zaman itu ramai ustazah tanpa tudung. Baru-baru ini terlihat gambar beliau ini dalam surat khabar. Beliau ini kini sudah berumur 60-an. Alhamdulillah berpenampilan ustazah zaman hari ini.

Setahun selepas tahun Pameran Kucing ini. Su bertemu Shimah buat pertama kali selepas grad di BB Plaza ini. Pejabat Shimah di bangunan itu. Su baru lepas shopping di Mothercare KL Plaza. Su dan dua puteri kemudiannya ikut Shimah pulang ke rumah Shimah berhampiran Zoo Negara. Sebelum petang itu kami ziarah Zainon ketika itu baru pulang dari England. Rumah ibu Zainon berhampiran Sentul sana. Lewat petang itu Shimah turunkan Su dan dua puteri sekitar Chow Kit berhampiran lorong menuju pasar. Sebelum kami bertiga pulang ke rumah Johan. Hari itu. Buat pertama kali Shimah memandu sampai Chow Kit.

Zaman itu seperti biasa bila pulang semenanjung. Suami kalau ikut menghantar hanya selama dua tiga hari sebelum pulang Kota Kinabalu. Su dengan cahayamata tinggal lebih lama selalunya dalam dua minggu. Lebih selalu Su pulang bertiga atau berempat dengan cahayamata puteri. Menepati janji member seawal perkahwinan kami. Su pulang Johor Bahru setahun sekali. Bagaimanapun realitinya selepas itu. Purata pulang sekali dalam enam bulan.

Juga gerai singgah selalu Pesta Buku KL zaman itu. Gerai satu jemaah kini sudah diharamkan kerajaan. Tahun itu. Masih ingat fikir dalam hati kala lalu gerai buku gerakan itu. Kenapa terlalu banyak gantungan gambar ketua mereka itu. Kenapa begitu mendewa-dewakan sebegitu sekali. Selalunya zaman itu kalau singgah gerai buku jemaah itu. Su beli surat khabar wanita selalunya muka hadapan berlakar gambar lukisan wanita bertudung bulat mata.

Juga selalunya kalau bersinggah gerai buku jemaah itu. Kami beli kaset nasyid Dwen ketika itu ahli gerakan itu. Semua cahayamata kami dibesarkan dengan nasyid-nasyid Dwen dan nasyid Yusuf Islam beli di masjid-masjid dan surau-surau di England dan Wales.

Suraya baru setahun sudah termengah-mengah hafal nasyid Sepohon Kayu.. Idris belum setahun sudah mula melagukan nasyid-nasyid Yusuf Islam. Bila besar. Hafal lagu-lagu band dari seberang. Tidak mengapa. Ini tahap umur belasan mahu mencuba itu ini. Sampai tahapnya nanti. Asuhan terbiasa terap dari kecil bakal terserlah menyelimuti diri dan jiwa.

Peringkat mencuba cahayamata bermula dari umur awal belasan sampai umur setahun dua baru meninggalkan sekolah. Apa-apa perubahan bagus selepas sekolah. Biasanya bakal berkekalan. Biasanya sikap selepas sekolah ini tempiasan dari asuhan masa kecil. Juga paling utama. Kesan doa senantiasa dari ibu.

Kerana itu teramat penting semaian asuhan semasa kecil dengan iringan doa ibu senantiasa. Walaupun mungkin sesekali cahayamata sedikit tergelincir melepasi garis peringatan. InsyaAllah berkat doa selalu ibu dan asuhan terawal itu bakal memegang kuat cahayamata dari pergi lebih jauh.

Menurut pengamatan mata dan hati ibu ini. Termasuklah diri sendiri. Apa-apa pengaruh kuat masa umur baru setahun dua selepas sekolah atau selepas SPM. Bakal melekat kuat sampai tua. Kerana itu kampus pertama selepas sekolah antara landasan pengaruh paling kuat dalam hidup. Suami kita sampai kini banyak terkesan dengan kawan-kawan dan pengaruh gaya kehidupan masa matrikulasi setahun dan kampus Fakulti Sains U**. Su sendiri sampai kini terkesan dengan aktiviti selalu dan kawan-kawan sama aktiviti sedari minggu orientasi di Shah Alam.

Khadijah dengan kawan-kawan sedari tahun satu. Kawan-kawan sama mencari ilmu bukan hanya buat dunia. Suraya dan Safura dengan kawan-kawan matrikulasi dan persekitaran U** pada mata hati ibu ini lebih terkawal persekitaran budaya Muslim dari kampus berdekatan rumah kami.

Oh jauh sudah dari cerita pesta buku.
Sanggar kolam The Mall berkenangan masa lalu selalu singgah situ


Pesta Buku KL tahun Pameran Kucing Muzium Negara itu.

Tahun itu selepas berPesta Buku KL. Kami singgah makan di restoran dalam PWTC itu. Sebelum pergi Mall seberang jalan itu. Singgah The Mall shopping busana buat dua puteri kecil. Minum petang dan duduk-duduk merakamkan gambar sebelah kolam dengan air pancut meredup suasana sekitar kolam itu. Hari ini. Kolam itu sepi sunyi. Mall itu mulai hilang warna meriah hujung tahun 80-an.

Kolam itu. Sebagaimana pada gambar tertera. Itu gambar beberapa tahun lalu. Hujung 80-an dan tahun awal 90-an dulu. Sekeliling kolam itu meriah dengan medan selera.

Tahun berPesta Buku KL itu. Sebagaimana kelaziman tahun-tahun zaman kami bermastautin di Kota Kinabalu. Kami menginap di rumah Johan di atas bukit sebelah kampus tempat kerja Johan waktu itu. Selepas itu berkeretapi pergi Johor Bahru. Kembali dari Johor Bahru. Biasanya kami menginap di Hotel South East Asia kini Holiday Villa. Hotel ini masa itu kegemaran warga dari negeri di bawah bayu. Kalau musim menjelang Syawal. Selalunya kami bermalam semalam dua di Hotel Palace berhampiran Bazaar Ramadhan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India.

