Tags: ramadhan

Seperistiwa warna-warni Ramadhan pertama kali Ramadhan kali ini

Kurma merah kurma kuning 1 Ramadhan


Seperistiwa cerita pertama kali dua minggu Ramadhan 1430 H

1. Sahur pertama Ramadhan 1430 H. 22 Ogos hari Sabtu. Nyaris-nyaris terlepas bersahur bila kita penat tersangat sepulang dari utara petang menjelang 1 Ramadhan. Demam lebih dari tiga minggu pun belum pulih sepenuhnya. Berdua dengan Safura pergi utara menjemput Muhammad Idris pulang cuti pertengahan semester. Pergi lewat petang hari Khamis sampai utara pukul sebelas malam Jumaat. Berdua bermalam di Tanjung Bunga. Hotel menghadap laut selat.

Perjalanan pulang Selangor hari Jumaat itu hanya singgah bersolat di Restoran Jejantas PLUS Sungai Buloh. Sampai Kuala Lumpur baru pukul lima. Jammed Kuala Lumpur waktu warga pejabat pulang rumah. Hanya sampai rumah lewat pukul enam senja. Safura bergegas pulang semula ke kampus U**. Kuliah malam itu bermula pukul lapan.

Sahur awal pagi 1 Ramadhan itu. Kepenatan buat Su hanya terjaga pukul lima setengah pagi. Bergegas bangun kejutkan suami dan putera mahkota. Gulai Kari rutin tradisi sahur pertama keluarga ini. Pagi 1 Ramadhan kali ini. Gulai Kari Daging masakan suami. Alhamdulillah sempatlah bersahur walaupun hanya lebih kurang dua puluh minit sebelum azan Subuh. Alhamdulillah sahur 1 Ramadhan kali ini bertiga bukan hanya berdua.

2. Iftar pertama Ramadhan 1430 H. 22 Ogos hari Sabtu hari pertama Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah berlima di rumah menjelang Maghrib. Suraya hanya pulang dari kampus beberapa minit sebelum azan Maghrib. Petang itu tercatat rekod berlima kami di rumah walaupun suami dan putera mahkota berbuka puasa di surau. Kelaziman dua lelaki keluarga ini. Berbuka puasa di surau ataupun masjid disepanjang bulan Ramadhan. Kelaziman sedari awal dekad lalu sebelum kelahiran cahayamata bongsu.

3. Pasar Ramadhan pertama saya singgah Ramadhan kali ini. Satu Pasar Ramadhan di Pulau Pinang wilayah atas pulau. Singgahan tanpa dirancang. Singgah beli kuih buat bekalan kalau-kalau terpaksa berbuka puasa di dalam kereta. Perjalanan pergi utara hari itu. Hantar Muhammad Idris pulang ke asrama selepas seminggu cuti pertengahan semester. Perjalanan berdua kami suami isteri hari itu. Perjalanan pergi pagi pulang petang tanpa singgah bermalam. Perjalanan pergi utara ini hanya tiga hari sepulang kami suami isteri dari seminggu Pahang. Cameron Highlands-Gua Musang Kelantan-UiTM Jengka-Kuala Tembeling-Kuala Lipis-Raub-Lata Jarum. Belum pun hilang penat seminggu lebih berkereta meronda Pahang.

Sampai Su mencatat tulis entri ini pada hari cuti bersempena dengan Hari Nuzul Quran ini. Inilah satu-satunya Pasar Ramadhan Su sempat singgah dibulan Ramadhan kali ini.

4. Iftar pertama di dalam kereta. Hari singgah Pasar Ramadhan di Pulau Pinang. Pukul lima dari Pulau Pinang hanya sampai seberang sana Jambatan Pulau Pinang selepas pukul enam. Jammed petang dari pangkal jambatan sampai pertengahan jambatan berhampiran gapura. Kesesakan jalan raya waktu kenderaan warga pejabat pulang rumah.

Singgah Hentian Bukit Gantang pukul tujuh. Hanya berbuka di dalam kereta kerana hujan senja buat malas keluar kereta. Iftar makan kuih-muih beli di Pulau Pinang. Kuih Lompang lembut halus. Cucur Badak sedap inti. Kuih Karipap besar satu lima puluh sen. Minum air kelapa muda dingin berais hanya seringgit sebungkus. Kalau di bandar kediaman kami. Satu bungkus sebesar itu selalunya dua ringgit.

5. Iftar kali kedua di dalam kereta. Sesampai Lapangan Terbang Tawau hari Jumaat 28 Ogos. Sebelum kereta pacuan empat roda berwarna biru silver memulakan perjalanan. Berbuka puasa di dalam kenderaan Tawau menjemput kami. Tiada bekalan air atau buah kurma. Berbuka hanya makan sedikit biskut coklat Toggi beli di KLIA sebelum terbang pukul dua petang.

6. Iftar kali ketiga dalam kereta. Hari Jumaat lepas. Berdua dengan suami. Cameron Highlands kali keempat tahun ini. Iftar kala kenderaan hanya beberapa kilometer sebelum sampai simpang Cameron Highlands dan Kelantan itu. Kereta diberhentikan di hadapan satu medan menjual buah strawberi berlokasi tepi jalan menghadap bukit hutan.

7. Makan malam di luar rumah kali pertama Ramadhan tahun ini. Selepas iftar dengan kuih-muih di Bukit Gantang dalam renyai hujan awal malam. Singgah solat dan makan malam di Kawasan Rehat PLUS Sungai Perak awal pukul lapan. Lengang kawasan rehat, lengang surau, lengang medan makan. Walhal baru pukul lapan. Biasanya kalau singgah sini sebelum Ramadhan. Tidak kira hari. Sentiasa ramai.

Makan nasi berlaukkan Gulai Kari Ayam dan Tumis Kubis. Semangkuk Gulai Tempoyak Ikan lupa nama. Selalunya kini Su elakkan masak ikan bercampur ayam atau daging dalam satu hidangan. Malam itu. Sesekali melanggar kelaziman. Minum Nescafe panas. Tahun-tahun kelebelakangan ini Su hanya minum Nescafe bila makan di luar rumah. Teramat jarang lagi minum Nescafe dan kopi sebermula sakit kaki kiri dua tahun lalu bermula di Melbourne.

8. Makan malam kali kedua di luar rumah Ramadhan tahun ini. Malam sampai Tawau itu. Makan malam di medan makan Tawau berhampiran Hotel Belmont Marco Polo. Su berminat bermalam di Hotel Promenade tepi laut tetapi ini bukan wisata makan angin. Semua geng penyelidikan suami berkumpul di Marco Polo. Selepas tahun 1989. Buat kali pertama selepas dua puluh tahun. Su sampai Tawau.

Dua puluh tahun lalu di bandar Tawau ini. Susahnya mencari kedai makan Muslim bersesuaian dengan selera. Tidak lagi kali ini. Alhamdulillah kedai-kedai makan orang Islam di medan makan berhadapan dengan satu mall itu sudah mulai bercitarasa Melayu.

Malam itu. Su makan nasi berlaukkan Ayam Masak Kicap Pekat, Sambal Tempeh Kentang, Tumis Kobis Campur Bunga Kobis. Hidangan sampingan. Mertabak cicah sos cili pekat. Tiada kuah kari dan Acar Timun kelaziman kuah Mertabak di semenanjung. Minum Nescafe Ais. Sesekali minum minuman berais.

Dalam perjalanan pulang ke hotel. Pulang berjalan kaki. Beli Pisang Goreng seringgit lima ketul. Gerai-gerai menjual Pisang Goreng dan segala yang bergoreng juga Kepak Ayam Panggang, sebumbung dengan kedai-kedai makan rata-rata pengusahanya orang Bugis tempatan.

9. Iftar bukan di dalam kereta bukan di rumah sendiri kali pertama Ramadhan kali ini. Medan Selera Tanah Rata, Cameron Highlands. Buat pertama kali Ramadhan kali ini. Selepas iftar dengan kurma atau air mineral atau manis-manisan. Su makan nasi sebelum solat Maghrib. Juga buat pertama kali pada suami. Selalunya kami berbuka dengan kurma dan solat Maghrib dulu. Selepas itu baru makan nasi.

Malam minggu itu. Kami berbuka makan Puding Jagung dan Agar-Agar Lumut. Selepas itu terus makan nasi. Su makan nasi berlaukkan Rendang Limpa, Sambal Tempeh Kentang, Gulai Tempoyak Ikan lupa nama. Juga buat kali kedua dalam bulan Ramadhan kali ini. Su makan nasi lauknya bercampur ayam dan ikan.

10. Sahur pertama bukan di rumah sendiri Ramadhan kali ini. Sahur di Hotel Belmont Marco Polo. Oleh kerana hotelnya sarat dengan aura bukan Islam. Walaupun berstatus halal. Su hanya makan roti dan buah-buahan buat bersahur. Sahur di restoran hotel itu penuh dengan geng penyelidikan suami. Sahur pukul empat suku pagi sebelum Subuh Tawau pukul 4.45 pagi.

11. Sahur kali kedua bukan di rumah sendiri. Hotel De' La Ferns Cameron Highlands. Dua pagi sedari pagi Sabtu lepas. Bagaimanapun sahurnya bukan di restoran. Makanan buat bersahur dihantar ke kamar sebelum pukul sebelas malam. Malam Sabtu itu. Su makan Nasi Goreng De' La Ferns sebelum pukul dua belas malam. Penangan bau makanan panas-panas baru sampai dari dapur. Pagi itu Su bersahur hanya makan tiga biji kurma.

Pagi hari minggu. Kami bangun bersahur pukul lima. Su hanya menjamah dua tiga suapan Mee Goreng dingin. Dingin Me Goreng ini selepas mee ini dihantar ke kamar pada pukul 10:20 malam. Hidangan percuma bersahur buat menggantikan sarapan pagi. Bagaimanapun Hotel De' La Ferns hanya menyediakan hidangan bersahur dihantar ke kamar.  Restoran hotel tutup pukul dua belas malam.

Pagi itu hanya bersahur makan tiga biji kurma dan minum air. Tiada selera makan makanan berat waktu sahur pagi itu. Lagipun kekenyangan malam itu pukul sembilan malam makan Sate Cameron Highlands beli di Tanah Rata.

Kami sekeluarga melazimkan bersahur makan beberapa biji buah kurma. Ikut sunnah Nabi.

12. Pertama kali pergi kedai atau mall atau shopping pada Ramadhan kali. Sedari Su demam pada 17 Julai awal Ogos. Tiada sekali pun singgahan mall atau yang seangkatan. Kali pertama pergi mall selepas demam itu. Pada 25 Ogos hari keempat Ramadhan 1430 H. Pergi kerana keesokan harinya Muhammad Idris bakal kembali pulang ke asrama. Pulang awal kerana hari Khamisnya bermula sesi hari motivasi menjelang SPM buat pelajar-pelajar tingkatan lima. Malam itu pergi Alamanda beli barangan keperluan Muhammad Idris seperti sabun, syampu dan sebagainya.

Pergi pukul enam suku pulang pukul 6:50 sempat suami dan putera cahaya mata pergi surau sebelum azan Maghrib. Cadangnya malam itu Su berkira-kira mahu beli baju Melayu raya buat Idris tetapi Idris menyuarakan mahu berbuka puasa di surau seperti biasa. 

13. Pertama kali shopping raya Ramadhan kali ini. Semalam sepulang dari tiga hari Cameron Highlands. Singgah Kompleks PKNS Bangi. Berzaman-zaman tidak singgah kompleks ini. Kali akhir singgah. Pada awal tahun ini dibulan samada Januari atau Februari.

Semalam petang awal pukul lima. Suami pergi Pasar Ramadhan di belakang Kompleks PKNS. Su singgah kompleks itu. Berkira-kaira cari telekung buat Safiyyah. Tiada mandang pada mata telekung kecil. Sudahnya beli sepasang baju kurung warna merah magenta dan tudung warna merah jambu buat Safiyyah. Sepasang baju kurung kain Selena buat diri sendiri. Baju kurung berbunga-bunga biru dan kuning bernatar tanah warna hijau.

Kalau hujung minggu pergi Kompleks PKNS atau Bangi Utama atau Alamanda. Tidak sah kalau tidak bertembung dengan kawan atau sedara mara. Petang semalam. Sedang membayar bil baju. Sesaorang datang menegur dan bersalam. Sahabat U** sekeluarga sebelum ini berkali-kali kami sama hotel di Pahang. Cameron Highlands tiga kali. Bukit Fraser dua kali. Lata Jarum sekali.

Keluar dari Kompleks PKNS. Mulanya berkira-kira mahu jengah Pasar Ramadhan hanya di seberang jalan. Risau berjalan seorang diri kerana badan mulai penat amat. Kaki kiri mulai lenguh berdenyut. Tunggu suami di tepi tiang lampu berpandangan Pasar Ramadhan hanya di seberang longkang lokasi gerai Ayam Goreng Berempah.

14. Pertama kali membeli-beli juadah berbuka puasa di bandar kediaman Ramadhan tahun ini. Semalam petang sepulang dari Kompleks PKNS. Singgah gerai menjual juadah berbuka di hadapan satu restoran hanya sepelaung dari rumah. Restoran dulunya menjual Nasi Beriani Batu Pahat. Beli kuih kegemaran selalu buat berbuka puasa. Kuih Lompat Tikam. Juga beli Agar-Agar paling Su suka. Agar-Agar Santan dulu belajar membuatnya di tingkatan satu kelas Sains Rumah Tangga. Juga beli Bubur Kacang. Saya kalau buka puasa. Suka ada hidangan bubur atau pengat. Paling Su suka. Bubur Pulut Hitam dan Bubur Kacang.

15. Pertama kali pergi musolla Ramadhan tahun ini. Surau Kawasan Rehat PLUS Gunung Semanggol. Singgah solat tengah hari dalam perjalanan pergi utara hantar Muhammad Idris pulang asrama. Surau ini akan Su ingat sebagai surau pertama PLUS yang Su dapati menyediakan kerusi buat orang uzur kaki seperti Su ini.

Selain surau ini. Surau dalam mall di Malaysia ini pertama kali Su jumpa dengan kerusi buat ahli jemaah uzur. Surau OU. Manakala masjid pula. Masjid KLIA hanya sepelaung dari KLIA itu.

Hanya kadang-kadang kerusi buat orang uzur kaki ini disalahguna oleh ahli jemaah yang sihat. Ada yang duduk-duduk di kerusi ini sementara menunggu telekong. Ada yang menggunakan kerusi ini sebagai tempat letak barang.

16. Pertama kali tahu sungkai itu bermaksud iftar kalau di Sabah sana. Hari berbuka puasa dalam kereta di Lapangan Terbang Tawau. Suami tanya pemandu. Pukul berapa Maghrib di sini? Jawab pemandu itu. Sungkai sudah.. 

Masa itu dalam kepala kita. Sungkai yang saya tahu hanya Sungkai dalam negeri Perak. Sungkai yang buat pertama kali dalam hidup ini saya sampai hanyalah pada bulan Julai lepas. Itu pun belum sampai bandar Sungkai. Hanya Felda Sungai Klah. Cuti dua hari bersama dua puteri di Felda Residence Hot Springs Sungkai buat bermandi-mandian kolam air panas.

17. Kali pertama memasak pada bulan Ramadhan tahun ini. Setelah lebih dua minggu. Barulah semalam Su memasak buat berbuka puasa. Itu pun hanya sayur. Sayur sawi campur lada kapsikum tiga warna dan leek dan kacang buncis campur ikan bilis dan petai. Semua sayur segar dari Cameron Highlands kecuali kacang buncis. Petai segar dari hutan Lata Jarum. Selalunya kami hanya makan masakan dari dapur sendiri ketika bersahur.

Hmm tujuh belas saja dulu. Berkira-kira mahu sambung lagi kemudian nanti.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sembang telefon sepulang dari Tawau pergi Pahang lagi

Kurma Safia Yusuf Taiyoob 23 Ramadhan


Tiga panggilan telefon buat puteri kedua selepas sepuluh hari Ramadhan. Saya lebih suka ejaan Ramadhan berbanding dengan Ramadan mengikut kamus sekian-sekian.

Rabu 2 September bersamaan dengan 12 Ramadhan. Pagi pukul lapan setengah.

" Assalamualaikum. Adik kat mana? Kat bilik? Tak de kelas ke? Oh petang. "

" Raya ni U** cuti seminggu kan. Ni Mak nak suruh Abah beli tiket balik Sabah. Mak dah tanya Baby. Baby okay. "

" Hah? Balik Sabah? Buat apa? Habislah baju raya cantik kitaorang. Nak balik Johor Bahru. "

Baju raya buat dipakai beraya dengan kawan-kawan U** dan kawan-kawan dulu sama sekolah. Kalau pulang beraya di Sabah. Busana raya mungkin tersimpan sahaja di dalam bagasi. Kalau di kampung sana. Mungkin tiga anakanda kami sepanjang hari berkurung saja di rumah kami di kampung itu. Bukanlah anakanda-anakanda ini tiada usaha cuba beramah mesra. Masalahnya saudara-saudara sepupu mereka di sana. Kita tanya sepatah jawab sepatah. Saya terima ini mungkin kerana rasa rendah diri mereka dengan keluarga uncle dan auntie yang ini. Bertahun-tahun berusaha. Itulah juga warna cerita. Begitu juga dengan kita. Kaum kerabat sana kalau dibawa berbual. Tanya satu jawab satu. Walhal kalau sesama sendiri dalam bahasa ibunda mereka. Gamat bising.

" Kita baliklah Johor Bahru satu malam. Alaa kesian lah kat Abah engkau orang. Bagilah sesekali Abah beraya kat Sabah. Tapi Mak dah cakap kat Abah. Mak nak balik raya Johor Bahru hari raya pertama lepas solat. Kita tidur satu malam kat Johor Bahru. Raya ketiga baru terbang pergi Sabah. "

Suami kita pula bila kawan-kawan bertanya kenapa tidak pulang beraya di Sabah. Jawapan selalu member. Raya kat sana tak berapa meriah macam kat sini. Hakikat ini Su setuju dan Su tahu suami kita tulus dengan jawapan itu. Apa pun tahun lepas suami kita pulang Sabah pada minggu pertama Aidilfitri. Pulang seorang diri. Bukan kami tidak mahu ikut. Member tidak semawa pun. Tahu-tahu member beritahu esok lusa mahu terbang.

" Apa nak buat balik Sabah? Kan ke kita selalu raya kat sini. "

" Tak pe lah sesekali raya kat sana. Mak dah bagitahu Abah. Mak suruh Abah booking hotel kat Kundasang. Hotel yang mengadap Gunung Kinabalu tu. "

Muhammad Idris tidak ditanya. Anakanda nan seorang ini selalunya patuh dengan setiap rancangan ayah ibu walaupun kurang setuju.

" Bila Adik nak balik? Adik balik laa. Kita pergi Pasar Ramadhan. "

" Mak pergi laa dengan Abah. "

" Abah selalu pergi Pasar Ramadhan PKNS. Mak nak jalan-jalan pergi Pasar Ramadhan yang lain. "

" Ajaklah Abah pergi Pasar Ramadhan Seksyen Tujuh. "

" Minggu lepas Mak pergi Pasar Ramadhan Balik Pulau kat Penang. Kuih dia sedap-sedap. Murah pun murah. Semalam Adik pergi Pasar Ramadhan mana? "

" Pasar Ramadhan Wangsa****. "

" Kat mana Pasar Ramadhan tu? "

" Dekat Jusco tu. Adik nampak Amy S*****. Pendek je. Pendek dari Adik. "

" Orang dia memang kecikHensem ke? "

" Hensem apa. Dah tua. "

Ketawa. " Tua dari Abah kamu. Dia sorang je ke. Dia beli apa? "

" Sorang je. Dia beli kuih. Tapi Adik nampak juga orang S***** yang badan besar tu. "

" Jalan dengan geng S***** kot. Rumah dia bukan kat situ. "

" Hah okay ya Adik kita balik Sabah? "

" Hmm okaylah. "

Rancangan pulang Sabah bersempena Aidilfitri kali ini adalah cadangan Su dan suami setuju saja.

Khamis 3 September bersamaan dengan 13 Ramadhan pagi pukul sebelas

" Assalamualaikum. Adik kat mana ni? Adik buat apa? Tidur. Hah baru bangun tidur? "

" Nak tidur. Adik baru habis kelas ni. Baru sampai bilik. "

" Oh. Kelas pukul berapa? Pukul lapan. "

" Adik. Mak dah masukkan duit Adik nak pergi Jalan TAR tu. "

" Mak masukkan berapa? "

" Lima ringgit. Eh tak. Lima puluh. "

Saja bergurau senda.

" Lima puluh? Nak beli apa lima puluh? "

" Adik nak berapa? "

" Sekian-sekian ratus. "

" Pas. Mak dah masuk banyak tu. Bahagian untuk Baby pun. Nanti Adik bagi kat Baby. Bawa Baby pergi sekali tau. Engkau orang nak pergi bila? Minggu depan hari Isnin atau Selasa pergi dengan Mak pula tau. Esok Mak dengan Abah pergi Pahang. "

" Hah??? Jalan lagi? Asyik tak de je. Bila nak shopping? "

Su dan suami baru pulang dari Tawau.

" Habis kerja Abah engkau orang tak pernah habis. "

" Kita orang balik hari Ahad. Hari Isnin atau Selasa kita pergi laa KL. Kita tidur kat hotel satu malam. "

" Hmm okay laa. Nanti tinggalkan duit belanja. "

" Adik solat terawih tak malam tadi? Tak? Kenapa? Kuliah? Kenapa lecturer tu buat kuliah malam masa orang solat terawih. Kuliah pukul berapa. Pukul sembilan? Orang baru nak solat terawih tu. "

" Kalau tak pergi solat terawih kat surau. Solat laa kat bilik. "

" Okaylah. Jangan lupa solat terawih tau. Jangan lupa mengaji. Okaylah. Mak nak tengok Siti Norhali** masak kat tv ni. "

Mulanya berkira-kira mahu mencatat tiga cerita perbualan. Dua sajalah dulu. Seperti biasa hampir sepanjang tahun ini. Selepas solat Jumaat. Tiga hari hujung minggu di luar bandar kediaman. 


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sepi namun tenang harmoni sehari sebelum lebaran


Selepas renai hujan petang awal Ramadhan laman cempaka Bandar Baru Bangi
Originally uploaded by Ssuriha

Kembali kepada cerita hujung Ramadhan sebelum bersambungan semula dengan cerita terkini. Entri ini. Kisahan sehari sebelum 1 Syawal 1429 H. 30 September hari Selasa. Seperti selalu. Jurnal ini bukan menepati piawan ramai. Tulis mengikut selesa sendiri.

Penghujung Ramadhan. Alhamdulillah pagi bersahur berlima kecuali Idris masih demam namun beransur kebah dari panas badan. Hanya minum segelas air. Alhamdulillah tahun ini seisi rumah ini belum pernah terlepas sahur.

Sedari beberapa bulan sebelum Ramadhan. Selepas berita tengah hari pukul 12 Saluran 1. Antara siri selalulah juga setia tontoni. Siri Harun Yahya itu. Hari ini siri ini berkisah tentang penemuan pada tahun 1799. Batu rosetta bertarikh 196BC dengan kod nama Haman isnkrips Mesir. Tercatat Haman sebagai ketua bina batu. Kisah dalam Al Quran tanpa menyebut pekerjaan Haman. Firaun perentah Haman bina bangunan.

Juga kisah jin ifrit menerbangkan istana Balqis dalam sekelip mata. Penyelidikan Universiti Kebangsaan Canberra. Pada masa hadapan. Kemungkinan bukan mustahil lagi jisim boleh dipindahkan hanya dalam sekelip mata. Hasil kejayaan ujikaji memindahkan laser beberapa meter. Penemuan Universiti Canberra itu.

Berita tv berlaporan sana sini suasana menjelang Aidilfitri. Sedih basah mata melihatkan sedih wajah ibu Sharlinie masih hilang. Dalam hati. Kesiannya..

Alhamdulillah Idris beransur kebah dari demam. Hari ini sudah boleh pergi solat di surau kecuali subuh. Petang selepas Asar. Idris meneman ibu di hadapan tv kamar tidur utama.

Satu rancangan tv lupa apa. Komen kita tentang penderaan terhadap isteri.

Bagaikan berkata pada diri sendiri. " Mak kamu pun kena dera oleh suami. "

Spontan berubah sedikit air muka Idris buat ibu rasa bersalah. " Dera apa? "

Senyum-senyum menyembunyi maksud kata. " Penderaan emosi. "

Senyum supaya kata-kata itu bergambaran lebih santai.

Idris berwajah lega. Kurang faham. Kembali santai menghadap laptop. Semua cahayamata kami sama sebagaimana ayahanda mereka. Kurang masa melayan rasa. Kurang sensitif.

Seharian ini. Selang beberapa jam. Saluran-saluran perdana tv tempatan dengan lintas langsung dari stesen dan hentian. Juga berlintas siaran langsung dari merata lokasi sekitar ibu kota. Suasana warga kota pulang kampung. Suasana ibu kota semakin lengang.

Ketawa kami. Ibu dan putera mahkota. Masing-masing dengan laptop. Ketawa selepas tontoni berita petang. Pemberita tv menemubual warga kota belum pulang kampung. Seorang peniaga wanita berumur mungkin awalan 30-an ditanya tentang pulang kampung berhari raya. Lokasi berita. Seakan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

" Saya mesti balik kampung. Macam mana pun setiap tahun saya mesti balik kampung. Selewat-lewat malam ni saya baliklah kampung. "

Pemberita tv bertanyakan kampungnya di mana. Jawapan tiada tersangka.

Senyum wanita itu. " Dekat je. Kampung Pandan. "

Spontan kami berdua ketawa. Selepas itu baru kita perasan. Pada senyuman seakan bernada mengena wanita itu.

Komen kita dalam ketawa rasa kelakar.

" Setiap tahun macam mana sekali pun saya mesti balik kampung. Ingatkan jauh benarlah kampung.. "

Gaya cerita. Seperti jauhlah benar kampungnya.

Kampung Kuala Lumpur kampung Nenda


Gambar tertera nombor dua. Kampung Nenda saya di tengah Kuala Lumpur.

Tiada lagi Nenda di kampung ini. Rumah pusaka Nenda diduduki ibu saudara adinda kepada Ayahanda. Suami baru ibu saudara ini jauh lebih muda dari Su. Ibu saudara sudah hujung lima puluh tetapi masih kelihatan muda lawa. Malu rasa bersalah pada hari pertama kali terpandangkan bapa saudara ini dengan gitar. Anjung rumah Nenda. Su tanya ibu saudara ini. Anak Makcik? Rupa-rupanya itu suami baru makcik. Adinda kepada ibu saudara ini. Ibu saudara sama sebaya dengan Su. Pun ibu tunggal kematian suami berkahwin dengan lelaki lebih muda. Perbezaan umur berbelas tahun. Bahagia sampai kini. Selepas hampir dua puluh tahun.

Keluarga kami bagaikan tradisi. Ramai lelaki kahwini wanita lebih senior umur. Ramai wanita kahwin lelaki muda. Semuanya bahagia sentosa kecuali Bondaku. Itu pun berpisah kerana masalah orang tua tidak suka menantu lebih berumur dari anak lelaki mereka. Bukan kerana hilang terbang sayang. Bagaimanapun isteri baru bapa tiri itu lebih senior umur dari Bonda kami. Bonda ibu tunggal anak tiga. Isteri baru bapa tiri itu. Ibu tunggal anak lima. Nenda H pula. Khabarnya Nenda H muda belia baru berumur lapan belas tahun atau sembilan belas tahun ketika berkahwin dengan Opah seorang ibu tunggal anak lima. Berulang cerita Opah pada anakanda perempuan Opah sendiri.

Satu kenyataan. Rata-rata wanita keturunan dua Nenda H berwajah lebih muda dari umur. Kemungkinan itu antara sebab cerita berderetan perkahwinan sebegitu.

Kembali kepada Bandar Baru Bangi hari ini. Petang sehari sebelum lebaran.

Hari ini malas keluar rumah. Mahu pulihkan tenaga masih penat. Selepas beberapa hari sebelum ini. Semedangnya keluar rumah. Pulihkan tenaga supaya boleh pergi masjid keesokan pagi. Malangnya seandai 1 Syawal tanpa pergi masjid. Kemuncak ibadah sebulan berpuasa bulan Ramadhan penuh keberkatan. Keampunan dari Ilahi selepas solat sunat Aidilfitri. Kemudiannya saling bermaafan sesama insani. Buat lebih sempurna indah kelahiran semula kepada fitrah. Selepas keampunan Ilahi dengan doa para malaikat usai solat sunat Aidilfitri.

Walaupun belum beli baju hari raya pertama. Pakai saja apa tersedia ada. Kebetulan baru-baru ini Su baru beli dua pasang baju kurung warna coklat emas kejinggaan. Selama ini. Terlalu selalu dengan busana hitam dan biru.

Buka puasa makan nasi dengan Rendang Daging masakan suami kita dibantu dua puteri. Rendang resipi Bonda kita. Idris pula Alhamdulillah hari ini sudah boleh pergi berbuka puasa di surau. Mengingatkan Idris. Jangan lupa ikut sama bertakbir di surau. Malam selepas Maghrib. Malam selepas Isya'.

Dua puteri. Selepas solat Isya'. Destinasi shopping raya lagi. Pergi Kuala Lumpur. Jalan Tuanku Abdul Rahmman. Beri wang buat beli baju raya di satu butik kegemaran kami sekeluarga di Bangi Utama. Beli baju kurung di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pesanan ibu. Jangan lupa tawar minta kurang harga. Jangan lewat pulang.

Pulang hanya selepas pukul dua pagi. Sakan shopping malam raya. Selagi anak dara belum pulang. Selagi itu mata belum boleh tidur. Cerita dua puteri. Kala mereka pulang. Bazaar Ramadhan Jalan Tuanku Abdul Rahman / Jalan Masjid India masih ramai orang.

Sesampai rumah sepulang dari Jalan Tuanku Abdul Rahman. Mengingatkan dua puteri itu. Jangan lupa. Malam raya malam berdoa mengharapkan keampunan. Malam zikir sampai pagi. Sampai masa solat sunat Aidilfitri.

Bangi Utama sebelum pergi Jalan Tuanku Abdul Rahman. Safura beli baju kurung sutera Siam warna biru ungu. Suraya beli baju kurung sutera biru torqouise. Bazaar Ramadhan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Suraya beli baju kurung bermotif kain songket bunga tabur warna biru. Safura beli baju kurung yang sama tetapi warna merah oren. Kali ini tiada baju dari butik kegemaran kami sekeluarga. Hari ini tuan punya butik pulang kampung awal. Kelang atau Kota Bharu.

Juga masing-masing dengan tugas terlazim malam raya. Seterika semua baju raya sebelum tidur.

Suraya jahit tudung baru ibu. Tudung warna coklat gelap. Buat dipadankan dengan baju kurung warna jingga kain benang hitam.

Idris pula dinasihati tidur awal. Supaya lebih sihat buat pergi masjid esok pagi.

Alhamdulillah malam hari kemenangan usai sebulan Ramadhan. Malam meriah takbir berlagu syukur merendah hati hanya pada yang Maha Esa.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Baju oren merah + anggur hijau + Nasi Padang | Alamanda Putrajaya dua hari sebelum raya


Alamanda ungu merimbun meneduh tanah sepetang Putrajaya
Originally uploaded by Ssuriha

29 September 29 Ramadhan dua hari sebelum 1 Syawal

Sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah belum pernah sekali pun berperistiwa terlewat bangun tanpa sempat bersahur. Pun begitu semalam pagi berkategori terlewat bangun bersahur. Bagaimanapun Alhamdulillah masih sempat bersahur. Hanya sempat minum air memang sentiasa tersedia di atas meja tulis tepi katil. Kepenatan selepas sepetang semalam sebelum itu ronda-ronda Jalan Tuanku Abdul Rahman. Hanya terbangun bila Suraya datang bertanya di muka pintu. Mak tak mau sahur ke? Lebih kurang sepuluh minit sebelum azan Subuh.

Kadang-kadang Su turun pergi dapur terkemudian sedikit selepas ahli keluarga lain turun. Pagi semalam tiga ahli keluarga memikirkan Su akan turun kemudian. Sudahnya tidak turun-turun sampai hampir Subuh. Memang tidur mati kerana kepenatan teramat.

Pagi ini pun bangun sedikit terlewat daripada selalu. Tiada lauk buat makan dengan nasi. Semalam tiada singgahan Pasar Ramadhan. Minta Suraya gorengkan Telur Mata Lembu. Masakan telur kegemaran masa kini. Telur Mata Lembu siram kicap. Suami selalu sebut masakan telur ini Telur Mata.

Idris pula sama seperti semalam. Idris semakin demam hanya bersahur dengan air dibawa ibu.

Sepagi ini Idris semakin demam. Panas badan. Sesekali ibu datang lap badan dan lekapkan satu tuala kecil basah pada dahi Idris. Tuala basah menyelimuti dahi dan kiri kanan pipi.

Kala mengurus Idris demam ini. Terfikir sendiri. Lama aku tak dapat pahala menjaga anak sakit. Idris pun lama tidak demam. Kalau sekolah rendah dulu. Idris selalulah juga demam.

Keluar rumah pergi Alamanda selepas solat Asar.

Tradisi tahun-tahun sebelum ini. Hari-hari terakhir Ramadhan. Hari pergi Warta Bangi Utama dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Asal rancangan. Hari ini berkira-kira mahu shopping baju kurung. Satu butik kegemaran di Warta Bangi Utama sana. Hari ini terpaksa pergi tukar seluar O*r*l*a*n*d*o Idris saiz XL itu. Badan pun mulai penat. Lalu tiadalah kali ini singgahan Warta.

Mulanya berkira-kira mahu minta suami saja pergi tukarkan. Bagaimanapun kini kita sudah sampai tahap malas lagi bertanya atau berkata dialog yang seangkatan. Malas mendengar jawapan mendengus atau seperti selalu. Jawapan dengan soalan. Jawapan kemungkinan sampai pada telinga. Kenapa kita pula yang kena pergi? Atau buat muka dek tanpa jawapan dengan muka tanpa perasaan.

Awal mula menulis dalam blog hampir sepuluh tahun lalu. Bukan Livejournal ini. Antara entri terawal. Kita mencatat cerita tentang bos dalam rumah ini. Kalau orang putih suruh itu ini. Alright. Alright lembut bahasa. Kalau orang Sabah tidak kiralah kawan atau saudara mara. Bah. Bah.. Kalau kawan dan teman. Okay. Okay. Kalau rakan sekerja. Baik. Baik. Baik. Kalau orang surau. InsyaAllah. InsyaAllah. Jawapan-jawapan berlebih kurang bersenang hati. No problem. Takde masalah. Kalau keluarga sendiri. Jawapan berdengus keras suara keras wajah. Suruh itu! Suruh ini!

Masa itu. Anak-anak ketawa mengiyakan bila baca catatan itu. Gamaknya sudah penat disuruh ramai orang di luar sana. Sampai pada permintaan keluarga. Habis sudah sabar mendengar suruhan. Member berkategori susah beri jawapan No kalau dengan orang bukan ahli keluarga. Bagaimanapun kini dari pengamatan kita. Member sudah mulai berani bertegas. Sepeningkatan dengan pengalaman.

Berbeza dengan kita. Walaupun rapat atau dekat di hati. Su tetap boleh bertegas berterus terang beri jawapan tidak kalau benar-benar kurang mampu beri jawapan ya. Kita ini bukan jenis berpura-pura memaniskan muka dalam terpaksa. Terutamanya kalau sesatu jawapan itu perlu mengambil timbang bicara kemaslahatan seisi keluarga. Hanya dengan umur semakin meningkat ini. Jawapan tidak itu bernada lebih berlembut menjaga hati. Kalau masa muda dulu. Jawapan pantas tegas terkadang itu teralpa menimbang kalbu.

Kembali kepada cerita semasa seawal entri.

Pergi Alamanda selepas Asar. Pergi berdua dengan Safura. Kali ini suami malas ikut. Sama seperti semalam. Kami keluar pintu pagar kala suami sedang membersihkan laman. Sempat kita mengendeng kata tanpa menyebut perkataan buatlah begitu. Sekadar mengingatkan. Dedaun kering itu perlu dibungkus buang buat mengelakkan nyamuk bersarang. Terutamanya musim hujan begini.

Baru mulai selesa duduk dalam kereta. Selepas pasang tali keledar. Baru sedar. Bolehlah pula terlupa bawa beg O*r*l*a*n*d*o. Walhal itu urusan utama kenapa petang ini pergi Alamanda lagi.

Safura telefon Suraya. Minta Suraya hantar beg biru itu sampai muka pintu. Sementara menunggu Safura tunggu beg O*r*l*a*n*d*o. Suami berbual dengan sesaorang memandu kereta Mercedes hitam. Kereta hitam berhenti di belakang kereta kami sudah pun di luar pagar. Lamalah juga perbualan suami dengan kawan itu.

Beransur meninggalkan perumahan. Kereta hitam di belakang kereta kami. Kereta Ustaz Dr F beristeri dua. Rumah isteri pertama di belakang rumah kami. Rumah isteri kedua di jalan sebelah sana.

" Ustaz F tu. Dia kena lalu sini sebab jalan kat belakang sana dah tutup [dengan palang keselamatan]. "

Sampai Alamanda. Seperti semalam. Parkir biasa kami singgah itu bertanda penuh. Hanya kalau semalam tanda penuh seawal simpang. Kali ini tanda penuh pada pangkal parkir. Lalu seperti semalam. Pergi parkir bumbung.

Pergi kedai O*r*l*a*n*d*o mahu tukar seluar Idris. Pada Safura. Sudah pesan beritahu.

" Adik kata semua kat kedai tu hensem-hensem. "

Kita tambah lagi. Budi bahasa pun bagus. Berhemah sopan.

Sesampai kita di kedai O*r*l*a*n*d*o. Selepas beri salam. Selepas berjawapan salam. Kata pekerja semalam pertama kali jumpa di kioks kedai ini di hadapan pintu Carrefour.

" Oh nak ambil stokin? "

Rupan-rupanya semalam kami tertinggal stokin. Stokin krim Su beli buat suami. Atau stokin di atas kaunter bayaran itu terlupa dimasukkan ke dalam beg oleh pekerja yang Suraya kata paling hensem itu. Isy dia ini. Macam-macam silap kerja. Tidak periksa saiz baju. Tidak habis masukkan barangan pelanggan beli.

" Oh tak perasanlah pula tertinggal stokin. Patutlah semalam kat rumah cari-cari stokin tu tapi tak jumpa. Ni nak tukar seluar baju semalam. Baju saiz S tapi seluar saiz XL. "

" Semalam saya kejar juga nak bagi stokin ni tapi tak sempat kejar dah hilang. "

Jawap dalam hati. Semalam kami berkejar mahu cepat pergi surau.

Sementara menunggu pekerja itu ambil stokin dari kioks O*r*l*a*n*d*o di hadapan pintu Carrefour sana. Lihat pandang periksa kemeja. Cantik-cantik dan kemas baju. Berkenankan satu kemeja putih buat Idris. Telefon Idris. Tiada jawapan. Kemeja putih dengan bersusun penuh bunga mawar merah kecil warna merah pastel lembut. Kurang kelihatan bunga ros ini kalau dari jauh.

Sementara itu. Berbual-bual dengan seorang lagi pekerja mungkin berusia lewat belasan tahun. Berbual-bual santai tentang hari ini masih ramai shopping. Masih ramai belum pulang kampung.

Keluar dari kedai. Komen sesaorang itu senyum-senyum memuji tentang staf kedai. Staf pergi ambil stokin itu.

" Mak dah jumpa satu kedai baju lelaki yang bagus. Bolehlah datang sini lagi beli baju Idris. Semua baju harga tiga angka tapi cantik baju. "

Senyum-senyumlah yang seorang itu.

" Lain kali kalau Mak nak pergi lagi kedai tu. Pergi dengan Baby tau. "

Singgah Cold Storage hanya di tingkat bawah dari kedai O*r*l*a*n*d*o. Ini singgahan pertama Su CS Alamanda. Paling pertama. Cari anggur hijau. Pesanan orang demam. Seksyen dingin buah hanya di sebelah pintu utama.

Safura ditugaskan mencari penimbang berat digital sebagaimana tertera pada pamphlet jualan murah CS ini. Pusing ronda satu stor. Tiada kelihatan pun. Mungkin habis dibeli? Apatah lagi dengan harga semurah itu. Kurang seratus ringgit. Selalunya penimbang digital ini berharga lebih seratus ringgit.

Juga cari hamper hadiah kuih raya sebagaimana teriklan dalam pamphlet. Hanya tinggal beberapa hamper kurang berkenan pada mata. Berkira-kira mahu beli hamper kuih raya ini buat Bonda.

Juga kita ronda pusing memeriksa samada stor ini menjual minuman keras.

" Selalunya Mak kurang gemar singgah kedai ni sebab jual arak. Ni tak nampak pun. Tak jual kot. Sebab Putrajaya ni ramai Melayu. Macam Carrefour sini. Tak jual daging ba alif ba ya. "

Hanya beli beberapa bekas biskut. Beli barli boleh buat bubur. Bubur barli buat mereda panas orang demam.

Sampai kaunter bayar. Beli air mineral buat buka puasa.

Safura hantar dulu barangan ke kereta. Selepas itu kami terus pergi surau. Bagaimanapun masih sempat singgah satu butik beg tangan sebelah eskalator. Mata menenang pandang satu beg tangan kulit warna putih berharga dengan diskaun. Kurang masa buat membeli-beli. Sudah hampir Maghrib.

Sampai surau. Belum ramai orang. Kalau semalam tunggu lebih lima belas minit sebelum Maghrib. Hari ini pun tunggu lima belas minit.

Berehat duduk atas pangkin batu. Sebelah kami. Sekeluarga orang Arab. Ibu dalam keluarga ini. Solat Asar duduk. Sama seperti Su. Sakit lutut atau kaki.

Mulanya berkira-kira mahu solat duduk atas batu ini. Bagaimanapun di hadapan kami laluan ramai orang. Solat duduk atas lantai tepi dinding. Biasanya bila solat duduk atas lantai. Sakitnya menahan kaki dilipat. Terutamanya bila duduk tahyat akhir. Bagaimanapun kini sakitnya tidaklah sesakit kala ketika kaki ini mula sakit bulan April lalu. Alhamdulillah kini beransur sembuh. Tidaklah sesakit pertengahan bulan Mei lalu. Ini selepas herba dari Beijing itu. Hanya dengan izin Allah Subhanahuwataala. Ubat itu hanya asbab.

Selepas solat Maghrib. Masa makan. Meja semalam di hadapan gerai Teppanyaki. Makan seperti semalam. Nasi Padang. Safura pun. Hari ini bil dua orang. RM18. Kurang seringgit dari semalam kerana hari ini kurang sedikit lauk memenuhi pinggan kita. Kurang berbanding semalam.

Malam tadi nasi senduk sendiri. Hari ini kurang ramai pelanggan berbanding semalam. Nasi disendukkan pekerja kedai makan.

Selepas makan. Selalunya mesti singgah kedai majalah sebelah tepi Rasa foodcourt. Semalam angkut bersusun majalah. Malam ini angkut majalah lagi.

Kioks Famous Amos. Singgah beli Soft Cookies hanya buat tiga cahayamata.

Singgah sebentar Carrefour. Beli satu baju kurung kain benang hitam warna biru ungu gelap. Tema warna hari dua Syawal. Warna krim. Tema warna hari ketiga. Warna biru.

Sebelum pulang. Sempat beli beberapa bekas biskut dari satu kioks biskut. Beli enam kot bekas. Dapatlah tawar harga. Semalam beli tiga bekas biskut dari kioks ini. Tidak terfikir pula mahu minta kurangkan harga.

Seperti biasa. Kedai selalu singgah. Kedai jual majalah sebelah restoran Nasi Ayam sebelah kedai roti. Beli majalah lagi. Edisi selalu beli setiap tahun. Edisi Ramadhan dan edisi lebaran.

Sampai rumah. Suami tanya. Boleh tukar?

Berceritalah kita. Kisah malam tadi tertinggal stokin krim kita belikan buat suami.

" Tak perasan pun malam tadi tertinggal stokin ni. Mahal pula tu. "

Kalau sudah rezeki. Tiada kemana walaupun hanya sepasang stokin.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Tart Nenas usai merah karat planet Mars Alamanda tiga hari sebelum raya


Tersinggahmata Alamanda susuri Bangi @ Lebuhraya PLUS pinggiran Nilai
Originally uploaded by Ssuriha

28 Ramadhan 28 September tiga hari sebelum 1 Syawal.

Suasana perumahan semakin sunyi hening sepi namun beraura sentosa tenang harmoni. Ramai beransur pulang kampung sedari semalam. Jiran sebelah kiri kalau dari dalam pintu pagar rumah. Pagi ini pulang selatan. Jalan perumahan kami sekitar simpang tiga. Ramai orang selatan. Terutamanya negeri jauhari.

Petang selepas Asar. Bertiga dengan puteri kedua dan putera mahkota. Lagi destinasi shopping raya. Kali ini Alamanda.

Semua simpang sudah ditutup pintu pagar kecuali jalan utama berlokasi rumah kecil pengawal. Berpatah semula kembali ke pangkal simpang tiga tepi kediaman kami bila hujung simpang sudah bersekatan palang keselamatan. Lalu di hadapan rumah. Safura baru keluar rumah. Safura berkereta biru. Hari ini shopping raya dengan kawan. Mungkin Jalan Tuanku Abdul Rahman lagi. Atau sekitar bandar kediaman.

Kereta berhenti di hadapan pintu pagar rumah. Kebetulan tertinggal satu barang tetapi lupalah pula apa barangnya kala mencatat ini. Minta Safura tolong ambilkan. Suami kita sedang menyapu dedaun kering di tepi laman.

Senyum-senyum Safura. " Mak. Abah kata semua orang jalan tak ajak Abah. Abah rasa macam orang tak pedulikan Abah. "

" Selalu mana Abah kamu orang nak ikut. Semalam ajak. Tak mau ikut pun. Abah nak ikut ke? Ni kami tunggu. "

Sudahnya berempat orang pergi Alamanda.

Mahu cepat. Kalau boleh. Biar suami dan Idris pulang sebelum Isya'. Solat terawih di surau. Ini malam ke dua puluh sembilan Ramadhan. Malam angka ganjil.

Buat pertama kali. Su sampai parkir Alamanda tingkat bumbung. Namun bukan pertama kali pada tiga orang lagi itu. Su turun dengan Idris. Suami temankan pemandu.

Turun menaiki eskalator sampai tingkat satu di hadapan kioks Cinnabon. Komen dalam hati. Parkir sini lebih dekat dengan Carrefour. Kalau datang Carrefour lewat malam sebelum pukul sebelas.

Cari kedai baju Melayu. Jengah kedai Omar Ali berdekatan dengan Parkson. Tiada baju Melayu berkenan pada mata.

Jumpa Suraya kala Su dan Idris sedang menjengah gerai Omar Ali di hadapan kedai kasut. Jenama baju ini. Puan orang kuat kompani ini. Kawan kita sama belajar. Shah Alam dulu.

Baru-baru ini Shimah menelefon kawan ini. Tersampailah pada kita tentang cerita terkini perniagaan kawan ini. Perniagaan keluarga turun temurun dari tahun kelahiran ibu kita. Zaman Shah Alam dulu. Kawan ini bercerita tentang pasangan penyanyi Fauziah bermata bulat dan penyanyi lagu irama Hindustan itu menempah baju di kedai keluarga kawan ini. Masa itu. Tersebar gossip tentang pasangan ini bercinta.

Kembali pergi mengarah hala Carrefour dan Cinnabon. Menaiki eskalator. Suami kita di sebelah sana. Menuruni eskalator. Lelaki di hadapan kami di atas eskalator. Lelaki ini dari jauh mesra menegur suami. Sama-sama bertanya khabar dari atas dua eskalator bersebelah menyebelah.

Sampai atas. Laa.. Wanita tadi berdiri di hadapan Su dan Suraya. Isteri kepada lelaki menegur suami. Wanita tadi kedengaran berbual-bual dengan anak-anak di hadapan Su dan Suraya. Sahabat Aberystwyth. Sama-sama teruja. Juga teruja bertembung lagi. Salam bersalaman. Saling bertanya khabar berita kami semua. Dua keluarga di hadapan eskalator.

Kala anakanda bomgsu sahabat ini bersalam dengan kita. Terkata dalam hati. Batal wudhu' aku. Kemudiannya baru teringat. Anak ini belum pun bersekolah tadika.

Ini kali keempat kami bertembung di Alamanda ini. Tiga kali di dalam Carrefour. Semua pertembungan di sebelah malam.

Menepati kata Su selalu pada ahli keluarga. Kalau pergi Alamanda. Mesti jumpa kawan atau saudara mara. Kalau rasa mahu bertembung dengan kawan. Pergilah Alamanda. Terutamanya hujung minggu.

Pun sama seperti kami. Sahabat ini sekeluarga. Baru mahu cari baju raya. Anak-anak baru pulang dari asrama sekolah.

Walaupun teruja bertemu mata. Minta maaf terpaksa minta diri. Kami bertiga singgah gerai O*r*l*a*n*d*o* di hadapan pintu tingkat satu Carrefour.

Su dan dua cahayamata memilih baju. Suami kita belum habis bual dengan suami sahabat Aberystwyth. Sahabat itu. Pengarah satu jabatan kerajaan negeri Selangor. Pun sudah bercucu. Sahabat ini suami isteri. Berkahwin muda masa belajar. Amerika sana. Sama seperti kami suami isteri. Puteri sulung pun berkahwin muda. Kahwin masa belajar. Sama sebagaimana ibu bapa. Kahwin muda. Kata orang. Kalau kita kahwin usia muda. Selalunya cahayamata pun berkahwin muda.

Cari baju Melayu warna jingga atau warna krim. Cari baju Melayu teluk belanga. Tiada saiz sesuai buat Idris. Pekerja gerai mencadangkan kami pergi kedai O*r*l*a*n*d*o*. Tingkat yang sama tetapi sebelah nun hujung sana mengarah hala pergi Parkson. Laju pergi sana. Mengenangkan sudah hampir Maghrib.

Sampai kedai. Kami dilayan seorang pekerja lain. Bukan pekerja dari gerai tadi. Walaupun pekerja dari gerai di hadapan Carrefour itu sudah sampai dulu ke kedai. Sudahnya beli satu baju melayu cekak musang bila baju teluk belanga tiada saiz Idris. Juga beli satu stokin warna krim lembut buat suami.

Baju Melayu warna jingga merah karat. Harga separuh dari tiga ratus. Harga selepas diskaun.

Sebenarnya mula berkenankan pada warna jingga kerana beberapa hari lepas tertonton satu rancangan tv dengan segmen seorang selebriti ini pergi ambil baju raya ditempah dari satu kedai di Jalan Masjid India sana. Menariklah pula warna oren sebegitu. Bagaimanapun warna baju Melayu Idris ini jingga kemerah-merahan. Merah planet Mars. Mars red.

Suami sudah sedia ada baju Melayu warna ini. Member hanya mahu guna baju Melayu baru ditempah pada bulan Maulid Nabi lalu.

Minta Suraya SMS Safura. Tema baju pada hari raya pertama. Warna oren gelap kemerah-merahan.

Beres urusan beli baju Melayu Idris. Bergegas pergi surau. Lima belas minit sebelum Maghrib.




Medan Selera RASA Alamanda Putrajaya
Originally uploaded by Ssuriha



Medan makan RASA. Meja makan di hadapan gerai Teppanyaki. Suami dan Idris makan nasi campur. Su dan Suraya makan Nasi Padang. Dua pinggan. Sembilan belas ringgit. Berbaloi dengan macam-macam lauk memenuhi pinggan. Namanya pun Nasi Padang. Rata-rata pekerjanya lelaki warga dari negara seberang. Gerai layan diri. Pelanggan ambil sendiri nasi putih panas-panas dan lauk-pauk masakan Padang. Rambang mata dengan anika hidangan lauk pauk masakan Padang. Antara lauk dalam pinggan. Sup Tauhu. Sambal Terung. Kari Ikan. Sambal Belacan.

Antara Nasi Padang paling sedap pernah kita makan. Tentulah Nasi Padang restoran masakan Minang di Swanston Street, Melbourne. Mungkin lebih rasa sedap kerana hari itu penat dan lapar selepas sepagi jalan-jalan wisata Melbourne. Semasa di restoran itu. Kami terlihat satu keluarga Indonesia dengan anak kecilnya sebiji sama serupa wajah Safura masa kecil. Safura pun sebenarnya mirip wajah saudara mara Su di Indonesia sana. Sempatlah hari itu Su minta izin mahu merakamkan gambar anak comel itu. Kata Safura. Seramlah pula kerana wajah anak itu sama serupa wajah Safura masa kecil.

Meja makan menghadap tv. Tv besar kuat suara bertayangan siri sinetron dari seberang. Cerita heroin nama Wulan.

Selepas makan. Sempat lagi singgah gerai biskut di tepi medan makan Rasa. Beli dua bekas biskut coklat oat. Satu bekas kecil biskut strawberi salut coklat.

Suami dan Idris pergi solat Isya'. Mulanya kita mencadangkan suami dan Idris pulang dulu. Suraya boleh hantar. Bincang-bincang. Ada orang mahu menunggu saja kami. Idris demam terpaksalah juga tunggu.

Singgah gerai Omar Ali. Beli dua baju Melayu tanpa seluar buat Idris. Juga dua buat suami. Suami bayar sendiri. Su bayar baju Idris. Baju Melayu gaya kumpulan nasyid dengan potongan harga lima puluh peratus. Baju Melayu warna cair lembut.

Sana sini cari baju kurung buat Safiyyah. Tiada baju kurung kecil saiz umur setahun.

Masuk pasaraya. Kepenatan amat. Beri wang pada Suraya. Su menunggu di kioks Auntie Anne's Pretzels. Sambil minum air limau berais kisar dingin.

Suami kita berlalu tepi tanpa perasankan kita sedang menunggu tepi.

Sedang menunggu. Suami seorang sahabat Aberystwyth beratur menunggu giliran di hadapan mesin ATM. Berdiri beratur di sebelah kita. Kemudiannya lalu pula seorang lagi sahabat Aberystwyth dengan suami dan anak lelaki kecil. Lalu malam ini. Bertembung dengan tiga keluarga sahabat Aberystwyth.

Kembali bertiga dengan dua cahayamata. Sempat lagi singgah beli beberapa bekas biskut dari kioks biskut bersetentangan dengan kedai jual majalah. Juga seperti biasa. Singgahan wajib bila pergi Alamanda. Kedai jual majalah ini.


Pineapple Tarts for Eid-ul Fitr
Originally uploaded by Ssuriha.


Sampai rumah. Su berkira-kira mahu baiki jahit seluar Idris yang longgar. Baju Melayu O*r*l*a*n*d*o. Laa baru perasan. Baju saiz S. Seluar saiz XL.

" Isy. Satu hal lah pula esok nak kena pergi tukar. Ingat malas nak keluar lagi. "

" Sepatutnya dia kena periksa dulu saiz baju ni masa lipat tu. Patutlah masa cuba tu Idris kata longgar sangat. Muka je hensem. Buat kerja tak betul. "

Senyum-senyum Suraya kala mengambil baju dari almari. Kami di kamar puteri.

Soalan seperti mahu mengulang dengar. Senyum-senyum. " Apa Mak kata? "

Maka berulanglah dialog kata. " Muka je hensem. Tapi buat kerja tak betul. "

Senyum lagi. " Ha ah hensem kan. Semua kat kedai tu hensem-hensem. "

" Tak perasanlah pula yang lain tu. Tapi perasan semuanya pakai smart. "

" Agaknya orang kedai tu pilih rupa. Siapa yang kerja situ. "

" Semua kena grooming dulu kot sebelum kerja. "

Malam ini. Mula makan Tart Nenas suami tempah dari isteri kawan sekerja. Sedap lembut tart. Halus gebu pastri.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Sentosa iftar berdua tepi Jalan Tuanku Abdul Rahman senja


Menara Kuala Lumpur pagi Ramadhan dari Kowloon Jalan Tuanku Abdul Rahman
Originally uploaded by Ssuriha

27 Ramadhan 27 September hari Sabtu terakhir Ramadhan tahun ini. Selepas Semua House menjelang senja.

Idris datang selepas beli minuman. Medan makan sebelah pintu utama Semua House. Air kacang soya dingin dalam gelas kertas. Minta Idris tolong jengah surau. Bagaimana dengan keadaan surau. Kalau jauh sangat. Kalau sempit. Pasti ramai memenuhi surau waktu Maghrib. Terpaksa pula menuruni tangga dengan kaki sakit. Bagus saja solat di Sogo sana. Walaupun surau Sogo sana berkategori kecil sempit bila waktu solat Maghrib ramai singgah solat. Masa Maghrib masa ramai memenuhi memana surau hentian. Bagaimanapun surau Sogo sana tanpa perlu menuruni tangga.

Idris menuruni tangga batu. Tangga batu lebih kurang selebar luas tangga batu pintu utama Masjid Negara sana. Su menunggu di sebelah tangga. Seberang sana selepas tangga sebelah eskalator. Terlambai kenangan kami pergi situ buat inaian pada jari pengantin dan dua lagi puteri. Kioks inai dengan iklan bergambar jari pengantin popular berketurunan Bengkulu. Kami pergi kioks ini selepas saranan seorang sahabat Safura. Bukan kerana iklan itu. Kekanda sahabat Safura itu berinai situ. Sampai situ barulah kami tahu. Sebenarnya boleh tempah servis datang menginai di rumah. Tempahan perlu dibuat lebih awal.

Saranan Idris. Bagus Su solat di Sogo sana. Surau Semua House ini hujung bawah sana berhampiran tandas. Lebih kecil dari surau Sogo. Itu surau lelaki. Pada pandangan kita. Kalau surau lelaki pun kecil. Lebih kecillah lagi surau perempuan. Pergi Sogo sajalah. Lainlah kalau ada eskalator buat turun ke tingkat bawah itu. Kalau boleh biarlah mendahulukan solat sebelum pergi Sogo sana. Bagaimanapun terpaksa menimbangkan sakit kaki ini.

Lebih kurang lima belas minit sebelum Maghrib. Kami mencari tempat duduk. Sementara menunggu masa berbuka puasa. Berkira-kira mahu duduk di atas tangga batu pintu Semua House. Mahu mengulangi kenangan mereda penat, berehat duduk atas tangga batu Semua House selepas shopping keperluan barangan kenduri. Dua kali pergi Semua House beli bakul hantaran. Hari shopping menjelang perkahwinan puteri sulung.

Penuhlah pula tangga dengan ramai menunggu waktu berbuka puasa. Kecuali tangga di bahagian tengah sebagai laluan buat orang lalu lalang. Lagipun nanti payah pula mahu bangun dari tangga dengan kaki sakit ini.

Mahu berdiri bersandar pada batu tepi anjung kompleks. Semua batu memagari tepi kompleks ini dengan besi bagaikan gril rendah. Gril memagari tanaman renek rendah di atas batu. Mulanya berdiri bersandar pada batu ini. Lamalah pula lagi sebelum Maghrib. Lebih kurang sepuluh minit lagi. Nanti penat lama berdiri. Pada kaki sakit ini. Berdiri lama atau menuruni tangga. Lebih sakit dari berjalan perlahan. Sepuluh minit berjalan. Sudah boleh sampai Sogo.

Idris sarankan kami pergi saja Sogo. Sementara menunggu masuk waktu berbuka puasa.

" Okaylah. Karang kita berhentilah minum kat mana-mana. "

Didikan buat semua cahayamata. Jangan makan dan minum berdiri.

" Lagipun Mak ingat nak singgah pasar malam tu sekejap. "

Berkira-kira mahu beli kuih buat buka puasa. Juga menjengah lihat apa-apa sajalah buat hari raya.

" Laa lupalah tadi nak singgah gerai jual biskut kat Jalan Masjid India tadi. "

Sebenarnya berkira-kira mahu singgah merakamkan gambar gerai biskut raya.

Lalu tepi van menjual cafe latte dan minuman kopi yang seangkatan.

Tanya kalau Idris mahu caffe latte atau minuman bercoklat.

" Mak boleh belikan. "

Putera hati kita. Selalunya semua tidak mahu kalau ditanya. Idris berkategori sedikit cerewet bab makanan. Ikut perangai ibu.

Sempat lagi singgah gerai biskut raya Pasar Malam Lorong Tuanku Abdul Rahman. Satu bekas biskut RM15. Beli dua bekas biskut Samperit Dahlia dengan ceri merah.

Mulanya Su beri satu dulu bekas biskut samperit itu. Tanya orang muda penjual biskut. Satu je kak? Kita berniat beli lebih dari satu. Alang-alang sampai sini.

Angkat tangan beri tanda isyarat kita mahu tengok-tengok dulu. Tiada biskut berkenan pada selera mata. Beli dua bekas biskut yang sama. Ini biskut masakan Su kegemaran suami dan ramai yang pernah berkunjung raya rumah kami zaman dulu-dulu. Kalau kawan dan teman lama bertemu kita pada musim raya zaman kini. Pasti bertanyakan soalan sama ramai mereka ini. Banyak buat biskut? Ingat lagi. Sedap biskut semperit Su buat tu.

Gerai biskut. Sempat lagi kita tanya. " Beli lebih dari satu boleh kurang harga? "

" Tak boleh kak. Ni pun dah harga kurang. "

Kita tahu. Ini harga lelong. Kalau awal Ramadhan. Pastinya satu bekas biskut ini berharga antara RM22 sampai RM25 satu. Saja cuba-cuba minta kalau boleh kurang lagi.

Selepas berlalu dari gerai biskut. Baru teringat. Terlupa merakamkan gambar gerai biskut. Pandangan gerai biskut raya pada bulan Ramadhan. Pandangan gerai biskut berwarna-warni dengan anika bekas biskut.

Kemudiannya berkira-kira mahu susuri pangkal lorong pasar malam di belakang bangunan berderetan kedai kain ela itu. Mahu cari gerai kuih-muih. Ramainya orang sampai terpaksa berhimpit-himpit. Sampai terbatal wudhu' kala tersentuh lengan lelaki muda belasan tahun. Terlazim keluar rumah sentiasa dengan wudhu'. Batalkan hasrat susuri pasar malam belakang Hotel Noble itu. Terus saja pergi Sogo.

Kalau dalam gambar tertera. Bangunan Hotel Noble ini di sebelah kiri dalam gambar. Kelibat Lorong Tuanku Abdul Rahman di tengah gambar. Lorong antara dua bangunan rendah sebelah kanan dalam gambar. Jalan Masjid India. Belakang sana. Lorong pertama selepas Lorong Tuanku Abdul Rahman. Semua House di belakang Hotel Noble. Pintu lobi Hotel Noble menghadap Lorong Tuanku Abdul Rahman bersetentangan dengan tepi Semua House. Kalau menginap di hotel ini pada hari Sabtu. Keluar dari hotel. Terus berpandangan pasar malam. Sebagaimana Hotel Palace menghadap Bazaar Ramadhan Jalan Masjid India. Hotel Palace hujung sebelah kanan.

Kalau dari Jalan Tuanku Abdul Rahman mahu pergi lokasi Little India Kuala Lumpur ini. Kalau dari Sogo. Susuri Lorong Bonus sebelum kedai kain Nagoya. Kalau terlepas dari kedai Nagoya atau terlepas selepas kedai First Lady. Ada lagi lorong-lorong lain buat menuju pergi lokasi Little India. Info ini buat mereka dari luar Kuala Lumpur. Ini kerana Su pernah ditanya pembaca luar Kuala Lumpur tentang lokasi pasar malam ini.

Sebelum menyeberangi jalan pergi Sogo. Sebelum menyeberangi simpang dengan zebra crossing itu. Kelihatan ramai duduk-duduk tepi kaki lima jalan dengan tangan memegang minuman dan makanan. Kala menapaki dua anak tangga kaki lima di hadapan kedai kain. Dua gadis manis senyum-senyum sebelum ke tepi sedikit kedudukan duduk atas tangga hanya dua aras. Dua gadis bertudung memegang gelas air. Menunggu masa berbuka puasa.

Kami pula Alhamdulillah dengan izin Allah taala jua. Ada satu tempat kosong bangku batu sebelah khemah po*** bandaraya. Bawah restoran ikan di luar Sogo. Sekawan lelaki berunifom biru itu mulai makan nasi bungkus dan makanan-makanan berbungkus. Sebelah kami berdua. Sepasang lelaki perempuan muda Melayu.

Alhamdulillah buka puasa minum air soya. Berehat dalam lima minit. Kami terus pergi Sogo. Destinasi seterusnya. Surau Sogo. Selepas itu pergi medan makan. Berkumpul semula dengan dua cahayamata puteri.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Sepetang Jalan Masjid India 27 Ramadhan terlambai singgah memori Semua House kenduri lalu


Bangunan Sultan Abdul Samad petang tenang Ramadhan Kuala Lumpur
Originally uploaded by Ssuriha

Ramadhan 27 September 27 Jalan Tuanku Abdul Rahman

Berdua dengan putera intan payung. Selepas turun dari kereta di hadapan deretan kedai kain Jalan Tuanku Abdul Rahman. Turun di hadapan kedai kain atasnya Hotel Noble. Melepasi Pasar Malam Lorong Tuanku Abdul Rahman.

" Kita pergi Jalan Masjid India dulu. Balik nanti baru kita singgah pasar malam. "

Bazaar Ramadhan Jalan Masjid India. Sebelah kanan Semua House kalau dari Lorong Tuanku Abdul Rahman lokasi pasar malam mingguan. Kurang ramai berbanding dengan ramai orang menderu serbu pada malam raya tahun lepas. Mungkin ramai warga kota menunggu malam raya selalunya barangan berjualan harga lelong. Lebih ramai berhimpit-himpitan susuri lalu lorong lokasi pasar malam.

Sampai di hadapan Palace Hotel hotel singgahan selalu masa dulu-dulu. Mulai penat. Juga memikirkan bagaimana kalau bertambah penat. Bagaimana mahu berjalan kaki pergi parkir Sogo berkemungkinan dua puteri tinggalkan kereta di sana. Mungkin boleh bermalam di hotel ini. Buat lega penat. Malam nanti selepas solat terawih. Turun shopping. Walaupun tiga cahayamata kurang setuju. Kita boleh guna kuasa veto.

Bagaimanapun mengenangkan Idris kurang sihat. Mood Idris pun mood orang demam. Juga tiada persalinan buat bermalam. Tepis tepi rancangan bermalam. Lagipun kalau di rumah. Boleh beres kemas itu ini mana termampu.

Juga selepas tawaf Jalan Tuanku Abdul Rahman lebih dari sekali. Dengan jammed lagi. Sampai lokasi bazaar sudah pukul enam setengah. Walaupun kurang berhimpit-himpit seperti lorong pasar malam sana. Terpaksalah juga tersangkut-sangkut susuran dengan berhimpitan lalu tepi ramai pengunjung bazaar, sebelah motosikal lalu lalang, tepi barangan gerai, tepi busana bergantungan, barangan jualan makan jalan. Sesekali lalu pula kenderaan semakin menghimpit laluan.

" Dah dekat waktu buka puasa. Kita pergi surau Sogo. Tapi tak dapatlah Mak nak beli baju Melayu Idris kat kedai tu. Kat Alamanda ada tak kedai-kedai baju Melayu sekian-sekian? "

" Beli je kat mana-mana. Idris tak kisah pun. "

" Mak nak beli baju yang jenama sekian-sekian. Beli setahun sekali. "

Telefon dua puteri. Senyap telefon tanpa jawapan. Idris pula terpanggil nombor Suraya yang lama. Panggilan dijawab lelaki Cina. Ini padahnya kalau masih bersusun dalam buku telefon kita nombor-nombor lama. Dua cahayamata puteri. Keraplah benar tukar nombor telefon. Juga selalunya punya lebih dari satu nombor pada satu masa. Lebih dari satu telefon bimbit pada satu masa. Sampai selalu terpaksa menelefon lebih dari satu nombor.

Suraya menelefon semula. Hanya sayup-sayup kedengaran suara dengan bising Jalan Masjid India dan bising Sogo. Dua puteri hanya menunggu di Sogo. Lagipun dua puteri ini. Sudah lebih dari sekali datang shopping bazaar Ramadhan ini dari kampus. Antara kelaziman ibu tertumpah turun pada cahayamata puteri. Shopping raya susuri lokasi-lokasi popular pada bulan Ramadhan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Lokasi kelaziman sedari musim belasan tahun diri ini.

Hotel selalu kami bermalam singgah dulu-dulu. Kelibat hotel dalam gambar nombor dua. Gambar ini terakam pada musim shopping menjelang kenduri puteri sulung. Singgahan situ selalu pada umur kami suami isteri awalan dua puluhan. Musim kalau bersanggar satu keluarga. Sewa kamar berawalan angka satu ataupun kurang. Kini kalau bersanggar berhimpun satu keluarga. Sewa kamar berawalan selalunya angka jumlah puteri kami. Sepeningkatan dengan masa. Kecuali kalau hanya Su dengan cahayamata. Kamar lebih sederhana.



Singgah satu dua gerai jual baju Melayu. Tiada yang berkenan pada mata. Lagipun kita mencari baju Melayu telok belanga. Juga singgah satu gerai baju kurung. Baju-baju harga seratus lebih kalau di mall. Sini terjual dengan harga kurang seratus. Satu deret baju kurung kain chiffon saiz S dan XS saiz Safura. Lelong harga sampai lima puluh ringgit. Mungkin kurang popular saiz kecil ini. Boleh buat pakai selepas tiga hari raya. Tiada pula Safura.

Sedang membelek-belek baju kurung tergantung semua dengan harga diskaun. Baju kurung terkini. Labuci pada kolar. Hari semakin redup gelap. Lebih dari sekali petang ini. Kita semedang tanya Idris. Pukul berapa sekarang. Pukul 6.45 semakin senja.

Su tanya kakak penjual baju kurung. " Kat Semua House ada surau ke? "

Ada surau. Jadi kami bercadang iftar di Semua House. Solat di surau Semua House. Selepas itu makan malam di Sogo. Berkumpul semula dengan dua tuan puteri di Sogo sana.

Idris pergi beli minuman. Su menunggu di ruang legar Semua House selepas pintu utama. Cari-cari mana penjual Muslim. Mahu tanya mana surau. Tanya pada seorang gadis Melayu bertudung jaga kioks telefon bimbit. Suraunya di tingkat bawah sana. Pandang-pandang tangga batu menuju tingkat bawah. Aduh sakit pula kaki ini nanti.

Dulu-dulu tahun berulang sini sebelum perkahwinan puteri. Su tahu tiada eskalator buat turun ke bawah situ. Pastinya masa-masa sebelum Maghrib ini. Tetap terlintas lalu lambaian kenangan hari-hari sibuk berulang sini dulu. Bayangkan kami hanya punya masa lebih kurang sebulan buat persiapan kenduri selepas peminangan pada pertengahan bulan Oktober. Semua kala itu bagai mimpi. Belum bersedia lagi. Ingatkan lima enam tahun lagi.

Nikah pada 31 Disember. Kenduri di Danau Golf UKM pada 1 Januari. Kenduri di Ipoh sana pada 2 Januari. Berturut-turut tiga hari tanpa rehat. Juga tanpa rehat sebulan sebelum itu selepas Ramadhan bulan November. Sebulan Ramadhan kurang sihat selepas sakit sepanjang bulan Oktober.

Apa pun sudah tersurat begitu cerita. Kata Su pada Suraya. Kali ini bila sampai giliran kenduri dua puteri lagi. Beri kami masa setahun atau enam bulan paling singkat masa.

Apa pun bicara kami sesama ahli sekeluarga. Sedangkan hanya dengan kurang dua bulan pun kita boleh urus beres dengan majlis Alhamdulillah sentosa gemilang hanya dengan izin Allah subhanahuwataala. InsyaAllah pada masa mendatang nanti tiada masalah lagi biar apa pun cerita semasa. Mudah-mudahan begitulah dengan izin Allah subhanahuwataala. Mudah-mudahan murah rezeki buat kenduri-kenduri seterusnya nanti. Mudah-mudahan sihat bagus kesihatan ini buat kenduri-kenduri seterusnya.

Sambung kemudianlah cerita senja di Semua House 27 September.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Rutin tahunan shopping raya Jalan Tuanku Abdul Rahman


Satu petang tenang Ramadhan susuri lalu Jalan Sultan Hishamuddin Kuala Lumpur
Originally uploaded by Ssuriha

27 Ramadhan 27 September baru mulai shopping raya

Jalan Tuanku Abdul Rahman pergi selepas lewat pukul lima petang. Hanya berempat dengan tiga cahayamata. Walaupun mulai demam. Walaupun penat badan. Walaupun Idris panas badan mulai demam. Gagahkan badan pergi kerana mengenangkan kami belum beli baju Melayu raya Idris. Baju Melayu Idris bakal menentukan warna tema busana hari raya pertama. Wawasan kali ini. Beli baju Melayu Idris dari satu kedai ternama berhampiran Masjid India sana. Itu agenda utama petang ini.

Mulanya berkira-kira juga mungkin bagus pergi esok atau lusa. Mengenangkan hari ini hari pasar malam situ selain dari Bazaar Ramadhan sampai Jalan Masjid India sana. Bagus pergi. Lagipun mungkin kurang ramai lagi kerana ramai warga lembah kota sudah mulai pulang kampung. Ini menurut war-war berita media tempatan. Laporan mengatakan Kuala Lumpur mulai lengang. Walhal belum lengang sepi pun ibu kota walaupun siaran pagi tadi tv tempatan mengatakan ibu kota mulai lengang. Masih bersusun bertali arus kenderaan menuju kota. Pun begitu sedikit kurang sibuklah kenderaan berbanding biasa. Kalau hujung minggu lepas. Pasti suasana ramai itu berbeza.

Selepas melepasi Jalan Sultan Hishamuddin sebagaimana pada gambar tertera. Jalan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad bersekatan polis. Tiada lalu lintas kenderaan melepasi situ. Terpaksalah susuri lalu tepi kawasan Benteng dan sekitar Lebuh Ampang. Kesesakan jalan raya kota kala susuran kenderaan bagaikan siput menjalar perlahan ini buat kami sudah membayangkan, kemungkinan kami perlu berbuka puasa di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Ikut perancangan awal. Kami mahu pulang sebelum Maghrib.

" Dulu-dulu popular Benteng ni. Kawasan warung tepi sungai. "

Komen sesama kami. Entah apalah program esok lusa di sini sampai polis tutup jalan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad itu. Dataran Merdeka hanya berkelibatan beberapa orang pelancong.

Kala kereta biru susuri hadapan hentian bas selepas simpang tiga. Hentian bas dulu-dulu lebih dikenali dengan nama Hentian Bangkok Bank. Berceritalah kita tentang dulu-dulu kita selalu singgah turun dari bas mini di hentian ini. Dari situ berjalan perlahan pergi Hentian Bas Stand Klang buat menaiki bas Ekspres Klang Banting pergi Shah Alam. Walaupun sebutan sepatutnya Klang Bus Stand. Zaman dulu-dulu ramai menyebut hentian ini Bas Stand Klang.

Su masa itu lebih gemar menaiki bas ekspres sedikit mahal hanya beberapa sen dari bas biasa kerana bas ekpres ini berpendingin udara. Tambang bas henti-henti itu 85 sen. Tambang bas ekspres ini satu ringgit lebih. Jarang bertembung dengan pelajar-pelajar sekampus menaiki bas ekspres ini. Ramai memilih bas henti-henti kerana bas henti-henti ini lebih cepat sampai hentian. Tanpa perlu menunggu lama bas. Bas ekspress Kelang Banting perlu lama menunggu.

Su selalu memilih bas ekspres ini kerana lebih selesa tanpa perlu berebut-rebutan. Lagipun sebelum itu pernah berpengalaman dompet hilang semasa berebut-rebut menaiki bas henti-henti pergi Kelang lalu Shah Alam.

" Masa tu Mak selalu turun kat Bangkok Bank ni sebab bas mini dari rumah Nenek Johor Bahru kat Jalan Kucing sana tak pergi Bas Stand Klang. Bas mini merah jambu. Bas nombor 10. Nombor 30 lebih. "

Kalau dari Klang Bus Stand itu. Su menaiki bas mini turun di hujung Jalan Ipoh. Dari situ menyeberang jalan pergi Jalan Kuching. Kini lokasi itu. Sudah berlapis-lapis lebuhraya.

Juga situlah dulu lokasi pertemuan kita dengan seorang blogger tahun kita baru lepas SPM. Kalau blogger itu baca entri ini. Masihkah kamu ingat petang itu? Anda dengan kekasih anda waktu itu. Bertahun-tahun bercinta. Jodohnya dengan orang lain lama memerhati. Jodoh sudah lama menunggu. Anda dan kekasih dengan rakan lelaki sekuliah kita yang menemukan kita semua. Petang itu beradegan jejak kasih bersaksikan Hentian Bangkok Bank.

Sebelah Hentian Bangkok Bank ini. Bangunan tandas awam tepi jalan. Tandas dengan mesin tiket di tepi pintu. Kami mulalah mengandaikan satu dua andaian. Kenapalah gamaknya sudahnya dua orang lelaki berketurunan India itu membatalkan hasrat mahu menggunakan tandas selepas memasukkan beberapa keping duit siling ke dalam slot mesin tiket. Tidak cukup wang siling?

Sembang sesama kami. Kenapa servis tandas awam ini bukan percuma. Buat lebih memudahkan orang ramai. Sebagaimana percuma tandas-tandas awam tepi jalan Melbourne. Mungkin tandas tepi jalan Kuala Lumpur itu. Itu tandas swasta.

Juga sempatlah kami bersembang kenangan menggunakan tandas awam tepi jalan kota Paris. Kami dan keluarga sahabat Aberystwyth. Puaslah kami bertanya dalam bahasa Inggeris tentang tandas awam ini tetapi berjawapan gelengan kepala seorang lelaki Perancis dengan kata-kata bermaksud dia tidak faham bahasa Inggeris. Sekali kawan kita mengomen bodoh betul lelaki Perancis ni.. Komen dalam bahasa Inggeris. Faham pula dia. Member spontan tersenyum.

Juga semasa mencatat ini. Melintas lalu memori peristiwa kelakar kala mahu menggunakan satu tandas awam tepi jalan kota Melbourne.

Kembali ke Kuala Lumpur hari ini. Oh lagi cerita kenangan.

Kala kereta susur lalu tepi bangunan Mara. Komen kita pada Idris berkaitan dengan Mara. Kisahan kita dulu-dulu terpaksa menyanyikan lagu Inilah Barisan Mara dan buat senyum Mara pada minggu orientasi. Kakak dulu pun selalu datang sini urusan biasiswa.

Beberapa tahun sebelum ini. Baca senarai nama alumni kuliah kita di Shah Alam dulu. Ramainya member lama bertugas di situ. Kawan-kawan dulu sama kuliah.

Cerita Shimah. Satu hari Shimah pergi situ berurusan penajaan anakanda lelaki sambung belajar pergi London. Boleh seorang kawan dulu sama belajar mengatakan beliau kurang ingat siapa Shimah. Tetapi boleh pula ingat Su**. Komen Shimah. Mungkin dia ingat kita nak minta tolong fasal anak. Padahal anak kita dah dapat tempat pun.

Komen kita. Mungkin kawan itu benar-benar terlupa. Kita pula. Ramai kawan-kawan lama mudah ingat nama kita kerana nama kita yang lain dari yang lain. Kata seorang kawan dulu sekampus. Dalam kampus. Hanya kita seorang dengan nama itu. Komen kita. Dalam Malaysia. Hanya ada satu Su******. Beberapa tahun lepas Su terbaca nama seorang murid tahun satu dalam surat khabar. Murid baru sekolah ini dengan nama sama serupa dengan nama penuh kita ini. Entah-entah anak kawan lama kita. Bagaimanapun ejaan nama murid itu berhujungan dengan huruf i. Nama kita sebagaimana di dalam sijil kelahiran. Hujungnya huruf y.

Pun begitu kata Shimah. Kisah kawan lama boleh terlupa siapa Shimah. Sebagaimana kita pun bersetuju. Mungkin pening member itu. Itu musim kawan dan kenalan datang minta tolong fasal anak-anak dan kaum kerabat.



Sampai Jalan Tuanku Abdul Rahman. Minta Suraya turunkan Su dan Idris di hadapan deretan kedai sebelum simpang pergi Lorong Tuanku Abdul Rahman. Suraya pula kurang tahu kedudukan lokasi parkir terbuka di belakang deretan kedai karpet dan kedai kain. Parkir di sebelah bangunan menara belum siap itu.

" Tak pe lah. Mak ikut sampai tempat parking. "

Sekali tutuplah pula lorong menuju belakang deret kedai itu. Tawaf susur sekali lagi Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Sogo. Terpaksalah meronda jauh sampai pangkal Taman Bunga.

Ini kerana pada tawaf ini. Bukan saja jalan sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad tutup dari laluan kenderaan. Jalan di hadapan bangunan hal-hal ibu kota tempat kerja sepupu kita itu pun ditutup polis dari laluan kenderaan. Walhal pada tawaf kali pertama. Jalan itu masih dibuka pada kenderaan.

Baru-baru ini. Terlihat gambar suami sepupu kita itu dalam blog sesaorang. Tahulah kini di mana tempat kerja blogger itu. Sama tempat kerja dengan sepupu kita itu. Besar pula gambarnya. Bagaimanapun pada singgahan kali kedua. Gambar itu sudah dihilangkan. Selalu baca blog orang itu walaupun belum pernah komen.

Simpang menuju Sogo tutup dengan papan tanda parkir penuh.

" Laa penuhlah pula parking Sogo. Padahal tadi kita lalu sini. Okay lagi. Memang bukan rezeki kita. Ramainya orang. Ingatkan ramai dah balik kampung. "

Beberapa orang polis trafik berunifom mengawal kawasan persimpangan antara Sogo dan jalan tutup kerana bangunan menara bank belum siap itu. Walaupun hujung minggu terakhir Ramadhan sebelum hari raya. Semakin petang semakin bersusun datang kenderaan. Semakin petang semakin ramai orang.

Su dan Idris turun dari kereta di hadapan kedai kain Harisson atasnya Hotel Noble. Suraya dan Safura cari parkir.

" Kami pergi Wisma Yakin. Apa-apa hal karang telefon. "

Pada mulanya Su mencadangkan kami bermalam satu malam di memana hotel sekitar sini. Selesa sedikit ibu dari penat. Semua cahayamata mahu pulang. Siap mengugut lagi. Kalau terpaksa bermalam. Petang ini tidak mahu pergi Jalan Tuanku Abdul Rahman. Terpaksalah mengikut kemahuan tiga orang. Tiga lawan satu. Menanglah tiga.

Mulanya tetap mahu bawa bekalan sepasang persalinan. Kot kot nanti terpaksa bermalam. Batalkan rancangan itu bila memikirkan mana mungkin kita bermalam seorang. Kalau kepenatan. Kuatkan badan sampai pulang.

Baru-baru ini Su baru tahu yang kita boleh tahu entri mana paling popular dari satu sitemeter terpampang pada entri. Sepanjang bulan Ramadhan ini. Entri paling popular. Beberapa entri bersiri kisahan Nostalgia Ramadhan. Punyalah ramai bersinggah datang baca entri-entri bersiri Nostalgia Ramadhan itu. Pernahlah sampai mencecah seratus lebih sehari singgahan entri bersiri ini. Walhal itu entri-entri lama beberapa tahun lalu.

Gamaknya kalau kita publickan semula entri-entri bersiri Nostalgia Puduraya. Pun ramai bersinggah baca pada musim beli tiket bas ekspres ini. Su privatekan dulu siri Nostalgia Puduraya itu kerana tercatat nama sebenar beberapa orang sahabat sekampus dulu.

Selepas entri-entri bersiri Nostalgia Ramadhan ini. Ramai bersinggah memana entri-entri kita dengan kisahan shopping bulan Ramadhan di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Ingatkan kami sekeluarga saja yang gemar shopping raya sekitar situ. Ramai orang Malaysia gemar shopping raya sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India. Pada kita pula. Shopping sana bukan semata-mata kerana barangan. Mungkin lebih kepada kerana lambaian nostalgia suasana musim shopping pada bulan Ramadhan sekitar situ.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Ramadhan ini seminggu sebelum lebaran

23 Ramadhan 23 September hari Selasa seminggu sebelum hari Rabu 1 Shawal Berpatah semula pada cerita terkebelakang sebelum sepatutnya bercatatan entri empat hari sebelum 1 Shawal. Sedang dalam mood mencatat ringkas. Sebelum tulis panjang cerita selepas Idris pulang. Mungkin selepas entri ini.

Hari Selasa terakhir sebelum Aidilfitri. Seminggu sebelum raya. Belum pun mulai shopping raya. Busana raya pun belum beli lagi. Belum pun mula beli biskut raya. Bagaimanapun suami sudah tempah 200 Tart Nenas. Tempahan beli dari kawan sama fakulti. Tart Nenas kegemaran kami pada tahun-tahun kebelakangan ini. Tahun lepas tiada tempahan kerana kawan ini pergi tanah suci. Umrah bulan Ramadhan. Hajat tiada kesampaian kita Ramadhan kali ini.

Dua tuan puteri. Sudah beli busana baju kebaya dari satu butik berdekatan dengan kampus U** sana. Mulanya sedikit keberatan membenarkan pakai kebaya. Kebaya Nyonya. Bagaimanapun beriya-iya benar Safura mahu beli. Benarkan saja. Hanya buat pakai pada musim lebaran. Safura SMS dari kedai. Bukan SMS minta izin beli. Sudah mahu beli pun sebenarnya. SMS beritahu nanti mahu claim duit dari ibu. Harga asal RM500 turun sampai lebih berpuluh-puluh peratus diskaun. Mungkin kerana kurang popular busana bersaiz S dan yang lebih kecil.

Komen kita dalam hati. Beri guna kereta buat pergi kuliah. Jauh pula berjalannya. Merayau kamu ye..

Apa pun memudahkan kerja. Kalau tunggu kita pergi belikan. Sentiasanya bertangguh-tangguh entah bila mula beli baju raya. Semakin selalu penat bila berhujung bulan Ramadhan. Setiap tahun begini. Urusan mengemas menghias selalunya selepas 1 Shawal. Lagipun Ramadhan ini bulan menghimpun saham ibadah. Hujung Ramadhan. Masa-masa berusaha merebut kumpul saham sebelum 1 Shawal. Bonus rahmat sebulan setahun sekali.

Dua baju kebaya dalam dua warna berbeza. Kebaya Safura warna krim. Kebaya Suraya warna merah oren. Tema baju raya pertama bergantung pada baju Melayu Muhammad Idris belum pun beli. Tunggu Idris pulang dari utara.

Pagi pukul sepuluh. Ada rancangan sama nama dengan lagu Pertama Ramadan ini. Juga baru tahu. Lagu itu lagu ciptaan komposer seniman penerbit siri ini. Tetamu rancangan. Seorang selebriti saudara baru sedari Julai tahun lalu kini dengan nama Adam. Rancangan sebegini pun boleh buat basah mata terharu. Ini rancangan kedua tertonton kita bulan ini dengan penampilan selebriti saudara baru ini. Seperti selalu walaupun hanya tontonan tv. Iringan doa bila tersentuh hati.

Sebelum itu SPM setiap pagi. Segmen dengan seorang profesor wanita pakar mata. Komen sendiri dalam hati. Memang benar-benar pakar profesor mata ni.. Profesor universiti tempat kerja suami kita.


Cendol Pasar Ramadhan PKNS Bangi
Originally uploaded by Ssuriha.


Buka puasa makan Kuih Lompat Tikam. Kuih pilihan selalu musim Ramadhan ini. Cendol dari Pasar Ramadhan Bangi. Cendolnya boleh dibilang dengan jari. Hanya kuah semata. Kenapalah cendolnya pun mahu dicatu berkira. Masa Su lebih sihat dulu. Selalunya pada bulan Ramadhan. Kami beli cendol hijau itu. Bancuh sendiri cendolnya dengan santan perahan dan bancuhan gula melaka.

Hidangan makan nasi. Ayam Masak Kurma. Kambing Masak Kuzi. Sambal Tempoyak Pedas Cili Padi Pucuk Ubi. Ada Petai lagi. Tiga hari berturut-turut berhidangan Sambal Tempoyak Cili Padi Pucuk Ubi Petai ini. Beli dari Pasar Ramadhan PKNS Bangi. Sambalnya dalam bekas sebagaimana selalu gelas bekas dadih itu. Pertama kali beli sambal dalam bekas sebegini.


Hari pertama beli kaya petai dan ikan bilis. Hari kedua beli tiada petai dengan boleh dibilang ikan bilis. Hari ketiga beli. Susahnya kelibat ikan bilis. Bagaimanapun pedas cili padi buat memecah selera.

Pertama kali makan sambal tempoyak sebegini. Masa rumah di Melaka. Kenduri kahwin rumah jiran. Masa itu kita hairan. Kenduri kahwin pun ada sambal tempoyak. Kalau kenduri kahwin di utara sana. Selalunya bersayur Jelatah dan Pacri Nenas. Sekali bila mula makan. Baru tahu betapa sedapnya sambal kenduri kahwin mukim Melaka beradat pepatih ini. Pucuk ubi hiris halus-halus dalam gulai tempoyak masak pekat semacam sambal.

Malam baca surat khabar hujung minggu lalu masih belum baca. Baca tentang penipuan identiti lewat dunia maya. Cinta palsu lewat internet. Macam-macam hal. Bukan mahu menyentuh tentang cinta. Bab kenalan biasa wanita. Pun pernah bertembung personaliti berbeza dari cerita dunia internet sini dengan realiti luar sana.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Putera hati pulang menjelang malam 27 Ramadhan


Satu petang sepulang dari Brighton Beach Melbourne winter lalu
Originally uploaded by Ssuriha

Hari Jumaat 26 Ramadhan 26 September lima hari sebelum 1 Shawal 1429H

Sehari selepas hari terima elaun bulan ini dengan bonus. Buat pertama kali selepas lebih dari sepuluh tahun. Bonus buat kita terkurang dari kebiasaan. Walhal baru beberapa hari sebelum hari gaji 23 September dipercepatkan dua hari dari 25 September. Sesaorang itu baru terima cheque beribu riban wang penyelidikan selalunya bukan setakat seribu dua. Buat rumah baru lagi? Seberang lautan sana. Entah bilalah mahu berhenti berulang cerita sebegini. Sudah pun melebihi suku abad lama masa. Masih belum mahu berhenti wawasan orang tertentu. Rumah sini pula terabai tergantung belum selesai renovation sudah pun melebehi tiga tahun. Pendingin pereda hati. Sebagaimana kata seorang puteri buat terpana harapan. Rumah syurga sana lagi utama. Sabar itu meriah bunga.

Sambung cerita harian. Lima hari sebelum hari raya. Hari Jumaat terakhir Ramadhan tahun ini.



Hari ini hari hati ini riang berbunga-bunga kalbu. Girang berbunga menutupi segala kelabu biru kalbu bersinggah lalu semalam. Bunga-bunga riang hati ini berkudup kuntum mewangi beberapa hari sebelum semalam lagi. Putera hati bakal sampai lewat petang ini. Sedari semalam. Malah beberapa hari sebelum semalam. Telefon bimbit sentiasa rapat dengan diri.

Shaaban lalu. Mulanya ibu merancang mahu ziarah Idris sekali dalam bulan puasa. Semua tiada masa lapang sepanjang Ramadhan kali ini. Lalu berlalu hampir sebulan tanpa bertemu putera mahkota. Walhal selalunya. Ziarah pergi sana dua tiga minggu sekali. Pergi pulang hari utara sana kini sudah perkara biasa. Kecuali lebih kurang sebulan semasa kita pergi Melbourne April lalu. Juga masa dua minggu pergi Beijing.

Awal pukul dua belas tengah hari ini. Berbunga hati sejurus telefon berdering berpaparan awalan nombor negeri utara. Idris pulang dengan bas sekolah. Kami boleh saja menjemput pulang. Bagaimanapun musim pulang lebaran begini. Idris mahu pulang beramai menaiki bas. Lebih meriah suasana.

Panggilan telefon buat ibu beberapa minit sebelum menaiki bas. Ini kerana pesanan Su beberapa hari lepas. Jangan lupa telefon ibu sebelum menaiki bas.

" Mak nanti Idris tumpang kawan. Ayah dia jemput kat Pudu. "

Pesanan ibu seperti biasa. Jangan lupa baca doa menaiki kenderaan. Telefon ibu sejurus sampai Kuala Lumpur.

Mengisi masa petang. Antara sesekali mencari masa menghabiskan pengajian Al Quran bulan Ramadhan. Selepas dua siri masakan tatapan harian bulan Ramadhan. Popular dua siri masakan Saluran 1 ini sepanjang bulan Ramadhan ini. Ini memandangkan gambar kita dengan dua buku mengiringi dua siri ini, merupakan gambar kita paling popular dalam bulan ini. Gambar tertera nombor dua. Kata pencarian popular sampai terjumpa gambar ini. Ketuk-Ketuk Ramadhan dan Selera MMVitaOils. Kebanyakannya dengan kata pencarian buku resipi dua rancangan tv ini.

Siri Selera Ramadhan pukul dua belas setengah itu dengan seorang ustazah sebagai tetamu jemputan berbicara tentang kepentingan berdoa. Pendirian selalu diri ini. Kepentingan berdoa dalam kesejahteraan kehidupan juga hati bukan usaha sampingan sambil lalu. Doa selepas berusaha. Doa sebelum berusaha. Doa selalu memohon hidayah dalam menjalani setiap satu lorong kehidupan.

Selesai beberapa siri masakan. Tertontonlah lagi drama bersempena bulan Ramadhan. Tontonan kerana pelakon utama kini selalu berperanan bapa. Bulan Ramadhan ini. Tiada singgahan saluran orang putih. Sedihlah pula cerita. Walaupun tontonan hanya sambil lalu. Seteguh Hidayah. Juga kita perasan. Seorang pelakon lagi itu. Pelakon dua kali kita pernah bertembung. One Utama dan Pasar Ramadhan Lorong Tuanku Abdul Rahman tahun lepas. Kebelakangan ini. Kerap benar berperan suami jahat dan lelaki yang seangkatan. Selepas drama pertama kita tonton dia berperan suami jahat kepada Jasmin dalam siri drama pukul sebelas pagi.

Jangkanya bas sampai Kuala Lumpur sebelum masa Maghrib. Sementelah perjalanan bermula pukul 12 tengah hari. Idris sampai selepas pukul lapan malam. Ketukan pintu kala kita sedang mengelap meja makan selepas sesi makan malam selepas solat Maghrib. Solat Maghrib selepas berbuka puasa minum air dan makan buah kurma. Makan malam selepas iftar kita sebelalunya selepas pukul lapan malam. Ketukan pintu sejurus selepas berkumandang azan Isya'. Suami pun sudah bergegas pergi surau selepas azan Isya'. Meriah hati kala terdengar ketukan. Tahu itu siapa.

Gembira berbunga hati kala buka pintu. Salam cium pipi kiri dan kanan. Intan payung dalam pelukan rindu ibu. Juga kita perasan. Pelukan erat ebih lama dari biasa dari anakanda. Sementelah hanya kami berdua di ruang tamu. Kalau ada ahli keluarga lain. Idris kurang mahu menonjolkan sikap manja dengan ibu.

Kalau selalunya pulang berbaju batik unifom sekolah. Hari ini. Idris pakai kemeja kuning air unifom sekolah.

" Siapa hantar?.. Buka puasa di mana? "

Sampai Puduraya sebelum Maghrib. Bas sekolah kini tambangnya RM40 kalau dulu hanya sekitar RM20. Tambang hari raya. Berbuka puasa di Puduraya. Bapa kawan belanja. Kawan dari Seksyen 3 dulu sama sekolah menengah rendah. Seorang lagi kawan dari sekolah menengah rendah. Rumahnya di Sungai Merab sana. Hanya tiga orang pelajar dari sekolah lama Idris bertukar pergi sekolah ini selepas PMR. Ramai pergi Pengkalan Chepa sana. Juga Kuala Kubu Baru.

Beri keizinan Idris solat Isya' di rumah tetapi mesti solat terawih di surau.

" Malam ni malam dua puluh tujuh. Kot kot malam ni malam Lailatul Qadr. Rugi kalau tak solat terawih kat surau. "

" Sepatutnya malam ni bagus iktikaf kat surau. Malam dua puluh tujuh.. Tapi malam ni Ayang penat. Tak pe lah. "

Idris pulang awal sebelum witir. Suami seperti biasa. Pulang lewat selepas pukul sebelas. Selepas sesi tadarus di surau.

Pulang suami. Suami menjengah kamar Idris. Kami berdua ibu dan intan payung sedang berbual-bual. Sebenarnya sesi menemubual putera kembali di hadapan mata. Su di atas katil. Menghadap pandang anakanda menggunakan komputer. Meja komputer Idris sebelah katil. Santai berbual bertanyakan khabar terkini. Muncul suami di muka pintu kamar Idris. Pelukan buat my son. Kalau panggilan Ayang dari ibu. Abah Idris selalu berbangga dengan panggilan my son.

Idris tidur awal. Sebelum itu sempat makan dulu Nasi Ayam dan Roti John istimewa Abah Idris beli petang tadi buat Idris. Petang tadi SMS suami menannyakan kita mahu beli apa dari Pasar Ramadhan. Pesanan kita. Jangan lupa beli apa-apa makanan buat Idris. Kalau-kalau Idris sampai rumah sebelum Maghrib. Nasi Ayam ke.. Dua makanan suami beli itu. Antara makanan kegemaran selalu Muhammad Idris.

Alhamdulillah malam 27 malam putera hati kembali ke persada pangkuan ibu. Buat meriah senyum hati ibu.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari