Tags: sutera

Bangi Perlis singgah Kuala Kangsar singgah Alor Star | Masam Manis di Kangar




10 Gembira Hari Ini

1.  Bekal Kari Ayam Ala Safura

2.  Putu Kacang kenangan lalu

3.  Umrah Ramadan dan awal Syawal
    |Oh Tuhan janji Mu pasti|

4.  Gulai Tempoyak Kuala Kangsar

5.  Indah senja merah Gurun

6.  Singgah malam Alor Star

7.  Nasi Thai Kangar eh Nasi Ayam?

8.  Coklat Maltesers Australia
    |Ku lebih gemar yang England|

9.  Suite Putra Palace

10. Dodol Tanjung Tualang

11. Mangga Epal nostalgia Luyang

12.  Masam Manis di Kangar

13. Kemas beg tangan hitam
      |Memori Oxford Street London|

Tv Hari Ini

Tiada ratusan saluran tv singgah laa apa yang ada
Masam-Manis nostalgia kecil belum sekolah
Oh cikgu Norkiah? Teringat sahabatku Norkiah

Eh tertitis air mata ingat Allahyarham ayahku

Sehari selepas pulang dari Melbourne | Sehari sebelum pergi Cherating

Sampai pintu rumah TSG Kuala Lumpur


Sehari selepas pulang dari Melbourne 18 Disember

Alhamdulillah pagi meriah hati. Walaupun penat lenguh semua sendi. Kediaman bersuasana meriah ramai riang senang hati. Keluarga dari Johor sampai malam tadi. Sampai awal malam sebelum Su tiba rumah dari KLIA lewat malam. Tiga ahli keluarga rumah ini malam tadi sambut ketibaan dua rombongan. Satu pulang dari Melbourne. Satu datang dari Johor Bahru.

Alhamdulillah lega. Lega kembali ke persada kediaman dengan selesa terbiasa menunggu. Alhamdulillah bertemu melepas rindu pada anakanda putera mahkota penglipur kalbu. Alhamdulillah lega kembali kepada segala dirindu. Putera-puteriku. Kamar tidurku. Katilku. USB modem internetku. Buku-bukuku. Segala selama ini penghibur kalbu peneman sendu.

Sepagi ini masih penat badan. Selepas semalam seharian berperjalanan melangkaui lautan. Sedari dari pagi semalam belum pukul sepuluh keluar rumah pergi Lapangan Terbang Tullamarine. Sampai rumah selepas pukul sebelas malam. Penerbangan tujuh jam sampai KLIA pukul lapan malam. Lewat sampai rumah kerana singgah makan malam. Bandar Baru Bangi Seksyen 8. Restoran singgahan kami sekeluarga selalu.

Pagi ini. Sebagaimana selalu bila Ti bertandang. Semua sudah maklum kesihatan diri ini. Pandai-pandailah melayan diri. Sementelah dengan penat baru pulang terbang tujuh jam dari Melbourne.

Pagi ini belum pun pukul lapan pagi. Su panggil Ti dari tepi tangga di hadapan kamar utama tingkat atas. Kebetulan terdengar suara Ti berbual dengan anak-anak di ruang tamu. Hanya jerit kata dari tingkat atas.

" Ti. Minta maaflah. Hang pandai-pandailah sarapan sendiri hah? "

Semua sudah sarapan kecuali kita. Sarapan pagi dibawa putera mahkota sampai kamar tidur. Sarapan pagi ini. Suami beli Roti Canai dari Restoran Yus. Kuih-muih Melayu dari warung.

Belum setengah jam selepas itu. Ti pula menjerit panggil Su. Jerit kata dari pangkal tangga.

" Kami nak pergi rumah kawan Mustafa. Dekat-dekat sini je. "

" Kat seksyen berapa tu. Kot kot kenal. "

" Nanti nak tanya Muzaffar. "

Koleksi ensiklopedia itu seumur puteri


Pakai tudung hitam. Turun ke ruang tamu. Ti di bangku jati Madura. Kelibat bangku itu. Sebagaimana di dalam gambar nombor dua. Rak buku paling atas. Paling kanan. Itu kitab kiriman hadiah dari Mazrah pembaca blog ini dari Sabah. Kabinet buku kayu jati itu. Itu hadiah harijadi tahun sebelum tahun lepas. Ada satu lagi kembar kabinet buku ini. Tepi tangga. Kini setiap tahun. Saya minta hadiah perabot jati. Hanya tahun lepas. Tiada mandang hadiah sebegini. Kerana cerita mahu renovate rumah lagi. Tunggu selepas rumah berwajah baru.

Set buku-buku ensiklopedia itu. Sebaya lama umur puteri sulung. Bawa pulang dari Wales.

Cerita pagi ini. Sembang dengan Ti pagi ini. Ti di bangku Madura. Su sebelah kanan gambar. Duduk di bangku set Betawi.

Muzaffar berbual guna telefon di kerusi anjung luar rumah.

Rumah kawan itu. Seksyen 8. Belakang deret restoran singgahan selalu.

" Oh depan tu je. Selepas bulatan depan sana tu. Seksyen 8 dah. "

Ti dan Muzaffar dan Mariam pergi Seksyen 8 selepas pukul sembilan pagi. Keluarga kawan sepejabat Muzaffar itu baru pindah sini. Ziarah isteri kawan itu baru melahirkan cahayamata. Kawan itu khabarnya menginap buat sementara di rumah abang wanita bersalin itu. Sebelum pindah bandar pejabat baru di ibu negeri.

Sebelum itu. Kami bincang tentang program hari ini. Su pagi ini berehat pulihkan penat badan. Panjang lagi cerita jalan-jalan. Tiga cahayamata kami bawa Ti sekeluarga jalan-jalan shopping. Pavilion sana dan KLCC. Selepas itu. Terus pergi rumah Johan bukan pun jauh dari KLCC.

Mengiringi Ti sampai muka pintu. Sebenarnya sampai pintu pagar.

" Ke kami balik dulu sini. Malam lepas Maghrib baru pergi rumah Johan. "

" Jauhlah. Sebab rumah Johan tak jauh dah dari KLCC. "

Su dan suami bakal menyusul pergi rumah Johan selepas Maghrib.

Kata Ti. " Kita jangan kacau Abah Khadijah lah. Biar dia pergi kerja. "

Tiga anakanda. Tiga anakanda saudara. Pagi ini selepas sarapan. Makan Smith Potato Crisps kita bawa pulang dari Melbourne. Awal pagi selepas Idris mandi. Senyum-senyum Idris masuk kamar tidur ibu. Tanya tentang buah tangan makanan dipesan dari Australia. Potato crisp orang Australia sebut potato chips. Kalau orang Britain dan ramai kita. Chips itu kentang goreng.

Juga buah tangan coklat itu ini. Antara mesti wajib bawa pulang setiap kali pergi Melbourne. Coklat Cadbury Flakes kegemaran sekeluarga.

Pagi sebelum Ti pulang. Su berkirim saling berbalas SMS dengan Johan dan Rozi. Pemberitahuan tentang kunjungan kami dua keluarga malam ini bertandang pergi rumah Johan. Juga tentang program pergi Cherating.

SMS dari Rozi. OK. Dinner kat sini ye..

Pulang Ti dari Seksyen 8. Sebelum keluar semula pergi Pavilion. Cerita Ti. Kawan itu bersalin di Hospital Putrajaya.

" Hospital tu sebelum ni pengarah dia *kawan kami sekian-sekian*. Tapi dia dah pindah pergi ibu pejabat kementerian. Dia belum kahwin lagi. "

" Tak ingat laa. Tapi kalau tengok rupa mungkin boleh ingat. "

" Kakak dia yang bercinta dengan guru lelaki India tu. "

Bukan seorang dua kawan-kawan sebaya kami masih solo belum pernah berumah tangga. Samada kawan sama sekolah atau kawan sama belajar. Kata orang. Kalau sudah sampai umur berpangkal angka empat. Sudah selesa dengan kebiasaan bersendirian. Sudah redha lali dengan keadaan. Itu kata sesetengah orang. Pun ada orang lewat bertemu jodoh suratan. Saudara sepupu muda dua tahun dari Su. Bertemu jodoh dua tahun lepas. Bukan dengan orang muda atau suami orang. Jodohnya duda kematian isteri.

Selepas renai hujan petang awal Ramadhan laman cempaka Bandar Baru Bangi


Selepas Zohor. Pukul dua suku petang. Dua kereta beransur pergi Kuala Lumpur. Pavilion dan KLCC. Selepas itu terus pergi rumah Johan. Su dan suami menyusul pergi selepas Maghrib. Menunggu suami pulang dari ofis.

Sebelum itu. Cerita Ti. Sepagi tadi Muzaffar cari stesen petrol dengan NGV. Kebetulan kereta merah perlu disi tangki. Kata Safura. Stesen atas bukit sana. Stesen dengan servis NGV. Kereta merah mendahului kereta biru Johor Bahru.

Sebelum Asar. Ibu telefon Muhammad Idris. Kat mana sekarang? Pavilion. Jalan asing-asing. Enam sepupu jalan bersama. Mariam ikut Ti dan Muzaffar.

Sebelum Maghrib. Telefon Safura. Kat mana sekarang? KLCC.

Su dan suami beransur pergi rumah Johan sebelum Maghrib. Singgah Masjid Al Hasanah. Suami solat Maghrib. Su tunggu dalam kereta. Pandang sana sini. Sebelah kiri kereta. Rimbunan pohon kecil bunga kemunting Cina. Bunga warna ungu merah jambu.

Pukul lapan malam. Kereta baru berlalu meninggalkan masjid. Idris telefon. Sayup-sayup kedengaran suara Ti berbual dengan Rozi.

Pukul sembilan malam. Kereta sudah begitu menghampiri simpang ke perumahan Johan. Berhampiran kampus UIA sana. Boleh ada orang itu terus ke hadapan melepasi simpang. Sudahnya sampai Batu Caves sana. Ronda sana-sini dengan kesesakan jalan raya. Nyaris-nyaris sampai UIA. Gurau kita namun mengingatkan. Jangan sampai Pahang lagi.

Bulan Mei lalu. Kami dua keluarga pergi rumah Johan. Sepulang dari kenduri rumah Anizai di Cheras. Anizai sepupu kami. Petang itu hujan renai menjelang senja. Kita ralit. Ingatkan member sudah faham jalan pulang dari rumah Johan. Boleh member terlajak melepasi Genting Sempah sampai Bentong sana. Hari tu. Kereta Johor Bahru mengekori di belakang. Boleh bila Su tegur beritahu. Ini macam pergi Pahang. Kata member. Nanti ada simpang ke Kuala Lumpur. Alih-alih sampai Bentong. Walhal bukan baru sekali dua pergi rumah Johan. Bukan baru sekali susur lalu situ.

Hari itu buat pertama kali Ti dan Muzaffar susuri lalu Genting Sempah sampai Bukit Tinggi. Selalunya kalau pergi pantai timur. Orang Johor Bahru ikut jalan Segamat-Pekan sana. Itu antara sebabnya Cherating dan Kuantan menjadi pilihan percutian Hari Keluarga kami tahun ini. Kata Ti. Sedap mata memandang segar hijau hutan.

Malam ini. Sudahnya. Selepas beberapa kali Idris menelefon tanya mana sekarang? Sampai rumah Johan selepas pukul sepuluh malam.

Kalau Su dengan salah seorang dua puteri pergi sendiri rumah Johan. Selalunya kami sampai kurang 45 minit perjalanan dari rumah. Kali akhir pergi rumah Johan. Bulan Julai lalu. Su dan tiga puteri dan Safiyyah. Pergi bawa kek selamat harijadi buat Johan. Hari kami mengejar dua wanita muda bermotosikal terlanggar kiri badan kereta biru.

Bertandang TSG Kuala Lumpur


Lama tunggu kami. Semua sudah selesai makan. Makanlah kami berdua suami isteri. Namun Iman dan Kamal meneman di meja. Johan mengulang makan. Makan puding hidangan Rozi selalu. Puding Kastad dengan koktel buah-buahan.

Antara hidangan lauk istimewa. Pais ikan bakar dalam daun pisang.

Juga terhidang. Donat J Co Ti beli dua dozen.

Kalau bertandang rumah Johan. Semestinya berhidangan teh O panas bancuhan Johan. Manis gulanya sedang-sedang. Sesuai dengan selera Su kini selalu minum teh O tanpa gula.

Sembang-sembang. Lampu kamera sana sini. Tv terpasang. Cerita hantu puaka TV3 itu. Suara sembang menenggelamkan suara tv. Bersambung tayang pula satu drama tv lain. Pada mulanya Su ingatkan drama yang sama. Komen kita. Panjang benar cerita hantu puaka tu. Lagipun mata bukan memandang tv pun. Sembang di meja makan. Kata Ti. Tu cerita lain. Drama Melayu bertema siapa pembunuh isteri hero. Slot Samarinda.

Su dan Rozi dan Johan di meja makan. Juga Iman dan Idris dan Kamal. Ti bersimpuh tepi muka pintu. Bagaikan menepati rasa mahu beransur keluar dari pintu. Suami dan Muzaffar dan anakanda-anakanda lain. Santai di sofa ruang tamu. Dua bos sudah mulai terlelap mata.

Beransur pulang selepas pukul sebelas malam. Selepas Ti mula beri isyarat mahu beransur pulang. Bayangkan adinda ini keluar rumah sedari pagi. Semalam pula baru sampai dari Johor Bahru.

Pesan Kamal putera sulung Johan kala Su di muka pintu. Kamal sebaya dengan Suraya. Mak Long datanglah lagi.

Anakanda pendiam sedari kecil ini. Beransur pandai berbual.

Mulanya kami suami isteri dan Idris satu kereta paling terkebelakang. Kereta biru ungu Muzaffar mengekori kereta merah. Tahu-tahu bila sampai rumah. Dua kereta itu belum sampai lagi.

Sejurus kemudian sampai kereta biru ungu. Kata Ti senyum-senyum. Terror Pak Long. Tadi tertinggal belakang. Tahu-tahu sampai dulu. Muzaffar pun tanya. Bila masa Pak Long potong ni.

Kami pun pelik. Padahal kala masih di MRR2. Kami tertinggal jauh di belakang. Biasalah kalau suami kita memandu. Hanya antara 50 ke 70 had laju.

Telefon Iman satu kereta dengan dua kekanda puteri. Singgah mana? Singgah kedai beli top up telefon bimbit.

Sesampai di rumah. Belum apa-apa. Kereta merah keluar lagi. Dua puteri dengan Saiful pergi kedai Tujuh Sebelas. Belum beres urusan beli top up telefon bimbit.

Sebelum tidur. Pesan Su pada Ti. Esok pagi. Kita bertolak pukul lapan macam tu. Bertolak pergi Cherating. Kami dua keluarga bertolak awal pagi. Johan sekeluarga bertolak selepas tengah hari. Johan ada kerja di pejabat. Pendaftaran pelajar baru. Rozi ada mesyuarat di sekolah.

Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Teh O lemon panas Twinings mug kuning

Twinings Lemon Tea bawa terbang dari Melbourne Australia


Hari Khamis 8 haribulan Januari

Alhamdulillah sehari selepas 10 Muharam. Alhamdulillah puasa sunat lagi. Puasa sunat hari Khamis 11 Muharam. Pun sama seperti semalam. Hidangan selepas buka puasa selepas solat Maghrib. Buka puasa makan Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah lagi. Nasi Lemak Kukus Jalan 11. Pun malam ini hidangan Nasi Lemak Kukus pedas sambal bergandingan dengan Roti Arab cicah kuah kari. Sedang bermusim suka Roti Arab dengan kuah kari.

Pun hidangan malam ini dengan minuman panas dalam mug kuning. Sama seperti semalam. Semalam teh 3 dalam 1. Malam ini Teh lemon Twinings O tanpa gula.

Beberapa hari sebelum cuti hujung tahun pergi Melaka tiga malam. Melaka sepulang dari Cherating. Kami tempah saluran Tayangan Hebat. Saluran Sembilan ratus lebih. Tempahan melalui laman web Astro.

Sampailah hari terakhir tahun 2008. Belum terima siaran dua saluran itu. Kita pun malas telefon menanya. Lagipun siarannya hanya buat kurang seminggu. Tempahan lewat pada hujung bulan. Kalau tidak dapat pun okay. Mungkin lebih bagus. Semacam menyesallah pula buat tempahan itu. Asal jangan tercatatlah pula harga tempahan pada bil. Alih-alih awal Januari. Sudah terlupa pun tentang tempahan itu. Eloklah pula terima dua saluran ini seawal Januari. Mungkin kita tersilap pilih bulan. Mahu pilih bulan Disember tertekan pilihan buat bulan Januari.

Tempah siaran bulan Disember kerana cerita Beranak Dalam Kubur. Bila terima siaran bulan Januari. Ada pula cerita Pocong 3. Dua saluran tambahan itu. Bulan Januari ini. Berderet-deret cerita hantu. Sebagaimana komen kita pada suami. Musim cerita hantu. Cerita hantu sesaja. Hantu Indonesia. Hantu Siam. Hantu Cina. Hantu Hindustan.

Oh ya. Sebelum cerita pocong itu. Tertontonlah juga cerita Puaka Nyang Rapik saluran 3 itu.

" Tayang cerita hantu malam Jumaat. Kenapa sengaja tayang cerita hantu malam Jumaat? "

Satu dunia sedang bermusim cerita hantu. Kalau orang putih. Cerita manusia bercinta dengan hantu drakula itu. Filem adaptasi novel berkulit buku dengan gambar buah epal merah.

Tiga minggu lepas. Malam Jumaat sehari selepas Su sampai rumah dari Melbourne. Kami sekeluarga dan Ti sekeluarga berkumpul di rumah Johan. Bincang tentang Hari Keluarga kami bertiga saudara di Cherating pada keesokan harinya. Malam itu. Tv ruang tamu Johan sedang bertayangan cerita puaka Saluran 3 itu.

Komen Ti malam itu. Sekarang mana ada lagi perempuan kampung tutup kepala dengan kain batik sarung macam tu. Turut dipersetujui Rozi sekadar mengiyakan kata kekanda ipar. Kurang logika.

Kata kita bernada gurau. Kampung terpencil pendalaman laa kot. Kampung tu pelik sikit. Sebab tu ada puaka. "

Malam itu sebenarnya Su fikirkan perempuan dalam drama itu pakai tudung diperbuat dari kain sarung. Sebelum itu hanya sesekali terpandang tonton cerita itu. Malam ini. Baru faham apa yang dikomenkan Ti.

Sebelum siri puaka itu. Kita sempatlah tonton beberapa episod terakhir siri cerita hantu seru kekasih itu. Hanya tonton dua tiga episod penghabisan. Itu pun kerana ada peran wanita dalam siri itu dengan nama kita. Jarang peran perempuan dalam cerita Melayu dengan nama Su**. Selalunya Suzi. Misalnya Suzi dalam satu drama Singapura itu. Suzi lakonan penyanyi dari Ipoh itu. Sesekali ikut siri itu kerana berlatar kota Singapura.

Kalau dulu-dulu. Mana boleh tv tempatan dengan siri-siri super natural begini. Pasti nanti haram dari tayangan. Hari ini. Macam-macam siri tv berkaitan hantu dan yang seumpama. Boleh pula lepas. Bukan sedikit siri-siri senada begitu berwajah hal-hal berkaitan kedukunan.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sembang-sembang sebelum selepas Kota Kinabalu tertinggal kalbu rindu

Catharantus Roseus vinca kemunting cina Kota Kinabalu menghias putih berseri


Penat sesangat. Baru pulang dari Kota Kinabalu. Sepanjang November ini. November penuh warna warni. Gembira meriah sanubari. Bersulam sedih resah nubari. Tenang harmoni berharapan indah. Suka duka silih berganti. Santai sentosa berbagai melodi gelora hati. Setiap satu beriringan sandaran panjatan syukur dan harapan hanyalah pada Ilahi. Setiap peristiwa menambah sulam lestari susuran terkini.

Beberapa dialog sembang seminggu dua ini.

Kenduri sepupu pergi tanah suci | sedap gulai masak lemak daging salai itu | 365 beautiful days | 21.11.08


1. Satu kenduri. Pinggiran Kuala Lumpur.

" Kak Su selalu juga pergi Jusco tu. Sebab lebih kurang lima belas minit saja dari rumah. Oh dekat dengan rumah Zu? "

" Dekat dengan rumah. Jalan kaki pun boleh. Tapi jarang pergi. Malas sebab jammed nak pergi situ. "

" Zu selalunya pergi shopping kat mana? "

" Dia ni suka pergi Pavilion. " [Pandang anak dalam pangkuan]

Kak Di mencelah.

" Kak Su ni selalu shopping luar negara. "

Dalam hati Kak Su. Ha ha ha. Kak Di tolong kenakan dia untuk saya.

Dan saya tidak beritahu pun yang hanya seminggu sahaja lagi. Saya shopping pergi Melbourne. Selepas itu antara dalam perancangan bersama tiga anakanda. Mungkin shopping pergi Singapura atau Bandung. Saya berkira-kira mahu pergi Singapura. Tanah kelahiran bersilam sudah singgahan lalu. Dua puteri mahu pergi Bandung lagi.

2. Singgahsana. Bandar Baru Bangi.

" Mak belanjalah kami tengok teater Impak Maksima kat Istana Budaya. "

" Kenapa pula Mak yang kena belanja? "

" Mak kan minat sekian-sekian. Dia kan berlakon dalam teater tu. "

" Okaylah. Berapa harga tiket? Tapi pergi nanti bawa Idris teman. "

" Jom lah Mak ikut pergi sekali. "

" Hissh. Ada ke Mak nak pergi. "

3. Singgahsana. Bandar Baru Bangi.

" Mak. Adik cakap kat diaorang. Aku ada pakcik. Pakcik ni orang kuat IEM dengan BEM. Nama dia Profesor Ir Dr Lop. Diaorang tanya. Lop? Macam mana ejaan. Adik kata. Entah. L.o.p.e kot. Kita orang cari. Tak de pun Lope. Lepas tu baru Adik ingat. Nama sebenar dia lain. Tu yang Adik telefon Mak. Kenapa panggil Lop? "

" Lope tu kalau orang Perak utara. Macam Along. Anak lelaki tua. Keluarga Mak kan ramai nama panggilan tak sama dengan nama betul. Macam Mak ni. Sedara semua panggil M. Entah-entah ramai sepupu-pupu Mak kalau yang sebaya-baya Adik ni. Ramai tak tahu nama sebenar Mak ni Su******.

4. Rumah saudara sepupu. Pinggiran Kuala Lumpur.

" Kak Di ni tahu ke nama sebenar Su? "

Senyum-senyum. " Tak tahu.. "

" Su******. "

" Cantiknya nama. Orang lain suri rumah tangga. Ni suri di dalam hati. "

5. Pesawat berlepas terbang. Kuala Lumpur pergi Kota Kinabalu.

" You kenal lagi I? Lamanya kita tak jumpa. Hii you nampak mudanya. Tak berubah langsung. "

Dalam hati kita. Dia polite. Tak cakap bab berubah saiz badan tu.

" Kak Zaharah pun tak berubah. Tu yang boleh kenal tu. "

" I ni dah sekian-sekian umur. I dah lama pencen. "

" Eh nampak muda dari umur. "

Memang ikhlas terpegun dari hati. Ingatkan kawan ini baru awal 50-an.

" You tu yang nampak muda. Untung you kan. You sacrifice tak kerja. Tapi semua anak-anak you menjadi. Semua anak-anak you pandai-pandai. "

6. Rumah saudara sepupu. Kuala Lumpur.

" Semua anak-anak Su pandai-pandai. Bagilah tahu rahsia. "

" Tak de rahsia apa-apa pun. "

" Su hantar diaorang pergi tuition ke? "

" Tak juga. Sebab Su tak mahu bebankan diaorang dengan pelajaran. Masa belajar cuma kat sekolah. "

" Tapi bila nak periksa. Su selalu cakap. Selain usaha. Doa tu penting. Bila nak periksa. Selain solat hajat keluarga. Diri orang nak periksa tu. Kena solat hajat sendiri. Setiap kali nak jawab kertas peperiksaan. Baca doa penerang hati tu. [Doa sebelum baca Al-Quran].

Sesantai Le Meredien Kota Kinabalu


7. Sarapan pagi. Hotel Hyatt Regency Kota Kinabalu.

" Assalamualaikum. Ni Az kan? Az Aberystwyth? "

" Eh eh Kak Su**? Apa khabar? Lamanya kita tak jumpa. Eh Kak Su** berisi sekarang. Muka pun dah bulat. "

Dalam hati kita. Muka bulat? Ha ha ha..

Saling bertanya khabar berita.

" Hii anak-anak Kak Su** semua pandai-pandai. "

8. Kamar tingkat sembilan. Hotel Le Meredien Kota Kinabalu.

"Eh mana magazine gambar Obama tadi. Saya belum habis baca. "

Ketawa kecil pekerja hotel.

" Oh iya? "

Majalah baru. Pun Obama pada kulit majalah.

8. Bual lewat telefon. Kota Kinabalu dan Melbourne.

" Mak kamu dok fikir. Apa lah nak buat kat Melbourne. Nak keluar rumah panas. Sekali. Ting! Datang idea dalam kepala. Bulan dua belas ni kan bulan Krismas. Boleh tengok suasana nak sambut Krismas kat mall Melbourne. "

" Tapi orang sini taklah meriah sangat sambut Krismas. Diaorang kan banyak hutang. [Negara dengan masalah ramai warga negara berhutang kad kredit] "

" Ha ah. Duit dollar diaorang pun tengah jatuh ni. "

" Oh? Tak meriah macam kat UK? Kalau kat UK kan mall diaorang meriah. Diaorang hias sambut Krismas. "

Dalam hati. Kat Malaysia pun sama. Senario sepuluh tahun kebelakangan ini.

" Nanti Mak nak pergi jalan-jalan ke?.. "

" Summer ni boleh pergi tepi laut ke? "

" Boleh! Cuaca sini tak tentu. Baru-baru ni sini ada salji. "

Dalam hati. Salji musim panas?

Bukan mustahil. Aberystwyth pernah turun salji pada awal musim bunga.

" Jom kita pergi Tasmania? "

" Tasmania? Boleh juga. "

Dalam hati. Ingat kan mahu pergi Adelaide ke. Canberra ke. Sydney ke. Tapi Tasmania pulau dikelilingi pantai. Mana-manalah.

9. Kota Kinabalu menghadap laut biru.

" Suami dia tu dah pakai kerusi roda? Kena stroke? "

" Stroke lah. Apa lagi. "

" Itu laa.. Tinggalkan isteri pertama macam tu saja. [Gantung tak bertali] Tak bagi nafkah zahir dan batin. Ramai kan suami-suami [mereka yang kami kenali] yang kahwin lebih dari satu ni. Kat dunia lagi dah lumpuh sebelah. "

Ada hadis berkaitan. Tentang keadaan suami-suami berkahwin lebih dari satu di akhirat nanti. Kalau tidak berlaku adil pada isteri-isteri di dunia ini. Nanti senget sebelah di padang mahsyar.

10. Sebuah negeri dalam Malaysia.

" Kakak tu. Kata orang tu. Kakak tu dah tinggalkan suami [kedua] dia. Gossip orang lah. "

" Habis orang tu pun dah pakai kerusi roda. "

" Iye?.. "

Dalam hati. Dulu tinggalkan suami muda. Ni suami warga emas sakitlah pula.

Sesampai Hyatt Regency Kota Kinabalu


11. Dalam kereta biru gelap. Bandar Baru Bangi. Pergi Alamanda.

" Ni lagu penyanyi lelaki Mak suka. "

" Anuar Zain? Macam bukan lagu dia. Bukan lagu M. Nasir. "

" Mak teka lah. "

" Berapa banyak penyanyi lelaki Malaysia ni yang Mak kamu suka? "

Lagu mula berkumandang.

" Haa Mak kan suka dia."

" Eh Mak kamu suka lagu dia yang ini. Bukan suka penyanyi dia. Tapi okay jugalah suara dia. Musim raya kemarin kat tv. Muka dia sesaja. "

12. Singgahsana. Kamar putera mahkota.

" Cik Anizai tu berapa tahun umur dia?"

" Dia tua setahun dari Mak. Kenapa? "

" Dia nampak muda. Tapi Mak pun nampak muda. "

Dalam hati ibu. Pandailah kamu ambik hati.

" Keluarga Mak kan ramai awet muda. "

13. Dalam kereta. Bandar Baru Bangi pergi Sepang Gold Coast.

" Baby jalan ni sebab dengar cakap ibu kan? Dengar cakap ibu wajib kan? Jadi perjalanan Baby ni kira perjalanan kerana Allah taala. Sebab Allah taala perintahkan wajib dengar kata ibu. Bila kita berperjalanan kerana Allah taala. Kata mulut kita masin. Semua kata kita dalam perjalanan ni dikira doa. Jadi jangan sembarangan kata. Ucap yang bagus-bagus saja. "

" Baguslah cara Mak bagi motivasi ugama. Mak pergilah bagi talk kat budak-budak U**. Lepas tu minta bayar. "

" Hissh. Ada ke bagi ceramah ugama minta bayaran. "

" Hissh. Orang sekarang minta bayarlah Mak. "

" Itu sumbangan dari orang yang jemput diaorang bagi ceramah. Macam kalau kita jemput ustaz bagi ceramah kat surau. Kita bagilah sikit sumbangan. "

" Tak. Ada orang letak harga kalau bagi ceramah. "

" Ustaz-ustaz pun ada keluarga nak tanggung. "

Restoran Mamak Muslim Kota Kinabalu singgahan selalu bila lalu situ


14. Singgahsana. Malam sesampai dari Kota Kinabalu.

" Ayang. AA dah pergi London. Mak ingat tahun depan instead of pergi Melbourne. Mak nak pergi London lah. Kita pergi berdua. "

" Abah belanja ke? "

" Pergi Australia Abah bayar sebab kita pergi tengok Saffiyah. Tapi pergi London ni. Saja-saja kita pergi makan angin. Mak kena bayar sendiri lah kot. "

" Mak ingat nak pergi masa London winter lah. Tapi winter sana lambat lagi. Winter Melbourne Jun dengan Julai. "

15. Singgahsana. Santai pagi menghadap tv bertemankan putera.

" Mak pergi umrah bulan berapa? "

" Tak tahu laa Abah kamu tu. Mak cadang nak pergi awal tahun depan ni. Tapi tahu sajalah Abah kamu. Buat nanti tiba-tiba dia tak mau pergi. Sibuk dengan kerja. "

" Mak paksalah Abah. "

" Mak ingat kalau Abah tak mau pergi. Mak pergi dengan Idris lah. Idris anak lelaki. Muhrim lelaki Mak. Kita pergi bulan tiga. Masa tu cuti sekolah. "

" Kalau pergi bulan Ramadhan. Masa tu Idris dah nak SPM. "

16. Singgahsana. Sambungan sembang atas

" Fasal apa Abah tak mau pergi Melbourne. "

" Entah. Mak pun peliklah Abah kamu tu. Bukannya tak de duit. Ni sepatutnya Abah yang pergi. Abah tak mau pergi. Kenalah Mak ganti Abah. Padahal masa ni bukan Abah pergi mana-mana pun. "

" Abah tak ingat Safiyyah. Kesian Safiyyah. "

" Abah kamu ingat. Lepas tu kalau tengok gambar-gambar kita kat Melbourne. Abah mesti tanya. Ni kat mana? Ni rumah diaorang ke. Mak suruh Abah pergi. Tapi Abah tak mau pergi. Tak tau laa kenapa. "

Dalam hati kita. Sayang sangat nak tinggal kerja dia tu.

" Abah tak pergi mana-mana cuti ni? Abah ada kat rumah? Hahh??? [Nada tak best sebab nanti hari-hari Abah sentiasa di rumah. Kurang merdeka] "

" Abah pergi laa kerja. Tapi malam Abah ada laa kat rumah. "

" Tahun depan Mak ingat nak pergi Melbourne masa winter. Masa tu giliran Idris teman Mak. Tapi kena pergi masa cuti sekolah laa. "

17. Perjalanan pulang dari KLIA Sepang pergi Bandar Baru Bangi singgah Kuala Lumpur.

" Setiap kali jalan-jalan kat Kota Kinabalu. Hati Mak kata sendiri. I love Kota Kinabalu. I love Kota Kinabalu. "

" Kenapa? "

" I love Kota Kinabalu. Bandar paling Mak suka kalau kat Malaysia ni. Bandar tepi laut. Nyaman taklah sibuk sangat. Tapi sebab mengenangkan ramai sedara kat sini. Okaylah lagi tinggal kat sini. "

18. Singgahsana lagi

" Mak pernah tengok cerita Wild Hogs..? "

" Cerita apa tu? "

" Cerita Travolta dengan motor besar tu. "

" Hah ah. Tengok entah berapa kali. Tapi tak pernah tengok dari mula pun. Mak tengok sebab cerita tu kelakar. Ingat nak tengok lagi dari mula. Kenapa? "

" Saja. Cerita tu best. "

Menanti menunggu santai hijau Fraser Hill menghadap pandang Shahzan


19. Perjalanan berdua pergi Bukit Fraser ekspedisi sains.

" Dulu ingatkan saluran ni saluran lagu lama-lama tahun 40-an dengan tahun 50-an. Rupa-rupanya banyak juga lagu-lagu tahun 70-an. Lagu tahun 80-an. Lagu tahun 90-an. "

" Ramai peminat DJ Dave minta lagu. Banyak lagu dia. Lagu ni masa gossip dia tengah bercinta dengan penyanyi tu. Orang tu kahwin masa dia pergi luar negara ke. Bercinta dengan orang lain. Tup tup kahwin dengan orang lain. "

" Ni macam kes Erra dengan **** *****. "

Ketawa sendiri. Tak sangka orang itu boleh sebut kes penyanyi dan pelakon perempuan itu.

20. Berdua hujung minggu. Bukit Fraser Shahzan Inn.

" Saluran ni main lagu Dusun. Tadi lagu Zero-Zero Kayu Balak. "

21. Sepulang sesaorang dari Masjid Bukit Fraser solat Maghrib.

" Tadi tak ramai pun orang solat jemaah kat masjid. Satu saf saja. Ada laa dalam lima orang. "

" Sekurang-kurangnya bergema azan kat hutan sini dari masjid. Sampai ke serata hutan ni bila azan berlumandang lima waktu. "


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Sepi namun tenang harmoni sehari sebelum lebaran


Selepas renai hujan petang awal Ramadhan laman cempaka Bandar Baru Bangi
Originally uploaded by Ssuriha

Kembali kepada cerita hujung Ramadhan sebelum bersambungan semula dengan cerita terkini. Entri ini. Kisahan sehari sebelum 1 Syawal 1429 H. 30 September hari Selasa. Seperti selalu. Jurnal ini bukan menepati piawan ramai. Tulis mengikut selesa sendiri.

Penghujung Ramadhan. Alhamdulillah pagi bersahur berlima kecuali Idris masih demam namun beransur kebah dari panas badan. Hanya minum segelas air. Alhamdulillah tahun ini seisi rumah ini belum pernah terlepas sahur.

Sedari beberapa bulan sebelum Ramadhan. Selepas berita tengah hari pukul 12 Saluran 1. Antara siri selalulah juga setia tontoni. Siri Harun Yahya itu. Hari ini siri ini berkisah tentang penemuan pada tahun 1799. Batu rosetta bertarikh 196BC dengan kod nama Haman isnkrips Mesir. Tercatat Haman sebagai ketua bina batu. Kisah dalam Al Quran tanpa menyebut pekerjaan Haman. Firaun perentah Haman bina bangunan.

Juga kisah jin ifrit menerbangkan istana Balqis dalam sekelip mata. Penyelidikan Universiti Kebangsaan Canberra. Pada masa hadapan. Kemungkinan bukan mustahil lagi jisim boleh dipindahkan hanya dalam sekelip mata. Hasil kejayaan ujikaji memindahkan laser beberapa meter. Penemuan Universiti Canberra itu.

Berita tv berlaporan sana sini suasana menjelang Aidilfitri. Sedih basah mata melihatkan sedih wajah ibu Sharlinie masih hilang. Dalam hati. Kesiannya..

Alhamdulillah Idris beransur kebah dari demam. Hari ini sudah boleh pergi solat di surau kecuali subuh. Petang selepas Asar. Idris meneman ibu di hadapan tv kamar tidur utama.

Satu rancangan tv lupa apa. Komen kita tentang penderaan terhadap isteri.

Bagaikan berkata pada diri sendiri. " Mak kamu pun kena dera oleh suami. "

Spontan berubah sedikit air muka Idris buat ibu rasa bersalah. " Dera apa? "

Senyum-senyum menyembunyi maksud kata. " Penderaan emosi. "

Senyum supaya kata-kata itu bergambaran lebih santai.

Idris berwajah lega. Kurang faham. Kembali santai menghadap laptop. Semua cahayamata kami sama sebagaimana ayahanda mereka. Kurang masa melayan rasa. Kurang sensitif.

Seharian ini. Selang beberapa jam. Saluran-saluran perdana tv tempatan dengan lintas langsung dari stesen dan hentian. Juga berlintas siaran langsung dari merata lokasi sekitar ibu kota. Suasana warga kota pulang kampung. Suasana ibu kota semakin lengang.

Ketawa kami. Ibu dan putera mahkota. Masing-masing dengan laptop. Ketawa selepas tontoni berita petang. Pemberita tv menemubual warga kota belum pulang kampung. Seorang peniaga wanita berumur mungkin awalan 30-an ditanya tentang pulang kampung berhari raya. Lokasi berita. Seakan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

" Saya mesti balik kampung. Macam mana pun setiap tahun saya mesti balik kampung. Selewat-lewat malam ni saya baliklah kampung. "

Pemberita tv bertanyakan kampungnya di mana. Jawapan tiada tersangka.

Senyum wanita itu. " Dekat je. Kampung Pandan. "

Spontan kami berdua ketawa. Selepas itu baru kita perasan. Pada senyuman seakan bernada mengena wanita itu.

Komen kita dalam ketawa rasa kelakar.

" Setiap tahun macam mana sekali pun saya mesti balik kampung. Ingatkan jauh benarlah kampung.. "

Gaya cerita. Seperti jauhlah benar kampungnya.

Kampung Kuala Lumpur kampung Nenda


Gambar tertera nombor dua. Kampung Nenda saya di tengah Kuala Lumpur.

Tiada lagi Nenda di kampung ini. Rumah pusaka Nenda diduduki ibu saudara adinda kepada Ayahanda. Suami baru ibu saudara ini jauh lebih muda dari Su. Ibu saudara sudah hujung lima puluh tetapi masih kelihatan muda lawa. Malu rasa bersalah pada hari pertama kali terpandangkan bapa saudara ini dengan gitar. Anjung rumah Nenda. Su tanya ibu saudara ini. Anak Makcik? Rupa-rupanya itu suami baru makcik. Adinda kepada ibu saudara ini. Ibu saudara sama sebaya dengan Su. Pun ibu tunggal kematian suami berkahwin dengan lelaki lebih muda. Perbezaan umur berbelas tahun. Bahagia sampai kini. Selepas hampir dua puluh tahun.

Keluarga kami bagaikan tradisi. Ramai lelaki kahwini wanita lebih senior umur. Ramai wanita kahwin lelaki muda. Semuanya bahagia sentosa kecuali Bondaku. Itu pun berpisah kerana masalah orang tua tidak suka menantu lebih berumur dari anak lelaki mereka. Bukan kerana hilang terbang sayang. Bagaimanapun isteri baru bapa tiri itu lebih senior umur dari Bonda kami. Bonda ibu tunggal anak tiga. Isteri baru bapa tiri itu. Ibu tunggal anak lima. Nenda H pula. Khabarnya Nenda H muda belia baru berumur lapan belas tahun atau sembilan belas tahun ketika berkahwin dengan Opah seorang ibu tunggal anak lima. Berulang cerita Opah pada anakanda perempuan Opah sendiri.

Satu kenyataan. Rata-rata wanita keturunan dua Nenda H berwajah lebih muda dari umur. Kemungkinan itu antara sebab cerita berderetan perkahwinan sebegitu.

Kembali kepada Bandar Baru Bangi hari ini. Petang sehari sebelum lebaran.

Hari ini malas keluar rumah. Mahu pulihkan tenaga masih penat. Selepas beberapa hari sebelum ini. Semedangnya keluar rumah. Pulihkan tenaga supaya boleh pergi masjid keesokan pagi. Malangnya seandai 1 Syawal tanpa pergi masjid. Kemuncak ibadah sebulan berpuasa bulan Ramadhan penuh keberkatan. Keampunan dari Ilahi selepas solat sunat Aidilfitri. Kemudiannya saling bermaafan sesama insani. Buat lebih sempurna indah kelahiran semula kepada fitrah. Selepas keampunan Ilahi dengan doa para malaikat usai solat sunat Aidilfitri.

Walaupun belum beli baju hari raya pertama. Pakai saja apa tersedia ada. Kebetulan baru-baru ini Su baru beli dua pasang baju kurung warna coklat emas kejinggaan. Selama ini. Terlalu selalu dengan busana hitam dan biru.

Buka puasa makan nasi dengan Rendang Daging masakan suami kita dibantu dua puteri. Rendang resipi Bonda kita. Idris pula Alhamdulillah hari ini sudah boleh pergi berbuka puasa di surau. Mengingatkan Idris. Jangan lupa ikut sama bertakbir di surau. Malam selepas Maghrib. Malam selepas Isya'.

Dua puteri. Selepas solat Isya'. Destinasi shopping raya lagi. Pergi Kuala Lumpur. Jalan Tuanku Abdul Rahmman. Beri wang buat beli baju raya di satu butik kegemaran kami sekeluarga di Bangi Utama. Beli baju kurung di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pesanan ibu. Jangan lupa tawar minta kurang harga. Jangan lewat pulang.

Pulang hanya selepas pukul dua pagi. Sakan shopping malam raya. Selagi anak dara belum pulang. Selagi itu mata belum boleh tidur. Cerita dua puteri. Kala mereka pulang. Bazaar Ramadhan Jalan Tuanku Abdul Rahman / Jalan Masjid India masih ramai orang.

Sesampai rumah sepulang dari Jalan Tuanku Abdul Rahman. Mengingatkan dua puteri itu. Jangan lupa. Malam raya malam berdoa mengharapkan keampunan. Malam zikir sampai pagi. Sampai masa solat sunat Aidilfitri.

Bangi Utama sebelum pergi Jalan Tuanku Abdul Rahman. Safura beli baju kurung sutera Siam warna biru ungu. Suraya beli baju kurung sutera biru torqouise. Bazaar Ramadhan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Suraya beli baju kurung bermotif kain songket bunga tabur warna biru. Safura beli baju kurung yang sama tetapi warna merah oren. Kali ini tiada baju dari butik kegemaran kami sekeluarga. Hari ini tuan punya butik pulang kampung awal. Kelang atau Kota Bharu.

Juga masing-masing dengan tugas terlazim malam raya. Seterika semua baju raya sebelum tidur.

Suraya jahit tudung baru ibu. Tudung warna coklat gelap. Buat dipadankan dengan baju kurung warna jingga kain benang hitam.

Idris pula dinasihati tidur awal. Supaya lebih sihat buat pergi masjid esok pagi.

Alhamdulillah malam hari kemenangan usai sebulan Ramadhan. Malam meriah takbir berlagu syukur merendah hati hanya pada yang Maha Esa.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Hari pertama kali Ramadan ini berkumpul berlima


Laksa Lu Fikirlah Sendiri Sheila Rusly
Originally uploaded by Ssuriha

Pagi 27 Ramadhan 27 September

Alhamdulillah buat pertama kali Ramadhan tahun ini. Bersahur berlima orang di rumah. Dua tuan puteri pulang lewat malam. Bagaimanapun Idris mulai kurang sihat. Panas badan. Hanya bersahur minum satu mug air dibawa ibu. Minum dalam kamar tidur. Ibu bawa minuman selepas bersahur dengan Suraya di dapur. Safura sudah bersahur sebelum kita turun ke dapur. Suami pula bersahur lewat sedikit dari kami. Selepas solat tahajud.

Idris mulai demam. Pagi ini dengan PC Games. Baca buku Hijab Sang Pencinta penutup trilogi Bagaikan Puteri. Lima ahli keluarga ini peminat penulis buku ini. Kita pula sebagai pembeli buku-buku novelis itu buat bacaan berlima itu.



Sepulang Idris dari surau solat Zohor. Berkumpul kami berempat. Ibu dan tiga cahayamata. Malam tadi pulang dua kekanda Idris. Su sarankan dua kekanda ucap tahniah pada adinda bongsu. Tahniah kerana Idris mendapat markah 100 peratus dalam kertas peperiksaan Matematik Tambahan!!! Juga 100 peratus buat kertas Matematik biasa. Satu-satunya pelajar tingkatan empat sekolah itu dengan markah 100 peratus Matematik Tambahan. Hanya Idris saja seorang daripada kesemua 215 pelajar tingkatan empat MRSM sekian-sekian. Purata markah tingkatan dalam Matematik Tambahan. 50.32. Idris berkedudukan nombor 22 dari 215 pelajar dengan 6A. Tahniah buat Muhammad Idris.

Terujanya kami sekeluarga bila tahu. Hanya Idris seorang daripada 215 pelajar yang memperolehi markah 100 peratus kertas Matematik Tambahan.

Pertama kali Su beritahu hal ini pada suami. Komen suami. Makin naiklah saham dia kat sekolah.

" Dengan unifom Taekwondo tali pinggang hitam dia tu. Sesekali boleh jadi imam kat surau. Pemain ragbi sekolah. Ketua wing asrama. "

Komen seterusnya dalam hati. Siapa sangka Idris ni sebenarnya anak manja ibu.

Selalunya komen suami kita. " Idris bukan budak manja. Su yang manjakan dia. "

Kita bersetuju dengan komen itu.

Komen guru homeroom Idris bersenyum-senyum mesra pada Su tentang Idris.

" Idris tak ada masalah. Dia pandai. "

Juga pandangan Su buat Idris. Kalau matematik begitu mudah pada Idris. Mungkin baguslah nanti Idris memilih bidang asal dicita dari sekolah rendah. Baru-baru ini Idris menimbang-menimbang samada memilih perubatan atau kejuruteraan selepas SPM tahun hadapan. Komen kita. Terpulanglah pada Idris. Dalam peperiksaan semester terkini. Idris peroleh A1 dalam mata pelajaran Biologi. Markah 92. Itu pun awal tingkatan empat. Idris tinggalkan mata pelajaran Biologi. Pilih Lukisan Teknikal. Nasihat Su. Ambil juga Biologi. Manalah tahu kalau tiba-tiba bertukar cita-cita.

Pun begitu komen Su dan dua kekanda Idris. Komen Safura. Macam peliklah kalau Idris jadi doktor. Sebab Idris orang sukan. Hobi bermain bola sepak dan futsal. Pemain ragbi sekolah.

" Mak pun rasa macam tu. Macam sesuai lagi Idris jadi engineer. Kalau sains. Buat Geologi macam Abah. Tapi kalau Idris buat medic pun Mak okay je. Mak lagi suka. Ada sorang lagi doktor dalam rumah. Tapi ikut suka Idris lah. Kalau dia memang minat engineering. "

Bagaimanapun selepas beberapa sesi motivasi di sekolah. Buat masa ini Idris memilih bidang kejuruteraan. Satu perkara bagusnya sekolah Idris. Seawal tingkatan empat. Sudah diberi pendedahan pilihan bidang selepas SPM.

Motivasi dari ibu buat masa ini. Tumpukan sebagus mungkin buat SPM tahun hadapan. Apa-apa hal pun. Buat masa ini. Baguskan lagi pelajaran buat menghadapi SPM pada tahun hadapan.



Hari ini kami berkira-kira pergi Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Misi pertama kami. Cari baju Melayu hari raya pertama buat Idris. Pergi selepas solat Asar. Su SMS suami dari kamar utama. Suami di tingkat bawah. Kalau mahu ikut kami pergi Jalan Tuanku Abdul Rahman. Jawapan ringkas member. Tak. Selalunya kalau member balas SMS. Jawapannya OK. Baik. Tak. Atau yang seangkatan. Kata member. Itu jawapan-jawapan sedia ada pada telefon bimbit.

Pun begitu pernahlah terbaca SMS-SMS member buat kawan taulan atau pelajar. Boleh pula mesra bahasa. Pelajar-pelajar perempuan pun satu hal. Apa mereka ingat pensyarah lelaki senantiasa sembunyikan telefon bimbit? SMS dengan bahasa semacam bukan buat pensyarah.

Prinsip Su. Tiada ketahuan lebih senang perasaan. Bagus jangan tahu. Bagaimanapun selalunya tanpa berusaha mahu tahu. Boleh tahu dengan izin Allah subhanahuwataala. Dengan cahayamata pun selalu begitu.

Misalnya pernahlah terbaca SMS pelajar pada hari suami keluar daerah. Telefon bimbit member tertinggal di rumah. SMS pelajar perempuan ini. Pelajar seliaan suami sebaya puteri kedua kami. Kita nak jumpa kat mana ni? Kalau isteri dalam drama tv. Boleh berprasangka yang bukan-bukan. Apa kita fahami. Jumpa di makmal atau pejabat member? Atau SMS berbunyi lebih kurang begini. Saya peninglah macam mana ni.. Mahu rasanya kita balas SMS itu. Kalau pening. Berhenti belajar. Pening fasal belajar pun mahu mengadu dengan pensyarah lelaki.

Pada pengamatan kita. Pelajar sekarang ramai yang berani. Kita pun malas lagi menasihati. Pandai-pandailah member. Siapa suruh beri nombor peribadi pada pelajar. Mesra itu bila kita pun berlebih-lebih mesra. Hanya pesanan kita. Berhati-hatilah. Manusia sekarang ini macam-macam. Ini zaman material. Paling kurang pun. Mesra mereka kerana mahu markah bagus. Buat memudahkan urusan tesis. Mesra berlebih itu boleh berkategori rasuah.

Kembali kepada cerita semasa dalam entri.

Selepas Zohor sementara menunggu Asar. Seperti biasa. Tatapan harian masa kini. Ketuk-Ketuk Ramadan. Tetamu hari ini. Selebriti seperti di dalam gambar nombor tiga.

SPM pagi ini. Sebagaimana seminggu dua ini. Hari-hari cerita tentang tiket bas ekspress. Komen kita bila sekali lagi SPM menemuramah orang kuat satu kompani bas terbesar Malaysia ini. Eh muka dia je kat tv sekarang ni. Tengku *nama doktor dalam cerita Ibu Mertuaku*. SPM itu Selamat Pagi Malaysia.

Pukul sepuluh pagi. Masakan Turki dalam siri Let's Try.

Selepas itu tertontonlah sekejap cerita dari seberang. Tonton sambil lalu dalam lima minit. Satu perkara terkesan selepas pulang dari wisata Bandung Jakarta tahun lalu. Sampai buat masa ini. Kita kurang berminat tonton cerita dari seberang. Selalunya kalau terpicit saluran tv dengan cerita sana. Cepat-cepat kita pilih saluran lain. Kita di sini beriya-iya bersusun sinetron dari sana. Jangan harap ada rancangan dari sini lewat tv sana.

Satu ketara kebelakangan ini. Macam cendawan tumbuhlah pula sinetron dari seberang di kaca tv. Sampaikan siri Asean Delight dulu selalu cerita Siam, kini cerita seberang. Bulan Ramadhan kali ini. Sana sini semua saluran tv bahasa Melayu dengan sinetron sana. Pergi Pasar Ramadhan ramai orang sana. Pergi mall ramai pekerja orang sana. Buka radio kereta berkumandang lagu mereka. Pulang rumah pun ramai mereka lewat kaca tv. Belum cukup dengan itu. Orang kita ramai berhobi berulang melancong pergi seberang sana. Belum cukup dengan mereka datang sini. Kita pergi sana. Memanglah Malaysia kini sedang bersindrom seberang.

Pun begitu antara lagu-lagu sepanjang zaman kegemaran kita. Juga lagu-lagu semasa. Bersusun lagu dari sana lebih puitis senikata. Mencatat tentang lagu. Hari pertama Su pulang dari Melbourne Mei lalu. Minta Idris tolong pindahkan beberapa lagu dari komputer Idris kepada laptop kita. Bersusun lagu-lagu dari seberang. Baru tahu MATTA itu kumpulan seberang. Laa dulu Baby cakap MATTA kumpulan Malaysia. Mak dah tulis dalam blog yang kumpulan ni kumpulan Malaysia tapi lagu dan suara macam dari Indonesia. Tulisan itu catatan dialog sembang.

" Baik Mak baiki cepat. Karang ada pula orang Indonesia marah. "

" Ha ah kan. Orang sana kan sekarang ni suka marah-marah Malaysia. Nanti Mak baiki lah. "

Kembali kepada drama tertonton sambil lalu itu. Sinetron adaptasi dari novel. Lupa nama cerita. Sejadah Cinta kot. Adaptasi dari novel penulis buku Ayat-Ayat Cinta. Terpandang tonton ketika satu dialog ini. Dialog seorang bapa. Baik, baik, kamu kira boleh kenyang makan baik. Ini selepas seorang anak dara dalam cerita ini memuji kenalan lelakinya seorang lelaki yang baik. Dialog ini buat tersenyum sendiri.

Teringat kata sesaorang kita kenali. Ada apa pada rupa hensem. Kalau nak bagi makan anak bini pun susah.

Ini berdasarkan pengalaman beliau itu dengan dua bekas suami hensem.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Ramadhan ini seminggu sebelum lebaran

23 Ramadhan 23 September hari Selasa seminggu sebelum hari Rabu 1 Shawal Berpatah semula pada cerita terkebelakang sebelum sepatutnya bercatatan entri empat hari sebelum 1 Shawal. Sedang dalam mood mencatat ringkas. Sebelum tulis panjang cerita selepas Idris pulang. Mungkin selepas entri ini.

Hari Selasa terakhir sebelum Aidilfitri. Seminggu sebelum raya. Belum pun mulai shopping raya. Busana raya pun belum beli lagi. Belum pun mula beli biskut raya. Bagaimanapun suami sudah tempah 200 Tart Nenas. Tempahan beli dari kawan sama fakulti. Tart Nenas kegemaran kami pada tahun-tahun kebelakangan ini. Tahun lepas tiada tempahan kerana kawan ini pergi tanah suci. Umrah bulan Ramadhan. Hajat tiada kesampaian kita Ramadhan kali ini.

Dua tuan puteri. Sudah beli busana baju kebaya dari satu butik berdekatan dengan kampus U** sana. Mulanya sedikit keberatan membenarkan pakai kebaya. Kebaya Nyonya. Bagaimanapun beriya-iya benar Safura mahu beli. Benarkan saja. Hanya buat pakai pada musim lebaran. Safura SMS dari kedai. Bukan SMS minta izin beli. Sudah mahu beli pun sebenarnya. SMS beritahu nanti mahu claim duit dari ibu. Harga asal RM500 turun sampai lebih berpuluh-puluh peratus diskaun. Mungkin kerana kurang popular busana bersaiz S dan yang lebih kecil.

Komen kita dalam hati. Beri guna kereta buat pergi kuliah. Jauh pula berjalannya. Merayau kamu ye..

Apa pun memudahkan kerja. Kalau tunggu kita pergi belikan. Sentiasanya bertangguh-tangguh entah bila mula beli baju raya. Semakin selalu penat bila berhujung bulan Ramadhan. Setiap tahun begini. Urusan mengemas menghias selalunya selepas 1 Shawal. Lagipun Ramadhan ini bulan menghimpun saham ibadah. Hujung Ramadhan. Masa-masa berusaha merebut kumpul saham sebelum 1 Shawal. Bonus rahmat sebulan setahun sekali.

Dua baju kebaya dalam dua warna berbeza. Kebaya Safura warna krim. Kebaya Suraya warna merah oren. Tema baju raya pertama bergantung pada baju Melayu Muhammad Idris belum pun beli. Tunggu Idris pulang dari utara.

Pagi pukul sepuluh. Ada rancangan sama nama dengan lagu Pertama Ramadan ini. Juga baru tahu. Lagu itu lagu ciptaan komposer seniman penerbit siri ini. Tetamu rancangan. Seorang selebriti saudara baru sedari Julai tahun lalu kini dengan nama Adam. Rancangan sebegini pun boleh buat basah mata terharu. Ini rancangan kedua tertonton kita bulan ini dengan penampilan selebriti saudara baru ini. Seperti selalu walaupun hanya tontonan tv. Iringan doa bila tersentuh hati.

Sebelum itu SPM setiap pagi. Segmen dengan seorang profesor wanita pakar mata. Komen sendiri dalam hati. Memang benar-benar pakar profesor mata ni.. Profesor universiti tempat kerja suami kita.


Cendol Pasar Ramadhan PKNS Bangi
Originally uploaded by Ssuriha.


Buka puasa makan Kuih Lompat Tikam. Kuih pilihan selalu musim Ramadhan ini. Cendol dari Pasar Ramadhan Bangi. Cendolnya boleh dibilang dengan jari. Hanya kuah semata. Kenapalah cendolnya pun mahu dicatu berkira. Masa Su lebih sihat dulu. Selalunya pada bulan Ramadhan. Kami beli cendol hijau itu. Bancuh sendiri cendolnya dengan santan perahan dan bancuhan gula melaka.

Hidangan makan nasi. Ayam Masak Kurma. Kambing Masak Kuzi. Sambal Tempoyak Pedas Cili Padi Pucuk Ubi. Ada Petai lagi. Tiga hari berturut-turut berhidangan Sambal Tempoyak Cili Padi Pucuk Ubi Petai ini. Beli dari Pasar Ramadhan PKNS Bangi. Sambalnya dalam bekas sebagaimana selalu gelas bekas dadih itu. Pertama kali beli sambal dalam bekas sebegini.


Hari pertama beli kaya petai dan ikan bilis. Hari kedua beli tiada petai dengan boleh dibilang ikan bilis. Hari ketiga beli. Susahnya kelibat ikan bilis. Bagaimanapun pedas cili padi buat memecah selera.

Pertama kali makan sambal tempoyak sebegini. Masa rumah di Melaka. Kenduri kahwin rumah jiran. Masa itu kita hairan. Kenduri kahwin pun ada sambal tempoyak. Kalau kenduri kahwin di utara sana. Selalunya bersayur Jelatah dan Pacri Nenas. Sekali bila mula makan. Baru tahu betapa sedapnya sambal kenduri kahwin mukim Melaka beradat pepatih ini. Pucuk ubi hiris halus-halus dalam gulai tempoyak masak pekat semacam sambal.

Malam baca surat khabar hujung minggu lalu masih belum baca. Baca tentang penipuan identiti lewat dunia maya. Cinta palsu lewat internet. Macam-macam hal. Bukan mahu menyentuh tentang cinta. Bab kenalan biasa wanita. Pun pernah bertembung personaliti berbeza dari cerita dunia internet sini dengan realiti luar sana.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Putera hati pulang menjelang malam 27 Ramadhan


Satu petang sepulang dari Brighton Beach Melbourne winter lalu
Originally uploaded by Ssuriha

Hari Jumaat 26 Ramadhan 26 September lima hari sebelum 1 Shawal 1429H

Sehari selepas hari terima elaun bulan ini dengan bonus. Buat pertama kali selepas lebih dari sepuluh tahun. Bonus buat kita terkurang dari kebiasaan. Walhal baru beberapa hari sebelum hari gaji 23 September dipercepatkan dua hari dari 25 September. Sesaorang itu baru terima cheque beribu riban wang penyelidikan selalunya bukan setakat seribu dua. Buat rumah baru lagi? Seberang lautan sana. Entah bilalah mahu berhenti berulang cerita sebegini. Sudah pun melebihi suku abad lama masa. Masih belum mahu berhenti wawasan orang tertentu. Rumah sini pula terabai tergantung belum selesai renovation sudah pun melebehi tiga tahun. Pendingin pereda hati. Sebagaimana kata seorang puteri buat terpana harapan. Rumah syurga sana lagi utama. Sabar itu meriah bunga.

Sambung cerita harian. Lima hari sebelum hari raya. Hari Jumaat terakhir Ramadhan tahun ini.



Hari ini hari hati ini riang berbunga-bunga kalbu. Girang berbunga menutupi segala kelabu biru kalbu bersinggah lalu semalam. Bunga-bunga riang hati ini berkudup kuntum mewangi beberapa hari sebelum semalam lagi. Putera hati bakal sampai lewat petang ini. Sedari semalam. Malah beberapa hari sebelum semalam. Telefon bimbit sentiasa rapat dengan diri.

Shaaban lalu. Mulanya ibu merancang mahu ziarah Idris sekali dalam bulan puasa. Semua tiada masa lapang sepanjang Ramadhan kali ini. Lalu berlalu hampir sebulan tanpa bertemu putera mahkota. Walhal selalunya. Ziarah pergi sana dua tiga minggu sekali. Pergi pulang hari utara sana kini sudah perkara biasa. Kecuali lebih kurang sebulan semasa kita pergi Melbourne April lalu. Juga masa dua minggu pergi Beijing.

Awal pukul dua belas tengah hari ini. Berbunga hati sejurus telefon berdering berpaparan awalan nombor negeri utara. Idris pulang dengan bas sekolah. Kami boleh saja menjemput pulang. Bagaimanapun musim pulang lebaran begini. Idris mahu pulang beramai menaiki bas. Lebih meriah suasana.

Panggilan telefon buat ibu beberapa minit sebelum menaiki bas. Ini kerana pesanan Su beberapa hari lepas. Jangan lupa telefon ibu sebelum menaiki bas.

" Mak nanti Idris tumpang kawan. Ayah dia jemput kat Pudu. "

Pesanan ibu seperti biasa. Jangan lupa baca doa menaiki kenderaan. Telefon ibu sejurus sampai Kuala Lumpur.

Mengisi masa petang. Antara sesekali mencari masa menghabiskan pengajian Al Quran bulan Ramadhan. Selepas dua siri masakan tatapan harian bulan Ramadhan. Popular dua siri masakan Saluran 1 ini sepanjang bulan Ramadhan ini. Ini memandangkan gambar kita dengan dua buku mengiringi dua siri ini, merupakan gambar kita paling popular dalam bulan ini. Gambar tertera nombor dua. Kata pencarian popular sampai terjumpa gambar ini. Ketuk-Ketuk Ramadhan dan Selera MMVitaOils. Kebanyakannya dengan kata pencarian buku resipi dua rancangan tv ini.

Siri Selera Ramadhan pukul dua belas setengah itu dengan seorang ustazah sebagai tetamu jemputan berbicara tentang kepentingan berdoa. Pendirian selalu diri ini. Kepentingan berdoa dalam kesejahteraan kehidupan juga hati bukan usaha sampingan sambil lalu. Doa selepas berusaha. Doa sebelum berusaha. Doa selalu memohon hidayah dalam menjalani setiap satu lorong kehidupan.

Selesai beberapa siri masakan. Tertontonlah lagi drama bersempena bulan Ramadhan. Tontonan kerana pelakon utama kini selalu berperanan bapa. Bulan Ramadhan ini. Tiada singgahan saluran orang putih. Sedihlah pula cerita. Walaupun tontonan hanya sambil lalu. Seteguh Hidayah. Juga kita perasan. Seorang pelakon lagi itu. Pelakon dua kali kita pernah bertembung. One Utama dan Pasar Ramadhan Lorong Tuanku Abdul Rahman tahun lepas. Kebelakangan ini. Kerap benar berperan suami jahat dan lelaki yang seangkatan. Selepas drama pertama kita tonton dia berperan suami jahat kepada Jasmin dalam siri drama pukul sebelas pagi.

Jangkanya bas sampai Kuala Lumpur sebelum masa Maghrib. Sementelah perjalanan bermula pukul 12 tengah hari. Idris sampai selepas pukul lapan malam. Ketukan pintu kala kita sedang mengelap meja makan selepas sesi makan malam selepas solat Maghrib. Solat Maghrib selepas berbuka puasa minum air dan makan buah kurma. Makan malam selepas iftar kita sebelalunya selepas pukul lapan malam. Ketukan pintu sejurus selepas berkumandang azan Isya'. Suami pun sudah bergegas pergi surau selepas azan Isya'. Meriah hati kala terdengar ketukan. Tahu itu siapa.

Gembira berbunga hati kala buka pintu. Salam cium pipi kiri dan kanan. Intan payung dalam pelukan rindu ibu. Juga kita perasan. Pelukan erat ebih lama dari biasa dari anakanda. Sementelah hanya kami berdua di ruang tamu. Kalau ada ahli keluarga lain. Idris kurang mahu menonjolkan sikap manja dengan ibu.

Kalau selalunya pulang berbaju batik unifom sekolah. Hari ini. Idris pakai kemeja kuning air unifom sekolah.

" Siapa hantar?.. Buka puasa di mana? "

Sampai Puduraya sebelum Maghrib. Bas sekolah kini tambangnya RM40 kalau dulu hanya sekitar RM20. Tambang hari raya. Berbuka puasa di Puduraya. Bapa kawan belanja. Kawan dari Seksyen 3 dulu sama sekolah menengah rendah. Seorang lagi kawan dari sekolah menengah rendah. Rumahnya di Sungai Merab sana. Hanya tiga orang pelajar dari sekolah lama Idris bertukar pergi sekolah ini selepas PMR. Ramai pergi Pengkalan Chepa sana. Juga Kuala Kubu Baru.

Beri keizinan Idris solat Isya' di rumah tetapi mesti solat terawih di surau.

" Malam ni malam dua puluh tujuh. Kot kot malam ni malam Lailatul Qadr. Rugi kalau tak solat terawih kat surau. "

" Sepatutnya malam ni bagus iktikaf kat surau. Malam dua puluh tujuh.. Tapi malam ni Ayang penat. Tak pe lah. "

Idris pulang awal sebelum witir. Suami seperti biasa. Pulang lewat selepas pukul sebelas. Selepas sesi tadarus di surau.

Pulang suami. Suami menjengah kamar Idris. Kami berdua ibu dan intan payung sedang berbual-bual. Sebenarnya sesi menemubual putera kembali di hadapan mata. Su di atas katil. Menghadap pandang anakanda menggunakan komputer. Meja komputer Idris sebelah katil. Santai berbual bertanyakan khabar terkini. Muncul suami di muka pintu kamar Idris. Pelukan buat my son. Kalau panggilan Ayang dari ibu. Abah Idris selalu berbangga dengan panggilan my son.

Idris tidur awal. Sebelum itu sempat makan dulu Nasi Ayam dan Roti John istimewa Abah Idris beli petang tadi buat Idris. Petang tadi SMS suami menannyakan kita mahu beli apa dari Pasar Ramadhan. Pesanan kita. Jangan lupa beli apa-apa makanan buat Idris. Kalau-kalau Idris sampai rumah sebelum Maghrib. Nasi Ayam ke.. Dua makanan suami beli itu. Antara makanan kegemaran selalu Muhammad Idris.

Alhamdulillah malam 27 malam putera hati kembali ke persada pangkuan ibu. Buat meriah senyum hati ibu.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Berakhirnya Sebuah Penantian petang SMS dari Melbourne


Singgahmata Weekend In Paris Shopaholic Ties The Knot For One More Day
Originally uploaded by Ssuriha

Seminggu sebelum 1 Shawal 1429H. 24 Ramadhan hari Rabu bersamaan dengan 24 September.

Hari terima SMS dari Melbourne buat mengerti maksud mimpi Safiyyah dan coklat. Hari paginya sambung kemas susun beberapa buku. Kemas sekadar lalu mengenangkan kesihatan perlu kuat bagus sihat menjelang hari raya.

Gambar buku-buku tertera. Rakaman seawal pagi sebelum bersahur. Susunan buku-buku baru beres dibaca ahli keluarga. Buku paling atas. Baru habis dibaca Suraya setelah kita mensarankan baca. Kalau Safura kurang faham siratan cerita. Suraya pula bertanyakan samada itu cerita hantu. Komen kita. Khabarnya kalau orang koma lama. Memang biasa melalui pengalaman sebegitu. Hanya mungkin pengalaman itu kurang jelas pada ingatan selepas jaga dari koma.

Buku-buku bawah itu kecuali satu novel Melayu itu. Buku-buku baru selesai dibaca Safura. Bukan bacaan buat pertama kali. Berulang baca. Terutamanya kalau buku-buku Sophie Kinsella. Suami kita pula baru habis baca novel terkini dalam trilogi Bagaikan Puteri. Kita hadiahkan beli. Beli dari MPH Seremban 2 hari sepulang dari Royale Bintang. Sebelum itu. Member mencari Laskar Pelangi sudah lama kita beli tetapi tidak pernah member mengindahkan walaupun kita beli itu memang buat dia. Entah kenapa pula tiba-tiba mencari. Novel Melayu dalam gambar itu. Tidak pernah terhabis kita baca. Hanya larat baca buat beberapa muka. Beli kerana tarikan lokasi cerita. Singgahmata negeri di bawah bayu.

Petang selepas SMS dari Melbourne. Tertonton satu drama tv ini. Ini selepas picit saluran sana saluran sini. Tiada saluran masakan bulan Ramadhan. Komen kita pada Suraya. Malas tonton drama tv masa bulan Ramadhan atau drama hari raya. Kenapa mesti semuanya cerita sedih berlebih-lebih. Misalnya kalau cerita ibu rindu menunggu anak dirindu. Penghabisan cerita selalunya ibu meninggal dunia sebelum orang dirindu sampai rumah dipagi raya. Drama-drama memaksa air mata penonton. Sepatutnya bulan puasa ini bulan kita bergembira. Gembira bersyukur dengan rahmat melimpah ruah dari Allah subhanahuwataala. Syawal bulan gembira selepas kemenangan berpuasa sebulan.

Bagaimanapun petang ini tertontonlah juga kita satu drama sebegitu. Antara sebab kita tonton. Selalunya samada kerana pelakon atau pengarah ataupun lokasi cerita. Juga tarikan nama cerita. Kali ini. Kerana lokasi cerita berpantai samudera. Sebagaimana kata Ayahanda. Kalau tontoni drama berlokasi Kuala Lumpur. Boleh teka ini kat mana. Tadi kat mana. Kalau Su pula. Suka cerita berlokasi kampung. Kampung-kampung bersawah padi berlatar pemandangan gunung-ganang. Atau kampung-kampung tepi laut.

Dalam pada menonton sambil lalu. Sempat lagi mengomen itu ini sendiri. Komen dalam catatan nota kerana kita sedang mencatat nota diari kala sedang menontoni. Guna laptop menghadap tv. Berakhirnya Satu Penantian Saluran 2. Catatan dalam diari. Berkobar-kobarlah pula bila meletakkan hati kita pada hati ibu dalam cerita.

Hui dia nak baliklah. Alaa masa tu lah pun dia nak mati. Apa punya anak tak hantar berita. 15 tahun.

Juga terfikirlah kita sendiri. Realiti masa ini. Ramaikah lagi anak-anak yang sebegini pada zaman kini. Bawa diri pergi luar negara. Bertahun-tahun senyap tanpa berita. Ibu menanggung rindu sampai macam orang gila.

Bulan puasa ini banyaklah pula drama tv berkisah ibu menanggung lara hati rindu. Rindu sampai menutup mata. Hari ibu menutup mata. Barulah sampai anak dirindu. Semuanya anak lelaki. Bab cerita rindu ibu ini. Sensitif sungguh hati ibu ini. Berlinang air mata kerana kita tahu betapa rasanya merindukan cahayamata lelaki. Bab anak perempuan. Kurang terasa kerana kita punya tiga puteri. Bab cahayamata putera. Lain perasaan rindu yang ditanggungi. Mungkin benarlah kata orang. Hati ibu pada anak lelaki. Lain istimewanya. Sebagaimana hubungan istimewa rapat hati bapa dengan cahayamata perempuan. Apa pun. Kita ini hanya ada seorang cahayamata putera. Tentulah lain istimewa rasa pada putera tunggal.

Kembali kepada cerita lara hati ibu merindu menunggu. Cerita anak hilang ghaib entah pergi mana. Kes ini memang biasa kita dengar. Malah turut melibatkan keluarga sahabat handai taulan. Juga keluarga. Misalnya anakanda saudara sulung suami. Sambung pengajian lepas matrikulasi pergi Kuching lebih sepuluh tahun lalu. Sampai hari ini. Senyap hilang ghaib tanpa khabar berita. Pernah hubungi pusat pengajian. Khabarnya anakanda saudara suami ini hilang dari kampus sedari tahun satu lagi. Hilang begitu saja. Bukan berhenti ataupun yang seumpama. IPTA kampus cawangan Kuching. Pihak IPT itu tidak mahu kes hilang ini sampai ketahuan oleh po*** kerana mahu menjaga nama IPT. Turut kedengaran. Khabar-khabar cerita. Berkemungkinankah mati dibu*** oleh orang suku tempatan. Menurut mereka dari tempat pengajian. Cerita hilang ghaib kerana mati sebegitu. Bukan kes satu dua. Kes anakanda saudara lelaki suami. Kalau mati. Mana kuburnya.

Pernah mencadangkan. Kenapa tidak sampaikan berita hilang ini pada media. Mungkin keluarga suami beralasan sendiri. Kini seperti mereka meredhakan kehilangan ini.

Sebelum pergi Kota Kinabalu pertama kali. Seorang sahabat namanya Tuminah dari Johor. Minta Su tolong carikan abang sulung sahabat ini sudah lebih berbelas-belas tahun meninggalkan rumah pergi Sabah tanpa khabar berita. Hanya tahu abang sahabat ini sudah berkahwin dengan orang tempatan. Su pun sudah terputus hubungan dengan sahabat UKM ini. Sahabat ini antara tiga orang sahabat tulus ikhlas bersusah-payah menghantar Su pergi Lapangan Terbang Subang dari Bangsar. Pada hari Su pertama kali terbang pergi Kota Kinabalu. Kami berempat menaiki bas dari Bangsar pergi Subang. Kami berjalan kaki mengusung bagasi dari Jalan Tempinis *lupa Tempinis Kiri atau Tempinis Kanan* pergi Jalan Bangsar mendaki lalu tanah berbukit berkompleks perumahan Mara.

Beberapa lagi kes-kes hilang ghaib sebegini melibatkan mereka dari keluarga Su kenali tahu. Jadi cerita anak lelaki hilang ghaib sampai 15 tahun itu bukan mustahil. Bila tontoni drama ini. Dapatlah kita rasai bagaimana perit rindu ibu menunggu. Sedangkan kita merindui anakanda sihat selesa sentosa di sekolah. Pun sebu merindu sampai basah kolam mata bukan sekali dua. Inikan pula anak yang tiada diketahui pergi mana hilang batang tubuh.

Drama tv itu tadi. Penghabisan bukan memaksa sedih. Berakhir penantian ibu itu bila tiba-tiba muncul di hadapan mata. Muncul anak setiap hari ditunggu rindu di stesen keretapi. Selalunya Su kurang gemar tonton drama tv berlakonan salah seorang dari dua penyanyi asal kumpulan Suara F zaman dulu-dulu ini. Ini kerana selalunya drama lakonan beliau ini selalunya berlebih-lebih sedih. Hari ini tertonton sampai habis kerana mahu tahu bagaimana berakhirnya penantian itu.


Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari

Seminggu Ramadhan berhalwa telinga Harapan Ramadhan


LDP senja Puchong seminggu Ramadhan
Originally uploaded by Ssuriha

Hari minggu 7 September lalu genap seminggu 7 Ramadhan

Hari minggu genap seminggu puasa. Sepagi sambung kemas kabinet buku. Bertemankan tv bersiaran masak-masakan. Pertama kali tertonton Sarapan Di Mana. Menarik bila bersegmen masak Kuih Goyang. Bukan kuih kegemaran tetapi kuih ini membangkit nostalgia semasa kecil dulu selalu tolong Bonda masak kuih ini. Bila sesekali terjumpa kuih ini di kedai. Selalunya Su beli. Terutamanya kalau yang bersaiz kecil. Mungkin kerana nostalgia itu. Nostalgia zaman ayah ibu masih tinggal serumah. Antara kuih tradisional semakin kurang terpandang.

Sebelum itu tersinggah tonton segmen masakan dari hotel SPM. Selepas segmen dengan Kuih Goyang itu. Satu lagi siri masakan. Saluran 2 pula. Kuih manis Maghribi dalam siaran Let's Try. Bulan Ramadhan ini. Banyaknya siri masakan tv tempatan. Kita tidak singgah lagi Saluran 703 itu. Cuti sebulan kot sampai Syawal.



Petang selepas pukul lima setengah. Berdua dengan Suraya pergi IOI Mall Puchong. Hanya keluar rumah selepas pukul lima setengah petang. Mulanya tiada keputusan muktamad mahu pergi mall mana satu. Asalkan mall itu ada Jusco. Ada barang Su mahu cari. Kotak fail buat simpan fail-fail Su kemas pagi tadi. Sebelum ini memang biasa beli kotak fail Jusco.

" Kita pergi Jusco paling dekat. Jusco Cheras Selatan. "

Suraya tidak mahu pergi Jusco itu. Ramai kawan sekuliah berkerja sambilan di sana pada hujung minggu begini. Kawan-kawan lelaki sama kuliah. Dalam kursus Suraya. Hanya empat orang pelajar perempuan dari beratus pelajar.

" Jusco Maluri pun dekat. Lagipun Jusco dia dekat dengan pintu. Mak penat ni. Jusco besar kena jalan jauh. "

" Selalu jammed kat situ. Nanti tak sempat sampai rumah sebelum Maghrib. "

" Mid Valley? Sempat ni pergi sebelum Maghrib. Setengah jam je dari rumah. Tapi jauhlah pula nak pergi Jusco tu dari parking. Kita keluar je. Karang baru fikir pergi mana. "

Alasan mahu pergi kedai lewat petang. Alasan kita pada suami kala mahu keluar rumah.

" Nak beli kotak simpan fail. "

Memang pun bersemangat benar petang ini mahu beli kotak-kotak fail ini. Mahu membereskan susunan menimbun fail dalam kamar utama itu.

Sampai muka pintu. Suami tanya kunci kereta biru. Kunci hanya satu sudah berpindah tangan pada Safura.

" Dia tertinggal kunci kereta kat kolej. "

Patutlah pun malam tadi Safura bermalam di rumah. Walhal kata Safura petang semalam. Mahu pulang sekejap saja.

Sebelum keluar pintu pagar. Suami tanya kalau boleh buang sepasu pokok puding Su sudah mulai berkulat daun. Buang sajalah. Sayangnya. Begitu lama terbiar tanpa singgahan kita. Dedaun puding diserang kulat.

Juga sebelum keluar pintu pagar. Minta Suraya masukkan semua sampah khazanah lama dari kamar utama di dalam bersusun plastik hitam di atas meja taman ke dalam tong sampah. Susun di hadapan luar pagar sebenarnya. Itu semua sampah bukan sisa makanan. Sepagi tadi. Dua puteri ditugaskan bawa turun khazanah lama mahu dibuang ini.

Pandang laman tepi berpermaidani dedaun kering. Sempat kita mengenen kata. Dedaun kering bawah pokok mangga itu sepatutnya kena kutip buang. Nantilah tunggu Idris cuti sekolah.

Juga sempat kita menjengah pandang sepasu pokok bunga raya kami bawa pulang dari Johor Bahru Julai lalu. Ranggi lawa berkembang mekar bunga raya merah jambu pemberian Bonda.

Kereta merah terang beransur meninggalkan seksyen perumahan kami susuri Persiaran Bangi. Sudah menghampiri Seksyen Lapan menghadap Kompleks PKNS. Belum buat keputusan mahu pergi mana. Sampai simpang tiga antara Persiaran Bangi dan Persiaran Bandar.

" Kita pergi IOI Mall lah. Jusco sana taklah jauh sangat dari tempat parking. "

" Bolehlah. Jauh sikit [dari Cheras Selatan] tapi jalan sana tak jammed.. "

Sebelum itu. Sebelum kereta merah susuri Persiaran Bangi. Singgah sekejap Pasar Ramadhan mini berhampiran simpang empat menuju kediaman kami.

Beli kuih macam-macam. Kalau RM2 buat lima kuih di Pasar Ramadhan PKNS Bangi. Rata-rata gerai kuih di sini terjual dengan harga RM1 buat tiga kuih. Ramai peniaga baru. Peniaga muka baru hanya muncul pada bulan Ramadhan. RM1 itu Su beli tiga kuih berlainan. Jadi RM3 dapatlah macam-macam kuih. Beli lebih Kuih Keria dipesan Suraya. Suraya mahu bawa pergi kampus. Buat bersahur.

Sampai kepada satu gerai Cucur Udang. Seperti biasa. Selalunya Su tanya. Macam mana kira jual kuih ni. RM2 buat lima cucur besar.

Fikir dalam hati. Besar kuih ni. Satu pun dah cukup. " Boleh beli satu saja? "

Senyum lembut penjual Cucur Udang mungkin muda sedikit dari Bonda. " Boleh. Satu 40 sen. "

Penjual membahasakan diri makcik itu seperti pernah dilihat tetapi lupa di mana. Mungkin masih jiran berhampiran rumah. Atau pernah jumpa di surau. Makcik ini dibantu lelaki mungkin sebaya Su.

Setengah jam dari rumah. Alhamdulillah sampai IOI Mall pukul enam suku. Alhamdulillah walaupun penuh parkir dengan kereta. Alhamdulillah dapat parkir hanya di seberang pintu menuju kompleks kedai.

Bergegas pergi Jusco. Mahu pulang sebelum Maghrib. Tiada singgahan memana kedai lain. Lama benar tidak datang sini. Mungkin hampir dua tahun. Dulu-dulu masa belum siap KLCC. Belum wujud MidValley. Belum ada Metro Kajang. Apa lagi Pavilion. Sinilah selalu kami sekeluarga pada hujung minggu. Selain dari Sogo. Antara sebab masa itu kami selalu datang sini. Ada caraosel buat Idris singgah main. Tahun-tahun Idris belum bersekolah.

Baru beberapa langkah melepasi pintu. " Jusco sales lagi lah. Sales Aidilfitri. "

Baru beberapa langkah. Tersinggah pandang sales sepatu dan sandal. Cuba satu demi satu sandal. Tiada satu pun yang sedap dipakai. Lamalah pula menunggu Suraya memilih sandal. Su singgah bahagian beg tangan. Berkenankan satu beg tangan kulit putih. Nanti lamalah pula. Masa menunggu beg dan masa menunggu bayar. Mahu pulang cepat. Menggamit Suraya. Suraya menunggu sepatu sudah dipilih warna. Antara merah jambu dan biru. Suraya pilih biru. Su cadangkan pilih warna merah jambu lembut itu. Lagi lawa menawan pada kaki. Suraya beralasan. Sudah selalu benar beli sandal merah jambu. Adik belum ada kasut warna biru macam ni. Sandal satu jenama popular berjualan murah tujuh puluh peratus.

Satu sepatu merah jambu garang Suraya beli di Jusco Seremban. Kini sepatu ini berjualan murah lima puluh peratus.

Lagu-lagu hari raya berkumandang melatari suasana ramai dalam kedai.

" Apalah diaorang ni.. Baru seminggu puasa dah pasang lagu hari raya. "

Kenyataan turut dipersetujui tuan puteri sedang mencuba pakai sandal warna merah jambu dan sandal warna biru.

Orang kita bersuasana hari raya sebermula 1 Ramadhan. Syawal diraikan sebulan. Jadi ramai orang Malaysia beraya dua bulan. Eh lebih dua bulan. Ini kerana selepas habis Syawal pun masih meriah rumah terbuka hari raya di sana sini. Bab rumah terbuka sebenarnya berjemputan itu memang pun bagus. Buat mengerat persaudaraan.

Sementara Suraya beratur di kaunter bayaran. Sempat lagi singgah satu kaunter penjagaan muka. Tidak beli apa-apa.

Laju mahu turun ke bawah. Terpandangkan baju kurung. Beli satu lagi baju kurung. Warna kuning keemasan.

" Ni buat pakai hari-hari. Kalau baju Jusco buat baju raya. Karang sama baju dengan orang lain. "

Minta Suraya tolong bayar. Su pergi tingkat bawah dulu. Tunggu Suraya datang. Baru angkat dua kotak fail warna merah. Mahu beli lebih. Hanya tinggal dua dalam warna merah. Sudah ada satu kotak sebegini di rumah. Pun warna merah. Nanti datang beli lagi. Memana Jusco.

Kala berdiri menunggu seorang pelanggan lelaki Melayu di hadapan kami sedang membayar. Lelaki ini beli karpet kecil. Berkumandang satu lagu Ramadhan.

" Baru lah pasang lagu Ramadhan. Siapa nyanyi lagu ni. Oh Man Bai dengan Raihan. Nama lagu ni Harapan Ramadhan. "

Sementara Suraya minta cop parkir. Su masuk pasaraya. Mencari taugeh Jepun tadi Su terlihat jualan murah pada papan iklan di tepi pintu Jusco. Pusing tawaf lebih dari sekali bahagian sayur. Tiada sayur dicari. Hanya beli salad dan coklat.

Sudah hampir pukul tujuh. Beli Teh O Ais Limau buat berbuka dalam kereta. Semasa bayar. Sempat Su beli dua botol air mineral tersusun tepi kasyier. Sebelum itu tanya dulu. Perlu bayar dengan kupon jugakah kalau beli air mineral itu. Hanya beli bila berjawapan tiada perlu tulis harga bil pada kupon. Ini satu perkara kita kurang berkenan kalau makan di medan selera Jusco. Bayar bil guna kupon. Selepas itu baru ambil makanan dibeli. Penat berjalan sana sini bayar kupon.

Semasa menunggu giliran mengambil minuman dipesan. Sempat lagi capai sebungkus Nasi Dagang. Manis comel gadis dari seberang melayan kami beli minuman dan Nasi Dagang ini.

" Tak sempat dah sampai rumah sebelum Maghrib ni. "


Beberapa meter dari IOI Mall. Langit berawan gelap senja. Pengamatan Su terkini. Selepas satu hari terpandang gugusan awan yang sama pada lokasi yang sama dalam masa beberapa bulan. Gugusan gemawan boleh berwajah sama pada lokasi tertentu. Terpana menembusi kalbu. MasyaAllah begitu indah nian penciptaan Ilahi. Juga lewat rembang petang ini. Petang dalam perjalanan Su merakamkan gambar awan rembang petang Puchong. Dalam perjalanan pulang. Terakam gambar gugusan awan yang sama pada tempat yang sama. Gugusan tiga awan berarak bergandingan.

Kereta merah kami di belakang satu kereta mengiklankan laman Fotopages tuan punya kereta. Iklan pada cermin belakang kereta. Nota iklan mengwar-warkan laman Fotopages jurugambar majlis perkahwinan.

Setiap kali kereta susuri tepi satu perumahan ini. Pastinya terkenangkan pada seorang sahabat ini. Sahabat Su berkongsi rasa pahit pedih sebu hati bila suami sahabat ini mencari satu lagi. Hanya bagusnya nasib sahabat ini. Suami minta isteri carikan. Puaslah sahabat ini mencari. Tidaklah ramai mahu bermadu. Sudahnya bila ketemulah sesaorang. Orang ditemui bersikap bagai kacang lupakan kulit selepas berstatus isteri kedua. Pun begitu sebagai orang Islam. Kita berkeyakinan memanglah sudah begitu tersurat suratan ujian dari Ilahi buat sahabat ini.

Buat kali kedua dalam minggu pertama Ramadhan. Su dan Suraya berbuka puasa dalam kereta. Buka puasa minum Teh O Limau Ais.

Alhamdulillah sampai rumah sebelum pukul lapan. Suami pun belum pulang dari surau.

Makan malam selepas iftar dengan lauk-pauk dari dapur sendiri. Suami goreng Ikan Terubuk bawa pulang dari Kuching. Safura sediakan Sambal Kentang. Juga Budu bancuhan suami. Budu campur hirisan bawang merah dan patahan cili padi berperah asam limau kasturi.

Kuih-muih berbagai rasa. Kuih Lompat Tikam. Kuih Lapis Kentang sedap rasa lembut kuih. Kuih Serimuka. Kuih Keria. Karipap. Buah Melaka. Semuanya beli satu-satu. Kecuali Kuih Lapis Kentang beli dua. Kuih Keria beli lebih buat Suraya bawa pergi kolej. Bagaimanapun awal pagi masa bersahur. Terpandangkan Kuih Keria ini dalam peti ais. Suraya terlupa bawa kuih ini ke kolej.



Sambal Kentang Cili Padi Safura buat iftar
Originally uploaded by Ssuriha



Ssuriha. Get yours at bighugelabs.com/flickr

free counterTetamu Rasanubari