Tahun berPesta Buku KL bersamaan dengan Pameran Kucing itu. Kami pulang semenanjung dua kali. Sekali pada pertengahan tahun. Pulang kerana Nenda H tenat di Kuala Lumpur tetapi Nenda meninggal dunia sebelum kami sempat terbang dari Kota Kinabalu. Terpitam gelap mata ini selepas terima berita melalui telefon dari Ayahanda di Kuala Lumpur. Itulah kali pertama Su dan Ayahanda saling mendengar suara selepas perceraian ayah ibu ketika Su berumur baru sekolah rendah. Tahun itu kami suami isteri berumur lebih muda dari puteri sulung hari ini. Rumah Friendly Garden Kota Kinabalu.

Hujung tahun itu kami pulang lagi. Kali kedua itu kerana kenduri kahwin Ti. Sebelum kenduri kahwin Ti. Kami pergi rumah Arwah Nenda H di Kuala Lumpur. Hari itu tanpa terduga Su dan Ti bertemu Ayahanda. Pertemuan pertama kali selepas ayah ibu bercerai.

Juga antara kenangan terbang pulang kali kedua. Su berempat dengan dua puteri kecil dan Ti shopping langsir baru buat kenduri kahwin Ti sekitar Chow Kit. Keluar dari kedai langsir. Bertembung dengan peminat lama zaman Shah Alam. Kawan ini mengejar kami. Sempat bergegas pergi tahan teksi. Member masa itu masih bujang.

Juga hujung tahun itu. Antara peristiwa keluarga paling melekat dalam kenangan. Peristiwa Su hilang Khadijah seusai bayar bil beli kemeja dan stokin suami. Suami kita berehat di kamar hotel. Jaga Suraya. Kedai Mun Loong Jalan Tuanku Abdul Rahman. Bersetentangan dengan Pawagam Coliseum.

Khadijah berlari laju sepanjang tepi Jalan Tuanku Abdul Rahman. Berlari sambil menjerit Mak Mak.. Sampai hujung jalan berhampiran Restoran Bilal itu. Ada warga emas lelaki menahan. Tahanlah telinga bila pakcik itu memarahi kita. Ini KL kak. Jaga betul-betul anak.. Seakan tiada terdengar bebelan pakcik itu kerana lega jumpa semula cahayamata.

Gurau kami pada hari itu. Kalau tadi ada orang TV*. Siap nanti keluar Buletin Utama.

Selepas peristiwa itu. Setiap kali kami pergi Kuala Lumpur. Su pinkan dua nota dengan nama bapa dan ibu dan nombor telefon kami pada baju setiap cahayamata. Juga nama hotel kalau kebetulan kami menginap di hotel. Nama dan nombor telefon Johan kala menginap di rumah Johan. Satu dalam setiap dua poket baju setiap cahayamata.

Khadijah sebenarnya hari itu leka bermain kain jubah Su ketika Su sedang bayar bil. Entah macam mana Khadijah boleh tetiba bingung sampai boleh terhilang pandang ibu hanya di hadapan mata. Keluar kedai cari ibu. Berlari sepanjang jalan bila bingung tidak kelihatan ibu. Hari itu Khadijah pakai gaun Mothercare warna putih berbunga-bunga halus pastel.

Itu bukanlah kali pertama Khadijah hilang di tengah kotaraya. Pernah hilang di kota London. Pernah hilang di Swansea. Pernah hilang di Cardiff. Budaknya aktif tidak tahu diam. Kerana itu Su tahu benar rasa bimbang ibu bila anak hilang di dalam mall. Kalau hari ini anak kecil hilang di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kus semangat.. Cerita Su pada cahayamata kami. Zaman dulu tidak ramai orang jahat. Kuala Lumpur lebih selamat.

Pesta Buku KL tahun Pameran Kucing itu.

Antara buku-buku belian tahun itu masih Su ingat. Buku aktiviti pra sekolah buat dua puteri. Buku-buku merawat hati merawat iman seorang ustaz tersohor. Buku-buku cerita lagenda Melayu buat cahayamata.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sehari selepas pulang dari Melbourne | Sehari sebelum pergi Cherating

Sampai pintu rumah TSG Kuala Lumpur


Sehari selepas pulang dari Melbourne 18 Disember

Alhamdulillah pagi meriah hati. Walaupun penat lenguh semua sendi. Kediaman bersuasana meriah ramai riang senang hati. Keluarga dari Johor sampai malam tadi. Sampai awal malam sebelum Su tiba rumah dari KLIA lewat malam. Tiga ahli keluarga rumah ini malam tadi sambut ketibaan dua rombongan. Satu pulang dari Melbourne. Satu datang dari Johor Bahru.

Alhamdulillah lega. Lega kembali ke persada kediaman dengan selesa terbiasa menunggu. Alhamdulillah bertemu melepas rindu pada anakanda putera mahkota penglipur kalbu. Alhamdulillah lega kembali kepada segala dirindu. Putera-puteriku. Kamar tidurku. Katilku. USB modem internetku. Buku-bukuku. Segala selama ini penghibur kalbu peneman sendu.

Sepagi ini masih penat badan. Selepas semalam seharian berperjalanan melangkaui lautan. Sedari dari pagi semalam belum pukul sepuluh keluar rumah pergi Lapangan Terbang Tullamarine. Sampai rumah selepas pukul sebelas malam. Penerbangan tujuh jam sampai KLIA pukul lapan malam. Lewat sampai rumah kerana singgah makan malam. Bandar Baru Bangi Seksyen 8. Restoran singgahan kami sekeluarga selalu.

Pagi ini. Sebagaimana selalu bila Ti bertandang. Semua sudah maklum kesihatan diri ini. Pandai-pandailah melayan diri. Sementelah dengan penat baru pulang terbang tujuh jam dari Melbourne.

Pagi ini belum pun pukul lapan pagi. Su panggil Ti dari tepi tangga di hadapan kamar utama tingkat atas. Kebetulan terdengar suara Ti berbual dengan anak-anak di ruang tamu. Hanya jerit kata dari tingkat atas.

" Ti. Minta maaflah. Hang pandai-pandailah sarapan sendiri hah? "

Semua sudah sarapan kecuali kita. Sarapan pagi dibawa putera mahkota sampai kamar tidur. Sarapan pagi ini. Suami beli Roti Canai dari Restoran Yus. Kuih-muih Melayu dari warung.

Belum setengah jam selepas itu. Ti pula menjerit panggil Su. Jerit kata dari pangkal tangga.

" Kami nak pergi rumah kawan Mustafa. Dekat-dekat sini je. "

" Kat seksyen berapa tu. Kot kot kenal. "

" Nanti nak tanya Muzaffar. "

Koleksi ensiklopedia itu seumur puteri


Pakai tudung hitam. Turun ke ruang tamu. Ti di bangku jati Madura. Kelibat bangku itu. Sebagaimana di dalam gambar nombor dua. Rak buku paling atas. Paling kanan. Itu kitab kiriman hadiah dari Mazrah pembaca blog ini dari Sabah. Kabinet buku kayu jati itu. Itu hadiah harijadi tahun sebelum tahun lepas. Ada satu lagi kembar kabinet buku ini. Tepi tangga. Kini setiap tahun. Saya minta hadiah perabot jati. Hanya tahun lepas. Tiada mandang hadiah sebegini. Kerana cerita mahu renovate rumah lagi. Tunggu selepas rumah berwajah baru.

Set buku-buku ensiklopedia itu. Sebaya lama umur puteri sulung. Bawa pulang dari Wales.

Cerita pagi ini. Sembang dengan Ti pagi ini. Ti di bangku Madura. Su sebelah kanan gambar. Duduk di bangku set Betawi.

Muzaffar berbual guna telefon di kerusi anjung luar rumah.

Rumah kawan itu. Seksyen 8. Belakang deret restoran singgahan selalu.

" Oh depan tu je. Selepas bulatan depan sana tu. Seksyen 8 dah. "

Ti dan Muzaffar dan Mariam pergi Seksyen 8 selepas pukul sembilan pagi. Keluarga kawan sepejabat Muzaffar itu baru pindah sini. Ziarah isteri kawan itu baru melahirkan cahayamata. Kawan itu khabarnya menginap buat sementara di rumah abang wanita bersalin itu. Sebelum pindah bandar pejabat baru di ibu negeri.

Sebelum itu. Kami bincang tentang program hari ini. Su pagi ini berehat pulihkan penat badan. Panjang lagi cerita jalan-jalan. Tiga cahayamata kami bawa Ti sekeluarga jalan-jalan shopping. Pavilion sana dan KLCC. Selepas itu. Terus pergi rumah Johan bukan pun jauh dari KLCC.

Mengiringi Ti sampai muka pintu. Sebenarnya sampai pintu pagar.

" Ke kami balik dulu sini. Malam lepas Maghrib baru pergi rumah Johan. "

" Jauhlah. Sebab rumah Johan tak jauh dah dari KLCC. "

Su dan suami bakal menyusul pergi rumah Johan selepas Maghrib.

Kata Ti. " Kita jangan kacau Abah Khadijah lah. Biar dia pergi kerja. "

Tiga anakanda. Tiga anakanda saudara. Pagi ini selepas sarapan. Makan Smith Potato Crisps kita bawa pulang dari Melbourne. Awal pagi selepas Idris mandi. Senyum-senyum Idris masuk kamar tidur ibu. Tanya tentang buah tangan makanan dipesan dari Australia. Potato crisp orang Australia sebut potato chips. Kalau orang Britain dan ramai kita. Chips itu kentang goreng.

Juga buah tangan coklat itu ini. Antara mesti wajib bawa pulang setiap kali pergi Melbourne. Coklat Cadbury Flakes kegemaran sekeluarga.

Pagi sebelum Ti pulang. Su berkirim saling berbalas SMS dengan Johan dan Rozi. Pemberitahuan tentang kunjungan kami dua keluarga malam ini bertandang pergi rumah Johan. Juga tentang program pergi Cherating.

SMS dari Rozi. OK. Dinner kat sini ye..

Pulang Ti dari Seksyen 8. Sebelum keluar semula pergi Pavilion. Cerita Ti. Kawan itu bersalin di Hospital Putrajaya.

" Hospital tu sebelum ni pengarah dia *kawan kami sekian-sekian*. Tapi dia dah pindah pergi ibu pejabat kementerian. Dia belum kahwin lagi. "

" Tak ingat laa. Tapi kalau tengok rupa mungkin boleh ingat. "

" Kakak dia yang bercinta dengan guru lelaki India tu. "

Bukan seorang dua kawan-kawan sebaya kami masih solo belum pernah berumah tangga. Samada kawan sama sekolah atau kawan sama belajar. Kata orang. Kalau sudah sampai umur berpangkal angka empat. Sudah selesa dengan kebiasaan bersendirian. Sudah redha lali dengan keadaan. Itu kata sesetengah orang. Pun ada orang lewat bertemu jodoh suratan. Saudara sepupu muda dua tahun dari Su. Bertemu jodoh dua tahun lepas. Bukan dengan orang muda atau suami orang. Jodohnya duda kematian isteri.

Selepas renai hujan petang awal Ramadhan laman cempaka Bandar Baru Bangi


Selepas Zohor. Pukul dua suku petang. Dua kereta beransur pergi Kuala Lumpur. Pavilion dan KLCC. Selepas itu terus pergi rumah Johan. Su dan suami menyusul pergi selepas Maghrib. Menunggu suami pulang dari ofis.

Sebelum itu. Cerita Ti. Sepagi tadi Muzaffar cari stesen petrol dengan NGV. Kebetulan kereta merah perlu disi tangki. Kata Safura. Stesen atas bukit sana. Stesen dengan servis NGV. Kereta merah mendahului kereta biru Johor Bahru.

Sebelum Asar. Ibu telefon Muhammad Idris. Kat mana sekarang? Pavilion. Jalan asing-asing. Enam sepupu jalan bersama. Mariam ikut Ti dan Muzaffar.

Sebelum Maghrib. Telefon Safura. Kat mana sekarang? KLCC.

Su dan suami beransur pergi rumah Johan sebelum Maghrib. Singgah Masjid Al Hasanah. Suami solat Maghrib. Su tunggu dalam kereta. Pandang sana sini. Sebelah kiri kereta. Rimbunan pohon kecil bunga kemunting Cina. Bunga warna ungu merah jambu.

Pukul lapan malam. Kereta baru berlalu meninggalkan masjid. Idris telefon. Sayup-sayup kedengaran suara Ti berbual dengan Rozi.

Pukul sembilan malam. Kereta sudah begitu menghampiri simpang ke perumahan Johan. Berhampiran kampus UIA sana. Boleh ada orang itu terus ke hadapan melepasi simpang. Sudahnya sampai Batu Caves sana. Ronda sana-sini dengan kesesakan jalan raya. Nyaris-nyaris sampai UIA. Gurau kita namun mengingatkan. Jangan sampai Pahang lagi.

Bulan Mei lalu. Kami dua keluarga pergi rumah Johan. Sepulang dari kenduri rumah Anizai di Cheras. Anizai sepupu kami. Petang itu hujan renai menjelang senja. Kita ralit. Ingatkan member sudah faham jalan pulang dari rumah Johan. Boleh member terlajak melepasi Genting Sempah sampai Bentong sana. Hari tu. Kereta Johor Bahru mengekori di belakang. Boleh bila Su tegur beritahu. Ini macam pergi Pahang. Kata member. Nanti ada simpang ke Kuala Lumpur. Alih-alih sampai Bentong. Walhal bukan baru sekali dua pergi rumah Johan. Bukan baru sekali susur lalu situ.

Hari itu buat pertama kali Ti dan Muzaffar susuri lalu Genting Sempah sampai Bukit Tinggi. Selalunya kalau pergi pantai timur. Orang Johor Bahru ikut jalan Segamat-Pekan sana. Itu antara sebabnya Cherating dan Kuantan menjadi pilihan percutian Hari Keluarga kami tahun ini. Kata Ti. Sedap mata memandang segar hijau hutan.

Malam ini. Sudahnya. Selepas beberapa kali Idris menelefon tanya mana sekarang? Sampai rumah Johan selepas pukul sepuluh malam.

Kalau Su dengan salah seorang dua puteri pergi sendiri rumah Johan. Selalunya kami sampai kurang 45 minit perjalanan dari rumah. Kali akhir pergi rumah Johan. Bulan Julai lalu. Su dan tiga puteri dan Safiyyah. Pergi bawa kek selamat harijadi buat Johan. Hari kami mengejar dua wanita muda bermotosikal terlanggar kiri badan kereta biru.

Bertandang TSG Kuala Lumpur


Lama tunggu kami. Semua sudah selesai makan. Makanlah kami berdua suami isteri. Namun Iman dan Kamal meneman di meja. Johan mengulang makan. Makan puding hidangan Rozi selalu. Puding Kastad dengan koktel buah-buahan.

Antara hidangan lauk istimewa. Pais ikan bakar dalam daun pisang.

Juga terhidang. Donat J Co Ti beli dua dozen.

Kalau bertandang rumah Johan. Semestinya berhidangan teh O panas bancuhan Johan. Manis gulanya sedang-sedang. Sesuai dengan selera Su kini selalu minum teh O tanpa gula.

Sembang-sembang. Lampu kamera sana sini. Tv terpasang. Cerita hantu puaka TV3 itu. Suara sembang menenggelamkan suara tv. Bersambung tayang pula satu drama tv lain. Pada mulanya Su ingatkan drama yang sama. Komen kita. Panjang benar cerita hantu puaka tu. Lagipun mata bukan memandang tv pun. Sembang di meja makan. Kata Ti. Tu cerita lain. Drama Melayu bertema siapa pembunuh isteri hero. Slot Samarinda.

Su dan Rozi dan Johan di meja makan. Juga Iman dan Idris dan Kamal. Ti bersimpuh tepi muka pintu. Bagaikan menepati rasa mahu beransur keluar dari pintu. Suami dan Muzaffar dan anakanda-anakanda lain. Santai di sofa ruang tamu. Dua bos sudah mulai terlelap mata.

Beransur pulang selepas pukul sebelas malam. Selepas Ti mula beri isyarat mahu beransur pulang. Bayangkan adinda ini keluar rumah sedari pagi. Semalam pula baru sampai dari Johor Bahru.

Pesan Kamal putera sulung Johan kala Su di muka pintu. Kamal sebaya dengan Suraya. Mak Long datanglah lagi.

Anakanda pendiam sedari kecil ini. Beransur pandai berbual.

Mulanya kami suami isteri dan Idris satu kereta paling terkebelakang. Kereta biru ungu Muzaffar mengekori kereta merah. Tahu-tahu bila sampai rumah. Dua kereta itu belum sampai lagi.

Sejurus kemudian sampai kereta biru ungu. Kata Ti senyum-senyum. Terror Pak Long. Tadi tertinggal belakang. Tahu-tahu sampai dulu. Muzaffar pun tanya. Bila masa Pak Long potong ni.

Kami pun pelik. Padahal kala masih di MRR2. Kami tertinggal jauh di belakang. Biasalah kalau suami kita memandu. Hanya antara 50 ke 70 had laju.

Telefon Iman satu kereta dengan dua kekanda puteri. Singgah mana? Singgah kedai beli top up telefon bimbit.

Sesampai di rumah. Belum apa-apa. Kereta merah keluar lagi. Dua puteri dengan Saiful pergi kedai Tujuh Sebelas. Belum beres urusan beli top up telefon bimbit.

Sebelum tidur. Pesan Su pada Ti. Esok pagi. Kita bertolak pukul lapan macam tu. Bertolak pergi Cherating. Kami dua keluarga bertolak awal pagi. Johan sekeluarga bertolak selepas tengah hari. Johan ada kerja di pejabat. Pendaftaran pelajar baru. Rozi ada mesyuarat di sekolah.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

1 Januari buat sematan kenangan | Awal pagi Bahulu Warisan | Nasi Kerabu sebelah malam

Kuih Bahulu Warisan Melaka Mall


1 Januari update pada bulan Februari

Sehari selepas pulang dari Melaka. Sepanjang kehidupan ini. Setakat teringat buat masa ini. Pernah lebih tiga tahun bermukim di negeri Melaka. Negeri Melaka negeri menemukan kami suami isteri pada umur awal belasan. Hampir setiap tahun lebih dari sekali dalam setahun pergi Melaka. Namun percutian tiga hari Melaka sampai semalam. Dalam hati ini. Cuti-cuti Melaka kali ini paling meriah hati. Alhamdulillah dengan rahmat ini.

Awal pagi ini. 1 Januari tahun baru 2009 ini. Makan kuih bahulu. Kuih Bahulu Warisan beli sehari sebelum semalam di Melaka Mall satu masa dulu Dataran Pahlawan. Dataran Pahlawan Melaka Mall.

Teringat cerita seorang kawan mula berkenal di Melbourne. Kawan ini berasal dari Johor Bahru tetapi kini menetap di Bandar Baru Bangi. Kata kawan ini. Kem Majidi sudah atau bakal dirobohkan buat membina satu mall baru. Kata kawan ini. Tak cukup-cukup ke lagi mall kat JB tu. Kem tentera berhampiran rumah keluarga Muzaffar itu dulunya tempat Su lalu lalang berjalan kaki semasa muda zaman belum berkahwin.

Antara gambar pertama terakam awal pagi 1 Januari ini. Gambar buku baru beli. Beli di Muzium Negeri Melaka. Buku Menyingkap Misteri Pulau Besar. Selalunya setiap kali pergi muzium. Su gemar beli buku terjual di muzium. Selalunya buku sejarah.

Pagi hari tahun baru. Pagi belum hilang penat sepulang dari Melaka.

Setiap tahun-tahun kebelakangan ini. Menjelang 1 Januari tahun baru. Tercatat tulis dalam draft atau bersusun di dalam kepala. Kompilasi rentetan dan senarai pilihan cerita sepanjang tahun berlalu. Namun sama serupa dengan tahun-tahun baru sebelum ini. Sudahnya semua senarai itu terperap simpan dalam draft sampai basi tahun baru.

Baru-baru ini Su singkapi baca mengimbas sambil lalu arkib tahun-tahun lalu. Sebermula bilakah jurnal ini mulai selalu kosong berkurangan entri. Sebermula penghujung tahun 2004. Semakin sengap lompong seawal tahun 2005. Awal tahun 2006. Paling lompong. Adakalanya hanya berupdate sekali dua sebulan. Sebelum itu. Empat tahun sebelum itu. Hampir setiap hari mesti berupdate sekurang-kurangnya satu entri.

Lebih kurang tiga tahun musim semedang malas update itu. Tahun-tahun memendam rasa. Namun kuatkan hati. Bangun tegas melawan. Berusaha mengubah membaiki situasi keadaan juga sanubari. Berusaha beralah demi hati ramai lagi. Alhamdulillah tahun lepas. Antara tahun paling sentosa dalam hidup terkini. Alhamdulillah dan semoga tahun ini pun tahun meriah sentosa. Sabar berusaha bergandingan dengan doa senantiasa. Malah pada diri ini. Solat hajat berterusan selalu. Istiqamah dengan segala ibadah sunat terlazim. Tekanan bertubi-tubi mampu buat sesekali tergelincir dari waras sanubari. Namun seandai bersandaran selalu hanya pada Ilahi. Rindu hati pada Allah subhanahuwataala buat kita ingat diri.

Selepas solat Asar. Tunggu orang itu orang ini bersiap. Sudahnya hanya beransur pergi selepas pukul enam petang. Bertiga dengan Idris dan Safura pergi Pavilion. Suami dipelawa ikut sama. Member malas ikut. Suraya pula selepas Zohor pergi Berjaya Times Square. Sebelum kami keluar rumah. Su teelefon Suraya. Kalau mahu jumpa kami. Datang Pavilion. Kita makan-makan. Kan dekat je dengan Pavilion.

Sesampai Pavilion. Terus pergi surau. Solat Maghrib. Seorang ibu orang Arab. Bawa anak lelaki berusia sekolah tadika masuk surau perempuan. Tiada masalah pada saya. Catatan ini buat kenangan bila satu hari nanti baca semula memori 1 Januari 2009. Hari solat Maghrib di surau Pavilion ada kanak-kanak lelaki kecil menunggu ibu solat.

Tuju Cafe Ais Krim Baskin Robbins tingkat atas sekali Pavilion. Komen kita. Mak lebih suka Haagen Dazs. Perasa ais krim pilihan selalu. Samada coklat atau mint. Sambil makan. Sambil merakamkan gambar kedai buku di seberang sana. Kedai Times Bookstore.

Teringat satu masa dahulu. Satu kioks ais krim ini. Pekerja kioks lelaki muda mungkin lewat belasan tahun. Siap lagi mengingatkan kita. Harga satu skop ais krim ini. Gaya beritahu bagaikan mengandaikan supaya jangan nanti kita terkejut pula dengan harga. Dalam hati. Hei. Engkau belum lahir saya dah makan ais krim ni.

Selepas makan ais krim dengan label 31 perasa itu. Singgah kedai buku Times. Ini antara aktiviti selalu bila pergi Pavilion dengan cahayamata. Makan Ais Krim 31 perasa itu. Selepas itu pergi kedai buku Times.

Pusing ronda cari buku itu cari buku ini. Sudahnya hanya beli majalah. Majalah masakan negara orang putih. Semasa mencatat ini. Lupa majalah apa. Lupa berapa majalah dibeli. Apa yang Su ingat. Salah satunya. Majalah dari Australia.

Safura mencadangkan kita beli buku berpromosi beli tiga bayar dua. Kurang berkenan. Selalunya buku-buku berkategori promosi sebegini. Buku-buku lama atau bukan buku pilihan hati.

Cari kalendar meja. Sudah 1 haribulan. Su belum ada satu pun kalendar meja Malaysia. Sebenarnya sudah pun ada satu. Itu kalendar meja beli di DFO Melbourne. Su lebih gemar guna kalendar meja dan kalendar poket. Kalau kalendar gantung. Alamatlah sampai hujung tahun masih bergulung tidak tergantung. Bagaimanapun tahun lepas sebagai rekod. Tergantung satu kalendar besar pada pintu kamar tidur utama. Tergantung kerana kalendar itu mirip kalendar kuda. Kalendar kedai pembekal barangan makmal sains.

Sepanjang kami di kedai Times Bookstore ini. Tiada pun kelibat Idris. Sangka ibu ini. Idris menunggu kami di luar kedai. Main PSP. Tadi seusai kami solat Maghrib. Pesan Su. Jaga baik-baik PSP tu. Jangan sampai hilang. PSP hanya tersimpan dalam poket seluar. Kata Idris. Kalau kedai ada Wifi percuma. Boleh layari internet guna PSP.

Keluar dari kedai Times Bookstore. Tunggu Idris. Safura telefon Idris. Rupa-rupanya Idris pun meronda cari buku. Idris bercerita pada ibu tentang satu buku sempat dibaca sepintas lalu di dalam kedai buku. Lupa pula apa ceritanya kala mencatat ini. Buku biografi sesaorang terkenal. Mungkin pemain bola. Atau selebriti dunia.

Juga baru ingat. Selepas itu kami berdua berbicara tentang seorang selebriti itu sudah memeluk ugama Islam.

Pergi Parkson. Ronda-ronda pandang tenang beg dan dompet dengan harga diskaun. Satu jenama beg ini. Kita sedikit masa dulu sesekali tertonton siri realiti diari kehidupan tuan punya jenama ini. Bekas model berdarah Afrika dan Korea itu. Kita ini bukankah gemar pada apa-apa bernada diari. Samalah sebagaimana dengan blog. Lama sudah tiada terpandang siri itu. Su kalau buka tv. Tiada siaran wajib tonton. Ikut musim hati suka musim mata. Saluran 703 pun sudah lama tidak singgah. Jemu pulalah hanya menghadap cerita makan. Malah buka tv pun ikut musim rasa. Kalau musim berpejabat di meja kamar putera. Jaranglah buka tv.

Safura panggil ibu. Tunjukkan beg idaman. Beg jenama orang muda. Su akui. Memang comel ranggi. Sesuai dengan personaliti comel riang Safura.

Idris sabar menunggu. Berehat di sofa sudut rehat sebelah kaunter beg jenama idaman Safura. Apalagi kalau bukan dengan PSP.

Ronda bahagian kasut. Ada yang berkenan tetapi sudah lewat pukul sembilan.

" Nanti tutup pula kedai makan. Jom kita pergi makan dulu. "

Makan-Makan malam hari tahun baru


Medan Selera Food Republic. Tarikan selalu medan selera ini. Kerang Bakar Bersambal satu kedai makan itu. Malam ini kita mahu cuba kedai makan lain. Satu kedai makan Melayu lupa nama tetapi ada perkataan kampung. Su pesan Nasi Dagang. Sebelum itu Su tanya kalau masih ada Nasi Hujan Panas. Nasi Hujan Panas ini mengingatkan kepada Nasi Hujan Panas hidangan perkahwinan puteri. Nasi Hujan Panas habis. Nasi Dagang ada lagi? Jawapannya masih ada. Su beli set Nasi Dagang dengan Kuzi Daging.

Sudah bayar bil. Lamalah juga berdiri menunggu. Ada orang lain beli kemudian dari kita. Boleh dapat dulu hidangan kerana dilayan oleh datang dari dapur seorang pekerja lelaki. Sabar menunggu kerana gadis yang Su bayar bil itu sempat berlembut bahasa beritahu. Walau berwajah serba kelibut melayan pelanggan. Tunggu sekejap ye kak. Kalau berbagus bahasa. Kita pun boleh bersabar tunggu.

Lelaki kelihatan berumur umur pesara itu menanyakan apa makanan Su beli. Bila Su beritahu apa dibeli. Kata lelaki itu. Nasi Dagang habis. Dalam hati. Laa punyalah lama kita tunggu.

" Apa yang ada lagi? "

" Nasi Kerabu. "

Kuzi pun habis. Terima sajalah apa yang ada. Mahu batalkan pesanan. Sudah berbayar bil. Boleh minta semula duit kalau mahu berkeras. Malaslah bersoal jawab. Terima apa saja. Lagipun alang-alang kaki sudah lama penat berdiri menunggu.

Sampai meja makan. " Mak pesan lain. Dapat lain. "

Serik datang lagi? Tidak juga. Lain kali datang. Mahu cuba Sate kedai itu.

Safura makan Meehoon Goreng Thai. Idris seperti biasa kalau singgah makan medan selera ini. Suka makan Nasi Lemak Kukus dengan Ayam Masak Sambal dari satu kedai Nasi Lemak Kukus. Idris mudah selera makan. Kurang teringin makan macam-macam. Hanya makan apa terlazim makan.

Tiada teh O limau panas. Malam ini Su minum Air Kacang Soya dingin. Sesekali minum minuman dingin.

Kiri kanan kami bising dengan meja dipenuhi oleh ramai pelancong dari Indonesia. Boleh tahu mereka ini bukan warga Indonesia pekerja sini kerana bergerombolan sekeluarga dengan datuk nenek dan cucu-cucu. Gaya orang berduit bercuti. Satu meja makan panjang. Sesekali semuanya ketawa gamat berdekah-dekah kuat bila ketua keluarga buka cerita. Meriah sakan.

Meja makan sebelah kanan kami. Dua ibu Indonesia dengan anak gadis berparas lawa pakai gaun hitam paras lutut. Mulanya seorang dari dua ibu Indonesia ini ambil kerusi kami tanpa minta izin. Ibu dengan beg Isetan. Pantas Su beritahu namun bukan bernada marah. Ada orang. Empat kerusi. Kami hanya tiga orang. Satu kerusi buat beg shopping.

Cerita Safura. Semasa tiga anakanda kami bawa Ti sekeluarga jalan-jalan shopping Pavilion bulan lalu. Sebelum kami pergi Cherating. Pak Ngah kata. Tak payah dah nak pergi Vietnam ke, Thailand ke. Semua makanan dunia dah ada kat sini.

Nama medan seleranya pun Food Republic.

" Ini bukan meja yang selalu kita duduk. Meja yang kita selalu duduk. Dekat dengan kedai jual kerang bakar tu. "

Selepas makan. Alang-alang kedai donut negara seberang itu lengang menjelang pukul sepuluh malam. Su tugaskan Safura dan Idris beli donat. Mulanya Safura dan Idris malas beli. Malas beratur. Ibu sarankan beli juga kerana menunaikan permintaan Suraya lewat telefon dari Berjaya Times Square.

Dalam rumah kami. Suraya peminat donat ini. Pada Safura pula. Donat Big Apple lebih lembut tetapi coklat donat seberang ini lebih mewah. Komen kita. Donat JCo itu terlalu manis. Dapurnya pula. Dapur Big Apple jauh lebih bersih. Memang Su perhatikan kelibat dapur dua kedai donat itu. Lain orang lain citarasa. Lain orang lain pilihan selera. Apa pun. Su sebenarnya lebih gemar donat asli tanpa salutan krim.

Telefon Suraya bertanya khabar. Jadikah datang bertemu kami.

" Kenapa tak mahu datang sini? "

" Adik dengan kawan-kawan. "

Selepas itu mungkin hantar kawan-kawan pulang ke rumah masing-masing. Komen dalam hati. Kita belikan kereta itu buat pakai pergi kuliah. Bukan buat meronda dengan kawan-kawan.

Itu kawan-kawan sedari sama sekolah. Sekolah di Cheras dulu. Musim cuti panjang begini. Cuti hari Khamis bersambungan sampai hujung minggu. Kawan-kawan sekampus pulang kampung. Kawan-kawan sekitar bandar kediaman pulang bercuti dari kampus IPT.

Sementara menunggu dua anakanda itu beratur beli donat. Belilah apa saja. Kita bukan pun peminat donat itu. Kita lebih suka donat Big Apple. Alang-alang terpaksa beratur. Belilah sedozen. Su duduk menunggu di atas pangkin batu. Sebelah Su. Seorang lelaki muda India sedang main PSP.

Bangun baca papan info Pavilion. Sematkan di dalam hati kalau boleh ingat. Alamat kedai-kedai sekian-sekian.

Selesai beli donat JCo. Senyum-senyum Idris. Lelaki India tu main PSP. Senyum-senyum bawa makna saya pun ada PSP.

Ada orang berkopiah minta derma dengan cara menjual poster. Tiada wang kecil. Safura berikan wang kertas seringgit lebihan beli donat. Kata Idris. Kan dia kata ikhlas berapa-berapa saja nak bagi.

Pintu kaca Pavilion sudah tutup pukul sepuluh. Senyum seorang wanita Cina. Wanita dengan anak lelaki kecil ini di seberang sana pintu kaca. Beri tanda isyarat tangan. Kami boleh keluar ikut dalam restoran masih ramai pelanggan. Restoran paling tepi. Angkat tangan tanda terima kasih.

Selepas bayar tiket parkir. Mesin autopay sebelah restoran. Rasa kasihan pula pada peminta derma itu. Baru perasan ada pun wang kecil. Pandang belakang tercari-cari. Idris pergi bagi duit kat orang tu. Orangnya hilang dari pandangan. Tiada rezeki orang itu buat menerima lebih lagi ringgit dari kami. Apa-apa hal dalam hidup ini. Perkara sudah berlalu. Kita kena yakin percaya itu sudah ketentuan Ilahi. Waima perlu pada fikir kenapa sesuatu itu boleh terjadi dan sebagainya.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Donat Epal Agam + Epal merah Good Food + Bangi Walk lewat malam

Lawa frangipani merah jambu berlatar hijau The Gardens larut malam


11 Januari hari minggu tiga minggu nan lalu

Awal pagi ini Suraya pulang dari kampus. Pulang hari tanpa bermalam. Safura pula malas pulang. Alasan malas pulang. Banyaknya assignment.

Jangkanya petang selepas solat Zohor. Suraya keluar petang dengan kawan-kawan sekolej. Sudahnya Suraya tidak jadi keluar pun. Walhal sedari awal pagi lagi kita merancang keluar rumah selepas solat Zohor. Sudahnya bersiap pakai selepas pukul enam petang. Tunggu suami pulang dari kedai gunting rambut di atas bukit sana Seksyen 4. Tunggu kereta biru gelap.

" Ni alang-alang dah dekat pukul tujuh. Kita tunggu Maghrib sajalah. Tapi empat puluh minit lagi baru Maghrib. Boleh sampai Mid Valley sebelum Maghrib ni. Ke nak Maghrib dulu kat rumah. "

" Adik tak kisah. Mana-mana je. "

" Kalau pergi lepas Maghrib. Dapatlah Mak tengok sekejap satu rancangan TV3 tu. Nak tengok apa cerita. Promo selalu tayang kat tv tu.. "

Promo berulang selalu tayang dengan dialog buat kita sesekali bergurau mengiyakan. Dah dapat yang sama gatal. So padan le muka.. Hidup sama-sama. Takkanlah susah nak sorang-sorang..

" Nak tahu siapa yang sama-sama gatal padan muka tu. "

" Bukan rancangan tu tengah hari tadi ke? "

" Ini kompilasi siaran paling kontroversi tahun 2008. "

Selama ini kita bukanlah peminat rancangan itu pun.

Telefon tanya suami. Lambatkah lagi sampai rumah.

" Su pergi pakai kereta merah tu sajalah. "

" Abah suruh kita pergi pakai kereta merah. Lagi pun Abah kamu mesti nak singgah pejabat lagi tu. Mak pun dah berbulan-bulan tak naik kereta merah tu. "

Sudahnya beransur pergi sebelum Maghrib. Sesampai Mid Valley City. Dari parkir The Gardens. Pergi surau Mid Valley. Jauhlah juga buat orang sakit kaki seperti kita ini. Su pernah tanya pengawal keselamatan The Gardens mana surau The Gardens. Surau The Gardens belum selesa buat bersolat. Bagus lagi pergi surau Mid Valley sana.

Payahnya mahu menembus berkumpul ramai orang berhimpit di hadapan Pasaraya Jusco. Bersempit-sempitan dengan cong cong ceh gendang latar tarian. Bising gamat. Tarian naga di hadapan pasaraya. Terpaksalah bersempit-sempit mencelah lalu meredah ramai orang. Berhati-hati jangan sampai terbatal wudhu'. Lokasi surau di sebelah Pasaraya Jusco.

" Tak sesuai betul diaorang buat tarian ni kat sini. Orang tak boleh masuk pasaraya. "

Setuju dengan kata Suraya. " Tarian naga ni Jusco yang punya. "

" Jusco yang rugi bila orang tak boleh pergi pasaraya Jusco. "

Seperti biasa memana surau dan musolla mahu pun masjid di Lembah Kelang ini. Bila Maghrib. Penuh ramai musolla. Surau sebelah Pasaraya Jusco ini. Sebesar-besar luas surau. Bila Maghrib. Mahu masuk pintu pun terpaksa beratur.

Selepas solat Maghrib. Berkira-kira mahu merakamkan gambar kelibat tarian naga. Sesi tarian naga usai sudah. Penari-penari sedang berehat. Penari-penari tarian naga rata-ratanya kelihatan berusia belasan tahun.

Jusco tingkat satu. Tuju tingkat barangan dan pakaian wanita. Nyaris-nyaris lagi kita terbeli satu dompet kulit warna merah dari Jerman. Kebelakangan ini mata ini berkenankan dompet kulit warna merah dan warna-warna bukan coklat kulit. Minggu lepas terbeli beg tangan kulit warna merah burgundi.

" Mak nak beli dompet ni kat butik jenama tu lah. Kalau beli kat sini. Beli beg mahal-mahal. Dapat beg plastik Jusco. Kalau beli kat kedai tu. Dapat beg jenama tu. Kedai jenama ni ada kat Pavilion. "

Kembali menghala The Gardens.

Suraya sempat melencong pergi satu kedai di hujung bertentangan dengan Jusco. Kedai satu jenama baju remaja.

" Mak tunggu di kedai Big Apple. Adik nak donat yang mana satu? "

" Belikan Adik yang Iceberg. "

" Mana Mak tahu Iceberg tu yang mana satu. Mak beli sajalah apa-apa. "

Sudahnya tahu pun donat Iceberg yang mana satu dari nama donat tercatat tulis. Iceberg itu donat bersalut glaze gula halus. Beli setengah dozen donat kegemaran semuanya bersalut coklat kecuali satu. Beli sebotol air mineral. Sementara menunggu Suraya. Duduk di kerusi PVC putih kafe Big Apple Donuts and Coffee. Minum air mineral.

Datang Suraya. Bangun sebelum Suraya datang ke kerusi.

" Jom kita pergi Borders. Mak nak cari satu buku ni. "

Beli buku cerita cinta hantu drakula. Buku bermuka kulit dengan gambar epal merah. Beli majalah BBC Good Food edisi bulan Disember. Cari majalah Delicious terkini. Tiada terpandang mata.

Sebelum itu. Kami singgah Restoran Italienne di tingkat bawah dari tingkat kedai Borders. Restorannya mulai tutup malam. Pembantu kedai perempuan muda. Halus budi bahasa beritahu tentang dapur sudah mulai tutup pukul sepuluh.

Jengah pula Restoran Paddington's Pancake. Restoran ini sudah tutup beberapa minit sebelum pukul sepuluh malam.

" Kita makan kat Subway sajalah. "

Suraya mahu makan makanan berat. Subway kedai Australia itu hanya jual sandwic. Hanya Restoran T*** Roma's masih beroperasi. Sudah hampir pukul sepuluh malam. Su tanya dulu samada masih boleh pesan makanan. Pekerja wanita Melayu ini bertanyakan pula kepada seorang pekerja lelaki mirip wajah orang Pakistan. Masih boleh.

Kalau ikutkan selera kita. Berkira-kira mahu ke Food Junction tingkat paling atas. Lama tidak makan Meehoon Goreng Singapura satu kedai makan Singapura. Apa pun pastinya medan selera itu sudah tutup pukul sepuluh malam.

Sedang tunggu makanan. Baca menu. Alahai. Antara pilihan minuman. Minuman keras. Terbantut selera. Hidangan pun kurang mencapai piawan selera. Ayam panggang keras liat. Lalu hanya terdaya makan kentang goreng. Suraya makan burger besar. Pun pada Suraya. Kurang sedap. Alamatlah ini kunjungan terakhir kedai makan ini.

" Restoran pancake kat sebelah ni lagi mahal. Tapi puas hati laa. Sedap dan lagi banyak pilihan. Bukan pancake manis saja. Hidangan nasi dengan pancake pedas pun ada. "

Selepas pukul sepuluh malam. Restoran ini masih terima pelanggan.

Tiada terlarat mahu menghabiskan makanan. Ayam Panggang hampir tidak terjamah langsung. Kami minta bungkus semua makanan. Boleh Suraya bawa pulang ke kolej.

Kala susuri kedai-kedai pergi parkir. Lengang mall. Kami antara paling akhir pergi parkir mulai lengang malam.

Bergegas pulang rumah. Suraya mahu pulang ke kampus malam ini juga.

Kala kereta lalu Sungai Besi. " Eh hari ni kan kenduri kahwin orang tu kat hotel kuda emas tu. "

Safura telefon minta belikan makanan. Pesan beli burger.

Beli burger restoran pandu lalu. Restoran pandu lalu bersebelahan laman Bangi Walk itu. Selepas itu. Sempat lagi kami ronda-ronda berkereta pusing Bangi Walk menghadap Tasik Cempaka. Sini ke Abah selalu jogging pagi-pagi hujung minggu. Lain kali Mak nak ikut lah. Mak tak jogging laa. Brisk walk. Bila penat. Mak duduklah tunggu Abah.

Lima belas minit sebelum pukul dua belas malam. Suraya mahu pulang ke kampus walaupun ibu sarankan pulang pagi. Banyak kerja nak buat.

Selepas pukul dua belas setengah malam. Ibu ini menelefon Suraya. Alhamdulillah selamat sampai kolej. Pintu pagar kolej tutup pukul dua belas malam. Kereta merah ditinggalkan di tepi jalan luar pintu pagar kolej. Maka terpaksalah Suraya berjalan kaki pulang ke blok kediaman bukannya dekat dengan pintu pagar.

" Eh tak bahaya ke kereta tinggal malam-malam kat luar tu? "

" Ramai lagi orang lain tinggal kereta kat situ. "

" Adik jalan kaki sorang-sorang saja ke. Ada orang lain juga? "

Apa pun Alhamdulillah lega. Bila anakanda selamat sampai kolej.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape