Tags: sunday

Sebelum Syawal berlalu singgah bercerita hati riang

Malas lagi dengan blog ini. Sekadar beberapa kisahan terkini.

Sehari sebelum harijadi Muhammad Idris 16 Oktober 2009. Hari Graduasi Tingkatan V MRSM sekolah Muhammad Idris 15 Oktober 2009. 13 graduan paling cemerlang bergambar dengan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang usai semua 13 graduan dan ibubapa graduan diraikan dalam satu majlis makan tengah hari bersama Tuan Yang Terutama. Alhamdulillah satu hari meriah hati ramai pasangan ibubapa 13 graduan.

Sebenarnya paragraf di atas itu kerana saya mahu terterakan gambar berkaitan. Malaslah pula cari gambar. Kemudian-kemudian laa kot. Kalau rajin singgah sini lagi.

Juga sebenarnya paragraf itu copy and paste dari status Buku Muka pada harijadi Muhammad Idris. Gambar tertera sana. Tiada perlu sembunyi wajah. Gambar tertera sini. Perlu edit itu ini.

Muhammad Idris intan payung ibu. Graduan Kelas Satu. Empat semester berturut-turut penerima Anugerah Pengetua. Graduan Terbaik Subjek Matematik Tambahan. Rekod paling cemerlang. Pernah dengan markah 100 peratus dalam kertas peperiksaan Matematik Tambahan. Satu-satunya pelajar MRSM utara itu dengan rekod itu.

Selamat Harijadi Ayang. Semoga menjadi mukmin yang soleh. Selamat dunia akhirat. Semoga lebih berjaya dalam SPM nanti. Doa ibu sentiasa mengiringi.

Kata saya pada sesaorang. Sahabat dan sedara yang tulus berkongsi gembira dan harapan selalunya akan mengucapkan tahniah beriringan doa. Sudah kerap melalui fasa keputusan cemerlang semua cahayamata. Pendengar berita terbahagi kepada beberapa kumpulan. Ada kumpulan teruja berkongsi rasa gembira. Kumpulan itu paling terdahulu kita sampaikan berita. Kita bercerita buat berkongsi kegembiraan.

Hari itu. Berebut-rebutlah guru perempuan muda mahu bergambar dengan Muhammad Idris. Bukan bergambar beramai-ramai. Mahu bergambar berdua dengan Idris. Semacam model pula Idris petang itu. Masing-masing dengan komen yang sama pada kita. Muhammad Idris budak pandai. Muhammad Idris budak baik. Muhammad Idris budak hensem. Ayat paling akhir berkait dengan hensem. Itu hanya rekaan ibu Idris.

Komen kita pada bapa Idris. Jangan ada yang berkakak-kakak angkat sudah. Kalau yang baru grad tu. Beza kurang sepuluh tahun dengan Idris.

Hari itu kala sedang makan tengah hari dalam majlis bersama TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang. Gurau saya pada Muhammad Idris.

" Dah tiga kali konvo hah. Sekali masa tadika. Sekali masa darjah enam. Lepas ni grad U pula laa.. "

Tiga kali Hari Graduasi sekolah pakai jubah konvokesyen. Hari Anugerah Cemerlang PMR tahun lepas. Bapa Muhammad Idris naik pentas. Idris ketika itu sudah di MRSM.

Bercerita darihal berita terkini ibu Muhammad Idris pula.

Cerita biasa masa kini. Sentiasa berpergian dari rumah. Teramat jarang hujung minggu di rumah. Juga kebelakangan ini. Kesihatan kurang menentu.

Hari Isnin terbang lagi. Hari Jumaat terbang pulang. Sesampai rumah hari Jumaat itu. Bergegas pergi Pahang. Pahang sampai hujung minggu. Selepas itu. Sana sini sampai hujung tahun.

Sedikit berita terkini buat mengisi ruang.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Mimpi semalam malam sepulang dari Hulu Dong mencari Rafflesia

Korner komputer sanggar santai selalu


Mimpi semalam. Bukan mimpi malam tadi. Mimpi malam Isnin hari minggu 16 haribulan Ogos. Malam pulang dari Lata Jarum. Lata Jarum kali kedua dalam dua minggu. Lata Jarum mukim Hulu Dong pinggiran bandar Raub selatan barat negeri Pahang. Hulu Dong mengarah hala Kuala Lipis dari Raub. Hulu Dong lebih kurang 28 kilometer dari bandar Raub. Hulu Dong mengingatkan kepada cerita Mona kerat lapan belas.

Malam itu sesampai rumah dari Lata Jarum kala rembang senja. Antara aktiviti selepas solat Maghrib sebelum tidur awal. Hanya lebih kurang setengah jam sementara menunggu azan solat Isya'. Sebelum beransur berbaringan melelap mata melega penat badan. Penat badan mulai beransur pulih dari demam lebih dari tiga minggu sebermula pertengahan bulan Julai.

Penat delapan hari Pahang dalam seminggu. Enam kali berulang susuri jalan dari Raub pergi Kuala Lipis sampai Jengka dalam masa seminggu. Minggu-minggu sebelum itu. Selalu berulang pergi Cameron Highlands dan Bukit Fraser. Minggu-minggu sebelum itu. Genting Highlands dan Cherating singgah Kuantan. Memanglah tahun 2009 ini tahun Pahang sebagai rumah kedua buat kami suami isteri.

Cerita mimpi itu. Malam Isnin itu sebelum tidur. Sempat guna internet sebelum beri lampu hijau buat Muhammad Idris menggunakan laptop ibu. Laptop Muhammad Idris lembab semacam. Janji ibu pada Idris. Selepas ibu beli laptop baru. Laptop ibu ini ibu beri pada Muhammad Idris. Pun begitu selepas keputusan SPM tahun hadapan. InsyaAllah ayahanda Muhammad Idris belikan Muhammad Idris laptop baru. Apa-apa hal. Belajar rajin-rajin buat SPM hujung tahun ini.

Selepas dua kali berwisata Lata Jarum. Barulah malam itu sempat Google lokasi rumah bomoh Mona kerat lapan belas di Hulu Dong.

Aduh terkujatnya saya. Lokasi rumah seram itu kami sering kali lalu. Rumah itu berjiran hanya beberapa rumah dengan chalet kami sewa dua kali dalam dua minggu. Chalet dalam kawasan dusun tepian sungai. Sungai berair terjun berbatu-batuan granit berukuran bulat besar. Patutlah bila lalu situ sebelah malam. Seram semacam.

Selepas tahu lokasi rumah seram berperistiwa tragedi ngeri itu. Mulalah berkelibatan yang bukan-bukan. Sampai tidur bermimpi dikejar hantu. Hantu ini mengekori saya sampai halaman rumah kami. Bagaimanapun hantu lelaki berkulit cerah ini hanya termampu sampai setakat halaman rumah. Hanya termampu memandang rumah kami di tingkat tinggi. Saya terpandangkan kelibat hantu ini dari jendela bertingkap gelongsor kaca gelap. Cerita dalam mimpi bersuasana malam. Hantu lelaki ini seakan mengintai-mengintai mencari jalan menembus masuk rumah kami.

Selepas terpandangkan kelibat hantu mengintai-ngintai dari jauh. Saya tutup rapat semua tingkap dan pintu dengan pagar doa.

Tiba-tiba terbuka pintu gelongsor kayu padu tebal ruang tamu utama. Konon-kononnya rumah kami rumah kondominium. Terbuka saja pintu gelongsor kayu tebal padu bagaikan pintu gerbang kota. Pintu terbuka sebagaimana terbuka pintu lif. Muncul Suraya.

" Eh macam mana Adik boleh buka pintu ni? "

Kaget dalam hati. Pada hal aku dah pagar pintu ni dengan doa.

Kata Suraya. " Adik tahu password. "

Dalam hati. Tahu password?

Terus terjaga beberapa ketika selepas jawapan Suraya.

Saya tidur di atas katil saiz Queen Muhammad Idris. Terjaga dari mimpi. Terlihatkan Muhammad Idris sedang guna laptop ibu. Meja komputer Muhammad Idris. Sebagaimana di dalam gambar. Katil Muhammad Idris. Sebelah kiri meja komputer itu. Itu komputer Muhamamd Idris. Dua laptop dalam gambar itu. Satu daripadanya milik ibu Muhammad Idris. Itu gambar tahun lepas.

Juga berkelibat dalam gambar kelabu itu. Paling kiri. Kayu penggaru turut berfungsi sebagai kayu pengurut. Itu hadiah dari Bonda. Saya kerap gunakan kayu itu sebagai pengurut kaki bila lenguh kaki.

Pernah terlihat kayu penggaru bagaikan garfu besar ini terjual di Queen Victoria Market, Melbourne. Harga di Melbourne. Satu kayu itu AUD3.99 lebih kurang RM12 Malaysia. Bonda beli kayu penggaru itu di Johor Bahru dengan harga RM3 satu. Itu harga lebih dari sepuluh tahun nan lalu.

" Pukul berapa sekarang Idris?"

Muhammad Idris memandang jam. Jam terlekat pada dinding atas muka pintu tandas kamar Muhammad Idris. Jam Ikea bulat warna hitam.

" Pukul sepuluh malam. "

Sambung tidur. Lena jenera tidur sampai pukul lima pagi.

Bangun solat Subuh pagi hari Isnin itu. Pagi bertiga pergi utara. Pagi hantar pulang Muhammad Idris kembali ke asrama selepas MRSM itu tutup seminggu kerana kes Selesema Babi. Tersenyum sendiri bila teringatkan dialog Suraya dalam mimpi itu. Adik tahu password.

Sampai sebegitu sekali pengaruh kamputer dalam hidup ini masa kini. Sampai tersinggah dalam mimpi.

Kurang pasti samada mimpi hantu itu kerana terkujat tahu mana satu rumah itu ataupun memang ada yang mengikut dari Hulu Dong. Lebih kuat hati kepada itu hanyalah mainan tidur kerana kepenatan. Pun begitu tetap terfikir. Apakah mimpi itu mahu mengingatkan saya kepada pagar rumah perlu diperkukuhkan lagi.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Dari Nibong Tebal singgah malam Kuala Kangsar

Nibong Tebal kala matahari baru terbenam pesona dari Masjid Transkrian


Petang 26 April hari Ahad itu. Selepas meninggalkan pintu pagar MRSM Transkrian. Selepas hilang Muhammad Idris dari pandangan. Selepas berhenti tangan melambai.

Singgah Masjid Transkrian. Masjid bersetentangan dengan kampus cawangan USM. Masjid besar masjid baru. Terlalu baru sampaikan pintu masjid pun berkunci. Tandas dan tempat wudhu' wanita pun berkunci. Ada sehelai sejadah di luar kawasan solat tepi tiang seri. Lalu nampak gayanya terpaksalah Safura solat di anjung masjid.

Belum pun Safura solat Asar di luar kawasan solat. Kami suami isteri berehat-rehat santai di pangkal tangga menunggu Maghrib. Alang-alang sudah pukul tujuh. Tunggu sajalah azan Maghrib. Lagipun sebagaimana selalu. Misi bila bermusafir. Menambah lokasi bersujud dalam solat buat dibawa pergi akhirat.

Santai pandang memandang. Pandangan senja kampung Melayu berpohon kelapa bersusun dari masjid itu. Pandangan mempesona pada mata ini.

Sampai siak masjid bermotosikal. Siak berumur mungkin sekitar lewat enam puluhan. Siak ini buka kunci pintu masjid. Maka solatlah Safura di dalam masjid. Bukan hanya di foyer atau anjung masjid.

Suami berbual dengan siak baru sampai itu. Memang ini masjid baru.

Ambil wudhu' di tempat wudhu' lelaki terdedah lapang tanpa dinding menghadap jalan raya bersimpang empat selepas nun MRSM Transkrian hanya sepelaung dari situ. Kalau dalam gambar nombor dua di bawah ini. Sebelah kiri dalam gambar. Tempat wudhu' itu. Sebelah kiri tangga masjid.

Selepas solat. Sempat lagi bergambar-gambar. Rakaman gambar ruang dalam masjid serba baru. Rakaman gambar langit malam biru ungu. Langit biru ungu Maghrib berbulan penuh mengambang. Gambar tertera. MRSM Transkrian di sebelah kanan gambar. Kampus USM itu di sebelah kiri gambar.

Mahu singgah tandas. Tandas masih berkunci rapat. Walhal selama ini saya kurang gemar singgah tandas masjid kecuali tandas-tandas beberapa masjid. Antara tandas masjid bersih pernah disinggah. Tandas Masjid UKM. Itupun singgahan kali akhir. Entah beberapa tahun lalu. Berkira-kira mahu singgah tandas masjid ini kerena mengenangkan ini masjid baru. Masjid baru mestilah bersih tandas. 

Giliran Safura pula memandu. Kala kereta melintas susur lalu di hadapan MRSM Transkrian. Kelihatan dewan maktab itu terang benderang. Menurut Idris. Malam ini. Majlis perasmian Kejohanan Taekwondo Se-MRSM tahun 2009 ini. Mudah-mudahan Allah subhanahuwataala permudahkanlah semuanya buat anakandaku itu. Mudah-mudahan selamat semuanya sampai pulang kembali ke kampus maktab sendiri. Pasti bila lalu berpandangan maktab ini. Teringat Idris sedang buat apa. Baru lepas solat Maghrib. Sebentar nanti pergi dewan.

Belum pun kereta meninggalkan Nibong Tebal. Sampai SMS Idris buat Ayahandanya. Pemberitahuan sudah terima topup. Jawab Ayahanda. Nanti telefon Mak bila lapang. Baca SMS jawapan ini setelah sampai rumah.

Kereta melepasi jambatan selepas meninggalkan jauh bandar Nibong Tebal. Berkisahlah kita. Transkrian ini bersempena dengan nama ladang kelapa sawit Transkrian. Sebagaimana dengan Bandar Baru Bangi dan Putrajaya. Transkrian ini penempatan baru dulunya ladang. Dua kampus di Nibong Tebal, Seberang Prai Selatan ini, MRSM dan kampus cawangan USM itu, merujuk kepada nama Transkrian bukanlah nama tempat. Itu nama mukim. Sebagaimana daerah Larut. Tiada tempat atau pekan nama Larut. Tiada pekan Kerian. Tiada bandar Batang Padang.

Juga berdasarkan pemahaman saya setakat ini. Transkrian itu pastinya merujuk kepada dua tanah antara Sungai Kerian. Sebagaimana makna trans itu. Penghubung atau antara. 

Berkisahlah kita pada dua ahli keluarga. Dulu semasa kecil. Biasalah saya dengan dua saudara dibawa selalu ibu menaiki feri rakit menyeberangi Sungai Kerian dari Parit Buntar dalam negeri Perak pergi Bandar Baharu dalam negeri Kedah. Zaman saya bersekolah dulu. Tercatat peristiwa tragedi feri karam di Sungai Kerian. Selepas tragedi feri karam awal pagi mengorbankan ramai pelajar sekolah. Barulah terbina jambatan menghubungi antara dua pekan dalam dua negeri. Antara nostalgia daerah Kerian melekat dalam ingatan. Kenangan menaiki feri rakit ini. Itu zaman belum bersekolah. Zaman ayah ibu belum bercerai. Feri rakit ini rakit besar tanpa bumbung.

Singgah solat Masjid baru Transkrian Nibong Tebal


Alhamdulillah sampai Kawasan Rehat Sungai Perak belum pun pukul lapan. Kurang satu jam perjalanan dari Nibong Tebal. Setelah setahun lebih selama kawasan rehat ini tutup kerana kerja-kerja pengubahsuaian. Inilah kali pertama kami singgah. Kali akhir singgah. Tahun 2006 dulu kot. Hari pergi Taiping.

Wah berseri-seri kawasan rehat kini berwajah baru dengan kioks buah-buahan bergerai batu. Kalau dulu. Gerai-gerai buah-buahan sederet di tepi jalan antara ruang legar lapang menuju medan selera. Kini gerai-gerai batu ini memenuhi ruang legar berbumbung. Meriah walau tidaklah seluas Kawasan Rehat Tapah.


Ruang tandas lebih besar lebih banyak bilangan kamar kecil. Bersih berkilat-kilat kerana masih baru. Kalau dulu tandas duduk hanya satu dua. Kini tandas duduk berderet hampir sepuluh.

Surau baru kelihatan lebih besar lebih selesa. Bagaimanapun malam ini tiada singgahan surau sini kerana sudah solat di Masjid Transkrian serba baru itu.

Selama ini. Memang jaranglah Su singgah solat di surau kawasan rehat ini kerana kurang selesa dengan surau lama itu. Kurang selesa kerana panas dalam surau. Kalau bersinggah sini. Selalunya kerana mahu makan nasi berlaukkan Gulai Tempoyak Ikan Patin dari sekian-sekian gerai. Juga kerana mahu beli buah mangga.

Selalunya kalau kami susuri Lebuhraya PLUS dari utara. Kawasan Rehat PLUS singgahan selalu kami. Tapah dan Sungai Buloh. Pemilihan kerana tandas bersih dan surau selesa. Masa pergi. Selalunya singgah Sungai Buloh dan Bukit Merah. Sungai Buloh kerana singgah kedai buku beli bekalan bahan bacaan bawa pergi hotel. Singgah Bukit Merah kerana kedai makan berlauk-pauk daerah kelahiran ayah ibu.

Kalau Bukit Merah dari utara. Singgahan selalu situ kerana Nescafe panas kaw satu kedai minuman situ. Setahun dua ini Su sudah teramat jarang minum Nescafe kerana sakit kaki. Pun begitu bila singgah Kawasan Rehat Bukit Merah menuju selatan. Su selalu minum Nescafe jangan kacau susu satu kedai minuman di situ. Selalunya kalau beli Nescafe panas. Su pesan jangan kacau susu pekat manis itu. Nanti terlebih manis.

Sebenarnya Kawasan Rehat PLUS Gunung Semanggol tetapi kami sekeluarga terbiasa sebut Bukit Merah. Ini kerana dulu-dulu semasa puteri sulung kolejnya nun di Pulau Pinang sana. Kami selalu singgah bermalam di Bukit Merah Resort berhampiran kawasan rehat itu.

Makan malam atau makan tengah hari tertunda sampai malam. Seperti dulu-dulu bila singgah sini. Mesti beli semangkuk Gulai Tempoyak Ikan Patin. Kini setiap kali beli Gulai Ikan Patin. Mata periksa harga dulu. Pernah dulu suami dan kawan singgah gerai makan nasi bergulai ikan patin. Masa bayar. Terkejut sepotong kecil ikan patin berharga RM65. Ikannya pula diambil lebih dari sepotong. Bukan restoran. Hanya warung kecil kampung tepi jalan. Lebih kurang sama cerita kedai makan Nasi Dagang heboh keluar surat khabar dulu. 

Sambil makan. Rancak berbual dengan Safura. Suami lebih awal makan lebih awal sudahnya. Bangun dengan muka kelat berlalu pergi selepas merungut. Bising.

Komen dalam hati. Kalau pelajar-pelajar perempuan dengan kawan-kawan pensyarah perempuan awak tu bising tak paa. Boleh senyum-senyum lagi. Bising orang lain bising manja menggoda telinga. Bising hebat. Bising meriah. Bising ahli keluarga buat muka mencuka. Ini kerana dalam seminggu dua ini telinga kita ini terpaksa menahan bising-bising kawan-kawan member dalam bukan hanya satu peristiwa. Member pula kelihatannya bersenang hati tersenyum sendiri dengan bising sebegitu.

Satu kejutanlah pada saya dalam sebulan dua ini dengan kelaku pelajar perempuan dan wanita muda hari ini. Dalam bas kerusi belakang. Satu bas universiti. Pelajar-pelajar wanita dan pensyarah wanita muda bersembang kuat sesama sendiri sampai boleh terdengar pada kami jauh di kerusi hadapan. Penumpang-penumpang lelaki lebih sopan berbual hanya buat didengari teman duduk di sebelah. Pelajar-pelajar perempuan bersembang ketawa kuat berdekah-dekah dari atas bukit boleh terdengar sampai bawah bukit. Anak dara sembang kuat boleh dengar satu dewan makan hotel. Anak dara pelajar universiti mengada manja dalam kapal terbang dengan staf pangkat bapa dipanggil abang boleh dengar rengekan sampai dua tiga baris kerusi. Pada member bila terdengar itu. Senyum-senyum sendiri gamaknya merasakan itu semua kelaku comel. Cuba kalau anak dara sendiri atau kita bising sebegitu. Mahu nanti ada orang menyelap kerana terperanjat.

Mungkin akan ada yang berkata. Biar orang lain buat jangan ahli keluarga sendiri buat. Kenyataannya bila orang lain buat, member tumpang suka. Kerana apa? Kerana syaitan bergantung di telinga. Bising suara bukan muhrim rasa indah. Bising ahli keluarga menyesakkan telinga.

Kalau setakat cerita bising. Itu perkara boleh diterima walaupun satu kejutanlah juga. Bukan berdosa pun bising kalau tiada gangguan bertahap kritikal pada orang lain dengan bising itu. Bab bising berlagu manja mengada. Itu meloyakan.

Cerita dalam kapal terbang itu. Awal tahun ini. Terkejutlah saya hari itu. Begitu manjanya pelajar awal 20-an dengan staf lebih kurang sebaya suami kita. Boleh berabang-abang. Merengek manja semacam dalam kamar tidur. Kerusi kami di hadapan kerusi anak dara dan dua staf lelaki ini. Bang, bang, tak de bantal laa. Nak bantal.. Nak bantal.. Tak best laa tak de bantal. Bang bang tak nampak ape pun. Tak nampak pun Gunung ********. Lapar laa bang.. Bila nak sampai ni. Dua lelaki diabang-abangkan itu. Suami-suami dan bapa-bapa orang. Entah-entah lebih kurang sebaya bapa pelajar itu. Suara lembut melentuk manja mengada-ngada. Ada orang itu senyum-senyum saja sepanjang terdengar semua itu. Kami suami isteri mengisi sederet tiga kerusi di hadapan pelajar dan dua kawan suami itu. Entah-entah member sudah terbiasa dengan suara manja mengada sebegitu. Hari itu barulah saya tahu. Ada pelajar perempuan manja membahasakan staf lelaki universiti dengan panggilan abang. Cukup mesra. Atau terlebih mesra?

Kita pula. Komen kita pada suami. Geli geleman. Macam dalam bilik tidur. Itu dalam pesawat ramai orang. Kalau berdua-duaan di dalam makmal ataupun berdua-duaan di dalam kamar pejabat pensyarah. Tidak tahulah bagaimana. Sepanjang penerbangan itu. Sebelum destinasi atau selepas terbang sampai lapangan terbang. Memang saya melarikan muka dari pelajar mengada-ngada itu. Saya kurang pandai berpura-pura. Berpura-pura senyum walhal hati kurang senang. Hari itu. Terpandang muka pun saya bukan muka derk. Berdiri di sebelah pun saya buat tidak tahu. Prinsip saya selalu. Apa terkata apa terluah apa terpancar dari muka. Itulah dari hati. Kalau kurang gemar. Saya tidak akan pura-pura memaniskan muka. Kalau saya senyum mesra wajah. Itu tumpahan terus dari hati.

Sebagai rekod. Dua lelaki dengan pelajar itu. Staf universiti bukan pensyarah. Seorang daripadanya muda setahun dari suami kita tetapi berwajah awet muda. Seorang lagi. Kelihatan muda sepuluh tahun dari umur sebenar. Mereka berdua ini selamba melayan tanpa begitu menonjol gelagat memanjakan. Mungkin waras memikir. Ramai melihat ramai mendengar. Apa terdengar apa terpandang. Orang muda lebih bermanja-manja. Pun begitu sebagaimana kata sahabat. Kalau orang lelaki tidak beri muka. Bagaimana orang muda boleh berani terlebih manja.

Gulai Tempoyak Ikan Patin Kuala Kangsar


Kembali kepada cerita Kawasan Rehat PLUS Sungai Perak. Selepas makan. Safura pergi tandas. Kita lalu kioks buah-buahan mahu menuju parkir. Terlihat suami duduk di bangku menghadap ruang tengah dengan gerai buah-buahan. Bersegera melarikan diri dari laluan itu. Lalu ikut laluan lain. Malas menghadap pandang ketika kita sedang berwajah protes.

Lamalah pula menunggu Safura. Lama Su berdiri menunggu di sebelah kereta biru. Suami masih di kawasan rehat. Patah semula pergi kawasan rehat. Beli buah jambu potong tabur serbuk asam. Terlihat suami beli buah mangga.

Tadi siang di Hentian PLUS Simpang Pulai. Bila kita minta tolong belikan buah mangga. Ada orang jawab. Belilah sendiri. Member malas keluar dari kereta sebagaimana begitu juga halnya dengan kita. Malam ini. Member beli mangga kita minta siang tadi. Mungkin juga kerana member terperasan pada wajah tidak mahu senyum kita semasa lalu tadi. Selalunya begitulah. Kalau kita berwajah kelat. Pantas kilat boleh dapat apa diminta. Kalau kita berbahasa sopan hormat meminta. Ada orang buat muka tidak punya perasaan sebagaimana selalu. Sebagaimana kata seorang sahabat dengan cerita lebih kurang begini. Takkanlah kita nak kena tarik muka kelat selalu. Atau sebenarnya lelaki-lelaki seperti ini mahu sesekali isteri merajuk. Walhal saya ini bukan jenis begitu. Sedari kecil. Sudah terbiasa memanjakan orang bukan manja pada orang. Terbina sikap ini sedari zaman kecil belum sekolah selalu sendiri tanpa ayah ibu. Bertanggung jawab menjaga dua adinda seawal umur belum sekolah. Terpaksa cepat jadi dewasa. 

Alhamdulillah perjalanan bermula selepas pukul lapan dari kawasan rehat itu. Alhamdulillah sampai rumah sebelum pukul dua belas malam. Lega dan redha dengan apa sahaja ketentuan cerita hari ini. Alhamdulillah ketentuan hari ini berhikmah sampai Masjid Transkrian bersinggah mukim nostalgia masa lalu.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Mencari Nibong Tebal terlambai lalu nostalgia utara

Kejohanan Taekwondo MRSM seMalaysia


Hari minggu 26 April pergi utara melepas rindu. Hari Muhammad Idris berada di MRSM Transkrian kerana terlibat sebagai peserta Kejohanan Taekwondo MRSM se Malaysia kali ke enam.

Sejurus selepas kenderaan biru gelap melepasi kampus sekolah Muhammad Idris. Antara komen kita. Nasib baik Nibong Tebal. Bukan Langkawi atau Perlis sana.

Ketawa kecil bercerita. " Cikgu tu tanya. Dari sini nak pergi highway tahu? "

Kiranya guru muda itu ikhlas mahu beritahu cara pergi MRSM Transkrian bermula dari kampus MRSM Muhammad Idris.

" Dia kata ikut papan tanda tulis pergi Bukit Mertajam, Juru, Sungai Bakap, Jawi, Nibong Tebal. Ambil simpang pergi Jawi. Terus sampai Jawi. Nanti kat hujung tu ada tanda besar tulis MRSM Transkrian. "

Imbas semula perasaan kala tahu Idris berada nun di Nibong Tebal. Ada tiga kujatan. Kujatan pertama bernada laa jauh-jauh datang Idris tak de sini. Kujatan kedua. Transkrian? Kat mana tu? Selama ini tahu MRSM Transkrian itu bukan di pulau tetapi kurang pasti lokasi. Nibong Tebal atau Seberang Jaya atau Juru.

Bila tahu Nibong Tebal. Kujatan ketiga. Nibong Tebal? Dekat mana tu? Terkujat bila Idris beritahu. Dekat Parit Buntar. Selama ini tahu Nibong Tebal bersempadankan negeri Perak dan Kedah. Pernah selalu sampai Nibong Tebal tetapi itu masa kecil belum sekolah. Zaman ayah bunda masih serumah. Zaman kami bertiga saudara selalu ikut Bonda berulang pergi Baling rumah Nenda H. Dari Taiping menaiki bas merah kuning pergi Parit Buntar pergi Nibong Tebal. Dari Nibong Tebal menyeberangi sungai menaiki feri rakit pergi Bandar Baharu dalam negeri Kedah. Dari Bandar Baharu naik bas pergi Baling lalu Kulim. Itu berpuluh tahun lalu punya cerita.

Kala berperjalanan datang dari bandar kediaman. Sesekali kita tersenyum sendiri.

" Baby tahu kenapa Mak senyum? "

" Tahu. Sebab nak jumpa Idris. "

" Mak bayangkan nampak Idris datang dari asrama. Salam cium tangan. Mak peluk Idris. "

Kalau masa datang dari bandar kediaman sesekali tersenyum sendiri. Perjalanan pergi Nibong Tebal ini sentiasa dengan doa dalam hati. Doa semoga sampailah kami Transkrian itu sebelum pukul 6.30 petang waktu habis melawat. Pun begitu sedia redha terima. Apa saja ketentuan dari Ilahi. Harap mengharap semoga sampai. Redha terima kalau apa-apa hal buat tidak kesampaian hajat.

Juga dalam berharap-harap cepat sampai. Kalbu memandang kiri kanan perjalanan berlagu terlambai nostalgia. Nostalgia daerah kita biasa lalu selalu semasa kecil dulu. Tahun-tahun ayah bunda mulai di ambang perpisahan. Teringat pula lagu popular zaman itu. Lagu Di Ambang Sore. Ayahanda pula satu hari berkirim surat pada Bonda bertitipkan senikata lagu Selamat Tinggal Pujaan. Surat dari rumah Opah Aishah. Antara bait senikata lagu. Selamat Tinggal Pujaan. Semoga kau berbahgia. Hidup di samping sidia. Kasih baru yang kau puja.

Walhal realiti cerita. Tiada kekasih baru itu. Gosip senegeri sampai segenap utara namun selepas ayah bunda berpisah. Setiap kali lelaki itu datang ke rumah memanggil Bonda. Bonda mendiamkan diri. Kami semua diminta senyap sunyi. Menurut Ti. Ada satu hari. Lelaki itu menunggu di luar rumah petang sampai malam. Bonda memeluk kami bertiga sambil menangis. Kami pula takut kalau berbapa tiri lelaki itu. Su ketika itu mengenangkan bagaimana nanti status ibu saudara. Isteri bapa saudara itu dengan kami. Sebagaimana risau takut beribu tiri. Sentosa daripada kunjungan lelaki itu bila lelaki pangkat sepupu Ayahanda itu dipenjara tanpa bicara dalam satu operasi menahan orang kuat parti bukan pemerintah.

Sedihlah pula bila ingat cerita lama. Hmm kembali kepada realiti cerita hari ini.

Yusuf Taiyoob melambai selayang pandang


Kebelakangan ini. Bila kenderaan lalu tepi bangunan dalam gambar ini. Kita komen samada mengajuk suara dalam iklan Yusuf Taiyoob atau mengingatkan ahli keluarga. Bulan Ramadhan semakin hampir.

Pernah satu ketika dulu kita bertanyakan Suraya. " Kalau keluar iklan Yusof Taiyoob ni apa maknanya. "

Jawab Suraya. " Dah dekat bulan puasa. "

Alhamdulillah sampai Nibong Tebal sepuluh minit sebelum pukul enam. Betul laa cikgu tu cakap. Boleh sampai dalam masa satu jam. Itu pun pada awal perjalanan suami kita tersalah satu simpang. Kita kata exit Jawi. Suami keluar ikut exit Juru. Selepas bertanyakan pembantu stesen minyak kegemaran suami. Pergi semula Lebuhraya PLUS.

Alhamdulillah bertemu putera dirindu walaupun kurang setengah jam lama. Sampai Nibong Tebal belum pun pukul enam. Terpaksa pula tawaf pekan Nibong Tebal lebih dari sekali. Setiap kali ikut papan tanda simpang pergi MRSM Transkrian. Simpangnya pergi kawasan perumahan. Simpang pergi ladang kelapa sawit. Sebagaimana penanda jalan di pulau sana. Begitulah juga masalah penanda jalan tanah negeri ini bukan pulau.

Sebagai rekod. Suami kita singgah bertanyakan lokasi destinasi kami pada seorang pelanggan kedai berhampiran papan tanda simpang menuju SMT dan kampus USM. Bangunan deret kedai sepi lengang hari minggu. Lelaki bermotosikal itu boleh tidak tahu menahu tentang lokasi MRSM situ. MRSM itu pun semacam satu nama yang asing pada dia. Orang luar Nibong Tebal? Komen suami. Kalau orang sini. Macam mana boleh tak tahu.

Pusing ronda susuri kawasan ladang kelapa sawit. Pusing ronda tawaf kampus USM Transkrian. Hampir setengah jam baru sampai lokasi dicari. Alhamdulillah betapa bersyukur lega.

Sampai saja pintu pagar MRSM Transkrian. Terpandangkan Muhammad Idris sedang berdiri menelefon guna telefon awam pada pondok pengawal. Kami tidak dibenarkan melepasi pintu pagar kerana hanya tinggal lima minit sebelum pukul enam setengah. Makanya berkumpullah kami di tepi luar pagar. Selepas pukul enam setengah. Ada dua buah kereta berplat P boleh senang-senang masuk kawasan sekolah. Bukan kereta guru kerana dua kereta itu keluar sebelum pukul tujuh. Kita perasankan mata pengawal itu mengerling pandang kita bila dua kereta itu dibenarkan masuk. Walhal member berkeras melarang kami masuk kerana lagi lima minit habis waktu melawat.

" Kita datang jauh-jauh tak boleh masuk. Dua kereta tu boleh pun masuk. Tak adil betul. "

Kalau betul-betul strict. Biarlah samarata penekanan undang-undang pada semua kenderaan. Ini orang dia kenal boleh senang-senang masuk. Hmm berlebih kurang sajalah. Jangan layan rasa kurang puas hati.

Juga kala kami berempat berkumpul di tepi luar pintu pagar itu. Bas lalu-lalang keluar dan masuk kawasan maktab. Bas-bas urusan Kejohanan Taekwondo sedang berlangsung.

Satu kereta berplat bermula dengan huruf P itu keluar dari pintu pagar lima minit sebelum pukul tujuh. Boleh pun setengah jam dalam kawasan sekolah selepas habis waktu melawat.

Sampai MRSM Transkrian selepas tawaf Nibong Tebal


Selepas sesi melepas rindu. Sesi bertanya khabar. Sesi bergambar. Kami pun beransur meninggalkan pintu pagar maktab itu lima minit sebelum pukul tujuh. Ini kerana Safura belum solat. Tadi di kampus MRSM Idris. Safura berehat dari memandu. Mulanya kami bercadang singgah surau MRSM di Nibong Tebal ini. Bila hanya sampai di luar pagar. Kami bercadang singgah masjid.

Pertama-tama bila bertemu mata bersambutan salam Idris. Antara komen kita bukan bernada marah. Selepas memeluk erat putera kesayangan.

" Kenapa buat Mak macam ni. Kenapa tak telefon sebelum keluar kawasan sekolah. Ayang tahu tak kalau hujung minggu Mak bawa handphone sampai dalam tandas. Takut kalau tiba-tiba Ayang telefon. Ayang tahu kan Mak kadang-kadang menangis sorang-sorang sebab rindukan Ayang. "

Selalunya kalau kita melambai. Lambaian ibu ini sampai anakanda hilang dari kelibat mata. Idris pula. Selalunya bila ibu melambai. Idris sekadar pandang dengan tangan melambai hanya sekali dua. Atau bergegas laju pergi asrama selepas kenderaan biru beransur pergi. Segan dengan kawan-kawan sekolah. Kali ini. Idris setia melambai sampai kereta beransur hilang dari pandangan bila kereta keluar dari lorong. Kereta pergi simpang menuju masjid hanya sepelaung dari MRSM itu.

Sempat lagi kami melambai dua wanita berjogging tadi kami tanya arah pergi destinasi tujuan. Selepas kata tunjuk arah jalan dari mereka berdua ini. Barulah kami berjaya sampai destinasi dicari hampir setengah jam selepas sampai Nibong Tebal. Mereka berdua ini kami beri salam tanya berhampiran deretan kedai antara MRSM Transkrian dan masjid.

Sanubari kala kenderaan biru beransur meninggalkan kelibat Muhammad Idris. Alhamdulillah syukur lega berlagu harapan mendoakan semoga semuanya bagus buat cahayamata intan payung.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sampai utara melayan hati nan merindu

Antara surau dan asrama MRSM putera


Catatan peristiwa sehari selepas berPesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. 26 April hari minggu.

Hampir seminggu Su dan Safura merancang berdua pergi sekolah Idris. Rindu hati ibu ini tiga minggu tanpa bertemu mata putera mahkota rindu selalu. Hanya beritahu suami tentang hal ini pada hari kami pergi pesta buku.

Sepanjang tahun lepas. Su kerap pergi sekolah Idris bertemankan samada Suraya atau Safura. Tahun lepas. Purata Su pergi sekolah Idris. Lebih kurang dua minggu sekali. Berulang dari Bandar Baru Bangi pergi utara sudah bagai dari rumah pergi PKNS Bangi atau Warta. Warta dan PKNS Bangi pun kita pergi hanya beberapa bulan sekali.

Tahun ini. Sedari Januari hampir setiap hujung minggu Su menemankan suami keluar daerah. Lantaran itu. Purata pergi sekolah Idris pada tahun ini. Lebih kurang tiga minggu sekali.

Awal tahun ini. Sekolah Idris memperkenalkan sistem kad pelawat. Sama sebagaimana sekolah puteri sulung.

Tertera pada kad pelawat itu. Kad kecil warna merah. Nama pelawat utama. Nama ibu Idris.

" Kenapa nama Mak ni? Kenapa bukan nama Abah? "

" Habis Mak yang selalu datang. "

Diam saja suami kita mendengar jawapan Idris itu. Begitulah cahayamata. Peka tahu apa terbiasa selalu. Pun begitu sedikit perubahan pada tahun ini. Setakat ini. Ada orang itu setuju saja bila kita pelawa ikut sama pergi utara.

Muhammad Idris Sar masa cuti sekolah


Pagi hari minggu 26 April. Masih penat amat selepas hari Sabtu bersesakan di pesta buku. Pun begitu walaupun badan ini masih kepenatan teramat sangat. Intan payung punya pasal. Kuatkan hati kuatkan semangat.

Kami mulai beransur pergi hanyalah selepas lewat pukul sebelas pagi kerana menunggu suami. Suami kita ada perlawanan futsal mewakili seksyen taman perumahan kami. Bertiga dalam kereta sudah lewat pukul sebelas.

Suraya tidak ikut. Nanti Adik penat. Esok nak kerja. Suraya baru seminggu berlatihan industri.

" Baby. Kita tak payah singgah pesta buku laa. Tak sempat dah ni. "

Safura sipemandu enggan singgah bermalam. Bertegas pergi pulang hari. Walaupun esoknya hari Isnin tiada kuliah. Lalu pemergian kali ini pergi pulang hari. Ikut perintah pemandu. Purata setahun lepas. Kalau pergi berdua. Lebih kerap kami pergi pulang hari. Pun begitu beberapa kali jugalah kami singgah bermalam di hotel. Kalau pergi dengan suami. Selalunya bermalamlah. Setahun berulang pergi utara. Kini sudah dengan rutin menambah nama hotel utara berkenangan singgahan kami. Kalau pergi hanya berdua dengan salah seorang dari dua puteri. Hotel kita bayar sendiri. Hotel biasa-biasa. Kalau pergi dengan suami. Bolehlah tuju hotel berbintang-bintang.

Saranan kita. " Kita tak payah berhentilah. Beli makanan kat pandu lalu sekian-sekian. Makan dalam kereta. "

Singgah Restoran Pandu Lalu. Lebuhraya Kuala Lumpur sekitar Sungai Besi.

Sesekali beli makanan makan dalam kereta. Kes darurat.

" Baby bukan boikot ke. Mak tak boikot. "

Saya pun ada senarai boikot. Boikot bukan baru setahun dua ini. Boikot bukan hanya bila cerita tanah timur tengah sana melanda sini. Bukan boikot bermusim. Boikot sudah berzaman-zaman melebihi suku abad. Bagaimanapun restoran yang ini. Bukan dalam senarai saya. Begitu juga dengan restoran ayam itu.

MRSM putera sepetang redup tepian hutan


Alhamdulillah sampai sekolah Idris sebelum pukul empat. Tidak sampai empat jam perjalanan memandu. Selalunya kalau hanya kami berdua. Selalunya lagi cepat sampai. Bila Abahnya turut bersama di dalam kereta seperti hari ini. Safura berhemah memandu sederhana laju. Nanti Abah marah.

Sepanjang perjalanan ini. Kami hanya berhenti dua kali. Sekali kala singgah restoran pandu lalu itu. Sekali lagi berhenti di Hentian Simpang Pulai kerana Safura mahu beli air dingin. Panas hari bukan main walaupun berada di dalam kereta berpendingin udara. Dua kali berhenti ini. Su tidak keluar dari kereta.

Idris tidak tahu kami datang. Pesan kita selalu pada Muhammad Idris. Telefon ibu pada hari Jumaat. Kalau-kalau hari Sabtu ibu mahu ziarah. Jumaat sampai pagi hari minggu yang ini. Tiada panggilan dari Idris. Tawakal saja pergi.

Sampai sekolah. Safura telefon Idris. Idris bawa telefon bimbit teramat jarang guna kecuali kala bila pulang bercuti menaiki bas. Guna dalam bas dalam perjalanan pulang. Kali ini tergeraklah hati mahu menelefon. Beberapa kali kita menelefon tiada jawapan. Sekali Safura telefon. Okay pun bersambutan suara adinda.

" Idris kat Transkrian ni. Ada lawan Taekwondo semua MRSM. Kat sini sampai hari Rabu."

Aduhai. Sudahlah tidak menelefon. Keluar dari sekolah tidak minta izin ibu.

Beri telefon pada Safura. Telefon bimbit Safura.

" Engkau cakap dengan dia Baby. Kata Mak tengah marah ni.. "

" Mak tengah marah tu. Fasal apa Idris tak telefon. "

Bukan marah. Hanya terkujatlah sekejap. Jauh-jauh datang. Sekali orangnya tiada. Anakanda intan payung. Buat apa pun susah mahu rasa marah. Tambah terkujat kerana badan sudahlah semakin penat amat. Sekali sampai tiada orang mahu dilawat. Sebenarnya lebih mengenangkan malas nanti menghadap muka masam sesaorang itu. Nanti terpaksa dengar dialog lebih kurang begini. Sia-sia datang.

Tenang bawa bertenang. Su pergi kaunter guru bertugas. Suami kita hilang ghaib entah pergi mana. Pergi taman sekolah kot. Taman berpadang selalu menjadi lokasi ibubapa bertemu pelajar. Taman dengan kerusi batu.

" Assalamualaikum. Anak saya pergi MRSM Transkrian. Pertandingan Taekwondo MRSM. Boleh bagitahu alamat MRSM Transkrian tu. "

Guru warden bertugas orangnya masih muda belia. Guru perempuan mungkin berumur belum pun tiga puluh tahun. Guru bertudung orangnya kecil rendah sedikit gempal namun manis. Setahu kita. Selalunya guru bertugas hujung minggu ini guru bujang belum berumah tangga. Guru ini kurang pasti alamat MRSM Transkrian tetapi biasa pergi sana.

" Boleh bagitahu saya macam mana nak pergi sana.. "

Guru berbahasa Melayu utara itu beritahu bagaimana mahu pergi MRSM Nibong Tebal sana. Sesekali disampuk beritahu oleh seorang pelajar lelaki sedang duduk-duduk di tepi kaunter itu.

Kita bersungguh-sungguh tulus dari hati mengucapkan terima kasih pada guru ini. Lupa kala mencatat ini. Su ucap terima kasih atau tidak pada pelajar membantu beritahu itu. Kalau belum. Kala mencatat ini. Setulus rasa terima kasih pun buat pelajar itu.

Gemilang redup kuning biru foyer MRSM putera atas bukit tepi gunung


Apa-apa hal solat dulu. Solat di surau MRSM surau persinggahan kami selalu. Sepanjang hampir setahun setengah. Hampir setiap bulan bersinggah solat di surau ini. Berdoa mohon Allah subhanahuwataala permudahkanlah semua. Waima sedia tahu dan insaf. Apa-apa peristiwa pasti berhikmah sesuatu.

Selepas pukul lima petang. Baru kami beransur meninggalkan kampus MRSM putera. Ini kerana menunggu ada yang lama di surau. Ada yang pergi tandas. Menurut kata warden bertugas tadi. Boleh sampai sana dalam masa satu jam memandu. Kalau sampai sana pukul enam. Sempatlah bertemu mata dengan anakanda dirindu setengah jam sebelum habis masa melawat jam 6.30 petang.

Suami beritahu pengawal bertugas di tepi pintu get keluar sekolah di sebelah pondok pengawal.

" Anak tak de kat sini. Dia pergi MRSM Nibong Tebal sana. "

Kata pengawal bersenyum ramah mesra.

" Saya pun tak tahu nombor telefon cikgu yang bawa diaorang tu. Kalau tidak. Boleh bagi nombor telefon cikgu tu. "

Fikir itu ini. Kenapa Muhammad Idris tidak telefon minta izin ibu dulu. Juga terfikir. Kenapa sekolah tidak beritahu. Tiada surat atau pemberitahuan melalui telefon. Ini keluar bermalam. Bukan lawatan pulang hari. Bukan lawatan sehari dua. Sampai lima hari empat malam. Seingat-ingat saya. Sekolah tiga puteri dulu. Setiap kali ada lawatan luar perlu bermalam. Sampailah surat dari sekolah. Misalnya sebelum Safura mendaki Gunung Pulai. Sebelum Suraya pergi Kota Kinabalu wakil Kuala Lumpur dalam satu pertandingan. Suraya ketua pasukan peringkat negeri atau Wilayah Persekutuan.

Juga terfikir. Bagaimana dengan pelajaran Idris. Baru lagi minggu lepas seminggu di Langkawi. Sukan antara MRSM. Idris wakil pemain bola MRSM Idris. Ini keluar sekolah lagi. Pun begitu tiadalah rasa ralat. Kami sebenarnya syukur anakanda aktif dengan aktiviti sihat begini. Bukan hanya terperuk baca buku sekolah.

Hari mencatat entri ini. Hujung minggu ini Muhammad Idris keluar sekolah lagi. Wakil sekolah dalam satu pertandingan sains.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sampai Jakarta sebelum pergi Bogor

Sesampai Bandara Soekarno Hatta


Hari Rabu 11 Februari hari sampai Jakarta

Sesampai Lapangan Terbang Soekarno Hatta. Antara pandangan pertama lapangan terbang ini dari tingkap pesawat. Kecil dan sederhana kompleks lapangan terbang atau bandara kata orang sini. Seakan lapangan terbang lama bandar kelahiran tiga puteri kami. Lapangan terbang Su sampai Kota Kinabalu buat kali pertama. Lebih suku abad lalu.

Pandangan pertama sejurus keluar dari pesawat. Lantai merah terracotta lapangan terbang ini.

Menuju Terminal Ketibaan. Menuruni aras. Alamak. Tangga ke.. Escalator menurun sedang diperbaiki. Terpaksalah kita menuruni tangga.

Suami bertanya tentang ubat. Lupalah pula bawa ubat sakit kaki tu.

Mata memandang lantai berkilat warna merah bata. Lapangan terbang lebih kecil dari lapangan terbang terkini ibu negeri kelahiran suami. Kecil namun dengan pesona tersendiri. Lantai merah dengan siling rendah. Gandingan warna merah lantai dengan coklat kayu pada siling meredup mata. Mungkin lapangan terbang ini sudah sedikit diperbesar baiki. Kerana berbeza dengan gambaran Ti tentang lapangan terbang ini beberapa tahun lalu.

Beberapa meter selepas menuruni eskalator. Suami mengomen tentang seorang tukang kebun sedang membersihkan taman tanpa memakai kasut. Su mengomen dalam hati. Hotel di Chiang Mai dulu. Semua pekerja mengemas kamar bertugas tanpa memakai kasut. Hanya bos mereka ini memakai kasut. Bos bertahap supervisor. Seolah-olah pekerja tahap mencuci dan mengemas memang unifomnya begitu. Tanpa memakai kasut.

Kala sedang beratur menunggu giliran di kaunter imigresen. Muncul dua kawan suami. Muncul di belakang suami. Kawan-kawan sama urusan kerja di Bogor. Salah seorang dari mereka berdua ini. Tadi kami ketemu selepas selesai urusan check in di kaunter ekspress. Dr. Z dari Serdang. Bukan orang universiti suami. Penyelidik dari badan bukan universiti.

Juga baru teringat. Dalam pesawat tadi. Salah seorang dari dua itu. Dr W kawan sama fakulti suami. Dr W ini kerusinya di hadapan kami.

Kaunter imigresen sesederhana kaunter yang sama di Lapangan Terbang Sasteranegara Bandung. Hanya ruang kaunter di lapangan terbang ibu kota negara Indonesia ini lebih besar dari ruang kaunter di Bandung sana yang lebih kecil sempit. Bagaimanapun kaunter-kaunternya lebih kurang sama. Rendah terbuka tanpa cermin penghadang. Seingat-ingat Su. Tiada lapangan terbang di Malaysia dengan kaunter sebegini rupa. Mirip meja kaunter simpan barang sebelum kita memasuki pasaraya. Itu apa yang terbayang pada fikiran semasa mencatat ini. Kaunter mirip dengan kaunter imigresen bandara ini.

Berkumpul di hadapan kami. Empat orang wanita Melayu Malaysia bertudung.

Semuanya pantas. Tiada soal tanya. Tiada ucap selamat. Tiada senyuman. Petugas kaunter serius wajah tunduk muka hanya buka passpot dan cop. Alhamdulillah kerana tiada masalah.

" Ini kan penerbangan kerjasama MAS dengan Garuda. "

Tadi dalam hati ketika pesawat sedang terbang. Terfikir sendiri. Setiap kali mahu melepasi imigresen luar negara. Setiap kali itu berdebar dada. Lega bila melepasi kaunter imigresen tanpa masalah.

Juga terfikir sendiri. Setiap kali menaiki kapal terbang. Masih ada gerun itu. Terutamanya bila pesawat bergegar kala melepasi cuaca kurang sentosa. Malah suami kita. Berulang terbang sedari umur dua belas tahun. Masih ada rasa gerun selagi pesawat belum sampai destinasi.

Selepas kaunter imigresen. Tiga kawan bertemu seorang lagi kawan sama urusan. Profesor dari fakulti lain. Bukan sama fakulti dengan suami dan seorang lagi kawan itu. Dr. C mungkin sudah pun melepasi umur bersara. Dalam rombongan ini. Tiga orang U**. Seorang bukan orang univeristi.

Berbaris selepas mendapatkan bagasi. Terpandangkan papan tanda atau poster berkaitan hukuman mati pada pengedar narkoba. Narkoba.. Hukuman Mati Menanti. Sebelum itu Su ada bertanyakan suami. Samada Indonesia pun sama dengan Malaysia. Hukuman mati buat pengedar dadah. Sempat kita merakamkan gambar poster ini.

Selepas karosel bagasi. Bagasi perlu melalui mesin skan. Beratur di hadapan Su dan suami. Sekeluarga warga Indonesia mirip rupa India atau Punjabi. Bertutur dalam bahasa Indonesia. Suami isteri muda dengan dua anak kecil. Bagasi besar-besar memenuhi troli. Satu daripada bagasi. Bagasi besar jenama tersohor dari Perancis itu. Kala troli kawan ini hampir terjatuh. Su membantu pegangkan troli. Bergegas datang pengawal tolong angkat beg besar terjatuh dari troli.

Su beritakan pada suami. Orang India tu cakap bahasa Indonesia. Orang Indonesia tak kira apa keturunan. Semua bertutur dalam bahasa Indonesia.

Sampai Jakarta lagi


Bertemu dengan dua lelaki Indonesia di hadapan pintu Terminal Ketibaan. Sebelum melepasi pintu keluar terminal. Wakil Profesor Dr H dari Bogor. Timbalan Naib Canselor satu IPT Bogor itu. Dua lelaki ini senyum manis menunduk pada kita dengan dua tangan diangkat rapat sebagaimana gaya orang Siam memberi hormat. Salah seorang dari dua lelaki ini namanya dalam bahasa Sanskrit bermaksud negara.

Sementara menunggu suami kita pergi kamar kecil. Semua berkumpul berdiri menunggu. Berdiri menghadap pandangan sebagaimana pandangan di dalam gambar. Kereta menanti di sebelah kiri gambar. Belakang billboard besar itu. Billboard bertulis Welcome To Indonesia.

Membelakangkan kioks sebagaimana di dalam gambar di bawah ini.

Lamalah pula suami kita. Dua kawan itu pergi dulu menuju kereta. Seorang kawan sefakulti suami dan seorang dari dua lelaki Indonesia itu. Lelaki namanya bermaksud negeri itu. Terus menunggu suami.

Sesampai kami ke kenderaan menunggu. Ada antara kami orang Malaysia yang mengomen tentang kenderaan. Kenderaan hitam mirip Avanza atau Chitra. Bukan komen suami kita.

Muat-muat kami berempat dengan pemandu dan dosen Indonesia itu. Dua di belakang. Bertiga di tengah. Kami suami isteri menempati kerusi tengah. Suami kita di tengah. Kawan suami itu di sebelah suami. Dr W ini dulu pun seperjalanan dengan kami ke Sandakan. Urusan suami pergi Sandakan dan Bogor ini atas kapasiti suami sebagai penyelidik pakar perunding dari U**.

Alhamdulillah bermula perjalanan dari Jakarta pergi Bogor.

Kioks donat Bandara Soekarno Hatta


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sehari selepas pulang dari Melbourne | Sehari sebelum pergi Cherating

Sampai pintu rumah TSG Kuala Lumpur


Sehari selepas pulang dari Melbourne 18 Disember

Alhamdulillah pagi meriah hati. Walaupun penat lenguh semua sendi. Kediaman bersuasana meriah ramai riang senang hati. Keluarga dari Johor sampai malam tadi. Sampai awal malam sebelum Su tiba rumah dari KLIA lewat malam. Tiga ahli keluarga rumah ini malam tadi sambut ketibaan dua rombongan. Satu pulang dari Melbourne. Satu datang dari Johor Bahru.

Alhamdulillah lega. Lega kembali ke persada kediaman dengan selesa terbiasa menunggu. Alhamdulillah bertemu melepas rindu pada anakanda putera mahkota penglipur kalbu. Alhamdulillah lega kembali kepada segala dirindu. Putera-puteriku. Kamar tidurku. Katilku. USB modem internetku. Buku-bukuku. Segala selama ini penghibur kalbu peneman sendu.

Sepagi ini masih penat badan. Selepas semalam seharian berperjalanan melangkaui lautan. Sedari dari pagi semalam belum pukul sepuluh keluar rumah pergi Lapangan Terbang Tullamarine. Sampai rumah selepas pukul sebelas malam. Penerbangan tujuh jam sampai KLIA pukul lapan malam. Lewat sampai rumah kerana singgah makan malam. Bandar Baru Bangi Seksyen 8. Restoran singgahan kami sekeluarga selalu.

Pagi ini. Sebagaimana selalu bila Ti bertandang. Semua sudah maklum kesihatan diri ini. Pandai-pandailah melayan diri. Sementelah dengan penat baru pulang terbang tujuh jam dari Melbourne.

Pagi ini belum pun pukul lapan pagi. Su panggil Ti dari tepi tangga di hadapan kamar utama tingkat atas. Kebetulan terdengar suara Ti berbual dengan anak-anak di ruang tamu. Hanya jerit kata dari tingkat atas.

" Ti. Minta maaflah. Hang pandai-pandailah sarapan sendiri hah? "

Semua sudah sarapan kecuali kita. Sarapan pagi dibawa putera mahkota sampai kamar tidur. Sarapan pagi ini. Suami beli Roti Canai dari Restoran Yus. Kuih-muih Melayu dari warung.

Belum setengah jam selepas itu. Ti pula menjerit panggil Su. Jerit kata dari pangkal tangga.

" Kami nak pergi rumah kawan Mustafa. Dekat-dekat sini je. "

" Kat seksyen berapa tu. Kot kot kenal. "

" Nanti nak tanya Muzaffar. "

Koleksi ensiklopedia itu seumur puteri


Pakai tudung hitam. Turun ke ruang tamu. Ti di bangku jati Madura. Kelibat bangku itu. Sebagaimana di dalam gambar nombor dua. Rak buku paling atas. Paling kanan. Itu kitab kiriman hadiah dari Mazrah pembaca blog ini dari Sabah. Kabinet buku kayu jati itu. Itu hadiah harijadi tahun sebelum tahun lepas. Ada satu lagi kembar kabinet buku ini. Tepi tangga. Kini setiap tahun. Saya minta hadiah perabot jati. Hanya tahun lepas. Tiada mandang hadiah sebegini. Kerana cerita mahu renovate rumah lagi. Tunggu selepas rumah berwajah baru.

Set buku-buku ensiklopedia itu. Sebaya lama umur puteri sulung. Bawa pulang dari Wales.

Cerita pagi ini. Sembang dengan Ti pagi ini. Ti di bangku Madura. Su sebelah kanan gambar. Duduk di bangku set Betawi.

Muzaffar berbual guna telefon di kerusi anjung luar rumah.

Rumah kawan itu. Seksyen 8. Belakang deret restoran singgahan selalu.

" Oh depan tu je. Selepas bulatan depan sana tu. Seksyen 8 dah. "

Ti dan Muzaffar dan Mariam pergi Seksyen 8 selepas pukul sembilan pagi. Keluarga kawan sepejabat Muzaffar itu baru pindah sini. Ziarah isteri kawan itu baru melahirkan cahayamata. Kawan itu khabarnya menginap buat sementara di rumah abang wanita bersalin itu. Sebelum pindah bandar pejabat baru di ibu negeri.

Sebelum itu. Kami bincang tentang program hari ini. Su pagi ini berehat pulihkan penat badan. Panjang lagi cerita jalan-jalan. Tiga cahayamata kami bawa Ti sekeluarga jalan-jalan shopping. Pavilion sana dan KLCC. Selepas itu. Terus pergi rumah Johan bukan pun jauh dari KLCC.

Mengiringi Ti sampai muka pintu. Sebenarnya sampai pintu pagar.

" Ke kami balik dulu sini. Malam lepas Maghrib baru pergi rumah Johan. "

" Jauhlah. Sebab rumah Johan tak jauh dah dari KLCC. "

Su dan suami bakal menyusul pergi rumah Johan selepas Maghrib.

Kata Ti. " Kita jangan kacau Abah Khadijah lah. Biar dia pergi kerja. "

Tiga anakanda. Tiga anakanda saudara. Pagi ini selepas sarapan. Makan Smith Potato Crisps kita bawa pulang dari Melbourne. Awal pagi selepas Idris mandi. Senyum-senyum Idris masuk kamar tidur ibu. Tanya tentang buah tangan makanan dipesan dari Australia. Potato crisp orang Australia sebut potato chips. Kalau orang Britain dan ramai kita. Chips itu kentang goreng.

Juga buah tangan coklat itu ini. Antara mesti wajib bawa pulang setiap kali pergi Melbourne. Coklat Cadbury Flakes kegemaran sekeluarga.

Pagi sebelum Ti pulang. Su berkirim saling berbalas SMS dengan Johan dan Rozi. Pemberitahuan tentang kunjungan kami dua keluarga malam ini bertandang pergi rumah Johan. Juga tentang program pergi Cherating.

SMS dari Rozi. OK. Dinner kat sini ye..

Pulang Ti dari Seksyen 8. Sebelum keluar semula pergi Pavilion. Cerita Ti. Kawan itu bersalin di Hospital Putrajaya.

" Hospital tu sebelum ni pengarah dia *kawan kami sekian-sekian*. Tapi dia dah pindah pergi ibu pejabat kementerian. Dia belum kahwin lagi. "

" Tak ingat laa. Tapi kalau tengok rupa mungkin boleh ingat. "

" Kakak dia yang bercinta dengan guru lelaki India tu. "

Bukan seorang dua kawan-kawan sebaya kami masih solo belum pernah berumah tangga. Samada kawan sama sekolah atau kawan sama belajar. Kata orang. Kalau sudah sampai umur berpangkal angka empat. Sudah selesa dengan kebiasaan bersendirian. Sudah redha lali dengan keadaan. Itu kata sesetengah orang. Pun ada orang lewat bertemu jodoh suratan. Saudara sepupu muda dua tahun dari Su. Bertemu jodoh dua tahun lepas. Bukan dengan orang muda atau suami orang. Jodohnya duda kematian isteri.

Selepas renai hujan petang awal Ramadhan laman cempaka Bandar Baru Bangi


Selepas Zohor. Pukul dua suku petang. Dua kereta beransur pergi Kuala Lumpur. Pavilion dan KLCC. Selepas itu terus pergi rumah Johan. Su dan suami menyusul pergi selepas Maghrib. Menunggu suami pulang dari ofis.

Sebelum itu. Cerita Ti. Sepagi tadi Muzaffar cari stesen petrol dengan NGV. Kebetulan kereta merah perlu disi tangki. Kata Safura. Stesen atas bukit sana. Stesen dengan servis NGV. Kereta merah mendahului kereta biru Johor Bahru.

Sebelum Asar. Ibu telefon Muhammad Idris. Kat mana sekarang? Pavilion. Jalan asing-asing. Enam sepupu jalan bersama. Mariam ikut Ti dan Muzaffar.

Sebelum Maghrib. Telefon Safura. Kat mana sekarang? KLCC.

Su dan suami beransur pergi rumah Johan sebelum Maghrib. Singgah Masjid Al Hasanah. Suami solat Maghrib. Su tunggu dalam kereta. Pandang sana sini. Sebelah kiri kereta. Rimbunan pohon kecil bunga kemunting Cina. Bunga warna ungu merah jambu.

Pukul lapan malam. Kereta baru berlalu meninggalkan masjid. Idris telefon. Sayup-sayup kedengaran suara Ti berbual dengan Rozi.

Pukul sembilan malam. Kereta sudah begitu menghampiri simpang ke perumahan Johan. Berhampiran kampus UIA sana. Boleh ada orang itu terus ke hadapan melepasi simpang. Sudahnya sampai Batu Caves sana. Ronda sana-sini dengan kesesakan jalan raya. Nyaris-nyaris sampai UIA. Gurau kita namun mengingatkan. Jangan sampai Pahang lagi.

Bulan Mei lalu. Kami dua keluarga pergi rumah Johan. Sepulang dari kenduri rumah Anizai di Cheras. Anizai sepupu kami. Petang itu hujan renai menjelang senja. Kita ralit. Ingatkan member sudah faham jalan pulang dari rumah Johan. Boleh member terlajak melepasi Genting Sempah sampai Bentong sana. Hari tu. Kereta Johor Bahru mengekori di belakang. Boleh bila Su tegur beritahu. Ini macam pergi Pahang. Kata member. Nanti ada simpang ke Kuala Lumpur. Alih-alih sampai Bentong. Walhal bukan baru sekali dua pergi rumah Johan. Bukan baru sekali susur lalu situ.

Hari itu buat pertama kali Ti dan Muzaffar susuri lalu Genting Sempah sampai Bukit Tinggi. Selalunya kalau pergi pantai timur. Orang Johor Bahru ikut jalan Segamat-Pekan sana. Itu antara sebabnya Cherating dan Kuantan menjadi pilihan percutian Hari Keluarga kami tahun ini. Kata Ti. Sedap mata memandang segar hijau hutan.

Malam ini. Sudahnya. Selepas beberapa kali Idris menelefon tanya mana sekarang? Sampai rumah Johan selepas pukul sepuluh malam.

Kalau Su dengan salah seorang dua puteri pergi sendiri rumah Johan. Selalunya kami sampai kurang 45 minit perjalanan dari rumah. Kali akhir pergi rumah Johan. Bulan Julai lalu. Su dan tiga puteri dan Safiyyah. Pergi bawa kek selamat harijadi buat Johan. Hari kami mengejar dua wanita muda bermotosikal terlanggar kiri badan kereta biru.

Bertandang TSG Kuala Lumpur


Lama tunggu kami. Semua sudah selesai makan. Makanlah kami berdua suami isteri. Namun Iman dan Kamal meneman di meja. Johan mengulang makan. Makan puding hidangan Rozi selalu. Puding Kastad dengan koktel buah-buahan.

Antara hidangan lauk istimewa. Pais ikan bakar dalam daun pisang.

Juga terhidang. Donat J Co Ti beli dua dozen.

Kalau bertandang rumah Johan. Semestinya berhidangan teh O panas bancuhan Johan. Manis gulanya sedang-sedang. Sesuai dengan selera Su kini selalu minum teh O tanpa gula.

Sembang-sembang. Lampu kamera sana sini. Tv terpasang. Cerita hantu puaka TV3 itu. Suara sembang menenggelamkan suara tv. Bersambung tayang pula satu drama tv lain. Pada mulanya Su ingatkan drama yang sama. Komen kita. Panjang benar cerita hantu puaka tu. Lagipun mata bukan memandang tv pun. Sembang di meja makan. Kata Ti. Tu cerita lain. Drama Melayu bertema siapa pembunuh isteri hero. Slot Samarinda.

Su dan Rozi dan Johan di meja makan. Juga Iman dan Idris dan Kamal. Ti bersimpuh tepi muka pintu. Bagaikan menepati rasa mahu beransur keluar dari pintu. Suami dan Muzaffar dan anakanda-anakanda lain. Santai di sofa ruang tamu. Dua bos sudah mulai terlelap mata.

Beransur pulang selepas pukul sebelas malam. Selepas Ti mula beri isyarat mahu beransur pulang. Bayangkan adinda ini keluar rumah sedari pagi. Semalam pula baru sampai dari Johor Bahru.

Pesan Kamal putera sulung Johan kala Su di muka pintu. Kamal sebaya dengan Suraya. Mak Long datanglah lagi.

Anakanda pendiam sedari kecil ini. Beransur pandai berbual.

Mulanya kami suami isteri dan Idris satu kereta paling terkebelakang. Kereta biru ungu Muzaffar mengekori kereta merah. Tahu-tahu bila sampai rumah. Dua kereta itu belum sampai lagi.

Sejurus kemudian sampai kereta biru ungu. Kata Ti senyum-senyum. Terror Pak Long. Tadi tertinggal belakang. Tahu-tahu sampai dulu. Muzaffar pun tanya. Bila masa Pak Long potong ni.

Kami pun pelik. Padahal kala masih di MRR2. Kami tertinggal jauh di belakang. Biasalah kalau suami kita memandu. Hanya antara 50 ke 70 had laju.

Telefon Iman satu kereta dengan dua kekanda puteri. Singgah mana? Singgah kedai beli top up telefon bimbit.

Sesampai di rumah. Belum apa-apa. Kereta merah keluar lagi. Dua puteri dengan Saiful pergi kedai Tujuh Sebelas. Belum beres urusan beli top up telefon bimbit.

Sebelum tidur. Pesan Su pada Ti. Esok pagi. Kita bertolak pukul lapan macam tu. Bertolak pergi Cherating. Kami dua keluarga bertolak awal pagi. Johan sekeluarga bertolak selepas tengah hari. Johan ada kerja di pejabat. Pendaftaran pelajar baru. Rozi ada mesyuarat di sekolah.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Donat Epal Agam + Epal merah Good Food + Bangi Walk lewat malam

Lawa frangipani merah jambu berlatar hijau The Gardens larut malam


11 Januari hari minggu tiga minggu nan lalu

Awal pagi ini Suraya pulang dari kampus. Pulang hari tanpa bermalam. Safura pula malas pulang. Alasan malas pulang. Banyaknya assignment.

Jangkanya petang selepas solat Zohor. Suraya keluar petang dengan kawan-kawan sekolej. Sudahnya Suraya tidak jadi keluar pun. Walhal sedari awal pagi lagi kita merancang keluar rumah selepas solat Zohor. Sudahnya bersiap pakai selepas pukul enam petang. Tunggu suami pulang dari kedai gunting rambut di atas bukit sana Seksyen 4. Tunggu kereta biru gelap.

" Ni alang-alang dah dekat pukul tujuh. Kita tunggu Maghrib sajalah. Tapi empat puluh minit lagi baru Maghrib. Boleh sampai Mid Valley sebelum Maghrib ni. Ke nak Maghrib dulu kat rumah. "

" Adik tak kisah. Mana-mana je. "

" Kalau pergi lepas Maghrib. Dapatlah Mak tengok sekejap satu rancangan TV3 tu. Nak tengok apa cerita. Promo selalu tayang kat tv tu.. "

Promo berulang selalu tayang dengan dialog buat kita sesekali bergurau mengiyakan. Dah dapat yang sama gatal. So padan le muka.. Hidup sama-sama. Takkanlah susah nak sorang-sorang..

" Nak tahu siapa yang sama-sama gatal padan muka tu. "

" Bukan rancangan tu tengah hari tadi ke? "

" Ini kompilasi siaran paling kontroversi tahun 2008. "

Selama ini kita bukanlah peminat rancangan itu pun.

Telefon tanya suami. Lambatkah lagi sampai rumah.

" Su pergi pakai kereta merah tu sajalah. "

" Abah suruh kita pergi pakai kereta merah. Lagi pun Abah kamu mesti nak singgah pejabat lagi tu. Mak pun dah berbulan-bulan tak naik kereta merah tu. "

Sudahnya beransur pergi sebelum Maghrib. Sesampai Mid Valley City. Dari parkir The Gardens. Pergi surau Mid Valley. Jauhlah juga buat orang sakit kaki seperti kita ini. Su pernah tanya pengawal keselamatan The Gardens mana surau The Gardens. Surau The Gardens belum selesa buat bersolat. Bagus lagi pergi surau Mid Valley sana.

Payahnya mahu menembus berkumpul ramai orang berhimpit di hadapan Pasaraya Jusco. Bersempit-sempitan dengan cong cong ceh gendang latar tarian. Bising gamat. Tarian naga di hadapan pasaraya. Terpaksalah bersempit-sempit mencelah lalu meredah ramai orang. Berhati-hati jangan sampai terbatal wudhu'. Lokasi surau di sebelah Pasaraya Jusco.

" Tak sesuai betul diaorang buat tarian ni kat sini. Orang tak boleh masuk pasaraya. "

Setuju dengan kata Suraya. " Tarian naga ni Jusco yang punya. "

" Jusco yang rugi bila orang tak boleh pergi pasaraya Jusco. "

Seperti biasa memana surau dan musolla mahu pun masjid di Lembah Kelang ini. Bila Maghrib. Penuh ramai musolla. Surau sebelah Pasaraya Jusco ini. Sebesar-besar luas surau. Bila Maghrib. Mahu masuk pintu pun terpaksa beratur.

Selepas solat Maghrib. Berkira-kira mahu merakamkan gambar kelibat tarian naga. Sesi tarian naga usai sudah. Penari-penari sedang berehat. Penari-penari tarian naga rata-ratanya kelihatan berusia belasan tahun.

Jusco tingkat satu. Tuju tingkat barangan dan pakaian wanita. Nyaris-nyaris lagi kita terbeli satu dompet kulit warna merah dari Jerman. Kebelakangan ini mata ini berkenankan dompet kulit warna merah dan warna-warna bukan coklat kulit. Minggu lepas terbeli beg tangan kulit warna merah burgundi.

" Mak nak beli dompet ni kat butik jenama tu lah. Kalau beli kat sini. Beli beg mahal-mahal. Dapat beg plastik Jusco. Kalau beli kat kedai tu. Dapat beg jenama tu. Kedai jenama ni ada kat Pavilion. "

Kembali menghala The Gardens.

Suraya sempat melencong pergi satu kedai di hujung bertentangan dengan Jusco. Kedai satu jenama baju remaja.

" Mak tunggu di kedai Big Apple. Adik nak donat yang mana satu? "

" Belikan Adik yang Iceberg. "

" Mana Mak tahu Iceberg tu yang mana satu. Mak beli sajalah apa-apa. "

Sudahnya tahu pun donat Iceberg yang mana satu dari nama donat tercatat tulis. Iceberg itu donat bersalut glaze gula halus. Beli setengah dozen donat kegemaran semuanya bersalut coklat kecuali satu. Beli sebotol air mineral. Sementara menunggu Suraya. Duduk di kerusi PVC putih kafe Big Apple Donuts and Coffee. Minum air mineral.

Datang Suraya. Bangun sebelum Suraya datang ke kerusi.

" Jom kita pergi Borders. Mak nak cari satu buku ni. "

Beli buku cerita cinta hantu drakula. Buku bermuka kulit dengan gambar epal merah. Beli majalah BBC Good Food edisi bulan Disember. Cari majalah Delicious terkini. Tiada terpandang mata.

Sebelum itu. Kami singgah Restoran Italienne di tingkat bawah dari tingkat kedai Borders. Restorannya mulai tutup malam. Pembantu kedai perempuan muda. Halus budi bahasa beritahu tentang dapur sudah mulai tutup pukul sepuluh.

Jengah pula Restoran Paddington's Pancake. Restoran ini sudah tutup beberapa minit sebelum pukul sepuluh malam.

" Kita makan kat Subway sajalah. "

Suraya mahu makan makanan berat. Subway kedai Australia itu hanya jual sandwic. Hanya Restoran T*** Roma's masih beroperasi. Sudah hampir pukul sepuluh malam. Su tanya dulu samada masih boleh pesan makanan. Pekerja wanita Melayu ini bertanyakan pula kepada seorang pekerja lelaki mirip wajah orang Pakistan. Masih boleh.

Kalau ikutkan selera kita. Berkira-kira mahu ke Food Junction tingkat paling atas. Lama tidak makan Meehoon Goreng Singapura satu kedai makan Singapura. Apa pun pastinya medan selera itu sudah tutup pukul sepuluh malam.

Sedang tunggu makanan. Baca menu. Alahai. Antara pilihan minuman. Minuman keras. Terbantut selera. Hidangan pun kurang mencapai piawan selera. Ayam panggang keras liat. Lalu hanya terdaya makan kentang goreng. Suraya makan burger besar. Pun pada Suraya. Kurang sedap. Alamatlah ini kunjungan terakhir kedai makan ini.

" Restoran pancake kat sebelah ni lagi mahal. Tapi puas hati laa. Sedap dan lagi banyak pilihan. Bukan pancake manis saja. Hidangan nasi dengan pancake pedas pun ada. "

Selepas pukul sepuluh malam. Restoran ini masih terima pelanggan.

Tiada terlarat mahu menghabiskan makanan. Ayam Panggang hampir tidak terjamah langsung. Kami minta bungkus semua makanan. Boleh Suraya bawa pulang ke kolej.

Kala susuri kedai-kedai pergi parkir. Lengang mall. Kami antara paling akhir pergi parkir mulai lengang malam.

Bergegas pulang rumah. Suraya mahu pulang ke kampus malam ini juga.

Kala kereta lalu Sungai Besi. " Eh hari ni kan kenduri kahwin orang tu kat hotel kuda emas tu. "

Safura telefon minta belikan makanan. Pesan beli burger.

Beli burger restoran pandu lalu. Restoran pandu lalu bersebelahan laman Bangi Walk itu. Selepas itu. Sempat lagi kami ronda-ronda berkereta pusing Bangi Walk menghadap Tasik Cempaka. Sini ke Abah selalu jogging pagi-pagi hujung minggu. Lain kali Mak nak ikut lah. Mak tak jogging laa. Brisk walk. Bila penat. Mak duduklah tunggu Abah.

Lima belas minit sebelum pukul dua belas malam. Suraya mahu pulang ke kampus walaupun ibu sarankan pulang pagi. Banyak kerja nak buat.

Selepas pukul dua belas setengah malam. Ibu ini menelefon Suraya. Alhamdulillah selamat sampai kolej. Pintu pagar kolej tutup pukul dua belas malam. Kereta merah ditinggalkan di tepi jalan luar pintu pagar kolej. Maka terpaksalah Suraya berjalan kaki pulang ke blok kediaman bukannya dekat dengan pintu pagar.

" Eh tak bahaya ke kereta tinggal malam-malam kat luar tu? "

" Ramai lagi orang lain tinggal kereta kat situ. "

" Adik jalan kaki sorang-sorang saja ke. Ada orang lain juga? "

Apa pun Alhamdulillah lega. Bila anakanda selamat sampai kolej.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Alhamdulillah pandainya anak ibu | Berita gembira dari utara buat syukur teruja kalbu

Santai dengan PSP menghadap laut selat | Holiday Inn Melaka sambut tahun baru


Hari minggu 11 Januari nan lalu

Kalau semalam seharian menunggu. Hari ini tanpa terduga tiada cerita menunggu. Idris telefon selepas Zohor. Seperti biasa setiap kali berpaparan nombor telefon sekolah putera mahkota. Hati berbunga-bunga. Kata salam dengan senyuman lebar.

" Assalamualaikum Ayang.. "

Idris pula. Kalau menelefon sebelah malam dengan ramai beratur menunggu giliran. Bahasa Idris lebih formal. Bagaimanapun kalau sebagaimana awal petang ini. Hanya seorang di pondok telefon sekolah. Bahasa lebih lembut manja.

Bualan kami terhenti seketika bila seorang bapa pelajar menanyakan Idris mana tandas. Tersinggah dalam hati. Alangkah bagusnya kalau hari ini ibu ini ada di sekolah itu. Boleh bertentang mata dengan intan payung ibu.

" Boleh balik cuti raya Cina ni? Alhamdulillah. Mak boleh pergi jemput. Tapi kalau Idris nak naik bas sekolah. Bagitahu laa awal-awal. "

Jadi tiadalah perlu merancang perjalanan hujung minggu pergi utara. Idris sebenarnya lebih suka pulang dengan bas sekolah. Seronok pulang beramai-ramai dengan kawan-kawan. Kalau ikutkan hati ibu ini. Lebih mahu pergi menjemput sendiri. Bagaimanapun usahlah menahan rasa teruja anakanda sesekali mahu beramai-ramai dengan kawan-kawan seperjalanan bas pulang bercuti.

" Macam mana keputusan periksa akhir tahun lepas? "

Suara ceria. " Kalau ikut PNG. Nombor sembilan. "

Nombor sembilan daripada 211 orang pelajar tingkatan empat. Peperiksaan sama kertas peperiksaan buat semua maktab dalam Malaysia.

" Alhamdulillah! Pandainya anak Mak.. Top ten best students . "

Suara lebih ceria. " Kalau ikut SPM. Idris nombor lima. "

Suara lebih teruja. " Haah? Hiii.. Pandainya anak Mak.. "

" Nombor satu sebenarnya dua orang.. "

" Jadi kira Idris nombor empatlah. MasyaAllah! Pandainya anak Mak! "

" Berapa A? "

" Lapan A. "

" Alhamdulillah. Baguskan lagi. Sekali lagi periksa. Semua A1. "

Alhamdulillah setakat ini. Setiap kali peperiksaan. Sentiasa tersenarai dalam senarai penerima Penghormatan Pengetua atau Dean's list.

" Ni nanti bila Mak pergi sekolah. Ada laa gambar Idris kat papan kenyataan sekolah. Alhamdulillah. "

Nada bergurau. " Nanti mesti ada nama Mak kat situ kan. Terima kasih pada ibu saya Su******. Bapa saya Dr *******.. "

Minggu lepas di hadapan papan kenyataan itu. Gurau kita. Masuk juga dedikasi terima kasih kepada kakak-kakak saya. Siti Khadijah. Siti Sarah. Siti Safura.

Selalunya pelajar-pelajar tersenarai di situ. Tercatat dedikasi buat keluarga dan guru-guru.

Dua pelajar terbaik sekolah dengan PNG 4 penuh. Pelajar perempuan berketurunan darah campuran Cina dan Sikh. Pelajar perempuan berasal dari Ipoh ini. Setiap kali peperiksaan berkeputusan PNG 4 penuh. Pelajar kedua. Pelajar perempuan India. Pelajar ketiga. Pelajar lelaki Melayu berdarah campuran Cina. Pelajar keempat. Pelajar perempuan India. Pelajar kelima. Muhammad Idris berdarah campuran Melayu dan Dusun.

Kalau di sekolah. Muhammad Idris kiranya pelajar Melayu tulin terbaik. Walhal masih berdarah campuran bukan Melayu. Menurut Idris. Semua pelajar terbaik sepuluh samada bukan bumiputera atau pelajar Melayu berdarah campuran.

" Nanti Mak beli hadiah. X Box? Tak mau? DS Lite? Telefon baru memang Mak nak belikan. Jam tangan baru memang Mak nak beli. Laptop baru Mak beli lepas SPM. Apa hadiah yang Idris nak? "

" Tak payahlah hadiah-hadiah. "

" Tak pe lah. Mak nak belikan. Mak besar hati anak Mak pandai. "

Suraya pagi ini pulang dari kampus.

Sedang kita berbual dengan Idris. " Adik, Adik. Idris pelajar terbaik nombor lima dari 211 orang. "

Sempat lagi kita sarankan Suraya berbual sebentar dengan Idris. Sampaikan ucapan tahniah.

Seusai selesai bual telefon. Turun ke ruang tamu. Suami menghadap tv. Penat sepulang dari bermain futsal. Fiesta Futsal persatuan penduduk perumahan. Ceria kita sampaikan berita terbaru dari utara.

Malam tadi sempat tanya Idris mana pengecas bateri PSP baru. Dalam kotak telefon bimbit Idris. Petang ini. Sempatlah Suraya menerai main PSP baru Idris. Sebelum Su dan Suraya jalan-jalan shopping petang hari minggu.

Gambar bawah ini. Sebelah kiri gambar. Papan kenyataan bercermin itu. Tersenarai nama dan gambar sepuluh pelajar paling cemerlang tingkatan lima. Gambar tahun lepas. Kelibat dua kekanda sementara menunggu Muhammad Idris datang dari asrama.


Sepetang hujung minggu MRSM utara sana


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Pagi Nasi Lemak malam Meehoon Tomyam | Hari masih terkesan kafin Nescafe kaw Gunung Semanggol

Meehoon Tomyam Seri Balang Bangi


Masih cerita hari Isnin 5 Januari

Pagi selepas tiga hari utara. Pagi masih pening mungkin penangan dua cawan Nescafe pekat kaw Gunung Semanggol. Setelah lama tidak minum Nescafe. Petang semalam dari utara singgah Kawasan Rehat PLUS Gunung Semanggol. Lama sebenarnya Su tinggalkan minum kopi. Minum kopi beri kesan pada sakit kaki. Kali akhir Su minum kopi. Beberapa kali minum kopi Gloria Jane's Coffees di Melbourne. Juga kopi Kamil's Kebab Melbourne Central. Juga sekali pada malam singgah Genting Sempah dalam perjalanan pulang dari Cherating dua minggu lepas. Sebelum bulan Disember ini. Berbulan-bulan boleh pun tanpa minum kopi. Kata Su pada keluarga. Su peminat tegar kopi sedari umur belasan tahun. Boleh pun tinggalkan kopi kerana mengenangkan sakitnya bila kaki sakit berbisa.

Komen salah seorang ahli keluarga. Lupa siapa. Mungkin Ti. Gamaknya kalau setiap kali perokok merokok terasa sakit memana badan. Mungkin boleh kot tinggalkan amalan berasap itu.

Malam singgah Kawasan Rehat Genting Sempah itu. Barulah kita tahu. Kawasan itu antara kawasan keras. Patutlah pun selama ini Su kurang gemar singgah situ kalau malam. Malam itu kami singgah situ kerana Muzaffar dari Kuantan lagi mencadangkan kami singgah situ. Selama ini kalau pergi pantai timur. Ti dan Muzaffar dari Johor Bahru lalu Segamat dan Pekan. Ti dan Rozi pula. Itu kunjungan pertama kali mereka sampai Kuantan. Ti pernah sampai Kelantan tetapi lalu Gua Musang. Itu pun zaman Ti belum berkahwin. Zaman itu Ti selalu ikut rombongan sekolah pergi Kelantan. Bonda pun Ti bawa sama. Selepas berumah tangga. Ti jarang lagi ikut rombongan sekolah.

Cerita Genting Sempah malam itu. Mungkin Su catat lain kali. Sudah pun merancang dalam kepala. Mahu catatkan satu entri tentang pengalaman lalu malam kawasan-kawasan keras. Buat kenangan sendiri.

Pagi ini. Bahana selepas minum kopi mulai terasa. Kaki mulai sesekali terasa denyutan bisa. Pun begitu pagi hari Isnin ini dengan semangat baru. Semangat baru selepas berminggu-minggu senantiasa jauh dari rumah. Juga sebagaimana selalu. Su suka hari Isnin. Setiap pagi Isnin selalunya dengan semangat segar hari baru minggu baru.

Awal pagi dengan semangat Alhamdulillah. Oh lega. Hari ini barulah aku dapat rehat. Sudahnya baru separuh hari. Penatnya badan. Sepagi kemas dapur. Kemas ruang tamu. Kemas lebih kurang. Kurang sebulan kita tinggalkan rumah. Semua meja penuh dengan barang.

Komen sendiri dalam hati. Diaorang ni bukan boleh ada meja. Semuanya mesti jadi tempat persinggahan barang. Sofa dan kerusi pun semuanya mesti tertinggal itu ini. Dua ruang tamu dengan tiga set sofa. Itu belum termasuk set kerusi kayu jati. Kalau ikut peraturan lazim kita. Semua meja dan sofa dan kerusi. Mesti kosong dari barang.

Sarapan kita pagi ini. Nasi Lemak beli bungkus dari warung. Teh O Lemon panas tanpa gula. Teh Lemon Twinings bawa pulang dari Melbourne. Teh kegemaran masa kini. Kuih Karipap dan Kuih Masalodeh. Dua kuih pedas kegemaran selalu.

Pertama kali basuh pinggan dan bersihkan sinki sedari pulang dari Melbourne. Lebih kurang tiga minggu di Melbourne. Kiranya sudah sebulan lebih. Sepulang dari Melbourne. Ti sekeluarga sudah di rumah kami. Pesan Su pada Ti. Buat macam rumah sendiri. Penat baru pulang dari Melbourne. Saudara mara sudah maklum tentang kesihatan kita. Pandai-pandailah tetamu menjengah dapur.

Sepulang dari Melbourne. Komen suami dan Safura. Kita kelihatan susut badan. Tanya suami dengan senyuman. Sejurus Su memasuki kereta. KLIA awal malam. Ni kurus sikit sebab layanan kurang bagus?

Susut badan kerana penat. Paling buat penat. Bila tandas sana tiada paip air. Penat angkut air. Penat basuh kain dalam sinki. Rumah pasangan anakanda ada mesin basuh. Namun setiap kali bermalam bukan di rumah sendiri. Su selesa basuh kain guna tangan. Pun begitu sebagaimana setiap kali pulang dari Melbourne. Susut ini bukanlah lama. Apa pun harap-haraplah susut yang kali ini bertahan terus susutnya. Perlu mencatat berharapan begini kerana selalunya apa Su tulis sini bagaikan doa. Harapan walau lewat tulisan tetap bagaikan kata doa.

Pagi ini kala basuh pinggan. Komen sendiri dalam hati. Kalau saya tak de di rumah. Sinki ni tak berkilat. Kita kalau basuh pinggan. Sinki mesti berkilat. Sambil basuh pinggan. Fikir dan rancang. Ni nak kena cari Brillo. Soap pads pilihan lebih dari dua puluh tahun. Bagaimanapun lamalah juga tidak beli sabun begini.

Sambil basuh pinggan. Fikir memikir barangan apa mahu terlebih dulu dikemas simpan. Perlu disimpan semua barang dapur kerana dua ruang dapur akan dipecah menjadi satu ruang dapur lebih besar lapang. Lebih besar luas dari ruang tamu asal. Mudah kaum keluarga berkumpul makan beramai duduk bersila [atau bersimpuh] di atas lantai. Satu hari nanti pastinya semakin ramai pertambahan ahli keluarga.

Juga menimbang fikir. Mungkin bagus kalau ubahsuai rumah ini pada masa U** dan sekolah cuti. Bulan Mei nanti.

Makan tengah hari. Sembang-sembang dengan suami. Sembang tentang pedihnya berita terkini dari Gaza.

" Diaorang memang target wanita dengan kanak-kanak. Agenda diaorang ni. Kalau bunuh ramai orang muda. Ibu-ibu Palestin akan melahirkan lebih ramai lagi orang muda Palestin dengan semangat jihad. Kalau bunuh bapa-bapa Palestin. Anak-anak Palestin membesar gantikan bapa. Jadi agenda diaorang. Bunuh anak-anak dan wanita. "

Kata dalam hati semasa mencatat entri ini. Bagaikan mengikuti langkah Firaunlah pula. Apa yang Firaun lakukan pada keturunan mereka dulu. Firaun memerintahkan bunuh semua bayi lelaki Yahudi Mesir zaman itu.

Suami pula hanya diam mendengar. Kita yang berceramah itu ini.

Kata seorang penceramah. Tahun lepas di surau berhampiran rumah kami.

" Zionis ni tak rasa bersalah bunuh orang Palestin kerana pada kepercayaan diaorang ni. Bangsa Yahudi bangsa pilihan. Mereka beralasan Palestin itu memang hak orang Yahudi sejak Nabi Yaakub as. Yahudi hari ini keturunan Nabi Yaakub. Sengaja mereka pilih nama Israel sebab diaorang tahu, Nabi Yaakub pun nabi orang Islam. Israel itu gelaran bagi Nabi Yaakub as. Jadi berhati-hatilah dengan kata maki Israel itu laknatullah dan sebagainya. Walaupun kita memaksudkan Israel itu negara Zionis hari ini. "

Sembang tentang seorang kawan suami. Kawan sama fakulti.

" Profesor sekian-sekian tu. Isteri dia tulis dalam blog. Profesor tu tak dapat gaji [kerja kontrak] sejak bulan kelahiran saya. Lama juga tu. Sekarang ni dia cuma terima pencen. U** bayar in a lump sum kot. Ke sebab sebelum ni dia kerja kontrak kat U lain. Sebelum tu dia kerja kat Europe. Tapi pencen profesor. Hidup berdua. Besar tu. Ke taklah semewah sebelum ni. Dulu apa pangkat dia kat U**? Timbalan Naib Canselor? "

Dulu-dulu zaman kami awal dua puluhan. Bila tahu jumlah gaji seorang pensyarah jauh lebih senior dari suami. Kata Su dalam hati. Banyaknya duit. Tak habis makan. Sekali bila hari ini pendapatan suami kita lebih lagi dari gaji kawan itu. Biasa-biasa saja. Lagi besar tinggi pendapatan. Lagi besarlah pula cerita pengaliran keluar. Lebih dua puluh tahun lalu. Kalau orang kampung telefon minta duit. Sebutannya ratus-ratus. Sekarang ini ribu-ribu saja.

" Tapi profesor tu kata. Kalau bagi khidmat percuma pun tak pe. Boleh turunkan kepakaran dia pada anak bangsa. "

Malam baca berita lewat internet. Terbaca berita kematian Jett Travolta kerana sawan. Kematian pada hari Jumaat lepas. Baru terbaca beritanya hari ini. Selama ini apa yang Su faham. Seorang kawan Su dengan penyakit ini. Kawan ini masa kecil. Tidak boleh terlihat bayang sendiri dalam kolam air. Boleh sawan. Alhamdulillah boleh pun sembuh bila dewasa. Seorang lagi kenalan dengan sakit ini. Hidupnya sentiasa makan ubat.

Selepas suami pulang dari surau. Sesekali makan malam. Selalunya Su teramat jarang makan malam. Konon-kononnya jaga badan. Kecuali kalau keluar malam. Sebenarnya sudah budaya kami sekeluarga. Semuanya jarang makan malam. Kalau mahu makan malam. Sebelum pukul lapan. Malam ini ada pula orang mengumpan. Su nak makan apa malam ni. Kalau Su nak makan. Balik surau nanti barulah beli.

Kebetulanlah pula memang pun malam ini terasa mahu menghirup sup atau apa-apa makanan masam berkuah. Selera tanda-tanda mahu demam. Badan pula penat teramat. Hampir sepanjang siang kemas ruang dapur. Kemas ruang tamu. Kemasnya pun hanya lebih kurang. Bukan berperah tenaga pun. Pun begitu. Sebenarnya belum hilang penat seharian semalam berkereta dari utara.

Meehoon Tomyam Restoran Sri Balang. Makan dalam kamar tidur utama. Selalunya Su memang jarang turun ke tingkat bawah lagi selepas Maghrib atau awal malam. Meehoon Tomyam sebagaimana di dalam gambar.

" Laa kenapa tak beli Meehoon Tomyam Restoran Yus? "

Jawab suami. " Cubalah pula dari kedai lain. "

Suami tanya apa komen kita dengan Meehoon Tomyam ini. Selalunya kami beli Meehoon Tomyam Restoran Yus.

" Tak masam. Tapi okaylah. Sebab pedas. "

Terima emel dari Shimah. Masa di Melbourne bulan lepas. Shimah rajin kirim emel. Lagipun member sudah ada akaun Yahoo! Sebelum ini akaun TM Shimah berkongsi dengan suami Shimah. Su pernah mencadangkan. Shimah bukalah satu akaun Yahoo. Bukannya kena bayar pun. "

Emel dari Shimah. Saya selalu telefon Su** tapi Su** tak angkat pun..

Saya di Melbourne ni..

Emel dari Shimah semasa Su di Melbourne. Lain kali Su** pergi Melbourne. Kalau mahu teman. Saya boleh temankan.

Mahu jawab begini. Shimah pun. Kalau Shimah melawat anak di London. Saya boleh temankan.

Beberapa tahun lepas Shimah selalu bercuti keluar negara tanpa bawa anak. Kata Shimah. Sesekali kita perlu ada masa buat diri sendiri. Shimah memang pun pernahlah mempelawa Su ikut sama. Masa itu. Jawapan Su bernada saya belum bersedia pergi bercuti tanpa bawa anak. Sekarang tinggal hanya berdua. Mungkin nanti boleh kot pergi bercuti dengan sahabat. Bagaimanapun hanya dengan sahabat yang faham tentang masalah kesihatan kita.

Semasa di Melbourne. Shimah sampaikan berita kematian seorang rakan sama kuliah kami di ITM dulu. Rakan lelaki. Sama kelas tutorial dengan Shimah. Kematian mengejut kerana serangan sakit jantung. Kini setiap tahun. Ada saja berita kematian rakan sama belajar. Kebanyakannya rakan lelaki. Juga lewat emel Shimah dengan berita kematian itu. Su baru tahu tentang blog seorang rakan lelaki dulu sama kursus kami.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape