Tags: mimpi

Cornflakes for breakfast | Mimpi hospital | Tajuk ala ala update Twitter


Paling suka Livejournal ini. Susunan Archive santai bergaya dan mudah buat mencari satu-satu entri. Paling saya tidak tahan dengan Livejournal ini. Style atau layout kurang pilihan. Gaya dulu-dulu. Pun begitu jurnal ini menyimpan sepuluh tahun entri. Sedari empat anugerah Ilahi itu semua masih sekolah sampai sudah menghampiri buku dua menantu. Harap-harap berupaya salin pindah sedikit demi sedikit entri sini pergi rumah baru terutamanya cerita kembara tetapi oh sepuluh tahun punya cerita!

Sarapan pagi makan Cornflakes. Baca surat khabar semalam. Tajuk berita muka hadapan sikit punya gempak. Blogger untung RM1 Juta.

Oh kalau mengambil kira pendapatan bulanan secara tahunan. Saya ini isteri jutawan. Belum lagi campur upah kerja-kerja penyelidikan. Tapi gaya hidup kalah dengan orang baru keluar U. Kereta pun murah usang. Komen bernada gaya orang muda atau komen salah seorang dari cahayamata. Ha ha ha..

Seperti mahu demam semula. Risau tiada bersebab. Pun begitu saya yakin. Allah subhanahuwataala Maha Menepati Janji. Maha Mendengar segala doa.

Terlelap kala masih separuh catatan ini.  Walhal cadangnya hanya sekadar berbaring redakan sakit belakang sambil baca majalah BBC Olive gambar kulit Foolfroof Chocolate Cake hmmp bukan sedikit mengancam selera. Baring di atas katil. Laptop di sebelah. The Lovely Bones | Have An Ice Day di kaca tv.

Mimpi intan payungku sakit. Kolej hantar pergi hospital. Jumpa intan payung pakai unifom hospital warna hjiau di hospital.

Haih baru semalam Mak hantar pergi kolej dah sakit semula? Kan ke dah baik demam.

Terjaga dari mimpi. Brennan dan Booth sedang meluncur berdua di atas ais.

Off to solat sunat dhuha. Walaupun sudah lewat pukul satu.

Mimpi semalam malam sepulang dari Hulu Dong mencari Rafflesia

Korner komputer sanggar santai selalu


Mimpi semalam. Bukan mimpi malam tadi. Mimpi malam Isnin hari minggu 16 haribulan Ogos. Malam pulang dari Lata Jarum. Lata Jarum kali kedua dalam dua minggu. Lata Jarum mukim Hulu Dong pinggiran bandar Raub selatan barat negeri Pahang. Hulu Dong mengarah hala Kuala Lipis dari Raub. Hulu Dong lebih kurang 28 kilometer dari bandar Raub. Hulu Dong mengingatkan kepada cerita Mona kerat lapan belas.

Malam itu sesampai rumah dari Lata Jarum kala rembang senja. Antara aktiviti selepas solat Maghrib sebelum tidur awal. Hanya lebih kurang setengah jam sementara menunggu azan solat Isya'. Sebelum beransur berbaringan melelap mata melega penat badan. Penat badan mulai beransur pulih dari demam lebih dari tiga minggu sebermula pertengahan bulan Julai.

Penat delapan hari Pahang dalam seminggu. Enam kali berulang susuri jalan dari Raub pergi Kuala Lipis sampai Jengka dalam masa seminggu. Minggu-minggu sebelum itu. Selalu berulang pergi Cameron Highlands dan Bukit Fraser. Minggu-minggu sebelum itu. Genting Highlands dan Cherating singgah Kuantan. Memanglah tahun 2009 ini tahun Pahang sebagai rumah kedua buat kami suami isteri.

Cerita mimpi itu. Malam Isnin itu sebelum tidur. Sempat guna internet sebelum beri lampu hijau buat Muhammad Idris menggunakan laptop ibu. Laptop Muhammad Idris lembab semacam. Janji ibu pada Idris. Selepas ibu beli laptop baru. Laptop ibu ini ibu beri pada Muhammad Idris. Pun begitu selepas keputusan SPM tahun hadapan. InsyaAllah ayahanda Muhammad Idris belikan Muhammad Idris laptop baru. Apa-apa hal. Belajar rajin-rajin buat SPM hujung tahun ini.

Selepas dua kali berwisata Lata Jarum. Barulah malam itu sempat Google lokasi rumah bomoh Mona kerat lapan belas di Hulu Dong.

Aduh terkujatnya saya. Lokasi rumah seram itu kami sering kali lalu. Rumah itu berjiran hanya beberapa rumah dengan chalet kami sewa dua kali dalam dua minggu. Chalet dalam kawasan dusun tepian sungai. Sungai berair terjun berbatu-batuan granit berukuran bulat besar. Patutlah bila lalu situ sebelah malam. Seram semacam.

Selepas tahu lokasi rumah seram berperistiwa tragedi ngeri itu. Mulalah berkelibatan yang bukan-bukan. Sampai tidur bermimpi dikejar hantu. Hantu ini mengekori saya sampai halaman rumah kami. Bagaimanapun hantu lelaki berkulit cerah ini hanya termampu sampai setakat halaman rumah. Hanya termampu memandang rumah kami di tingkat tinggi. Saya terpandangkan kelibat hantu ini dari jendela bertingkap gelongsor kaca gelap. Cerita dalam mimpi bersuasana malam. Hantu lelaki ini seakan mengintai-mengintai mencari jalan menembus masuk rumah kami.

Selepas terpandangkan kelibat hantu mengintai-ngintai dari jauh. Saya tutup rapat semua tingkap dan pintu dengan pagar doa.

Tiba-tiba terbuka pintu gelongsor kayu padu tebal ruang tamu utama. Konon-kononnya rumah kami rumah kondominium. Terbuka saja pintu gelongsor kayu tebal padu bagaikan pintu gerbang kota. Pintu terbuka sebagaimana terbuka pintu lif. Muncul Suraya.

" Eh macam mana Adik boleh buka pintu ni? "

Kaget dalam hati. Pada hal aku dah pagar pintu ni dengan doa.

Kata Suraya. " Adik tahu password. "

Dalam hati. Tahu password?

Terus terjaga beberapa ketika selepas jawapan Suraya.

Saya tidur di atas katil saiz Queen Muhammad Idris. Terjaga dari mimpi. Terlihatkan Muhammad Idris sedang guna laptop ibu. Meja komputer Muhammad Idris. Sebagaimana di dalam gambar. Katil Muhammad Idris. Sebelah kiri meja komputer itu. Itu komputer Muhamamd Idris. Dua laptop dalam gambar itu. Satu daripadanya milik ibu Muhammad Idris. Itu gambar tahun lepas.

Juga berkelibat dalam gambar kelabu itu. Paling kiri. Kayu penggaru turut berfungsi sebagai kayu pengurut. Itu hadiah dari Bonda. Saya kerap gunakan kayu itu sebagai pengurut kaki bila lenguh kaki.

Pernah terlihat kayu penggaru bagaikan garfu besar ini terjual di Queen Victoria Market, Melbourne. Harga di Melbourne. Satu kayu itu AUD3.99 lebih kurang RM12 Malaysia. Bonda beli kayu penggaru itu di Johor Bahru dengan harga RM3 satu. Itu harga lebih dari sepuluh tahun nan lalu.

" Pukul berapa sekarang Idris?"

Muhammad Idris memandang jam. Jam terlekat pada dinding atas muka pintu tandas kamar Muhammad Idris. Jam Ikea bulat warna hitam.

" Pukul sepuluh malam. "

Sambung tidur. Lena jenera tidur sampai pukul lima pagi.

Bangun solat Subuh pagi hari Isnin itu. Pagi bertiga pergi utara. Pagi hantar pulang Muhammad Idris kembali ke asrama selepas MRSM itu tutup seminggu kerana kes Selesema Babi. Tersenyum sendiri bila teringatkan dialog Suraya dalam mimpi itu. Adik tahu password.

Sampai sebegitu sekali pengaruh kamputer dalam hidup ini masa kini. Sampai tersinggah dalam mimpi.

Kurang pasti samada mimpi hantu itu kerana terkujat tahu mana satu rumah itu ataupun memang ada yang mengikut dari Hulu Dong. Lebih kuat hati kepada itu hanyalah mainan tidur kerana kepenatan. Pun begitu tetap terfikir. Apakah mimpi itu mahu mengingatkan saya kepada pagar rumah perlu diperkukuhkan lagi.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Mimpi-mimpi cuti summer Melbourne Disember 2008

Rose putih wangi summer Melbourne | 365 beautiful days | 5.12.08




1. Beberapa bulan sebelum Disember. Bulan Ramadhan lalu. Mimpi kami sekeluarga di rumah pasangan anakanda di Melbourne. Mimpi Safiyyah rampas coklat dari ibu. Mimpi Safiyyah demam. Panggilan telefon dari Melbourne sehari selepas mimpi itu. Safiyyah memang demam. Baru tahu. Makanan kegemaran Safiyyah yang terkini. Suka makan coklat. Baru tahu. Safiyyah kenal coklat pada usia lebih awal dari usia semua cahayamata Su mula makan coklat. Semua cahayamata kami hanya diperkenalkan dengan coklat pada umur mula sekolah.

Masa itu. Masa dengan cerita mimpi itu. Tidaklah terfikir bakal pergi Melbourne lagi tahun ini. Selepas kunjungan hampir sebulan pada bulan April lalu. Malah dalam satu entri berkisah mimpi itu. Tercatat tulis. Saya malas pergi Melbourne kalau terpaksa pergi pada hujung tahun ini bermusim panas Melbourne. Penat pergi Melbourne April lalu pun masih belum hilang.

Ternyata kini mimpi itu benar. Saya pergi Melbourne lagi. Hanya lebih kurang tiga bulan setengah selepas mimpi berkumpul ramai di Melbourne itu. Tiga bulan selepas mimpi Safiyyah makan coklat itu. Hanya tersedar Su bakal pergi Melbourne lagi hanya pada hujung November lalu.

2. Beberapa hari selepas mimpi pertama. Selepas mimpi Safiyyah makan coklat itu. Mimpi kami sekeluarga pergi Melbourne lagi. Mimpi kami dan pasangan anakanda dan Safiyyah menaiki bot besar dari negara China pergi satu bandar dalam negeri Australia sampai Melbourne. Mimpi Safiyyah mengintai memandang haiwan di dalam laut dari tepi pagar penghadang ruang legar bot.

MasyaAllah terkedu syukur. Cerita dalam mimpi itu sudah terlihat di hadapan mata. Kami dan pasangan anakanda pergi Adelaide. Satu bandar lain Australia selain Melbourne. Kunjungan pergi Australia ini selepas lima bulan kunjungan kami suami isteri wisata negara China. Benarlah kami menaiki bot besar. Bot besar sebenarnya feri. Benarlah wisata feri ini selepas satu bandar lain Australia. Feri dari Sorrento pergi Geelong hanya beberapa hari sepulang kami dari Adelaide. Benarlah wujud pagar penghadang dek feri sebagaimana di dalam mimpi. Benarlah Safiyyah mengintai pandang ikan-ikan dari feri. Ikan dolphin dan ikan pari.

Seram dan seriau melihatkan pagar penghadang sebagaimana di dalam mimpi itu. Berkali-kali mengingatkan tiga anakanda supaya berhati-hati bila mendukung Safiyyah di tepi pagar feri menghadap laut. Kekadang mimpi-mimpi kita merupakan peringatan mengingatkan supaya kita berwaspada.

Mimpi menaiki bot besar pergi Melbourne itu. Su berbual-bual dengan satu keluarga berketurunan Cina. Sudahnya di hadapan mata. Su berbual dengan satu keluarga Cina Malaysia semasa beratur mahu check in sebelum terbang pergi Melbourne. Tarikh haribulan kami terbang pergi Melbourne dan tarikh haribulan kami terbang pulang dari Melbourne. Sama haribulan.

Peristiwa mimpi kini terbentang nyata cerita di hadapan mata. Mimpi-mimpi jadi nyata. Makanya insaf terkesima. Kunjungan dan kisah wisata Melbourne pada summer bulan Disember ini. Memanglah sudah tersurat sedari awal. Sudah berketentuan cerita dari Ilahi. Tahun 2008 ini kita pergi Melbourne dua kali.

3. Selepas mimpi menaiki feri itu. Mimpi Su dan suami pergi Melbourne. Kali ini kerana urusan kerja suami. Kami tinggal di hotel mewah. Turut bersama kami dalam rombongan ini. Beberapa orang pembantu penyelidikan suami. Mungkinkah kunjungan pergi Melbourne lagi selepas ini kerana urusan kerja suami. Ataupun mungkinkah sabatikal suami nanti memang pergi Melbourne sebagaimana sembang-sembang gurau kami.

4. Hari kedua Melbourne bulan Disember ini. Malam kedua cuti summer Melbourne ini. Mimpi hantu orang putih. Hantu perempuan ini pakai baju kurung Su sedang tergantung sidai pada langsir tingkap. Baju kurung warna krim emas hampir sama warna dengan rambut panjang tebal hantu orang putih itu. Su gantung sidai baju selepas basuh pada lewat malam. Gantung dengan penyangkut baju. Su halau hantu perempuan rambut lebat panjang perang emas sampai pinggang ini berlagu berang marah kerana mengganggu santai tidur Su. Marah bercampur rasa bimbang. Kata halau dalam bahasa Inggeris. Terjaga dari mimpi selepas dikejut Suraya. Pukul tiga pagi Melbourne.

Sebahagian dari kata dialog. Selepas melaungkan Allahuakbar! Go away! I don't love you. I love Noriah..

Noriah? Siapa Noriah? Siapa Noriah yang saya kasihi atau sayangi itu. Kelakar bila teringatkan kata dialog dalam mimpi ini. Mencicit lari hantu perempuan itu bila kita halau dengan marah. Peristiwa dalam mimpi itu. Lokasinya kamar Su sedang tidur. Masa dalam cerita mimpi. Sama masa dengan situasi malam Su sedang tidur dengan mimpi itu. Cerita dalam mimpi itu. Su marah ketika masih berbaring tidur di atas tilam pembaringan. Keadaan yang sama dengan situasi baring Su ketika bemimpi.

Suasana dalam mimpi itu. Malam suram kelabu gelap sebagaimana pukul tiga pagi menjelang Subuh musim panas Melbourne. Subuh seawal pukul empat pagi. Hantu lari terbang tinggi meninggalkan rumah pasangan anakanda. Lari terbang keluar ikut tingkap di mana Su menggantungkan baju kurung. Seolah-olah peristiwa dalam mimpi itu berlaku pada masa kita sedang tidur waktu itu.

Winter Jun tahun lepas. Bukan bermimpi. Bukan mamai. Jelas terang pada telinga. Su terdengar harimau mengaum perlahan menjaga pintu rumah. Harimau mengawal di hadapan pintu rumah. Kamar tidur Su hanya di sebelah pintu utama rumah pasangan anakanda. Tidak pun rasa takut. Tidak pun rasa seram. Hanya bercega juga tertanya-tanya. Harimau itu mengawal kerana apa. Musuh dan bahaya?

5. Beberapa malam sebelum Eiduladha. Malam hari wukuf sehari sebelum 10 Zulhijjah. Malam berniat puasa Hari Wukuf. Malam penat selepas petangnya jalan-jalan shopping pergi DFO Cheltenham. Mimpi kami sekeluarga mengadakan majlis pertunangan antara puteri kedua dengan seorang lelaki muda berketurunan bangsawan. Majlis bertema warna serba krim kuning keemasan. Majlis meriah sentosa. Lokasinya bagaikan istana indah gemilang. Pun begitu dalam mimpi itu sempat Su bertanyakan Suraya. Sudahkah Suraya bulat hati dengan keputusan ini. Lagipun lelaki itu tinggi darjat. Bukan sembarangan orang.

6. Beberapa malam selepas Eiduladha. Su bermimpi Su dan Suraya berjalan-jalan di Melbourne. Kami lalu tepi satu rumah sedang berkenduri kahwin. Sesaorang tegur beritahu. Tengok tu.. Ada ular kat tepi rumah kenduri kahwin tu. Terpandangkan seekor ular besar berbelang putih dan hitam berlingkar tepi pagar rumah kenduri. Tiba-tiba ular senyap diam ini terbang melayang kepada kami. Ular ini terdampar di atas rumput hijau terbentang luas di hadapan kami. Rumah-rumah orang putih Australia di sekeliling kami. Rumah-rumah berlaman indah berkembang bunga berwarna-warni. Kepanikan takutkan ular besar itu. Kami cuba lari tetapi terhadang oleh pagar-pagar tinggi. Pagar batu rumah-rumah lawa mengelilingi laman hijau. Terjaga sebelum sempat lari. Kus semangat.

Siang selepas malam bermimpi ular besar itu.

" Dua kali Mak mimpi fasal kenduri kahwin kat Melbourne ni. Mimpi ular maknanya orang nak masuk meminang. "

" Mak yang mimpi ular. Bukannya Adik yang mimpi. "

" Dulu hari pertama Kakak terbang pergi Melbourne. Malam Kakak terbang tu. Mak mimpi ular. Ada pembaca blog Mak komen. Mak nak dapat menantu ke? Tiga kali ke selepas tu. Tahun yang sama. Mak mimpi ular besar senyap-senyap pandang kita. Mimpi ular besar bersembunyi diam dalam kolam. Mimpi ular warna hitam putih. Sekali memang pun Kakak jumpa jodoh kat Melbourne ni. Agaknya hari pertama Kakak sampai Melbourne, Abang Naza dah mula pandang-pandang Kakak kot.. Ni mimpi-mimpi masa kita kat Melbourne ni. Jodoh Adik tengah tunggu kat Melbourne ni ke? "

" Kahwin dengan orang putih Australia? "

" Tak semestinya. Dengan mana-mana abang-abang doktor kawan Abang Naza ke. Kawan-kawan Abang Naza ramai tu yang belum ada calon. "

" Dengan sape? *** tu? Hii.. Tak mahu lah. Dahlah tak hensem. "

" Apa ada pada hensem. Ke masa Adik kat Melbourne ni. Ada orang kat Malaysia tengah merancang nak meminang Adik. Mimpi Mak selalunya betul Adik. "

" Kakak kahwin dua tahun selepas Mak mula mimpi ular. Maknanya Adik kahwin dua tahun dari sekarang lah. "

" Tapi kenapa mimpi-mimpi tu masa kita kat Australia? Mesti maksud mimpi ni berkena mengena dengan Australia. Ke nanti suami Adik sambung belajar ke Australia. Atau Adik sambung belajar sini. Jumpa jodoh kat sini juga. "

7. Malam mimpi hantu orang putih. Sebelum muncul hantu orang putih dalam mimpi. Mimpi suami kita dengan kawan-kawan sekerja penyelidikan. Satu lokasi singgah di pinggiran hutan. Gamaknya semasa kita di Melbourne. Suami keluar kerja lapangan. Lokasi kerja berhampiran hutan.

8. Mimpi terima panggilan telefon dari Ayahanda. Sebagaimana di luar mimpi. Dalam mimpi itu. Su kurang selesa dengan panggilan dari Ayahanda. Malas sambut telefon dari suami. Suami hulurkan telefon. Sudahnya bertukar tangan ganggang telefon. Belum pun sempat bersepatah kata. Terdengar jeritan kuat Ayahanda memanggil M****. M**** nama timangan Su dikalangan keluarga. Jeritan bagaikan dari dalam ruang kamar. Terjaga dengan seakan bersisa gema panggilan Ayahanda ini. Ayahanda kurang sihat?

9. Mimpi pergi Kinabalu. Berpandangan kelibat adinda bongsu suami. Terjaga dari mimpi ini. Penatnya badan. Usai berkelana malam dari Melbourne pergi Kinabalu.

10. Mimpi kami sekeluarga berwisata menginap satu rumah besar kurang pasti lokasinya di mana. Malaysia atau Melbourne. Rumah banglo gemilang agam warna putih biru. Serba besar lapang. Kamar mandi besar dengan tema warna putih. Terlihatkan mangkuk tandas warna putih. Satu tangga menuju tingkat atas di satu sudut kamar mandi besar luas ini. Terjaga dengan rasa mahu pergi tandas. Pukul tiga pagi Melbourne.

11. Mimpikan sahabat karib dulu berjiran sebelah rumah di Kajang. Mimpi sahabat ini pakai tudung warna coklat. Sahabat ini menyapu dedaun kering di halaman rumah.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Mimpi Melbourne dari Guangzhou malam 27 Ramadhan mimpi Melbourne kali ketiga Ramadhan 1429H


Danau Werribee Zoo berbasah renyai pagi
Originally uploaded by Ssuriha

Mimpi malam hari Jumaat malam 27 Ramadhan dinihari Sabtu bersamaan dengan 27 September

Mimpi tenang sentosa kami sekeluarga makan angin pergi Guangzhou. Kami dan pasangan anakanda di Melbourne sana. Kenapa Guangzhou bukan Beijing bukan Shanghai? Mungkin kerana semasa di Beijing Julai lalu. Kerap tertayang pada tv iklan pelancongan bervisual pesona pemandangan kawasan luar bandar kota Guangzhou. Pun kemungkinan kerana tafsir lain kita belum tahu kenapa. Hanya Allah subhanahuwataala yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Mimpi kami beramai-ramai susuri sungai besar dengan bot besar seperti perahu. Selepas mimpi ini. Kita pun cari sedikit info tentang Guangzhou. Barulah tahu kedudukan Guangzhou ini. Guangzhou sebenarnya nama baru bagi Canton. Canton pelabuhan tepi delta Pearl River. Pearl River atau Yue Jiang atau Guangdong River. Sungai ketiga terpanjang negara China selepas Yangtze River dan Yellow River. Sungai-sungai kawasan tamadun terawal China dan dunia.

Dalam mimpi itu. Kami berperahu besar dengan beberapa orang Cina tempatan sebagai pemandu pelancong. Indah nian pemandangan hijau sepanjang susuran sungai. Alih-alih tiba-tiba saja dari sungai di negara China tersampai pula kami di Melbourne. Atau memana kota di Australia. Kami sampai pada satu sungai dalam negara Australia. Sungai besar dengan binatang-binatang besar dalam sungai. Sungai lebar besar berpesona hutan hijau menawan mata sepanjang tepi sungai.

Bagaimanapun sesampai Melbourne atau memana kota Australia ini. Kami semua sudah berada di dalam satu rumah papan agam indah nian bagaikan istana papan tepi sungai. Rumah agam ini bagaikan rumah terapung di atas perairan.

Kemudiannya kelihatan Safiyyah tenang comel mengintai dari celahan dinding rumah berongga-rongga ukir papan. Rumah berukiran dinding sebegitu rupa pada ruang anjung luas berpemandangan sungai. Lebih kurang berandah berdinding papan berongga-rongga sampai siling. Safiyyah mengintai sekawan binatang sungai di dalam sungai di bawah rumah.

Su risaukan Safiyyah mengintai binatang di bawah rumah. Bergegas mahu pergi kepada Safiyyah. Su terjaga. Beristighfar dan semoga Allah taala merahmati kami semua dengan keselamatan terutamanya Safiiyah di Melbourne sana.

Safiyyah dalam mimpi itu. Selamat dalam kepungan rumah besar berdinding papan bagaikan memagari keselamatan.

Perahu atau sampan atau apa-apa saja wilmana perjalanan membawa maksud perjalanan ataupun perubahan membawa rezeki. Apalagi bila perjalanan dalam mimpi itu tenang aman harmoni. Sebagaimana mimpi menaiki keretapi susuri hutan bergunung-ganang tempoh malam. Air tenang membawa maksud rezeki. Begitu juga rumah besar dengan pemandangan hijau damai memagari rumah. Namun binatang itu membawa maksud sedikit rintangan atau permasalahan menjurus dari rezeki baru. Bagaimanapun mimpi keluarga berkumpul bertafsiran bagus. Kesatuan dan keberkatan dalam kemakmuran.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Baru mengerti maksud mimpi Melbourne dua hari lalu


Gemawan pagi segar autumn Melbourne
Originally uploaded by Ssuriha

Petang 24 September petang 24 Ramadhan

Mulai demam sedari semalam. Bagaimanapun Alhamdulillah demam ini tanpa perlu berbaringan. Bukan sebagaimana bulan-bulan Ramadhan tahun-tahun sebelum ini. Tahun-tahun sebelum ini rasa-rasanya lebih dari sepuluh tahun. Selalu demam pada setiap kali bulan Ramadhan. Alhamdulillah sepanjang Ramadhan tahun ini. Lebih kuat sihat dari Ramadhan tahun-tahun sebelum ini. Alhamdulillah kebelakangan ini lebih sihat walaupun kaki itu tetap sakit. Pun begitu tiada lagi denyutan sebelah pagi dan malam. Alhamdulillah sihat. Walaupun kekadang itu timbul pula sakit lain.

Pukul tiga petang. Sedang kita menghadap tv sambil guna laptop. Menahan demam badan. Kepala pening. Seminggu dua ini. Buat pertama kali. Su mengalami pening teramat dengan denyutan sakit pada bahagian tertentu kepala bahagian kiri. Begitulah ceritanya. Kurang sakit yang lain. Timbul pula sakit baru. Mudah-mudahan pening ini bukan sakit berlarutan.

Telefon bimbit bermelodi samudera tanda terima SMS. Telefon bimbit di kamar Idris. Telefon bimbit sedang dicas bateri. Su di kamar utama. Bangun memeriksa SMS dari siapa. SMS dari Melbourne.

Sekali lagi terkesima kaget mengenangkan mimpi. SMS baru dibaca buat spontan teringat pada satu mimpi ini. Selepas kaget terjumpa kad hari raya dari seorang sahabat selepas bermimpikan sahabat ini. Kali ini kaget terkesima dengan SMS spontan buat teringat kepada mimpi pergi Melbourne. Mimpi dua malam lalu. Mimpi Safiyyah dengan coklat dalam kertas coklat warna kuning emas. Terkesima selepas baca SMS dari Khadijah.

Sebahagian dari SMS pukul 3.38 petang. SMS pertama Su terima selepas hampir seminggu servis telefon bimbit ini weng entah kerana apa. Walhal bukan bermasalah bil. Mulanya Su fikirkan ini kerana kad SIM bermasalah. Alih-alih tiba-tiba saja malam Isnin kelmarin telefon bimbit ini okay semula. Malam tidur bermimpi pergi Melbourne. Mimpi Safiyyah pegang coklat. Ada panggilan dari Idris tetapi Su tidur awal selepas terawih. Idris selalu telefon beberapa minit sebelum pukul 12 tengah malam. Selepas pulang dari kelas prep.

Opah. Safiyyah demam asyik batuk je. Safiyyah nak makan coklat je pastu nangis2 kalau tak dapat..

Kata sendiri dalam hati. Mimpi dua hari kelmarin! Mimpi Safiyyah rebut coklat dari ibu.

Barulah kini kita faham InsyaAllah maksud mimpi itu. Su pun demam. Kami sama-sama demam. Bagaimanapun Safiyyah lagi demam kerana mencapai coklat. Su hanya sempat pandang coklat itu. Juga realiti sebagaimana di dalam mimpi itu. Rupa-rupanya Safiyyah sudah berkenal dengan coklat. Ibu Safiyyah sudah memperkenalkan Safiyyah dengan coklat.

Juga sebelum itu ada dua panggilan telefon dari Melbourne. Tiada kedengaran bunyi panggilan kerana Su di kamar utama. Deringan panggilan telefon lebih perlahan dari deringan terima SMS. Kemudian nantilah balas SMS kerana mahu balas SMS dengan cerita panjang. Cerita tentang mimpi.

Juga kata sendiri dalam hati. Apa susah. Mak dengan Abah dia doktor. Dua doktor dalam rumah.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Mimpi Melbourne bulan Ramadhan 1429H mimpi kali kedua selang sepuluh hari


Boxes of chocolates from Melbourne
Originally uploaded by Ssuriha

Lagi cerita mimpi bulan Ramadhan. Mimpi malam Isnin malam 22 Ramadhan pagi 22 September

Kami berkumpul ramai di rumah pasangan anakanda di Melbourne sana. Kami sekeluarga. Juga pasangan anakanda dan Safiyyah. Rumah di Melbourne sana. Bagaimanapun bukanlah rumah yang Su pernah pergi dua kali itu. Bukanlah rumah berhampiran stesen keretapi itu. Rumah lain. Suasana meriah sentosa. Tenang nyaman suasana.

Su bersimpuh atas lantai sebelah dinding bersebelahan pintu kamar. Suami dan Safura di sebelah Su. Juga terlihat kelibat Suraya. Tiada pula kelibat Muhammad Idris. Atau pun Su terlupa selepas jaga dari mimpi.

Khadijah datang dari dapur. Mahu berikan Su satu coklat dalam kertas coklat warna kuning emas. Sebagaimana warna balutan coklat Ferrero Rocher. Ketulan bar coklat dalam kertas bagaikan balutan kek cawan. Belum pun sempat Su ambil coklat ini dari Khadijah. Safiyyah laju datang rebut coklat ini dari Khadijah. Safiyah berlalu pergi dengan coklat di tangan. Kami semua ketawa rasa kelakar dengan gelagat comel Safiyyah. Su pula dalam mimpi itu. Terfikir sendiri dalam hati. Safiyyah makan coklat? Baru setahun setengah sudah makan coklat? Semua cahayamata kami lewat berkenal coklat. Kerana itu semua cahayamata kami bagus lawa gigi. Semuanya belum pernah sakit gigi. Alhamdulillah setakat ini.

Kecuali mungkin puteri yang sudah bercahayamata itu. Kata orang. Sekali melahirkan. Hilang satu gigi. Ini benar bagi Su. Mungkin kerana urat-urat kita semakin lemah selepas melahirkan cahayamata. Sebagaimana hilang satu urat nafsu pada setiap kali melahirkan cahayamata. Kerana itu ibu ramai cahayamata selalunya lebih sabar. Lebih lembut hati.

Juga dalam mimpi itu. Su terfikir sendiri bagaikan bukan bermimpi. Eh tahun ni aku dah pergi Melbourne. Ni datang lagi? Tahun ni dua kalilah aku datang Melbourne. Tak sangka. Padahal tak rancang pun.

Juga terfikir sendiri selepas terjaga dari mimpi. Kenapa mimpi Melbourne lagi. Kali kedua mimpi dalam masa dua minggu. Walhal Su tidaklah merancang pun mahu pergi sana lagi pada tahun ini. Baru lagi jumpa Safiyyah. Penat pergi sana bulan April dulu pun seakan belum hilang. Su pertama kali mula sakit kaki kiri ini semasa di sana autumn April yang lalu. Lalu seakan ngilulah pula kaki ini bila memikirkan kalau mahu pergi sana lagi pada tahun ini. Lagipun hujung tahun Melbourne bermusim panas. Khabarnya panas sana lebih panas dari panas Malaysia. Apa pun kalau panjang umur. Mungkin lain kali boleh pergi semasa musim bunga. Boleh pergi ladang tulip.

Kemungkinan suami pergi sana pada hujung tahun ini. Kata Su pada suami. Kalau mahu peneman. Bawa Suraya. Ini kerana Suraya baru sekali pergi Melbourne. Su sudah pergi tiga kali. Idris pergi dua kali. Safura pergi dua kali.

Juga terfikir sendiri. Mimpi makan bermaksud akan sakit. Dalam mimpi itu Safiyyah mencapai coklat. Belum pun sempat makan. Safiyyah kurang sihat?

Gambar tertera. Gambar lama. Gambar menggunakan telefon bimbit lama kita masa dulu-dulu. Tahun itu puteri sulung pertama kali pulang beraya dari Melbourne? Tahun puteri sulung kami ini baru tahun 1 menjelang tahun kedua pengajian. Alhamdulillah kini puteri ini sudah pun ada doktor pada pangkal nama. Seakan baru semalam puteri ini lantang bersuara semasa darjah satu dulu. Cita-cita Khadijah mahu jadi doktor.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Mimpi Melbourne bulan Ramadhan 1429H mimpi 1


Stesen keretapi Clayton suburb Melbourne
Originally uploaded by Ssuriha

Mimpi malam Jumaat bulan Ramadhan malam 12 Ramadhan lalu bersamaan dengan menjelang subuh 12 September

Mimpi kami sekeluarga santai ria menaiki keretapi wap seimbas lalu kelihatan seperti keretapi wap Puffing Billy Railway Dandenong 40 kilometer dari Melbourne. Turut bersama kami berkeretapi selain pasangan anakanda di Melbourne sana. Juga berkelibatan Johan. Selain dari sedikit jelas kelibat Naza. Sebelum mimpi ini. Mimpi malam Jumaat. Tidaklah pula kita teringat-ingatkan Melbourne atau merancang mahu pergi sana buat masa terdekat ini.

Sewaktu kami semua turun dari tren berpandangan indah gunung. Naza menunggu kami. Juga datang Johan. Johan pakai kemeja bergaris-garis halus warna biru lembut keputihan. Kemas bergaya bagaikan mahu pergi pejabat. Terlihatkan jam tangan pada pergelangan tangan Johan. Johan membelakangkan Su dalam mimpi ini. Johan bergegas mahu pergi selepas tahu kami semua selamat sampai seusai wisata berkeretapi gunung. Johan berlalu pergi mengarah kepada atas bukit dari keretapi. Keretapi warna merah coklat sebagaimana warna keretapi Puffing Billy. Keretapi menurun dari bukit melandai bukan pun tinggi. Pemandangan sekitaran berbukit hijau indah tenang.

Ini kali kedua Su mimpi Johan sekeluarga di Melbourne. Kali pertama dulu. Mimpi Su sekeluarga bertandang pergi rumah Johan di Melbourne. Rumah bersebelahan dengan rumah orang tua. Dalam mimpi itu. Suasana rumah Johan kelihatan sentosa tenang. Rozi menghidangkan Bubur Kacang. Bubur Kacang makanan kegemaran Su dan Rozi.

Perasaan deja vu berlagu kaget bila pertama kali sampai rumah pasangan anakanda pada winter Melbourne tahun lepas. Lokasi rumah Johan dalam mimpi itu mirip kepada lokasi rumah pasangan anakanda di Melbourne. Juga rumah pasangan anakanda di Melbourne ini. Hanya sepelaung dari rumah orang-orang tua. Mimpi pertama itu sebelum Su pergi Melbourne tahun 2007. Autumn tahun 2006. Su dan Idris pergi Melbourne bersanggar kediaman pasangan anakanda dalam kampus.

Apakah mungkin suatu hari nanti Johan sambung belajar pergi Melbourne sana. Sementelahan pekerjaan Johan memang memerlukan Johan sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Catatan cerita mimpi ini sebagai rekod buat diimbas baca kemudian hari nanti. Mimpi malam Jumaat dibulan Ramadhan. Selama ini. Terlihat maksud mimpi-mimpi bukan semestinya dalam masa terdekat selepas kita bermimpi. Kekadang itu terlihat maksud mimpi selepas bertahun-tahun berulang mimpi yang hampir sama serupa.

Mulanya berkira-kira mahu terterakan memana gambar sekitar wisata Puffing Billy Railway kami pada bulan April lalu. Belum muat turun gambar-gambar kenangan wisata yang satu ini kepada memana album internet. Gambar tertera pada entri ini. Stesen keretapi bandar kediaman pasangan anakanda di Melbourne sana.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Hari kedua Beijing 2008 summer China


Cadar katil pun bertulisan Cina
Originally uploaded by Ssuriha

Hari kedua Beijing 14 Julai. Bermula dengan cerita semalaman malam hari pertama Beijing

Bangun lewat pukul tiga. Masih sempat solat Subuh sebelum syuruk awal pukul empat. Hanya tidur beberapa jam selepas hampir semalaman susah tidur. Tilam keras bukan main. Keras macam papan walaupun tilamnya tebal. Tidur atas comforter nipis. Tiada pula selimut. Hanya berselimutkan dua bath robe.

Hari pertama di Beijing. Belum boleh menelefon menghubungi cahayamata di Malaysia. Beberapa hari sebelum ini kita demam. Belum sempat bayar bil telefon bimbit. Antara bersusun rancangan tidak sempat terlaksana buat kerana demam. Demam mengejut sampai tidak boleh bangun hampir seminggu sebelum terbang. Dalam rumah kami. Hanya Su seorang guna bil pasca bayar. Suami pula belum mahir telefon baru serba canggih itu. Tidak tahu bagaimana mahu setkan international roaming walaupun sudah diberitahu cara oleh Dr. J.

Semalam di Restoran Sailama. Suami minta Profesor Dr. J tolong setkan. Dr. J pegang telefon bimbit suami. Eh mana aku tahu pakai telefon macam ni..

Malam tadi suami beli kad Sim telefon China. Semua tulisan pada menu dalam karakter Cina. Tiada satu pun boleh baca. Nanti tunggu jumpa Philipe hari Rabu ini. Minta Philipe tolong setkan. Malam tadi Su berusaha juga cuba activatekan. Hanya terdengar suara perempuan berbahasa Mandarin. Suara terakam pada komputer.

Seperti biasa bila berpergian jauh bermalam. Malam sebelum mula tidur. Doa-doa mohon keselamatan semua cahayamata. Terlazim pada hari biasa pun berdoa begini. Paling kurang. Lima kali sehari selepas solat. Doa dengan sebut nama seorang demi seorang termasuklah nama Safiyyah Nuha. Bersungguh-sungguh melebihkan doa bila berpergian jauh seperti ini.

Mulanya malam tadi memang mata kurang mahu lelap. Seperti kurang serasi dengan kamar ini. Hanya selepas majalah di tangan sambil berbaring. Majalah disediakan hotel. Majalah bertulisan Cina. Hanya lihat gambar. Baru mulai terlelap mata.

Bangun pagi subuh dinihari hanya selepas beberapa jam terlelap mata. Bangun selepas mimpi jalan-jalan shopping dengan Zaleha di Glasgow sana. Siap lagi sebelum bangun dari mimpi. Mimpinya berakhir dengan dialog buat rasa tertanya apa makna mimpi ini. Buat rasa kelakar sampai tersenyum sendiri kala terbangun pagi. Nanti kita shopping sama-sama lagi ye. Walhal kita ini bukanlah berhobi shopping. Walaupun sukalah juga sesekali shopping.

Gamaknya nanti tersurat kita ikut suami pergi seminar atau conference di Scotland sana pula kot. Ataupun tercapai cita-cita seorang puteri. Suatu hari nanti selepas tamat ijazah pertama. Mahu sambung pengajian ke peringkat sarjana di Scotland sana.

" Adik suka Scotland. Tempat yang paling Adik nak pergi sekali lagi. Scotland. Sebab apa Adik suka? Adik ingat lagi cuti kita pergi Scotland dulu. "

Cuti autumn dua minggu mengelilingi Scotland. Dari Edinburgh pergi Sterling pergi St Andrews pergi Dundee pergi Aberdeen pergi Inverness pergi Ullapool pergi Oban pergi Fort William pergi Glasgow.

Tujuh tahun meronda pusing Britain. Pada kita. Lokasi negara itu paling indah memukau pesona pandangan mata terpegun menembus halus nyanyian hati sanubari memuji-muji. Pandangan semulajadi tengah barat utara Scotland dan utara Wales sebermula dari tengah Wales daerah Dyfed sebelum Aberystwyth. Juga Polperro kampung bukit tepi laut Cornwall indah pesona macam dalam gambar.



Beijing Sunshine Holiday Plaza serba krim
Originally uploaded by Ssuriha

Pagi hari kedua Beijing pagi pertama Haidian

Pagi selepas Subuh. Lelap mata sebentar. Bangun semula pukul lima. Terbiasa bangun pukul lima beberapa minit sebelum Subuh kalau di Malaysia.

Pandang pemandangan pagi Haidian utara barat Beijing. Hari sudah terang benderang siang bagai pukul lapan Malaysia tetapi lengang. Kalau di Malaysia. Pukul lima Kuala Lumpur. Jalan raya mulai bertali arus dengan kenderaan.

Awal pukul lapan pagi. Baru mulai kelihatan kelibat sedikit orang ramai berjalan kaki dan kelibat beberapa kenderaan terutamanya bas dan tram atas jalan raya masih lengang sepi. Mulalah terfikir sendiri mengandaikan. Kemungkinan waktu pejabat Beijing bermula pukul sembilan pagi. Memandangkan pukul lapan pagi Beijing masih lengang sepi.

Bawah sana. Tukang sapu membersihkan sampah tepi jalan seawal pukul lapan pagi. Teringat sendiri. Kalau di Malaysia. Tukang sapu membersihkan jalan raya Kuala Lumpur selepas pukul dua belas malam. Terbiasa lihat aktiviti kerja-kerja membersihkan Kuala Lumpur dari tingkap hotel-hotel Kuala Lumpur selepas tengah malam.

Suami keluar dari kamar sekitar pukul tujuh setengah. Sebelum itu suami menelefon Dr. J.

Belum lima minit suami keluar. Telefon berdering.

" Hello. How to make a room to room call... Beberapa pertanyaan lagi.

Eh ini suara Dr. J.

" Oh? Dr. AR ada? Dia dah keluar?.. "

Kelakarlah pula. Macam mana pula Dr. J boleh tertelefon terus ke kamar kami walhal member mahu menelefon front desk. Mahu picit nombor lain terpicit nombor kamar kami.




Menghadap saluran bangsawan Cina tv Beijing @ Holiday Plaza Haidian
Originally uploaded by Ssuriha

Tiga panggilan telefon hari kedua Haidian

Sarapan pagi makan biskut bawa dari Malaysia cicah Green Tea O panas. Biskut masin. Biskut bulat kecil bergaram halus berperisa keju itu. Juga berhidang biskut cap harimau. Pun bawa dari Malaysia.

Penat amat. Buat pertama kali selepas entah berapa tahun. Gantungkan tanda do not disturb pada luar pintu. Selepas pukul sembilan. Tidur sampai pukul sebelas. Tidur-tidur ayam. Telinga tetap sesekali terdengar bising orang lalu lalang di luar pintu kamar. Tetap terdengar bising sembang dalam bahasa Mandarin pekerja housekeeping.

Sesekali bangun melihat pandangan luar dari jendela. Melihat perbezaan jumlah ramai orang lalu lalang sepeningkatan masa semakin tengah hari.

Selepas lewat tengah hari. Hujan turun renyai-renyai halus membasahi bumi Haidian. Renyai hujan sepanjang petang masih kurang mampu menghilangkan kelibat jerebu. Walaupun hujan. Kota Beijing masih kelihatan berjerebu kelabu.

Baca satu makalah pelancongan Beijing disediakan hotel. Tv sentiasa terpasang sebagai teman. Hanya memandang bila masa berita dan sesekali pandang kala berselingan iklan pelancongan dalam negara China. Antara visual kerap tertayang. Pandangan danau dan gunung. Kelihatan tenang indah damai visual tertayang.

Ada satu saluran CCTV dengan beberapa siri drama popular dari USA tetapi dramanya beralih suara dalam bahasa Mandarin. Sebagaimana di Chiang Mai dulu. Semua drama dan filem barat beralih suara dalam bahasa Siam. Indonesia sana. Filem Hindustan pun beralih suara dalam bahasa Indonesia.

Selepas lewat pukul dua belas tengah hari. Panggilan telefon dalam bahasa Mandarin. Laju suara perempuan Cina ini menanya soalan dalam tiga empat ayat bahasa Mandarin. Ini panggilan dari meja hadapan lobi. Bila member berhenti. I don't speak Mandarin.

" Oh? Sorry, sorry. "

Pukul dua petang lebih kurang. Satu lagi panggilan telefon via kaunter resepsi. Philipe menelefon bertanyakan kalau-kalau hari ini Su mahu wisata kemana-mana. Philip boleh temankan jalan-jalan. Bagus juga idea ini. Sayangnya hari ini demam Su seakan kembali bersinggah. Mahu bercerita tentang kita demam. Gusar nanti Philipe mencadangkan mahu bawa kita pergi klinik. Buatnya nanti terpaksa ditahan masuk hospital. Mahu beralasan penat kerana jetlag, masa Beijing dan masa Malaysia sama waktu.

Lalu Su beralasan mahu berehat. Su ditanyai pula apa Su buat berkurung di kamar hotel. Berterus terang sajalah. Membaca. Tonton tv. Relaks.

Tidaklah pula Su bercerita. Tentang hakikat yang kita sebenarnya sedang menggunakan laptop ketika Philipe menelefon. Sedang main games buat hilang rasa kurang selesa bersisa demam. Sungguh lega kerana suami tidak bawa laptop pergi conference. Guna laptop disediakan penganjur conference.

Philipe bertanyakan bagaimana pula dengan rancangan esok hari. Kalau-kalau esok Su mahu keluar berjalan-jalan. Spontan terjawab apa memang ikhlas terlintas laju pada fikiran. I have to ask my husband first.. Sebenarnya mahu berbincang-bincang dulu.

Suami rasanya tiada masalah. Keluar bertiga dengan Philipe dan Loh puan pemandu. Hanya hari ini Su benar-benar rasa penat sangat. Buatnya tiba-tiba Su sakit ketika hanya bertiga dengan Loh dan Philipe. Hanya keluarga yang faham masalah kesihatan kita.

Pesan Philipe. Kalau esok Su mahu keluar makan angin. Telefon saja Philipe. Bagus juga. Bagaimanapun lusa kami bakal wisata Tembok Besar China. Esok Su berkira-kira mahu berehat pulihkan penat sebelum bakal berpenat semula pada hari Rabu ini. Semangat berkobar-kobar mahu panjat Tembok Besar China walaupun kaki masih sakit ngilu setiap kali berjalan.

Tiada mengapalah. Hari ini wisata mata dari jendela kaca. Pun tetap mengisi masa cuti dua hari ini di Beijing. Santai di kamar hotel Beijing melihat pemandangan kota Haidian dari jendela. Kalau suami pulang awal. Mungkin petang nanti boleh juga susuri perlahan kawasan sekitar hotel.

Pesan suami. Sebenarnya cadangan. Su keluarlah berjalan-jalan sekitar hotel kalau jemu berkurung. Nun bawah sana ada kedai berkonsep pasaraya mini. Bagaimanapun hari ini penatnya teramat. Mahu pulihkan dulu rasa penat dan demam badan ini. Juga kala ini mulalah teringatkan rindu putera hati. Kalau putera ibu meneman. Boleh kami meronda Beijing berdua. Sebagaimana kami meronda Chiang Mai berdua.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr



Free counter and web stats


free counter Tetamu Rasanubari

Urusan visa ETA # Pejabat MAS KLIA 7 April


Downloadfromnewhandphone@KLIASepang
Originally uploaded by Ssuriha

Menunggu siang. Tidak sabar menunggu pagi.

Seminggu dua ini selalu bergelandangan pergi sana sini. Berulang selalu pergi utara. Sehari dua ini berurusan itu ini. Hanya beberapa hari sebelum terbang lagi. Macam-macam urusan perlu beres selesai sebelum terbang lagi. Sebelum terbang pergi Melbourne lagi.

Petang semalam. Pukul lima setengah. Pergi KLIA dengan Safura. Urusan buat visa pergi Australia. Hanya beberapa hari sebelum terbang.

Beli tiket malam semalam. Sebelum ini lama mahu confirm tarikh haribulan kerana mengenangkan urusan itu ini di Malaysia. Sebelum ini. Belum pasti tarikh pulang. Sudahnya terbang pulang awal dari rancangan asal mahu lebih lama di Melbourne kerana mengenangkan jemputan kenduri kahwin anakanda sulung Anizai. Mulanya berkira-kira mahu tunggu sampai lebih dingin Mei musim autumn Melbourne. Safura di Melbourne sampai winter. Sebagaimana Suraya autumn winter Melbourne tahun lepas. Kali ini giliran Safura pula bercuti dari short semester satu setengah bulan lama. Suraya pula mungkin mengiringi suami kita pergi Melbourne pada hujung tahun ini. Mudah-mudahan InsyaAllah.

Besar hati mahu mengiringi pergi sampai Kota Bharu. Mengenangkan dulu Anizai sekeluarga mengiringi kami sampai Ipoh. Kebetulanlah pula petang semalam terima jemputan kenduri kahwin anakanda sulung seorang lagi sepupu. Sepupu di Johor Bahru. Baru tahu sepupu ini baru berpindah ke Johor Bahru. Bertambah ramailah suku-sakat keturunan Nenda H di Johor Bahru. Kebetulanlah pula semuanya sekitar Skudai.

Selepas pertama kali berurusan kenduri kahwin cahayamata. Barulah kita tahu. Bagaimana besarnya hati tuan rumah bila tetamu hadir memenuhi jemputan undangan. Lalu selepas perkahwinan puteri. Seboleh-bolehnya Su usaha hadir memana jemputan. Hujung minggu lalu. Hari Sabtu 5 April. Hadir kenduri kahwin anakanda sulung kekanda sepupu nun di Taiping. Sebulan dua ini. Musim kenduri kahwin anakanda saudara. Teruja gembila bersyukur bila hadir kenduri saudara mara. Bertemu ramai saudara mara.

Sampai pejabat tiket MAS KLIA pukul 6.45 petang. Tiket nombor B254. Tiket menunggu giliran. Hanya lima minit menunggu. Sampai giliran. Su tanya petugas kaunter 7. Petugas trainee. Saya dengan electronic ticket. Bolehkah buat visa di situ. Tanya trainee itu. Mahu check in? Terangkan sekali lagi. Mahu tanya kalau boleh buat visa. Bukan check in. Lamanya berdiri. 35 minit berdiri. Kemudiannya selesai urusan visa Safura selepas Maghrib. Selepas kami diminta duduk dulu. Selepas kami duduk menunggu lebih kurang setengah jam lama. Lalu jumlah lama masa menunggu. Lebih dari satu jam lama. Kalau dulu-dulu. Urusan mohon visa ETA ini. Kurang dari setengah jam. Ini bukan pertama kali cerita mohon visa di pejabat ini.

Komen Safura. Tahun lepas. Lima passport. Pejabat MAS Putrajaya. Hanya beberapa minit saja urusan visa ini. Ini hanya dua passport.

Lama kali ini mungkin kerana berurusan dengan staf trainee. Lama tidak mengapa asalkan staf berbudi bahasa menyenangkan hati. Memang pun staf trainee kami berurusan petang ini manis berbudi bahasa.

Selepas selesai urusan visa Safura. Su diminta menunggu dalam 20 minit lagi. Katanya menunggu jawapan dari kedutaan Australia. Kak pergilah dulu sementara menunggu. Kalau nak pergi surau ke.

Kami pergi makan dulu. Safura sudah solat sementara tadi Su menunggu. Makan di Asian Cafe sebelah surau terminal berlepas antarabangsa. Asian Cafe dulunya Suria Cafe.

Makan Nasi Lemak Rendang Daging dan Chocolate Muffins. Nescafe Ais pilihan musim panas begini. Safura makan Nasi Lemak Rendang Ayam. Nescafe panas pilihan Safura selalunya memilih minuman dingin.

Pergi semula pejabat tiket MAS selepas pukul lapan setengah. Su mulai penat berulang sana sini. Safura pergi kaunter 7. Tanya tentang urusan visa tadi. Selesai selepas lebih kurang setengah jam Safura lama berdiri menunggu. Lega bila Safura angkat ibu jari sebagai tanda bagus. Bagus kerana selesai urusan. Lega selepas berurusan dari pukul 6.45 petang sampai baru selesai urusan selepas pukul sembilan malam.

Pulang dari KLIA Sepang. Kepenatan teramat lalu terbatallah rancangan mahu singgah Alamanda. Mahu beli sepatu baru sebelum terbang.

Singgah Restoran Yus Bandar Baru Bangi selepas pukul sepuluh malam. Minum ABC sementara menunggu Meehoon Goreng bungkus dipesan suami. Minta ABC tanpa ais krim. Mungkin pekerja Indonesia itu kurang faham. Semua kategori krim ditiadakan langsung. Tiada krim susu. Tiada krim jagung. Hanya siraman sirap merah.

Sampai rumah. Kepenatan. Tidur sampai pukul tiga setengah pagi. Tidur mimpi macam-macam. Tidur bermimpi mengaji Al Quran walhal kita dalam masa haram pegang kitab Al Quran.

Pukul empat pagi. Kemas beg sandang. Mahu simpan salinan tiket dan pasport. Periksa passport. Baru perasan. Passport Su berkepilkan keratan check in status. Bukan entry status masuk negara Australia. Oh sudah. Trainee itu tersilap kerja? Saya yakin itu bukan keratan status visa. Itu keratan status check-in dengan catatan OK TO BOARD. Saya bayar RM15 untuk mohon visa pergi Australia. Bukan check-in.

Sebelum ini percuma urusan visa ETA. Kali ini perlu bayar RM15 kerana buat pertama kali urusan beli tiket melalui internet dengan status tiket elektronik. Bukan tiket biasa dengan kertas merah MAS perlu ambil di pejabat MAS seperti kebiasaannya sebelum ini.

Oh sudah. Siang ini perlu pergi KLIA lagi. Walhal ingatkan pagi ini mahu pergi Shah Alam. Ziarah saudara sepupu sakit diserang angin ahmar.

Aduh. Tiga tahun berturut-turut berurusan buat visa pergi Australia di pejabat tiket MAS. Ini pertama kali dengan pengalaman sebegini. Silap Su juga. Selalunya Su pastikan benar betul segala klip dan keratan kertas urusan sebelum meninggalkan pejabat MAS atau pejabat imigresen dan yang seangkatan. Kali ini kerana penat. Hanya sambut simpan passport dari Safura selesai urusan di kaunter 7.

Harap-harap siang nanti di pejabat MAS berkaitan, saya tenang jangan marah-marah. Setiap satu mesti bersebab kenapa. Mungkin ada hikmah di mana-mana. Mohon Allah Subhanahuwataala mempermudahkan urusan.

Gambar dari telefon bimbit baru beli. Gambar hanya 2 mega pixel. Pilihan kerana mencari telefon bimbit 3.5G. Suami pula baru beli GPS dengan kamera 3 mega pixel pada minggu lepas. Komen kita. Harga GPS macam harga laptop. Telefon bimbit baru Su itu. Beli pada hari minggu kelmarin. Telefon baru sebelum terbang.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Mimpi jingga sampai bukit tepian hutan


Jingga berseri Fraser Hill mempesona hati
Originally uploaded by Ssuriha

Lagi cerita mimpi. Lagi cerita Muhammad Idris.

Hari ketiga Idris di sekolah baru. Malamnya Su bermimpi. Mimpi Idris dimakan oleh satu kenderaan gergasi merupa bulldozer beraksi bagaikan raksasa. Konon-kononnya Idris sedang bersukan. Tiba-tiba disapu sedut bagaikan mesin penyedut hampagas menyedut Idris laju tersedut ke dalam badan kenderaan. Kenderaan berwarna oren.

Kawan-kawan sekolah Idris. Juga beberapa orang guru sekolah. Semua berlari-lari cemas memanggil pemandu kenderaan. Menjerit-jerit mengejar memanggil pemandu supaya berhentikan kenderaan. Kenderaan besi gergasi laju berlalu pergi. Pemandu sadin seperti tidak perasan langsung pada panggilan. Suasana cemas.

Kita geram dan marah. Kenapa mesti hanya terjerit-jerit begitu. Kenapa tidak ketuki saja kenderaan agam itu sampai terkeluar Idris dari perut kenderaan. Dengan kata Bismillah.. Dengan perasaan cemas bercampur marah. Su menampar kuat badan kenderaan. Pap pap pap.. Sekuat hati. Tamparan dengan perasaan cemas dan marah pada kenderaan besi. Idris terkeluar melantun dari raksasa besi itu. Alhamdulillah lega.

Gambaran paling mirip kenderaan besi ini. Mirip lori tangki menyedut sampah dari jalan dengan badan berpusing seakan-akan pusingan bancuhan simen.

Terdamparlah Idris di atas tanah. Cemasnya kita. Idris kelihatan keletihan amat. Badan merah bercalar kecil sana sini. Su minta guru bawa Idris ke hospital. Kata seorang guru perempuan ini. Kemudiannya beberapa minggu selepas mimpi ini. Wajah guru dalam mimpi ini mirip wajah guru Idris. Guru mentor. Pengetua pun kelihatan dalam mimpi ini.

Kata guru perempuan dalam mimpi itu. Tidak perlu Idris dibawa pergi hospital. Nanti Idris pulih sendiri. Idris terbaring atas meja panjang dikelilingi guru-guru dan kawan-kawan.

Perasaan ibu cemas namun lega waima kurang bersetuju dengan guru itu. Kita berusaha sendiri dalam mimpi itu. Su mengubati Idris dengan doa. Kemudiannya terjaga selepas terpandang Idris kelihatan beransur sembuh dari penat dan luka.

Terjaga bangun dari mimpi ngeri. Terjaga awal pagi dinihari menjelang azan Subuh. Lega namun cemas pada kemungkinan tafsiran mimpi. Pohonan doa memohon perlindungan Allah subhanahuwataala.

Melawat Idris kurang dua minggu selepas itu. Menanyakan Idris tentang tidur malam dan cerita minggu pertama. Bertiga berehat berbual di laman sekolah baru Idris sepulang kami dari jalan-jalan shopping. Mall tepi laut.

" Baru-baru ni Idris tidur ada mengigau apa-apa ke? Penat sangat ke? "

Minggu pertama. Idris memang penat sangat. Minggu orientasi padat dengan aturcara.

Minggu pertama itu. Satu malam itu. Idris tidur seorang diri di dalam kamar ditempati dua orang. Untung Idris. Kawan-kawan ramai dapat kamar enam katil atau lapan katil. Entah bagaimanalah Idris dan hanya sebahagian kecil daripada penghuni wing * asrama itu ditempatkan di kamar empat katil. Kamar Idris hanya ditempati dua orang pelajar kerana dua pelajar lagi tidak datang mendaftar. Dua katil kosong. Kamar luas selesa. Kawan sekamar Idris. Pelajar India bukan seugama.

Satu malam itu. Idris tidur seorang diri bila kawan India itu tidur di kamar kawan sama keturunan kaum. Malam itu. Idris bermimpi. Bila ditanya mimpi apa. Idris ingat-ingat lupa.

Alkisahnya kemungkinan kita membantu dalam mimpi dari seberang laut. Begitulah lebih kurang cerita. Kemungkinankah juga mimpi ini tiada kena mengena pun dengan cerita semasa. Mungkin juga sebagai peringatan dan sebagainya.

Perkara biasa pada setiap awal cerita cahayamata berpindah pergi sekolah berasrama. Mimpi memperkenalkan mata halus pada permukiman baru anakanda.

Kata Idris. Menurut cerita senior. Bukit belakang itu berhantu. Juga asrama puteri hanya di sebelah bangunan kamar Idris itu. Khabarnya berhantu. Diaorang kata dulu ada student perempuan bunuh diri kat blok tu. Dia gantung diri sebab kena r****. Entahkan betul atau hanya cerita mulut bersambung-sambung sampai dari zaman ke zaman.

Pada pengamatan kita pada singgahan pertama kali asrama itu. Selimpas pandang mata halus. Biasalah mana-mana tempat pun. Orang baru diperhati pandang.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counter Tetamu Rasanubari