Tags: sembang

Sebelum Syawal berlalu singgah bercerita hati riang

Malas lagi dengan blog ini. Sekadar beberapa kisahan terkini.

Sehari sebelum harijadi Muhammad Idris 16 Oktober 2009. Hari Graduasi Tingkatan V MRSM sekolah Muhammad Idris 15 Oktober 2009. 13 graduan paling cemerlang bergambar dengan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang usai semua 13 graduan dan ibubapa graduan diraikan dalam satu majlis makan tengah hari bersama Tuan Yang Terutama. Alhamdulillah satu hari meriah hati ramai pasangan ibubapa 13 graduan.

Sebenarnya paragraf di atas itu kerana saya mahu terterakan gambar berkaitan. Malaslah pula cari gambar. Kemudian-kemudian laa kot. Kalau rajin singgah sini lagi.

Juga sebenarnya paragraf itu copy and paste dari status Buku Muka pada harijadi Muhammad Idris. Gambar tertera sana. Tiada perlu sembunyi wajah. Gambar tertera sini. Perlu edit itu ini.

Muhammad Idris intan payung ibu. Graduan Kelas Satu. Empat semester berturut-turut penerima Anugerah Pengetua. Graduan Terbaik Subjek Matematik Tambahan. Rekod paling cemerlang. Pernah dengan markah 100 peratus dalam kertas peperiksaan Matematik Tambahan. Satu-satunya pelajar MRSM utara itu dengan rekod itu.

Selamat Harijadi Ayang. Semoga menjadi mukmin yang soleh. Selamat dunia akhirat. Semoga lebih berjaya dalam SPM nanti. Doa ibu sentiasa mengiringi.

Kata saya pada sesaorang. Sahabat dan sedara yang tulus berkongsi gembira dan harapan selalunya akan mengucapkan tahniah beriringan doa. Sudah kerap melalui fasa keputusan cemerlang semua cahayamata. Pendengar berita terbahagi kepada beberapa kumpulan. Ada kumpulan teruja berkongsi rasa gembira. Kumpulan itu paling terdahulu kita sampaikan berita. Kita bercerita buat berkongsi kegembiraan.

Hari itu. Berebut-rebutlah guru perempuan muda mahu bergambar dengan Muhammad Idris. Bukan bergambar beramai-ramai. Mahu bergambar berdua dengan Idris. Semacam model pula Idris petang itu. Masing-masing dengan komen yang sama pada kita. Muhammad Idris budak pandai. Muhammad Idris budak baik. Muhammad Idris budak hensem. Ayat paling akhir berkait dengan hensem. Itu hanya rekaan ibu Idris.

Komen kita pada bapa Idris. Jangan ada yang berkakak-kakak angkat sudah. Kalau yang baru grad tu. Beza kurang sepuluh tahun dengan Idris.

Hari itu kala sedang makan tengah hari dalam majlis bersama TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang. Gurau saya pada Muhammad Idris.

" Dah tiga kali konvo hah. Sekali masa tadika. Sekali masa darjah enam. Lepas ni grad U pula laa.. "

Tiga kali Hari Graduasi sekolah pakai jubah konvokesyen. Hari Anugerah Cemerlang PMR tahun lepas. Bapa Muhammad Idris naik pentas. Idris ketika itu sudah di MRSM.

Bercerita darihal berita terkini ibu Muhammad Idris pula.

Cerita biasa masa kini. Sentiasa berpergian dari rumah. Teramat jarang hujung minggu di rumah. Juga kebelakangan ini. Kesihatan kurang menentu.

Hari Isnin terbang lagi. Hari Jumaat terbang pulang. Sesampai rumah hari Jumaat itu. Bergegas pergi Pahang. Pahang sampai hujung minggu. Selepas itu. Sana sini sampai hujung tahun.

Sedikit berita terkini buat mengisi ruang.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sembang telefon sepulang dari Tawau pergi Pahang lagi

Kurma Safia Yusuf Taiyoob 23 Ramadhan


Tiga panggilan telefon buat puteri kedua selepas sepuluh hari Ramadhan. Saya lebih suka ejaan Ramadhan berbanding dengan Ramadan mengikut kamus sekian-sekian.

Rabu 2 September bersamaan dengan 12 Ramadhan. Pagi pukul lapan setengah.

" Assalamualaikum. Adik kat mana? Kat bilik? Tak de kelas ke? Oh petang. "

" Raya ni U** cuti seminggu kan. Ni Mak nak suruh Abah beli tiket balik Sabah. Mak dah tanya Baby. Baby okay. "

" Hah? Balik Sabah? Buat apa? Habislah baju raya cantik kitaorang. Nak balik Johor Bahru. "

Baju raya buat dipakai beraya dengan kawan-kawan U** dan kawan-kawan dulu sama sekolah. Kalau pulang beraya di Sabah. Busana raya mungkin tersimpan sahaja di dalam bagasi. Kalau di kampung sana. Mungkin tiga anakanda kami sepanjang hari berkurung saja di rumah kami di kampung itu. Bukanlah anakanda-anakanda ini tiada usaha cuba beramah mesra. Masalahnya saudara-saudara sepupu mereka di sana. Kita tanya sepatah jawab sepatah. Saya terima ini mungkin kerana rasa rendah diri mereka dengan keluarga uncle dan auntie yang ini. Bertahun-tahun berusaha. Itulah juga warna cerita. Begitu juga dengan kita. Kaum kerabat sana kalau dibawa berbual. Tanya satu jawab satu. Walhal kalau sesama sendiri dalam bahasa ibunda mereka. Gamat bising.

" Kita baliklah Johor Bahru satu malam. Alaa kesian lah kat Abah engkau orang. Bagilah sesekali Abah beraya kat Sabah. Tapi Mak dah cakap kat Abah. Mak nak balik raya Johor Bahru hari raya pertama lepas solat. Kita tidur satu malam kat Johor Bahru. Raya ketiga baru terbang pergi Sabah. "

Suami kita pula bila kawan-kawan bertanya kenapa tidak pulang beraya di Sabah. Jawapan selalu member. Raya kat sana tak berapa meriah macam kat sini. Hakikat ini Su setuju dan Su tahu suami kita tulus dengan jawapan itu. Apa pun tahun lepas suami kita pulang Sabah pada minggu pertama Aidilfitri. Pulang seorang diri. Bukan kami tidak mahu ikut. Member tidak semawa pun. Tahu-tahu member beritahu esok lusa mahu terbang.

" Apa nak buat balik Sabah? Kan ke kita selalu raya kat sini. "

" Tak pe lah sesekali raya kat sana. Mak dah bagitahu Abah. Mak suruh Abah booking hotel kat Kundasang. Hotel yang mengadap Gunung Kinabalu tu. "

Muhammad Idris tidak ditanya. Anakanda nan seorang ini selalunya patuh dengan setiap rancangan ayah ibu walaupun kurang setuju.

" Bila Adik nak balik? Adik balik laa. Kita pergi Pasar Ramadhan. "

" Mak pergi laa dengan Abah. "

" Abah selalu pergi Pasar Ramadhan PKNS. Mak nak jalan-jalan pergi Pasar Ramadhan yang lain. "

" Ajaklah Abah pergi Pasar Ramadhan Seksyen Tujuh. "

" Minggu lepas Mak pergi Pasar Ramadhan Balik Pulau kat Penang. Kuih dia sedap-sedap. Murah pun murah. Semalam Adik pergi Pasar Ramadhan mana? "

" Pasar Ramadhan Wangsa****. "

" Kat mana Pasar Ramadhan tu? "

" Dekat Jusco tu. Adik nampak Amy S*****. Pendek je. Pendek dari Adik. "

" Orang dia memang kecikHensem ke? "

" Hensem apa. Dah tua. "

Ketawa. " Tua dari Abah kamu. Dia sorang je ke. Dia beli apa? "

" Sorang je. Dia beli kuih. Tapi Adik nampak juga orang S***** yang badan besar tu. "

" Jalan dengan geng S***** kot. Rumah dia bukan kat situ. "

" Hah okay ya Adik kita balik Sabah? "

" Hmm okaylah. "

Rancangan pulang Sabah bersempena Aidilfitri kali ini adalah cadangan Su dan suami setuju saja.

Khamis 3 September bersamaan dengan 13 Ramadhan pagi pukul sebelas

" Assalamualaikum. Adik kat mana ni? Adik buat apa? Tidur. Hah baru bangun tidur? "

" Nak tidur. Adik baru habis kelas ni. Baru sampai bilik. "

" Oh. Kelas pukul berapa? Pukul lapan. "

" Adik. Mak dah masukkan duit Adik nak pergi Jalan TAR tu. "

" Mak masukkan berapa? "

" Lima ringgit. Eh tak. Lima puluh. "

Saja bergurau senda.

" Lima puluh? Nak beli apa lima puluh? "

" Adik nak berapa? "

" Sekian-sekian ratus. "

" Pas. Mak dah masuk banyak tu. Bahagian untuk Baby pun. Nanti Adik bagi kat Baby. Bawa Baby pergi sekali tau. Engkau orang nak pergi bila? Minggu depan hari Isnin atau Selasa pergi dengan Mak pula tau. Esok Mak dengan Abah pergi Pahang. "

" Hah??? Jalan lagi? Asyik tak de je. Bila nak shopping? "

Su dan suami baru pulang dari Tawau.

" Habis kerja Abah engkau orang tak pernah habis. "

" Kita orang balik hari Ahad. Hari Isnin atau Selasa kita pergi laa KL. Kita tidur kat hotel satu malam. "

" Hmm okay laa. Nanti tinggalkan duit belanja. "

" Adik solat terawih tak malam tadi? Tak? Kenapa? Kuliah? Kenapa lecturer tu buat kuliah malam masa orang solat terawih. Kuliah pukul berapa. Pukul sembilan? Orang baru nak solat terawih tu. "

" Kalau tak pergi solat terawih kat surau. Solat laa kat bilik. "

" Okaylah. Jangan lupa solat terawih tau. Jangan lupa mengaji. Okaylah. Mak nak tengok Siti Norhali** masak kat tv ni. "

Mulanya berkira-kira mahu mencatat tiga cerita perbualan. Dua sajalah dulu. Seperti biasa hampir sepanjang tahun ini. Selepas solat Jumaat. Tiga hari hujung minggu di luar bandar kediaman. 


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Petang hujan Keramat bawa pulang misai kucing ungu

Harum merah jambu basah selepas hujan singgah Kuala Lumpur


Sehari selepas petang berdua berpandangan kelibat Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. 28 April hari Selasa.

Malam tadi. Terlupa catat. Sebelum restoran Jalan 11 itu. Kami singgah satu kedai dua puluh empat jam berhampiran situ. Pesanan beli top up telefon bimbit Safura. Sebelum kereta sampai parkir di hadapan kedai gunting rambut hanya selang beberapa pintu dari kedai mahu dituju. Terlihat sesaorang melintas jalan di hadapan kereta biru kami.

" Eh tu macam Ramlee AM je. "

Lamalah juga menunggu suami. Sambil menunggu. Pandang memandang kedai gunting rambut orang India singgahan selalu suami dan putera mahkota. Suami kita mana-mana pergi pun. Tetap cari kedai gunting rambut orang India.

Teringat semasa kecil dulu. Dari sekolah rendah sampailah tahun-tahun awal sekolah menengah kami hidup bertiga tanpa ayah ibu. Su selalu menemankan Johan pergi kedai gunting rambut. Selalunya sementara menunggu. Su baca majalah bertulisan Tamil. Bukan baca pun. Hanya tengok gambar filem-filem Tamil. Kalau Indian Movie News. Ada segmen filem-filem Hindustan. Filem Hindustan separuh majalah. Filem Tamil separuh majalah.

Datang suami. Teruja member bercerita tadi bersembang sebentar dengan Ramlee AM. Suami kita cerita pada Ramlee tentang pergi Pesta Buku Kuala Lumpur tempoh hari tidak sempat bertemu novelis itu.

" Ramlee bagitahu dia ada kat pesta buku tu sampai pukul tujuh. "

" Itu laa.. Ikut jadual. Diaorang kat situ sampai pukul tujuh.

Cerita kawan itu. Ramai betul orang bah. Orang surut saja aku cabut.

" Tahu dah malam-malam dia jemput anak dia kat tuisyen tu. Kalau nak minta dia sain buku. Lepas solat Isya' pergi laa situ. Tak boleh letak dalam blog nama tuisyen tu. Bahaya. "

Sepetang UIA Kuala Lumpur dari jendela kereta sebelum singgah Keramat


Sepatutnya petang semalam Su pergi rumah Shimah. Berjanji dengan Shimah mahu pergi rumah Shimah seawal petang semalam. Tiada kenderaan. Safura pergi pejabat pos. Lalu hari ini merealisasikan perjalanan tertangguh semalam. Semalam Safura ambil bungkusan dari pejabat pos.

Dua orang tuan puteri kami. Lima tahun kebelakangan ini. Selalulah dengan aktiviti shopping dan menjual barangan secara online. Masa mula-mula dulu. Selalulah kita ini menunggu di tingkat bawah pada hari-hari jangkanya sampai bungkusan. Kini malas lagi. Malas tunggu.

Selalunya selesai urusan berkebun dan kemas dapur dan apa-apa di tingkat bawah. Kita berehat di tingkat atas sebelum tengah hari. Jadi selalulah posman tinggalkan kad nota ambil bungkusan di pejabat pos.

Sedari awal tahun ini Su mulai melazimkan diri dengan tiga solat hajat selepas solat sunat pagi. Walau bagaimana penat sekali pun. Su tidak tinggalkan satu solat sunat hajat ini. Kurang sebulan selepas solat-solat hajat ini. Januari lalu kami suami isteri di Bogor. Su terima berturutan emel dari Shimah. Ada empat pelawaan perjalanan kalau Su mahu ikut sama. Bulan September pergi London. Bulan Mac pergi Padang. Bulan Julai pergi Korea singgah Vietnam. Satu lagi perjalanan. Hujung tahun ini.

Mulanya berkira-kira mahu pergi Padang. Bagaimanapun perjalanan itu hanya sebulan dua selepas Bogor dan Jakarta dan Sandakan. Baca itinerari wisata. Memenatkanlah juga. Sebelum Bogor itu baru pulang dari Melbourne. Berderetan penat berkumpul. Lalu tangguh dulu pergi Padang. Lagipun Julai ini mungkin pergi Jakarta lagi. September itu. Sukacita kalau dapat pergi tetapi perlu menimbangkan itu bulan Ramadhan. Juga Muhammad Idris bulan itu menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Korea dan Vietnam. Sedang timbang-timbangkan. Perjalanan bulan November sampai Disember itu. Itu sudah bulat hati.

Sujud syukur pada Ilahi. Kurang sebulan solat hajat. Sesungguhnya Allah subhanahuwataala itu Maha Mendengar.

Perjalanan petang ini pergi rumah Shimah. Berkaitan perjalanan hujung tahun ini InsyaAllah semoga diperkenankan Allah subhanahuwataala. Pada yang lama mengikuti cerita sanubari ini dan faham perjalanan itu pergi mana. Doa-doakanlah. Mulanya Su pergi seorang ikut rombongan Shimah. Alhamdulillah kini suami terbuka hati mahu ikut sama.

Misai kucing ungu petang hujan Keramat


Selepas solat Zohor sebelum pergi rumah Shimah. Singgah kampus U** dulu. Safura berurusan pembayaran denda lima puluh RM berkena mengena dengan hal kolej kediaman. Su tunggu dalam kereta. Kereta biru gelap menghadap pemandangan meredup mata sebagaimana tertera pada gambar nombor dua. Menurut Safura. Semasa cuti ada orang luar menginap di kamar itu tidak tutup lampu. Sudahnya mereka penghuni kamar itu kena bayar denda.

Sampai Keramat berhampiran rumah Shimah. Hujan mulai turun renyai-renyai. Sebelum lebih jauh ronda dan tawaf. Su telefon Shimah tanya arah. Kali akhir pergi rumah Shimah. Tiga tahun lepas.

Kali akhir datang perumahan situ. Tahun lepas. Hadir Jamuan Eidulfitri sahabat dulu sama sekolah di Melaka. Sahabat ini kini hilang khabar berita ramai mencari selepas khabarnya bermasalah suami bercinta dengan pembantu rumah berasal dari seberang. Suaminya senior lebih sepuluh tahun dari kami. Bukan muda pun lagi.

Shimah minta kami tunggu situ. Kami tunggu di hadapan satu rumah tadika. Tadika nama wanita Melayu. Shimah datang menjemput. Ekori kereta krim Shimah. Oh dekat saja rupanya dari situ. Selalunya kami terbiasa pergi lalu Jalan Jelatek dari Ampang. Hari ini lalu simpang lain dari lebuhraya. Terpusing ronda tawaf sana sini. Dulu kalau pergi rumah sepupu. Pun selalunya terpaksa tawaf sana sini.

Lalu lorong nama burung sedikit menuruni bukit hujungnya dulu rumah sepupu Su kini sudah terjual rumah itu bila sepupu perempuan ini beli rumah di Bangi.

Pesan kita pada Safura. " Ingat lain kali kalau kita datang sini. Dari depan tadika tadi. Simpang kiri lalu kedai. Simpang kanan. Simpang kiri turun bukit. Simpang kanan simpang kanan lagi. Simpang kiri simpang kiri. "

Waduh berbelit-belit berapa banyak simpang. Sebagaimana kata Shimah. Memang ramai mengadu susahnya cari rumah Shimah ni. Walhal ini bukan kali pertama Su pergi situ.

Alhamdulillah bertemu lagi berpandangan mata. Sahabat sedari umur Su tujuh belas tahun. Antara sahabat paling tahu tentang cerita hidup kita ini. Bukan cerita masa kini. Cerita masa lalu.

Hujan semakin deras lebat kala kereta sampai di hadapan rumah Shimah. Shimah datang memayungkan kita dari kereta. Hanya dua orang cahayamata Shimah di rumah. Seorang ralit dengan laptop. Seorang lagi ralit dengan komputer desktop. Anak perempuan menghadap laptop. Baru selesai kursus matrikulasi.

" Cadangnya nak pergi mana selepas ni? "

" UKM. Kursus Kejuruteraan. "

Anak lelaki guna komputer. Baru bersekolah rendah. Manakala anak lelaki paling bongsu. Baru darjah satu ke dua. Lupa. Antara ramai sahabat karib lebih kurang sama umur. Su saja yang tiada lagi anak kecil. Intan payung putera mahkota. Itulah anakanda paling kecil. Sebelum ini. Tidaklah tersangka itu yang bongsu.

Hanya selang dua pintu dari rumah Shimah. Rumah sahabat karib sama sekolah menengah di Melaka. Malah kami sama sekolah sedari zaman bersekolah rendah di Taiping. Setiap hari kami berseiringan berjalan kaki pergi sekolah kerana kami hidup berjiran. Kali akhir Su bertemu mata dengan sahabat seorang doktor perubatan ini. Kenduri kahwin puteri sulung. Ini bukan sahabat yang suami buat hal itu. Ramai lagi sahabat dulu sama sekolah di Melaka rumahnya sekitar sini.

Dua tahun lepas. Kami suami isteri hadir jamuan Eidulfitri alumni sekolah lama kami di Melaka di rumah seorang sahabat di sini. Pertemuan pertama kali dengan ramai selepas berpisah selepas tingkatan tiga. Kalau sahabat sama sekolah di Pahang. Ramai di Bangi. Sahabat-sahabat Aberystwyth dari dua dekad. 80-an dan 90-an. Ramai di Bandar Baru Bangi.

Solat Asar di rumah Shimah. Kamar tingkat bawah. Minum secawan kopi O panas. Kopi dalam cawan warna coklat kopi. Sesekali minum kopi panas. Hari hujan pula. Terasa lazat mereda penat.

" Dulu malam Su** datang masa pergi rumah sepupu Su** tu saya tak de kat rumah "

" Sepupu tu dah jual rumah tu. Dia beli rumah di Bangi. Dua tahun lebih dah. Rumah dia tu dekat dengan rumah MP Kulim dulu lawyer sekian-sekian orang. Apa nama dia. Lupa laa.. Muka ingat. "

" Oh yang selalu naik motor besar tu? Zulkifli ******. "

Pulang sebelum pukul enam berbekal sepasu pokok misai kucing warna putih, seperdu pokok bunga misai kucing warna ungu, beberapa kuntum bunga waterlilies. Lupa apa nama bunga hidup terapung atas air ini dalam bahasa Melayu. Bukan bunga teratai. Juga satu beg buah mangga segar hasil tanaman Shimah. Sempatlah lagi bergambar-gambar. Bukan selalu bertemu mata walaupun kerap berhubungan samada menelefon atau beremel-emelan.

Lalu satu bangunan besar tepi lebuhraya.

" Orang muka hero sinetron Indonesia yang dulu suka kat Mak masa kat I** tu. Dulu dia kerja kat sini laa.. Rumah dia pun dekat-dekat sini. Baru-baru ni Mak terjumpa blog dengan Buku Muka dia. "

" Kawan-kawan I** Mak ramai betul rumah kat sini. Macam berkampung kat sini. "

Sampai Bandar Baru Bangi. Perjalanan sepatutnya lebih kurang tiga puluh lima minit sudah jadi hampir satu jam lama kerana kesesakan lebuhraya waktu orang pulang dari pejabat. Pun begitu sampai bandar kediaman sebelum pukul tujuh. Telefon suami. Jom minum kopi di restoran sekian-sekian. Restoran Nasi Kukus. Suami kita pergi dulu. Berbasikal dari rumah. Restoran ini hanya sepelaung dari rumah. Masih satu seksyen. Bandar Baru Bangi pun baru lepas hujan.

" Orderkan Su Teh O Limau panas. "

Sampai restoran. Suami kita sudah sedia menjamu selera. Makan Meehoon Sup. Su makan Mee Goreng. Safura makan Kuetiau Goreng. Beli bungkus dua ketul Ayam Goreng Kampung buat Suraya malas keluar rumah kerana penat baru pulang dari kerja. Suraya sudah seminggu berlatihan praktikal.

Azan Maghrib berkumandang. Suami kita pulang dulu. Suami terus pergi surau bukan pun jauh dari situ. Su dan Safura menghabiskan makanan. Tuan punya restoran mejanya di belakang meja makan kami. Pun bangun meninggalkan meja bila azan berkumandang. Lelaki berumur mungkin lewat 60-an itu. Sebelum itu ralit menghadap komputer. Intai lihat apa dibaca tokeh itu. Satu forum maya. Antara aktiviti dunia internet. Antara teramat-amatlah jarang kita singgah. Memana forum dan sesi sembang maya. Lebih gemar pada apa-apa berkaitan baca membaca.

Alhamdulillah sampai rumah sebelum pukul lapan malam. Alhamdulillah syukur dengan perjalanan petang ini. Perjalanan ambil borang. Pada yang tulus hati mengenangkan diri ini. Tolonglah doa-doakan semoga tercapai hajat Su berperjalanan nan satu ini. Semoga doa-doa itu pun terkembali semula makbulnya buat orang yang berdoa.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Selepas PWTC singgah pesta buku mini The Mall pula

The Mall usai berPesta Buku Kuala Lumpur


Masih seperistiwa berpesta buku cerita 25 April hari Sabtu hampir sebulan lalu.

Keluar dari surau The Mall. Suasana di luar surau sama seperti kala kami baru sampai surau ini tadi. Kalau dalam surau bahagian perempuan. Panjang barisan menunggu giliran mengambil wudhu'. Luar muka pintu surau. Beratur panjangg orang lelaki menunggu giliran memasuki surau. Keluar dari lorong menuju surau. Hadapan satu salun rambut. Kanak-kanak sabar menunggu ayah ibu. Kanak-kanak pra sekolah bersila atas lantai sambil baca buku baru beli dari pesta buku.

Pemandangan biasa ibu kota ini pada waktu Maghrib. Ramai memenuhi surau. Apalagi dengan ramai serbu pesta buku. Mungkin ramai juga sama seperti kami. Lari pergi surau sini bila surau PWTC sana penuh ramai.

Sama sebagaimana pemandangan semasa di medan selera The Mall tadi. Rata-rata orang ramai sekitar surau ini adalah mereka dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Rata-rata dengan beg-beg beli buku. Orang kita sebenarnya ramai suka beli buku. Orang-orang kita seawal usia belum sekolah. Ramai suka baca buku. Hanya budaya kita belum menonjol semangat membaca sampai keluar rumah. Belum lagi sampai ralit membaca sambil berjalan atau sambil berdiri dalam komuter atau LRT. Cahayamata bongsu saya begitu. Ralit baca buku sambil berjalan walaupun di tengah kota. Walaupun di tengah kota Melbourne. Namun Su melarang feel begini mengenangkan tahap keselamatan dan sebagainya.

Kala mencatat tulis tentang membaca buku sambil berjalan ini. Teringat pada seorang pensyarah orang putih di Shah Alam dulu. Beliau ini. Selalu kelihatan membaca buku sambil berjalan. Sampaikan kami lali dengan pandangan ini.

Pesta buku dengan tarikan harga buku lebih murah menggamit ramai berpusu-pusu bukan mereka hanya dari Lembah Kelang. Semoga pada masa hadapan pihak penganjur pesta ini lebih menimbang rasa tentang keselesaan pengunjung. Timbang rasa tentang susun atur booth buku. Jangan sampai hampir tiada tempat lalu.

Teringat pada awal dekad lalu. Susun atur booth buku lebih menyelesakan pengunjung. Mungkin kerana waktu itu jumlah penerbit buku mengambil bahagian tidaklah seramai hari ini. Pun begitu dengan pengalaman penganjur lebih dari suku abad. Sewajarnya arif berpengalaman dalam menangani hal kesesakan ini. Ini tahun demi tahun lebih dari sepuluh tahun kebelakangan ini. Tetap cerita yang sama. Malah rasanya semakin tahun semakin sempit.

Setahun dua ini minat bersinggah pesta buku ini semakin pudar bila mengenangkan tentang kesesakan ini. Lagipun pada Su. Pergi pesta buku bukan kerana harga buku lebih murah. Pada Su. Selalunya bila berpesta buku ini. Su mencari buku-buku sukar didapati di kedai-kedai biasa. Misalnya ada kedai-kedai menjual buku ugama yang Su kurang tahu lokasi kedai. Peluang menjengah booth penerbit-penerbit ini di pesta buku. Satu peluang keemasan mengaut beli buku Su susah jumpa. Misalnya dua tahun lepas Su beli kitab-kitab Al Quran bersaiz hanya besar sedikit dari kotak mancis api.

Juga setiap tahun pergi pesta buku ini. Su angkut buku-buku biografi dan buku-buku memoir Su susah jumpa di kedai buku kami biasa singgah. Selalunya buku-buku biografi lama. Misalnya lewat Pesta Buku Kuala Lumpur beberapa tahun lalu. Beli buku biografi Doris Day kerana nostalgia siri Doris Day Show masa baru sekolah. Juga selalunya setiap kali berpesta buku ini. Su mesti beli satu biografi orang besar negara. Kecuali tahun ini.

Kalau novel. Senang cari di kedai-kedai buku biasa pada hari-hari biasa. Kalau novel masa pesta buku. Su lebih gemar mencari novel-novel lama jarang lagi terjual di kedai-kedai buku biasa. Novel-novel Melayu dulunya Su pinjam baca dari perpustakaan sekolah. Walaupun novel-novel itu versi terbitan hari ini. Misalnya beberapa tahun lepas Su beli novel Anak Raja Anak Papa terjemahan Zaaba terbitan baru walaupun kami sudah ada buku ini versi bahasa Inggeris Mark Twain. Beli buku terjemahan Zaaba itu kerana nostalgia pernah pinjam buku itu dari perpustakaan kelas masa sekolah rendah.

Kitab 101 Doa beli dari gerai Telaga Biru Pesta Buku Kuala Lumpur


Keluar kami dari surau. Sementara menunggu suami hilang kelibat entah pergi mana. Suraya semedangnya dengan telefon bimbit. Safura pula singgah satu kedai berwarna-warni menjual barang perhiasan gerek. Ini gerek dalam bahasa surat. Bukan gerek dalam bahasa slanga Singapura atau gerek orang Kedah.

Semasa kami baru keluar dari surau. Seorang ibu menanyakan tentang betapa ramai orang di dalam surau. Kala berdiri merakamkan gambar-gambar ruang legar The Mall. Terpandangkan ibu itu masih berdiri menunggu di luar surau. Mungkin ibu itu bukan dari lembah kota ini. Bermusafir dari jauh kerana pesta buku. Boleh berniat qasar dan kumpulkan solat.

Bersenyum-senyum kita dengan seorang wanita muda sedikit gempal namun manis orangnya berdiri di sebelah. Wanita bertudung murah senyuman ini dengan bagasi bukan hanya satu dua. Gaya seperti baru turun dari bas ekspres. Tunggu orang datang menjemput gamaknya. Stesen Bas Putra hanya sepelaung sana. Mungkin singgah surau The Mall selepas turun di stesen itu.

Jumpa semula suami kita baru keluar dari Parkson. Turun pergi aras G. Tiga orang itu bukan main laju lagi ke hadapan menaiki eskalator menurun ke bawah meninggalkan kita di belakang. Kita masih di atas eskalator tingkat atas. Begitulah selalunya ahli keluarga saya. Terlupa kita ini bukannya kuat seperti mereka. Terlupa kita belum pun hilang pening selepas terpitam tadi.

Susuri ruang legar aras G. Suami dan Suraya singgah Parkson sedang berjualan murah. Su dan Safura menjengah kioks jual barangan dari Kashmir. Beli satu shawl warna biru. Kalau tidak dipakai sebagai selendang. Boleh buat kain alas meja. Sebelum itu lama memilih antara biru turquoise lembut atau biru nilam gelap. Pilih warna biru turquoise.

Selepas itu. Oh The Mall pun ada pesta buku? Dalam pada badan mulai kepenatan teramat. Tadi tidak beli buku di Pesta Buku Kuala Lumpur. Beli buku di pesta buku sini.

" Kat dalam PWTC sana pesta buku. Diaorang pun ambil kesempatan buka gerai buku. Buku-buku lama ni. Ni semua sepuluh ringgit satu. "

Apa dibeli. Dua buku komik tahunan beli kerana nostalgia masa kecil. Suraya pun teruja terpandang buku-buku komik ini. Beli dua buah buku memoir dalam bahasa Inggeris. Satunya berlatarkan pengalaman hidup zaman perang dunia di kota London. Satu lagi. Memoir orang kampung Ireland zaman awal abad lepas. Beli satu buku kad buat Safiyyah. Satu buku bukan fiksyen berkaitan sejarah dunia buat diri sendiri. Satu buku buat Suraya. Satu buku buat Safura.

Mulanya Su berkira-kira mahu beli autobiografi pelakon Goldie H bermata besar itu. Sekali Suraya minta kita belikan buku fesyen Victoria isteri pemain bola itu. Sampai jadi terlupa pasal buku Goldie itu. Ni buku lama laa Adik. Fesyen dia pun semua dah ketinggalan zaman. Lainlah buku biografi. Lagi lama lagi bernilai. Kalau Adik nak sangat. Mak boleh belikan. Tidak beli pun buku Victoria itu. Suraya akur. Itu buku lama dengan gambar-gambar lama. Sebenarnya kurang berkenan dengan buku itu kerana kita kurang gemar dengan pasangan selebriti itu.

The Dandy & Dennis the Menace nostalgia masa kecil rembatan pesta buku The Mall


Singgah pula pasaraya CS selalunya Su kurang gemar singgah kecuali stor di Alamanda kerana stor di Alamanda itu tidak menjual alkohol. Hanya Suraya masuk pasaraya. Ibu minta tolong belikan Teh Boh 3 dalam 1. Akhir-akhir ini. Lama tidak minum minuman bersusu kerana sakit kaki. Kita gemar minum teh kegemaran suami ini. Pernah beli versi 2 dalam 1 tanpa gula. Kurang umph.

Sementara tunggu Suraya. Sesi merakamkan gambar. Safura pantang jumpa cermin. Mesti ada sesi merakamkan gambar dalam cermin. Gambar-gambar dalam cermin tandas memana mall. Itu cerita biasa. Kalau kami sekeluarga. Cerita biasa rakaman gambar dalam cermin lif hotel.

Sebagai rekod diri sendiri. Hari ini kami suami isteri boria pakai baju batik warna biru. Su pakai baju kurung batik sutera warna biru. Suami dengan baju batik biru hadiah dari kita. Minggu lepas. Kita belikan tiga pasang baju batik buat suami. Satu warna biru. Satu warna biru kelabu. Satu warna krim jingga. Bukan mahal pun setiap satu. Harga jualan murah.

Dua puteri pergi parkir kereta. Su dan suami menunggu di pintu belakang aras LG. Sempat lagi beli sebotol air mineral.

Suami terlihatkan sesaorang mirip wajah seorang kerabat dari negeri pantai timur. Orang itu lalu tepi kami dari mesin tiket parkir. Suami dengan orang itu sama-sama berbaris tunggu giliran di hadapan mesin parkir itu.

" Bukan orang tu. Su dah dua kali berselisih dengan dia tu. Sekali tu kat Pavilion. Sekali lagi kat The Gardens. Orang tu ranggi macam orang muda. Nampak muda padahal umur dah dekat tujuh puluh kot. Ni orang lain. Kat Pavilion tu nampak dia dengan perempuan muda. Bukan isteri dia bekas penyanyi tu. Bukan anak dia. Tapi macam suami isteri laa.. "

Giliran Safura pandu kereta. Tadi semasa datang. Suami pandu kereta.

Susur Bukit Tunku sebelum sampai Lebuhraya Mahameru. Sesekali meronda Kuala Lumpur waktu malam.

Susur Lebuhraya Kuala Lumpur sekitar Sungai Besi. Safura tanya tentang rancangan kami berdua pagi esok mahu ke utara. Singgah sekolah Idris. Melayan rindu hati ibu ini pada putera mahkota.

Tanya Safura. " Abah ikut ke? "

" Eh Abah kamu pun nak jumpa anak lelaki sorang dia. "

Jarum mulai mengena.

" Kita pergi lewat sikit laa. Tunggu Abah habis main futsal. Kalau sempat. Kita singgah pesta buku sekejap. "

Alhamdulillah lega sampai rumah. Sesampai rumah. Sempat lagi rakamkan gambar buku-buku baru beli.

" Eh engkau orang beli kitab doa ni sebab penulis dia pensyarah U** ke? "

" Tak kenal pun. Saja beli. "

Kitab doa dalam gambar itu.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Pisang Goreng Roti Canai tepi sungai sesanggar pesta buku

Pisang Goreng PWTC Riverside Cafe masa Pesta Buku Kuala Lumpur


Sambung cerita Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. 25 haribulan hari Sabtu terakhir April tahun ini.

Keluar dari dewan pameran buku. Mana bisa berehat di surau tanpa kerusi. Kaki kiri kita belum boleh bersimpuh. Berkira-kira mahu berehat di ruang makan terbuka antara dewan pameran dan restoran. Safura mencadangkan kami berehat di dalam restoran. Cafe Riverside dalam PWTC itu lebih nyaman pendingin udara. Cafe pun lengang kurang orang berbanding dengan ramai memenuhi meja makan bersusun di luar.

Sementara menunggu suami dan Suraya shopping beli buku. Makan Pisang Goreng panas Cafe Riverside. Pisang Goreng potong kecil panjang. Kita gemar goreng pisang sebegini. Kita kalau goreng pisang. Suka pisangnya dipotong kecil-kecil panjang. Pisang gorengnya nanti jadi lebih rangup. Selalunya kalau Su menggoreng pisang. Pisang itu Su belah dua dan setiap belahan itu potong dua atau tiga lagi. Jadi jejari Pisang Goreng.

Pisang Goreng atau Goreng Pisang? Keluarga kami terikut-ikut sebutan biasa kita. Pisang Goreng. Kalau goreng pisang. Su gemar guna pisang belum terlalu ranum. Kalau di Sabah dulu. Pisang kerap guna buat Pisang Goreng. Pisang awak ataupun kami orang semenanjung di Sabah sebut pisang Sabah. Pernah Su tanya pada seorang sahabat. Hari menjengah sahabat ini di dapur sedang goreng pisang. Rumah di Kota Kinabalu berhampiran dengan Hospital Queen Elizabeth 11.

Petang hari itu kita santai bertanya. Pisang ni kalau di semenanjung bukan pisang awak ke? Jawab sahabat itu. Orang semenanjung sebut pisang Sabah sebab pisang ni banyak kat sini kot. Sahabat itu orang Terengganu berkahwin dengan sahabat suami kita. Sahabat orang Terengganu ini. Senior Su semasa di Shah Alam. Bulan Disember lalu. Bertembung dengan keluarga sahabat ini di KLIA pada hari Su bakal berlepas terbang pergi Melbourne.

Pisang belum ranum lebih rangup bila digoreng. Suka pisang goreng sedikit keras rangup. Bukan hanya bancuhan tepung rangup. Gorengan pisang itu pun mesti rangup. Bukan Pisang Goreng lembik benyek. Ahli keluarga kami sedia tahu. Kalau beli Pisang Goreng. Pisang Goreng yang sedikit keras itu buat kita. Itu pilihan saya. Lain orang lain selera.

Lebih satu jam menunggu. Selepas Pisang Goreng dan Nescafe Ais. Sesekali minum Nescafe buat hilang penat. Beli lagi sepiring Pisang Goreng. Kalau tidak silap. Sepiring tiga ringgit. Makan pula sekeping Roti Canai dengan Kari Ayam. Minum pula Teh Tarik panas. Sebenarnya saya bukan penggemar Teh Tarik. Teringin pula minum bila terpandang ramai sekeliling kami minum Teh Tarik ini. Teh Tarik dalam gelas kaca tinggi.

Safura makan Tiramisu. Jamah rasa sedikit Tiramisu itu.

" Sedap lagi Tiramisu San Francisco Pizza. "

Malam tadi kami berempat makan malam di restoran itu. Sesekali berkumpul semua makan malam di luar. Selalunya Su dan cahayamata yang kerap keluar makan malam bersama.

Roti Canai Cafe Riverside PWTC masa Pesta Buku Kuala Lumpur


Pukul enam setengah. Datang Suami dan Suraya.

Teruja suka suami kita bercerita bertembung dengan Nizam kekanda kepada Naza. Pengantin baru kami hadir kenduri perkahwinan pasangan ini baru saja minggu lepas. Baru saja lima hari lepas. Rombongan satu bas orang kampung datang ke Kuala Lumpur kerana Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dari Teluk Intan. Boleh beli buku buat perpustakaan rumah yayasan anak yatim situ. Kediaman terkini Ayah Bonda Naza. Dalam kawasan rumah anak yatim usaha keluarga Naza.

Komen kita. Kekanda kepada Naza itu. Bertahun-tahun merantau bawa diri ke Mesir. Sudahnya jodohnya dengan orang kampung sebelah baru saja berpandangan mata. Jodohnya di hadapan mata.

Suami dan Suraya tidak beli walau satu pun buku. Walhal sudah pun kita beri sedikit wang buat Suraya shopping buku. Pesan kita. Belikan buku Catatan Hati Nik Nur Madihah pelajar 20A SPM tahun lalu. Juga buku biografi-atau-memoir-kurang pasti-kerana belum baca- isteri orang besar negeri Madihah. Buku-buku itu dari booth Telaga Biru.

Buku Mikhail diusung suami tiada tanda tangan penulis. Menurut suami. Tak de pun Ramlee.

" Dah balik kot. Sesi diaorang sampai pukul tujuh. "

Tadi sebelum kami sampai dewan pameran buku. Terlihatkan poster sesi bersama novelis popular dari Indonesia. Kala kami berempat menaiki eskalator menuju tingkat atas. Kita mensarankan suami kita menjengah sesi bersama novelis itu.

Kata suami. Member bukan peminat novelis itu. Member peminat Andrea Hirata penulis tetralogi Laskar Pelangi.

" Eh kalau tak minat takkanlah baca sampai lima kali. "

Giliran suami pula meneman kita. Cafe Riverside. Sempat suami bersalaman dengan seorang profesor sama tempat kerja lain fakulti duduk di meja sebelah kami.

Safura meneman Suraya kembali ke dewan pameran buku. Takkanlah pergi pesta buku tak beli buku langsung. Juga pesan kita. Tolong rakamkan gambar booth buku tadi pekerjanya membantu kita masa terpitam. Mahu tahu itu booth penerbit mana. Buat kenangan mengenang budi.

Pukul tujuh. Telefon dua puteri. Kami suami isteri mahu ke surau.

" Nanti kita jumpa di surau. "

Terlalu ramai orang. Nanti terpitam pula saya dalam surau. Kami menunggu di luar surau. Kebetulan ada pangkin di luar surau. Rakam gambar pandangan luar sekitar PWTC menjelang Maghrib.

Bual tanya tentang buku-buku rembatan dua puteri.

Tiga buku nota Telaga Biru dari Pesta Buku Kuala Lumpur 2009


Tiada buku-buku kita pesan. Apa dibeli dari booth Telaga Biru. Tiga buku nota. Satu kitab doa. Novel New Moon sambungan Twilight jual murah hanya RM20. Novel itu beli dari booth lain.

Setengah jam selepas Maghrib. Masih ramai orang. Berkeputusan pulang dan solat di memana surau dalam perjalanan.

Mata mengintai-ngintai buku kanak-kanak satu booth buku Muslim. Berkira-kira mahu beli buat Safiyyah. Nanti terlepas pula Maghrib. Juga terpandangkan booth busana T labuh Ana Muslim.

" Baby. Esok kita datang lagi hah. Kita keluar awal pagi. Kita singgah sini dulu sebelum pergi Penang. Mak nak beli baju Ana Muslim tu untuk Safiyyah. "

Safura dan Suraya bergegas laju pergi parkir The Mall. Su dan suami tunggu di hadapan hotel.

Rakam gambar malam bangunan The Mall. Kala berdiri antara bangunan PWTC dan hotel itu.

Timbang fikir. Nanti terlepas pula Maghrib. Minta suami tolong telefon beritahu dua anak dara. Jumpa di surau The Mall.

Alhamdulillah bertemu pandang dua tuan puteri di tepi eskalator tingkat tiga sebelum sampai tingkat surau. Suami sudah solat di surau PWTC. Meronda The Mall sorang-sorang.

Surau The Mall pun penuh. Pun begitu Alhamdulillah masih selesa walau terpaksa menyempit tempat buat bersolat.

Selesai solat. Alhamdulillah lega.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sembang petang penghujung bulan Mac musim panas basah hujan malam



Sembang petang 31 Mac update pagi 1 April

Oh oh sudah 31 Mac. Draft kisahan 1 Januari cerita 1 Februari catatan 1 Mac masih tersimpan tangguh. Tahu-tahu sudah mendekati 1 April. Masih bersindrom malas memandang blog sendiri. Namun memaksa update entri buat hari terakhir bulan Mac tahun ini. Sudahnya hanya berupdate pada awal pagi 1 April bila mencatat ini lewat malam 31 Mac.

Lewat petang semalam hari terakhir bulan Mac. Panggilan telefon lima belas minit sebelum pukul tujuh senja. Panggilan bercerita berita terkini. Permasalahan terkini. Berkongsi pandangan. Berkongsi harapan.

" Apa-apa hal jangan keluar dari rumah. Nanti dia boleh bagi alasan nusyuz. Hilang hak separuh rumah tu. "

" Kalau mahu keluar buat sementara. Anggap itu buat mereda keadaan. Jangan lari keluar. "

" Anak-anak macam mana? Apa-apa hal memanglah kita fikirkan anak-anak. Tapi anak-anak sekarang bukan macam zaman kita dulu. Diaorang lebih memahami. Ada keluarga yang anak-anak rasa mungkin lebih bagus ayah dan ibu diaorang berpisah. Kalau dua-dua dalam satu rumah selalu bergaduh. Lagi bagus berpisah rumah. Lebih tenteram. "

Tiada lagi bimbang takut sebu hati terpaksa mendengar ayah ibu berperang besar.

" Mana satu anak yang rasa-rasanya simpan dalam? Ada anak yang kita nampak biasa walhal dia simpan dalam. Terutamanya anak lelaki. Kena berhati-hati tentang ini. "

" Bagi dia peluang tapi sentiasa bersedia. Sebab kalau dah sampai tahap macam tu dia boleh terlepas kata. [Berapa engkau mahu. Sekarang pun aku boleh bagi. Memaksudkan talaq]. Bukan mustahil boleh berulang. "

" Pada orang lelaki semacam ini. Dia ingat dia terlepas kata tu habis kat situ saja. Kata terlepas ikut sedap mulut tengah marah. Lepas tu buat baik sebab dah terlepas cakap. Walhal kita isteri ni ingat kata-kata tu sampai mati. Kita orang perempuan ni sekali hati dah terluka. Susah hilang parut. Pada lelaki kata-kata tu macam senang keluar senang lupa. "

" Bercega bersedia kalau apa-apa yang kita tidak mahu terjadi juga. Berdoa selalu. "

" Anak-anak biar dengan bapa diaorang. Sebab kalau tinggal dengan bapa. Bapa tu terpaksalah tanggung juga anak-anak dia tu. Kalau anak-anak dengan ibu. Nanti jadi pula macam personaliti tv dot dot dot yang heboh kat tv cakap kalau macam ni sampai mati laa saya kena bagi duit. Walhal itu duit buat sara darah daging tanggungan dia. "

Tertonton kata personaliti itu. Merungut sendiri. Ramaikah lagi lelaki sebegini. Jahil tentang tanggung jawab pada anak-anak bukan hanya bila tinggal sebumbung. Jahil atau buat-buat lupa. Boleh lupa di dunia namun habuan akhirat menunggu.

" Mulai sekarang ni **** catit apa-apa perbelanjaan dan apa saja yang **** belanja untuk keluarga. Buat rekod. Simpan slip dan resit. Mana-mana perlu buat fotostat **** buat fotostat. Mana tahu kalau-kalau satu hari nanti perlu pergi mahkamah. "

Anak-anak sahabat ini berumur belasan tahun dan umur pelajar IPT kecuali yang paling bongsu. Sahabat ini sudah lebih dua puluh tahun berumah tangga. Lainlah ceritanya kalau anak-anak mangsa perceraian masih berumur awal sekolah rendah ataupun lebih kecil. Anak-anak masih kecil memerlukan belaian kasih halus ibu kandung dalam kehidupan seharian meningkat dewasa. Pun begitu bukan semua situasi keluarga sama serupa. Bukan tiada ibu memilih lampiasan hati sendiri dari cahayamata. Bukan semua ibu bersanubari ibu. Bukan tiada bapa penyayang bernaluri ibu.

Malam selepas solat Magrib. Basah berlinangan air mata mengenangkan anak-anak pasangan itu. Walaupun kelihatan matang menerima. Kalbu ini tahu perasaan anak-anak ibubapa bercerai. Sakit dalam itu pedih sampai kini walaupun usia kami bertiga kini jauh melebihi usia pasangan ayah ibu pada tahun bercerai.

Juga terkenang sendiri. Kala masih bertelekung seusai solat Maghrib. Kekadang ujian Allah taala dalam hubungan suami isteri ini kerana Allah taala mahu mendengar doa kita. Doa isteri buat suami. Doa mohon rahmat belas kasih sayang buat kita suami isteri. Hanya faham pada kata seorang sahabat. Macam mana I nak doakan untuk dia sedangkan hati sakit untuk melibatkan dia dalam doa. Lalu berdoalah semoga hati kita tenang bersih dari marah dan sakit hati itu.

Teringat kata seorang ibu lebih dari dua puluh tahun nan lalu. Kata-kata bukan buat kita ketika itu belum pun lama berumahtangga namun masih terpahat ingat kata-kata panas itu.

" Kalau setakat baru berkahwin lima enam tahun nak heboh canang bahagia. Toksahlah nak rasa hebat sangat bahagia engkau tu. Kalau dah tiga puluh tahun kawin atau empat puluh tahun kawin engkau canang bahagia. Baru boleh percaya betul-betul bahagia. "

Lalu bercega waspada dalam pada bersyukur dengan bahagia semasa kerana hati manusia mampu berubah. Nikmati rahmat bahagia namun tetap ingat pada yang merahmati pada setiap masa.

Rasa kasih rasa cinta dan bahagia itu rahmat Ilahi. Jangan segan mohon sentiasa pada Allah taala buat mendapatkan rahmat rasa kasih rasa cinta pencetus rasa bahagia itu. Mohon Allah taala kuatkan hati dalam melewati resmi kehidupan bukan sentiasa mendatar irama dugaan.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sepagi sampai petang sampai malam hari kedua Bogor

Gelas turquoise kamar kecil Santika


Sepulang dari tiga hari Kemaman dan Cherating hari Isnin nan lalu. Serangan sakit biasa seperti lama dulu. Pun begitu hari ini. InsyaAllah berjalan jauh lagi. Bawah ini. Cerita 12 Februari hari kedua Bogor pagi sampai malam.

Selepas sarapan. Berdua kembali ke kamar. Sebentar selepas itu. Suami keluar berurusan IPB. Su pula. Berkira-kira mahu jalan-jalan ronda kota Bogor sekitar hotel. Teringat emel TNC IPB itu. Batalkan rancangan. Kot kot nanti isteri TNC itu menelefon. TNC atau Timbalan Naib Canselor.

Baca surat khabar. Pilihan tontonan tv hanya saluran berita sana sini dunia. Antara cerita utama dunia. Kebakaran di Victoria, Australia. Tv Indonesia pula. Berulang tayang berita kehilangan dua bekas pelajar Indonesia kebetulan berada sekitar lokasi kebakaran itu. Dua warganegara Indonesia itu berketurunan Tionghua. Selain dari sana sini saluran berita. Malas picit lihat saluran lain. Malas mendongak pandang tv tinggi pada dinding. Kalau berita. Boleh hanya mendengar suara penyampai berita.

Sesekali berdiri memandang pemandangan keluar dari tingkap kaca. Tingkap tingkat sembilan. Balkoni tiada kelihatan pintu. Kala mencatat ini baru perasan. Mungkin pintu itu terlindung oleh kain langsir tebal. Panorama kota Bogor dari hotel. Nun hadapan sana. Hutan Taman Botanikal Bogor. Bawah hotel. Bumbung hijau Botani Square Mall. Kanan dari hotel. Kelibat kedai-kedai. Juga kelibat kampus IPB.

Pagi mulanya terang kemudian mulai mendung. Bawah sana. Ada dua masjid. Satu masjid besar. Satu masjid atau surau. Kedengaran suara ustazah atau guru mengajari baca Al Quran. Suara bergema kuat guna pembesar suara. Mungkin dari surau berdekatan. Suara mengaji ustazah ini menggetar hati semangat Islam tersentuh sanubari hamba Ilahi.

Hujan turun renyai-renyai lewat pagi. Terus terbatal rancangan masih menimbang-nimbang keluar meronda Bogor seorang diri. Lagipun masih awal kunjungan Indonesia nan kali ini. Jangan penat awal. Jaga kesihatan.

Australia fires rage news at Santika Bogor


Datang orang housekeeping. Anak muda manis senyuman. Manis wajah berparas berpontensi jadi pelakon sinetron. Sementara menunggu anak muda ini mengemas. Su baca surat khabar. Bukan baca pura-pura. Memang baca. Berita kebakaran di Australia sana. Selalunya Su mesra bertegur sapa dengan pengemas kamar. Kekadang itu berbual bila orang housekeeping itu terlebih ramah. Selalunya mereka yang terlebih ramah ini. Mereka berusia emas. Kali ini. Kerana pengemasnya lelaki. Sekadar senyum membalas senyuman. Segan berlebih mesra.

Semua disalin tukar. Cadar dan sarung comforter serba putih. Sama sebagaimana dengan hotel-hotel di Beijing dan Chiang Mai. Kalau di Malaysia kita. Selalunya pengemas kamar hanya kemas katil tanpa salin tukar cadar. Hanya tukar segala cadar dan sarung bantal kalau kita minta. Ini kebanyakan hotel. Kecuali beberapa hotel terbilang. Ini pengalaman kami. Lain orang lain pengalaman cerita.

Hotel di Beijing. Lantai jubin digosok dengan kain tuala kecil basah. Pengalaman pertama kali melihat pekerja hotel terbongkok-bongkok mengelap jubin lantai. Orangnya pula lawa macam bintang filem Cina. Kamar Santika Bogor ini. Anak muda pengemas itu sapu lantai dengan penyapu besar. Chiang Mai dulu. Pengemas kamar sapu kamar menggunakan penyapu jerami. Setiap tiga hari selama dua minggu kami di hotel tengah kota Chiang Mai itu. Su minta lantai kamar divacuum. Selama dua minggu Chiang Mai itu. Setiap hari cadar dan sarung bantal ditukar ganti.

Seperti biasa. Walaupun kerja orang housekeeping itu bergaji. Ucapan terima kasih pasti terucap sejurus beres kemas kamar.

Mulanya berkira-kira mahu keluar selepas waktu Zohor. Petang masih hujan walaupun hanya turun renai. Bukan selebat deras petang semalam.

Suami pulang pukul lima. Member keluar semula bila tahu kita belum makan tengah hari. Belikan kita Nasi Goreng seperti semalam.

Suami beritahu. Malam ini TNC IPT Bogor itu menjemput kami geng Malaysia keluar makan malam.

" Kat rumah ke kat restoran? "

" Restoran. Pukul lapan. "

Mendung tanda mahu hujan Bogor


Selepas solat Maghrib dan Isya' jamaq dan qasar. Turun ke lobi. Satu lif dengan Prof Dr C. Sampai lobi. Tiga geng lelaki sudah berkumpul. Set sofa warna hijau. Mata terpandangkan TNC itu. TNC berbaju batik berwajah Sumatera. Kata Prof H bermaksud lebih kurang. Saya bawa isteri saya.

Geng lelaki berkumpul di satu set sofa. Su seorang diri di set sofa hanya dua kerusi. Tepi dinding kaca.

Beralih tempat menunggu. Semua berdiri menunggu di luar lobi. Malam dingin dengan kuatnya menderu pawana dari gunung. Terasa semacam malam musim panas Melbournelah pula.

Datang isteri Profesor H dan dua anak gadis bertudung berusia belasan tahun disuruhi bapa pergi salam dengan semua bapa-bapa dan ibu ini. Supir Innova pulang dengan kereta sedan hitam dengan dua puteri TNC itu. Isteri TNC sekereta Innova dengan kami. Tiga lelaki di belakang. Profesor C dan Profesor H di hadapan. Kami suami isteri dengan isteri Profesor H di tengah. Satu Su perasan. Warga Indonesia suka kenderaan warna hitam. Sana sini kenderaan hitam. Terutamanya kalau MPV. Sana sini MPV hitam.

Beberapa ketika selepas kereta Innova meninggalkan hotel tetapi belum melepasi get kawasan hotel. Tanya Dr H. Mahu makan apa ya? Makanan Thai atau Nasi Padang? "

Kata Su dalam hati. Kalau datang Indonesia. Mestilah mahu makan makanan Indonesia.

Syukurlah Dr C menjawab bagi pihak kami. Nasi Padanglah.

Kala lalu tepi restoran Donut J Co masih di dalam Botani Square. Su ceritakan pada isteri Profesor H tentang popularnya donut ini di Malaysia.

Bual-bual dengan Ibu A isteri TNC itu. Su ceritakan yang Bonda anak kelahiran pasangan kelahiran Medan. Ramai saudara mara di Medan. Kalau yang muda-muda pangkat ibu dan bapa saudara. Ramai di Jakarta. Itu belum lagi cerita tentang keturunan asal bapa. Juga terhenti kata walau pada mulanya mahu beritahu kita ini kelahiran Singapura. Nanti panjang lagi cerita.

Bila Su cerita yang Nenda H kita berketurunan Harahap. Ibu Profesor H pun bermarga Harahap berasal dari Medan. Bapa Dr H bermarga Saregar.

Ibu A*****. Orangnya berbeza dari sangkaan. Fikikan orangnya bergaya ibu-ibu orang kaya dalam sinetron. Ibu A di hadapan mata ini. Orangnya cukup sederhana. Berparas Melayu walaupun berasal dari Surabaya dengan wajah bersolekan nipis masih menyerlah ayu manis redup senyuman. Bertudung gaya orang Malaysia. Busana warna merah jambu sekali lihat mirip baju kurung tetapi sebenarnya jubah.

Restoran biasa bukan berbintang. Bukan tahap restoran-restoran kami singgah di Bandung dulu. Antara hajat kedatangan ke negara ini kali ini. Mahu singgah makan kedai-kedai makan biasa dan warung tepi jalan sini. Restoran ini menepati hajat walaupun sejujurnya sebelum itu kita memikirkan kami dibawa pergi restoran seperti restoran-restoran bergaya di Bandung itu. Ini jemputan TNC universiti.

Bermacam-macam lauk pauk masakan Padang terhidang. Semuanya tersusun dalam piring kecil. Antara lauk sedap pada selera ini. Hidangan ayam bakar lupa nama. Ayam bakar tetapi rasanya seperti ayam kukus. Rendang Daging Minang sama sebagaimana rendang-rendang Minang selalu kita makan di Malaysia. Gulai Daun Pucuk Ubi atau singkung sebutan orang Indonesia. Semuanya sedap belaka. Bagaimanapun Su kurang makan. Lebih ralit berbual dengan Ibu A.

Ibu A mencadangkan Su minum Ais Teler Shanghai atau ABC bersantan. Sedap tetapi tidak terhabis minum kerana sibuk berbual. Semua tetamu lelaki termasuk Ibu A. Minum Ais Alpokat warna hijau pandan bergula merah. Nampak sedap. Seperti biasa bila kita makan di kedai makan negara ini. Teh O percuma. Ini kelaziman kedai makan sini. Teh O panas dalam gelas kaca tinggi. Gelas air sirap kalau di Malaysia.

Bual-bual. Cerita Ibu A. Ibu A sesiang tadi menunggu Su menghubungi. Walhal kita pula menunggu dihubungi. Manalah kita tahu nombor telefon Ibu A. Salah komunikasi.

Kata ibu A. " Ibu muda lagi ya? Saya sekian-sekian tahun umur. " Baru memasuki tahun nombor empat.

Bila Su beritahu umur Su ini lebih senior dari dia. Ibu A berwajah terkejut. Sebelum itu pun Su fikirkan kami lebih kurang sama umur. Ibu A pun sama seperti kami suami isteri. Kahwin muda. Ibu A berkahwin semasa masih siswi IPB. Kini anak sulung Ibu A sudah siswi IPT. Tiga cahayamata Ibu A dan Profesor H. Semua perempuan. Kala kami suami isteri berumur sama dengan Ibu A ini. Pun anak sulung sudah sampai IPT. Ibu A pun sama seperti Su. Ahli kelab ibu-ibu domestic engineer. Ibu A suri rumah tidak pernah berkerja walaupun graduan IPB.

Su pula pernahlah juga bekerja sebagai guru walaupun hanya buat beberapa bulan. Walaupun pernah bergelar guru hanya buat seketika. Sampai kini. Ramai berpersepsi Su ini seorang guru. Kata ramai orang. Ada gaya guru. Walaupun tetamu berkenal kita hanya ketika bertandang di rumah. Terbiasa keluar soalan bernada Su** ni cikgu? Kurang pasti di mana cop bekas guru itu.

Kata Ibu A pernah menetap di Australia. Kalau diberi peluang Profesor H keluar negara. Ibu A suka kalau dapat menetap buat sementara di Malaysia. Ibu A paling suka Putrajaya. Pesan Su. Lain kali sampai Malaysia lagi. Hubungi kami.

Kala suami kita merakamkan gambar kami makan-makan. Kata Ibu A. " Oh memang bapak kelihatan muda lagi. " Ini kerana Su berkisah suami kita berkahwin ketika berumur baru sampai angka dua.

Bila Su cerita tentang mahu mencari busana Muslim Indonesia. Kata Ibu A. Beliau pula suka baju kurung sutera Malaysia. Begitulah dunia. Kita lebih mendambakan apa yang bukan selalu terpandang di hadapan mata. Apa yang bukan mudah diperolehi.

Selepas makan. Sebelum memasuki kereta. Datang dua orang warga emas perempuan minta sedekah. Tadah hulur tin kecil. Sampai menjengah-jengah tingkap kereta. Tiada wang kecil. Simpati juga kerana itu warga emas pangkat makcik kami atau opah-opah anak-anak kami. Ada orang itu tidak mahu hulur. Nanti ramai lagi berpusu datang. Itu pesanan orang sini.

Profesor H bawa kami meronda pusing lihat kota Bogor. Pusing lihat Taman Botanikal Bogor. Istana Presiden sebelah Taman Botanikal. Kampus IPB dari luar pagar. Ronda hanya dalam kereta. Meronda sambil berbual-bual cerita.

Sampai semula hotel. Esok pagi Ibu A akan menjemput Su pukul sepuluh pagi. Bawa Su shopping busana Muslim dan pergi Taman Botanikal. Sebelum sebelah petangnya kami semua pergi Puncak lawat ladang teh Gunung Mas.

Sama seperti tiga lagi kawan suami. Selepas saling mencatat nombor telefon dengan Ibu A. Kami suami isteri pergi Botani Square. Hajat kami. Mahu cari kedai buku. Suami mahu cari sambungan buku Laskar Pelangi. Juga kalau terjumpa DVD cerita itu. Su pula mahu cari apa-apa majalah Indonesia. Tidak jumpa kedai buku. Juga kebanyakan kedai mulai tutup pukul sepuluh malam. Mall sebesar lebih kurang Metro Plaza Kajang.

Terlihatkan Cafe J Co. Saja singgah beli. Mahu rakamkan gambar kita singgah J Co Indonesia di Bogor buat tatapan Suraya peminat Donut J Co. Ketika bertanya itu ini. Berbahasa Indonesia. Sekali bila kita tanya apa beza? Pecahlah tembelang. Orang Indonesia tidak sebut beza. Lekas kita ubah kata. Apa beda. Hanya beli dua. Sempat lagi kita bercerita tentang J Co Donut sudah sampai Malaysia. Senyum anak muda lelaki ini. Oh ibu dari Malaysia?

Singgah Giant. Beli air mineral hanya berharga satu ribu rupiah satu botol kecil. Lebih kurang 30 sen Malaysia. Kalau di Malaysia. Satu botol kecil itu. Selalunya lebih kurang RM1 satu. Kalau 30 sen Malaysia. Apa boleh dibeli dengan nilai 30 sen. Kalau di kampung-kampung. Mungkin harga satu kuih. Kalau Lembah Kelang. Satu kuih pun 40 sen.

Sampai hotel. Kekenyangan dan penat namun senang hati berlagu syukur. Seterika busana buat esok hari. Guna internet sambil tonton berita malam sebelum tidur. Sempat lagi rakam gambar donut ini. Tidak makan terus. Simpan buat esok-esok hari.


Chocolate donuts JCo satu malam Bogor


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sewilmana sesampai Jakarta pergi Bogor

Sawah ikan pandangan terawal Jakarta


Masih catatan 11 Februari hari sampai Jakarta. Apa terlihat apa terpandang apa tersembang sewilmana dari Jakarta pergi Bogor

Antara pandangan pertama dari pesawat kala pesawat MAS MH771 menghampiri ruang udara kota Jakarta. Saujana luas mata memandang petak-petak berkolam sekali pandang seperti sawah padi tepi laut dilanda banjir. Kata suami. Itu sawah padi dilanda banjir. Sawah padi tepi laut?

Siap suami minta kita merakamkan gambar sawah banjir itu. Tadi dalam pesawat. Kawan sefakulti suami kerusinya di hadapan kami kerusi no 36, pun merakamkan gambar pandangan Jakarta dari udara. Selalunya satu kemestian setiap kali pesawat mula mendarat atau pesawat mula terbang. Kita merakamkan gambar panorama nun di bawah sana.

Seperjalanan dari Jakarta pergi Bogor. Antara pemandangan dari tingkap sejurus kereta MPV hitam menyusuri lebuhraya meninggalkan kota Jakarta. Pandangan sawah-sawah berkolam tepi lebuhraya tadinya terpandang dari udara. Terpandang kelibat beberapa lelaki tempatan sedang memancing. Juga menangguk ikan.

Kita mengomen tentang kolam meluas saujana pandangan ini. Kata suami. Banjir laa tu.

Lekas dosen bernama bermaksud negara itu menyampuk kata. Dosen atau pensyarah universiti. Duduk di kerusi sebelah pemandu.

" Bukan banjir. Itu sudah di apa yaa. Ampang. Buat pelihara ikan. Ini dulu kawasan paya. "

Komen kawan sebelah suami. " Ada pokok bakau tu. "

Komen kita buat didengari suami. " Oh kolam ikan peliharaan. Kawasan paya ni selalu banjir. Diaorang manfaatkan buat kolam ikan. "

Komen Profesor Dr C. " Kalau pecah laa tembok tepi ni. Habis banjir lebuhraya ni. "

Ini memandangkan kolam-kolam luas ini sama tinggi dengan lebuhraya. Gerun juga mendengar komen itu. Kata orang tua-tua. Jangan sembarangan kata semasa berkenderaan. Kolam ikan sebagaimana pada gambar tertera. Gerun kerana sememangnya benar apa yang dikatakan Dr. C itu.

Terpandangkan papan tanda pergi Ancol. Suami kita lupa. Bila Su kata kami pernah sampai Pantai Ancol dua tahun lalu. Satu petang selepas singgah ziarah rumah balu bapa saudara Su di Kelapa Gading. Arwah bapa saudara ini saudara sepupu Bonda. Su pernah bertemu bapa saudara ini di Johor Bahru. Bapa saudara ini antara saudara di Indonesia yang keraplah juga singgah ziarah keluarga kami di Johor Bahru. Bonda dan Ti sekeluarga pun pernah berkunjung ke rumah bapa saudara ini.

Kala kereta hitam baru saja meninggalkan Bandara Soekarno Hatta. Suami kita menanyakan dua lelaki Bogor itu. Jauhkan Kelapa Gading dari bandara.

Kala kereta hitam baru mula memasuki lebuhraya. Masih di kota Jakarta. Kata kawan di sebelah suami.

" Mula-mula datang sini dulu rasa laa pergi luar negara. Tapi bila dah selalu datang. Rasa sama saja macam Malaysia. "

Su bersetuju dalam hati. Apalagi bila terlihatkan sana sini berwajah Melayu. Kalau bukan kerana papan tanda dan billboard dengan ejaan Indonesia. Rasa masih dalam sama negara. Semacam orang Selangor pergi Kelantan. Orang Perlis pergi Sabah. Hanya kota Malaysia lebih kemas lebih maju lebih bersih lebih berkilat lebih baharu. Sini kelihatan lama serba kelabu lebih ramai lebih padat namun dengan keunikan tersendiri.

Misalnya lebuhraya. Binaan lebuhraya di negara sendiri jauh lebih kemas buatan, lebih menawan mata landskap laman tepi, lebih bergaya plaza tol. Plaza tol di negara Indonesia dipanggil Gerbang Tol serba sederhana.

Setakat ini pada pandangan mata ini. Plaza tol kota Beijing paling unik lawa. Plaza tol berwarna-warni dengan gerbang atau gapura berseni bina gapura Cina. Pun begitu plaza tol kita lebih kemas lebih kelihatan mantap modern binaan.

Melbourne pula. Kenderaan hanya di-skan kala lalu plaza tol. Mesin skan bagaikan kamera jerangkap samar. Nanti kita bayar bil tiket tol di pejabat berkaitan. Kalaulah sistem begini diamalkan di negara kita. Mungkin ramai yang menangguh bayar tiket parkir.

Susuran lalu dari Jakarta pergi Bogor


Antara billboard terpandang oleh mata dan sempat dirakamkan gambar. Billboard iklan saranan pemerintah. 2 Anak Lebih Baik. Kalau pemerintah Malaysia pernah dengan kempen negara meramaikan warganegara. Kempen meramaikan zuriat pada awal dekad tahun 80-an dulu. Terutamanya pada bumiputera. Indonesia pula dengan kempen kurang anak lebih bagus.

Semasa kempen bumiputera meramaikan zuriat itu, kita baru berumah tangga berkebetulan berhajat mahukan tujuh atau paling kurangnya lima cahayamata. Sudah dirahmati dengan empat orang ini pun satu rahmat. Berbanding dengan kawan yang hanya dengan seorang cahayamata. Atau belum dirahmati zuriat sampai kini.

Juga terpandangkan billboard dengan gambar presiden Indonesia dan nama parti pemerintah. Dalam hati. Pemilu?

Terpandangkan pejabat Bulog tepi lebuhraya. Kami berdua bicara tentang dua sahabat Aberystwyth berasal dari Indonesia. Dua sahabat ini bertugas di Bulog ini. Bapak Maskor dan Bapak Harris Nasution.

" Tajuddin bukan Bulog? Oh dia di Acheh sana. "

Suami terima panggilan telefon dari Profesor Dr. F pun berketurunan Dusun Sabah dulu serombongan dengan kami suami isteri pergi Chiang Mai.

" Eh aku sekarang ni kat luar negara laa.. Jakarta. "

Bersambutan ketawa empat lagi orang Malaysia dalam kereta hitam.

Luar negaranya hanya di seberang selat.

Keluar dari kota Jakarta. Sawah-sawah padi tepi lebuhraya. Satu keunikan Jakarta. Sawah-sawah padi pinggiran kota. Kuala Lumpur pula. Ladang kelapa sawit pinggiran kota.

Terpandangkan kelibat bendera-bendera parti pemerintah Indonesia. Dalam hati. Indonesia bermusim pemilu atau pilihan raya? Kurang tahu pula saya.

Antara pandangan menambat mata. Sentul dalam daerah Bogor sebelum sampai kota Bogor. Sentul City sebelum kota Bogor.

Komen kita buat didengari suami. " KL ada Sentul. Sini pun ada Sentul. "

Sembang-sembang suami dan kawan-kawan yang tiga orang itu. Ada yang mengatakan kota Bandung itu di Jawa Timur sana. Malaslah saya beritahu. Bandung itu di Jawa Barat. Kota besar Jawa Timur. Kota Surabaya.

Suami menanyakan samada Su bawa nombor telefon Dr. Diah dulu sama rombongan dengan kami di Chiang Mai. Terlupa laa. Memang benar-benar terlupa. Kalau tidak. Boleh juga bertemu Diah dulu kami rapat berkawan semasa di Chiang Mai. Nombor telefon itu tercatat dalam buku nota suami guna semasa di Chiang Mai itu. Dr Diah orang Surabaya menetap di Bogor.

Kereta kuda delman kota Bogor


Sebelum terbang. Suami forwardkan satu emel dari TNC [Timbalan Naib Canselor] IPT di Bogor itu. Pemberitahuan tentang nama hotel penginapan kami di Bogor. Juga tentang isteri TNC itu akan bawa isteri-isteri tetamu dari Malaysia jalan-jalan melihat kota Bogor. Hanya kita seorang isteri dalam rombongan ini. Makanya berdua sajalah nanti Su dengan ibu itu.

Sudah Su cari informasi tentang Bogor dan hotel kami bakal diami selama tiga malam di Bogor. Selepas itu baru bermalam di Jakarta sebelum terbang pulang. Kalau ikut cadangan suami. Kalau cukup masa. Mungkin boleh pergi Bandung.

Selepas bulatan pangkal bandar dengan papan tanda kurang faham saya maksud bahasa. Sekawan kereta kuda selepas bulatan ini. Kumpulan van Angkutan Kota warna hijau selepas kawanan kereta kuda ini. Angkutan Kota ini semacam bas mini tetapi hanya van biasa. Kereta kuda itu salah satu dari pengangkutan awam di Bogor ini. Selepas stesen bas sebelah kedai makan Nasi Padang. Terlihat dari pangkal jalan atau sebenarnya lorong. Nama hotel kami bakal diami.

Juga mata ini. Tidaklah terlepas pandang satu mall sebelah hotel ini. Mall masih dalam kawasan hotel. Botani Square dan Hotel Santika atas tanah IPT Bogor itu. Kawasan hotel sebelah kampus bandar IPT itu. Hotel Santika ini satu daripada pelaburan IPT di sebelah hotel itu. Institut Pertanian Bogor berstatus universiti. Sama dengan status Institut Teknologi Bandung dulu suami berurusan sana. Tahun kami sekeluarga ikut suami pergi Bandung.

Kata dalam hati. Sedang pengawal berunifom biru gelap di pintu pagar hotel skan lantai kereta. Apa-apa hal nanti. Bolehlah saya jalan kaki dari hotel pergi mall ini.

Van angkutan kota hijau Bangor


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sampai Jakarta sebelum pergi Bogor

Sesampai Bandara Soekarno Hatta


Hari Rabu 11 Februari hari sampai Jakarta

Sesampai Lapangan Terbang Soekarno Hatta. Antara pandangan pertama lapangan terbang ini dari tingkap pesawat. Kecil dan sederhana kompleks lapangan terbang atau bandara kata orang sini. Seakan lapangan terbang lama bandar kelahiran tiga puteri kami. Lapangan terbang Su sampai Kota Kinabalu buat kali pertama. Lebih suku abad lalu.

Pandangan pertama sejurus keluar dari pesawat. Lantai merah terracotta lapangan terbang ini.

Menuju Terminal Ketibaan. Menuruni aras. Alamak. Tangga ke.. Escalator menurun sedang diperbaiki. Terpaksalah kita menuruni tangga.

Suami bertanya tentang ubat. Lupalah pula bawa ubat sakit kaki tu.

Mata memandang lantai berkilat warna merah bata. Lapangan terbang lebih kecil dari lapangan terbang terkini ibu negeri kelahiran suami. Kecil namun dengan pesona tersendiri. Lantai merah dengan siling rendah. Gandingan warna merah lantai dengan coklat kayu pada siling meredup mata. Mungkin lapangan terbang ini sudah sedikit diperbesar baiki. Kerana berbeza dengan gambaran Ti tentang lapangan terbang ini beberapa tahun lalu.

Beberapa meter selepas menuruni eskalator. Suami mengomen tentang seorang tukang kebun sedang membersihkan taman tanpa memakai kasut. Su mengomen dalam hati. Hotel di Chiang Mai dulu. Semua pekerja mengemas kamar bertugas tanpa memakai kasut. Hanya bos mereka ini memakai kasut. Bos bertahap supervisor. Seolah-olah pekerja tahap mencuci dan mengemas memang unifomnya begitu. Tanpa memakai kasut.

Kala sedang beratur menunggu giliran di kaunter imigresen. Muncul dua kawan suami. Muncul di belakang suami. Kawan-kawan sama urusan kerja di Bogor. Salah seorang dari mereka berdua ini. Tadi kami ketemu selepas selesai urusan check in di kaunter ekspress. Dr. Z dari Serdang. Bukan orang universiti suami. Penyelidik dari badan bukan universiti.

Juga baru teringat. Dalam pesawat tadi. Salah seorang dari dua itu. Dr W kawan sama fakulti suami. Dr W ini kerusinya di hadapan kami.

Kaunter imigresen sesederhana kaunter yang sama di Lapangan Terbang Sasteranegara Bandung. Hanya ruang kaunter di lapangan terbang ibu kota negara Indonesia ini lebih besar dari ruang kaunter di Bandung sana yang lebih kecil sempit. Bagaimanapun kaunter-kaunternya lebih kurang sama. Rendah terbuka tanpa cermin penghadang. Seingat-ingat Su. Tiada lapangan terbang di Malaysia dengan kaunter sebegini rupa. Mirip meja kaunter simpan barang sebelum kita memasuki pasaraya. Itu apa yang terbayang pada fikiran semasa mencatat ini. Kaunter mirip dengan kaunter imigresen bandara ini.

Berkumpul di hadapan kami. Empat orang wanita Melayu Malaysia bertudung.

Semuanya pantas. Tiada soal tanya. Tiada ucap selamat. Tiada senyuman. Petugas kaunter serius wajah tunduk muka hanya buka passpot dan cop. Alhamdulillah kerana tiada masalah.

" Ini kan penerbangan kerjasama MAS dengan Garuda. "

Tadi dalam hati ketika pesawat sedang terbang. Terfikir sendiri. Setiap kali mahu melepasi imigresen luar negara. Setiap kali itu berdebar dada. Lega bila melepasi kaunter imigresen tanpa masalah.

Juga terfikir sendiri. Setiap kali menaiki kapal terbang. Masih ada gerun itu. Terutamanya bila pesawat bergegar kala melepasi cuaca kurang sentosa. Malah suami kita. Berulang terbang sedari umur dua belas tahun. Masih ada rasa gerun selagi pesawat belum sampai destinasi.

Selepas kaunter imigresen. Tiga kawan bertemu seorang lagi kawan sama urusan. Profesor dari fakulti lain. Bukan sama fakulti dengan suami dan seorang lagi kawan itu. Dr. C mungkin sudah pun melepasi umur bersara. Dalam rombongan ini. Tiga orang U**. Seorang bukan orang univeristi.

Berbaris selepas mendapatkan bagasi. Terpandangkan papan tanda atau poster berkaitan hukuman mati pada pengedar narkoba. Narkoba.. Hukuman Mati Menanti. Sebelum itu Su ada bertanyakan suami. Samada Indonesia pun sama dengan Malaysia. Hukuman mati buat pengedar dadah. Sempat kita merakamkan gambar poster ini.

Selepas karosel bagasi. Bagasi perlu melalui mesin skan. Beratur di hadapan Su dan suami. Sekeluarga warga Indonesia mirip rupa India atau Punjabi. Bertutur dalam bahasa Indonesia. Suami isteri muda dengan dua anak kecil. Bagasi besar-besar memenuhi troli. Satu daripada bagasi. Bagasi besar jenama tersohor dari Perancis itu. Kala troli kawan ini hampir terjatuh. Su membantu pegangkan troli. Bergegas datang pengawal tolong angkat beg besar terjatuh dari troli.

Su beritakan pada suami. Orang India tu cakap bahasa Indonesia. Orang Indonesia tak kira apa keturunan. Semua bertutur dalam bahasa Indonesia.

Sampai Jakarta lagi


Bertemu dengan dua lelaki Indonesia di hadapan pintu Terminal Ketibaan. Sebelum melepasi pintu keluar terminal. Wakil Profesor Dr H dari Bogor. Timbalan Naib Canselor satu IPT Bogor itu. Dua lelaki ini senyum manis menunduk pada kita dengan dua tangan diangkat rapat sebagaimana gaya orang Siam memberi hormat. Salah seorang dari dua lelaki ini namanya dalam bahasa Sanskrit bermaksud negara.

Sementara menunggu suami kita pergi kamar kecil. Semua berkumpul berdiri menunggu. Berdiri menghadap pandangan sebagaimana pandangan di dalam gambar. Kereta menanti di sebelah kiri gambar. Belakang billboard besar itu. Billboard bertulis Welcome To Indonesia.

Membelakangkan kioks sebagaimana di dalam gambar di bawah ini.

Lamalah pula suami kita. Dua kawan itu pergi dulu menuju kereta. Seorang kawan sefakulti suami dan seorang dari dua lelaki Indonesia itu. Lelaki namanya bermaksud negeri itu. Terus menunggu suami.

Sesampai kami ke kenderaan menunggu. Ada antara kami orang Malaysia yang mengomen tentang kenderaan. Kenderaan hitam mirip Avanza atau Chitra. Bukan komen suami kita.

Muat-muat kami berempat dengan pemandu dan dosen Indonesia itu. Dua di belakang. Bertiga di tengah. Kami suami isteri menempati kerusi tengah. Suami kita di tengah. Kawan suami itu di sebelah suami. Dr W ini dulu pun seperjalanan dengan kami ke Sandakan. Urusan suami pergi Sandakan dan Bogor ini atas kapasiti suami sebagai penyelidik pakar perunding dari U**.

Alhamdulillah bermula perjalanan dari Jakarta pergi Bogor.

Kioks donat Bandara Soekarno Hatta


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sehari selepas pulang dari Melbourne | Sehari sebelum pergi Cherating

Sampai pintu rumah TSG Kuala Lumpur


Sehari selepas pulang dari Melbourne 18 Disember

Alhamdulillah pagi meriah hati. Walaupun penat lenguh semua sendi. Kediaman bersuasana meriah ramai riang senang hati. Keluarga dari Johor sampai malam tadi. Sampai awal malam sebelum Su tiba rumah dari KLIA lewat malam. Tiga ahli keluarga rumah ini malam tadi sambut ketibaan dua rombongan. Satu pulang dari Melbourne. Satu datang dari Johor Bahru.

Alhamdulillah lega. Lega kembali ke persada kediaman dengan selesa terbiasa menunggu. Alhamdulillah bertemu melepas rindu pada anakanda putera mahkota penglipur kalbu. Alhamdulillah lega kembali kepada segala dirindu. Putera-puteriku. Kamar tidurku. Katilku. USB modem internetku. Buku-bukuku. Segala selama ini penghibur kalbu peneman sendu.

Sepagi ini masih penat badan. Selepas semalam seharian berperjalanan melangkaui lautan. Sedari dari pagi semalam belum pukul sepuluh keluar rumah pergi Lapangan Terbang Tullamarine. Sampai rumah selepas pukul sebelas malam. Penerbangan tujuh jam sampai KLIA pukul lapan malam. Lewat sampai rumah kerana singgah makan malam. Bandar Baru Bangi Seksyen 8. Restoran singgahan kami sekeluarga selalu.

Pagi ini. Sebagaimana selalu bila Ti bertandang. Semua sudah maklum kesihatan diri ini. Pandai-pandailah melayan diri. Sementelah dengan penat baru pulang terbang tujuh jam dari Melbourne.

Pagi ini belum pun pukul lapan pagi. Su panggil Ti dari tepi tangga di hadapan kamar utama tingkat atas. Kebetulan terdengar suara Ti berbual dengan anak-anak di ruang tamu. Hanya jerit kata dari tingkat atas.

" Ti. Minta maaflah. Hang pandai-pandailah sarapan sendiri hah? "

Semua sudah sarapan kecuali kita. Sarapan pagi dibawa putera mahkota sampai kamar tidur. Sarapan pagi ini. Suami beli Roti Canai dari Restoran Yus. Kuih-muih Melayu dari warung.

Belum setengah jam selepas itu. Ti pula menjerit panggil Su. Jerit kata dari pangkal tangga.

" Kami nak pergi rumah kawan Mustafa. Dekat-dekat sini je. "

" Kat seksyen berapa tu. Kot kot kenal. "

" Nanti nak tanya Muzaffar. "

Koleksi ensiklopedia itu seumur puteri


Pakai tudung hitam. Turun ke ruang tamu. Ti di bangku jati Madura. Kelibat bangku itu. Sebagaimana di dalam gambar nombor dua. Rak buku paling atas. Paling kanan. Itu kitab kiriman hadiah dari Mazrah pembaca blog ini dari Sabah. Kabinet buku kayu jati itu. Itu hadiah harijadi tahun sebelum tahun lepas. Ada satu lagi kembar kabinet buku ini. Tepi tangga. Kini setiap tahun. Saya minta hadiah perabot jati. Hanya tahun lepas. Tiada mandang hadiah sebegini. Kerana cerita mahu renovate rumah lagi. Tunggu selepas rumah berwajah baru.

Set buku-buku ensiklopedia itu. Sebaya lama umur puteri sulung. Bawa pulang dari Wales.

Cerita pagi ini. Sembang dengan Ti pagi ini. Ti di bangku Madura. Su sebelah kanan gambar. Duduk di bangku set Betawi.

Muzaffar berbual guna telefon di kerusi anjung luar rumah.

Rumah kawan itu. Seksyen 8. Belakang deret restoran singgahan selalu.

" Oh depan tu je. Selepas bulatan depan sana tu. Seksyen 8 dah. "

Ti dan Muzaffar dan Mariam pergi Seksyen 8 selepas pukul sembilan pagi. Keluarga kawan sepejabat Muzaffar itu baru pindah sini. Ziarah isteri kawan itu baru melahirkan cahayamata. Kawan itu khabarnya menginap buat sementara di rumah abang wanita bersalin itu. Sebelum pindah bandar pejabat baru di ibu negeri.

Sebelum itu. Kami bincang tentang program hari ini. Su pagi ini berehat pulihkan penat badan. Panjang lagi cerita jalan-jalan. Tiga cahayamata kami bawa Ti sekeluarga jalan-jalan shopping. Pavilion sana dan KLCC. Selepas itu. Terus pergi rumah Johan bukan pun jauh dari KLCC.

Mengiringi Ti sampai muka pintu. Sebenarnya sampai pintu pagar.

" Ke kami balik dulu sini. Malam lepas Maghrib baru pergi rumah Johan. "

" Jauhlah. Sebab rumah Johan tak jauh dah dari KLCC. "

Su dan suami bakal menyusul pergi rumah Johan selepas Maghrib.

Kata Ti. " Kita jangan kacau Abah Khadijah lah. Biar dia pergi kerja. "

Tiga anakanda. Tiga anakanda saudara. Pagi ini selepas sarapan. Makan Smith Potato Crisps kita bawa pulang dari Melbourne. Awal pagi selepas Idris mandi. Senyum-senyum Idris masuk kamar tidur ibu. Tanya tentang buah tangan makanan dipesan dari Australia. Potato crisp orang Australia sebut potato chips. Kalau orang Britain dan ramai kita. Chips itu kentang goreng.

Juga buah tangan coklat itu ini. Antara mesti wajib bawa pulang setiap kali pergi Melbourne. Coklat Cadbury Flakes kegemaran sekeluarga.

Pagi sebelum Ti pulang. Su berkirim saling berbalas SMS dengan Johan dan Rozi. Pemberitahuan tentang kunjungan kami dua keluarga malam ini bertandang pergi rumah Johan. Juga tentang program pergi Cherating.

SMS dari Rozi. OK. Dinner kat sini ye..

Pulang Ti dari Seksyen 8. Sebelum keluar semula pergi Pavilion. Cerita Ti. Kawan itu bersalin di Hospital Putrajaya.

" Hospital tu sebelum ni pengarah dia *kawan kami sekian-sekian*. Tapi dia dah pindah pergi ibu pejabat kementerian. Dia belum kahwin lagi. "

" Tak ingat laa. Tapi kalau tengok rupa mungkin boleh ingat. "

" Kakak dia yang bercinta dengan guru lelaki India tu. "

Bukan seorang dua kawan-kawan sebaya kami masih solo belum pernah berumah tangga. Samada kawan sama sekolah atau kawan sama belajar. Kata orang. Kalau sudah sampai umur berpangkal angka empat. Sudah selesa dengan kebiasaan bersendirian. Sudah redha lali dengan keadaan. Itu kata sesetengah orang. Pun ada orang lewat bertemu jodoh suratan. Saudara sepupu muda dua tahun dari Su. Bertemu jodoh dua tahun lepas. Bukan dengan orang muda atau suami orang. Jodohnya duda kematian isteri.

Selepas renai hujan petang awal Ramadhan laman cempaka Bandar Baru Bangi


Selepas Zohor. Pukul dua suku petang. Dua kereta beransur pergi Kuala Lumpur. Pavilion dan KLCC. Selepas itu terus pergi rumah Johan. Su dan suami menyusul pergi selepas Maghrib. Menunggu suami pulang dari ofis.

Sebelum itu. Cerita Ti. Sepagi tadi Muzaffar cari stesen petrol dengan NGV. Kebetulan kereta merah perlu disi tangki. Kata Safura. Stesen atas bukit sana. Stesen dengan servis NGV. Kereta merah mendahului kereta biru Johor Bahru.

Sebelum Asar. Ibu telefon Muhammad Idris. Kat mana sekarang? Pavilion. Jalan asing-asing. Enam sepupu jalan bersama. Mariam ikut Ti dan Muzaffar.

Sebelum Maghrib. Telefon Safura. Kat mana sekarang? KLCC.

Su dan suami beransur pergi rumah Johan sebelum Maghrib. Singgah Masjid Al Hasanah. Suami solat Maghrib. Su tunggu dalam kereta. Pandang sana sini. Sebelah kiri kereta. Rimbunan pohon kecil bunga kemunting Cina. Bunga warna ungu merah jambu.

Pukul lapan malam. Kereta baru berlalu meninggalkan masjid. Idris telefon. Sayup-sayup kedengaran suara Ti berbual dengan Rozi.

Pukul sembilan malam. Kereta sudah begitu menghampiri simpang ke perumahan Johan. Berhampiran kampus UIA sana. Boleh ada orang itu terus ke hadapan melepasi simpang. Sudahnya sampai Batu Caves sana. Ronda sana-sini dengan kesesakan jalan raya. Nyaris-nyaris sampai UIA. Gurau kita namun mengingatkan. Jangan sampai Pahang lagi.

Bulan Mei lalu. Kami dua keluarga pergi rumah Johan. Sepulang dari kenduri rumah Anizai di Cheras. Anizai sepupu kami. Petang itu hujan renai menjelang senja. Kita ralit. Ingatkan member sudah faham jalan pulang dari rumah Johan. Boleh member terlajak melepasi Genting Sempah sampai Bentong sana. Hari tu. Kereta Johor Bahru mengekori di belakang. Boleh bila Su tegur beritahu. Ini macam pergi Pahang. Kata member. Nanti ada simpang ke Kuala Lumpur. Alih-alih sampai Bentong. Walhal bukan baru sekali dua pergi rumah Johan. Bukan baru sekali susur lalu situ.

Hari itu buat pertama kali Ti dan Muzaffar susuri lalu Genting Sempah sampai Bukit Tinggi. Selalunya kalau pergi pantai timur. Orang Johor Bahru ikut jalan Segamat-Pekan sana. Itu antara sebabnya Cherating dan Kuantan menjadi pilihan percutian Hari Keluarga kami tahun ini. Kata Ti. Sedap mata memandang segar hijau hutan.

Malam ini. Sudahnya. Selepas beberapa kali Idris menelefon tanya mana sekarang? Sampai rumah Johan selepas pukul sepuluh malam.

Kalau Su dengan salah seorang dua puteri pergi sendiri rumah Johan. Selalunya kami sampai kurang 45 minit perjalanan dari rumah. Kali akhir pergi rumah Johan. Bulan Julai lalu. Su dan tiga puteri dan Safiyyah. Pergi bawa kek selamat harijadi buat Johan. Hari kami mengejar dua wanita muda bermotosikal terlanggar kiri badan kereta biru.

Bertandang TSG Kuala Lumpur


Lama tunggu kami. Semua sudah selesai makan. Makanlah kami berdua suami isteri. Namun Iman dan Kamal meneman di meja. Johan mengulang makan. Makan puding hidangan Rozi selalu. Puding Kastad dengan koktel buah-buahan.

Antara hidangan lauk istimewa. Pais ikan bakar dalam daun pisang.

Juga terhidang. Donat J Co Ti beli dua dozen.

Kalau bertandang rumah Johan. Semestinya berhidangan teh O panas bancuhan Johan. Manis gulanya sedang-sedang. Sesuai dengan selera Su kini selalu minum teh O tanpa gula.

Sembang-sembang. Lampu kamera sana sini. Tv terpasang. Cerita hantu puaka TV3 itu. Suara sembang menenggelamkan suara tv. Bersambung tayang pula satu drama tv lain. Pada mulanya Su ingatkan drama yang sama. Komen kita. Panjang benar cerita hantu puaka tu. Lagipun mata bukan memandang tv pun. Sembang di meja makan. Kata Ti. Tu cerita lain. Drama Melayu bertema siapa pembunuh isteri hero. Slot Samarinda.

Su dan Rozi dan Johan di meja makan. Juga Iman dan Idris dan Kamal. Ti bersimpuh tepi muka pintu. Bagaikan menepati rasa mahu beransur keluar dari pintu. Suami dan Muzaffar dan anakanda-anakanda lain. Santai di sofa ruang tamu. Dua bos sudah mulai terlelap mata.

Beransur pulang selepas pukul sebelas malam. Selepas Ti mula beri isyarat mahu beransur pulang. Bayangkan adinda ini keluar rumah sedari pagi. Semalam pula baru sampai dari Johor Bahru.

Pesan Kamal putera sulung Johan kala Su di muka pintu. Kamal sebaya dengan Suraya. Mak Long datanglah lagi.

Anakanda pendiam sedari kecil ini. Beransur pandai berbual.

Mulanya kami suami isteri dan Idris satu kereta paling terkebelakang. Kereta biru ungu Muzaffar mengekori kereta merah. Tahu-tahu bila sampai rumah. Dua kereta itu belum sampai lagi.

Sejurus kemudian sampai kereta biru ungu. Kata Ti senyum-senyum. Terror Pak Long. Tadi tertinggal belakang. Tahu-tahu sampai dulu. Muzaffar pun tanya. Bila masa Pak Long potong ni.

Kami pun pelik. Padahal kala masih di MRR2. Kami tertinggal jauh di belakang. Biasalah kalau suami kita memandu. Hanya antara 50 ke 70 had laju.

Telefon Iman satu kereta dengan dua kekanda puteri. Singgah mana? Singgah kedai beli top up telefon bimbit.

Sesampai di rumah. Belum apa-apa. Kereta merah keluar lagi. Dua puteri dengan Saiful pergi kedai Tujuh Sebelas. Belum beres urusan beli top up telefon bimbit.

Sebelum tidur. Pesan Su pada Ti. Esok pagi. Kita bertolak pukul lapan macam tu. Bertolak pergi Cherating. Kami dua keluarga bertolak awal pagi. Johan sekeluarga bertolak selepas tengah hari. Johan ada kerja di pejabat. Pendaftaran pelajar baru. Rozi ada mesyuarat di sekolah.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape